terma-terma dan syarat-syarat utama bagi kemudahan overdraf … · 2018-06-26 · cagaran bagi...
TRANSCRIPT
[CustomerName]
[CANumber]
Page 1 of 30
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama
Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB
1. DEFINISI
Dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB ini ("Terma-
terma dan Syarat-syarat Utama") dan Surat Tawaran, kata-kata berikut akan membawa maksud yang
dibentangkan di bawah:-
"Kolateral" bermaksud semua Cagaran (termasuk tanpa had, Pelaburan)
yang digadai janji, disandarkan, digadai atau diserah hak kepada
Bank sebagai cagaran bagi Kemudahan dari semasa ke semasa
selaras dengan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini
dan/atau Dokumen Cagaran dan "Kolateral" bermaksud setiap
atau mana-mana daripadanya atau mana-mana bahagian
daripadanya.
"Had Peminjaman
Komponen"
bermaksud berkaitan dengan setiap Kolateral, jumlah Margin
Pembiayaan yang terpakai kepada Kolateral dan Nilai Pasaran
Kolateral;
"Had Pengeluaran" bermaksud pada masa yang ditentukan dan tertakluk kepada Had
Kredit Diluluskan Maksimum tidak dilampaui, agregat semua
Had Peminjaman Komponen ditolak Jumlah Belum Dijelaskan.
"Peristiwa Keingkaran" bermaksud sebarang peristiwa atau keadaan yang dibentangkan
dalam Fasal 13 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini.
"Pelaburan"
bermaksud semua:-
(i) Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung (FRNID)
dan Instrumen Deposit Boleh Niaga (NID) tertentu yang
diterbitkan oleh Bank atau CIMB Investment Bank Berhad
seperti yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa;
(ii) Produk Berstruktur tertentu yang diterbitkan oleh Bank atau
CIMB Investment Bank Berhad seperti yang ditentukan
oleh Bank dari semasa ke semasa;
(iii) Unit amanah yang diterbitkan dan diuruskan oleh CIMB
Principal Asset Management Berhad, Aminvestment
Services Berhad, Affin Hwang Investment Management
Berhad, RHB Asset Management Sdn Bhd, Eastspring
Investments Berhad, TA Unit Trust Management Berhad
dan Pacific Mutual Fund Berhad, di mana unit Amanah
tersebut dilanggan dan/atau dibeli melalui Bank; dan
(iv) sebarang cagaran lain yang boleh diterima oleh Bank dari
semasa ke semasa
[CustomerName]
[CANumber]
Page 2 of 30
yang kini atau selepas ini atau dari semasa ke semasa ditawarkan
oleh Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran sebagai
cagaran bagi Kemudahan dan/atau dideposit dengan Bank atau
yang mungkin kini atau selepas ini berada dalam milikan atau
dipegang oleh Bank atau nomininya dan termasuk semua faedah
atau kupon yang terakru ke atasnya dari semasa ke semasa dan
semua bonus, kadar hasil, pendapatan, pembahagian dan wang
lain pun jua yang dibayar atau perlu dibayar atau dibuat
terhadapnya dan semua hasil penebusan, hasil jualan, hak,
opsyen, dan manfaat yang walau bagaimanapun jua terakru atau
sebaliknya berhubung dengannya.
"Margin Pembiayaan"
bermaksud, berhubung dengan setiap Kolateral atau kategori
Kolateral, margin pembiayaan seperti yang dibentangkan dalam
Lampiran pada Surat Tawaran atau sebarang margin pembiayaan
lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa
menurut budi bicara mutlaknya, dan selaras dengannya Had
Pengeluaran dan Had Peminjaman Komponen diperolehi atau
dikira.
"Nilai Pasaran"
bemaksud nilai setiap Kolateral pada masa yang ditentukan
seperti yang ditetapkan oleh Bank berdasarkan:-
(i) harga penutup harian bagi Kolateral tersebut seperti yang
ditentukan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan
mutlaknya; atau mengikut keadaan
(ii) nilai muka Kolateral tersebut.
