teknik kolaj dalam projek permainan tradisional
DESCRIPTION
teknik kolaj, aplikasi dalam bentuk unsur seni dan prinsip rekaanTRANSCRIPT
ISI KANDUNGAN
Konteks Muka Surat
Penghargaan 2
Pengenalan 3
1.0 Pendahuluan 4
1.1 Sejarah wau 41.2 Jenis-jenis wau 41.3 Bahagian-bahagian wau 61.4 Contoh-contoh wau 71.5 Membuat wau 81.6 Cara bermain 81.7 Tokoh-tokoh pembuat wau 91.8 Contoh kolaj bertemakan wau 10
2.0 Proses perkembangan idea dan lakaran 12
3.0 Kefahaman dan aplikasi terhadap unsur seni 14
3.1 Garisan 153.2 Rupa 153.3 Jalinan 153.4 Bentuk 153.5 Ruang 163.6 Warna 16
4.0 Kefahaman dan aplikasi terhadap prinsip rekaan 17
4.1 Harmoni 174.2 Kontra 184.3 Penegasan 184.4 Imbangan 194.5 Irama dan pergerakan 194.6 Kepelbagaian 204.7 Kesatuan 20
5.0 Penerokaan terhadap alat, media dan teknik 21
5.1 Penggunaan alat 225.2 Penggunaan media 245.3 Aplikasi teknik 26
Bibliografi 28
Lampiran 30
1
Penghargaan
Alhamdulillah dan bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya
berjaya juga saya menyiapkan tugasan ini setelah bertungkus lumus sedaya upaya
upaya untuk menghasilkan keseluruhan bahan tugasan ini sebaik dan sesempurna
mungkin.
Di samping itu, saya ingin menyalurkan ribuan malah jutaan kalungan dan ungkapan
terima kasih kepada pensyarah pembimbing, En Mohd Hasni B. Mat Hassan yang
melaksanakan pengajaran bagi mata pelajaran Menggambar (HBAE4103) di atas
keprihatinan beliau dalam memberi kerjasama sepenuhnya serta bimbingan yang
menyeluruh untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, saya juga ingin menyampaikan kalungan ucapan terima kasih saya yang tidak
terhinggga kepada ahli keluarga saya di atas sokongan dan bantuan berupa kewangan
untuk membantu saya bagi menyiapkan keseluruhan tugasan saya ini dari awal
penghasilannya sehingga ke titik akhir saya melaksanakan tugasan ini. Malah, saya juga
ingin menyampaikan ungkapan terima kasih saya kepada rakan-rakan yang turut sama-
sama mencurah tenaga dan memberikan buah fikiran dengan berkongsi pelbagai idea-
idea yang bernas dalam usaha untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih saya kepada pihak perpustakaan
IPSMB kerana telah banyak membantu saya merangka perjalanan tugasan ini dengan
sempurna.
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengalungkan ribuan malah jutaan ungkapan
penghargaan saya kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam
usaha saya untuk menyiapkan tugasan ini sesempurna mungkin.
Sekian, terima kasih.
2
Pengenalan
Kolaj bermakna potong, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan.
Kerja-kerja kolaj ini dibuat dengan menampalkan cebisan kertas-kertas, kain atau bahan
lain di atas permukaan 2D.
Kolaj juga merupakan satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti
gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih. Teknik mencantum
potongan gambar menjadi satu komposisi.
Penghasilan kolaj selalunya menjadikan objek-objek di sekeliling mereka berharga untuk
dijadikan bahan-bahan dalam hasil kerja kolaj mereka. Mereka bebas menggunakan apa
sahaja peralatan, media, teknik seperti dawai, kepingan besi, kaca, plastic, kulit pokok,
batu, dedaun kering, lalang, kain perca, butang,reja reben, benang, potongan gambar,
kertas warna, dan sebagainya.
Kolaj juga boleh dihasilkan daripada campuran pasta kering, beras dan kekacangyang
mempunyai warna yang menarik. Pengkarya juga menngunakan sekeping kadbod yang
kuat iaitu mounting board sebagai dasar.
Dalam menghasilkan sebuah kolaj, seseorang perlu menggunakan idea kreativiti
tersendiri untuk mendapatkan hasil kerja yang cantik dan bermutu. Penggunaan
bahantara yang bersesuaian dengan tema atau tajuk catan juga perlu diambil kira
apabila menjalani proses kolaj.
