teori perkembangan kognitif jean piaget
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi
pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran
masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori,
merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-
lain. Menurut Prof. Madya Dr Rohani Bin Abdullah (2003) berdasar buku beliau
yang berjudul “Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah”, kognitif merujuk pada
intelek atau pemikiran individu. Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara
kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Hal ini bermaksud, ia adalah suatu
proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.
Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.
Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan
pemikiran kanak-kanak.Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang
berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.
Perkembangan kemahiran adalah berasaskan perubahan stuktur mental kanak-
kanak yang melibatkan bahasa, imaginasi, mental, fikiran, penaakulan dan
penyelesaian masalah kemahiran mengingat. Kita juga boleh mengukur
perkembangan intelek mereka dengan melihat kemampuan serta kebolehan
mereka untuk menggunakan kemahiran berfikir mereka bagi menyelesaikan
sesuatu masalah.
Seperti yang kita sedia maklum, teori perkembangan kognitif dipelopori oleh
tokoh yang tidak asing lagi bagi kita semua iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky.
Teori-teori ini telah memainkan peranan penting di dalam membantu memahami
cara kanakkanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya di
dalam perkembangan kognitif kanak-kanak Perkembangan kognitif kanak-kanak
memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat
kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat
perkembangan kepada yang seterusnya.
1
Teori-teori ini memainkan peranan penting dalam membantu kita menjadi bakal
guru yang lebih memahami cara kanak-kanak berfikir sekaligus melatih kita dalam
memainkan peranan dalam merangsang perkembangan kogniti kanak-kanak.
2
2.0 JEAN PIAGET
2.1 Latar belakang Jean Piaget
Jean Piaget dilahirkan di Neuchatel iaitu di Switzerland pada Ogos 1896 dan
meninggal dunia pada September 1980. Beliau merupakan seorang ahli psikologi
kanak-kanak yang terkenal. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam biologi tetapi
setelah tamat pengajiannya, lebih berminat kepada psikologi. Berasaskan
pemerhatian beliau yang sistematik ke atas tiga orang anaknya, beliau
mengaplikasi prinsip dan kaedah biologi dalam mengkaji perkembangan manusia.
Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Pada pandangan
Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang
berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif
sering kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur
pemikiran manusia (Gardner, 1973).
Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi
iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang
perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini
memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh
Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan
mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil
jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk
3
melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan
sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang
di kalangan kanak-kanak.
2.2 Teori perkembangan Kognitif Jean Piaget
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat
perkembangan yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau
berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya
kanak-kanak membina persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai
proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Jean Piaget
telah memperkenalkan empat konsep utama untuk menerangkan dengan lebih
lanjut berkenaan skema, penyerapan, pengubahsuaian dan keseimbangan.
Jadual : Konsep-konsep Asas Berhubung Dengan Teori Kognitif Piaget
Konsep Takrif
Skemata Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan
maklumat baru.
Asimilasi Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan
skemata sedia ada.
Akomodasi Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima
maklumat baru.
Keseimbangan Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu
dalam keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan
dan pengalaman.
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu
mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Tambahan pula,
skema adalah seperti sebuah kabinet menyimpan banyak fail dan setiap fail
mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum
4
dan semakin bayi itu membesar skema yang diperolehi semakin meningkat dan
skema itu semakin diperhalusi.
Skema juga adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan,
menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada
bayi itu ialah menghisap susu dan mengenggam dan apa sahaja benda yang
dimasukkan ke dalam mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari
tangan, bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan
mengeluarkan susu atau sebaliknya. Hal ini kerana terdapat satu skema sahaja
iaitu menghisap. Namun, terdapat enam sub tahap pada peringkat ini dengan
melihat kebolehan berdasarkan umur bayi.
Dari lahir hingga satu bulan sub, dikenali sebagai refleks. Pada tahap ini
bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui
tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan iaitu genggaman dan
sebagainya, penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan seterusnya. Gerakan
ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini
dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan
sahaja.
Menurut Dr. Nor Hashimah Hashim (2003) dalam buku Panduan Pendidikan
Prasekolah, asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan
maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema
yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia
ada. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.
Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema
yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan
mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal”. Asimilasi
berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan
pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin
membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku
adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.