"Jumlah Belum Dijelaskan"
bermaksud agregat semua wang sama ada jumlah prinsipal,
faedah, faedah dimodalkan, fi komitmen, kos, caj atau jumlah
lain pun jua yang belum dijelaskan atau perlu dibayar atau
dipersetujui agar perlu dibayar oleh Peminjam dari semasa ke
semasa di bawah atau berbangkit daripada Kemudahan, Surat
Tawaran ini dan Dokumen Cagaran dan semua liabiliti dan
obligasi sama ada pada masa ini atau masa hadapan atau sebenar
atau kontingen bagi pembayaran balik atau pembayaran
sebarang wang oleh Peminjam dari semasa ke semasa berhubung
dengan atau berbangkit daripada Kemudahan, Surat Tawaran ini
dan Dokumen Cagaran.
"Cagaran"
hendaklah membawa maksud yang ditetapkan baginya dalam
Surat Tawaran.
"Dokumen Cagaran"
bermaksud sebarang dan semua dokumen cagaran yang
disempurnakan atau yang mungkin dari semasa ke semasa
disempurnakan memihak kepada Bank untuk menjamin
pembayaran balik atau pembayaran Jumlah Belum Dijelaskan
oleh Peminjam.
[CustomerName]
[CANumber]
Page 3 of 30
"Kepentingan Cagaran"
termasuk tanpa had, sebarang gadai janji, sandaran, lien, gadaian
(sama ada tetap atau terapung), penyerahan hak, hipotekasi, hak
tolakan, deposit melalui cagaran, penjualan dengan
penyimpanan atau kepentingan cagaran lain tidak kira jenisnya
(termasuk tanpa prejudis sebarang penyimpanan hakmilik,
penyerahan hak, pemindahan melalui cagaran, penjualan dan
pajakan balik dan/atau penjualan dan pembelian balik
berdasarkan terma kredit) dan sebarang perkiraan lain yang
mempunyai kesan ekonomi yang sebahagian besarnya sama
sama seperti mana-mana yang disebut sebelum ini yang walau
bagaimanapun jua diwujudkan atau berbangkit.
"Pihak Cagaran"
"Jumlah Dedahan"
bermaksud mana-mana pihak yang menyediakan sebarang
cagaran (termasuk selaras dengan Dokumen Cagaran) kepada
Bank sebagai cagaran bagi Kemudahan
bermaksud Jumlah Belum Dijelaskan dan agregat semua wang
lain yang terhutang atau perlu dibayar atau dipersetujui agar
perlu dibayar oleh Peminjam kepada Bank berhubung dengan
sebarang dan semua kemudahan perbankan yang diberikan oleh
Bank kepada Peminjam dan sebarang obligasi belum dijelaskan
yang terhutang oleh Peminjam kepada Bank sama ada sendiri
atau bersama-sama dengan pihak lain atau pihak-pihak lain dan
sama ada sebagai prinsipal atau penjamin atau sebenar atau
kontingen pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa;
2. SYARAT-SYARAT TERDAHULU BAGI KETERSEDIAAN KEMUDAHAN
Kemudahan (termasuk sepertimana disemak semula atau ditambah dari semasa ke semasa oleh Bank)
sedia digunakan oleh Peminjam setelah semua syarat terdahulu berikut dipenuhi:-
(a) dokumen cagaran relevan yang perlu disempurnakan oleh Peminjam atau Pihak Cagaran dan
sebarang dokumen lain yang perlu disempurnakan oleh Peminjam dan mana-mana Pihak Cagaran
sepertimana dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah disempurnakan dan
dikembalikan kepada Bank bersama-sama dengan semua sijil relevan, penyata akaun, surat
pengesahan dan/atau bukti berdokumen lain tentang hakmilik atau pemilikan terhadap cagaran
sebagaimana mungkin dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya;
(b) cagaran relevan yang perlu disediakan oleh Peminjam atau Pihak Cagaran telah disediakan
kepada dan diterima oleh Bank (termasuk kebenaran yang diperlukan, jika berkenaan);
(c) setelah membuka akaun semasa atau mengekalkan akaun semasa oleh Peminjam dengan Bank;
