teks syarahan masa berkualt teras kejayaan 2013

5
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh Bismillahirrahmanirrahim.. Kalungan apresiasi buat saudara peneraju agenda, kombinasi kehakiman yang pintar laksana, saudara penjaga masa yang setia, dif-dif jemputan, para guru pendidik berwawasan seterusnya teman-rakan segandingan. Alhamdulillah pada pagi kurniaan rahmat Ilahi dan penuh keberkatan, saya membuka tirai syarahan saya dengan mauduk bicara berjudul ”Masa Berkualiti Teras Kejayaan”. Sebelum kalbu membisikkan ilham, sebelum akal melontarkan hujjah, izinkan saya mendefinasikan mauduk ini dgn lebih jelas lagi. Frasa masa menurut kamus dewan membawa erti waktu,zaman atau detik. Frasa berkualiti pula bermaksud darjah kecemerlangan yang biasanya tinggi dan bermutu. Manakala frasa teras kejayaan dapat saya konsepkan kepada asas yang akan menjadi pemangkin bagi mencapai kemajuan dan kemenangan. Maka secara tuntasnya, mauduk syarahan ini menerangkan bahawa masa terluang yang dimanfaatkan secara bermutu natijahnya akan membawa kepada kemajuan dan kemenangan kepada individu dan juga seluruh ummah. Sidang hadirin paksi umat, Ayuh, hayatilah mandala fikir saya yang pertama : Allah itu Agung. Allah Pencipta Masa. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: Maksudnya: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang- orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al- Ashr 103:1- 3] Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara: 1) Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari atkan oleh-Nya. 2)Melaksanakan amal salih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya. 1

Upload: nurussaadah-kamarudin

Post on 27-Oct-2015

240 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

teks syarahan masa berkualiti teras kejayaan untuk peserta MTQ

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Syarahan Masa Berkualt Teras Kejayaan 2013

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuhBismillahirrahmanirrahim..

Kalungan apresiasi buat saudara peneraju agenda, kombinasi kehakiman yang pintar laksana, saudara penjaga masa yang setia, dif-dif jemputan, para guru pendidik berwawasan seterusnya teman-rakan segandingan.

Alhamdulillah pada pagi kurniaan rahmat Ilahi dan penuh keberkatan, saya membuka tirai syarahan saya dengan mauduk bicara berjudul ”Masa Berkualiti Teras Kejayaan”.

Sebelum kalbu membisikkan ilham, sebelum akal melontarkan hujjah, izinkan saya mendefinasikan mauduk ini dgn lebih jelas lagi. Frasa masa menurut kamus dewan membawa erti waktu,zaman atau detik. Frasa berkualiti pula bermaksud darjah kecemerlangan yang biasanya tinggi dan bermutu. Manakala frasa teras kejayaan dapat saya konsepkan kepada asas yang akan menjadi pemangkin bagi mencapai kemajuan dan kemenangan. Maka secara tuntasnya, mauduk syarahan ini menerangkan bahawa masa terluang yang dimanfaatkan secara bermutu natijahnya akan membawa kepada kemajuan dan kemenangan kepada individu dan juga seluruh ummah.

Sidang hadirin paksi umat,            Ayuh, hayatilah mandala fikir saya yang pertama : Allah itu Agung. Allah Pencipta Masa.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: 

 Maksudnya:Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:

1) Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.

2)Melaksanakan amal salih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.

3) Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.

4) Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.

1

Page 2: Teks Syarahan Masa Berkualt Teras Kejayaan 2013

Jelas di sini bahawa Allah adalah Tuhan yang Agung dan tiadalah satu kejayaan bagi umatNya melainkan yang amat-amat menghargai ciptaanNya yakni masa melalui keimanan, amal soleh dan sifat berpesan-pesan.

