tazkirah facebook abu zulfiqar (bil. 1-40)
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
1/23
1
TAZKIRAH FACEBOOKAbu Zulfiqar Amsyari (Soffian)
Berjaya atau tidak, saya berusaha menjadikan tazkirah ini :-Datang terus dari hati.
-Mudah difaham.
-Ringkas lagi pendek.
-Menyentuh jiwa.
-Membawa kepada berfikir dan bertindak segera.
TAZKIRAH FACEBOOK 1 (Disember 12, 2011)
Ilmu ada 2 bahagian :1. Ilmu fardhu 'ain
2. Ilmu fardhu kifayah.
Ilmu fardhu 'ain, semua kena tahu dan buat. Kalau sengaja tak tahu, berdosa. Ilmu fardhu
kifayah, cukup kalau ada orang yang tahu dan buat, orang lain semua terselamat daripada
dosa. Tapi kalau semua dalam sesuatu komuniti itu tak tahu, semua berdosa.
Ilmu fardhu 'ain (yang semua mesti tahu itu) ada 3 bahagian utama.
1. Tauhid/ Usul
2. Fiqh/ Syariat3. Tasawuf/ Akhlak zahir dan batin.
Seandainya sengaja tak tahu salah satu...berdosa.
Dalam banyak-banyak ilmu agama ini, hanya ada 2 ilmu yang merupakan jalan ke akhirat
iaitu :
1. Ilmu mukasyafah
2. Ilmu mu'amalah.
Ilmu-ilmu agama yang lain, belum merupakan ilmu jalan ke akhirat lagi. Semuanya masih
bersangkutan dengan maslahat keduniaan...... walaupun menghafaz Quran 30 juzuk, hadith
100,000, mahir ilmu mustalah hadith, pakar dalam ilmu haraki, jaguh dalam bahasa Arab,
tok guru dalam ilmu solat-solat sunat dan lain-lain.
Ilmu mukasyafah... tak semua orang mampu menanggungnya. Hanya orang-orang terpilih.
Tapi, paling kurang :
1. mesti mengakui kewujudan ilmu ini, dan
2. menghormati ahli-ahlinya.
Jika tidak, dikhuatiri 'buruk kesudahan kita' (kata Imam Al-Ghazali).
Ilmu mu'amalah pula, semua orang berupaya menanggungnya. Maka ia wajib (dah fardhu
'ain, tentu le wajib) mempelajarinya. Tak berusaha belajar... berdosa.
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
2/23
2
Persoalannya... sudah selesaikah ilmu-ilmu fardhu 'ain kita?
Raaaamai orang menyibukkan diri dalam ilmu-ilmu fardhu kifayah (kononnya
pejuang/pendakwah/ agamawanlah tu)... tapi... mengabaikan yang fardhu 'ain.
Antara yang fardhu 'ain dengan yang fardhu kifayah, yang fardhu 'ain adalah lebih utama
untuk diselesaikan. Utamakan YANG LEBIH PENTING, berbanding YANG PENTING-PENTING.
Begitu salah satu saranan dalam dakwah tajdid yang sebenar.
Bagaimana dengan ILMU LADUNI? Ilmu laduni ialah ilmu yang datang terus daripada Allah,
tetapi ia tidak sekuat wahyu.
Dengan istiqamah melakukan 3 syarat di bawah, barulah pintu ilmu laduni terbuka.
Bagaimana cara hendak mendapatkan ilmu laduni?
1. Kena mengambil tahu semua aspek ilmu agama, dan kuasai dengan agak banyak.
2. Amalkan apa yang sudah kita ketahui selama ini.3. Kena banyak berfikir.
PENUTUP - Semua isi tazkirah hari ini bukan main pakai tulis, semuanya ada dalam kitab
Ihya' 'Ulumiddin dan Risalah Al-Laduniyyah. Kedua-duanya karangan Hujjatul Islam Imam Al-
Ghazali. Sekian, Wassalam : )
TAZKIRAH FACEBOOK 2 (Disember 13, 2011)
Dalam usaha kita berdakwah memperbaiki diri dan orang lain, pastinya kita akan diuji olehAllah SWT. Antara ujian yang mesti kena pada kita ialah... diperlekehkan orang. Para rasul
yang jelas-jelas benar pun menerima lekehan orang, apatah lagi kita yang faqir lagi hina.
Buat baik pun orang kata, buat jahat pun orang kata. Pakai purdah pun orang kata, tak
bertudung pun orang kata. Berserban orang mengata, berseluar pendek pun orang mengata
juga.
Rajin pergi dengar tok guru mengajar pun orang perlekeh, tak pergi-pergi pun orang
perlekeh juga.
Pendek kata, kita buat baik ke, buat yang tak baik ke, biasanya tak terlepas daripada lekehanorang.
Oleh kerana buat yang mana satu pun kita tetap akan diperlekehkan orang, maka terus
sahajalah buat dan sebarkan kebaikan.
Teruslah berdakwah walau sekadar satu ayat, walau sekadar menunjukkan satu contoh.
Selamat berjaya kepada semua orang yang berjiwa dai. Amin.
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
3/23
3
TAZKIRAH FACEBOOK 3 (Disember 14, 2011)
Hampir setiap hari kita membaca akhbar, tulisan-tulisan di internet, sarikata di televisyen,
buku, majalah, tulisan-tulisan berkaitan dengan kerjaya dan pelajaran kita... dan sebagainya.
Begitu juga dengan menonton dan mendengar muzik. Banyaknya kan? Tapi...
...berapa lamakah kita peruntukkan sehari untuk menatap dan membaca kata-kata Tuhan?
Ada tak? Ke tak ada langsung? Allamak...!!!
Al-Quran terdiri daripada 30 juzuk. Hari-hari dalam sebulan juga umumnya berjumlah 30
hari. Oleh itu, memang sesuai sangatlah jika kita CUBA menghabiskan 1 juzuk Al-Quran
sehari. Begitulah antara harapan Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna kepada umat Islam,
khususnya para dai.
Tak mampu? Tidak mengapalah. Pelan-pelan lah, ye tak? Tapi... takkanlah dalam tempoh 24
jam itu tak mampu untuk membuka Al-Quran dan membaca 1 ayat? Tak mampu juga? Takapalah. Tapi... takkanlah tak mampu untuk sekadar membuka dan melihat selama satu
saat? Tak mampu juga? Hmmm... beginilah. Paling kurang... dalam sehari, sentuhlah kitab
Al-Quran itu sekali, tak perlu buka pun. Bolehkah istiqamah yang ini?
Tak boleh jugak? Amboih! Melampau dah tu! : )
Tahniah kepada mereka yang berjaya menatap dan membaca Al-Quran setiap hari. Ada yang
istiqamah 2 mukasurat, ada yang setengah juzuk, ada yang satu juzuk, ada yang lebih lagi...
dan lain-lain.
Kepada yang tidak mahir bahasa Arab, dakwah tajdid yang segar menyarankan...memadailah membaca setengah juzuk sahaja sehari, DAN... bacalah terjemahannya.
Kepada yang belum bermula, mulakan hari ini. Boleh?
Mulakan dengan 2-3 ayat sehari? Sudah cukup cantik dah tu. Asalkan...istiqamah...
berterusan setiap hari. Pakailah gear 1 dahulu,kemudian barulah naik ke gear-gear
seterusnya.
TAZKIRAH FACEBOOK 4 (Disember 15, 2011)
Ada satu tanggungjawab yang sangat ramai orang lupakan, iaitu menjaga kehormatan darah
yang sedang kita bawa pada setiap hari. Darah siapakah yang kita bawa? Ke manakah kita
membawanya setiap hari, dan selama ini?
Darah yang kita bawa ini ialah darah yang mulia. Semua orang membawa darah yang mulia,
kecualilah dia anak buluh betung, junjung buih, muntah lembu atau sebagainya.
