teori dan konsep `keindahan' oleh johann joachim
TRANSCRIPT
ýALAYS. I ýýý' ý `ý
I
1
TEORI DAN KONSEP `KEINDAHAN' OLEH JOHANN JOACHIM WINCKELMANN DALAM KALANGAN
PENGKARYA SENI CATAN LANDSKAP DI MALAYSIA
Mohd Affwan Izam bin Romli
4
9 I 2
Sarjana Seni 2009
Pusat Khidmat Maklumat Akaderriii. UNIVERSPII MALAYSIA SARAWAK
TEORI DAN KONSEP IKEINDAHAN' OLEH JOHANN JOACHIM WINCKELMANN DALAM KALANGAN PENGKARYA SENI CATAN
LANDSKAP DI MALAYSIA P. KIiIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK
II'll
iiiilfliii 1111111111 , 1000246309
MOHD AFFWAN IZAM BIN ROMLI
Projek ini merupakan salah satu keperluan Ijazah Sarjana Seni
(Seni Visual)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2009
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN
JUDUL: TEORI DAN KONSEP `KEINDAHAN' OLEH JOHANN JOACHIM WINCKELMANN DALAM KALANGAN PENGKARYA SENI CATAN LANDSKAP DI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN : 2007 / 2009
Saya MOHD AFFWAN IZAM BIN ROMLI
mengaku membenarkan tesis / Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis / Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis / laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi
pengajian tinggi 5. * sila tandakan
a
SULIT (mengandungi makulamat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub dalam
TERHAD AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan
TIDAK TERHAD oleh Organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan
Tandatangan Penulis Tarikh:
Tandatangan Penyelia Tarikh:
Alamat tetap: No. 5, Jalan Berembang 3, R. P. A Simpang Empat, 02700 Simpang Empat,
Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
* Jika Tesis / Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis / laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan dalam disertasi ini telah
digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada
kepada universiti ini atau institut pengajian tinggi yang lain.
(Möhd Affwan Izam bin Romli)
No. Matrik: 07021291
Projek bertajuk " Teori dan Konsep `Keindahan' oleh Johann Joachim
Winckelmann Dalam Kalangan Pengkarya Seni Catan Landskap di Malaysia "
telah disediakan oleh Mohd Affwan Izam bin Romli dan telah diserahkan kepada
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Seni
(Seni Visual)
Diterima untuk diperiksa oleh:
(Prof. Madya Hj. Zulkalnain bin Zainal Abidin)
Tarikh:
Untuk mak, abate, dan keluarga yang kusayangi selalu...
Ayahanda Romli Hashim
Bonda Aisyah
Adinda Mohd Iffzul
Adinda Puteri Nur Ernalissa
Adinda Umi Izzati
i
ftn8harBaan
Bismilrahirrahmanirrahim. ..
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Alldh S. W. T kerana dengan izin dan
limpah kumiaNya maka dapatlah kajian ini disiapkan seperti mana yang dikehendaki.
Setinggi penghargaan saya tujukan kepada penyelia saya, Prof. Madya Hj. Zulkalnain
Zainal Abidin dan En. Anuar Ayob di atas segala tunjuk ajar serta kesabaran
membimbing saya dalam menyiapkan penyelidikan ini. Saya juga ingin merakamkan
penghargaan yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Hj Khairul Aidil Azlin
Abd Rahman, Dr. Nazlina Hj. Shaari, Prof. Madya Ahmad Khiri Mohd Zain, En.
