team cahaya news and announcements...team cahaya news and announcements pertandingan boling setelah...
TRANSCRIPT
Team Cahaya News andAnnouncements
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
TEAM BUILDING
Sesi team building kami yang lepas merupakan penamat bagi sesi team building untuk kesemua 39 pusat dialisis kami. Pada beberapa sesi terakhir, teammates telah datang berkumpul di satu tempat yang telah disediakan. Anggota kumpulan bersama-sama berganding bahu untuk memenangi permainan yang dianjurkan dan disamping berkongsi wawasan yang berpandukan daripada pengalaman masing-masing.
Kami berharap agar sesi team building ini memberi keriangan kepada setiap teammates, sebagaimana kami merasai keseronokannya. Kami juga berharap semoga dengan adanya sesi-sesi seperti ini, ianya dapat memperkukuhkan lagi ikatan sesama teammates dan semoga setiap ahli dapat meraih pengalaman dan pengajaran yang berharga berdasarkan daripada semangat kerjasama, sistem komunikasi dan cara penyelesaian masalah, yang boleh diterapkan secara peribadi dan secara professional.
Team Cahaya News and Announcements
PERTANDINGAN BOLINGSetelah beberapa bulan bertanding untuk merebut gelaran sebagai pemenang, Team Cahaya telah menobatkan pemenang pada julung kalinya.
5 pasukan telah bertanding di pusingan akhir, masing-masing mewakili kawasan/daerah masing-masing. Region 1 diwakili oleh SPU, Region 2 diwakili oleh Rawang, Region 3 diwakili oleh Rembau, Region 4 diwakili oleh KSB manakala satu pasukan mewakili HQ.
Pusingan akhir ini telah dijalankan di Ampang Superbowl di E-curve pada 8hb Disember lepas.
Pada pengakhiran pusingan ke-3, satu pasukan telah dinobatkan sebagai juara. Tahniah kepada Team Rawang! Tahniah juga diucapkan kepada semua anggota pasukan. Apa agaknya pilihan sukan akan datang yang bakal dianjurkan oleh Team Cahaya? Nantikan pengumuman dalam masa terdekat! Tempat Pertama
RAWANG (REGION 2)
Tempat Kedua REMBAU (REGION 3)
Tempat Ketiga KUALA SUNGAI BARU (REGION 4)
Tempat Keempat HQ
Tempat Kelima SUNGAI PETANI UTARA (REGION 1)
Teammate yang paling banyak merebut mata untuk Pertandingan Boling peringkat akhir
MOHD IZZUANSHAH BIN ALLIAS
TOURNAMENT 2019
BOWLING
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
Team Cahaya News and Announcements
DEEPAVALI
Kami berpeluang untuk menyambut perayaan yang sangat indah di bulan Oktober. Perayaan Cahaya bagi yang beragama Hindu telah disambut di serata dunia. Bagi Team Cahaya, perayaan ini telah disambut bersama-sama dengan teammates dan pesakit-pesakit kami. Kami juga turut mengedarkan muruku semasa hari sambutan. Lihatlah gambar-gambar menarik kami!
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
VILLAGE CELEBRATION
Team Cahaya News and Announcements
Seperti biasa, inilah masanya pada setiap tahun, kami akan bertungkus-lumus untuk meraikan pencapaian di sekitar Village kami bersama-sama dengan keluarga dan sahabat-sahabat kami!
Sambutan pada tahun ini menjadi lebih menarik kerana teammates dari seluruh Malaysia telah merancang dan mengatur pelbagai aktiviti untuk keraian ini. Ada di antara
pusat rawatan yang telah menyambutnya di destinasi percutian, ada yang menyambutnya di taman tema air, malah ada juga yang memilih untuk membuat jamuan di pusat berkenaan dengan menjemput para pesakit mereka. Kami berharap agar semua teammates dan para pesakit bergembira ketika sambutan dijalankan kerana anda semua layak dihargai!
Tahniah Team Cahaya!