5
Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif
serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang
diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema,
sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau
diubahsuai. Ini menyebabkan, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang
sedia ada diubahsuai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau
pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini
meningkatkan tahap skema sedia ada. Seterusnya, proses ini berlaku sehingga
seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi sesuatu
kemahiran tertentu. Hal ini berlaku secara berterusan. Misalnya, kanak-kanak
yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek
baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet
itu.
Akhirnya, keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak
menyeimbangkan proses penyerapan dan penghubahsuaian. Sebagai contohnya,
apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap
maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan
akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan
diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jika
maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai.
Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.
Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan
mereka yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu
darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan
kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa
perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat-peringkat dan peringkat
yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang
berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi
perkembangkan yang berikutnya.
6
2.2.1 Tahap-Tahap Perkembangan Mental
Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu
dalam proses perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan
perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur. Tahap-tahap
perkembangan itu ialah :
1) Tahap Sensori Motor atau deria motor ( sejak dilahirkan - 2 tahun )
2) Tahap Pra Operasi ( 2 tahun - 7 tahun )
3) Tahap Operasi Konkrit ( 7 tahun - 11 tahun )
4) Tahap Operasi Formal ( 11 tahun - 15 tahun )
Pertamanya ialah peringkat deria motor iaitu sejak bayi dilahirkan hingga
berumur 2 tahun. Pada masa dilahirkan otak kanak-kanak belum banyak bekerja
menyebabkan ia hanya menyedari alam sekelilingnya dengan kabur sahaja.
Walaupun begitu fungsi derianya berkembang dengan cepat dan dengan itu ia
dengan cepat menjadi pemerhati alam sekelilingnya. Pemerhatian ini diikuti pula
oleh gerakbalas. Pada peringkat ini, kanak-kanak belum menguasai lambang
bahasa untuk menamakan benda-benda di sekelilingnya. Kanak-kanak mengetahui
alam sekelilingnya melalui deria dan pergerakan badannya. Pada masa umurnya
kira-kira 10 bulan seseorang kanak-kanak itu mula mengetahui yang benda-benda
itu mempunyai sifat kekal walaupun hilang dari penglihatannya. Sebagai
contohnya, apabila Rani melihat ibunya hilang dari pandangan dibawa oleh kereta,
dia tidak menangis sebab dia tahu ibunya akan pulang semula.
Selain itu, bayi mengkodinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk
membentuk skema tingkah laku yang membolehkan mereka “bertindak” dan
“mengetahui” persekitarannya. Kanak-kanak pada peringkat ini berdasarkan
interaksi mereka dengan alam sekeliling melalui pancaindera. Mereka sedar akan
7
kewujudan sesuatu benda hanya jika benda itu boleh dikesan oleh salah satu
pacaindera. Contohnya, bayi belajar dengan mengangkat benda, memain-
mainkannya, merasa dan mengigitnya.
Manakala pada peringkat pra operasi bagi kanak-kanak yang berumur 2
hingga 7 tahun, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk
mengambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak
telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu,
perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Seterusnya, mereka menganggap
pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula
berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh
mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian
bilangan.
Tahap Piaget ketiga ialah peringkat operasi konkrit. Menurut Mok Soon
Sang (2001), tahap ini berlaku semasa kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 11
tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara
logik. Tetapi hanya dapat berjaya melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit
atau menggunakan objek maujud. Satu sifat yang ada pada kanak-kanak pada
peringkat ini ialah konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan
itu mengalami perubahan yang ketara. Mereka sudah pandai melakukan operasi
konkrit dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti ’lebih berat’, ’lebih
tinggi’ dan sebagainya.
Tambahan pula, mereka juga boleh memberikan perhatian kepada beberapa
perkara serentak. Pada masa yang sama, ingatan mereka semakin bertambah.
Walaubagaimanapun, pada tahap ini kanak-kanak masih belum boleh mentafsir
perkara-perkara yang abstrak umpamanya konsep ketuhanan, syurga dan neraka.
Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu menguasai tiga prinsip asas iaitu prinsip
identiti, prinsip ganti rugi ('compensation’) dan prinsip keterbalikan.
Pertamanya, prinsip identiti menunjukkan bahawa mereka tahu sekiranya
tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, amaun atau bilangan objek adalah
8
sama walaupun bentuknya berubah. Prinsip ganti rugi yang dikenali sebagai
‘compensation’, menunjukkan bahawa mereka tahu sesuatu perubahan pada satu
segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain manakala pada
prinsip keterbalikan pula kanak-kanak boleh mengulang proses yang berlaku
secara mental kepada keadaan asal semula.