Ada orang membawa darah mulia Nabi Muhammad dalam tubuhnya, iaitu para keturunan
baginda. Orang lain?
Tetap membawa darah-darah yang mulia. Mungkin darah Nabi Ibrahim. Boleh jadi darahNabi Nuh.
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
4/23
4
Sekurang-kurangnya pun... darah Nabi Adam. Maksudnya, semua kita membawa darah-
darah yang mulia. Semua kita berketurunan orang-orang mulia.
Amanah memelihara kehormatan darah suci yang kita kandung ini bukan main-main
tanggungjawab.
Kesuciannya dijaga dengan mengamalkan Ilmu Penahan Api Neraka...
iaitu berusaha mengerjakan segala yang Tuhan suruh, sekalipun yang kecil-kecil...
dan berusaha meninggalkan segala yang Tuhan larang, sekalipun yang kecil-kecil.
Oleh itu, peliharalah kehormatan darah yang sedang kita kandung ini.
Sekadar peringatan... khususnya untuk diri sendiri... Abu Zulfiqar.
TAZKIRAH FACEBOOK 5 (Disember 16, 2011)
Cacing berada di dalam LAUTAN tanah, tetapi ia tidak menyedarinya. Ikan berada dalamLAUTAN air, tetapi ia tidak menyedarinya. Manusia berada dalam LAUTAN udara, tetapi kita
juga tidak menyedarinya. Hanya setelah orang memberi tahu yang kita sedang berada
dalam lautan udara, barulah kita menyedarinya, kerana selama ini yang kita tahu hanyalah
lautan air, iaitu yang dinamakan laut.
Kita juga sebenarnya sedang berada dalam LAUTAN ruang langit iaitu angkasa lepas, kerana
bumi itu sendiri dan ruang di sekelilingnya berada di tengah-tengah lautan angkasa lepas.
Kita tidak pernah menyedarinya, kecuali setelah diberitahu oleh seseorang. Langit dan isinya
pula berada dalam LAUTAN rahmat dan kasih sayang Allah.
Jadi, LAUTAN itu ada banyak, bukanlah lautan air sahaja. Kita menyedari semua ini setelah
minda kita dibuka oleh seseorang. Maksudnya, kita memerlukan guru. Lebih-lebih lagi dalam
bidang agama, bidang kerohanian.
Dengan bantuan guru-guru, ruang pemahaman dalam diri kita akan lebih mudah terbuka.
Dari itu, carilah guru-guru. Berguru biar banyak, jangan bergantung penuh hanya kepada
seorang guru, walaupun kita mungkin akan menghabiskan lebih banyak masa dengan
seseorang guru itu. Setiap guru ada kekurangannya kecuali Rasulullah saw. Dengan
mengambil ilmu daripada beberapa orang guru, barulah kelemahan seseorang guru itu
dapat ditampung oleh guru-guru yang lain.
Selamat mencari guru. Selamat mencari pembimbing. Selamat mencari mursyid. Cuma yang
mesti kita ingat selalu... bahawa PADA HAKIKATNYA... ilmu datang daripada Allah, bukan
daripada guru. Guru hanyalah tempat laluan.
TAZKIRAH FACEBOOK 6 (Disember 17, 2011)
Umumnya manusia jenis yang pelupa, termasuklah saya. Suatu hari saya mencari-cari
cermin mata saya di dalam bilik tidur. Puas saya cari tapi tidak terjumpa juga. Akhirnya sayaberhenti rehat dengan duduk di tepi katil.
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
5/23
5
Saya mendongak memandang ke cermin almari di hadapan saya, saya tertawa seorang diri.
Kenapa ya?
Rupa-rupanya cermin mata itu sudah sedia saya pakai, dan saya sedang memandang
melaluinya sekarang.
Bagaimanalah saya saya boleh terlupa sehingga tidak dapat membezakan antara
penglihatan kabur dengan penglihatan cerah...?
Itu satu contoh betapa pelupanya manusia.
Atas dasar itulah maka manusia perlu sering memperingat dan diperingat, lebih-lebih lagi
dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan hidupnya yang selama-lamanya... yang bakal
didudukinya di akhirat nanti.
Di sinilah berperanannya tazkirah, sebagaimana yang sedang anda baca sekarang.
TAZKIRAH FACEBOOK 7 (Disember 18, 2011)
Dulu kita di medan roh. Kemudian di medan kandungan. Sekarang di medan dunia. Selepas
ini kita akan melalui beberapa medan lagi... yang tempoh masanya tidaklah kita ketahui.
Apa persiapan kita untuk ke medan sakaratul maut?
Apa persiapan kita untuk ke medan alam kubur?
Apa persiapan kita untuk ke medan mahsyar?
Apa persiapan kita untuk ke medan timbangan amal?Apa persiapan kita untuk ke medan titian?
Berapa lama untuk setiap satu medan?
WaAllahualam.
Berapa banyak persiapan yang sudah kita buat untuk pergi ke medan-medan itu?
Ataupun kita tak habis-habis sibuk memenuhkan keperluan kita di medan dunia ini sahaja?
Buatlah persiapan, siapkanlah perbekalan. Kalau kita sendiri tidak menyiapkan perbekalan
kita,siapa lagi yang kita hendak harap menyiapkannya? Kawan-kawan? Jiran? Majikan?
Apa persiapan yang sudah dibuat, yang hendak dibawa itu nanti? Gaji? Wang simpanan di
bank? Pangkat sekarang? Jawatan akan datang? Rumah kita dan hiasan luar dalamnya?
Pakaian kita yang cantik-cantik di dalam almari? Tugas-tugas kita yang cemerlang di tempat
kerja? Kenderaan kita yang selesa itu?
Bolehkah dibawa itu semua ke medan-medan yang disebutkan tadi?
Jadi... adakah kita sudah menyiapkan bekalan kita ke sana? Sudah sebanyak mana?
Kepada yang belum membuat persiapan, mulakanlah sekarang.
InsyaAllah jumpa lagi... saling ingat-mengingati.
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
6/23
6
TAZKIRAH FACEBOOK 8 (Disember 19, 2011)
Jangan meletakkan kebenaran itu pada masyhurnya nama, tingginya pangkat, besarnya
jawatan, banyaknya gaji, ramainya pengikut, banyaknya tulisan, pelbagainya protfolio,
berlambaknya kelulusan, panjangnya janggut, besarnya serban, berjelanya sanad,
banyaknya hafazan, sedapnya suara mengalun Quran, banyaknya pujian orang, selalunya
masuk radio tv, padatnya jadual kuliah, banyaknya mengIslam dan mengislah orang, ada
PHD, orang universiti, ber'title' mulia dan seumpamanya.
Kebenaran tetap kebenaran sekalipun seseorang itu langsung tiada nama, pangkat rendah,
berjawatan kecil, bergaji sedikit, tiada pengikut, tiada tulisan, tiada sebarang portfolio,
sedikitnya kelulusan, nipisnya janggut, tidak berserban, tidak bersanad, sedikit hafazan,
suara tak sedap, dihina orang, tak pernah masuk media, tidak mengajar agama, kelulusan
Darjah 6 dan sebagainya.
TAZKIRAH FACEBOOK 9 (Disember 20, 2011)
Dalam bidang apa pun, jika kita hendak menjadi antara yang terpilih, kita mestilah
mengorbankan banyak masa kita untuknya. Tidak sanggup mengorbankan masa kita?
Pendek kata, tak ada harapanlah untuk menjadi antara yang terpilih.
Tanyalah mana-mana ahli sukan, untuk menjadikan diri mereka antara yang terpilih ke
peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa, berapa banyak masa yang sudah mereka
korbankan untuk sukan yang mereka ceburi itu?Bolehkah terus-terus sahaja dipilih sebagai wakil negeri dan negara tanpa mereka
mengorbankan banyak masa sebelum itu? Tentunya tidak boleh.
