teks juruacara majlis hari guru

7
TEKS JURUACARA MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU SK SUNGAI UDANG 2015 QUE TEKS JURUACARA TINDAKA N Tetamu Kehormat tiba di Dewan SK Sungai Udang Mengumumkan ketibaan: 1. Tuan Haji Badaruddin Bin Haji Selamat, Pengerusi PIBG SK Sungai Udang; dengan diiringi oleh 2. Puan Hajah Noryati Binti Che Man, Guru Besar SK Sungai Udang; 3. Puan Siah Binti Kechut, Guru Penolong Kanan Pentadbiran; 4. Puan Sarimah Binti Merais, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; dan 5. Puan Teratai Binti Muhammad Nasir, Guru Penolong Kanan Kokurikulum; Hadirin diminta berdiri. Hadirin dipersilakan duduk. Ucapan alu- aluan juruacara majlis Berbaju biru pergi ke pekan, Ke Pekan Rabu membeli salak; Tema Hari Guru telah ditentukan, Membina Ilmu Menyempurnakan Ahklak. Bismillahirrahmanirrahim, Yang Berusaha Puan Hajah Noryati Binti Che Man, Guru Besar SK Sungai Udang Yang Dihormati Tuan Haji Badaruddin Bin Haji Selamat, Pengerusi PIBG SK Sungai Udang,

Upload: qamarul-aqramin-rosli

Post on 13-Sep-2015

267 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

teks juruacara majlis

TRANSCRIPT

TEKS JURUACARA MAJLISSAMBUTAN PERAYAAN HARI GURUSK SUNGAI UDANG 2015QUETEKS JURUACARATINDAKAN

Tetamu Kehormat tiba di Dewan SK Sungai UdangMengumumkan ketibaan:

1. Tuan Haji Badaruddin Bin Haji Selamat, Pengerusi PIBG SK Sungai Udang; dengan diiringi oleh2. Puan Hajah Noryati Binti Che Man, Guru Besar SK Sungai Udang;3. Puan Siah Binti Kechut, Guru Penolong Kanan Pentadbiran;4. Puan Sarimah Binti Merais, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; dan5. Puan Teratai Binti Muhammad Nasir, Guru Penolong Kanan Kokurikulum;

Hadirin diminta berdiri.

Hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan alu-aluan juruacara majlisBerbaju biru pergi ke pekan,Ke Pekan Rabu membeli salak;Tema Hari Guru telah ditentukan,Membina Ilmu Menyempurnakan Ahklak.

Bismillahirrahmanirrahim,

Yang Berusaha Puan Hajah Noryati Binti Che Man, Guru Besar SK Sungai Udang

Yang Dihormati Tuan Haji Badaruddin Bin Haji Selamat, Pengerusi PIBG SK Sungai Udang,Yang Dihormati Puan Siah Binti Kechut, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,Yang Dihormati Puan Sarimah Binti Merais, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Yang Dihormati Puan Teratai Binti Muhammad Nasir, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG yang turut hadir pada hari ini, guru-guru SK Sungai Udang yang diraikan pada hari ini dan Yang dikasihi, murid-murid SK Sungai Udang yang disayangi sekalian.Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru SK Sungai Udang 2015 Guru Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul di dewan ini bagi menyambut satu hari yang istimewa buat para guru di seluruh Malaysia iaitu Hari Guru. Semoga memori indah tercipta buat para guru dan murid-murid pada hari ini. InshaAllah.

Tetamu Kehormat mengambil tempat dan terus berdiriSeterusnya, tuan/puan yang dimuliakan dan para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu-lagu Patriotik:1. Negaraku;2. Melaka Maju Jaya; dan3. Melaka Maju Negeriku Sayang

Hadirin dipersilakan duduk.

Ustaz Wan Abdul Muhaimin telah bersediaAnugerah dikecap si anak watan,Mengangkat senjata bidalan suara;Menadah tangan memohon keberkatan,Mendapat restu hidup sejahtera.

Hadirin sekalian,Sebelum tirai majlis dibuka, marilah sama-sama kita tunduk menadah tangan memohon keberkatan dari Yang Maha Esa. Untuk itu, majlis dengan ini menjemput Ustaz Wan Abdul Muhaimin untuk membacakan doa. Dipersilakan.

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu sebentar tadi.