Manakala pada peringkat operasi formal bagi kanak-kanak berumur 11 tahun
hingga 15 tahun, kanak-kanak atau remaja sebenarnya dapat berfikir secara logik,
termasuklah pemikiran abstrak, perkara yang berkaitan dengan masa hadapan dan
sanggup membuat hipotesis. Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak
meramalkan “apa yang mungkin berlaku”. Oleh sebab pemikiran operasi formal
sanggup membuat penaakulan terhadap sesuatu kemungkinan, ia telah sedia
membuat eksperimen menguji idea, kebenaran dan pemikiran saintifik. Mereka
berkebolehan untuk menggunakan beraneka jenis strategi untuk menyelesaikan
masalah. Bahkan pelajar ini dapat menerima idea abstrak seperti tenaga graviti
dan demokrasi. Pendekatan pengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah lisan
yang lebih banyak. Pelajar pada peringkat sekolah menengah digalakkan sering
mendengar, membaca dan berbincang, kemudian melakukan latihan.
9
3.0 LEV VYGOTSKY
3.1 Latar Belakang
Vygotsky lahir pada 17 November 1896 di Orsha, sebuah bandar kecil yang
terletak di Belorussia dan dibesarkan di Gomel, sebuah bandar kira-kira 400 batu
dari Moscow. Lev Vygotsky membesar dalam sebuah keluarga kelas
pertengahan. Ibunya merupakan seorang guru namun tinggal di rumah sahaja
kerana mendidik anak-anaknya. Vygotsky turut mempunyai seorang tutor peribadi
yang bernama Solomon Ashpiz. Setelah menerima pendidikan awal di sekolah
swasta, Vygotsky pergi ke sebuah Gymnasium Yahudi untuk meneruskan
pengajian peringkat menengah. Beliau merupakan pelajar yang baik dan sering
digelar sebagai ‘ professor kecil” kerana selalu memimpin diskusi mahasiswa pada
topik berkenaan falsafah atau budaya yahudi, teater dan sastera.
10
Beliau menamatkan pengajian sekolah menengah dengan anugerah medal
emas kemudian melanjutkan pelajaran ke Moscow State University dan tamat
pengajian pada 1917. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di beberapa tempat
antaranya Institut Psikologi pada pertengahan 1920 dan di beberapa pusat
pendidikan di Moscow, Lerningrad, dan Kharkow. Beiau telah menulis buku tentang
“Pemikiran dan Bahasa” dan “ Fikiran masyarakat”
.
3.2 Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky
Teori Perkembangan kognitif berkait rapat dengan konstruktivisme.
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Selain
itu, konstruktivisme ialah falsafah pembelajaran yang diasaskan kepada beberapa
teori pembelajaran, di antaranya teori perkembangan kognitif dan teori kognitif
sosial. Teori Konstruktivisme mencadangkan bahawa manusia membina
pemahaman dan pengetahuannya sendiri tentang dunia di sekelilingnya dengan
mengalami dan membuat refleksi ke atas pengalaman tersebut.
Lev Vygotsky kebanyakannya lebih menekankan tentang konstruktivisme
sosial di mana ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial, alat
budaya, dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.
Contohnya , Vygotsky mencadangkan konsep pembinaan zon proksimal, di mana
kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah sesuatu masalah dengan bantuan
orang dewasa, rakan atau guru (scaffolding).
Terdapat dua konsep penting dalam teori ini, iaitu Zon Perkembangan
Proximal (ZPD) dan bantuan (scaffolding). ZPD merupakan suatu kemampuan
untuk melakukan sesuatu dengan bantuan orang dewasa. Dalam konteks
pembelajaran, pelajar dan guru hendaklah bekerjasama untuk meningkatkan
pelajaran dan membolehkan kanak-kanak melakuakn kerja tersebut sendiri. Dalam
11
erti kata lain actual developmental level merujuk kepada semua aktiviti yang
boleh dipersembahkan oleh seseorang kanak-kanak sendiri tanpa bantuan orang
lain. Sebaliknya, zone of proximal development ialah sesorang kanak-kanak atau
pelajar melakukan sesuatu kerja dengan bantuan orang lain.
