tengku kudin

15
Tengku kudin :Perjuangan yang Tertangguh 1. Pengenalan Namanya yang menjadi sebutan rakyat jelata di seluruh pelosok, walau ada yang belum pernah menatapnya tetapi mendengarkan namanya sudah cukup menggerunkan dan disegani. Tunku Dhiauddin ibn Sultan Zainal Rashid I atau lebih dikenali sebagai Tengku Kudin adalah seorang putera Kesultanan Kedah . Beliau dilahirkan di Pulau Pinang, pada tahun 1821. Tengku Kudin merupakan seorang yang mempunyai pemikiran terbuka dan beliau dikatakan terpengaruh dengan cara hidup Eropah dan mendapat pendidikan separuh Eropah. .1 Nenda beliau adalah Sultan Ahmad Tajuddin II dan kekanda beliau adalah Sultan Ahmad Tajuddin III . Tengku Kudin pernah dilantik 1 Mohammad Isa Othman (1990). Politik Tradisional Kedah 1681-1942. Dewan Bahasa Pustaka.hlm.37 1

Upload: tykah-md-ali-toyu

Post on 19-Dec-2015

38 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

tokoh

TRANSCRIPT

Tengku kudin :Perjuangan yang Tertangguh1. PengenalanNamanya yang menjadi sebutan rakyat jelata di seluruh pelosok, walau ada yang belum pernah menatapnya tetapi mendengarkan namanya sudah cukup menggerunkan dan disegani. Tunku DhiauddinibnSultan Zainal Rashid Iatau lebih dikenali sebagaiTengku Kudinadalah seorang puteraKesultanan Kedah. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang, pada tahun 1821. Tengku Kudin merupakan seorang yang mempunyai pemikiran terbuka dan beliau dikatakan terpengaruh dengan cara hidup Eropah dan mendapat pendidikan separuh Eropah..Nenda beliau adalahSultan Ahmad Tajuddin IIdan kekanda beliau adalahSultan Ahmad Tajuddin III. Tengku Kudin pernah dilantik sebagai Raja Muda Kedah pada September 1859 semasa pemerintahan kekandanya Sultan Ahmad Tajuddin III. Walau bagaimanapun, beliau telah dilucutkan daripada jawatan Raja Muda Kedah pada tahun 1873 atas alasan terlibat dalam Perang Saudara yang berlaku di Selangor.Ada yang mengatakan bahawa Tengku Kudin adalah orang Melayu pertama yang memakai cermin mata.Beliau pernah dilantik sebagai Raja Muda Kedah semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin III tetapi telah dilucutkan jawatan kerana terlibat denganPerang Saudara Selangor. Tengku Kudin telah beristeri semasa menjadi Raja Muda di Kedah, sebelum diarahkan membantu dalam perang saudara di Selangor. Pada tahun 1869, Tengku Kudin telah berkahwin denganTengku Arfah, puteriSultan Abdul Samad. Tidak lama selepas peperangan bermula pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad telah mengkahwinkan puteri baginda, Raja Arfah, denganTengku Kudinyang berasal dari Kedah. Tengku Kudin mangkat di Gelugor, Pulau Pinang dan telah dimakamkandi Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah. Tengku Kudin meninggalkan tiga orang putera dan dua puteri hasil perkahwinannya dengan beberapa orang wanita termasuk Raja Arfah. Anak-anak Tengku Kudin adalah :-

Tunku Muhammad Bahadur Shah (anakanda Raja Arafah)

