teori kitaran tamadun melayu
DESCRIPTION
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISTRANSCRIPT
ULP 1023KENEGARAAN
Kumpulan : D Semester : Dua
Pensyarah: Dr. Khairi
JELASKAN MAKSUD TEORI KITARAN TAMADUN DENGAN MERUJUK SESEBUAH TAMADUN, ANDA
BINCANGKAN TEORI KITARAN DAN KAITANNYA DENGAN TAMADUN
BERKENAAN
)
Bil Nama No.matrik
1 Siti Zubaidah binti Ibrahim D20091035632
2 Ruzaini binti Abdul Kadir D20091035658
3 Muhammad Hafizuddin Bin Pauzi
D20091036217
4 Mohd Mustaza Bin Lamli D20091036231
5 Rohani Abdul Wahab D20091035594
Menurut Ibnu Khaldun, manusia telah mencapai daya kretiviti yang tinggi dalam kehidupan mereka menyebabkan tamadun mempunyai tahap-tahap tertentu selari dengan kebangkitan dan kejatuhan sesebuah tamadun.
Teori kitaran ini mempunyai kaitannya dengan teori peradaban dan terdapat hubung-kait yang sangat erat antara kedua-dua teori ini.
Akhirnya tamadun dan peradaban menjadi hancur dan digantikan oleh bentuk pemerintahan baru bagi melengkapi pusingan kitaran dalam teori peradaban Ibnu Khaldun.
Pendahuluan
Alam Melayu telah mempunyai beberapa petempatan awal tamadun Melayu seperti
Kedah Tua, Srivijaya, Angkor, Lembah Bujang, Majapahit dan Funan.
Pertempatan-pertempatan awal ini telah mewujudkan kerajaan sementara dan
dalam masa yang singkat telah mengalami zaman keruntuhannya serta
akan digantikan oleh kerajaan baru yang akan mengambil alih semua peranan yang
pernah dijalankan di negeri tersebut. Oleh sebab itu, tamadun alam Melayu mempunyai susur-galur seperti yang terdapat dalam teori kitaran tamadun
yang bermula dengan petempatan sesebuah tamadun dan diakhri dengan kemerosotan dan kehancuran tamadun
berkenaan.
Seni bina tamadun Melayu
Seni ukir dalam
tamadun Melayu
PETA KERAJAAN KEDAH TUA
PETA KERAJAAN SRIVIJAYA
PETA KERAJAAN MELAYU MELAKA
o .
Tahap pertama •Tahap permulaan dan kemunculan tamadun•Teori kitaran mempunyai empat prasa utamanya iaitu pada tahap pertama dikenali sebagai tahap awal ataupun tahap kelahiran.•Pada tahap ini, kejatuhan pemerintahan terdahulu akan digantikan oleh pemerintah yang baru.
Tahap kedua •Tahap kehidupan menetap•Tahap kedua dikenali sebagai tahap pemantapan dan kehidupan yang menetap. Pada tahap ini sistem pemerintahan akan melahirkan sistem berkerajaan dan raja kuasa berkuasa mutlak. •Kehidupan pemerintah akan terasing daripada rakyat jelata.
Tahap ketiga •Tahap kemuncak dankegemilangan•Tahap ketiga pula dikenali sebagai tahap kemuncak ataupun sebagai tahap kegemilangan.•Masyarakat hidup dalam serba kemewahan dan pelbagai kemudahan tersedia untuk kemajuaan hidup masyarakatnya.
Tahap keempat •Tahap keempat merupakan tahap kehancuran sesebuah tamadun. •Pada masa ini segala kemudahan negara disia-siakan dan golongan pemerintahan tidak menjalankan tugas mereka dengan sewajarnya. •Terdapat sesetengah golongan yang mengambil kesempatan atas kacau-bilau ini dan menjatuhkan tamadun berkenaan kemudian akan digantikan dengan tamadun yang baru.
TAHAP-TAHAP TEORI KITARAN TAMADUN
Ibnu Khaldun merupakan salah seorang daripada
sarjana Islam.
Beliau juga mempelajari ilmu mantik, sains, falsafah, matematik dan sejarah
daripada beberapa orang ulama terkemuka pada masa
itu.
Beliau merupakan seorang pakar sejarah dan juga
pakar dalam bidang sosiologi disamping
merupakan seorang ahli Falsafah terulung.