Zon perkembangan proksimal merupakan idea Vygotsky yang paling
dikenali. Vygotsky menerangkan tentang kemahiran-kemahiran yang sukar
dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-
orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Dalam zon perkembangan
proksimal terdapat had atas dan had bawah. Had atas ialah Kemahiran yang boleh
dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir manakala had bawah bermaksud
kemahiran yang telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak.
Konsep perancah (scaffolding) juga merupakan teori yang diasaskan oleh
Vygotsky. Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan
dan berkait rapat dengan zon perkembangan proksimal. Perbualan dan interaksi
adalah alat yang penting semasa proses perencah untuk mendapat konsep-konsep
baru dan lebih sistematik. Mengikut Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel (2010),
konsep ini merujuk kepada bimbingan yang diberi oleh seorang dewasa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-soalan dan interaksi yang
bersifat positif. Bimbingan diberikan kepada pelajar dalam mempelajari kemahiran
baharu, namun bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh
menguasai sesuatu kemahiran. Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting
semasa proses perancah. Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-
konsep baharu secara lebih sistematik.
Secara khusus Vygotsky mengemukakan bahawa disamping guru, rakan
sebaya juga memberi pengaruh penting pada perkembangan kognitif anak
berlawanan dengan pembelajaran lewat penemuan individu (individual discovery
learning), kerja kelompok secara kooperatif (cooperative groupwork) yang
mempercepat perkembangan kanak-kanak.
12
Menurut vygotsky, berkomunikasi dengan diri sendiri juga boleh dijadikan
salah satu perkembangan kanak-kanak yang bagus kerana dapat mengawal
tingkah lakunya sendiri. Malah kanak-kanak yang sering bercakap dengan diri
sendiri lebih cekap dalam kemahiran sosial berbanding kanak-kanak yang tidak
bercakap sendiri. Hasil kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang bercakap
dengan diri sendiri akan memberikan impak positif terhadap diri mereka kelak.
13
4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (SLOT)
K1: PendidikanPrasekolah
Kumpulan 3
Tiong Chiong Hung, Lee Wei Zher, Raathigaa, Feryn Fanera Jeffery
Kelas : Seri Mawar
Tarikh : 8 April 2013
Masa : 8.30 pg- 9.10 pg (40 Minit)
Bilangan Murid : 15 orang (7 orang murid 5+ tahun dan 8 orang murid 6+ tahun)
Modul : Bertema
Tema : Diri Saya
Subtema : Anggota Badan ( Kepala, hidung, mulut, gigi, telinga, rambut,kaki, tangan)
Tunjang : Tunjang Sains dan Teknologi (Sains)
KesepaduanTunjang : Bahasa dan Komunikasi, Kreativiti dan Estetika.
Standard Kandungan :(ST 3.1) Memperoleh pengetahuan asas tentang badan.
Standard Pembelajaran : (ST 3.1.1) Mengenalpasti bahagian tubuh badan utama (kepala, hidung, mulut, gigi, telinga,
rambut, kaki, jari, tangan) (4+). (ST 3.1.3) Mengenalpasti organ deria ( mata, hidung,
telinga, lidah, kulit) dan menyatakan fungsi setiap organ deria ini (5+).
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat :-
14
i. Murid dapat menggunting dan menyusun bentuk-bentuk menjadi anggota badan.
ii. Murid dapat mengenalpasti organ deria dan fungsinya.
iii. Murid dapat menyusun ‘puzzle’ mengenai anggota tubuh.
Pengetahuan Sedia Ada :
i. Murid mengenal dan mengetahui bahagian tubuh badan manusia.
ii. Murid pernah menggunakan organ deria.
Kemahiran berfikir : Mengenalpasti, membanding beza dan menganalisis.
Penerapan nilai : Bekerjasama, tolerasi, keyakinan diri, keberanian, berdisiplin, sabar, menghargai.
Fokus MI : Interpersonal, ruang visual, kinestetik, intrapersonal.
BBM :.Manila kad, kertas origami, kad bergambar, puzzle, tali
Kosa kata : Kepala, hidung, mulut, gigi, telinga, rambut,kaki, tangan
Langkah/Masa
Hasil Pembelajaran Aktivitipembelajaran BBM/Catatan
Set Induksi(5Minit)
Tayangan Video- Guru memaparkan
tayangan video berkenaan anggota badan.
- Guru bersoal jawab dengan murid.
