teks ucapan yb menteri - portaldev1.kpdnhep.gov.my file1 teks ucapan y.b. dato’ sri ismail sabri...
TRANSCRIPT
1
TEKS UCAPAN
Y.B. DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI,
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
SEMPENA PERASMIAN SEMINAR PENGGUNA 2012
″PENIAGA BERTANGGUNGJAWAB, PENGGUNA DILINDUNGI”
PADA:
18 DISEMBER 2012 (SELASA) 10.00 PAGI
DI:
BALLROM A, HOTEL RENAISSANCE, KUALA
LUMPUR
PAKAIAN: LOUNGE SUIT
2
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh,
Salam Sejahtera Dan Salam 1
Malaysia
Yang Saya Hormati Saudara
Pengacara Majlis,
Yang Berbahagia, Datin Mahani Tan
Abdullah
Timbalah Ketua Setiausaha (K&P)
Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
3
Y. Berbahagia Dato’ Nelson Kwok
President Malaysia Retailer-Chains
Association,
Encik Raymond Teo
President Malaysia Retailers
Association,
Ketua-Ketua Agensi,
Pegarah-Pengarah Bahagian,
4
Dif-dif Kehormat,
Rakan-rakan media,
Dato’, Datin, Tuan-tuan dan puan-
puan yang saya hormati sekalian,
1. Terlebih dahulu saya
mengucapkan syukur ke
hadrat Allah S.W.T. di atas
limpah kurnia dan rahmat-Nya,
dapat kita bersama-sama hadir
5
di Program Seminar Pengguna
Tahun 2012 pada pagi ini.
2. Penganjuran seminar pada kali
ini adalah hasil kerjasama
antara KPDNKK dengan
Malaysia Retailers Association
(MRA) dan Malaysia Retailer-
Chains Association (MRCA).
Sehubungan itu, setinggi
penghargaan saya rakamkan
kepada pihak MRA dan MRCA.
Saya juga ingin mengucapkan
6
terima kasih kepada pihak
NGO pengguna, Kesatuan-
Kesatuan perniagaan yang lain
dan semua pihak yang terlibat
di atas komitmen serta
kerjasama dengan
Kementerian ini dalam
menjayakan “Seminar
Pengguna Tahun 2012”.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
3. Seminar Pengguna ini adalah
merupakan salah satu
7
daripada aktiviti tahunan
KPDNKK. Tema bagi Seminar
Pengguna Tahun 2012 pada
kali ini adalah ”Peniaga
Bertanggungjawab, Pengguna
Dilindungi”.
4. Tujuan seminar ini adalah
sebagai satu platform untuk
pihak Kementerian membuat
sebaran dan didikan mengenai
perlindungan pengguna. Selain
itu, ianya juga merupakan
8
platform kepada pihak peniaga
dan pengguna untuk sama-
sama mempelajari dan
mengamalkan kaedah terbaik
ke arah pengukuhan
perlindungan pengguna di
Malaysia. Secara ringkas,
seminar ini merupakan
platform tiga hala yang
melibatkan Kerajaan,
Pengguna dan Peniaga untuk
berdiskusi mengenai isu-isu
9
kepenggunaan di Malaysia. Ini
adalah selaras dengan hasrat
Kerajaan di dalam Dasar
Pengguna Negara yang
mementingkan hubungan erat
antara Kerajaan, Pengguna
dan Peniaga untuk melahirkan
masyarakat pengguna yang
berdaya upaya serta
mewujudkan suasana
perdagangan yang adil untuk
semua lapisan masyarakat.
10
5. Tema seminar pada tahun ini
iaitu ”Peniaga
Bertanggungjawab, Pengguna
Dilindungi” menggambarkan
hubungan kedua-dua pihak
ibarat aur dan tebing yang
saling memerlukan antara satu
sama lain. Sikap peniaga yang
bertanggungjawab dalam
menjalankan urusniaga akan
membuatkan pengguna merasa
selesa dan selamat. Pengguna
11
akan berasa yakin untuk
berbelanja dengan peniaga
yang prihatin terhadap hak-hak
pengguna dan membangunkan
polisi perniagaan yang
menjamin kepuasan pelanggan.
Wujudnya perhubungan yang
harmoni antara kedua-dua
pihak sudah pastinya akan
mendorong ke arah
kemakmuran ekonomi negara
sekaligus menaikkan imej
12
negara di mata dunia sebagai
sebuah negara yang kondusif
untuk pelaburan dan
perdagangan. Berdasarkan
laporan Doing Business 2013
oleh Bank Dunia, Malaysia
telah menduduki tempat ke 12
berbanding tempat ke 14 pada
tahun 2012 untuk ease of doing
business bagi kategori negara
di rantau asia pasifik dan timur
asia. Ini menunjukkan Malaysia
13
komited di dalam mewujudkan
suasana dan infrastruktur yang
kondusif bukan sahaja kepada
komuniti perdagangan dalam
Malaysia malahan kepada
pelabur dan pedagang dari luar
negara.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
6. Saya difahamkan seminar
pada hari ini akan
membincangkan mengenai
14
Pelaksanaan Tebus Rugi dan
Iklan Palsu atau Mengelirukan.
7. Topik yang akan dibincangkan
pada hari ini adalah berkisar
mengenai garis panduan yang
telah dikeluarkan oleh
Kementerian baru-baru ini iaitu
Garis Panduan Pelaksanaan
Tebus Rugi Pengguna dan
Garis Panduan Mengelakkan
Iklan Palsu Atau Mengelirukan.