Awangko Hamdan Awang Arshad, En. Ahmad Azaini Abdul Manaf, En. Sylvester
Wielding Jussem, En. Wan Jamarul Imran Wan Abdullah Thani, En. Yakup Rafee,
dan semua pensyarah Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif yang sentiasa memberi idea
serta pandangan sepanjang proses penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih juga kepada karyawan seni yang pernah ditemubual
seperti Johan Marjonid, Abdul Ghani Ahmad, Yusof Ghani, Tajalli Abdullah, Anuar
Dan, Zainurin Mohamad, Zaharuddin Sarbini, Prof. Dr. Siti Zainon Ismail, Fauzin
Mustafa, dan Husin Hourmain. Tidak dilupakan jasa baik serta kerjasama yang telah
diberikan oleh pihak Balai Seni Lukis Negara, Galeri Petronas, Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur, Balai Seni Lukis Kedah, Galeri Shah Alam, The Annexe
Gallery, Galeri Pelita Hati, Yayasan Kesenian Perak, Angkatan Pelukis Perak Darul
Ridzuan, dan Persatuan Pelukis Perlis dalam menjayakan penyelidikan ini.
Akhir sekali, jutaan penghargaan juga saya kalungkan kepada pihak Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS) di atas segala kerjasama dan kepercayaan menaja
pengajian saya dalam peringkat ijazah sarjana ini. Ucapan terima kasih juga buat
semua staf di Pusat Pengajian Siswazah di atas segala perkhidmatan dan kerjasama
yang telah diberikan selama ini. Buat rakan-rakan seperjuangan, segala bantuan,
motivasi serta pandangan dalam menjayakan Projek Sarjana ini amatlah dihargai.
11
ABSTRAK
`Keindahan' adalah suatu perkara yang menjadi persoalan utama dalam
senario seni catan landskap di Malaysia. Sifatnya dilihat saling berkait dengan perihal
estetik yang merujuk kepada sesuatu subjek alam mahupun objek seni yang
mempunyai nilai kepada penglihatan serta tanggapan setiap individu. Hal ini merujuk
kepada sesuatu yang indah, menarik, mengagumkan, cantik dan mempersonakan.
Perasaan individu itu sendiri mampu mencerminkan tanggapan ke atas sesuatu objek
yang diinterpretasikan sebagai indah. Melalui keindahan itulah terkandungnya nilai
estetik. Penemuan empat teori utama yang dikemukakan oleh Johann Joachim
Winckelmann telah mencetuskan situasi yang begitu signifikan untuk diperhalusi
secara bersama berdasarkan pegangan pengkarya seni catan landskap di Malaysia.
Teori-teori dan konsep ini adalah melibatkan Konsep Keindahan, Keindahan Dalam
Seni Catan, Menilai Keindahan Dalam Seni dan Cara Menilai Karya Seni. Justeru,
penganalisaan serta perincian mengenai kewujudan teori dan konsep `Keindahan' ini
dalam kalangan pengkarya seni catan landskap di Malaysia telah dilaksanakan.
Kupasan ini turut melibatkan proses perbandingan teori dan konsep `Keindahan' ke
atas ahli-ahli falsafah terdahulu seperti Socrates, Plato dan Aristotle. Kesimpulannya,
hasil kajian akhir akan memperjelaskan lagi bahawa pengaplikasian teori dan konsep
ini sememangnya wujud dalam kalangan pengkarya seni catan landskap di Malaysia.
111
ABSTRACT
(Beautification' in landscape painting has become a major question in
Malaysia art scenario. The characteristic of `beauty' is related with aesthetics that
refers to natures or arts that have value according to the perception of an individual.
This refers to beauty, attractiveness, amazing and fascinating. The perception of an
individual able to reflects and interpret an object as beautiful. The discovery of four
theories by Johann Joachim Winckelmann is very significant should be analyzed
based on the landscape painter identity in Malaysia. According to Johann Joachim
Winckelmann, the theory and concept of `beauty' involves, `beauty concept, `beauty'
in painting, evaluation of `beauty' in arts, and how to evaluate `beauty' in arts) Thus
an analysis regarding the existance of the theory and concept about 'beauty' among
the landscape painters in Malaysia has been conducted. This analysis also involves
the comparative study of theory and concept of 'beauty' by Johann Joachim
Winckelmann with the earlier philosopher, Socrates, Plato, and Aristotle. As a
conclusion, this research will explain thoroughly about the application of the theory
and concept among the landscape painters in Malaysia.
