teori pemprosesan maklumat

Upload: siti-nurul-shahida

Post on 20-Jul-2015

248 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

TOPIK 8

TEORI PEMPROSESAN-MAKLUMAT

Sinopsis Topik ini membincangkan tentang teori pemprosesan-maklumat. Ramai pengkaji yang telah menyumbangkan idea mereka tentang teori ini. dalam topik ini kita akan membincangkan model ang dikemukakan oleh Atkinsons dan Shiffrin dalam tahun 1968. Mereka menyatakan bahawa maklumat yang diterima oleh kita akan diproses dan disimpan kedalam ingatan sensori, ingatan jangka-pendek dan ingatan jangka-panjang. Pada akhir modul, kita akan membincangkan bagaimana hendak gunakan eori ini dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Hasil Pembelajaran Menjelaskan teori pemprosesan-maklumat Menyenaraikan ciri-ciri ingatan jangka-pendek dan ingatah jangka-panjang. Menghuraikan penggunaan teori dala mengajar sains sekolah rendah

Pengenalan

Theori Pemprosesanmaklumat

Ingatan Jangka-pendek

Ingatan Jangka-panjang

Implikasi teori untuk mengajar sains sekolah rendah

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT

Miller, Baddely, Atkinson, dan Shiffrin adalah diantara oleh beberapa ahli psikologi yang telah mengkaji tentang teori ini. Dalam tahun 1968 Atkinson dan Shiffrin telah mengemukan satu model tentang ingatan manusia yang dipanggil teori pemprosesan maklumat. Teori ini menganalogi cara kita meproses ingatan seperti komputer. Seperti komputer, otak kita menerima, memproses maklumat, mengeluarkannya bila perlu dan menghasilkan tindakan terhadap maklumat yang diterima. Justru, pemprosesan melibatkan pengumpulan dan memberi makna yang dipanggil encoding, menyimpan maklumat dan mengeluarkan maklumat bila diperlukan yang dipanggil retrieval.

Model ini mencadangkan maklumat diproses dan disimpan dalam tiga peringkat; ingatan sensori , ingatan jangka-pendek, dan ingatan jangkapanjang. Rajah 8.1 memberi gambaran tentang model ini.

1.1

INGATAN SENSORI

Maklumat dalam bentuk rangsangan yang pelbagai masuk ke dalam sistem pemprosesan manusia melalui pelbagai deria kita. Ingatan ini sekejap ( kurang daripada 0.5 saat bagi maklumat yang diterima daripada penglihatan; lebih kurang 3 saat bagi pendengaran). Jadi adalah amat penting bagi pelajar untuk memberi perhatian supaya maklumat ini dapat dipindahkan keperingkat seterusnya. Sekiranya rangsangan yang diterima itu mempunyai ciri yang istimewa maka kita akan senang untuk menerima maklumat tersebut. Juga kita akan memberi perhatian sekiranya rangsangan itu dapat mengaktifkan pola sedia ada kita.

Kandungan input yang boleh disimpan dalam ingatan sensori ini hanya sedikit. Mengikut kajian hanya terhad kepada lima hingga tujuh elemen atau chunks sahaja pada satu-satu masa. Elemen atau chunk adalah sesuatu unit yang bermakna. Contoh elemen seperti nombor,

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

gambar atau muka seseorang. Maklumat ini disimpan selama 0.5 hingga 3 saat sahaja, selepas itu samada maklumat ini dihantar ke peringkat seterusnya atau pun dilupai. 1.2 INGATAN JANGKA-PENDEK ATAU INGATAN BEKERJA" Maklumat yang terdapat pada tahap ini boleh diproses lagi dan dihantar keperingkat seterusnya. Maklumat pada tahap ini merujuk kepada apa yang sedang kita fikirkan pada satusatu masa. Diantara ciri-ciri maklumat pada tahap ini; Kapasiti : lebih kurang tujuh chunksmaklumat (Miller, 1956) Tempoh: lebih kurang 18 hingga 20 saat (Peterson & Peterson, 1959) Maklumat yang masuk ke tahap ingatan ini akan cepat hilang sekiranya kita tidak memproses maklumat ini. Penyusunan (encoding) dan pengulangan adalah dua proses yang dapat mengekalkan maklumat pada tahap ini. Penyusunan boleh dilakukan secara urutan, kerelevanan, dan juga dengan mengelaskan maklumat secara kategori atau konsep. Pengulangan adalah satu teknik apabila kita ingin belajar sesuatu. Namun begitu, pengulangan itu hanya akan berkesan sekiranya ianya dilakukan selepas ianya dilupai. Pengkaji mencadangkan pelajar perlu mengulangi maklumat itu selepas beberapa minit. 1.3 INGATAN JANGKA-PANJANG Maklumat yanag disimpan pada tahap ini akan kekal. Penyimpanan maklumat disini sama seperti komputer menulis maklumat pada cakra padat atau pita rekoder. Proses merekod dipanggil penyimpanan dan proses pengeluaran maklumat dipanggil retrieval. Ciri-ciri maklumat pada aras ini; kapasiti: tiada had tempoh: sepanjang hayat Kapasitinya terhad bermakna kita tidak akan berhenti belajar. Maklumat baru akan senantiasa boleh disimpan dalam ingatan kita. Bila kita tidak ingat sesuatu adakah kerana kita ada masalah untuk mengesan lokasinya untuk dikeluarkan atau ianya telah hilang daripada sistem kita? Kadangkala kita tidak ingat seseorang yang kita jumpa, tapi setelah beberapa ketika, kita teringat semula siapa orang itu. Ini bermakna maklumat itu ada dalam ingatan jangka-panjang