Tunku Adnan

Tunku Haidar Ali Shah

Tunku Mariam

Tengku Ampuan 2. Sejarah awal

Tengku Kudin adalah seorang tokoh yang banyak melibatkan dirinya dalam pergolakan politik di Selangor dalam tahun 1870an.Beliau adalah kerabat Diraja Negeri Kedah iaitu adinda kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Sultan Negeri Kedah dan mendapat pendidikan Inggeris di Negeri Kedah dalam tahun 1867. Tengku Kudin telah berangkat ke Negeri Selangor dan berkahwin dengan puteri Sultan Abdul Samad, Selangor iaitu Raja Antah.Penglibatan Tengku Kudin dalam politik negeri Selangor bermula setelah kedatangan Tengku Kudin ke Negeri Selangor dan perkahwinan dengan Raja Antah bekas tunangan Raja Mahadi yang akhirnya telah menimbulkan pergolakan politik yang semakin hebat di Negeri Selangor yang ketika itu berada di dalam keadaan kacau bilau. Raja Mahadi yang menuntut kuasanya menduduki Klang dari Raja Abdullah dan telah menguasai seluruh Daerah Klang dan mengenepikan kekuasaan Sultan Abdul Samad yang menyokong Raja Abdullah. Ketibaan Tengku Kudin telah memberi jalan baru kepada Sultan Abdul Samad untuk mengalahkan Raja Mahadi. Selepas perkahwinan Tengku Kudin dengan Raja Antah, Tengku Kudin menetap di Langat dan telah dilantik sebagai wakil mutlak Sultan Abdul Samad untuk memerintah dan menjalankan pentadbiran yang berkaitan dengan Negeri Selangor bagi pihak Sultan. Sultan telah mengeluarkan surat kuasa pada 26 Jun 1868. 3. Tengku Kudin menentang Siam