iv
Pusat Khidrnat Makiuruat Akadrrnik UNiVERSITI MALAYSIA SAItAV4'AK
ISI KANDUNGAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
BAB 1: PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian
1.2 Hipotesis Kajian
1.3 Permasalahan Kajian
MUKA SURAT
i
ii
iii
iv
V
X
R1
1
4
4
1.4 Objektif Kajian 5
BAB 2: KAJIAN LITERATUR
2.0 Teori dan Konsep `Keindahan' oleh
Johann Joachim Winckelmann
2.1 Konsep Keindahan
2.2 Keindahan dalam Seni Catan
2.2.1 Lakaran
6
6
9
10
2.2.2 Komposisi 11
2.2.3 Warna 13
2.2.4 Sifat Cahaya 14
V
2.3 Menilai Keindahan dalam Seni 15
2.3.1 Keindahan dalam Seni 17
2.4 Cara Menilai Karya Seni 19
2.4.1 Seniman Meniru Alain 23
2.4.2 Seniman Meniru Bahan Sejarah 24
2.4.3 Senfiman Meniru Keindahan 26
2.4.4 Analisa Teori dan Konsep ̀ Keindahan' 30
oleh Johann Joachim Winckelmann
2.5 Pemikiran dan Idea Socrates 31
2.5.1 Teori dan Kaedah Socrates 38
2.5.2 Teori Moral 39
2.5.3 Teori Pengetahuan
2.5.4 Teori Keindahan
2.5.5 Konsep Jiwa
2.5.6 Konsep Teologikal
2.5.7 Analisa Perbandingan Teori
40
41
43
45
46
2.6 Pemikiran dan Idea Plato 48
2.6.1 Teori Ilmu Pengetahuan 51
2.6.2 Teori Politik 53
2.6.3 Teori Keindahan 54
2.6.4 Teori Seni (Mimesis) 55
2.6.5 Analisa Perbandingan Teori 60
2.7 Pemikiran dan Idea Aristotle 63
2.7.1 Seni Sebagai Peniruan 68
2.7.2 `Mimesis' Sebagai Representasi Aksi 70
V1
dan Manusia
2.7.3 Analisa Perbandingan Teori 83
2.8 Pemahaman dan Pembawakan Pelukis Dalam 85
Seni Catan Landskap di Malaysia
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
3.1 Rekabentuk Kajian
3.2 Lokasi Kajian
3.3 Sampel Kajian
3.4 Kaedah Pengumpulan Data
3.4.1 Temuramah
3.4.2 Soal Selidik
104
104
104
105
105
106
106
3.4.3 Kewujudan dan Pengaplikasian Teori 108
3.4.4 Tahap Pemahaman dan Pengetahuan 108
Responden
3.4.5 Instrumen Kajian 109
3.5 Penganalisaan Data
3.5.1 Pembersihan Data
3.5.2 Memahami Data
3.5.3 Pengkategorian Data
109
110
110
110
Vii
BAB 4: DATA DAN ANALISIS KAJIAN
4.0 Pengenalan 112
4.1 Analisis Kajian Temuramah 114
4.1.1 Latar Belakang Responden 114
4.1.2 Pemahaman dan Pengetahuan Responden 122
4.1.3 Perbandingan Teori dan Konsep 138
`Keindahan'
4.2 Analisis Kajian Soal Selidik 152
4.2.1 Pecahan Kata Kunci Teori 153
dan Konsep `Keindahan'
4.2.2 Kewujudan dan Pengaplikasian Teori 154
4.2.3 Tahap Pemahaman dan Pengetahuan 155
4.2.3.1 Konsep Keindahan 156
4.2.3.2 Keindahan Dalam Seni Catan 160
4.2.3.3 Menilai Keindahan Dalam Seni 165
4.2.3.4 Cara Menilai Karya Seni 169
4.2.4 Pembawakan Berdasarkan Aliran 173
4.2.4.1 Aliran Realisme 174
4.2.4.2 Aliran Abstrak 180
4.2.4.3 Aliran Abstrak Ekspresionisme 183
