terbaik kertas kerja permainan kanak

Upload: nabil-fikri

Post on 14-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    1/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 1

    CONTOH KERTAS KERJA PERMAINAN KANAK-KANAK

    1.0 TAJUK PERMAINAN :

    Ping Ton Permainan Kategori Jaring/Dinding

    2.0 MATLAMAT

    Permainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah unutuk memenuhi syarat-syarat ujian

    amali PJM 3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam

    permainan kecil pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan

    kategori serangan/ kawasan.

    Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori jarring / dinding. Nama

    permainan ini ialah Pington iaitu gabungan antara permainan badminton dan pingpong.Permainan ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan

    ia juga dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu

    itu. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan

    melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan

    bukan lokomotor.

    Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi, rohani,

    intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan (FPK)

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    2/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 2

    3.0 OBJEKTIF

    Permainan kanak-kanak di sekolah banyak bertujuan untuk membantu murid-murid

    mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun.

    Terdapat tiga objektif terhadap dominan perkembangan iaitu psikomotor, kognitif dan

    efektif.

    3.1 : Bidang Psikomotor

    Dapat menghasilkan kertas kerja untuk mengelola sekurang-kurangnya satu

    permainan kecil kategori jaringan/ dinding.

    Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya tahan

    secara maksimum

    Dapat merekacipta satu permainan kecil yang sesuai untuk murid Tahap Satu dan

    Tahap Dua.

    Dapat mengaplikasi pergerakan-pergerakan asas yang dipelajari dari subjek

    Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJM 3102) ini.

    Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan,

    ketangjasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan.

    3.2 : Bidang Kognitif

    Dapat belajar dan menghasilkan satu kertas kerja yang bermutu.

    Dapat menyelesaikan dan menyatakan langkah-langkah permainan serta peraturan

    permainan tersebut.

    Dapat membandingbeza permainan kecil yang dilakukan dengan permainan

    tradisional yang sebenar.

    Dapat mencipta satu set permainan yang sesuai dengan tahap murid yand dipilih.

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    3/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 3

    3.3 : Bidang Efektif

    Dapat memupuk sikap berkerjasama dalam ahli kumpulan.

    Dapat belajar membahagikan tugasan yang diberi bagi memastikan kerja dapat

    diselesaikan teapt pada masanya.

    Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat

    berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam

    diri pelajar.

    Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi.

    4.0 TARIKH

    Amali permainan kanak-kanak ini dijalankan pada 08/09/2012.

    5.0 JANGKA MASA

    Jangka masa yang diperlukan untuk menghabiskan satu set permainan ialah 5 - 10

    minit.

    6.0 TEMPAT

    Gimnasium IPG SULTAN MIZAN,BESUT.

    7.0 KUMPULAN SASARAN

    Tahap 2 iaitu tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.

    8.0 BILANGAN PESERTA

    Setiap kumpulan terdiri daripada 4 kumpulan. Dalam setiap permainan memerlukan 2

    kumpulan.

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    4/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 4

    9.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN

    9.1 JAWATANKUASA KERJA

    PENAUNG

    PENGARAH IPG Kampus SULTAN MIZAN,BESUT,TERENGGANU

    PENASIHAT

    ENCIK MHD ASRI BIN ISMAIL

    (Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)

    PENGERUSI

    Encik Che Hamidi bin Che Hassan

    NAIB PENGERUSI

    Mohd Affandi bin Awang Hamat

    SETIAUSAHA

    Abdullah Sani bin Mohamed

    AJK PERALATAN

    Mat Nuri bin Abduul Rahman

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    5/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 5