15
8. Kedua-dua Garis Panduan
tersebut telah dikeluarkan
masing-masingnya pada 22
Oktober 2012 dan 9 November
2012. Sehubungan itu,
Kementerian mengambil
kesempatan dengan
penganjuran seminar ini untuk
memberi khidmat advokasi
kepada peniaga dan pengguna
mengenai garis panduan
tersebut melalui perbincangan
16
dan perkongsian ilmu,
pengalaman atau amalan baik
di antara pihak peniaga,
pengguna, NGO serta
Kesatuan yang terlibat.
Hadirin sekalian,
9. Dunia perdagangan wujud
kerana adanya permintaan dan
penawaran dalam pasaran
ekonomi dan tidak dapat
dinafikan bahawa peniaga
memainkan peranan penting
17
dalam menyalurkan barang
dan perkhidmatan kepada
pengguna.
10. Sehubungan itu, konflik antara
peniaga dan pengguna tidak
dapat dielakkan
memandangkan
kebergantungan antara satu
sama lain adalah sangat tinggi.
Konflik yang timbul antara
peniaga dan pengguna boleh
berpunca daripada pelbagai
18
faktor sehingga melibatkan
campur tangan pihak Kerajaan
dan badan-badan lain untuk
menyelesaikan masalah yang
timbul.
11. Jumlah aduan pengguna juga
meningkat setiap tahun.
Berdasarkan kepada statistik
Tribunal Tuntutan Pengguna
Malaysia (TTPM) pada tahun
2011, terdapat sebanyak
10,423 tuntutan telah difailkan
19
dengan peningkatan sebanyak
77.47% berbanding 5,873
pemfailan tuntutan yang dibuat
pada tahun 2010.
12. Keadaan ini menunjukkan
bahawa manipulasi dalam
pasaran masih wujud.
Pengguna yang tidak proaktif
serta kurang mendapat
informasi berhubung hak
mereka sebagai pengguna
seringkali menjadi mangsa
20
manipulasi pasaran oleh
segelintir peniaga yang kurang
prihatin ke atas hak-hak
pengguna.
13. Sejajar dengan itu,
Kementerian mengambil
langkah untuk mengeluarkan
garis panduan bagi
memudahkan peniaga dan
pengguna memahami hak
masing-masing dari segi
perundangan seperti mana
21
yang terkandung di dalam
akta-akta di bawah seliaan
Kementerian ini khususnya
pada kali ini ialah berkaitan
Akta Perlindungan Pengguna
dan Akta Perihal Dagangan.
14. Namun begitu, tidak dapat
dinafikan bahawa terdapat
sebilangan besar peniaga-
peniaga yang beretika dan
mengutamakan kepentingan
pengguna. Begitu juga dengan
22
pengguna yang sedar akan
hak mereka tetapi masih lemah
dalam amalan dan
pelaksanaan tanggungjawab
mereka sebagai pengguna.
15. Sehubungan itu, diharapkan
melalui perkongsian ilmu dan
pengalaman di dalam seminar
ini dapat membantu peniaga-
peniaga membangunkan polisi
tebus rugi yang adil untuk
kepentingan pengguna. Ini
23
secara tidak langsung adalah
merupakan kaedah pemasaran
yang berkesan di dalam
meningkatkan imej perniagaan
dan keyakinan pengguna
terhadap syarikat tuan-tuan
dan puan-puan sekalian.
16. Selain itu, saya juga berharap
agar melalui seminar ini pihak
pengiklan dan peniaga dapat
menghasilkan iklan yang
kreatif, berinfomasi dan telus
24
untuk tatapan seterusnya
menarik perhatian masyarakat
pengguna di Malaysia tanpa
mempertaruhkan hak-hak
pengguna untuk mendapatkan
maklumat yang jelas dan benar
mengenai produk yang
ditawarkan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
17. Saya menyeru kerjasama
daripada semua pihak untuk
sama-sama berganding bahu
25
dengan Kerajaan memainkan
peranan masing-masing di
dalam mewujudkan suasana
perdagangan yang harmoni di
Malaysia.
18. Suasana perdagangan yang
harmoni tidak akan wujud
tanpa pengguna yang
mengamalkan perlindungan
kendiri (self-protection), tidak
akan wujud tanpa peniaga
yang beretika dan
26
melaksanakan amalan baik
perniagaan, tidak akan wujud
tanpa Kerajaan yang
menguatkuasakan undang-
undang dan tidak akan wujud
tanpa NGO pengguna yang
perkasa. Sehubungan itu,
adalah jelas masing-masing
mempunyai peranannya yang
tersendiri.
19. Akhir kata, semoga Seminar
Pengguna Tahun 2012 ini
27
mencapai objektifnya dan saya
menyeru kepada semua yang
hadir untuk mengambil
peluang menimba ilmu dan
berkongsi idea di atas
penganjuran seminar ini.
Ucapan terima kasih saya
tujukan kepada Ketua-ketua
Jabatan, pihak sekretariat,
pihak media dan tuan puan
kerana sudi menghadiri majlis
pada hari ini.
28
20. Dengan lafaz
Bismillahirahmanirahim, saya
merasmikan Seminar
Pengguna Tahun 2012 pada
hari ini.
Sekian, terima kasih.