Berapa jam sehari mereka peruntukkan untuk sukan yang mereka ceburi itu? Contohnya
sukan badminton, bolasepak, bina badan, tinju, lumba basikal dan lain-lain.
10 minit sehari? Setengah jam sehari? 6 jam sehari?
Sudah berapa lama mereka berbuat begitu sebelum berjaya ke peringkat negari, negara dan
antarabangsa? Sebulan? Setahun? Lima tahun?
Mana mungkin bercita-cita untuk bermain sebagai wakil negeri dan negara tanpamengorbankan banyak masa sebelum itu. Angan-angan kosong namanya.
Begitulah juga cita-cita kita untuk ke syurga. Berapa banyak masa dalam sehari, seminggu,
sebulan dan lain-lain yang sudah kita korbankan untuk layak ke syurga?
Cukupkah dengan 10 minit sehari? 1 jam sehari?
Untuk menjadi antara yang terpilih ke syurga, kita mestilah sanggup mengorbankan banyak
masa juga untuknya.
Jika tidak, kita seumpama seorang yang berlatih bermain bolasepak sejam sehari, tetapi
berangan-angan untuk terpilih bermain di peringkat antarabangsa.
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
7/23
7
TAZKIRAH FACEBOOK 10 (Disember 21, 2011)
Apa yang kita cintai? Apa yang PALING kita cintai? Antara tanda cinta itu adalah SELALU
TERFIKIR-FIKIR dan selalu TERSEBUT-SEBUT dalam keadaan SUKA. Perkara yang kita suka
dan selalu berada di fikiran kita dan selalu bermain di bibir kita, itulah yang kita cintai. Sedar
atau tidak, begitulah hakikatnya. Seseorang yang mencintai seseorang yang lain, tentunya
SUKA untuk selalu teringat dan selalu menyebut-nyebutnya.
Renungkan kembali... muhasabah diri... dalam sehari-hari, apakah yang banyak kita ingat
dan banyak kita sebutkan tentangnya (dalam keadaan suka)? Apakah yang paling banyak
kita ingat dan paling banyak kita lafaz-lafazkan, bual-bualkan (dalam keadaan suka)?
Allah? Rasul-Nya? Agama? Dakwah?
Atau kerjaya? Hobi? Rumah? Kenderaan? Keluarga? Wang? Hiburan? Gossip? Isu semasa?
Pelajaran? Sukan? Pasangan?
Yang PALING BANYAK kita suka fikir-fikirkan, lafaz-lafazkan dan sembang-sembangkan...
itulah yang PALING KITA CINTAI. Jadi, selama hari ini dalam sehari-hari, mana yang paling
banyak, yang PALING kita cintai?
Pesan Nabi : Tidak beriman seorang dari kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya LEBIH
DICINTAINYA daripada yang lain-lain. (Bukhari & Muslim)
Pesan baginda lagi : Tidak beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah) LEBIH
DICINTAI daripada isterinya, hartanya dan sekelian manusia.(Bukhari & Muslim)
Mari membetulkan YANG PALING KITA CINTAI.
TAZKIRAH FACEBOOK 11 (Disember 22, 2011)
Penglihatan dan pendengaran tak ubah seperti dua buah sungai yang mengalir setiap hari
ke kolam hati. Apa yang kita lihat, dan apa yang kita dengar saban hari... akan memenuhi
kolam hati kita. Untuk mengetahui apa isi kolam hati kita, kajilah apa isi sungai mata dan
sungai telinga yang mengalir masuk setiap hari.
Jika yang mengalir dalam kedua-dua sungai itu kotoran dan racun, maka kolamnya juga akan
berisi kotoran dan racun. Jika kedua-dua sungai mengalirkan air mutlak dan penawar,
penuhlah kolamnya dengan air mutlak dan penawar.
Kita sebagai orang yang diamanahkan menjaga kedua-dua buah sungai itu, dapat mengawal
aliran kedua-duanya.
Terpulang kepada kita untuk mengisi kolam hati kita dengan mengalirkan kotoran dan
racun, ataupun air mutlak dan penawar.
Yang pasti, apa pun yang kita alirmasukkan, akan diminta pertanggungjawabannya kelak.
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
8/23
8
Tazkirah untuk diri sendiri terutamanya. Wallahualam. Jumpa lagi , insyaAllah.
TAZKIRAH FACEBOOK 12 (Disember 23, 2011)
Hidup pada akhir kepada akhir zaman ini... penuh, malah berlimpahan dengan nikmat.
Banyak perkara yang orang-orang terdahulu tidak sempat menikmatinya, tapi kita nikmati
sehari-hari. Lihatlah sekeliling kita.
Nikmat peti sejuk, pendingin hawa, televisyen, kenderaan bermotor, pesawat terbang,
komputer, kamera, elektrik, makanan pelbagai bangsa, tandas moden, air paip, kasut sukan,
telefon, lif, stesen bas... dan pelbagai lagi.
Sepatutnya, lagi bertambah nikmat bertambahlah kesyukuran dan ketaatan. Tetapi yang
berlaku adalah sebaliknya. Kita jadi semakin rakus mengejar keduniaan dan sering engkar.
Dengan pelbagai nikmat akhir zaman ini pun, kita masih sering mengeluh, masih berasa
banyak yang kurang. Maka terkejar-kejarlah kita dari satu nikmat ke satu nikmat. Padahal
nikmat-nikmat yang sudah sedia ada pun kita tidak terfikir untuk mensyukurinya.
Bagi ahli-ahli sufi, dunia ini pun sudah seakan syurga. Terlalu banyak nikmat yang kita kecapi
sehari-hari. Kita tidak menyedarinya kerana kita jenis yang tidak tahu bersyukur. Nikmat
memandang, menghirup udara, merasa jenis-jenis makanan, bersuara dan berbual,
mendengar, berkenal-kenalan, berkeluarga, berkasih sayang, tidur, buang air, senyum tawa,
kenyang...
Ya Allah... alangkah banyaknya nikmat yang sudah Engkau hadiahkan kepada kami selama
ini. Ampunkan kami ya Allah, atas sikap kami yang sangat kurang bersyukur.
TAZKIRAH FACEBOOK 13 (Disember 30, 2012)
Hebatnya kasih Tuhan. Sakit yang diberi-Nya berupa penghapusan dosa. Sakit yang diberi-
Nya menjadi petanda perhatianNya ke atas kita. Sakit yang diberi-Nya berupa penambahan
pahala, jika kita bersabar. Pahala bersabar pula tidak ada had. Ia berterusan mengalir.
Sakit membuatkan kita lebih berfikir tentang keinsafan dan kebaikan. Sakit membuatkan
kita berasa sangat rapat dengan-Nya.
Para nabi juga jatuh sakit. Para wali juga pernah tidak sihat. Bukan kita sahaja yang
dirundung ketidakselesaan.
Tanpa sakit, kita mungkin sudah lama melupakan Tuhan, kita mungkin semakin hanyut dari
laluan, kita mungkin semakin tenggelam dalam lautan kealpaan.
Maha Hebat Engkau ya Allah.
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
9/23
9
TAZKIRAH FACEBOOK 14 (Januari 23, 2012)
Taat/patuh (kepada perintah Tuhan) itu satu nikmat yang sangat lazat, tetapi syaitan dan
nafsu menyalutnya dengan pelbagai dongengan, sehinggakan kita berasa taat/patuh itu
suatu bebanan.
Kita lebih yakin... bahawa ketaatan dan kepatuhan itu akan membuatkan kehidupan kita
tidak selesa, dan terlepas begitu banyak kenikmatan dunia.
Kita juga awal-awal lagi sudah tidak yakin, bahawa ketaatan/kepatuhan akan membuatkan
hidup kita selesa, hati kita tenang dan hidup kita bahagia.
Sebab itu ramai manusia memilih untuk tidak taat/patuh. Mereka memilih-milih. Jika
perkara yang disuruh ditaat/patuh itu 'menyedapkan' mereka, mereka akan taat dan patuh.