Terdapat beberapa jenis gam sesuai digunakan dalam proses menghasilkan kolaj.
Pelekat akrilik adalah yang terbaik untuk digunakan kerja-kerja kolaj. Kadangkala kerja-
kerja menghasilkan kolaj ini tidak menggunakan pelekat tetapi skru, ikatan, dawai untuk
melekatkan bahan ke atas kolaj.
3
1.0 Pendahuluan
Tema yang dipilih bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan ini adalah bermotifkan
seni kraf tradisional. Jadi saya telah memilih seni wau sebagai seni kraf tradisional untul
menghasilkan kolaj.
1.1 Sejarah Wau
Sejarah perkembangan permainan wau diketahui telah muncul sejak 3000 tahun yang
lampau di China. Kononnya wau digunakan untuk menerbangkan makanan kepada
orang yang terperangkap si suatu kawasan bukit. Di negara ini, permainan wau mula
diketahui sejak kurun ke-15 pada zaman pemerintahan empayar Melaka. Pada zaman
dahulu, kepercayaan kononnya langit dan angin mempunyai semangat, dan wau
merupakansalah satu cara untuk menarik perhatian semangat-semangat agar tidak
berlaku bencana alam.
Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di
negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi
kalangan rakyat biasa dan golongan istana.
Pada masa kini, wau dijadikan permainan masa lapang dan pertandingan sukan.
Sehingga kini permainan wau terkenal di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis,
Pahang dan Selangor.
1.2 Jenis-jenis wau
Wau boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu :
1.2.1 Wau untuk pertandingan bagi ketinggian 500 kaki
1.2.2 Wau untuk pertandingan keindahan hiasannya
1.2.3 Wau untuk hiasan dinding
4
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta.. Kelantan dan Terengganu sehingga kini
masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk
permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding. Rekacorak
bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang
dihasilkan dengan berwarna-warni.
Terdapat banyak jenis-jenis wau yang ada di Malaysia antaranya :
Wau Barat
Wau Bayan
Wau Burung
Wau Burung Nuri
Wau Helang
Wau Pari
Wau Ikan
Wau Jala Budi
Wau Katak
Wau Merak
Wau Kucing
Wau Kijang
Wau Kijang Emas
Wau Kijang Kencana
Wau Lenggang Kebayan
Wau Legu
Wau Sewah
Wau Merak
Wau Payang
dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.
5
1.3 Bahagian-bahagian wau
Rajah 1 Bahagian-bahagian wau
a. bilah ekorb. bulan penuhc. bulan sabitd. ekore. kepalaf. lengkok bulang. sayaph. tulang belakang
6
1.4 Contoh-contoh wau
Rajah 2
7
1.5 Membuat Wau
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut
buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas
pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh
tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan
menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar
dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua
menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung
atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang
telah ditebuk ditampalkan.
Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi
dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul
akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi
dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau
mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti
alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah
bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.
1.6 Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang
wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup
maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya
sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah
cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.
8
Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu
tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat
tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah
dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang
dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan
layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan
perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
1.7 Tokoh-tokoh pembuat wau
Hashim bin Awang
Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau mula membuat wau semasa kanak-kanak lagi.
Beliau pernah memenangi piala pusingan bagi wau berhias selama tiga tahun berturut-
turut. Dua daripada karya beliau telah dihantar ke seberang laut untuk menghiasi dinding
Bangunan Suruhanjaya Malaysia di Kota London.
Wan Su bin Othman
Berasal dari Besut, Terengganu. Beliau juga seorang pengukir terkenal. Melalui
kemahiran mengukir, beliau menghasilkan corak-corak wau bermotifkan bunga ukir.
9
1.8 Contoh kolaj bertemakan wau
Rajah 3: Kolaj “Wau”
Rajah 4: Wau Bulan
10
Rajah 5 : Beberapa jenis wau serta corak hiasanya
11
2.0 Proses perkembangan idea dan lakaran yang merangkumi komposisi,
kreativiti dan artistik.
Rajah 6 Lakaran wau
Untuk menghasilkan sebuah kolaj bukanlah semudah yang disangkakan. Aktiviti kolaj
boleh dikatakan agak rumit dan cerewet untuk disudahkan kerana ia banyak melibatkan
koordinasi tangan, mata, ketekunan dan perasaan individu yang menghasilkannya.