4.2.4.4 Aliran Semi Abstrak 186
4.2.5 Pembuktian Kewujudan Teori dan Konsep 192
`Keindahan'
4.3 Validasi Model Teori dan Konsep ̀ Keindahan' 195
Viii
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 204
5.2 Ringkasan Kajian 204
5.3 Rumusan 206
5.4 Cadangan Kajian 209
5.4.1 Cadangan Kepada Akademik 210
5.4.2 Cadangan Kepada Pengkarya 210
5.5 Kesimpulan 211
BIBLIOGRAFI 213
LAMPIRAN 220
ix
SENARAI JADUAL
No Jadual Tajuk Muka Surat
2.0 Teori dan Konsep ̀ Keindahan' oleh J. J. Winckelmann 30
2.5 Pemikiran dan Idea Socrates 46
2.6 Pemikiran dan Idea Plato 60
2.7 Pemikiran dan Idea Aristotle 83
4.1 Latar Belakang Artis Sasaran Seni Catan Landskap 114
4.2 Pembahagian Soalan Dalam Borang Soal Selidik 152
4.3 Skala Likert 154
4.4 Konsep Keindahan 156
4.5 Keindahan Dalam Seni Catan 160
4.6 Menilai Keindahan Dalam Seni 165
4.7 Cara Menilai Karya Seni 169
X
SENARAI RAJAH
No Rajah Tajuk Muka Surat
4.1 Analisa Teori dan Konsep `Keindahan' 151
Dalam Kalangan Artis Sasaran Seni Catan Landskap
4.4 Purata Keseluruhan Kata Kunci `Konsep Keindahan' 157
4.5 Purata Keseluruhan Kata Kunci `Keindahan Dalam 161
Seni Catan'
4.6 Purata Keseluruhan Kata Kunci `Menilai Keindahan 166
Dalam Seni'
4.7 Purata Keseluruhan Kata Kunci `Cara Menilai Karya 170
Seni'
4.8 Purata Keseluruhan Kata Kunci Bagi Aliran Realisme 174
4.9 Purata Keseluruhan Kata Kunci Bagi Aliran Abstrak 180
4.10 Purata Keseluruhan Kata Kunci Bagi Aliran Abstrak 183
Ekspresionisme
4.11 Purata Keseluruhan Kata Kunci Bagi Aliran Semi 186
Abstrak
4.12 Teori dan Konsep ̀ Keindahan' Berdasarkan Aliran 189
Pengkarya Seni Catan Landskap di Malaysia
4.13 Kata Kunci Teori dan Konsep ̀ Keindahan' 192
4.14 Model Teori dan Konsep ̀ Keindahan' 195
4.15 Validasi Model Teori dan Konsep ̀ Keindahan' 199
R1
BAB 1: PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Kajian dan penyelidikan ini menjurus kepada proses penganalisaan yang
melibatkan teori dan konsep `Keindahan' oleh salah seorang tokoh falsafah moden
iaitu Johann Joachim Winkelmann di kalangan pengkarya seni catan landskap di
Malaysia. Rasionalnya, Johann Joachim Winckelmann dijadikan sebagai subjek
kajian dan penyelidikan kerana beliau seringkali dilihat mengemukakan pandangan
dan hujahan konsep tertentu dalam proses penghasilan sesebuah karya. Hasil
penulisan beliau seperti The History of Ancient Art (1849) Reflection on the Imitation
of Greek Works in Painting and Sculpture (1986) dan sumber rujukan lain seperti
Falsafah dan Kritikan Seni (2004), dilihat banyak menyentuh tentang teori-teori dan
konsep dalam menghasilkan sesebuah karya.