Jika perkara yang disuruh taat/patuh itu tidak 'menyedapkan' mereka, mereka suka memilihuntuk tidak taat/patuh.
Terimalah Islam secara keseluruhan, bukan secara memilih-milih.
TAZKIRAH FACEBOOK 15 (Februari 8, 2012)
"Kenapalah hidup aku selalu tidak bahagia dan doa-doa aku tidak dimakbulkan Tuhan...?"
..... ANTARANYA KERANA AMALAN-AMALAN HARIAN DAN KEADAAN DIRI KITA yangbertentangan dengan kehendak agama menjadi tembok penghalang kepada rahmat Tuhan
dan kemakbulan-Nya. Buang tembok penghalang itu terlebih dahulu, insyaAllah datanglah
bahagia dan kemakbulan doa.
Masalahnya... manusia sangat sukar untuk berubah, apatah lagi jika perubahan itu
melibatkan zahir dan batinnya kepada patuh kepada kehendak-kehendak agama.
Marilah kita buat perubahan bermula sekarang. Rasailah nikmat taat dan patuh.
TAZKIRAH FACEBOOK 16 (Mac 7, 2012)
Rajin mendengar ceramah popular memang bagus, tapi... rajin mendengar ceramah popular
DAN rajin juga mendengar kuliah bersiri (berkitab), adalah lebih bagus.
Ceramah popular dapat mencetuskan rasa suka kepada agama dan ilmu-ilmunya. Ceramah
popular juga dapat mengekal malah menambahkan rasa itu bagi mereka yang sudah sedia
suka akan agama dan ilmu-ilmunya.
Namun dengan hanya rajin mengikuti ceramah-ceramah popular, tidak dapat menjadikanseseorang itu banyak ilmu agamanya walaupun memang ada pertambahan. Tidak ada orang
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
10/23
10
yang hanya menghabiskan usahanya mengejar ceramah-ceramah popular bertahun-tahun,
kemudiannya kita dapat tahu dia berjaya menjadi seorang ilmuwan agama. Tidak ada.
Untuk mendapatkan pemantapan, pelambakan dan pendalaman ilmu-ilmu agama, kita
hendaklah rajin pula mengikuti kuliah-kuliah bersiri. Terbukti, ramai juga mereka yang rajin
mengejar kuliah-kuliah bersiri, bertahun-tahun selepas itu akhirnya berjaya pula menjadi
seorang pengajar (atau sekurang-kurangnya ada ilmu sebagaimana pengajar sekalipun dia
tidak mengajar).
Teruskanlah mendengar/mengikuti ceramah-ceramah popular, tapi luangkanlah juga masa
untuk mendengar/mengikuti kuliah-kuliah bersiri (sama ada secara langsung ataupun
melalui media seperti internet), sekalipun kita tidak bercita-cita untuk menjadi seorang
pengajar suatu hari nanti. Tapi... takkanlah kita tak mahu mentarbiyyah isteri dan anak-
anak? Cukupkah ilmu dan motivasi dari ceramah-ceramah popular sahaja untuk mengajar
agama kepada mereka?
Ceramah popular isinya bersifat umum. Huraian dan bahasannya terdapat dalam pengajian
berkitab. Oleh itu, jangan berpuas hati sekadar dengan menjadi seorang peminat ceramah
popular. Jadilah juga peminat tegar kuliah bersiri (berkitab). Jumpa lagi : )
TAZKIRAH FACEBOOK 17 (Mac 9, 2012)
Diri kita umpama sehelai kertas. Warnanya putih kerana banyaknya kebaikan yang kita buat.
Apabila kita melakukan satu-satu kesalahan sama ada disengaja atau tidak, terpalit setitik
dakwat hitam di atasnya. Begitu juga jika kita punya sesuatu kelemahan.
Biasanya manusia akan terdorong untuk melihat titik hitam yang sedikit itu berbanding
keseluruhan kertas yang putih. Biasanya manusia terdorong untuk menghukum kita
berdasarkan titik hitam, bukannya keseluruhan kertas yang putih.
Kebaikan kita walau sebanyak mana pun, susah orang hendak nampak dan iktiraf. Tapi
kesalahan, kesilapan atau kelemahan kita walaupun kecil, cukup cepat orang nampak.
Oleh itu, berhati-hatilah. Berusahalah agar kertas putih kita tidak terpalit apa-apa kotoran
lain, sekalipun kecil. Kerana selalunya manusia menghukum kita dengan melihat kotoranyang sedikit itu.
TAZKIRAH FACEBOOK 18 (April 11, 2012)
Masjid-masjid dan surau-surau bertambah jemaah Maghrib hari ini. Begitulah cara Allah
mengingatkan hamba-hamba-Nya. Diberinya sedikit gempa bumi, sebagai tanda kasih
sayangNya kepada kita. Dia mahu kita kembali dekat dengan-Nya. Terima kasih Tuhan.
(*Pada siangnya ada sedikit gegaran gempa bumi yang berpusat di Indonesia dan dirasaigegarannya sehingga ke Semenanjung Malaysia)
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
11/23
11
TAZKIRAH FACEBOOK 19 (Julai 23, 2012)
Memasukkan ilmu--ilmu agama ke dalam diri sangatlah bagus dan tidaklah sesusah mana.
Tapi... menyeimbangkan kemasukan ilmu-ilmu itulah yang sukarnya, menyebabkan
seseorang itu tenggelam dalam ilmu-ilmu agama kesukaannya sahaja, menghukum seluruh
permasalahan dengannya sahaja, dan sering tertipu kerana merasakan dirinya sedang
berada di landasan yang terbaik.
Ilmu-ilmu agama Islam ini begitu banyak juzuk-juzuknya. Berusahalah untuk
menyeimbangkan input ilmu-ilmu ini ke dalam diri, kerana ia akan membentuk jiwa dan
pemikiran. Jangan mudah berasa senang hati dengan juzuk-juzuk ilmu agama Islam yang
sudah atau sedang dikuasai, banyak lagi yang mesti diterokai.
Jauh bezanya antara hukuman yang datang dari seorang yang berpengetahuan dalam
pelbagai juzuk ilmu agama, berbanding hukuman orang yang menguasai 1-2 juzuk sahajalalu berhukum dengannya.
Seimbangkan input ilmu-ilmu agama ke dalam diri kita mulai hari ini.
TAZKIRAH FACEBOOK 20 (Julai 24, 2012)
Menutup aurat, sudah ramai yang buat. Membalut aurat, lagi ramai yang buat. Tapi...
menutup aurat dengan sempurna, jenis ini yang sukar dicari.
TAZKIRAH FACEBOOK 21 (Julai 24, 2012)
Banyakkanlah rakan-rakan yang agamawan, bukannya yang tak ketahuan.
Kita mudah terpengaruh dengan persekitaran, maka usahakanlah membentuk persekitaran
yang positif. Salah satunya ialah dengan berusaha membanyakkan rakan-rakan yang
agamawan.
Mempunyai ramai rakan yang agamawan, memanglah bukan kayu ukur kepada keimanan.
Namun begitu, sekurang-kurangnya mereka membentuk suasana persekitaran kita.Bukankah kita mudah dipengaruhi oleh suasana persekitaran?
Sudahkah kita mempunyai ramai rakan-rakan rapat yang agamawan? Ataupun lebih ramai
lagi yang tak ketahuan?
TAZKIRAH FACEBOOK 22 (Ogos 7, 2012)
Mahu berkahwin?
Memang baaanyak perkara perlu difikir dan dipertimbangkan.
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
12/23
12
Sebagai lelaki, ANTARA (maksudnya ada banyak lagi yang lain) fikiran yang sesuai ialah.
Mampukah aku mentarbiyyah isteri/ isteri-isteriku nanti?
Mampukah aku menjadi contoh yang soleh kepada anak-anak kami nanti?
Melihatkan gayanya mahukah dia/mereka menerima tarbiyyahku?