Beliau di lahirkan pada 733 hijrah
bersamaan dengan 1332 masihi di Tunis.
Guru beliau yang utama ialah
Muhammad b. Abdul Muhaimin
Ibnu Khaldun meninggal dunia pada tahun 808
hijrah bersamaan 1406 masihi semasa berumur
74 tahun.
Pelopor
Beliau banyak memberi sumbangan melalui karya-karya yang dihasilkannya. Kebanyakkan karya-karya beliau banyak
mengaitkan sesuatu perkara dengan perkembangan rohani, akal dan akhlak.
Karya Al Muqaddimah merupakan karya beliau yang teragung dan menjadi rujukan
semua pihak termasuklah ahli falsafah barat.
Falsafah beliau, negara dan bangsa perlu dipertahankan dan berpandukan kepada
pegangan jati diri dan idealisme semangat cintakan negara.
MAKSUD TAMADUN ,
, Civilizatian • Berasal dari perkataan civitas merujuk kepada pembukaan bandar.
Bahasa Arab• Tamadun berasal daripada perkataan madain,
mudun dan maddana. merupakan suatu kehidupan manusia yang semakin maju dari segi rohaniah dan lahiriah atau pembukaan bandar.
Bahasa Melayu
•Tamadun dianggap sebagai kehidupan manusia yang dicirikan melalui kemajuan berunsurkan kebendaan dan aspek pemikiran yang tinggi.
Ibn Khaldun• Tamadun diertikan sebagai suatu kehidupan
masyarakat yang menetap di kawasan tertentu.
Hidup menetap dan menjadi lebih sistematik berbanding sebelum ada pembandaran.
Memerlukan kepakaran dari semua individu untuk mempercekapkan pentadbiran serta keamanan Bandar.
Cuba mencipta benda baru. Bagi memudahkan kehidupan mereka.
Disebabkan kehendak yang tidak terbatas mereka terpaksa bersaing dan wujudnya sistem pertukaran barangan dan mata wang.
Mempunyai pegangan agama yang tersendiri.
PRINSIP TAMADUN
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAMADUN
Semua tamadun mempunyai sistem pegangan agama mereka seperti di tamadun melayu mempunyai
pegangan agama Hindu-Buddha dan agama islam.
Ekonomi banyak berbentuk pertanian, memungut hasil hutan, menangkap ikan dan menternak binatang.
Terdapat juga aktiviti perdagangan dan pertukaran wang. Dapat dilihat dari hubungan perdagangan
tamadun China dengan tamadun Melayu.
Disebabkan berlaku lebihan hasil pertanian dan hasil bumi seperti emas dan bijih timah maka bilangan rakyat akan bertambah dan menjamin pembangunan sesebuah
tamadun.
Mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang teratur.
CIRI ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN
Kehidupan menetap.
Terdapat sistem sosial dan organisasi pentadbiran seperti golongan pemerintah dan golongan yang diperintah yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Pengkhususan pekerjaan.
Disebabkan terdapat lebihan hasil bumi sesebuah pertempatan itu maka dapat meningkatlkan kualiti kehidupan mereka dengan melakukan pengkhususan dalam pekerjaan.
Teknologi dan inovatif
Terdapat teknologi dan reka cipta untuk memudahkan perkerjaan seharian mereka dan menjamin keamanan mereka. Contoh di China mereka mencipta roda bagi kingcir air mereka untuk mengairi sawah padi petani.dan tembok besar china untuk pertahanan daripada musuh.
•Bagi semua tamadun juga mempunyai sistem tulisan dan bahasa mereka bagi memudahkan urusan pentadbiran dan jual-beli.
Sistem tulisan
•Kreativiti atau keunikan mereka bagi membezakan mereka daripada tamadun lain seperti seni bina, ukiran, pakaian dan seramik.
Kreativiti masyarakat
Menurut Zuraina Majib (1993),Tamadu Melayu bermula sejak zaman
paleolitik dan tamadun ini telah bertapak di Kota Tampan, Perak.
Pada zaman ini. masyarakat tidak mempunyai nilai estetika yang tinggi
kerana nilai yang ditonjolkan pada jumpaan artifak masih lagi menggunakan
alat batu kelikir yang besar dan mempunyai beberapa rempihan yang dibuat pada hujung batu berkenaan
mengikut alat tetak-menetak Movius.