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
Team Cahaya News and Announcements
CHRISTMAS
Christmas merupakan masa untuk bergembira dan berhibur. Seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini kami turut mengadakan acara penukaran hadiah sesama teammates tanpa mengira bangsa dan latar belakang. Sesetengah pusat dialisis kami turut meraikan Christmas bersama dengan pesakit! Pada yang menyambut Christmas, kami berharap Christmas anda penuh dengan keriangan dan kemeriahan dan di sini kami juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua!
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
PERKONGSIAN PESAKITTeammates kita “memberi kehidupan” kepada pesakit setiap hari. Bacalah beberapa perkongsian cerita pesakit tentang penjagaan berkualiti yang diberi oleh teammate:
Team Cahaya News and Announcements
Teammate untuk Suku Tahun
Tahniah kepada Nur Akmar Binti Wahid, FA Benut yang terpilih sebagai teammate contoh bagi suku tahun ke-4 2019!
“Mempunyai semangat Davita yang luar biasa dan tidak putus-putus berusaha untuk menggembirakan teammates dan para pesakit. Beliau sentiasa mencari jalan untuk mengimprovasi Pusat Dialisis Davita untuk kebaikan bersama. Beliau sangat cekap dan pintar di dalam kerjaya beliau.”
Tahniah Akma! Kami sangat bangga dengan anda. Teruskan bersinar dan menjadi contoh kepada Misi dan Visi kita. Anda merupakan bintang kami.
‘’Leni seorang yang cekap dan mahir dalam menjalankan tugasan selain memberikan layanan yang baik dan mesra kepada semua pesakit, seorang yang sangat menitikberatkan keadaan kesihatan pesakit agar sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga’’
Erwanshah AmirshahPusat Dialisis Davita
Kota Kinabalu
‘’Action speaks louder than words would best described, SN Laimin. He works quickly and quietly, have the patience of a saint and most of all, lightest fingers when it comes to injection. One could hardly feel the needle sticking into your veins. One less nightmare being a dialysis patient. Others should learn form him.’’
Brenda Reston Areno,Pusat Dialisis DaVita
Kota Kinabalu
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
Team Cahaya News and Announcements
BAHAGIAN CORE VALUE
Service ExcellenceBerkhidmat untuk anda — antara sebab kewujudan kami. Tanpa mengenal jemu, kami sentiasa cuba untuk memahami kehendak anda yang bergantung kepada kami (pesakit kami, para doktor dan teammates kami) dan cuba untuk melangkau harapan anda.
Service Excellence merupakan salah satu daripada nilai utama di dalam industri penjagaan kesihatan. Ia merupakan matlamat yang sentiasa kami perjuangkan agar kami dikenali sebagai komuniti terbaik dunia di dalam bidang penjagaan kesihatan.
Apa yang boleh anda lakukan untuk mencapai Service Excellence dengan cara yang paling mudah, tetapi meninggalkan impak yang besar?
Mengapa ianya penting? Kesempurnaan di dalam memberi perkhidmatan boleh dicapai dengan memahami kehendak pesakit dan teammates kami, dan sentiasa mempunyai daya usaha untuk memberi perkhidmatan di luar daripada jangkaan. Dengan memberi perkhidmatan yang sempurna, kami berharap agar pesakit kami memberi kepercayaan yang penuh kepada kami untuk merawat mereka. Kami juga boleh memperkukuhkan lagi hubungan di antara pesakit dan teammates kami dengan mengikut kaedah beberapa komponen penting seperti mengambil berat, persefahaman bersama, keyakinan diri dan mempercayai satu sama lain. Apabila komponen-komponen ini dijadikan satu visi, kami yakin bahawa kami boleh mencapai impian kami untuk mencipta satu tempat yang istimewa untuk semua.
Bagaimana ianya dapat membantu komuniti kami? Memandangkan kita semakin berkembang menuju ke zaman teknologi dan evolusi yang semakin menghadkan interaksi sesama manusia – kami digalakkan untuk berhubung dengan orang ramai dan memberi sentuhan peribadi kepada kehidupan di sekeliling kami. Kemahiran untuk berkomunikasi dengan baik dapat meninggalkan kesan yang positif terhadap pesakit kami dan ianya juga turut mencerminkan imej keseluruhan komuniti kami. Teammates dan pesakit dapat berada di dalam zon yang selesa melalui interaksi bersama dan ini membolehkan pesakit berasa selesa untuk berkongsi sebarang masalah yang berbangkit dan bersama-sama mencari penyelesaian.
