teks ucapan seminar wanita anti jenayah - · pdf filediraja malaysia dan badan bukan kerajaan...
TRANSCRIPT
1
TEKS UCAPAN
YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT
SEMPENA
MAJLIS PENUTUP SEMINAR WANITA ANTI JENAYAH
PADA
10 OKTOBER 2015
KINGWOOD INN, KUCHING
2
Terima kasih kepada Tuan/Puan Pengerusi Majlis,
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
PENDAHULUAN
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana
dengan limpah kurniaNya, kita berpeluang untuk bersama-sama berkumpul di
Majlis penutupan Seminar Wanita Anti Jenayah yang dianjurkan oleh Sarawak
Women for Women pada petang ini.
Bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM), saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
yang sudi hadir ke seminar ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
KEJAYAAN WANITA
1. Kedudukan wanita di Malaysia telah mengalami peningkatan dramatik
dalam lima (5) dekad yang lalu. Di bawah undang-undang, wanita
menikmati hak yang sama dengan lelaki dalam bidang pendidikan,
kesihatan, pekerjaan dan kebajikan sosial dan penyertaan dalam politik.
Dasar- dasar negara telah dan terus dibangunkan untuk wanita dan
kanak-kanak perempuan bagi memastikan kemajuan, perkembangan
dan penyertaan dalam masyarakat. Sesungguhnya, kita gembira melihat
ramai wanita hari ini yang telah mencapai kejayaan yang besar dalam
arena yang berbeza; dalam pelbagai profesion seperti sukan, politik dan
3
tidak lupa juga sumbangan penting mereka sebagai penjaga dan suri
dalam keluarga.
2. Walaupun pelbagai bidang yang telah dicapai dalam pembangunan
wanita, masih terdapat banyak kawasan di mana wanita bukan sahaja
ketinggalan, tetapi mengalami diskriminasi, didera, dan paling sedih,
dianggap sebagai mangsa jenayah. Keganasan rumah tangga, rogol,
serangan, penyeludupan wanita, keldai dadah adalah antara jenayah
terhadap wanita yang serius memerlukan perhatian.
3. Oleh yang demikian, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah
kepada Sarawak Women for Women kerana menganjurkan seminar ini
dan berjaya menarik 120 peserta untuk bersama-sama membincangkan
topik mengenai wanita. Saya difahamkan objektif utama seminar ini
adalah dalam meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu yang berkaitan
dengan pelbagai bentuk jenayah terhadap wanita penyeludupan
terutamanya manusia, keldai dadah, penipuan internet dan keganasan
seksual. Seminar ini memang salah satu yang penting dan tepat.
4. Saya yakin bahawa pengetahuan yang anda telah perolehi daripada
seminar ini bukan sahaja akan membantu melindungi anda daripada
menjadi mangsa jenayah, tetapi yang lebih penting peranan anda
sebagai ahli pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk membangunkan
strategi dan program dalam membawa perubahan.
4
MENGHAPUSKAN KEGANASAN TERHADAP WANITA
Hadirin yang dikasihi,
5. Izinkan saya berkongsi beberapa program dan inisiatif Kerajaan ke arah
menghapuskan keganasan terhadap wanita. Dasar Wanita Negara dan
Pelan Tindakan Pembangunan Wanita yang digubal adalah bagi
memastikan pemerkasaan wanita dipergiatkan dan menjadi agenda
setiap rakyat Malaysia. KPWKM telah melaksanakan inisiatif Talian Nur
15999 pada tahun 2007 dan talian khusus untuk kanak-kanak
iaitu Childline 15999 pada tahun 2010 bagi membolehkan orang awam
dan kanak-kanak membuat aduan mengenai kes-kes krisis yang berlaku
dalam masyarakat seperti penderaan, keganasan, pembuangan bayi dan
khidmat kaunseling.
6. Bagi membantu mangsa keganasan khususnya dari aspek
mengurangkan trauma, 129 buah One Stop Crisis Centre (OSCC) telah
ditubuhkan di hospital-hospital besar Kerajaan di seluruh negara bagi
membolehkan mangsa keganasan mendapatkan rawatan yang
komprehensif dan menyeluruh di satu lokasi berpusat. OSCC ini
bercirikan kerjasama bersepadu dan diselaraskan secara multi-
sectoral dan antara agensi iaitu Kementerian Kesihatan, KPWKM, Polis
Diraja Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan bagi pengurusan kes
keganasan rumah tangga, rogol, penderaan seksual, penderaan kanak-
kanak dan liwat.
5
7. Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007
pula digubal bagi melindungi mangsa pemerdagangan orang dan
penyeludupan migran yang sebahagian besarnya merupakan golongan
wanita. KPWKM selaku pengerusi jawatankuasa perlindungan dan
pemulihan mangsa di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Anti
Penyeludupan Migran (MAPO) bertanggungjawab memastikan kebajikan
mangsa sepanjang tempoh mangsa berada di bawah arahan
perlindungan mahkamah dipelihara sebelum dihantar pulang ke tempat
asal. Semenjak tahun 2008 hingga kini, seramai 1,085 orang mangsa
wanita telah diberi penjagaan, perlindungan dan kaunseling di rumah
perlindungan KPWKM.
8. Selain itu, Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita turut
dilaksanakan bersama Wanita Caucus Parlimen di KL Sentral manakala
Kempen Walk The Talk, from Perlis to Sabah, Stop Violence Against
Women telah dijalankan dengan kerjasama dengan NGO iaitu
Soroptimist pada tahun 2012. Kempen ini telah mendapat sambutan
yang menggalakan daripada orang ramai.Program-program advokasi
juga dilaksanakan di peringkat masyarakat bersama dengan ahli-ahli
Parlimen seperti Seminar Kepekaan Gender, Literasi Undang-Undang,
Wanita Anti Jenayah (WAJA), Seminar Menangani Keganasan Terhadap
Wanita dan Gadis, Selamatkan Diri Anda (SEDiA), Program
Kesejahteraan Emosi dan Program Transformasi Minda.
6
9. Kerajaan amat prihatin dan memandang serius akan kes-kes keganasan
yang berlaku ke atas wanita. Memandangkan Malaysia merupakan
negara pihak kepada Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk
Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), maka adalah menjadi
komitmen negara untuk memastikan kesejahteraan wanita dipelihara
selaras dengan piawaian peringkat antarabangsa. Komitmen ini
diterjemahkan dalam bentuk dasar dan perundangan yang digubal atau
dipinda serta program-program yang diadakan untuk memastikan apa
jua usaha untuk menangani sebarang bentuk keganasan terhadap
wanita dilakukan secara holistik.
PENUTUP
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebagai penutup, saya ingin menekankan bahawa Membanteras Jenayah adalah tanggungjawab Bersama. Addressing crimes against women is a
joint responsibility! Program-program seperti saya sebutkan tadi sebenarnya
bukan hanya menyasarkan kepada kaum wanita sahaja tetapi turut terbuka
kepada golongan lelaki. Justeru, saya menyeru agar kaum lelaki yang hadir
pada hari ini mewar-warkan perkara ini dan turut berganding sama untuk
mencegah dan menangani isu ini.
Dengan lafaz
Saya, dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutup Seminar Wanita Anti
Jenayah 2015.
7
Sekian,
Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamu’alaikum W.B.T.