Tamadun Melayu
bermula sejak
zaman Paleolitik
lagi.
TAHAP PERTAMA(TAHAP AWAL @ KELAHIRAN)
Menurut Zuraina Majib (1993), tamadu Melayu bermula sejak zaman paleolitik dan tamadun ini telah bertapak di Kota Tampan, Perak. Pada zaman ini. masyarakat tidak mempunyai nilai estetika yang
tinggi kerana nilai yang ditonjolkan pada jumpaan artifak masih lagi menggunakan alat batu kelikir yang besar dan mempunyai beberapa
rempihan yang dibuat pada hujung batu berkenaan mengikut alat tetak-menetak Movius.
Masyarakat Melayu pada zaman Neolitik pula telah dijumpai di Bukit Tenku Lembu (Perlis), Gua Cha (Kelantan) dan Ban Kao (Thailand).
Kebudayaan Neolitik sering diistilahkan sebagai kebudayaan inovatif dengan munculnya aktiviti bercucuk tanam. Alat batu dikerjakan dengan baik dan kadang-kala alat tersebut digosok
sehingga licin.
Pada permulaan zaman lebih kurang 10,000 hingga 5,000 tahun dahulu telah menyebabkan masyarakatnya hidup menetap dan
zaman ini juga disebut Zaman Revolusi Pertanian (G. de G. Sieveking, 1993)
Selepas berlakunya zaman Revolusi pertanian masyarakat mula hidup secara menetap dan mula menjalankan perdagangan
dengan kawasan sekitarnya. Masyarakat Melayu pada masa ini telah pandai menjalankan aktiviti perdagangan dengan kawasan sekitarnya
untuk mendapat barang-barang keperluan.
TAHAP PERTAMA
Kehidupan menetap• P
ada tahap ini, manusia mula mengamalkan kehidupan menetap melalui kewujudan bandar. Bandar yang telah terbentuk ini merupakan perintis kepada pembangunan dalam aspek lain seperti kelahiran sistem kerajaan dalam sesebuah tamadun.
Sistem feudal• K
etika ini juga pemerintah seperti raja telah diasingkan dengan rakyat biasa melalui satu susun lapis masyarakat.
Aktiviti ekonomi• A
ktiviti ekonomi juga boleh dijalankan dengan terancang apabila adanya kehidupan menetap. Dalam hal ini, kehidupan menetap seperti bandar membolehkan sesebuah tamadun membangun dalam aspek pentadbiran, ekonomi dan sebagainya.
TAHAP KEDUA(TAHAP PEMANTAPAN DAN
KEHIDUPAN MENETAP)
Penempatan di tepi sungai• B
agi tamadun awal dunia terletak di lembah-lembah sungai. Bagi tamadun Mesopotamia, penempatan awalnya berada di lembah Sungai Tigris-Eupharates, lembah Sungai Nil bagi tamadun Mesir, lembah Sungai Indus bagi tamadun Indus dan Lembah Sungai Kuning bagi tamadun Hwang-Ho.
Bandar dan kota• P
enempatan awal ini telah berkembang menjadi negara kota atau bandar.
Kaitan dengan tamadun Melayu• B
agi kerajaan Kedah Tua dan Srivijaya, kedua-keduanya merupakan kerajaan maritim. Kerajaan maritim merupakan kerajaan yang terlibat dalam aktiviti perdagangan, kelautan dan pelabuhan. Kerajaan ini terletak di pinggir pantai, lembah sungai dan kepulauan.
• Mendapat pengaruh Hindu-Budha
• Wujud sistem pemerintahan feudal.
• Wujudnya aktiviti perdagangan setempat dan antarabangsa.
• Bahasa Melayu menjadi lingua franca.
TAHAP KEDUA
Sistem pemerintahan
dan pentadbiran
Konsep dewa-raja ialah kepercayaan dan salasilah raja-raja yang diwujudkan
secara ‘ciptaan’ yang dikaitkan dengan dewa-dewa kayangan; penjelmaan dewa Shiva, Vishnu atau Brahma.
Pengaruh Islam merubah konsep
dewa-raja menjadi khalifah di muka bumi.
Sultan berkuasa mutlak.
