teks khutbah - islam.gov.my · memberikan penekanan terhadap konsep keadilan dan penerangan tentang...

9
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TEKS KHUTBAH Tajuk : ISLAM MENEGAKKAN KEADILAN SOSIAL Tarikh Dibaca : 15 ZULHIJJAH 1440H/ 16 OGOS 2019M Disediakan oleh : Cawangan Khutbah Dan Latihan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Upload: others

Post on 08-Oct-2019

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · memberikan penekanan terhadap konsep keadilan dan penerangan tentang sifat adil serta perkara-perkara yang berhubung dengannya dalam kehidupan bermasyarakat

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

ISLAM MENEGAKKAN KEADILAN SOSIAL

Tarikh Dibaca :

15 ZULHIJJAH 1440H/

16 OGOS 2019M

Disediakan oleh :

Cawangan Khutbah Dan Latihan

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Page 2: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · memberikan penekanan terhadap konsep keadilan dan penerangan tentang sifat adil serta perkara-perkara yang berhubung dengannya dalam kehidupan bermasyarakat

Khutbah Jumaat Islam Menegakkan Keadilan Sosial

1

ISLAM MENEGAKKAN KEADILAN SOSIAL

16 Ogos 2019M / 15 Zulhijjah 1440H

ونتوب ونستغفره ونستعينه مد لل ه، نحمده إن الح نا إليه، ونعوذ بالل ه من ش نف ن رو ا مرشدا. عمالنا، من يهد الل ه فهو المهتد ومن يضلل فلن تجد له ولي ن وسي ئات

ن ن شهد ن يك له، و ا الل ه وحده لا شر ا إله إل ن ل ن شهد هم ن لل دا عبده وسوله، ا محم د وعلى آله وصحبه ومن دعا بدعوته إلى يوم الد ين. وسل م على نبي نا محم صل

تقوى الل ه قوا الل ه، اوصيكم ونفسي ب ا بعد، فيا عباد الل ه، ات م ون.وط ن كم تفل اعته لعلك

ٹ ٹ

ۓ ڭ ڭ ۓہ ہ ھ ھ ھ ھ ے ے

ۉ ۉ ې ې ۅۋ ۅ ۋۆ ۈ ۈ ٴۇ ۆڭ ڭ ۇ ۇ

ې ې

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Bertaqwa kepada Allah SWT adalah tuntutan yang tertinggi dalam Islam.

Justeru pada hari yang mulia ini, khatib menyeru kepada seluruh kaum

muslimin supaya kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan

segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-

mudahan kita mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat kelak.

Page 3: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · memberikan penekanan terhadap konsep keadilan dan penerangan tentang sifat adil serta perkara-perkara yang berhubung dengannya dalam kehidupan bermasyarakat

Khutbah Jumaat Islam Menegakkan Keadilan Sosial

2

Mewujudkan masyarakat yang adil dalam segenap aspek adalah impian

setiap pihak. Ia merupakan suatu fitrah manusia yang tidak suka dizalimi dan

dianiaya. Justeru, tajuk khutbah pada hari ini ialah, “Islam Menegakkan

Keadilan Sosial”.

Sidang Jemaah yang berbahagia,

Konsep keadilan dalam Islam mempunyai pengertian yang luas dan

mendalam. Islam mewajibkan umatnya bersikap adil dalam semua keadaan

tidak mengira warna kulit, warganegara, status atau kepercayaan. Ajaran

Islam menunjukkan bahawa keadilan dalam Islam bukanlah suatu teori tetapi

ia adalah suatu perintah Allah SWT. Demikianlah Allah SWT telah berfirman

menerusi surah al-Maidah, ayat 8:

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua

sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi

menerangkan kebenaran; dan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu

kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah

kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir

kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha

Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Menerusi ayat tersebut, dapat dilihat dengan jelas bahawa Islam sangat

memberikan penekanan terhadap konsep keadilan dan penerangan tentang

sifat adil serta perkara-perkara yang berhubung dengannya dalam kehidupan

bermasyarakat. Sejarah dahulu telah mengajar masyarakat dunia untuk

memperbetul posisi kehidupan di tempatnya supaya hak masyarakat dapat

dicapai dan tanggungjawab terlaksana.

Page 4: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · memberikan penekanan terhadap konsep keadilan dan penerangan tentang sifat adil serta perkara-perkara yang berhubung dengannya dalam kehidupan bermasyarakat

Khutbah Jumaat Islam Menegakkan Keadilan Sosial

3

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Menurut Sayyid Qutb, “Islam adalah agama keadilan dan perpaduan.

Manusia bersatu tanpa mengira perbezaan warna, bangsa dan kelas,

beriman kepada Tuhan yang satu. Ini bererti bahawa perpaduan, cinta,

kerjasama dan persefahaman antara manusia berdasarkan iman kepada

Tuhan adalah apa yang dicari oleh Islam melalui ajarannya.”

Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk dengan pelbagai agama,

kepercayaan, kaum dan budaya. Ini adalah hasil daripada perjalanan sejarah

yang panjang khususnya di zaman penjajahan Inggeris. Pendekatan konsep

“pecah dan perintah” yang diamalkan telah mewujudkan jurang hubungan

kaum dari sudut ekonomi serta hidup dalam keterasingan sosial dan budaya.

Pendekatan ini menyebabkan penglibatan sosio-ekonomi yang tidak

seimbang dan wujud ketidakadilan sosial dalam masyarakat.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Setiap orang mempunyai hak-hak yang saling berkaitan sama ada dia

menunaikannya kepada orang lain atau perlu ditunaikan kepadanya. Ia

merupakan suatu tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Malah, orang yang tidak berlaku adil dan tidak menunaikan hak-hak orang

lain sebenarnya telah melakukan kesalahan dan layak untuk diberikan

hukuman yang setimpal.

Setiap negara menggubal undang-undang bertujuan untuk menegakkan

keadilan dalam kalangan warganegaranya. Sejarah Islam turut membuktikan

bahawa pada zaman pemerintahan awal Islam, keadilan telah diberikan

kepada semua pihak tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya.

Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW telah membentuk Piagam Madinah

Page 5: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · memberikan penekanan terhadap konsep keadilan dan penerangan tentang sifat adil serta perkara-perkara yang berhubung dengannya dalam kehidupan bermasyarakat

Khutbah Jumaat Islam Menegakkan Keadilan Sosial

4

untuk menjadi pedoman sebuah negara berdaulat setelah berjaya

mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar. Piagam ini juga

mewujudkan keadilan dan persamaan terhadap masyarakat Madinah.

Dalam hal ini, Imam al-Bukhari RH telah meriwayatkan daripada Aishah

RAnha, bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

يف تركوه ر هم كانوا إذا سرق فيهم الش ن ن هلك ال ذين قبلككم ن ما ،إن ق فيهم وإذا سرقاموا عليه الحد ن عيف د سرقت لقطعت يدها ،الض ن فاطمة بنت محم ن ه لو .وايم الل

Bermaksud: “Sesungguhnya telah binasa golongan sebelum kamu, bahawa

mereka jika golongan yang mulia dalam kalangan mereka telah mencuri,

mereka abaikan. Dan apabila golongan yang lemah dalam kalangan mereka

telah mencuri, mereka tegakkan undang-undang ke atasnya. Demi Allah,

sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, maka aku akan memotong

tangannya.”

Para tetamu Allah yang dirahmati,

Persoalannya, bagaimana hak asasi manusia dalam keadilan sosial dapat

dicapai?

Pertama: Mempromosi hak kesaksamaan. Hak asasi manusia dan keadilan

sosial mempunyai matlamat yang sama iaitu hak asasi dapat dinikmati oleh

semua manusia.

Kedua: Mengiktiraf hak ekonomi, sosial dan kebudayaan setiap lapisan

warganegara dan masyarakat secara adil tidak mengira bangsa, status dan

agama.

Page 6: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · memberikan penekanan terhadap konsep keadilan dan penerangan tentang sifat adil serta perkara-perkara yang berhubung dengannya dalam kehidupan bermasyarakat

Khutbah Jumaat Islam Menegakkan Keadilan Sosial

5

Ketiga: Pemimpin mesti bertanggungjawab memastikan hak setiap golongan

tanpa diskriminasi. Pemimpin hendaklah berlaku adil dan amanah dalam

aspek tadbir urus. Ini dapat memastikan sumber kekayaan negara dapat

dinikmati bersama.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini ialah:

Pertama: Berlaku adil dalam kalangan masyarakat adalah suatu perintah

dalam Islam yang perlu kita tunaikan.

Kedua: Umat Islam dituntut agar menjaga hak-hak asasi manusia dan

mengelakkan daripada melakukan kezaliman kepada pihak lain.

Ketiga: Kita semua bertanggungjawab memelihara keamanan dan

menegakkan keadilan dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.

Marilah sama-sama kita hayati firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat

70 hingga 71:

ڃ ڃ ڃ چ چ

ۀ ہ ہ ہ ہ ھ ھ ھ ھ ے ے ۓ ۓ ڭ

ڭ ۇ ۇ ۆ ۆ ۈ ۈ ٴۇ ۋ ڭڭ

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah,

dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara).

Supaya Dia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan

Page 7: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · memberikan penekanan terhadap konsep keadilan dan penerangan tentang sifat adil serta perkara-perkara yang berhubung dengannya dalam kehidupan bermasyarakat

Khutbah Jumaat Islam Menegakkan Keadilan Sosial

6

mengampuni dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada

Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai

sebesar-besar kejayaan.”