Ambil masa dan cuba bina jawapan sendiri.
Mampu? Tak mampu?
Mahu? Tak mahu?
Yang mana satu pun jawapannya, yang pasti di sana ada tindakan/usaha/ikhtiar yang yang
mesti diambil mulai hari ini.
Sebagai wanita pula, ANTARA fikiran yang sesuai
Mampukah dia mentarbiyyah aku nanti?
Mampukah dia menjadi contoh yang soleh buat diriku dan anak-anak kami nanti?
Melihatkan gayanya mahukah dia mentarbiyyah kami semua nanti?
Ambil masa dan cuba bina jawapan sendiri.
Mampu? Tak mampu?
Mahu? Tak mahu?
Yang mana satu pun jawapannya, yang pasti di sana ada tindakan/usaha/ikhtiar yang mesti
diambil mulai hari ini.
Alhamdulillah syukur.
Setakat ini mana-mana orang yang meminta pandangan saya apabila hendak mendirikan
rumahtangga dan saya berikan persoalan-persoalan di atas, tidak kira lelaki ataupun wanita,
dan mereka mengambil tindakan/usaha/ikhtiar, nampaknya mereka mendapat jodoh yangbaik dan hidup bahagia, sekalipun tidak kaya. Ringkas sahaja panduan yang diberi, tapi ia
dapat mempengaruhi hidup kita untuk tempoh yang lama. Wallahualam.
TAZKIRAH FACEBOOK 23 (Ogos 8, 2012)
Mereka kata : Agama ialah candu kepada manusia zaman berzaman.
Mereka silap kesilapan tahap maksima.
Kita katakan : Keinginan untuk lari dari Tuhan dan agamalah, raja segala candu kepadaumat manusia dan jin zaman-berzaman.
Sebab itu di sekeliling kita
Ada yang menolak terus agama.
Ada yang mengambil separuh.
Ada yang mengambil suku.
Ada yang mengambil bahagian agama yang mana menyedapkan mereka dan menolak
bahagian agama yang tidak menyedapkan mereka. Islam pilih-pilih namanya itu.
Bukankah itu semua perlakuan umat manusia dan jin zaman-berzaman, iaitu mahu lari dariTuhan dan agama?
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
13/23
13
Kita?
Ambillah agama keseluruhannya, sama ada ia sedap bagi kita mahupun tidak.
Beragama 100%, mengambil 100% daripadanya.
TAZKIRAH FACEBOOK 24 (Ogos 10, 2012)
Ramai orang malas menanam, tapi dia mahu memetik.
Ramai orang malas menanam, tapi dia mahu menuai.
Ramai orang tidak menanam, tapi apabila dilihatnya orang lain beramai-ramai memetik dan
menuai hasil tanaman, dia sendiri sangat suka memetik dan menuai.
Padahal dia tidak punya sebarang tanaman, bagaimana mahu dituai?
Ada ditanamnya sedikit-sedikit, tapi tidak dijaganya. Apabila tiba masa menuai, tanamannya
tentulah kurang menjadi.
Apabila dia tidak dapat memetik dan menuai sebagaimana orang lain, dia mula marahkan
tanah, mengeluh pada cuaca.
Apabila hasil tanamannya tidak berapa menjadi, dia mula mengutuk hasil tanaman.
Sepatutnya dia berfikiran matang dan rasional.
Sepatutnya dia mesti redha hasil tanamannya tidak ada atau kurang menjadi, kerana hal itu
semua salahnya sendiri.
Sesiapa yang tidak menanam dan menjaga tanamannya, tentu saja dia tidak dapat menuai
hasilnya, sebagaimana orang lain menuai hasil mereka.
Apa yang kita tanam dulu, dapatlah kita tuai hasilnya sekarang, atau pada masa akan
datang.
Yang paling penting, tanamlah pohonan syurga sekarang, untuk dipetik hasilnya di akhirat
sana nanti.
TAZKIRAH FACEBOOK 25 (September 2, 2012)
Nak cari idola? Nak cari idola terbaik?Sudah tentulah Rasulullah saw dan para sahabat, lelaki dan wanita.
Hal itu semua orang tahu.
Nak cari idola terbaik yang boleh kita perolehi kini?
Carilah yang apabila kita terlihat atau teringat sahaja akan dia, kita terus teringat akan
agama.
Carilah yang apabila kita melihat perlakuannya, kita berasa sejuk di hati.
Carilah yang apabila kita melihat keadaannya, kita teringat akan Rasulullah, para sahabat
dan insan-insan soleh.
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
14/23
14
Carilah yang apabila kita mendengar kata-katanya atau berbual dengannya, pengetahuan
kita tentang Allah dan agama bertambah.
Carilah yang apabila kita berada dekat dengannya, kita berasa terdorong untuk melakukan
perkara-perkara yang baik di sisi agama, dan berasa tidak selesa untuk melakukan perkara-
perkara yang tidak baik.
Begitu jugalah sekiranya kita ingin mendapatkan sahabat atau sahabat-sahabat yang terbaik.
Idola atau sahabat kita yang baik memang ramai, tapi yang mana yang terbaik antara
mereka?
Terbaik yang dimaksudkan di sini bukannya yang terbaik menurut perasaan kita, tapi yang
terbaik menurut pandangan Allah SWT.
Sudah ada? Belum ada?
Kena diadakan le.
TAZKIRAH FACEBOOK 26 (September 23, 2012)
Ilmu itu mulia, maka hati yang hendak menerimanya tentulah kena mulia juga. Maka
berusahalah kita untuk membersihkan dan mencantikkan dalaman diri kita, iaitu sang hati.
Dalam agama, diri kita yang zahir kena bersih, diri kita yang batin pun kena bersih. Apabila
hati kita semakin bersih, ilmu-ilmu dan yang paling penting iaitu ruh ilmu-ilmu itu dengan
mudah dan banyak akan masuk ke dalam hati kita.
Saluran paip yang bersih, akan membekalkan air yang bersih dalam jumlah yang banyak kerumah kita. Ia membawa manfaat kepada seluruh isi rumah. Airnya juga tulen.
Saluran paip yang penuh benda-benda asing, akan sempit laluan airnya, sedikit dan kotor
pula air yang sampai ke rumah kita. Ia boleh membawa mudarat kepada seluruh isi rumah,
sama ada secara terus ataupun secara lambat-lambat.
Cawan yang bersih, apabila dituangkan susu ke dalamnya, akan penuh dengan susu yang
putih warna dan asli rasanya.
Cawan yang berkarat dengan saki-baki serbuk kopi, apabila dituangkan susu ke dalamnya,
akan penuh dengan campuran susu dan kopi yang keruh warna dan entah apa-apa entahrasanya, bukan rasa susu yang asli lagi. Begitulah hati kita.
TAZKIRAH FACEBOOK 27 (Oktober 2, 2012)
Umumnya manusia suka ambil agama separuh-separuh. Mana yang menyedapkannya
diterima dan diperjuangkannya, mana yang dirasanya tak sedap dengan dirinya, ditolak ke
tepi, kadang-kadang dimusuhi pula. Bukankah sewajibnya kita mengambil agama itu
keseluruhannya? Bahkan semestinya kita perjuangkan keseluruhannya isi agama itu?
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
15/23
15
Selama hari ini kita ambil keseluruhan ke ataupun kita pilih-pilih bab yang buatkan kita rasa
selesa sahaja? Yang kita rasa tak seronok, tak sedap, tak dimuliakan oleh orang lain... maka
kita buat tak nampak, menolak daripada memperjuangkannya. Yang mana yang beri kita
keseronokan, sedap, dipandang hebat... maka barulah kita perjuangkannya? Agama itu
syumul, ambillah keseluruhannya sekalipun tak seronok, dikata orang, pahit...
Kalau kiita berkahwin, kita mahu seluruh diri pasangan kita ataupun nak separuh-separuh?