Melalui kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti beberapa konsep dan teori
yang seringkali diperkatakan oleh beliau dalam disiplin penghasilan sesebuah karya
seni. Teori-teori dan pencirian konsep ini adalah melibatkan hujahan beliau mengenai:
i) Konsep Keindahan
ii) Keindahan dalam Seni Catan
iii) Menilai Keindahan
iv) Cara Menilai Karya Seni
1
1.1.1 Johann Joachim Winckelmann Sebagai Subjek Kajian
Johann Joachim Winckelmann merupakan seorang tokoh sejarah seni yang
hebat di zamannya. Beliau dilahirkan di Stendal, Margraviate of Brandenburg,
Jerman pada tahun 1717. Hampir keseluruhan hasil penulisannya membincangkan
tentang keagungan seni Greek yang dikatakan sebagai seni yang terunggul. Penemuan
dan teori beliau yang berkaitan dengan seni telah membolehkan beliau mendapat
jolokan sebagai Bapa Arkeologi Moden. Buku-buku beliau seperti Reflection
Concerning The Imitation of The Painting And Sculpture of The Greek (1765),
History of Ancient Art Among The Greek (1764), The History of Art in Antiquity
(1763) dan Essay On The Philosophy And History of Art (2006) dilihat banyak
memperkatakan tentang teori-teori dan konsep dalam penghasilan sesebuah karya seni
itu sendiri.
Secara rasionalnya, Johann Joachim Winckehnann dijadikan sebagai subjek
kajian adalah disebabkan hujahan teori dan konsep keindahan beliau yang mempunyai
perkaitan jika dibandingkan dengan senario seni lukis di Malaysia. Situasi ini
mempunyai kesinambungan yang jelas apabila sebahagian dari teori-teori dan konsep
yang diperkatakannya lebih menjurus kepada sesebuah penghasilan karya catan
landskap itu sendiri. Teori-teori dan pencirian konsep yang telah dikemukakan oleh
beliau adalah melibatkan Konsep Keindahan, Keindahan dalam Seni Catan, Menilai
Keindahan Dalam Seni dan Cara Menilai Karya Seni. Keadaan ini diperkukuhkan lagi
apabila behau pernah menyatakan seni itu meniru, meniru keindahan alam. Bagi
Winckelmann, alam semula jadi merupakan unsur penting dalam setiap hujahan teori
dan konsepnya yang berlandaskan penghasilan sesebuah karya seni itu sendiri.
2
Selain itu, pengkaji akan turüt melaksanakan kaedah secara perbandingan
dengan tokoh-tokoh falsafah klasik sebelum era Johann Joachim Winckelmann.
Rasionalnya, adalah bertujuan untuk menilai sebarang persamaan mahupun perbezaan
pendapat dalam memperkatakan tentang teori keindahan mahupun pencirian konsep-
konsep lain dalam hujahan masing-masing. Tokoh-tokoh falsafah klasik ini adalah
seperti:
a) Socrates
b) Plato
c) Aristotle
Kaedah secara perbandingan ini menjurus kepada kupasan terperinci mengenai
gaya pemikiran, pandangan dan idea tokoh-tokoh falsafah klasik tersebut dalam
hujahan masing-masing. Selain itu, proses perbandingan ini juga turnt melibatkan
penelitian ke atas pandangan dan hujahan ketiga-tiga tokoh ini dengan Johann
Joachim Winckelmann. Perbandingan secara menyeluruh ini akan memperlihatkan
berlakunya pengutaraan hujah dari kepelbagaian idea dan pandangan. Justeru, hasil
perbandingan daripada pelbagai hujah dan pandangan ini akan diterapkan dalam
proses penganalisaan yang lebih terperinci ke atas teori dan konsep keindahan oleh
Johann Joachim Winckelmann. Oleh itu, penganalisaan ke atas pemahaman
pengkarya seni catan landskap Malaysia mampu dilaksanakan secara teratur dan
sempurna dalam mengenalpasti perkaitan teori dan konsep keindahan Johann Joachim
Winckelmann dalam karya seni catan landskap di Malaysia.