Service Excellence boleh dicapai melalui kemahiran komunikasi yang bijak dan kesannya antara lain adalah:
Jangan lupa untuk berkongsi nilai-nilai ini bersama dengan teammates anda yang lain untuk mencapai tahap piawaian Service Excellence. Anda juga digalakkan untuk berkongsi pengalaman anda dan nilai-nilai ini di sosial media anda.
Sentiasa hadiri homeroom di pusat rawatan anda dan libatkan diri dengan setiap sesi Voice of the Village Sentiasa saling bertanya khabar mengenai perkembangan rakan-rakan di pusat rawatan anda, berkaitan dengan apa jua perkara. Sebagai contoh, mengenai pesakit yang kerap tidak hadir untuk rawatan dan cara bagaimana anda boleh membantu. Atau bagaimana anda boleh membantu teammates yang memerlukan perhatian kerana masalah peribadi yang mengganggu fikiran beliau.
Sambut dan sapa teammates dan pesakit dengan mesraUcapan mesra yang ringkas daripada anda dapat membuatkan seseorang itu tersenyum. Ini merupakan sebahagian daripada Service Excellence kerana anda menunjukkan cara anda mengambil berat dengan berkomunikasi, yang boleh membuatkan orang berasa selesa. Ucapan ringkas seperti “Selamat Pagi” atau “Apa Khabar?” boleh memberi impak yang amat positif dan menimbulkan perasaan girang terhadap kebanyakan orang. Cubalah untuk memberi ucapan ringkas sebegitu kepada teammates dan pesakit anda!
Beri penjelasan kepada pesakit anda dan pastikan mereka sentiasa mengambal langkah yang betul Sentiasa berkomunikasi dengan pesakit anda mengenai rawatan susulan mereka dan jelaskan mengenai kesihatan mereka melalui program pendidikan bersama pesakit. Ini merupakan sebahagian daripada Service Excellence kerana anda meletakkan mereka sebagai tanggungjawab anda dan anda mengambil berat akan kesihatan mereka. Layanan sebegini akan menaikkan tahap keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap anda. Anda boleh juga berhubung dengan pasukan Clinical Service Specialists (CSS) kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program penjagaan pesakit. Mereka akan berbesar hati untuk membantu anda.
Sentiasa peka terhadap sebarang perkembangan dan fahami polisi Anda hendaklah berhubung rapat dengan Ketua Bahagian anda atau Pengurus Operasi Serantau (Regional Operations Managers (ROMS)) berkaitan dengan sebarang pelan perancangan atau sebarang program yang baharu. Sentiasa bekerjasama dengan ketua bahagian anda mengenai polisi seperti pematuhan, kewangan dan hal-hal berkaitan dengan klinik sekiranya anda tidak pasti mengenai kandungan tersebut. Service Excellence adalah apabila anda menjadikan polisi yang diberi sebagai panduan di dalam menguruskan pesakit anda mengikut tatacara yang telah ditentukan.
Pastikan tempat anda bersih dan teratur Sentiasa pastikan pusat rawatan anda bersih dan teratur kerana kebersihan adalah kunci kepada keselamatan pesakit – sentiasa peka dengan persekitaran di pusat anda dan bersihkan dengan segera sekiranya ternampak tompokan darah di atas lantai yang berlaku semasa rawatan dijalankan. Segala alatan perubatan yang telah digunakan haruslah dibersihkan segera, dan buang di tempat yang sepatutnya segala alatan pakai buang yang digunakan untuk rawatan.
Memperbaiki hubungan antara teammates dan pesakit
Memperbaiki prestasi penilaian klinikal
Pengekalan pesakit dan teammates di DaVita
Penekanan berkaitan ingin menjadikan DaVita sebagai tempat yang istimewa akan tercapai
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
Team Cahaya News and Announcements
Pemenang Core Value Pin Tahniah kepada pemenang Core Value Pin untuk suku tahun ini! Teruskan semangat bekerja anda. Anda kami raikan dan sanjungi!