Tema bagi tugasan yang perlu disiapkan adalah ‘Seni Kraf Tradisional’. Pada mulanya,
saya agak kurang jelas mengenai tema tersebut. Tetapi setelah berbincang dalam kelas
bersama pensyarah, saya telah dapat gambaran mengenai tugasan ini. Saya juga
memilih “Wau” sebagai tema seni kraf tadisional untuk dihasilkan melalui kolaj.
12
Sebelum ini saya ada pilihan untuk memilih tema patung wayang kulit untuk dihasilkan
melalui kolaj. Tetapi atas sebab faktor-faktor tertentu saya bertukar kepada bentuk wau.
Faktor yang menyebabkan saya memilih wau kerana wau mudah untuk dilakarkan
malah wau juga adalah salah satu alat permainan rakyat. Wau sekiranya dihasilkan ia
kelihatan amat cantik. Corak serta bentuknya memikat sesiapa sahaja yang melihatnya.
Terdapat pelbagai jenis wau yang berlainan corak yang ada di Malaysia. Bagi saya wau
adalah pilih yang terbaik untuk dihasilkan.
Setelah memilih tema sesuai, saya telah mencari berbagai jenis wau yang memiliki
corak serta bentuk yang menarik untuk dilakaran. Wau yang menjadi pilihan saya
adalah wau bulan. Wau bulan lebih cantik dan mudah dilakar berbanding wau-wau yang
lain. Corak-corak yang dihasilkan bermotifkan alam semula jadi. Corak merupakan satu
satu faktor yang penting dalam penghasilan wau. Sekiranya corak tidak menarik, wau
tersebut juga tidak menarik.
Dalam proses melakar, kedudukan wau tersebut sengaja saya serongkan ke kiri agar
wau tersebut kelihatan menarik dan unik. Saya membuatkan lakaran pada kertas
lukisan. Bagi bahagian kanan pula, saya lakarkan perkataan wau bulan agar
menimbulkan kesan yang seimbang dengan wau. Bentuk wau yang dihasilkan berbeza
dengan wau bulan yang asal. Saya menggunakn kreativiti saya sendiri dalam
menghasilakn bentuk wau tersebut agar wau tersebut kelihatan lain dari yang lain.
Setelah berpuas hati dengan lakaran tersebut, saya membuat salinan pada kertas A4
dan A3.Tujuan saya berbuat demikian kerana bagi kertas A4 saya boleh tentukan warna
yang sesuai untuk lakaran yang telah saya hasilkan. Manakala bagi kertas A3, saya
gunakan sebagai penekap untuk memudahkan saya menekap corak-corak yang
terdapat dalam lakaran tadi.
Sebenarnya agak lama saya mengambil masa untuk melakar bentuk wau ini. Saya ingin
menghasilkan sesuatu yang menarik. Apa yang saya inginkan adalah apabila seseorang
melihat hasil karya saya, dia akan tertarik dengan keunikan wau tersebut. Pemilihan
warna juga penting bagi saya agar hasil karya saya lebih bermutu.
13
3.0 Kefahaman dan aplikasi terhadap unsur seni
Unsur seni merupakan elemen yang paling asas dan penting bagi mencipta segala karya
seni visual. Terdapat enam unsur seni iaitu :
3.1 Garisan
3.2 Rupa
3.3 Jalinan
3.4 Bentuk
3.5 Ruang
3.6 Warna
Rajah 7 contoh unsur seni
14
3.1 Garisan
Garisan adalah cantuman satu siri titik-titik yang bersambung atau yang mempunyai
jarak-jarak yang tertentu. Berdasarkan karya kolaj yang dihasilkan hanya terdapat
potongan serta tampalan yang berbentuk garisan melintang iaitu pada rambu wau
dan berbentuk garisan pancaran pada pinggang wau.
3.2 Rupa
Rupa adalah hasil pertemuan titik penghujung dengan titik permulaanya. Unsur seni
yang terdapat pada hasil karya ini adalah rupa corak yang terdapat pada wau. Terdapat
dua jenis rupa dalam kolaj ini iaitu rupa geometrik pada bulatan pinggang wau dan
rupa organik pada corak wau. Rupa juga diolah dalam bentuk positif yang boleh dilihat
pada corak wau itu.
3.3 Bentuk
Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim, dan lebih daripada satu permukaan.
Boleh ditafsirkan pada karya ini, bentuk yang terdapat pada karya kolaj ini adalah
bentuk ilusi iaitu merupakan bentuk visual bersifat 2D.