اكم بما فيه من الآيات والذ كر باك الل ه لى ولككم بالقرءان العظيم، ونفعنى وإي ل من ى ومنكم الحكيم، وتقب ستغف ن قول قولى هذا و ن ميع العليم. ه هو ال ر الل ه تلاوته، إن

لمات، والمؤمنين والمؤمنات، فاستغفروه لمين والم ئر الم ه العظيم لى ولككم، ولا إن ح يم.هو الغفو الر

KHUTBAH KEDUA

ين الحمد لل ه م د ،ب العال لام على سي دنا محم وال لاة مي ن والص بي الأن ن، وعلى آله الن ين ومن تبعهم بإحان اهر صحابه الط ن إلى يوم الد ين.و

ن ن شهد ن ا إله إلا الل ه دا عبده وسوله. ل شهد ن سي دنا محم ن يك له، و وحده لا شر

ا م قوا الل ه ن بعد، فيا عباد الل ه، ات مركم بأن حق تقاته ن مركم ، ر عظيم م واعلموا ن الل ه ن

يم الككر ليم على نبي ه لاة والت تعالى:بالص ڄ ڃ ڄ ڄ ڄ ، فقال الل ه

ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ

Page 8: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · memberikan penekanan terhadap konsep keadilan dan penerangan tentang sifat adil serta perkara-perkara yang berhubung dengannya dalam kehidupan bermasyarakat

Khutbah Jumaat Islam Menegakkan Keadilan Sosial

7

د وعلى دنا محم هم صل على سي لل آا براهيم دنا إ يت على سي د كما صل دنا محم ل آ وعلى ل سيد وعلى دنا محم وباك على سي براهيم دنا إ كت على س آسي ا با د كم دنا محم دنا ل سي ي

براهيم وعلى براه آإ دنا إ ين إن ك حميد مجيد.ل سي م يم في العال

اشدين و لفاء الر هم عن الخ ض الل ة وا جمعين، عن بقي ن حابة ابعين واابي و عن الت الص ابعين اومن تبعهم بإحان إلى الت ض عن يوم الد ين وا كرم كرم الأن ن .ين معهم يا

موات. حياء منهم والأن لمات والمؤمنين والمؤمنات الأن لمين والم هم اغفر للم الل

ح وفيق والهداية والص ي د بدوام الت ن هم الل لامة ملكككنا ككباوه دولي يڠ مها م ليا وة وال الد ين الكمصطفى سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ، اللطان عبد الل ه عاية

بن تعين بالل ه. المرحوم بالل ه شاه ا حمد شاه الكم ن سلطان حاج

وكذلك ككباوه دولي يڠ مه ليا سري ڤدوك بڬيندا اج ڤرمايسوي اڬوڠ، وا مية بنت الكمرحوم الكمتوك ل على (Tunku)تونكو مينة ميمونة إسكند ن حاجه عزيزة

اج. الح الل ه سلطان إسكند

اله وعاياه من المؤمنين و المؤمنات بر هم احفظ علماءه ووزاءه وقضاته وعم متك ح الل احمين . حم الر ن يا

لدنا هم اجعل ب يا الل ا، سخاء خاء، دا عدل ماليز مان،آمنا مطمئن ن من و ن وإيمان، ولمين. ئر بلاد الكم وسا

Page 9: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · memberikan penekanan terhadap konsep keadilan dan penerangan tentang sifat adil serta perkara-perkara yang berhubung dengannya dalam kehidupan bermasyarakat

Khutbah Jumaat Islam Menegakkan Keadilan Sosial

8

عداء الد ين وانصر من نصر الد ين، ن عداءك ن لمين ، ودم ر عز الإسلام والم ن هم الل عل كلمتك إلى ن لمين، و يوم الد ين.واخذل من خذل الم

يڠ منديريكن صالة سچارا برجماعه دان منونايكن زكاة ٢يا اهلل، جاديكنله كامي اورڠ

ماللوءي ڤوست ڤوڠوتن زكاة مجليس اڬام إسالم واليه ڤرسكوتوان سرتا رحمتيله ڬولوڠن

دالم مڠاڬيهكن زكاة دواليه ڤرسكوتوان MAIWPيڠ منونايكن زكاة. جاديكنله اوسها

كميسكينن. بلڠڬوي ساتو لڠكه يڠ بركسن باڬي ملڤسكن اصناف دري سباڬا

ا. نيا حنة وفي الآخرة حنة وقنا عذاب الن نا في الد نا آت ب

عباد الل ه،

چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ

ڎڈ ڈ ژ ژ ڑ

لوه من فضله يعطكم فاذكروا يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم، واسأن الل ه العظيمكبر، والل ه يعلم ما تصنعون. ن ولذكر الل ه