teks ucapan

3
TEKS UCAPAN Salam sejahtera, selamat petang dan salam 1 Malaysia - YB Sarapin Magana, Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri Sabah Merangkap ADUN N.4 Matunggong. - Yang berbahagia, Puan Jornah Mozihim Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna - Yang berbahagia, Puan Janet K.L Chec, Timbalan Setiausaha Kementerian Pembangunan Hal Ehwal Pengguna. - Yang mulia, Encik Mujin Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Zon Kudat. - Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri. - Guru Besar Sk. Panudahan. - Guru-guru - Ketua-Ketua Kampung dan PJKKK

Upload: ding-ellon

Post on 17-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

i

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN

TEKS UCAPAN

Salam sejahtera, selamat petang dan salam 1 Malaysia

- YB Sarapin Magana, Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri Sabah Merangkap

ADUN N.4 Matunggong.

- Yang berbahagia, Puan Jornah Mozihim

Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

- Yang berbahagia, Puan Janet K.L Chec,Timbalan Setiausaha Kementerian Pembangunan Hal Ehwal Pengguna.

- Yang mulia, Encik MujinPenolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Zon Kudat.

- Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

- Guru Besar Sk. Panudahan.

- Guru-guru

- Ketua-Ketua Kampung dan PJKKK

Page 2: TEKS UCAPAN

Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan YB Encik Sarapin Magana Setiausaha Politik

Kepada Menteri Merangkap ADUN N.4 Matunggong kerana dapat bersama-sama kita dalam

program kesejahteraan keluarga Daerah Kecil Matunggong dan seterusnya menyempurnakan

perasmian dan penutupan program ini sebentar lagi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih

kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah kerana

memilih Daerah Kecil Matunggong untuk pelaksanaan program kesejahteraan keluarga dan juga

menyediakan peruntukan untuk membiayai program ini. Untuk makluman para hadirin,

Jawatankuasa telah menyusun program sepanjang hari ini yang mana antara lainya adalah

ceramah yang disampaikan oleh Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara

(LPPKN) yang berkisar mengenai kesihatan keluarga. Disamping itu, pihak Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KDDNK) juga menyampaikan

ceramah kepenggunaan dalam menyedarkan masyarakat setempat dalam pemuliharaan alam

sekitar. Para peserta juga telah ditunjuk ajar untuk membuat kompos organik atau baja oleh pusat

tindakan Negeri Sabah.

Selain daripada itu, sukaneka kekeluargaan juga diadakan bagi mengeratkan hubungan

silaturahim dikalangan peserta. Tuan-tuan dan uan-puan dalam kesempatan ini, saya ingin

merakamkan kepada semua jawatankuasa yang terlibat seperti Jabatan Kebajikan Kudat dan

Matunggong, Perpustakaan Daerah Kudat dan Kota Marudu serta Guru Besar dan Guru-guru Sk.

Panudahan yang telah memberi kerjasama serta komitmen yang tinggi demi untuk menjayakan

program ini.

Sebelum saya mengundurkan diri, sekali lagi saya ingin mengalu-alukan kehadiran yang

berhormat untuk hadir ke majlis perasmian penutupan Kesejahteraan Keluarga Kecil

Matunggong.

Sekian terima kasih.