(d) sebarang dokumen yang diperlukan oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah
disempurnakan dan/atau didaftarkan dan/atau sebaliknya diisi dengan wajar;
(e) pematuhan dengan undang-undang/ peraturan kawal selia seperti yang dinyatakan dalam Fasal 15
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama;
[CustomerName]
[CANumber]
Page 4 of 30
(f) tiada Peristiwa Keingkaran yang dinyatakan dalam Fasal13 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama
ini dan tiada peristiwa yang dengan pemberian notis dan/atau luputnya masa akan merupakan
Peristiwa Keingkaran telah berlaku atau masih berterusan;
(g) Bank berpuas hati (keputusan Bank adalah muktamad dalam hal ini melainkan jika terdapat
kesilapan yang nyata) bahawa tiada perubahan material telah berlaku terhadap keadaan kewangan
Peminjam (dan/atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) yang menjejaskan atau mungkin
menjejaskan cagaran Bank; dan
(h) kepatuhan dengan sebarang terma dan syarat lain yang boleh ditetapkan oleh Bank menurut budi
bicara tunggal dan mutlaknya.
Syarat-syarat terdahulu bagi penyediaan kemudahan yang dibentangkan di dalam ini adalah untuk
manfaat tunggal Bank dan boleh diketepikan oleh Bank, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian,
tanpa memudaratkan sebarang hak Bank untuk menegaskannya secara keseluruhan atau sebahagian
untuk penggunaan Kemudahan yang seterusnya.
3. CAGARAN
3.1. DEPOSIT TETAP/ DEPOSIT TERMA SEBAGAI CAGARAN
(a) Jika deposit tetap/ deposit terma yang ditempatkan dengan Bank dan atau CIMB Islamik Bank
Berhad disediakan oleh Peminjam (dan/atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) sebagai
cagaran berterusan bagi Kemudahan, Peminjam (dan/atau mana-mana pihak cagaran, jika
berkenaan) dengan ini menggadai dan/atau menyerahhakkan secara mutlak kepada Bank melalui
gadaian tetap pertama semua wang yang kini atau selepas ini atau dari semasa ke semasa
ditempatkan dalam deposit tetap/deposit terma dan semua wang yang dari semasa ke semasa
dalam kredit semua akaun deposit tetap/depsit terma termasuk semua faedah/keuntungan yang
terakru ke atasnya dan semua pembaharuannya (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai "DT")
yang mana ungkapannya hendaklah jika konteks membernarkannya, termasuk mana-mana
bahagian daripadanya sebagai cagaran berterusan untuk membayar balik, apabila dituntut, Jumlah
Belum Dijelaskan dan semua/atau mana-mana liabiliti Peminjam dengan Bank sama ada sendiri
atau bersama dan berasingan dengan pihak atau pihak-pihak lain dan sama ada sebagai prinsipal
atau penjamin dan sama ada terhutang dan kena dibayar pada masa ini atau selepas ini atau dari
semasa ke semasa termasuk faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain dan wang lain
sehingga tarikh penyelesaian penuh.
(b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui DT bersama-sama dengan faedah
dan/atau keuntungan ke atasnya (melainkan faedah/keuntungan yang tersebut adalah dibenarkan
untuk dikeluarkan oleh terma penempatan) pada tarikh matang mengikut sebarang terma yang
dianggap wajar dan gadaian/ penyerahan mutlak hak DT hendaklah termasuk semua faedah
dan/atau keuntungan yang diperolehi terhadap deposit tersebut dan Bank berhak menyimpan
deposit tersebut bersama-sama faedah dan/atau keuntungan yang terakru sehingga keseluruhan
liabiliti Peminjam dengan Bank telah dibayar balik dengan sepenuhnya.