Tengku Kudin lahir ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajudin yang memperlihatkan hubungan yang tegang antara Kedah dan Siam. Zamannya, Kedah di serang dan ditawan oleh tentera Ligor/Siam. Baginda yang sedang bersemayam di Kota Kuala Muda sempat mendapatkan perlindungan Inggeris di Pulau Pinang (1821). Akibat perjanjian Burney (1826) baginda terpaksa berhijrah ke Melaka. Serangan-serangan dari darat dan laut berterusan untuk membebaskan kembali Kedah. Serangan- serangan yang dipimpin oleh Tunku Kudin, Tunku Sulaiman dan oleh baginda sendiri dari Melaka telah digagalkan oleh Siam dan Inggeris. Tengku Kudin telah menentang Siam bersama askarnya di Kedah namun kalah dalam pertempuran kerana Siam mendapat bantuan daripada Inggeris pada waktu tersebut. Tengku Kudin seterusnya diangkat menjadi Raja Muda pada tahun 1859 tetapi jawatan tersebut telah diberikan kepada saudaranya yang lain iaitu Tengku Yaakob kerana beliau terlibat dalam perang Klang di Selangor.4. Kejayaan Tengku Kudin dalam Perang KlangPenglibatan Tengku Kudin dalam perang Klang adalah kerana ketidakpuasan hati atas perlantikan Tengku Kudin sebagai Orang Besar Daerah Kuala Langat dan kemudiannya pula dilantik sebagai Wakil Yam Tuan oleh Sultan Abdul Samad yang akhirnya telah menimbulkan kemarahan bukan sahaja dari Raja Mahadi tetapi juga anak-anak Raja Selangor yang lain termasuk Dato' Bandar Langat sendiri dan orang-orang besar Daerah Kuala Langat. Mereka enggan mengakui Tengku Kudin sebagai orang besar daerah. Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku Kudin iaitu menantunya sebagai wakil sultan di negeri Selangor sekaligus dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan perbalahan di antara Raja Mahadi dengan Raja Ismail. Tengku Kudin telah pulang ke Kedah dengan alasan hendak menghadiri permakaman bondanya namun terlebih dahulu beliau pergi ke Melaka kerana meminjam wang dari seorang saudagar China di situ untuk menegakkan kekuasaanya sebagai Wakil Yam Tuan, dan orang besar Kuala Langat. Tengku Kudin telah pulang semual dari Kedah dan membawa 500 askar bersama-sama berpuluh-puluh perahu dan serta sebuaha kapal api bernama Rembau yang disewa. Namun kedatangan Tengku Kudin pada waktu itu adalah untuk mendamaikan Raja Mahadi dengan Raja Selangor namun pelawaan tersebut ditolak oleh Raja Mahadi yang mennganggap Tengku Kudin tidak layak untuk campur tangan kerana beliau bukanlah seorang yang berdarah keturunan Selangor. Keadaan tidak puas hati ini telah merebak hinggalah menyebabkan meletusnya perang Klang pada akhir tahun 1869 yang melibatkan Tengku Kudin dan Raja Ismail di satu pihak dan Raja Mahadi serta anak-anak Raja Selangor yang lain di pihak yang lain. Bagaimanapun Tengku Kudin telah berjaya mengalahkan Raja Mahadi dan pengikutnya dalam perang ini dan beliau telah diberikan kuasa memerintah dan melantik penghulu-penghulu serta membuka tanah di Daerah Klang.Beliau kemudiannya telah membuka kawasan-kawasan perlombongan dan tanah-tanah untuk tanaman padi, kopi dan lada hitam di Daerah Klang. Tengku Kudin juga adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kemasukan Inggeris di Negeri Selangor.Penglibatan ini adalah berpunca dari tindakannya yang meminta bantuan dari Gabenor Negeri-negeri Selat di Singapura supaya memberikan bantuan kepadanya dalam peperangan di Klang. Di samping itu pada bulan November tahun 1873 Tengku Kudin telah menulis surat meminta bantuan dari Sir Andrew Clarks untuk menghapuskan lanun-lanun yang bermaharajalela di perairan Selangor. Menjelang 22 Disember 1873 Tengku Kudin telah menulis surat kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat meminta seorang Residen bagi Klang dan Selangor dan akhirnya pada 18 Jun 1874 Sir Frank Swettenham telah dilantik sebagai Penolong Residen Selangor dan dengan ini bermulalah campurtangan Inggeris secara langsung di Negeri Selangor.Tengku Kudin juga adalah orang yang pertama dari kalangan pembesar-pembesar Melayu yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan pentadbiran British di Negeri Selangor apabila ia telah dilantik sebagai presiden pertama bagi Majlis Mesyuarat Negeri Selangor 18 April 1877. Namun, kerjasama yang dilakukan oleh Tengku Kudin dengan pihak British bukanlah sebagai perbuatan membelot bangsanya tetapi ini adalah tindakan berani untuk mendapatkan bantuan daripada Brtiitsh untuk membantunya menangani pergolakan yang berlaku di Selangor pada waktu tersebut.Sultan Abdul Samad juga telah melantik Tengku Kudin sebagai pentadbir daerahLangat.Tengku Kudin telah cuba untuk menjadi pendamai. Walau bagaimanapun, usaha Tengku Kudin ditolak oleh Raja Mahdi. Tengku Kudin tersinggung lalu memilih untuk membantuRaja Ismail, anak Raja Abdullah yang memimpin kumpulan menentang Raja Mahadi setelah Raja Abdullah meninggal dunia.

Pada bulan Ogos 1869, Raja Ismail memimpin pasukan seramai 100 orang telah menyerang Kelang dan menawan kota di hilir Sungai Kelang. Ini telah memulakan sekatan terhadap Kelang yang berlarutan sehingga 6 bulan. Tidak lama kemudian pasukan Raja Ismail telah mendapat bantuan daripada 500 orang Kedah yang telah dibawa oleh Tengku Kudin. Ini telah memberi Raja Ismail kelebihan dan menyebabkan Raja Mahadi berundur dari Kelang pada bulan Mac 1870.