Puan Siah Binti Kechut telah bersediaPepatah puitis adat MelayuWarisan amalan sejak dahuluPohon keizinan barang sewaktuUcapan menteri mohon didahulu

Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Dihormati, Puan Siah Binti Kechut, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Sungai Udang untuk menyampaikan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan perutusan itu tadi

Puan Sarimah Binti Merais telah bersediaTuah tersenyum pada Si Teja,Duduk bersimpuh sambil bersila;Kain ditenun bersama reja,Ucapan Puan Sarimah hormat dipersila,

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Dihormati, Puan Sarimah Binti Merais Guru Penolong Kanan HEM, untuk menyampaikan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan perutusan sebentar tadi

Ustaz Sahril sudah bersediaHadirin yang dihormati,Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Ustaz Mohd Sahril Bin Yusof, Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Sungai Udang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Wakil murid telah bersediaHadirin sekalian,Mana mungkin guru dan murid itu dipisahkan. Tanpa guru, siapalah murid. Begitu juga tanpa murid, siapalah guru. Kedua-duanya saling berkait antara satu sama lain. Oleh itu, majlis ingin menjemput wakil murid, adik _________________________ dari kelas _______ untuk menyampaikan ucapan sebagai wakil murid SKSU. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Tuan Haji Badaruddin Bin Haji Selamat sudah bersediaTuan puan yang dimuliakan,Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Tuan Haji Badaruddin Bin Haji Selamat, Pengerusi PIBG SKSU untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan ini mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Puan Hajah Noryati Binti Che Man sudah bersediaPahlawan Melayu Gagah Perkasa,Musuh datang habis dibasmi;Tuan sudah diberi kuasa,Sudilah kira, pohon merasmi

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha, Puan Hajah Noryati Binti Che Man, Guru Besar SK Sungai Udang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru SK Sungai Udang bagi tahun 2015. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Gimik sudah bersedia dan lagu sudah bersediaMajlis kita diteruskan lagi dengan acara gimik perasmian. Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Puan Hajah Noryati Binti Che Man untuk menyempurnakan acara. Sebagaimana yang anda boleh saksikan, sebuah kotak hadiah sedang dibawa ke hadapan pentas sebagai simbolik perasmian majlis kita pada hari ini.

Tiada apa yang lebih berharga di hati seorang guru selain daripada kejayaan cemerlang anak didiknya. Terima kasih cikgu, ucapan yang paling indah dan dekat di sanubari seorang guru.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Noryati Binti Che Man atas kesudian merasmikan majlis kita pada hari ini.

Semua guru sudah bersediaHadirin sekalian,Bagi meneruskan majlis, dengan ini dijemput sekali lagi Ustaz Mohd Sahril Bin Yusof untuk naik ke pentas bagi mengetuai bacaan ikrar guru. Guru-guru lain juga diminta untuk turut sama berada di pentas untuk melafazkan ikrar ini.

Diminta guru-guru untuk terus berdiri di atas pentas untuk kita sama-sama menyanyikan lagu:1. Kami Guru Malaysia; dan 2. Terima Kasih Cikgu

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru atas nyanyian yang bersemangat itu tadi.

Video sudah bersediaHadirin sekalian,Bagi meneruskan agenda kita, marilah sama-sama kita menumpukan sepenuh perhatian ke skrin putih di hadapan pentas untuk menyaksikan tayangan video pendek sempena Hari Guru 2015. Selamat menonton.

Terima kasih atas video yang cukup bermakna buat para guru. Semoga kisah ini menjadi iktibar dan pembakar semangat buat para guru untuk terus berkhidmat dengan cemerlang dan penuh keikhlasan. InshaAllah.

Hadirin sekalian,Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi, kita kenangkan jasa. Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan ini menjemput Tuan Haji Badaruddin Bin Haji Selamat untuk naik ke pentas bagi menyampaikan cenderahati kepada Yang Berusaha Puan Hajah Noryati Binti Che Man. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Persiapan SukanekaHadirin sekalian, Dengan selesainya acara itu tadi, maka berakhirlah majlis rasmi kita pada pagi ini. Di kesempatan ini, majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Badaruddin Bin Haji Selamat dan Ahli Jawatankuasa PIBG atas kesudian memeriahkan majlis kita pada hari ini.Bagi pihak juruacara majlis, kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dari pihak kami.Majlis dengan ini menjemput Puan Hajah Noryati Binti Che Man dan guru-guru penolong kanan untuk mengiringi Tuan Haji Badaruddin dan AJK PIBG ke bilik makan guru untuk sedikit jamuan. Dipersilakan.