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

kita, cuma ada halangan untuk mengeluarkan maklumat itu dengan segera sebab sudah lama tidak jumpa.

Kehilangan maklumat memang berlaku apabila kita mengalami kerosakan otak atau pun ianya hilang sebab kita telah lama tidak menggunakannya.

Ingatan Jangka-panjang

Ransangan Ingatan sensori luar

Pemprosesan retrieval awalIngatan Jangka-pendek

Penghuraian Dan koding

Pengulangan Lupa

Tindakan

LupaRajah 8.1: Model Pemprosesan maklumat Atkinsons &Shiffrin [Sumber: http://withfriendship.com/user/crook/atkinson-shiffrin-memory-model.php] Maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka-panjang disusun mengikut satu atau lebih struktur: declarative, procedural, and/or imagery. i. Ingatan declarative terbahagi kepada dua jenis : Ingatan semantic fakta dan maklumat am (konsep, prinsip, hokum, strategi penyelesaian masalah, strategi belajar) Ingatan episodic pengalaman peribadi

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

ii. Ingatan procedural cara melakukan sesuatu (contoh cara memandu kereta) iii. Imagery gambar-gambar

1.4 IMPLIKASI TEORI DALAM PENGAJARAN SAINS Prinsip- prinsip teori ini yang boleh digunakan dalama pengaran dan pembelajaran adalah seperti berikut; i. Dapatkan perhatian pelajar Guna isyarat bila anda bersedia untuk mula. Bergerak di merata tempat dalam kelas dan guna intonasi yang berbeza ii. Mula dengan pengalaman sedia-ada pelajar Ulangkaji pelajaran lepas. Bincangkan tentang kandungan yang telah dipelajari. iii. Tonjolkan maklumat penting Beri lembaran kerja. Tulis di atas papan tulis atau transparensi. iv. Paparkan maklumat dalam susunan yang teratur Tunjukkan urutan yang logik apabila bercerita tentang konsep atau kemahiran Gunakan prinsip dari mudah ke kompleks bila ajar tajuk baru v. Tunjuk kepada pelajar cara mengkategori maklumat yang berkaitan. Persembah maklumat dala kategori Ajar menggunakan penaakulan induktif .

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

vi. Banding-beza antare konsep-konsep yan dikaji. Beri peluang kepada pelajar untuk menghurai maklumat baru Kaitkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada pelajar. vii. Tunjuk kepada pelajar cara untuk guna koding bila hendak menghafal Gunakan teknik mnemonik untuk mrngingat sesuatu konsep . Guna teknik mental imagery viii. Beri peluang untuk pengulangan pembelajaran. Nyatakan prinsip penting beberapa kali degan cara yang berlainan semasa mempersembah maklumat Pastikan pengetahuan yang dipelajari semalam pada hari berikutnya Sediakan jadual yang berkala bag mengulangkaji konsep dan kemahiran yag telah dipelajari xi. Beri peluang untuk pembelajaran konsep asas konsep dan kemahiran. Guna latih tubi bagi konsep asas Guna permainan bagi mengukuh kandungan yang diajar

AKTIVITI 1 Rujuk Rajah 8.1 dan terangkan urutan maklumat diproses dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Rancang langkah demi langkah arahan yang anda akan gunakan dalam mengajar sesuatu tajuk sekiranya anda ingin mengaplikasi teori ini.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

References

1. Atkinson, R., & Shiffrin, R. (1968). Human memory: A proposed system and its control processes. In K Spence & J Spence (Eds.). The psychology of learning and motivation: Advances in research and theory (Vol. 2). New York: Academic Press. 2. Woolfolk, A. (2003). Educational Psychology-Active Learning.(9th Edition) USA, Allyn & Bacon. 3. http://www.hsc.csu.edu.au/pro_dev/teaching_online/how_we_learn/information.html 4. http://users.ipfw.edu/abbott/120/AtkinsonShifrin.html 5. http://www.nwlink.com/~donclark/hrd/learning/memory.html