    9.2 SENARAI NAMA PESERTA DAN KUMPULAN

    KUMPULAN BESTARI

    MUHAMMAD ZAHID BIN MOHAMMAD KHALID

    MUHAMMAD SAFIQ BIN ABDUL RAZAK

    MOHD HANIFF BIN HAMID

    AHMAD DUR IHSAN BIN ZULKIFLI

    AHMAD ZULHELMI BIN RAMLAN

    AHMAD SAIFULDIN BIN ABU BAKAR

    MUHAMMAD AZMIR BIN MAZLAN

    MUHAMMAD KHALIL BIN MOHD YUSOF

    9.3 SENARAI SEMAK GERAK KERJA

    Sebelum

    BIL SENARAI SEMAK SEBELUM

    PERLAKSANAAN PERMAINAN

    YA TIDAK CATATAN

    1 Mengadakan perbincangan dengan semua ahli

    kumpulan

    2 Melantik ahli jawatankuasa pertandingan sertasenarai tugas masing-masing

    3 Membuat kertas kerja

    4 Menghantar kertas kerja kepada pensyarah

    pembimbing dan diluluskan

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    6/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 6

    Semasa

    BIL SENARAI SEMAK SEMASA

    PERLAKSANAAN PERMAINAN

    YA TIDAK CATATAN

    1 Memastikan keadaan kesihatan pelajar

    2 Memastikan pakaian pelajar adalah sesuai

    3 Memastikan pelajar berada di tempat yang

    selesa

    4 Memastikan pelajar memanaskan badan

    dengan cara yang betul

    5 Penyemakan alatan

    6 Mengambil kehadiran pelajar

    7 Memastikan keadaan disiplin pelajar terkawal

    8 Kemudahan peti pertolongan cemas

    disediakan

    9 Memberi penerangan tentng aktiviti yang akan

    dijalankan

    10 Memastikan bahawa guru menjalankan

    demontrasi permainan

    11 Memastikan keadaan gelanggang selamat

    12 Pengadil mestilah berada di kawasan

    permainan sepanjang permainan berlangsung

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    7/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 7

    Selepas

    BIL SENARAI SEMAK SELEPAS

    PERLAKSANAAN PERMAINAN

    YA TIDAK CATATAN

    1 Post Mortem

    2 Mengemas kawasan gelanggang

    3 Menyimpan semula alatan yang digunakan

    4 Membuat refleksi terhadap perlaksanaan

    permainan

    9.4 SENARAI ALATAN

    Raket,Bola Getah, Net Takraw/badminton, gelanggang takraw/badminton

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    8/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 8

    9.5 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN

    9.5.1 Pelan Ked udukan Perlaksanaan Permainan

    GELANGGANG PERMAINAN

    X

    X

    X

    X

    *GELANGGANG SEPAK TAKRAW

    X

    X

    X

    X

    *KEDUDUKAN PEMAIN

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    9/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 9

    9.5.2 Langk ah-Langk ah Pelaksanaan Permainan

    i. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang pemain dan setiap pemain haruslah

    mempunyai raket masing-masing

    ii. Permainan dimulakan dengan salah seorang pemain berada di kawasan servis

    iii. Pemain yang melakukan servis hendaklah memukul bola getah dari arah bawah

    sahaja

    iv. Pasukan lawan haruslah menyambut bola getah dengan menggunakan raket dan

    perlu menimbang bola sebanyak 2 atau 3 kali sahaja sebelum menghantar kembali

    kepada pihak lawan

    v. Mata diberikan apabila bola getah jatuh di atas gelanggang atau pemain melakukan

    kesilapan sewaktu servis dan hantaran semula

    vi. Pertukaran servis berlaku apabila pihak lawan berjaya mematikan bola

    vii. Sekiranya bola getah terkena badan, mata akan diberikan kepada pihak lawan

    viii. Pemain bebas bergerak dan menentukan strategi permainan tersendiri

    Langkah /peringkat Penjelasan

    Bentuk permainan

    Nama permainan : Ping Ton

    Kawasan permainan : gelanggang takraw/dalam dewan badminton.

    Bil pemain: 4 orang sekumpulan.

    Alatan : gelanggang takraw, raket, bola getah, jaring,

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    10/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 10

    Apresiasi permainan

    Peraturan permainan:

    - pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang

    pelajar.

    - Permain perlu menghantar bola kepada pihak lawan melepasi jaring.

    Langkah keselamatan :

    - pemain memakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.

    - Memastikan gelanggang tidak licin dan bebas daripada bendasing.

    Pengubahsuaian permainan :- pingpong dan badminton

    Variasi :

    - menggunakan bola getah menggantikan bulu tangkis.