3.4 Jalinan
Merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Banyak unsur jalian
yang terdapat dalam kolaj ini. Antaranya corak-corak yang terdapat pada wau. Jalinan ini
dipanggil jalinan sentuh.
15
3.5 Ruang
Ruang bermaksud kawasan kosong di keliling sesuatu objek di antara dua objek
ataupun rongga yang terdapat dalam sesuatu objek. Penggunaan warna cerah menonjol
dari latar gelap. Ruang ini dinamakan ruang tampak. Ini bermakna ton warna yang
digunakan dapat menimbulkan kesan pada warna yang cerah.
3.6 Warna
Warna adalah unsur yang amat penting dalam ciptaan hasil seni visual kerana warna
dapat mempengaruhi perasaan kita. Contonhnya, warna yang terang dan cerah
menimbulkan perasaan riang dan gembira. Manakala warna yang gelap dan kelam
menimbulkan perasaan muram dan sedih. Hasil seni kolaj ini hanya menggunakan
warna merah, jingga, kuning, putih dan hitam sahaja.
Pada hasil karya kolaj ini, hanya ada dua kumpulan gubahan warna iaitu warna
harmoni yang terdiri daripada merah, kuning, dan jingga manakala kumpulan satu lagi
merupakan warna penggenap iaitu warana hitam untuk menimbulkan kesan kontra.
16
4.0 Kefahaman dan aplikasi terhadap prinsip rekaan
Prinsip rekaan merujuk kepada kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsur-
unsur seni untuk menibulkan gambaran tertentu yang dikehendaki dalam sesuatu
gubahan seni visual.
Terdapat tujuh prinsip rekaan, iaitu:
4.1 Harmoni
4.2 Kontra
4.3 Penegasan
4.4 Imbangan
4.5 Irama dan Pergerakan
4.6 Kepelbagaian
4.7 Kesatuan
4.1 Harmoni
Susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang tertentu akan menimbulkan
harmoni. Harmoni tidak akan muncul jika terdapat ciri-ciri yang bercanggah.
Aplikasi warna dari kumpulan yang sama atau mempunyai hubung kait antara satu sama
lain juga menimbulkan gambaran harmoni dalam sesuatu gubahan. Selain itu, aplikasi
prinsip rekaan dapat menimbulkan gambaran yang sempurna.
Dalam karya kolaj yang dihasilkan ini, ulangan potongan garisan pada rambu,rupa
corak yang dihasilkan, bentuk wau yang serong, ruang tampak yang dihasilkan dapat
menghasilkan gubahan yang harmoni. Penggunaan warna merah,jingga dan kuning
menampakkan lagi gubahan yang lebih harmoni.Gambaran kolaj yang terdiri daripada
corak-corak yang sempurna, teratur, seragam dan selesa salah satu faktor yang dapat
menimbulkan gubahan harmoni.
17
4.2 Kontra
Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang mempunyai ciri-ciri bertentangan
atau bercanggahan dalam sesuatu gubahan. Kontar juga berkaitan dengan focus kerana
ciri-ciri yang bertentangan menimbulkan perbezaan. Selain itu, kontra banyak diaplikasi
dalam gubahan seni visual kerana dapat memberi penegasan dan tumpuan,
menggelakkan kebosanan, serta menjadikan hasil seni berpelbagai dan lebih menarik.
Dalam karya kolaj yang dihasilkan ini, penggunaan warna bertentangan pada kolaj ini
boleh menghasilkan suatu gubahan kontra seperti warna cerah dan gelap. Selain itu,
penggunaan bahan dan teknik yang berlain dapat menimbulkan kontra pada kolaj yang
dihasilkan.
4.3 Penegasan
Penegasan wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur yang menonjol di
dalamnya. Penegasan merupakan satu teknik yang amat berkesan untuk menimbulkan
focus atau tumpuan terhadapa sesuatu perkara atau objek. Ciri-ciri penegasan yang
boleh dilihat dengan cara berikut :
4.3.1 Menggunakan unsur-unsur seni yang berkontra
4.3.2 Mengasingkan elemen yang harus ditegaskan
4.3.3 Meletakkan objek penegasan di pusat dengan menggunakan garisan grid
pancaran.
Dalam karya kolaj yang dihasilkan ini, jika dilihat hasil kolaj tersebut bentuk wau lebih
menonjol disebabkan penggunaan unsur-unsur seni berkontra serta latar belakang yang
berwarna gelap menimbulkan lagi penegasan. Selain itu, perkataan “WAU BULAN” juga
menunjukkan penegasan yang ketara.