Pada tahun 1872, dengan bantuanbendaharaPahang, segerombolan tentera Pahang turun ke Selangor dan sekaligus, mengalahkan pihak Raja Mahdi. Kemenangan Tengku Kudin tidak disenangi oleh keluarga diraja Selangor. Keengganan tentera Pahang untuk pulang serta tindakan orang Pahang memungut cukai sebagai pampasan atau upah perkhidmatan daripada Kelang telah memburukkan nama Tengku Kudin di mata sultan Selangor. Melihat dan memahami keadaan ini, Andrew Clarke terpaksa menghentikan rancangan British untuk mempengaruhi sultan Selangor untuk sementara.

Pada bulan Ogos 1868,Liu Ngiam Kong, Kapitan Cina Kuala Lumpur telah meninggal dunia dan telah digantikan oleh pembantunyaYap Ah Loy. Pada tahun 1869, beliau telah dilantik secara rasmi oleh Raja Mahadi yang pada ketika itu menguasai Kelang. Walaubagaimanapun, Yap Ah Loy telah berpaling tadah dan memberi sokongan kepada Raja Ismail dan Tengku Kudin, setelah mereka berjaya menguasai Kelang.

Sementara itu,Negeri-Negeri Selatmula bergantung kepada kemakmuran ekonomi negeri Selangor. Selangor pada ketika itu merupakan salah satu negeri diTanah Melayuyang menjadi pengeluarbijih timahterbesar di dunia. Akan tetapi, Perang Kelang membantutkan usaha untuk melombong bahan mentah tersebut. Oleh itu, British di Negeri-negeri Selat mahu membantu kerajaan Selangor memastikan bekalan bijih timah tidak tergendala. Pada masa yang sama, Tengku Kudin mempunyai hubungan rapat dengan British di Negeri-negeri Selat. Hal ini memberikan pihak British satu peluang untuk mempergunakan hubungan ini untuk mempengaruhi sultan Selangor. Hal ini menyebabkan British secara tidak langsung memihak kepada Tengku Kudin di dalam peperangan ini.Hubungan yang baik antara Tengku Kudin dengan pegawai Inggeris telah memberikan keuntungan kepada Tengku Kudin. Berpandukan kepada akuan yang diberikan oleh bekas Gabenor Sir Harry Ord kepada Tengku Kudin, maka Sir Andrew Clarke telah memerintahkan kepada saudagar saudagar negeri Selat supaya tidak membantu Raja Mahadi dalam perang Klang. Situasi berubah pada bulan November 1873 apabila sebuah kapal dariPulau Pinangdiseranglanunberhampiran perairanHulu Langat. Sultan mula bimbang dengan keselamatan negeri dan meminta Sir Andrew Clarke untuk membantu. Dengan permintaan itu, Andrew Clarke melantik seorang peguam dari Singapura bernamaJ.G. Davidson sebagaiResiden BritishSelangor yang pertama. Beliau diterima baik oleh pembesarSelangorkerana beliau merupakan sahabat karib Tengku Kudin. Tugasresiden bertanggungjawab untuk menasihati sultan di dalam segala perkara kecuali hal-hal mengenaiIslamdan adat resamMelayu.

Perang Klang tamat dengan rasminya pada tahun 1874. Keadaan ini telah memaksa Raja Mahdi melarikan diri keluar dari Selangor dan menetap diJohor. Beliau meninggal dunia disana dan dimakamkan di Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru. Perang Klang yang berakhir dengan terhalaunya Raja Mahdi dari daerah tersebut pada awal tahun 1870 telah mneyebabkan berlakunya pergaduhan di lain;lain daerah dalam negeri Selangor.

5. Perwatakan selari adatWalaupun beliau banyak terpengaruh dengan pendidikan Barat namun beliau masih mementingkan adat dan agamanya. Tengku Kudin adalh seorang yang berpegang teguh kepada prinsipnya dan rasinal dalam setiap keputusannya. Telah diceritakan bahawa pada satu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh Residen British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah Residen tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garpu, beliau dengan selamba meyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya.