    - Bola hendaklah dilantun sekali sebelum membuat hantaran ke pihak lawan.

    - Dalam satu kumpulan ,pemain tidak dibenarkan melantun bola dengan raket melebihi

    3 kali.

    Kesedaran taktikkal

    Prinsip pergerakan :

    - koordinasi mata dan tangan

    - fokus kepada bola dan kedudukan lawan.

    - Kawalan bola

    - Kedudukan badan mengikut arah tuju bola.

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    11/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 11

    Ruang dan masa :

    - Saiz gelanggang takraw

    - permainan akan ditamatkan selepas salah satu kumpulan telah dapat mengutip 21

    mata.

    Situasi semasa dan lanjut :

    - menggunakan taktik menyerang untuk mendapatkan mata.

    - Strategi mengusun ahli kumpulan

    - Kawalan mengimbang dan menghantar balik bola.- Menggunakan taktik menahan untuk mengelakkan pihak lawan daripada

    mendapatkan mata.

    Kesan kelemahan :

    - hantaran bola ke tempat kosong dan sudut yang sukar.

    - Hantarkan kepada tangan lawan yang lemah.

    Membuat keputusan

    Apa dan kenapa perlu dilakukan :

    - menilai situasi dalam ruang yang ada untuk menyerang

    - mengenalpasti ruang kosong dan tangan yang lemah untuk menghantar bola ke arah

    pihak lawan.

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    12/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 12

    Perlaksanaan kemahiran

    Prestasi Butiran mengajar:

    1) teknik menyerang : teknik merejam

    - mengangkat tangan dan melompat dengan kedua-dua belah lutut.

    - Menghayunkan tangan dari depan ke belakang semasa membuat lom patan.

    - Merejam bola dengan menggunakan satu tangan.

    2) teknik menahan : antisipasi lawan

    - perhatikan kedudukan pihak lawan

    - perhatikan kedudukan lawan lawan.

    - Perhatikan gerak-geri pihak lawan yang mengambil bola

    - Anggar perlakuan dan pergerakan bola.

    - Bertindak balas daripada perlakuan pihak lawan untuk membuat keputusan.

    Penilaian :

    - prestasi diambil kira dengan jumlah hantaran seseorang dapat dilakukan ke pihak

    lawan dan hadkan hantaran balik dari pihak lawan.

    - Jatuhkan bola dalam kawasan pihak lawan untuk mendapatkan mata.

    9.5.3 Peraturan Dan Syarat-Syarat Permainan

    Penyertaan

    Peserta terdiri daripada pelajar kumpulan PISMP Pendidikan Jasmani

    Bilangan peserta dari setiap kumpulan adalah seramai empat orang

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    13/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 13

    Format pertandingan

    Mempunyai dua set permainan (set penentuan diadakan jika setiap kumpulan

    terikat)

    Bola hanya dibenarkan ditimbang sebanyak tiga kali sahaja sebelum diberikan

    kepada ahli kumpulan yang lain atau pihak lawan.

    Mata dikira apabila bola yang dihantar tidak dapat diambil oleh pihak lawan,

    keluar

    - daripada kawasan permainan, tidak melepasi jaring (kayu) dan kumpulan

    tersebut

    - menimbang bola lebih dari tiga kali. Pengiraan mata ialah sebanyak 21 mata iaitu seperti pengiraan permainan

    - badminton.

    Pakaian

    Setiap kumpulan dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai.

    Keselamatan

    Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab terhadap

    sebarang kecuaian yang boleh menyebabkan kemalangan, kecederaan ataupun

    kehilangan harta benda sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

    Permainan ini hendaklah dimainkan di kawasan yang tertutup dan dapat

    membolehkan bola melantun apabila melantun ke lantai.

    Pastikan jarak pemain antara kumpulan yang lain sesuai bagi mengelakkan

    kemalangan berlaku.

    Bola yang digunakan mestilah lembut dan tidak terlalu keras.