3
1.2 Hipotesis Kajian
Pengaplikasian konsep dan teori keindahan oleh Johann Joachim Winckelmann wujud
dalam kalangan pengkarya seni catan landskap Malaysia.
1.3 Permasalahan Kajian
`Keindahan' adalah persoalan utama dalam kalangan pengkarya seni catan
landskap di Malaysia. Pembawakan mahupun pegangan sebarang bentuk teori clan
konsep yang berkait rapat dengan keindahan dalam pendekatan berkarya masih belum
jelas kelihatan. Para pengkarya seni catan landskap di Malaysia seharusnya
mempunyai satu garis panduan yang tetap dalam proses melahirkan sesebuah
keindahan.
4
Pulst K4iömat Maklumat Akydenii; UIYiVERSTTI MALAYSIA SARAWAK
1.4 Objektif Kajian
Melalui kajian ini, penyelidik telah meletakkan pelbagai objektif yang tersendiri:
1.3.1 Mengenalpasti teori dan konsep keindahan oleh Johann Joachim Winckelmann
dan melaksanakan perbandingan secara khusus ke atas tokoh-tokoh falsafah klasik
iaitu Socrates, Plato dan Aristotle.
1.3.2 Mengkaji konsep keindahan Johann Joachim Winckelmann dalam seni catan
landskap yang dihasilkan oleh pengkarya di Malaysia.
1.3.3 Menghasilkan model teori keindahan melalui aspek pengolahan seni catan
landskap di Malaysia.
1.3.4 Validasi model teori keindahan dalam kalangan pengkarya seni catan landskap
Malaysia.
5
BAB 2: KAJIAN LITERATUR
2.0 Teori dan Konsep `Keindahan' oleh Johann Joachim Winckelmann
2.1 Konsep Keindahan
Setiap individu telah dianugerahkan oleh Tuhan dengan keupayaan semula
jadi iaitu sifat untuk mengenal dan menikmati keindahan alam ciptaanNya. Tetapi
tahap kebolehan di antara setiap individu manusia itu adalah berbeza. Justeru,
Winkelmann berpendapat bahawa seseorang penggemar seni atau seniman itu perlu
terus melatih pancaindera mereka. Latihan yang berterusan itu perlu sehingga
berupaya untuk menikmati keindahan dengan kadar yang sebenarnya melalui
kebolehan intelektual.
Keindahan itu mestilah mempunyai ciri-ciri kesatuan, kesederhanaan dan
perasaan. Keindahan itu mesti dinikmati oleh deria dan mesti dimengertikan dengan
daya intelelek. Perasaan yang terdiri daripada luaran dan deria dalaman adalah
penting untuk mengenal dan menikmati keindahan. Ketetapan deria luaran adalah
bergantung kepada pemerhatian bentuk sebenar, warna dan rupa. Deria dalaman pula
hendaklah bersifat sensitif dan dapat menghayati mesej yang hendak disampaikan.
Melalui buku Falsafah dan Kritikan Seni (2004) tulisan Mohd Johari Ab.
Hamid, Winckelmann telah membicarakan tentang kebolehan individu menyedari
akan kewujudan keindahan seni. Beliau telah menggabungkan pemerhatian dan objek
yang diperolehi dengan tujuan mengenal dan menyedari akan nilai keindahan.