(c) Di samping hak Bank sebagai pemegang gadaian/pemegang serah hak, Bank mempunyai budi
bicara mutlak dan kebebasan pada sebarang masa atau dari semasa ke semasa dan walau tempoh
bagi penempatan DT atau mana-mana bahagian daripadanya mungkin belum luput, dengan
memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar kepada Peminjam (dan/atau mana-
mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) untuk melaksanakan hak untuk menolak DT (termasuk
[CustomerName]
[CANumber]
Page 5 of 30
sebarang faedah dan/atau keuntungan yang terakru) terhadap sebarang liabiliti Peminjam dengan
Bank. Sementara menunggu pihak Bank melaksanakan hak untuk menolak yang tersebut, pihak
Bank berhak untuk menahan dan atau menggantung bayaran untuk sebarang wang dari DT
tersebut (termasuk apa-apa faedah dan/atau keuntungan yang terkumpul). Semasa melaksanakan
sebarang budi bicara dan haknya, Bank tidak mempunyai liabiliti atau bertanggungjawab untuk
sebarang kerugian kepada Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan)
termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kerugian faedah/keuntungan melainkan ianya
disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.
(d) Sepanjang tempoh Kemudahan ini berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan
Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, Peminjam tidak boleh:-
(i) menyerah hak, memindahkan atau sebaliknya berurusan dengan, mewujudkan atau
membenarkan wujud sebarang Kepentingan Cagaran terhadap DT; atau mana-mana
bahagian daripadanya
(ii) mewujudkan sebarang amanah terhadap DT atau mana-mana bahagian daripadanya;
(iii) mewujudkan atau memberikan memihak kepada mana-mana pihak sebarang hak terhadap
DT atau mana-mana bahagian daripadanya;
(iv) mengeluarkan dan Peminjam juga tidak berhak mengeluarkan atau berhak meminta
pembayaran balik DT atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa kebenaran bertulis
terdahulu daripada Bank.
(e) Bank boleh menurut budi bicara mutlaknya menghendaki Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak
Cagaran, jika berkenaan) untuk melakukan apa-apa tindakan atau perkara atau melaksanakan apa-
apa dokumen, notis, pengendorsan bagi tujuan menyempurnakan cagaran Bank dan/atau
penyerahan hak mutlak terhadap DT dan Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika
berkenaan) hendaklah bertindak/melakukan perkara yang dikehendaki dalam sebarang tempoh
yang boleh ditetapkan oleh Bank.
(f) Sepanjang tempoh Kemudahan ini berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan
Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, kesemua resit asal deposit tetap/deposit terma akan
dijaga oleh Bank jika ada dikeluarkan dari semasa ke semasa berkenaan dengan DT.
3.2. INSTRUMEN DEPOSIT BOLEH RUNDING KADAR TERAPUNG (FRNID)/INSTRUMEN
DEPOSIT BOLEH RUNDING (NID) YANG DITERBITKAN OLEH CIMB BANK BERHAD
ATAU CIMB INVESTMENT BANK BERHAD / PRODUK BERSTRUKTUR CIMB YANG
DITERBITKAN OLEH CIMB BANK BERHAD ATAU CIMB INVESTMENT BANK
BERHAD / UNIT AMANAH YANG DITERBITKAN DAN DIURUSKAN OLEH CIMB
PRINCIPAL ASSET MANAGEMENT BERHAD, AMINVESTMENT SERVICES BERHAD,
AFFIN HWANG INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD, RHB ASSET MANAGEMENT
SDN BHD, EASTSPRING INVESTMENT BERAHD, TA UNIT TRUST MANAGEMENT
BERHAD DAN PACIFIC MUTUAL FUND BERHAD DI MANA UNIT AMANAH TERSEBUT
DILANGGAN DAN/ATAU DIBELI MELALUI BANK DAN CAGARAN LAIN YANG BOLEH
DITERIMA OLEH BANK
a) Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) dengan ini secara mutlak
menyerah hak dan/atau menggadai janji dan/atau menggadai dan/atau menyandar dan/atau
mendeposit dengan Bank melalui gadaian tetap pertama semua Pelaburan sebagai cagaran
berterusan untuk pembayaran balik, apabila dituntut, Jumlah Belum Dijelaskan dan semua
dan/atau mana-mana liabiliti Peminjam dengan Bank sama ada sendiri atau bersama dan
[CustomerName]
[CANumber]
Page 6 of 30
berasingan dengan pihak atau pihak-pihak lain dan sama ada sebagai prinsipal atau penjamin dan
sama ada terhutang pada masa ini atau selepas ini termasuk faedah dan semua caj dan wang lain
sehingga tarikh penyelesaian penuh.