Kalau kita dapat anak baru lahir, nak seluruh anak ataupun nak separuh-separuh?
"Err... tok qadhi, saya nak seluruh pasangan saya kecuali bahagian ketiak dan tapak kaki."
Boleh ke?
"Errr.. doktor, saya nak keseluruhan bayi saya tapi saya tak mahu pusat dan saluran buang
najis." Boleh ke?
Renung-renung, muhasabah diri.... dan yang paling penting ialah bertindak.
TAZKIRAH FACEBOOK 28 (Oktober 3, 2012)
Banyaknya sumbangan aku untuk agama dan umat Islam.
Betulkah banyak?
Apa sumbangan kita kepada agama dan umat Islam? Apa USAHA kita?
Sudah berapa ramai yang tidak berminat dengan agama, sudah kita berusaha minatkan?
Berapa ramai yang tidak ghairah untuk beribadah, sudah kita ghairahkan?
Sudah berapa orang yang tidak mengerjakan solat, sudah bersolat melalui usaha kita?
Lelaki yang sengaja tidak pergi solat berjemaah, semakin rajin ke tempat berjemaah?Berapa ramai pula yang tidak membaca Al-Quran, sudah membacanya setiap hari?
Yang tidak minat berdakwah sudah berdakwah?
Yang belum sempurna menutup auratnya sudah disempurnakan?
Yang menolak atau takut akan hukum-hakam Islam sudah jinak dan mesra?
Yang tidak mengenal Tuhan sudah kita kenalkan?
Yang selama hari ini tersalah sembahan atau tidak tepat sembahannya sudah kita betulkan
dan tepatkan?
Yang sebelum ini tidak muslim, sudah muslim melalui tangan kita?
Dan yang paaaling penting
Sudah berapa orangkah orang Islam yang belum selesai fardhu ainnya (iaitu ilmu
mukasyafah dan ilmu muamalah) sudah kita bantu selesaikan?
Muhasabah semula kerja-kerja kita selama hari ini. Ke mana sebenarnya kita hendak
mengajak dan melorongkan manusia? Masa yang kita ada tidak banyak. Pastikan ia
digunakan dengan jimat dan berkesan.
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
16/23
16
TAZKIRAH FACEBOOK 29 (Oktober 4, 2012)
Facebook (dan apa sahaja media kita) seumpama pakaian kita di depan orang ramai. Ia
banyak membawa gambaran tentang pemakainya, sekalipun tidak 100% tepat. Maka kita
kena berhati-hati.
Hiasilah ia dengan tudung perkongsian, bukan tudung keluhan. Nescaya orang tidak muak
hendak melayarinya.
Pakaikan ia dengan kurung mendamai perasaan, tidak kurung melepas kegeraman. Nescaya
orang berasa selesa melayarinya.
Serikan ia dengan kain panduan, kurangkan kain sindiran. Nescaya orang berasa aman di
dalamnya.
Muliakan ia dengan jubah dakwah, sikitkan jubah hal-hal keduniaan. Nescaya orangmendapat manfaat daripadanya.
Kemaskan ia dengan serban pengajaran, usahlah serban tohmahan. Nescaya orang terfikir
yang baik-baik tentangnya.
Maniskan ia dengan cincin tarbiyyah, hindarkan cincin sumpah seranah. Nescaya orang
gemar menjenguknya.
Pamerkanlah selendang pertimbangan, jangan sesekali selendang ketaksuban. Nescaya
orang memandang adil akan pemiliknya.
Solekkan ia dengan celak tazkirah, hindarkan memalit celak ammarah. Nescaya berpahala
pemilik dan tetamunya.
Jumpa lagi dalam Tazkirah Facebook ke-30. Insya-Allah.
TAZKIRAH FACEBOOK 30 (Oktober 4, 2012)
Baca tazkirah, tidak mahu berfikir tentang isi kandungannya.apalah erti?Baca tazkirah, tidak merenung maksud yang tersurat dan yang tersirat.tentunya rugi.
Baca tazkirah, sekadar untuk hiburan hati, bukan untuk mendapat lebih
manfaatmemanglah ok tapi tak tercapailah matlamat yang dikehendaki.
Baca tazkirah, tidak ada tindakan segera atau tindakan lanjutan.tazkirah itu sekadar
melintas lalu pergi.
Baca tazkirah, tidak diulang-ulangi..isi tazkirah akan hilang dari hati.
Baca tazkirah, tidak disebar-sebarkan kepada saudara-saudara kita yang laintazkirah itu
mati.
Bacalah tazkirahdan laksanakan le tindak susulnya : )Semoga dirahmati Allah : )
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
17/23
17
TAZKIRAH FACEBOOK 31 (Oktober 6, 2012)
Mata kita kecil, tapi boleh melihat benda yang besar, yang tidak sepadan dengan saiz
dirinya. Gunung, langit, lautan
Mata kita hitam dan putih, tapi boleh melihat dan mentafsir ribuan jenis warna. Merah,
biru, kuning, campuran antara ketiga-tiganya
Mata kita tiada perasaan, tapi boleh membawa pelbagai perasaan ke dalam diri kita melalui
apa yang ia lihat. Kagum, seronok, sedih, terkejut, marah, malu, risau
Selain itu, ada lagi keistimewaan-keistimewaan mata yang jarang-jarang kita fikirkan.
Mata kita bersifat penyayang. Apabila ia tahu yang diri tuannya sudah letih, ia memberikan
isyarat supaya tuannya berehat melalui rasa mengantuk. Ia mahu tuannya kembali segardan bertenaga.
Mata kita bersifat penyelamat. Ia pengesan utama (dan biasanya yang pertama) kepada
bahaya-bahaya yang jauh, agar tuannya mengambil langkah yang sewajarnya sesegera
mungkin. Api di kaki langit, ribut di hujung lautan, hentaman dari angkasa yang telinga,
kulit, lidah dan hidung tidak sampai ke sana kerana jauhnya.
Baru satu nikmat kita fikir dan kita syukuri, iaitu nikmat mata, sudah sedemikian hebat
terasa.
Benarlah, sudah banyak jasa mata kepada kita.
Apa pula balasan kita kepada mata?
Mata mahukan makanan, mata mahukan hiburan, dan mata juga perlukan servis
pembersihan. Adakah kita menyediakan dan memberikannya?
Antara makanan mata ialah ayat-ayat Al-Quran, wajah orang-orang soleh, tempat sujud,
berjaga pada jalan Allah
Antara hiburan mata ialah langit, gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan, sungai, tasik, sungai,
haiwan-haiwan
Antara servis yang diperlukan mata ialah menangis kerana Allah, memandang yang hijau-
hijau, air mengalir, bercelak
Benarlah, sudah banyak jasa mata kepada kita.
Sudahkah kita membalas jasanya?
Lebih benar lagi, sudah banyak jasa Tuan Punya Mata itu kepada kita.
Apa balasan kita kepada-Nya?
Mari kita tambah masa penggunaan mata kita untuk kerja-kerja pada jalan Allah.
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
18/23
18
TAZKIRAH FACEBOOK 32 (Oktober 10, 2012)
Andaikan kita sedang dalam perjalanan berpindah ke sebuah negeri yang sangat jauh.
Perjalanannya memakan masa 60 tahun. Wang dan gaji yang ada pada kita memang sudah
cukup untuk memulakan kehidupan baru di negeri itu, tidak perlu untuk ditambah lagi.
Di sepanjang perjalanan sesekali kita terjumpa pokok liar di tepi-tepi jalan (yang mudha
untuk kita menggapainya) yang membuahkan 1 sen, 5 sen atau 10 sen. Pada sebatang pokok
adalah satu syiling. Memang tidak akan kaya dan tidak banyak menambah wang sedia ada
kita kalau kita memetiknya pun. Lagi pun wang sedia ada kita sudah mencukupi, gaji pun
naik setiap tahun. Hendak memetiknya pula terpaksa memijak rumput-rumput di tepi jalan.