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seseorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Berasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu, wanita tersebut lantas bertanya : kenapa anda makan dengan tangan? bukankankah menggunakan sudu dan garpu itu lebih bersih dan lebih sopan?Dengan tenang Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain, Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada 3 sebab :

1- Saya tahu tangan saya lebih bersih daripada sudu dan garpu kerana saya sendiri yang membasuhnya, bukan orang lain, sudu dan garpu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.2- Saya yakin tangan saya lebih bersih, kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya, tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garpu itu ramai yang pernah menggunakannya.3- Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Seandainya sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan, tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut. Ini sebuah kisah yang berlaku pada akhir abad ke-19 suatu ketika dulu di mana salah seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Hal ini diceritakan oleh pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya Chersonese The Guilding Off oleh Emily Innes.Tengku Kudin juga digambarkan sebagai seoarng yang sopan dan berbudi bahasa. Hal ini telah dinyatakan di oleh Abdullah Munsyi dalam kisah pelayarannya dimana Abdullah Munshi telah melawat Klang semasa zaman pemerintahan Tengku Kudin. Berikut merupakan petikan dari kisah pelayaran Abdullah Munshi. Maka Tengku itu pun, dengan baik budi bahasanya menyuruhkan duduk dengan memaniskan mukanya

Tengku Kudin juga dikatakan seoarang yang peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Keramahannya itu membuatkan orang berasa senang dan mudah melakukan urusan dengannya. Beliau tidak kisah untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja dan berasa gembira jika dapat berkenalan dengan seseorang. Sikapnya ini menyebabkan sesetengah pihka mahu bekerjasama dengannya. Sebagai contoh, Ketua kongsi gelap. Yap Ah Loy yang senang dengan sikap Tengku Kudin telah memilih untuk bekerjasama dengan Tengku Kudin untuk menyerang Raja Mahadi walaupun sebelum ini Yap Ah Loy memihak kepada Raja Mahadi.

Kerjasama antara Tengku Kudin dengan Yap Ah Loy iaitu Kapitan China bermula sejak lawatan Yap Ah Loy untuk mengadap Sultan Abdul Samad. Perjumpaan di Langat itu telah mendampingkan politik masyarakat Melau dan China di Selangor. Keadaan yang wujud ini secara tidak langsung telah membina satu kerjasama dan saling kebergantungan sesame masyarakat demi menjaga keamanan setempat.Tengku Kudin juga dikatakan mempunyai perwatakan yang baik dan terhindar dari gejala yang tidak yang mana pada masa itu sedang menular teruk dalam masyrakat Melayu terutama golongan istana sendiri. Tengku Kudin berhasrat untuk memimpin daerah-daerah di Selangor kerana pada masa itu golongan anak-anak raja tidak mengndahkan pentadbiran dan hanya bergaul dengan golongan jahat dan menghabiskan masa dengan menghisap candu. Tujuan Tengku Kudin hanyalah untuk memastikan daerah-daerah tersebut berkembang dan ekonominya terus maju.Tengku Kudin terkenal dengan semangat yang kental dan tidak mudah berputus asa. Peristiwa ini jelas apabila Tengku Kudin pernah disarankan oleh Inggeris untuk menarik diri kerana Inggeris khuatir Tengku Kudin tidak dapat mengalahkan musuhnya. Namun, atas ketegasannya, Tengku Kudin menolak kata Gabenor Ord dan meneruskan hasratnya untuk menyerang Raja Mahadi dan askarnya dengan bantuan dari askar Pahang dan Kapitan Yah Ah Loy. Pihak Raja Mahadi telah tewas dan orang-orang pihak raja Mahadi lari meninggalkan Petaling dan Petalinh jatuh ke tangan pihak Tengku Kudin dan Yap Ah Loy, iaitu pada 18 hari bulan November tahun 1872.