b) Bank mempunyai budi bicara dan kuasa pada semua masa untuk membuat keputusan sama ada
atau tidak dan bila untuk meneruskan dengan pendaftaran mana-mana atau semua Pelaburan
dalam nama Bank atau penamanya dan semua Pelaburan hendaklah menjadi cagaran berterusan
untuk semua liabiliti dengan Bank sama ada Pelaburan telah didaftarkan sedemikian atau tidak
dan tidak kira sama ada Pelaburan mungkin didaftarkan dalam nama Bank atau penamanya.
c) Sebarang Pelaburan yang disediakan oleh Peminjam kepada Bank hendaklah berbayar
sepenuhnya dan juga hendaklah bebas daripada semua tuntutan dan bebanan pun jua.
d) Peminjam hendaklah dengan serta-merta berhubung dengan sebarang Pelaburan yang
ditawarkannya sebagai cagaran untuk Kemudahan (kecuali telah dilakukannya sebelum ini): -
(i) menyerahkan atau menyebabkan penyerahan kepada Bank semua sijil relevan, penyata
akaun, surat pengesahan dan/atau bukti berdokumen tentang hakmilik atau pemilikan
terhadap Pelaburan sebagaimana yang mungkin dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara
mutlaknya,
(ii) memindahkan atau menyebabkan pemindahan melalui cara elektronik atau sebaliknya
kepada akaun Bank, agennya atau nomininya, depositori termasuk tetapi tidak terhad kepada
Malaysian Central Depository Sdn. Bhd., sub-wakil, daftar saham atau mana-mana institusi
yang diberi kuasa di bawah undang-undang Malaysia,
(iii) menyempurnakan sebarang borang atau dokumen yang dikehendaki oleh Bank dari semasa
ke semasa bagi penyerahan hak, sandaran, gadaian terhadap sebarang nota kontrak, sijil atau
sebarang cagaran yang dipegang oleh mana-mana pihak dalam akaun Peminjam untuk
memenuhi obligasi Peminjam di dalam ini.
e) Sepanjang tempoh Kemudahan berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan
dijelaskan dengan sepenuhnya, cagaran yang diwujudkan terhadap Pelaburan termasuk dan
merangkum semua faedah, kupon, dividen, bonus, kadar hasil, pendapatan, pembahagian,
penebusan, hak, keutamaan, opsyen, waran, jualan hasil jualan dan hasil penebusan dan semua
wang, saham, stok atau sebarang manfaat yang walau bagaimanapun jua terakru kepadanya atau
sebaliknya berhubung dengannya yang dibayar secara terus kepada Peminjam dari semasa ke
semasa dan tidak boleh dikeluarkan atau dilupuskan atau diserah hak atau dipindahkan atau
diwujudkan sebarang amanah terhadapnya atau diberikan sebarang waran opsyen atau hak untuk
melanggan atau membeli atau memperolehinya atau diwujudkan sebarang bentuk bebanan
dengan mana-mana pihak pun jua.
f) Semua panggilan, wang langganan dan/atau sebarang wang yang perlu dibayar ke atas atau
terhadap Pelaburan hendaklah dibayar oleh Peminjam apabila dituntut, dan jika tidak, Bank boleh
(tetapi tidak mempunyai obligasi berbuat demikian) membuat pembayaran dan jika Bank berbuat
demikian, Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya terhadap semua
pembayaran sedemikian bersama-sama dengan faedah ke atasnya dari tempoh bermula pada
tarikh pembayaran tersebut dan berakhir pada tarikh apabila Bank telah ditanggung rugi dengan
sepenuhnya oleh Peminjam, yang dikira pada kadar yang akan ditentukan oleh Bank menurut
budi bicaranya.