BBM: Laptop, LCD
PN: Menghargai
KB: Menghubungkait, membanding beza
Langkah 1(5 Minit)
Guru memperkenalkan aktiviti yang akan dijalankan dan membahagikan
- Guru memperkenalkan tajuk dan aktiviti yang akan dijalankan.
KB: Menjana Idea
PG: Bahasa dan komunikasi
15
kumpulan - Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.
(Mata, Hidung, Mulut)
PN: Bekerjasama
Langkah 2(20 Minit)
Pelaksanaan aktivitiTunjang : Sains dan Teknologi
Kumpulan 1 : MataTajuk : Menghasilkan anggota badan menggunakan bentuk geometri.
1) Guru akan menyediakan kertas warna.
2) Kemudian guru akan membimbing murid menghasilkan anggota muka dengan mengunting kertas tersebut kepada beberapa bentuk.
3) Sesudah itu, murid-murid akan menampal bentuk-bentuk tersebut menjadi bentuk rupa manusia.
Kumpulan 2 : HidungTajuk : Puzzle game
1) Murid akan menyelesaikan ‘Puzzle’ berkaitan anggota badan.
Kumpulan 3 : MulutTajuk : Memadankan gambar yang sesuai
1) Guru akan menyediakan kad manila yang mengandungi gambar anggota tubuh.
BBM: Manila kad, kertas origami, kad bergambar, puzzle, tali.
KB: Menjana Idea, menghubungkait membanding beza, menganalisis
PN: Bekerjasama, memberi perhatian, sabar, menghargai
MI: Logik, bahasa
PG: Kreativiti dan estetika
16
2) Kemudian murid dikehendaki memadankan anggota tubuh mengikut fungsi yang sesuai menggunakan tali.
Langkah 3(5 Minit)
- Guru membuat penilaian dan rumusan terhadap hasil kerja murid-murid.
- Hasil kerja setiap kumpulan dikumpul dan dinilai oleh guru.
- Guru memberi pandangan dan pujian kepada setiap kumpulan.
- Guru membuat rumusan atau memberi nasihat kepada muird-murid.
PN: bekerjasama, berhati-hati,telti, keyakinan diri.
KB: Menghubungkait, membanding beza.
Penutup(5 Minit)
Nyanyi dan pergerakan.
Lirik Jika Rasa Gembira
- Guru akan mengajak murid-murid menyanyikan lagu ‘Anggota Badan’ diikuti dengan aksi.
BBM: LCD, Komputer riba, pembesar suara
MI: Kinestetik, intrapersonal
5.0 LAPORAN PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN AKTIVITI
Kumpulan kami telah memilih untuk membuat tiga aktiviti dalam masa 40
minit ini. Sebelum hari persembahan dijalankan, kami telah berbincang dan
merancang tentang perkara yang perlu kami sediakan bagi aktiviti-aktiviti yang
17
bakal dilaksanakan. Antara perkara yang telah kami bincangkan adalah mengenai
tema dan tajuk bagi aktiviti serta bahan yang diperlukan untuk kanak-kanak
manghasilkan hasil kerja mereka. Pelbagai tema dan tajuk yang telah kami
bincangkan. Akhirnya, kami memilih tema berkaitan dengan Diri Saya iaitu
“Anggota Badan” yang bertunjangkan Sains dan Teknologi bagi subjek Sains.
Antara tiga aktiviti yang kami pilih adalah susunkan bentuk menjadi anggota badan,
puzzle dan memadankan gambar organ deria mengikut fungsinya. Setiap aktiviti ini
akan dilakukan dalam masa tempoh 20 minit dengan bimbingan guru serta
dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan Mata, kumpulan Hidung, dan
kumpulan Mulut. Ketiga-tiga kumpulan ini akan menjalankan satu aktiviti sahaja
untuk mendapatkan satu hasilan setelah masa yang telah diberikan tamat. Di
samping itu, kami juga turut menyediakan video untuk ditayangkan pada set induksi
serta lagu untuk dinyanyikan pada akhir penutup nanti. Terdapat beberapa perkara
yang telah kami pertimbangkan antaranya adalah bahan aktiviti yang sesuai untuk
dimasukkan dalam masa 20 minit serta kesesuaian aktiviti yang boleh memberi ilmu
serta keseronokkan kepada kanak-kanak prasekolah ini.
5.1 Persediaan
Kami telah menjalankan beberapa persediaan sebelum menjalankan aktiviti
ini.