6. Riwayat akhir

Pada tarikh 25.5.1909 Tengku Dhiauddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Halim Shah atau lebih dikenali sebagai Tengku Kudin telah meninggal dunia di Tanjung Kelawai Pulau Pinang. Tengku Kudin di Negeri Selangor mulai pudar selepas pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri Selangor yang menghadkan kuasa-kuasa pentadbiran di Negeri Selangor. Keadaan tidak menentu dan huru hara di Selangor berakhir pada 1875 apabila pengikut Raja Mahadi menyerah diri kepada pihak British yang telah lama bertapak di Selangor. Tengku Kudin kemudiannya meletak jawatan sebagai Wakil Yam Tuan pada pertengahan tahun 1878 setelah menyedari kuasa dan pengaruhnya semakin berkurangan di Selangor Ini menyebabkan beliau meminta untuk bersara dari Majlis Mesyuarat Negeri Selangor pada bulan Ogos 1877. Permohonan ini telah dipersetujui oleh baginda Sultan dan beliau telah diberikan pencen sebanyak 500 ringgit sebulan seumur hidup dan 200 ringgit sebagai bayaran bagi isterinya serta 30 ribu ringgit lagi sebagai bayaran pampasan segala belanjanya semas Perang Klang dahulu itu. Bayaran ini adalah dengan syarat Tengku Kudin berkelakuan baik dan taat setia kepada Yang Di Pertuan Selangor dan kerajaan British..Beliau Kemudiannya mengundurkan dirinya dari Negeri Selangor dan kembali ke Negeri Kedah dan kemudiannya menetap di Tanjung Kelawai Pulau Pinang hinggalah pada 1909 apabila beliau meninggal dunia dan dikebumikan di perkuburan Diraja di Langgar, Alor Setar, Kedah. Walaupun Tengku Kudin tidak terlibat dalam proses mendapatkan kemerdekaan, namun jasanya cukup besar dalam menyatukan masyarakat dan menghentikan perbalahan dalam isu perebutan takhta dalam kalangan kerabat di raja. Jika beliau masih hidup tentu sahaja beliau yang memperjuangkan kemerdekaan tanah Melayu kerana sifatnya yang cintakan tanah air dan pemikirannya yang terbuka serta mempunyai kebijaksanaan dalam mengatasi masalah tanpa menimbulkan pergaduhan. Tengku Kudin juga berusaha membebaskan Kedah dari jajahan Siam semasa beliau tinggal di Kedah sehingga diangkat menjadi raja muda. Tengku Kudin seorang pejuang berdarah raja yang tenggelam namanya. Kisah perjuangannya seakan terhenti dan kurang diceritakan. Namun jasanya masih bertaut sehingga ke hari ini. Mohammad Isa Othman (1990).Politik Tradisional Kedah 1681-1942. Dewan Bahasa Pustaka.hlm.37

Ibid. hlm. 39

J M Gullick (2004).A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic society. Hlm. 225

Mohd Supian Sabtu, Khazin Mohd Tamrin et.all.(2005). Sejarah Negeri Selangor dari Zaman Prasejarah hingga Kemerdekaan. Selangor: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor. Hlm. 164

A. Talib B. Hj. Ahmad.(1986). Perang Saudara di Selangor 1868-1873. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.hlm. 38

Abdul Samad Ahmad.(1966). Pesaka Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 30

J.M Gullick.(2004). A History Of Selangor. Hlm.77

Ibid. hlm. 60

Ibid. hlm. 66

Ibid.hlm. 225

Ibid. hlm. 62

A. talib b. Hj. Ahmad. (1986). Perang Saudara di Selangor 1868-1873. Hlm 32

Hj Buyong Adil. Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan pustaka.hlm. 76

Mohd Fadzil Othman.(1980). Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 77

C.d Cowan.(1970). Tanah melayu kurun ke -19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 101

Haji Buyong Adil.(1981). Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 80

Adnan Hj. Nawang dan Mohd Fadzil Othman.(1992). Selangor, Sejarah dan Pembangunannya. Kuala Lumpur:United Selangor Press Sdn.Bhd. hlm. 139.

10