terapi jiwa melalui solat berjemaah - jaik.gov. terapi jiwa melalui...آ  mudah-mudahan perhimpunan...

Download Terapi Jiwa Melalui Solat Berjemaah - jaik.gov. Terapi Jiwa Melalui...آ  Mudah-mudahan perhimpunan mingguan

Post on 23-Sep-2019

4 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1

    Terapi Jiwa Melalui Solat Berjemaah

    Oleh :

    Ustaz Hj. Mohd Isa Bin Hj. Abd Rahman

  • 2 Khut-Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

    26 Oktober 2018/17 Safar 1440

    KHUTBAH JUMAAT : TERAPI JIWA MELALUI SOLAT BERJEMAAH

    َِرِ ا ِل َواآلِخر، َوابَلاِطِي َوامظَّ وَّ َ َِِر، الرَِّحْيِه امَغافِِر، احَلْىُد هلل األ ، امَقِِيِّ امَقا

    ُد أْن الَ إََلَ َُ ٍِ الُىَتََكثِِر، َوأْش َِافِِر، َوأْشُكرُهُ لََعَ َفْضنِ ٍِ ال ٍُ لََعَ ًَِػِى أْْحَُدهُ ُسْتَحاًَ داً ُد أنَّ ًَبِيٌَّاَ ُُمَىَّ َُ ُدْورِ ، َوأْش ًَِاِت الصُّ

    ٌُ ََشِيَك ََل َيْػنَُه َوْك إاِلَّ اهلُل وَْحَدهُ الَ

    ٍد َولََعَ آَِلِ هَّ َصلِّ لََعَ َسيِِّدًَا ُُمَىَّ ُُ َُِر ، النَّ ا ُر امطَّ ُِّ َُلُ الُىَط ِْ َعْتُد اهللِ َوَرُس ْْجَِػْيَ

    َ ٍِ أ .َوَصْحتِ

    َِى اهللِ َغزَّ وََجلَّ ْوِصْيُكْه َوإِيَّاَي ةَِتْق ُ ِْا اهلَل أ ُق ا َبْػُد، َػَيا ِغَتاَد اهللِ اِتَّ وَّ

    َ أ

    نَ ِْ َمَرهُ َػَقْد َفاَز الُْىتَُّق َ ٍِ ةَِىا أ . َوَطاَغتِ

    Sidang Jumaat yang berbahagia,

    Bertakwalah kepada Allah SWT kerana dengan cara itulah sebaik-baik bekalan di akhirat

    nanti. Mudah-mudahan perhimpunan mingguan umat Islam untuk menunaikan fardhu

    Jumaat pada hari ini dapat menyucikan lagi rohani dan jasmani kita, seterusnya mem-

    pertingkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah SWT. Marilah sama-sama kita

    melaksanakan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dimurkaiNya.

    Mudah-mudahan, ia akan meningkatkan lagi kualiti modal insan yang soleh dan mem-

    bentuk peribadi-peribadi yang mulia dan terpuji.

    Sidang Jumaat yang berbahagia

    Menerusi surah al Baqarah ayat 45-46, Allah SWT berfirman:

  • 3

    ڃ ڃ ڃ چ چ

    ﮲چ ۓ ﮻ ﮳ۓ ﮺ ﮹ ﮸ ﮷ ﮶ ﮵ ﮴

    چ﮼ ﮽ ﮾ ﮿ ﯀ ﯁ ﯂

    Maksudnya : Mohonlah pertolongan dari Tuhanmu dengan bersabar dan solat. Dan

    sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,

    (iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan ba-

    hawa mereka akan kembali kepadaNya.

    Antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh baginda Rasulullah SAW di dalam

    hidup baginda sehinggalah baginda wafat ialah solat berjemaah. Ia menjadi senjata

    kepada Rasulullah dan para sahabat serta orang-orang mukmin untuk memperkasakan

    rohani dan iman, kerana didalamnya ada doa dan munajat. Solat berjemaah di samping

    mempunyai pahala yang sangat banyak, ia juga mempunyai pelbagai hikmah dan

    keistimewaan di sebalik pensyariatannya. Antaranya ialah :

    1- Perasaan kebersamaan dan jalinan ukhuwwah dalam komuniti masyarakat akan se-

    makin subur. Solat berjamaah akan mengeratkan hubungan persaudaraan sesama

    muslim di samping dapat menghindarkan seseorang dari rasa dipulaukan, terpencil

    tidak dapat bergaul dengan orang lain. Tidak diterima atau dilupakan.

    2- Tidak ada jarak peribadi, kerana salah satu kesempurnaan solat berjemaah itu

    adalah lurus dan rapatnya saf para jemaahnya. Ini bererti tidak ada jarak pemisah

    antara satu dengan yang lainnya dalam solat berjemaah, kerana sewaktu mendiri-

    kan solat mereka mesti rapat dan meluruskan saf demi kesempurnaan solat. Sebagai

    mana hadis Nabi yang bermaksud: "Samakan saf dalam solat kamu, kerana menya-

    makan saf itu merupakan kesempurnaan solat." (Riwayat Bukhari muslim).

    Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

    26 Oktober 2018/17 Safar 1440

  • 4

    3- Membuang rasa bangga diri, riya’, takabbur dan ujub kerana sujud akan memberikan

    kita kesan bahawa seseorang itu demi hukum Allah sanggup meletakkan ubun-

    ubunnya di belakang telapak kaki orang lain yang berada di saf hadapannya yang

    juga sedang sujud di dalam solat berjamaah. Tarbiyyah secara rohaniyah ini mem-

    buatkan kita terasa betapa hinanya kita dihadapan Allah SWT apabila kepala yang

    selama ini menjadi anggota yang kita muliakan dengan diletakkan songkok, tengko-

    lok dan mahkota, demi kerana sujud dihadapan Allah SWT di biarkan sedemikian

    rupa.

    4- Solat Jamaah menjadi medan pertemuan sahabat handai dan jiran tetangga, baik

    yang sudah dikenali atau belum dikenali, kerana kesemuanya akan berada di dalam

    saf yang satu dengan tujuan yang sama dan menghadap hati kepada Allah Yang Esa.

    5- Setiap langkah melaksanakan tuntutan kifayah berjemaah diampunkan dosa dan

    diberikan pahala serta diangkatkan darjat oleh Allah sepertimana sabda Nabi SAW :

    ٌة َتْىُحِ َِ ََىاَغِث فَُخْط ْ

    ًَِتا َوْي َراَح إََِل َمْسِجِد اْل ٌٌَث َذا ٌة تُْكَتُب ََلُ َحَس َِ َسيَِّئًث وَُخْط ٍُ ). َوَراِجًػا ٌَاُدهُ َحَسَي وامطرباين َواِْبَي ُحتَّاِن ِِف َصِحيِح (َرْواهُ أََْحَْد وإس

    Maksudnya : “Barangsiapa berangkat ke masjid untuk solat berjemaah, maka satu lang-

    kah kakinya akan menghapus dosa dan satu langkah kaki lainnya akan dituliskan pahala

    untuknya, baik ketika berangkat mahupun ketika pulang.”

    (HR. Imam Ahmad,at- Thabrani dan Ibnu Hibban)

    Sidang Jumaat yang berbahagia,

    Seorang profesor fizik di Amerika telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat

    berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh kita mengandungi 2 jenis cas

    iaitu cas positif dan cas negatif. Banyak tenaga yang kita gunakan dalam aktiviti harian

    kita. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak terjadi pertukaran cas positif dan cas

    neagitif, yang menyebabkan ketidakseimbangan cas dalam tubuh kita.

    Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

    26 Oktober 2018/17 Safar 1440

  • 5

    Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita merasa letih dan lesu sete-

    lah seharian bekerja. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam

    solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Waktu kita solat berje-

    maah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan kaki ketika

    berdiri. Sentuhan yang terjadi antara tubuh kita dengan tubuh jemaah lain yang berada

    dikiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas positif dan cas negatif

    yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Tenaga yang berlebihan dari seorang jamaah

    akan dikeluarkan dan jamaah lain yang cas berkurangan akan menariknya. Sehingga

    seluruh jemaah pada akhirnya akan memiliki tenaga yang seimbang. Subhanaallah.

    Sidang Jumaat sekalian,

    Lihatlah bagaimana Allah SWT memberikan suatu pakej terapi rohani dan jasmani

    kepada kita dengan hanya berjemaah sehari semalam lima waktu. Jika ini yang mampu

    kita lakukan, sudah cukup untuk kita melihat bagaimana Islam mampu menjana ummah

    yang sihat akal dan fikiran serta jasmani yang cergas dan kuat. Malah lebih dari itu,

    membina jalinan ukhuwwah yang kuat dan mantap di samping mendapat ganjaran pa-

    hala yang dan diampunkan dosa oleh Allah SWT.

    Sabda Rasulullah SAW.

    ْو َ ا َوَع انلَّاِس أ ََ الَةِ الَْىْكُتَِبِث فََصالَّ َِء ُثهَّ َمََش إََِل الصَّ ُُِض ْ ْسَتَؼ ال

    َ الَةِ فَأ لِنصَّ

    َ أ َِضَّ َوْي تَ

    ٍُ َوعَ ْو ِِف الَْىْسِجِد َغَفَر اَّلَلُّ ََلُ ُذًَُِب َ ََىاَغِث أ

    ْ . اْل

    (232: رواه مسنه، رقه (

    Bermaksud: Sesiapa yang berwuduk untuk mengerjakan sembahyang lalu dia berwuduk

    dengan sempurna kemudian dia berjalan ke masjid untuk sembahyang fardhu kemudian

    dia pun bersembahyang berserta dengan orang ramai, atau berjamaah atau dalam

    masjid maka Allah mengampunkan untuknya dosa-dosanya.

    Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

    26 Oktober 2018/17 Safar 1440

  • 6

    Mengakhiri khutbah pada hari ini minbar sekali lagi ingin menyeru sidang jumaat

    sekalian marilah kita mengajak kaum keluarga dan sahabat handai mahupun sesiapa jua

    untuk meramaikan rumah-rumah Allah dengan melaksanakan solat berjemaah pada

    setiap waktu tidak kira di mana kita berada, apa tugas yang kita lakukan dan siapakah

    kita mahupun orang biasa-biasa atau pemimpin ternama, kerana panggilan melaksana-

    kan solat adalah panggilan agung yang sama sekali tidak mengira pangkat kedudukan,

    hanya yang beza adalah nilai takwa kepada Allah SWT.

    ڃ ڃ ڃ چ چ

    مت چ خت حت جت يب ىب مب خب حب جب يئ ىئ مئ

    ٺٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀىت يت

    ٦

Recommended

View more >