terapi bermain
DESCRIPTION
Terapi bermainTRANSCRIPT
Terapi bermain
• Terapi Bermain ialah teknik di mana cara ekspresi kanak-kanak yang semula jadi digunakan sebagai cara terapeutik bagi membantu kanak-kanak itu menangani trauma dan stres.
Terapi Bermain merujuk kepada sejenis psikoterapi dengan kanak-kanak dalam mana seseorang ahli terapi menggunakan fantasi kanak-kanak dan makna simbolik permainannya sebagai medium untuk memahami dan berkomunikasi dengan kanak-kanak itu.
Tujuan Terapi Bermain:• Mengurangkan masalah tingkah
laku dan emosi yang mengganggu cara kanak-kanak berfungsi secara normal.
• Mengendalikan masalah yang mengganggu dengan perkembangan normal kanak-kanak.
• Pada masa tertentu, kanak-kanak dalam Terapi Bermain juga akan menerima rawatan lain.
Misalnya, kanak-kanak yang tidak dapat mengekalkan tumpuan, impuls dan kebiasaan untuk bertindak balas dengan kejam, atau mereka yang mengalami keresahan yang teruk perlu makan ubat untuk tanda-tanda tertentu semasa menjalani Terapi Bermain.
Cara menggunakan Terapi Bermain :
1.Kenal pasti seorang kanak-kanak yang mungkin boleh mendapat manfaat daripada Terapi Bermain.2.Putuskan sama ada anda perlu mengadakan sesi berasingan dengan kanak-kanak ini atau anda akan duduk bersama dengannya semasa waktu pembelajaran atau waktu rehat.
3.Dapatkan bahan-bahan untuk sesi di atas. Bahan-bahan yang disyorkan adalah:• Bahan-bahan yang boleh dimanipulasikan• Bekas untuk aktiviti air dan pasir• Alatan mainan dapur, perkakasan untuk masak,
periuk dan lain-lain• Alatan bayi• Anak patung• Pistol mainan, pisau getah• Kereta , bot, askar dan binatang mainan• Set blok seperti lego dan lasi
4.Letakkan bahan-bahan di tempat-tempat yang senang diambil untuk sesi terapi.
5.Berjumpa dengan murid dan perkenalkan kanak-kanak itu kepada kawasan permainan itu.
6.Beritahu kanak-kanak itu tentang had-had serta tempoh sesi (biasanya 30-60 minit).
7.Benarkan kanak-kanak tersebut memilih bahan-bahan yang mereka ingin bermain.
8.Gunakan teknik “refleksi” untuk respons kepada komen-komen murid.
9.Sebelum sesi itu berakhir, beritahu murid berkenaan dengan menyatakan berapa minit lagi yang tinggal.