18
4.4 Imbangan
Imbangan bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi berat, tarikan, dan tumpuan
perhatian. Terdapat dua jenis imbangan iaitu:
4.4.1 imbangan simetri yang unsur-unsur seni di bahagian kiri sama dengan kanan atau
atas sama dengan bawah. Garisan ‘axis’ dilukis ditengah-tengah untuk
memastikan kedua-dua bahagian mempunyai kesamaan.
4.4.2 imbangan tidak simetri yang unsur-unsur seni di kedua-dua bahagian pada
gubahan tidak sama tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan
keseimbangan melalui cara susunan dan penggunaannya.
Dalam karya kolaj yang dihasilkan ini, kedudukan wau dilihat menyerong ke kiri. Ia
sengaja dihasilkan begitu kerana untuk menwujudkan sesuatu yang unik dan menarik.
Imbangan bentuk wau yang dihasilkan terdiri daripada jenis imbangan simetri kerana
kira dan kanan sama. Tetapi memandangankan kedudukan bentuk wau yang
menyerong ke kiri, bahagian kiri tidak kelihatan dengan jelas. Corak-corak yang
dihasilkan juga seimbangan antara kiri dan kanan wau.
4.5 Irama dan pegerakan
Irama dan pergerakan bertujuan untuk member nyawa kepada rupa dan bentuk visual
dalam seni tampak dua dimensi, menibulkan imej yang lebih hidup dan realistik, justeru
menjadikan gambar kelihatan lebih menarik.Aplikasi prinsip irama dan pergerakan dalam
kegiatan menggambar dapat menghasilkan irama dan suasana yang tertentu. Selain itu,
dapat menjadikan gambar lebih menarik dan menimbulkan daya tarikan yang lebih
cantik serta kesan visual yang lebih hidup dan realistik.
Dalam karya kolaj yang dihasilkan ini, corak-corak yang terdapat dalam wau memberi
kesan visual yang lebih menarik. Daya tarikan tersebut membuatkan wau tersebut
kelihatan lebih hidup dan realistik. Rambu-rambu yang dihasilkan juga menjadikan juga
kolaj tersebut seolah-olah kelihatan 3 dimensi.
19
4.6 Kepelbagaian
Merujuk kepada keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya, nilai, dan idea
yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti
gayaan, perlanjutan, dan kontra. Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dalam karya seni
visual dapat member gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan bagu gubahan tersebut.
Dalam karya kolaj yang dihasilkan ini, penghasillan warna yang bertentangan serta
pelbagai serta digabungkan dengan corak-corak berlainan yang dihasilkan menimbulkan
lagi kepelbagaian dalam gubahan kolaj ini.
4.7 Kesatuan
Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur di dalamnya
memp[unyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh. Penggunaaan unsur-
unsur seni, pengelolaan tema, serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada
sesuatu gubahan seni visual. Aplikasi prinsip kesatuan dalam karya seni akan
menjadikan hasil itu kelihatan sempurna, lebih lengkap dan teratur di samping
menimbulkan suasana yang tenteram serta perasaan yang selesa.
Dalam karya kolaj yang dihasilkan ini, tema kraf tradisional lebih jelas kelihatan kerana
kesemua unsur-unsur di dalamnya menimbulkan kesan seni visual yang menyeluruh.
Hasil karya ini kelihatan tersusun dan teratur serta selesa untuk dipandang.
20
5.0 Penerokaan
terhadap alat, media
dan teknik
21
5.1
Penggunaan
Alat
22
PENGGUNAAN ALAT
Bil Alat Kegunaan
1. Pensel / pen / pemadam / pen marker
- Membuat lakaran awal bagi kolaj di atas kertas lukisan.
2. Gunting - Memotong kertas A4 pelbagai warna serta membentuk bentuk bulat
3. Pisau kraf - Memotong kertas warna A4 yang agak kecik yang sukar dilaksanakan gunting.
4. Jangka lukis - Membentuk bulatan pada wau.
5. ’french curve’ - Melukis san memotong kepingan kertas yang bengkok
6. Pensil Warna - Pelbagai warna digunakan untuk mewarna lakaran sebagai panduan untuk penggunaan warna bagi menghasilkan kolaj untuk proses seterusnya.