Sebagai contoh, apa yang dihayati oleh seseorang itu menarik, tapi tidak pada orang
lain. Bila melihat baju berwarna kehijauan dan sejuk mata bila memandang, belum
tentu lagi menarik bagi individu yang gemarkan warna merah. Keadaan ini berlaku
6
impak dari pengamatan dan teknik tafsiran yang telah meletakkan warna hijau itu
tidak ada keindahannya. Maka gaya pengamatan dan keupayaan mentafsir seseorang
individu itu pastinya berbeza. Kebolehan seseorang itu mengenal keindahan adalah
tidak sama. Situasi ini mempunyai persamaan dengan seseorang yang dikatakan tidak
mempunyai bakat untuk melukis tetapi dia tidak akan menerima kenyataan jika
dikatakan tidak ada kebolehan mengenal dan merasakan keindahan sesebuah lukisan.
Menurut beliau lagi, kebolehan mengesan keindahan adalah sebenarnya
datang daripada pancaindera dan deria seperti mata, tangan dan hidung. Kita
mempercayai bahawa semua orang yang lengkap derianya mempunyai kebolehan
untuk mengenal keindahan. Tetapi kita langsung tidak menyedari bahawa pengamatan
seseorang adalah tidak sama dengan orang lain. Justeru, untuk memahami keindahan,
seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas. Setiap
individu mempunyai kebolehan mengenal dan mencipta keindahan tetapi
kebolehannya adalah berbeza-beza antara setiap individu. Hal ini bersandarkan emosi,
pengalaman dan pendidikan yang diperolehinya.
Winckelmann turut mengupas tentang kebolehan untuk mengesan keindahan
dalam seni. Kebolehan untuk mengesan keindahan di dalam seni adalah satu konsep
yang menggabungkan pemerhati dan objek. Menurut beliau lagi, sekiranya tidak ada
pemerhati bererti objek tersebut tidak akan menjadi indah. Hal ini dapat dilihat
apabila seseorang menghayati karya seseorang penulis dengan penuh perasaan, maka
satu nilai keindahan akan terbentuk di dalam dirinya iaitu satu perasaan yang halus.
Winckelmann juga memberi penekanan bahawa keindahan tidak akan wujud
dalam diri seseorang sekiranya ia tidak berminat untuk mendalami sifat keindahan itu
sendiri. Contohnya, seseorang yang mengajar muzik kepada seseorang yang tidak
7
meminati muzik. Maka, proses untuk memperolehi dan merasai keindahan muzik itu
tidak akan wujud. Tetapi keindahan atau estetika tersebut akan lahir sekiranya muzik
itu diajar kepada individu yang berminat dan mempunyai bakat. Justeru, lahirlah sifat
untuk menghayati dan merasai bentuk keindahan dan estetika itu sendiri. Keindahan
perasaan perlu dilahirkan dengan menggunakan imaginasi yang baik. Sekiranya kita
ingin mengamati dan menghayati keindahan yang terdapat pada sesebuah catan, mata
memainkan peranan yang penting kerana ketetapan mata akan menggambarkan
bentuk yang benar, keagungan dan keindahan yang terdapat pada catan itu.
Menurut Winckelmann lagi, untuk menghasilkan keindahan ia perlulah
melalui satu proses yang dikenali sebagai idealisasi iaitu proses menggunakan akal
dan menjadi asas kegiatan seni yang utama:
Dihujahkan bahawa keindahan yang sempurna tidak terdapat pada alam,
bahawa untuk mencipta sesebuah karya yang indah, seniman perlulah memilih
berbagai-bagai unsur yang mengandungi keindahan dan menggabungkannya, dan
dengan demikian menghasilkan imej idaman yang lebih indah dari apa yang alam
dapat berikan. (Mohd Johari Ab. Hamid, 2004: 105)
Winckelmann juga telah mengkategorikan keindahan kepada empat konsep
yang utama iaitu:
a) Keindahan dikaitkan dengan kemuliaan.
b) Keindahan dikaitkan dengan kehebatan.
c) Keindahan dikaitkan dengan kesederhanaan.
d) Keindahan dikaitkan dengan ketenangan.
8