Hadirin warga dewan yang cendekia,            Beralih kepada bicara minda saya yang kedua : masa adalah asas pergerakan hidup manusia dan pembangunan negara. Kedua-dua ni sangat berkait rapat wahai para hadirin sekalian. Saya ulangi keduanya, pergerakan hidup manusia dan pembangunan negara. Apa rasionalnya? Kerana keberjayaan sesebuah negara itu bergantung pada bagaimana masyarakatnya menghargai masa. Islam meletakkan masa di tempat yang tinggi sehingga Allah s.w.t bersumpah dengan masa melalui kalam suciNya, Al-Quran yang nyatanya menjadi ‘perlembagaan’ hidup bagi umat, masyarakat, bangsa dan negara. Kemajuan yang telah dicapai oleh negara-negara maju dan kuasa-kuasa besar sepatutnya menjadi panduan kepada kita tentang bagaimana mereka memonopoli setiap detik masa sehingga berjaya menghasilkan teknologi yang canggih sama ada di angkasa, lautan mahupun daratan. Generasi pendokong Wawasan 2020 perlu sedar akan hakikat ini. Adalah menjadi tugas setiap individu Muslim menjaga masanya supaya dapat dimanfaatkan untuk agama, bangsa dan negara. Khalifah Umar Abdul Aziz pernah berkata :

"Sesungguhnya pertukaran malam dan siang adalah untuk kamu. Oleh itu, bekerjalah di waktu malam dan siang"

Hadirin sidang kemasyarakatan;            Seterusnya beralih kepada mandala fikir saya yang ketiga: masa itu emas. Bayangkan para hadirin, apa nilainya sehinggakan kita umpamakan sebegitu rupa? Kenapa tidak intan? Kenapa tidak berlian? Pepatah `masa itu emas' menunjukkan bahawa masa itu adalah usia. Cendekiawan Islam menyifatkan masa itu sebagai sesuatu yang hidup. Kehidupan tidak akan membawa erti melainkan masa digunakan untuk beramal semenjak dari lahir hinggalah ke saat yang terakhir. Al Hassan Al Basri pernah juga berkata, Wahai anak Adam! Sesungguhnya kau hidup hanya beberapa hari. Setiap hari yang berlalu pergi, hilanglah separuh dari umurmu!.

Maka sebagai setiap individu Muslim sewajarnya kita menyediakan perancangan masa harian sama ada ia berhubung dengan keduniaan ataupun akhirat. Rasulullah s.a.w. membahagikan masa baginda kepada empat yakni,

pertama; waktu untuk Baginda bermunajat (berzikir) kepada Allah s.w.t.,

kedua; waktu untuk Baginda bermuhasabah (menilai dan mengkaji diri),

ketiga; waktu untuk Baginda berfikir tentang makhluk ciptaan Allah dan

keempat; waktu untuk Baginda menumpukan kepada keperluannya, seperti mencari rezeki.

2

Page 3: Teks Syarahan Masa Berkualt Teras Kejayaan 2013

Jelaslah para hadirin sekalian, kita sangat dituntut untuk memanfaat kurniaan ‘emas’ diberikan Yang Maha Pencipta kepada kita hanya untuk kembali mengabdikan diri padaNya dan juga berbakti untuk keduniaan.

Sidang dewan sekalian,            Seterusnya wacana minda saya yang keempat, kepentingan ‘masa dalam peradaban Melayu’. Hadirin sekalian, apa maksudnya? Dengarkan........ Jika kita merujuk kepada kronolgi sejarah peradaban Melayu Islam, isu penjagaan masa nyatanya telah lama bertapak di kalangan masyarakat Melayu Islam di negara kita. Sedari dari kecil lagi masyarakat kita telah dilatih untuk menjaga masa melalui laungan azan lima kali sehari bermula dari sebelum menyinsingnya fajar hinggalah tenggelamnya mentari di ufuk timur. Lima laungan azan menjadi tanda masuknya waktu solat telah menjadi amalan masyarakat kita. Di seluruh negara, kita menyahutnya dengan mengerjakan solat secara beramai-ramai. Ini menunjukkan masyarakat Melayu Islam telah lama dididik untuk menghargai masa. Pada setiap hari Jumaat semua lelaki Islam akan berkumpul di masjid-masjid meninggalkan kerja-kerja seharian kerana menyahut seruan masa untuk berjemaah menunaikan solat Jumaat..