BAHAGIAN CORE VALUE
Kidney Word SearchKidney Word Search
Cari perkataan dibawah!
PROTEIN TRANSPLANT
PHOSPHORUS
BINDERSGRAFT CATHETER FISTULA ACCESSCENTER
SODIUM BUN NEPHROLITHIASIS
URINALYSISNEPHROLOGIST
PATIENTS BPMONITOR
GFRCREATININE
POTASSIUM
HYPERTENSION
KIDNEY
Service ExcellenceMonaliza Binti Azid (Alor Setar)Marianie Binti Abdul Wahab (Bangi)Ku Fadzliana Binti Ku Azmi (Benut)Sandra Priya (HQ)
IntegritySazwani Binti Sapian (TTJ)
TeamNorfarena Binti Abd Rahman (Kota Damansara)Suzi Binti Sohari (TSS)Nur Syahirah Binti Azemi (HQ)
Continuous ImprovementQuestal Chia (HQ)
AccountabilityNoor Hafizah Binti Mohd Zaini (Puchong)Muhammad Taufiq Bin Mohd Shah (KSB)Jenny Lam (HQ)
FulfilmentMohamad Qhairul Aizam Bin Ramli (Rembau)Luo Tze Ting (HQ)
FunNorhazwani Binti Hussin (Rembau)Nurul Jannah Binti Jamal (HQ)
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
INFO KESIHATAN : RISIKO JANGKITAN KUMAN MELALUI KATETER
Team Cahaya News and Announcements
Risiko jangkitan kuman melalui kateter adalah lebih tinggi berbanding dengan melalui fistula. Kateter yang kotor dan basah menggalakan pertumbuhan bakteria. Sekiranya balutan/dressing kateter menjadi basah atau kotor, anda perlu memaklumkan kepada kami supaya balutan tersebut ditukar dengan kadar segera untuk mengelakkan jangkitan kuman. Anda perlu memaklumkan kepada kami sekiranya anda berasa tidak sihat, demam atau kawasan di sekeliling kateter anda merah, bengkak atau bernanah.
Jenis-jenis KateterBerikut adalah jenis-jenis kateter dan kedudukannya di badan anda:
Terletak di bahagian leher (di dalam pembuluh
darah jugular)
INTERNAL JUGULAR
CATHETER (IJC)
Terletak di lipatan peha
FEMORAL VEIN (FV)
Terletak di kawasan dada
SUBCLAVIAN VEIN (SC)
Antara Langkah-langkah Yang Perlu Diambil Bagi Mengelakkan Jangkitan Kuman
Pastikan dressing / balutan kateter anda bersih dan kering semasa dan selepas rawatan dialisis.[Nota: Jururawat anda akan memastikan bahawa tiada tanda- tanda jangkitan kuman pada setiap sesi dialisis.]
Pastikan anda memakai topeng menutup mulut semasa memasang dan mencabut kateter daripada mesin dialisis.
Pastikan jururawat anda memakai topeng penutup mulut dan hidung, membasuh tangan dengan bersih dan menggunakan sarung tangan yang steril semasa mengendalikan kateter anda.
Lindungi kateter anda daripada terkena air semasa mandi.
Telefon kami dengan segera sekiranya kaf kateter anda terkeluar atau dressing / balutan kateter anda terbuka.
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
JANGAN ABAIKAN SIMPTOM JANGKITAN KUMAN PADA KAWASAN SEKITAR KATETER DAN MAKLUMKAN KEPADA PASUKAN KESIHATAN ANDA DENGAN SEGERA SEKIRANYA TERDAPAT TANDA-TANDA JANGKITAN KUMAN.