7. Berus - Digunakan untuk memberus gam pada kertas warna pada bahagian yang sukar.
8. Papan potong - Digunakan sebagai pelapik untuk memotong kertas warna atau sebagainya.
9. Bekas air - Bekas air digunakan semasa melekatkan kertas warna pada kertas lukisan. Berus digunakan sekali dengan mencampurkan gam dengan air.
10. Pembaris panjang dan pendek
- Membuat potong yang panjang serta pendek
11. Komputer - Digunakan untuk melakar huruf-huruf sebelum dipotong dan dilekatkan pada kertas lukisan
23
5.2
Penggunaan
Media
24
Penggunaan Media
Bil Media Jenis Kegunaan
1. Gam tidak kilat cair - digunakan untuk melekat kertas.
2. Gam 3 Second cair - sebagai pelekat yang lebih kuat untuk
melekatkan rambu pada kertas warna
4. Kertas A4 Pelbagai warna- merupakan bahan utama yang digunakan untuk
menghasilkan kolaj
- warna-warna yang terdiri daripada merah,
jingga, kuning, putih.
5. Mounting Board Warna Putih- Digunakan sebagai dasar atau pelapik untuk
mengukuhkan lagi kolaj apabila dilekatkan.
6. Pita Lekat Kegunaan kertas
- Pita digunakan untuk melekatkan rambu-rambu
pada wau tersebut agar kelihatan teratur.
7. Kertas Lukisan Warna putih- Merupakan tapak asa untuk menghasilkan kolaj
yang dilaksanakan lakaran di atasnya juga
sebelum dilaksanakan kolaj sebagai langkah
seterusnya
8. Kertas warna kilau Warna Hitam
- Kertas warna ini bersifat kilau berbanding
dengan kertas warna A4.
- Digunakan sebagai warna latar untuk
menaikkan lagi kolaj tersebut.
25
5.3
Aplikasi
Teknik
26
Aplikasi Teknik
Bil. Teknik Cara
1. Teknik potong kertas atau
fabrik
- Sebelum itu, tema atau tajuk perlu difikirkan atau
ditetapkan supaya mesejnya sampai.
- Penyediaan kertas warna,peralatan lain yang diperlukan
untuk kolaj tersebut.
- Tentukan warna pada lakaran yang menjadi warna latar,
corak pada wau, rambu, serta huruf-huruf perkataan.
- Dapatkan kertas pelbagai warna untuk mewujudkan kesan
jalinan, harmoni dan kontra pada kolaj.
- Kemudian, kertas warna hendaklah dilakarkan dengan
corak-corak tertentu sebelum potong. Potongan setiap
kertas warna menggunakan gunting dan pisau kraf.
- Gunakan teknik yang betul semasa memotong atau
mengunting kertas warna.
- Apabila semua corak-corak dipotong, kemudian
ditampalkan pada kertas lukisan yang berlatarbelakangkan
warna hitam.
- Gam cebisan kertas mengikut gaya tersendiri untuk
mendapatkan satu hasil kerja kolaj yang baik.
27
Bibliografi
Buku
Kathleen Chee. (2008). Focus Super Hot, Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul
Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Hassan Mohd Ghazali. (2007). Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 dan 5. Kuala
Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Haslinda Madon. (2007). HBAE 1403 Menggambar. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc.
Sdn.Bhd.
Ibrahim N.M and Hassan I (2003). Pendidikan Seni untuk maktab dan universiti. PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd: Pahang
Hamid Ab. J.M. (2004) Falsafah dan Kritikan Seni. Penerbit UPSI: Tanjung Malim
Lowenfeld, Viktor. 1956. Creative and Mental Growth. Rev.ed. Nem York. The
Macmillan Company.
Hamid Ab. J.M. (2004) Asas seni Visual. Penerbit UPSI: Tanjung Malim
Internet
http://www.fascinatingmalaysia.com/unik/waubulan.html
http://www.dancemalaysia.com/Dance/Traditional/Folk_Dance/Wau_Bulan/left_wau_bulan.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Wau_bulan
http://www.usu.edu/masa/wau_bulan.html
28
www.flickr.com/photos/ongkyw/2518580556/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wau_bulan
http://www.kiteman.co.uk/MalaysianCollection%20.html
http://www.spike.com/video/wau-bulan/2833598
http://www.ohmyweird.com/2007/05/19/wau-bulan-malaysian-traditional-kite/
http://www.ppas.org.my/Pameran%20Maya/2004/November/Waubul~1.ppt
29
Lampiran 30