    Pakaian yang dipakai mestilah sesuai. ( pakaian sukan yang lengkap)

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    14/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 14

    10.0 RUMUSAN

    Melalui permainan kanak-kanak Ping-Ton ini, murid-murid dapat belajar

    beberapa kemahiran asas bagi permainan badminton dan ping-pong. Antara

    kemahiran asas yang dapat diterapkan kepada murid-murid ialah:

    1. Kemahiran asas servis

    2. Kemahiran asas memukul bola

    3. Kemahiran asas menimbang bola

    Melalui penerapan ini, murid-murid dapat menggunakan kemahiran asas yang

    dipelajari dalam permainan badminton dan ping pong.

    Selain itu, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan

    menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Permainan ini juga

    memberi peluang kepada pelajar bersaing sesama mereka. Melalui persaingan

    yang sihat dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mereka

    dan sekali gus membantu mereka mahir dalam kemahiran tersebut.

    Permainan ini juga memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana

    melalui permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk bermain dan

    menentukan srategi mereka sendiri. Oleh sebab yang demikian, murid-murid

    akan menjadi seronok ketikan bermain dan sekali gus membantu mereka untuk

    menguasai keamahiran asas yang ingin diajar.

    Selain itu, melaui permainan Ping-Ton ini juga dapat meningkatkan konsentrasi

    murid-murid. Hal ini kerana murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian

    mereka sewaktu bermain untuk menyambut hantaran daripada pihak lawan.

    Hal ini sekali gus dapat membantu murid-murid untuk memberi sepenuh

    tumpuan mereka sewaktu berada di dalam kelas. Secara keseluruhannya,

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    15/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 15

    permainan kanak-kanak Ping-Ton bukan sahaja dapat menjadikan belajar lebih

    cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-

    nilai murni dalam diri murid-murid.

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    16/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 16

    BIBLIOGRAFI

    Buucher, C. A (1993), Faudations of Physical Education and Sport (th Edision, St Louis:

    VC Mosby

    Pangrazi dauer (1995), dynamic education For Elementery School Children ; 11th

    United states of Amarica allyn and Bacon Inc

    Pauline Wetton (1987) bright idea games for PE, Great Britain, Schoolantis Publications

    Ltd

    P.Y Ramakrisnan (1998), pendidikan pergerakan Mudah, Shah Alam, Siri Pendidikan

    fajar bakti

    Teng Boon Tong (1992), pendidikan Jasmani di sekolah rendah, Edisi Kedua,

    Terengganu, siri Pendidikan Longman

    Vasudevan T. Arasoo (1991), pengajaran Pendidikan Jasmani untuk sekolah-sekolahrendah, Kelantan, siri pendidikan Fajar bakti

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    17/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 17

    MUKA SURAT

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    8

    9

    10

    11

    12

    14

    ISI KANDUNGAN

    1.0 TAJUK PERMAINAN

    2.0 MATLAMAT

    3.0 OBJEKTIF

    4.0 TARIKH

    5.0 JANGKA MASA

    6.0 TEMPAT

    7.0 KUMPULAN SASARAN

    8.0 BILANGAN PESERTA

    9.0 PANDUAN PELAKSAAN PERMAINAN

    9.2 SENARAI NAMA PESERTA DAN KUMPULAN

    9.3SENARAI SEMAK GERAK KERJA

    9.4 SENARAI PERALATAN

    9.5 PROSEDUR PELAKSAAN PERMAINAN

    9.5.2 LANGKAH LANGKAH PERLAKSANAAN

    PERINGKAT PENJELASAN

    APREASASI PERMAINAN

    LANGKAH KESELAMATANVARIASI

    KESEDARAN TEKNIKAL

    KESAN KELEMAHAN

    MEMBUAT KEPUTUSAN

    PELAKSANAAN KEMAHIRAN

    PENILAIAN

    9.5.3 PERATURAN DAN SYARAT PERMAINAN

    RUMUSAN

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    18/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 18

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    19/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 19

  • 7/29/2019 Terbaik Kertas Kerja Permainan Kanak

    20/20

    PERGERAKAN ASAS (ELEKTIF) IPG\PJM3102\2012

    PJM3102 Page 20