INFO KESIHATAN : RISIKO JANGKITAN KUMAN MELALUI KATETER
Team Cahaya News and Announcements
Sekiranya anda menggunakan kateter, pastikan anda mengamalkan langkah-langkah yang berikut:
01 02
03 04
05
Mandi dengan cara mengelap badan
Pastikan bahagian luar dressing kering dan bersih
Jangan membuka dressing kateter
Sentiasa peka akan sebarang tanda jangkitan kuman di sekitar kateter
Segera beritahu kami kesihatan anda sekiranya terdapat sebarang tanda jangkitan kuman
Antara kelebihan dan kelemahan AV Fistula & Kateter
AV FISTULA KATETER
Tahan lebih lama
Risiko jangkitan kuman adalah lebih rendah
Boleh mandi seperti biasa sebaik sahaja luka pembedahan sembuh
Kurang risiko berlakunya darah beku
Pengaliran darah lebih lancar
Boleh digunakan sejurus selepas kateter dimasukkan
Sebelum boleh digunakan, fistula haruslah matang terlebih dahulu dan ini memakan masa antara 14 hingga 16 minggu
Mudah terjadi darah beku didalam lumen kateter, yang menghalang pengaliran darah
Merupakan akses sementara
Pengaliran darah mungkin tidak mencukupi untuk dialisis
Anda perlu memakai pelindung kateter semasa mandi
Boleh mengakibatkan pembuluh darah utama menjadi sempit
BAGAIMANA DAVITA MEMBANTU ANDADaVita adalah satu badan yang komited di dalam membantu pesakit membaiki kualiti kehidupan dengan menawarkan layanan
yang bersesuaian dengan penjagaan penyakit buah pinggang. Pasukan kesihatan DaVita sentiasa bersedia untuk melayan sebarang pertanyaan dan membantu memberi nasihat mengenai perkara yang berkaitan dengan penjagaan buah pinggang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.davita.com/my , atau hubungi kami di DaVita Hotline at 1-800-180-780.
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
Lebih mudah dijangkiti kuman yang boleh membawa kepada masalah seperti:» Endokarditis: Jangkitan kuman
terhadap injap jantung dan boleh membawa kepada masalah jantung
» Jangkitan kuman didalam otak» Jangkitan kuman pada tulang
belakang yang boleh mengakibatkan lumpuh
Kami Mahu DENGARDARIANDA!Adakah anda mengadakan
AKTIVITIdi pusat
dialisis anda?
Pernahkah anda
mendengar
CERITAISTIMEWA
PESAKITyang memberi
inspirasi
kepada anda?
Anda adaULASANMAKANANyang ingin dikongsi?
Kami bangga untuk memaklumkan bahawa newsletter kami akan mempunyai wajah baru, nama baru dan kandungan baru untuk isu seterusnya. Kami mahu anda menjadi sebahagian daripadanya dengan berkongsi bersama kami pencapaian anda, cerita pesakit, foto atau mungkin ada restoran yang anda ingin cadangkan.
Perkongsian anda mungkin akan dipaparkan dalam newsletter kami yang seterusnya dan anda boleh memenangi hadiah-hadiah menarik!
Hantarkan kepada kami sebelum 31 Januari 2020 ke [email protected]
RAKAMKANPENDAPAT ANDAPENTING!
Detik MelaluiLensa Anda
• Ini adalah pertandingan gambar digital. Tema pertandingan ini adalah mengikut tema yang diberikan setiap suku tahun.
• Muat naik gambar di Facebook anda dan tag DaVita Malaysia.• Jawatankuasa penilaian akan memilih gambar terbaik yang
memaparkan tema secara kreatif. Gambar yang mempunyai tanda likes paling banyak mempunyai kelebihan untuk menang.
• Pemenang akan memenangi hadiah menarik dan gambar tersebut akan dipaparkan pada muka hadapan newsletter kami.
• Peraduan ini terbuka kepada semua.• Gambar yang dimuat turun dari internet atau imej stok akan
dibatalkan penyertaannya.• Anda hanya boleh menghantar satu gambar terbaik.• Pemenang akan dihubungi terus melalui Facebook.
Muat naik dan tag kami di Facebook sebelum 31 Januari 2020
Hantarkan kepada kami sebelum 31 Januari 2020 [email protected]
TEMA:
FUN
Adakah anda
jurugambar
BERBAKAT?
Matlamat kami adalah kepuasan anda. Kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik untuk anda.
Soalan, komen dan cadangan anda mengenai DaVita Malaysia sentiasa dialu-alukan!
Adakah pasukan
anda telah MENCAPAI
satu matlamatyang penting?
Adakah anda
mempunyai
HOBIyang anda
banggakan?