5.1 (a) Bahan yang dalam proses untuk digunakan dalam aktiviti
18
5.1 (b) Bahan yang dalam proses untuk digunakan dalam aktiviti
5.2 Pelaksanaan
Pada 11 April 2013 bersamaan hari Khamis, kami telah menjalankan aktiviti
ini di prasekolah Seri Mawar IPG Ipoh. Pada hari tersebut, kami telah menyuruh
kanak-kanak Prasekolah untuk duduk di dalam tikar yang telah disediakan yang
berhadapan dengan papan putih yang telah disediakan. Sebelum memulakan
aktiviti, kami berinteraksi dengan mereka dan menayangkan video tentang anggota
badan. Hampir kesemua murid mengetahui anggota badan dan mengenal pasti
kedudukan anggota badan tersebut.
19
Semasa set induksi dijalankan iaitu dengan menayangkan video yang
berkenaan dengan anggota badan sendiri, guru juga bersoal jawab dengan kanak-
kanak tentang kedudukan anggota badan yang betul.
5.2 (a) Set induksi dijalankan
Aktiviti yang dijalankan dalam ketiga-tiga kumpulan. Berikut ialah aktiviti
kumpulan yang dijalankan dalam kumpulan.
20
5.2 (b) Kumpulan Mata
21
5.2(c) Kumpulan Hidung
22
5.2 (d) Kumpulan Mulut
23
5.3 Penilaian Aktiviti
Selepas sahaja membuat aktiviti ini, terdapat beberapa kelebihan dan
kelemahan yang telah kami perhatikan. Kelemahan dan kelebihan ini dapat dilihat
selepas sahaja berakhirnya pengajaran kami.
24
5.3(d) Hasil kerja kanak-kanak
5.3.1 Kelebihan
Sepanjang aktiviti ini, kami dapat mengetahui bahawa aktiviti kumpulan
mampu merangsang minat kanak-kanak untuk belajar dan mengikuti pembelajaran
yang dibawakan oleh guru. Kami dapat perhatikan bahawa kanak-kanak
prasekolah berasa seronok dan terhibur serta mampu memberikan perhatian
mereka dengan sepenuhnya dalam video yang telah ditayangkan.
Di dalam aktiviti kumpulan ini, terdapat beberapa kemahiran yang mampu
dipelajari oleh kanak-kanak seperti penguasaan otot halus mereka, pemikiran
kognitif serta kemahiran mendengar. Hal ini dapat dilihat apabila mereka memberi
perhatian dalam video serta arahan yang diberikan. Selain itu, mereka juga dapat
memperkembangkan kemahiran bertutur mereka apabila terdapat sesi soal jawab
yang dilakukan oleh guru. Secara tidak langsung mereka dapat meningkatkan
keyakinan diri untuk bertutur. Perasaan takut dan gelisah juga akan beransur
kurang. Kemahiran bertutur menyebabkan murid-murid dapat mengembangkan
bahasanya. Murid juga berpeluang untuk mempelajari bahasa-bahasa baru dalam
25
suasana yang menyeronokkan. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan juga dapat
membantu merangsang perkembangan kognitif murid-murid apabila mereka dapat
berfikir dengan betul. Mereka boleh mengenalpasti kedudukan anggota badan
dengan betul serta mampu mengenalpasti setiap fungsi organ deria. Selain itu,
aktiviti kumpulan ini juga memberikan peluang kepada meraka untuk belajar sambil
berhibur. Hal ini menyebabkan murid tidak mudah berasa jemu dan bosan.
Selain daripada itu, kami juga dapat mengetahui bahawa murid-murid dapat
memberikan kerjasama yang baik dan mampu bersikap sabar. Hal ini dapat dilihat
apabila mereka mampu menunggu giliran dan memberi peluang kepada rakan
kumpulannya melakukan aktiviti tersebut terlebih dahulu sebelum sampai kepada
gilirannya. Aktiviti secara berkumpulan dapat membantu murid-murid untuk
memupuk semangat bekerjasama antara satu sama lain. Kami juga dapat melihat
bahawa mereka berasa gembira dan berpuas hati apabila mereka berjaya
melakukan aktiviti tersebut sehingga selesai.
5.3.2 Kelemahan
Semasa aktiviti ini dilaksanakan, beberapa kelemahan yang dapat kami
kenal pasti. Antaranya adalah, dari segi masa. Masa aktiviti kumpulan yang kami
lakukan tidak mencukupi masa yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 20 minit. Pada
ketika itu, terdapat satu kumpulan yang mengambil masa yang terlalu cepat untuk
menyempurnakan hasil kerja mereka.