TAHAP KETIGA(KEMUNCAK DAN
KEGEMILANGAN)
Undang-undang
Undang-undang adalah
peraturan yang
digubal oleh
pemerintah mengawal golongan
yang diperintah.
Undang-undang yang diamalkan di Alam melayu berasaskan
adat temenggung
namun menggunakan nama undang-undang yang berbeza bagi
setiap negeri.
Contoh di Melaka ada
Undang-undang Laut Melaka dan
Hukum Kanun
Melaka, di Pahang dikenali Undang-undang Pahang,
Pasai dikenali sebagai Undang-undang Pasai .
TAHAP KETIGA
Wujudnya Masyarakat Feudal.Setiap lapisan masyarakat mempunyai
kedudukan dan memahami tugas masing-masing.
Dibahagikan kepada dua golongan, iaitu golongan yang memerintah dan golongaan yang diperintah.
Golongan memerintah : Raja dan pembesarGolongan diperintah : Rakyat
TAHAP KETIGA
Sistem sosial
TAHAP TIGA
Kesenian dan kebudayaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.
Terdapat kesenian daripada pengaruh
Islam seperti ukiran Khat,
mimbar dan masjid.
Wujudnya hikayat-hikayat
masyarakat Melayu seperti
hikayat Nur Muhammad dan hikayat
Israk dan Mikraj(kisah
nabi Muhammad).
Tulisan jawi digunakan
sebagai tulisan
TAHAP KETIGA
EKONOMI PERTAHANAN DAN
KETAHANAN
INTELEKTUALPENDIDIKAN
)
Penjajahan Portugis di Melaka
Kedatangan Portugis di Melaka pada tahun 1511 menyebabkan kemusnahan tamadun melayu (Melaka)
Tujuan kedatangan Portugis di Melaka:Berdasarkan Konsep GOLD, GOSPEL & GLORY
TAHAP EMPAT(KEHANCURAN TAMADUN)
Pemerintahan Belanda
Belanda telah berjaya menewaskan pihak Portugis pada 14 Januari 1641 dan menakluk Melaka dengan mendapat bantuan Sultan Johor.
Belanda menakluki Melaka dari tahun 1641 hingga tahun 1795.Pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan BaratBelanda mahu kuasai perdangangan rempah ratus.
Wujud perjanjian antara Inggeris dan Belanda yang sela ini bermusuhan antara satu sama lain. Perjanjian ini telah membolehkan Inggeris menguasai negeri-negeri selat
Pada tahun 1600, tertubuhnya Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
Pada 11 Ogos 1786, Francis Light menduduki Pulau Pinang setelah berjaya memperbodohkan Sultan Abdullah.
Pada 6 Februari 1819, Stamford Raffles pula telah menduduki Pulau Singapura setelah membuat perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman.
Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu
Zaman Jepun di Tanah Melayu
Pendudukan Jepun bermula dari 8 Disember 1941 – 31 Disember 1942.
Serangan pertama Jepun adalah di Kota Bharu.Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 13 Februari 1942 sehingga 15 ogos 1945.
Slogan Jepun adalah “Asia untuk Orang Asia”.Pada 15 Ogos 1945, Jepun dikalahkan oleh British.
o Tertubuhnya Kesatuan Melayu Muda (KMM).
o Lahirnya Parti Pembela Tanah Air (PETA).
o Penduduk Tanah Melayu bangkit menentang para penjajah.
Kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu
Kesimpulan Teori kitaran tamadun akan berlaku pada
setiap tamadun.
Faktor yang mempengaruhi sesebuah tamadun ialah ekonomi, pegangan kepada agama, keselesaan hidup atau kemewahan dan kepimpinan politik.
Tamadun merupakan asas utama dalam pembentukan negara. Antara tamadun yang pernah ada ialah tamadun China, tamadun India, tamadun Islam dan sebagainya.
Bibliografi Arba’iyah Mohd Noor (2002). Ilmu sejarah dan pensejarahan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein, A. Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi (1993). Tamadun Melayu jilid Satu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya (1988). Sejarahwan dan pensejarahan ketokohan dan karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Zainal Abidin Borhan dan Ahmad Hakimi Khairuddin. Tamadun Melayu teras tamadun Malaysia. Diperoleh pada Feb 21, 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/25338646/Bab-3-Tamadun-Melayu
SEKIAN…Terima kasih