Biarlah.
Ada seorang sahabat kita yang bersama-sama kita dalam perjalanan itu. Wangnya juga
sudah mencukupi, tapi dia begitu rajin memetik syiling-syiling itu. Kita tersenyum sahaja
melihat telatahnya yang sesekali nampak bersungguh memetik syiling yang dilihatnya. Kitamemandang perbuatannya itu bagus, tapi kita sendiri tidak berminat pun untuk
melakukannya. Biarlah. Setakat RM 3 sehari, apalah sangat. Gaji harian kita dan dia pun RM
150 sehari, setiap tahun sama-sama naik gaji, hendak apa lagi kan? Buat apa susah-susah
hendak menambah RM 3 sehari?
Dalam pada itu, ada juga orang-orang lain dalam rombongan kita itu yang memandang sinis
akan perlakuan sahabat kita itu. Malah ada yang kata sia-sia. Macamlah tak cukup duit.
Kalau tak petik pun, tetap sampai juga ke negeri baru. Buang masa dan tenaga. Orang tak
pandanglah RM 3 sehari itu. Kata mereka.
Akhirnya kita pun sampailah ke negeri yang kita tuju. Seronoknya kita di negeri yang baru
itu. Kita pun membeli sebuah rumah berharga RM 200,000 tunai. Sahabat kita tadi? Dia
membeli rumah berharga RM 250,000 tunai. Kita berasa hairan, bagaimana dia yang
mempunyai pendapatan dan bekalan yang sama dengan kita, tiba-tiba boleh membeli
rumah yang lebih baik daripada kita?
Rupa-rupanya, dengan RM 3 sehari jumlah syiling-syiling yang dipetiknya di sepanjang
perjalanan yang memakan masa 60 tahun itu, sahabat kita itu berjaya mengumpulkan lebih
kurang RM 50,000. Ketika itu barulah ahli-ahli rombongan memandang perlakuan sahabat
kita itu. Fuh! Barulah kita menyesal, Alangkah baiknya jika aku juga bertindak bijak sepertisahabatku itu..
Apa yang cuba disampaikan di sini?
Negeri baru = akhirat
Perjalanan 60 tahun = umur kita di dunia
Syiling-syiling yang dipandang tidak bernilai sangat = sunnah-sunnah Rasulullah yang
mudah-mudah, tidak membebankan kita jika kita mengamalkannya pun seperti berjanggut,
berkopiah, berserban, bercelak, berjubah, cara tidur, cara membuang air, menyebarkan
salam, memakai pakaian putih dan sebagainya. Semuanya boleh kita lakukan sambil-sambilsahaja. Ada yang boleh dilakukan sesekali, ada yang boleh dilakukan berterusan.
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
19/23
19
Rumah di negeri baru = syurga.
Pengajarannya, janganlah dipersia-siakan sesuatu yang dipandang kecil, apatah lagi jika ia
mudah untuk dilakukan.
(*Itu pun kalau betul sunnah-sunnah itu nilainya 1 sen, 5 sen atau 10 sen di sisi Allah.
Bagaimana jika Allah memandang nilainya RM 10, RM 20, RM 50. lebih lagi..?)
TAZKIRAH FACEBOOK 33 (Oktober 12, 2012)
Katakanlah. suatu hari planet bumi bakal musnah. Semua penghuni bumi mesti menaiki
kapal angkasa berhijrah ke planet lain. Oleh kerana ruang pesawat sangat terhad, semua
orang mesti pergi dengan sehelai sepinggang dan membawa kad pengenalan sahaja, tidak
boleh membawa suatu apa pun selain itu hatta sehelai kertas atau sebatang pen sekalipun
pun.
Setelah semua penduduk bumi tiba di planet itu dan bumi musnah, rasa-rasanya kitab suci
agama manakah yang akan keluar (ditulis semula selengkapnya) terlebih dahulu?
Veda? Bible? Talmud? Avesta? La Goligo? Tao Te Ching? Tripitaka? Lain-lain?
Percayalah, kitab suci Al-Quranlah yang pertama keluar semula, bahkan mungkin satu-
satunya kitab suci yang terselamat? Mengapa? Kerana ada ramai umat Islam yang
menghafaz keseluruhan isi kitab itu. Yang menghafalnya secara terpisah-pisah (dalam
jumlah yang banyak) lagi ramai. Dalam masa yang singkat sahaja ia boleh ditulis semulasecara keseluruhannya di planet baru itu.
Kitab-kitab besar agama lain? Ringkas kata, tidak ada manusia yang menghafalnya
keseluruhannya. Secara terpisah-pisah dalam jumlah yang banyak pun tidak ada. Jika usaha
dilakukan untuk mengumpul dan mencetaknya semula, pasti akan banyak lompong-
lompong yang akan lompong buat selama-lamanya.
Inilah salah satu kelebihan Al-Quran. Kita mestilah rasa bertuah memilikinya. Kita mestilah
selalu membuka, memandang, membaca dan berfikir tentangnya. Kita sudah membuka,
memandang, membaca dan berfikir tentangnya hari ini? Jika belum lagi, berniatlah untukmelakukannya : )
TAZKIRAH FACEBOOK 34 (Oktober 13, 2012)
Jangan jadi lilin, membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain. Orang terang, dia
terhapus.
Jadilah matahari, menerangi orang lain dalam keadaan dirinya sendiri bersinar cemerlang.
Jangan jadi jarum, menjahit pakaian untuk orang lain, dia sendiri telanjang.Jadilah kasturi, mengharumkan orang, dia sendiri pun sedia harum.
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
20/23
20
TAZKIRAH FACEBOOK 35 (Oktober 14, 2012)
Lagi tinggi kedudukan/maqam yang Tuhan hendak beri, lebih hebat cubaan yang
didatangkan-Nya.
Lagi besar pangkat yang hendak dianugerahkan oleh majikan, lebih berat tanggungjawab
yang ditugaskan.
Lagi penting kedudukan yang hendak diamanahkan oleh jemaah atau umat, lebih hebat
ujian-ujian yang mereka letakkan.
Begitulah umumnya.
Orang-orang yang gagal memaham, tidak punya kesabaran dan mudah terdorong dengan
perasaan, mereka akan menyalahkan Tuhan, orang-orang atasan, jemaah ataupun umat.
Orang-orang yang gagal memaham, tidak punya kesabaran dan mudah terdorong denganperasaan, biasanya mereka akan gagal, terkandas separuh jalan, sekalipun mereka berasa
diri mereka yang berjaya.
Bersabar dan bijak dalam membuat pertimbangan, akan banyak membantu peningkatan
diri, khususnya di sisi Allah SWT.
TAZKIRAH FACEBOOK 36 (Oktober 14, 2012)
Bagai mencurahkan air ke daun keladi, sekalipun daunnya berdegil menolak air, tetapi airyang jatuh ke bumi tetap diserap oleh akarnya, dihantar kepada daun melalui batangnya. Air
yang jatuh ke bumi tadi, tetap dimanfaatkan oleh tumbuhan lain di sekitarnya. Tumbuhan di
sekitar pokok keladi akan mempengaruhi suasana dan keadaan pokok keladi.
Berdakwah (contohnya berkata-kata) kepada orang yang tidak mahu didakwah, sekalipun
dia berdegil menolak dakwah kita, tetapi sekurang-kurangnya ada juga sepatah dua
perkataan kita yang tersimpan dalam hatinya. Paling kurang pun gambaran dan suasana
ketika kita mendakwahkan dirinya itu, terakam juga sedikit dalam mindanya.
Selain itu, dakwah kita kepadanya turut terdengar atau terpandang oleh orang-orang disekelilingnya. Orang-orang di sekitar mereka yang mengambil manfaat daripada dakwah kita
itu, tentunya akan membentuk persekitaran positif kepada si dia, yang akan mempengaruhi
juga si dia. Pusing ikut mana pun, air dakwah yang disiramkan ke atas daun keladi kedegilan,
tetap membawa manfaat sekalipun sedikit.