Selain itu, kami juga kurang untuk kaitkan aktiviti dengan pengalaman
seharian murid-murid. Kami menyedari bahawa kami kurang bersoal dan
mengaitkan perkara yang kami ajar dengan pengalaman mereka. Selain itu, kami
juga tidak menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran kami.
26
5.3.3 Cadangan
Setelah melakukan persembahan dan menilai kelemahan kami, kami telah
mengeluarkan beberapa cadangan untuk memperbaiki kelemahan kami. Antaranya
adalah untuk memanjangkan lagi aktiviti contohnya aktivit mewarnai gambar
sehingga boleh mencapai masa selama 20 minit. Hal ini boleh dilakukan juga
dengan berinteraksi dengan murid dan menambah beberapa soal jawab dengan
mereka.
Sebagai seorang guru, kam perlu mengaitkan pengajaran dan aktiviti yang
dilakukan dengan pengalaman murid-murid dengan bertanya soalan yang
mempunyai kaitan dengan pengalaman mereka. Contohnya, semasa bertanya
soalan mengenai anggota badan, kami boleh bertanya kepada murid-murid sama
ada mereka pernah menggunakan anggota badan mereka atau bagaimana mereka
menggunakan anggota badan mereka. Di samping itu, kami juga perlu
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Semasa pengajaran dan
aktiviti yang kami laksanakan, kami boleh menasihati murid-murid untuk menjaga
kebersihan dan cara-cara membersihkan bahagian-bahagian anggota badan
dengan betul.
Sekiranya kami diberi kesempatan untuk melakukan aktiviti kumpulan pada
masa akan datang, kami berharap agar kami dapat memperbaiki kelemahan kami
dan membuat pengajaran mikro yang lebih baik lagi.
27
6.0 PENUTUP
Kesimpulannya, Teori perkembangan kognitif Jean Piaget
menerangkan bahawa perkembangan kognitif mereka adalah mengikut beberapa
peringakt iaitu sensorimotor, peringkat praoperasi, peringkat operasi konkrit,
diikuti peringkat operasi formal. Ilmu dan kemahiran adalah dibina berdasarkan
usaha individu itu sendiri. Manakala Lev Vygotsky pula mengatakan bahawa
kanak-kanak belajar dan menguasai kemahiran melalui interaksi sosial. Oleh itu,
guru perlu menggunakan zon erkembangan prokximal untuk membimbing murid
dengan menggunakan teknik scaffolding bagi membolehkan mereka
memperolehi kemahiran dalam peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai seorang bakal guru, kita seharusnya dapat memilih dan
menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang disediakan selain
membuat bahan bantu mengajar sendiri. Antara bahan bantu yang disediakan
adalah kad perkataan, carta, cakera padat, dan sebagainya. Selain itu, guru juga
boleh membina bahan mereka sendiri mengikut kebolehan dan tahap keupayaan
murid sesuatu kelas. Adapun bahan yang paling berkesan adalah bahan maujud
yang boleh dilihat, dipegang, dan dirasa oleh murid.
Ketika merancang aktiviti kumpulan kepada murid-murid, terdapat
beberapa aspek yang perlu diambil kira dan diberi perhatian. Antaranya adalah
masa dan kesesuaian aktiviti yang dirancang sama ada ianya bersesuaian
dengan tahap kebolehan dan umur murid-murid. Pemilihan bahan yang betul jga
perlu dikaitkan dengan tema yang hendak diajar pada hari tersebut. Selain itu,
tunjang yang diajar pada ketika itu juga perlu diselaraskan agar muird-murid
dapat belajar dan memperolehi kemahiran-kemahiran dengan baik sesuai
dengan umer mereka.
Tuntasnya, guru perlu kreatif dan bijak memilih bahan bantu mengajar
yang sesuai untuk digunakan. Pemilihan bahan tersebut perlulah merangsang
imaginasi dan pemikiran kanak-kanak bagi membantu untuk
memperkembangkan lagi kognitif mereka. Selain itu, penggunaan bahan bantu
28
mengajar yang berkesan dapat membantu guru untuk mencapai hasil
pembelajaran dan objektif yang diingini. Di samping itu, aktiviti dan pengajaran
yang melibatkan permainan mampu menggalakkan dan merangsang minat
murid-murid untuk belajar.
29