teknik penyoalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
TRANSCRIPT
Teknik penyoalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan
dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu,
ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi
pernyataan dan melahirkan perasaan,penglibatan dan percaya diri sendiri di
kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-
soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak
balas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan
pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.
Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar
sama ada dalam kelas KBSR ataupun KBSM. Apabila pelajar ditanya sama ada
mereka mempunyai soalan atau tidak, mereka akan berdiam diri atau memberitahu
tidak mempunyai soalan. Adakah benar pelajar-pelajar tidak mempunyai soalan
untuk ditanya tidaklah dapat dipastikan. Namun satu soalan yang boleh ditimbulkan
di sini ialah adakah guru telah mengajar kemahiran menyoal kepada pelajar-pelajar
di dalam kelas? Salah satu perkara yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti
bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita
mendapatkan sesuatu maklumat tetapi dapat membantu kita membina iklim
komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.
Secara umumnya teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti
pengajaran guru kerana hampir kesemua proses pengajaran dan pembelajaran
melibatkan teknik penyoalan.
Tujuan penggunaan Teknik Penyoalan
Soalan-soalan boleh digunakan untuk melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu
blok informasi, untuk mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada satu
fakta yang lain, untuk menegaskan kepentingan isi dengan memberikan penekanan
kepadanya, untuk mengarah pelajar ke hala yang betul dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, penggunaannya yang paling bernilai adalah untuk mencerna
pemikiran. Ini kerana soalan-soalan dikemukakan untuk menganalisis, mensintesis
dan menilai kemahiran dan menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi.
Tujuan utama penggunaan teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah:
i. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa pelajar.
ii. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan juga kritis.
iii.