Sebab itu para pekerja pada jalan Allah tidak mudah dikuasai jemu.
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
21/23
21
TAZKIRAH FACEBOOK 37 (Oktober 15, 2012)
Dunia dan akhirat itu umpama bayang-bayang dengan lampu.
Jika kita berusaha mengejar bayang-bayang, bayang-bayang semakin melarikan diri dan
akhirnya hilang dalam kegelapan, meninggalkan kita tersesat keseorangan, sedangkan
lampu sudah jauh kita tinggalkan. Lampu tak dapat, bayang-bayang pun tak dapat.
Jika kita berusaha bergerak ke arah lampu, lampu semakin dekat, bayang-bayang mengikut
dari belakang. Akhirnya lampu kita dapat, bayang-bayang di bawah kita ia tercegat.
Jika kita mengejar dunia, dunia akan menghanyutkan kita dan menjauhkan kita dari akhirat.
Akhirnya dunia tak dapat, akhirat terlepas.
Jika kita mengejar akhirat, akhirat semakin mendekat, dunia mengikut kita kita dari
belakang. Akhirnya kedua-duanya kita dapat.
TAZKIRAH FACEBOOK 38 (Oktober 15, 2012)
Begitu caranya buat penilaian, ambil keputusan lalu ambil tindakan?
Huh! Engkau tidak adil! Dia tidak adil! Mereka tidak adil! Apalah punya keputusan!!!
Bagaimana pula cara kita sendiri membuat penilaian, ambil keputusan dan ambil tindakan?
Adakah kita seorang yang adil?
Ataupun kita sama sahaja dengan engkau, dia dan mereka yang di atas tadi?
Dalam kehidupan sehari-hari, kita seumpama seorang hakim.
Katakanlah kita sedang menghakimi dua pihak yang bertentangan.
Sudahkah kita mendengar dan mengambil kira hujah kedua-dua belah pihak?
Ataupun kita hanya mendengar dan mengambil kira hujah satu pihak lalu terus buat
penilaian, keputusan dan tindakan? Dan menghukum?
Sudahkah kita mendengar dan mengambil kira kedua-dua belah pihak secara sama berat,
ataupun sekurang-kurangnya hampir sama berat?Ataupun kita mendengar dan mengambil kira hujah pihak A selama 10 jam dan pihak B 2
jam lalu terus buat penilaian, keputusan dan tindakan?
Teliti surat-surat pihak A 3 hari, surat-surat pihak B 3 jam lalu terus buat penilaian,
keputusan dan tindakan?
Kita sendiri tidak adil, tapi bising-bising apabila orang lain kita nampak tidak adil.
Maka marilah kita bersikap adil lagi bijaksana dalam menilai, membuat pertimbangan,
mengambil keputusan, mengambil tindakan dan menghukum. Akan diminta
pertanggungjawaban di akhirat kelak segala ketidakadilan kita.
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
22/23
22
TAZKIRAH FACEBOOK 39 (Oktober 16, 2012)
Ilmu yaqin, ainul yaqin, haqqul yaqin.
John di Amerika diberitahu bahawa di Malaysia ada sejenis makanan namanya sambal tumis
petai. John percaya, walaupun dia belum pernah melihat atau merasanya. Pengetahuan dan
kepercayaan John ini diperingkat ilmu yaqin. John tahu dan percaya kewujudan sambal
tumis petai melalui kata-kata orang. Tapi jika diletakkan 10 jenis lauk-pauk di depan John
dan diminta dia menunjukkan yang mana satu sambal tumis petai, pasti dia tidak dapat
menunjukkannya.
Kemudian John datang ke Malaysia lalu ditunjukkan kepadanya sambal tumis petai.
Pengetahuan dan kepercayaan John terhadap sambal tumis petai ketika ini sudah
diperingkat ainul yaqin kerana dia sudah melihatnya sendiri. Namun begitu, jika diletakkan
10 pinggan lauk-pauk yang rupanya seperti sambal tumis petai bersama-sama sepinggan
sambal tumis petai di depannya, John masih boleh tersilap tunjuk kerana dia belum pernahmerasai sambal tumis petai itu.
Selepas itu John merasa/memakan pula sambal tumis petai itu. Ketika itu ilmunya sudah
pun naik ke peringkat haqqul yaqin, kerana John bukan setakat tahu dan lihat, bahkan sudah
pernah merasainya. Ketika diletakkan 10 pinggan lauk-pauk di depannya, dengan mudah
John boleh memilih yang mana satu sambal tumis petai tanpa tersilap lagi.
Beginilah kita hendaknya dalam beragama. Kita menyembah/berabdi kepada Allah biarlah
sampai ke peringkat haqqul yaqin. Ketika itu sudah pastilah kita tidak akan tersalah sembah.
Sembahan kita tepat. Kita menyembah Allah Yang Esa, bukannya tersembah makhlukataupun tersembah Allah yang bercampur dengan makhluk. Makhluk mana pun yang
mengaku sebagai Allah kepada kita, kita boleh menyaringnya dalam masa 1 saat sahaja
tanpa ragu-ragu, tanpa perlu berfikir : Ini Allah ke bukan ye?
TAZKIRAH FACEBOOK 40 (Oktober 17, 2012)
Apakah makhluk yang paling mulia di muka bumi?
Manusia.
Apakah yang paling mulia pada diri manusia?
Hatinya (kalbunya).
Maksudnya, yang paling mulia pada diri makhluk yang paling mulia ialah hati (kalbu).
Apakah pekerjaan yang paling mulia?
Tentulah pekerjaan yang melibatkan makhluk yang paling mulia iaitu manusia, dan
melibatkan perkara yang paling mulia pada makhluk yang paling mulia, iaitu hati.
Apakah pekerjaannya?Membawa atau mengarahkan yang paling mulia itu iaitu hati kepada Tuhan.
-
7/31/2019 Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar (bil. 1-40)
23/23
Siapakah para pekerja itu?
Para ilmuwan agama, guru-guru kerohanian, para pendakwah dan sesiapa sahaja yang
mentarbiyyah hati-hati manusia menuju kepada Allah.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
*Koleksi Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar boleh didapati di
http://ihyaassunnah.blogspot.com/
*Tazkirah Facebook terkini boleh didapati di akaun Facebook Abu Zulfiqar Amsyari.
Lelaman Abu Zulfiqar
http://myalexanderwathern.blogspot.com/http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/
http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://satuumat.blogspot.com/
http://syarahihya.blogspot.com/
http://ribuanceramah.blogspot.com/
http://mengapaislam.wordpress.com/
Bagaimana anda boleh memanfaatkan Tazkirah Facebook ini?
1. Sebagai muqaddimah ucapan, kuliah, ceramah, perbualan dan lain-lain.2. Sebagai bahan dalam majlis taklim harian untuk keluarga di rumah.3. Sebagai selingan atau sulaman dalam ucapan, kuliah, ceramah, perbualan dan lain-
lain.
4. Sebagai hadiah yang berharga kepada saudara-saudara kita yang lain, berupakalimah/kata-kata yang baik.
5. Sekurang-kurangnya sebagai bacaan dan renungan harian/mingguan/bulanan untukdiri sendiri.
http://ihyaassunnah.blogspot.com/http://myalexanderwathern.blogspot.com/http://myalexanderwathern.blogspot.com/http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/http://alexanderwathern.blogspot.com/http://alexanderwathern.blogspot.com/http://satuumat.blogspot.com/http://satuumat.blogspot.com/http://syarahihya.blogspot.com/http://ribuanceramah.blogspot.com/http://ribuanceramah.blogspot.com/http://syarahihya.blogspot.com/http://satuumat.blogspot.com/http://alexanderwathern.blogspot.com/http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/http://myalexanderwathern.blogspot.com/http://ihyaassunnah.blogspot.com/