Satu contoh lain yang ketara, ialah dalam ibadat puasa. Dalam masa sebulan di bulan ramadhan, setiap umat Islam termasuk kanak-kanak mengetahui benar pentingnya masa untuk dipatuhi bermula dari sebelum terbitnya fajar sehinggalah matahari terbenam. Setiap keluarga Islam tidak akan berbuka sehinggalah laungan azan maghrib dibunyikan. Mereka juga dilatih bangun bersahur selama sebulan dalam waktu-waktu yang dibenarkan semata-mata kerana Islam sangat menghargai masa. Terbukti bukan sahaja kini, unsur apresiasi masa ini memang sudah lama diterapkan di dalam kehidupan dan peradaban masyarakat kita yang terus dipegang kuat pada masa ini yang menjadi kunci tanda masyarakat kita semakin dilmpahi kemajuan.

Tuan-tuan, puan-puan hadirin yang budiman;            Hujah saya yang kelima,

masa tidak menunggu sesiapa. hadirin sekalian, cuba renung-renungkan jam di tangan anda, Perhatikan bahawa ia sentiasa bergerak. Jika ia terhenti kerana kehabisan bateri atau kerana anda menghentikannya, jam-jam yang lain tetap bergerak. Semua ini mengarah kepada satu kesedaran yang amat penting, iaitu masa tidak menunggu sesiapa.

Saya yakin, anda semua yakin bahawa semua orang tahu akan hakikat ini. Akan tetapi kadangkala kita melakukan perkara-perkara yang memberi gambaran seolah-olah masa menunggu kita. Seolah-olah masa berhenti sementara bagi membolehkan kita melakukan perkara-perkara yang tertentu. Apakah perkara-perkara yang saya maksudkan itu? Berikut saya kemukakan beberapa contoh:

1. Menyambung tidur selepas solat Subuh pada hari cuti. Jika hari Isnin hingga Jumaat bangun pukul 5.45 pagi, solat Subuh berjamaah dan terus ke kuliah atau pejabat, maka pada hari cuti bangun dilewatkan hingga pukul 8 atau 9 pagi. Ada juga yang melanjutkannya hingga siang hari.

2. Meluangkan masa antara sehingga 1 hingga 2 jam hanya untuk membaca surat khabar.

3

Page 4: Teks Syarahan Masa Berkualt Teras Kejayaan 2013

3. Menonton orang lain bersukan, seperti menonton perlawanan bola sepak, futsal, hoki, tenis dan sebagainya.

4. Beriktikaf di hadapan kaca TV terlalu lama.

5. Keluar makan bersama rakan-rakan hingga berjam-jam lamanya.

Contoh-contoh di atas adalah segelintir dari sekian banyak perkara yang kita lakukan yang sebenarnya merupakan satu kesia-siaan masa. Istilah seerti baginya ialah pembaziran masa dan pembaziran, sama ada melibatkan masa, wang, kesihatan, pemikiran dan perbuatan, adalah suatu tindakan yang tidak sepatutnya menjadi ciri-ciri seorang muslim. Ini kerana Allah telah mengaskan di dalam Al-Quran:

. �اِط�يِن� ي الَّش� �ْخ َو�اَن� ِإ �َوا �اُن َك �ِّذ�ِر�يِن� ُم�َب ال �َن� ِإ

Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan. [al-Isra’ 17:27]

Sidang hadirin Umat Pilihan;

Sememangnya masa memang mencemburui saya, namun saya mahu menjadi orang yang berjaya, maka sebagai pengakhirannya, ingin saya tegaskan di sini bahawa amat tepat sekali mesej yang cuba disampaikan dalam tajuk syarahan saya pada hari ini iaitu ”Masa Berkualiti Teras Kejayaan”. Menghargai  masa dalam Islam adalah tanda keimanan. Umat yang berjaya adalah umat yang menepat masa dan ternyata perkara tu tidak boleh dipersoalkan lagi.Tidak kira dalam apa-apa aspek sekalipun, kita perlu mendahului masa atau paling kurang menepatinya. Manfaatkanlah hidup kita sebaik mungkin kerana sedetik yang berlalu tidak akan berulang. Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Saya akhiri syarahan saya dengan serangkap pantun, dengarkan :

Intan berlian indah dipakai

Suasa besi jelas kilauan

Jangan dibiar ia terabai

Masa berkualiti teras kejayaan........

Sekian, akhirul qalam, wabilahittaufk............

4