[CustomerName]
[CANumber]
Page 7 of 30
g) Peminjam hendaklah pada semua masa tidak mengambil atau abai mengambil apa-apa tindakan,
yang mana tindakan atau peninggalan tersebut boleh menjejaskan secara material dan mudarat
atau boleh mengurangkan nilai sebarang Pelaburan atau yang boleh mengubah atau menjejaskan
Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang hak yang diwujudkan
disini.
h) (i) Peminjam hendaklah pada semua masa memastikan bahawa Jumlah Belum Dijelaskan tidak
melampaui agregat semua Had Peminjaman Komponen sama ada (i) dengan mendeposit
dengan atau menyediakan kepada Bank Cagaran tambahan yang diluluskan oleh Bank
(dalam tempoh yang ditetapkan yang dibentangkan dalam makluman Bank secara bertulis
kepada Peminjam) dan dengan itu Cagaran tambahan tersebut akan menjadi sebahagian
daripada Pelaburan di sini; atau (ii) dengan membayar kepada Bank atau penamanya secara
tunai sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang terma yang dikehendaki oleh Bank; dan
(ii) Di samping dan tanpa prejudis kepada sebarang hak dan remedi lain di pihak Bank, Bank
berhak dan dengan ini secara tak boleh batal dan dengan tidak bersyarat dibenarkan oleh
Peminjam pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa, apabila Jumlah Dedahan melebihi
agregat semua Had Peminjaman Komponen atau apabila difikirkan wajar oleh Bank:-
1. untuk menggunakan semua atau sebarang manfaat dan hak daripada Pelaburan atau yang
wujud padanya untuk mengurangkan Jumlah Dedahan dalam apa jua cara atau turutan
yang dianggap wajar oleh Bank; dan/atau
2. untuk menjual, menukar kepada wang atau melupuskan atau untuk merealisasikan atau
bersetuju menjual, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan Pelaburan
atau mana-mana bahagian daripadanya yang dianggap wajar oleh Bank sama ada melalui
tawaran awam atau triti persendirian atau sebaliknya dengan atau tanpa iklan dan untuk
sebarang balasan atau nilai dan berdasarkan sebarang terma yang boleh diputuskan oleh
Bank menurut budi bicaranya dan bagi sebarang Pelaburan yang tidak boleh dipindahkan,
lantas menyebabkan ianya tidak dapat dijual, Bank berhak melaksanakan penebusan
awalnya selaras dengan terma-termanya dan hasilnya boleh digunakan untuk
mengurangkan Jumlah Dedahan dalam sebarang cara atau turutan yang dianggap wajar
oleh Bank.
i) Sepanjang tempoh Kemudahan berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan
dan semua liabiliti daripadanya dijelaskan dengan sepenuhnya, Bank akan pada semua masa
mengekalkan budi bicara mutlak terhadap semua atau sebarang isu berkaitan dengan penggunaan
sebarang faedah, kupon, pendapatan, pembahagian atau sebarang wang lain yang diterima,
pelaksanaan hak mengundi, sama ada untuk mendapatkan pemisahan sekuriti menjadi lot lebih
kecil dan pelaksanaan kuasa penguatkuasaan berikutan sebarang pelanggaran Surat Tawaran dan
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini.
j) (i) Cagaran yang diwujudkan di dalam ini akan menjadi boleh dikuat kuasa dan kuasa
penjualan dan sebarang kuasa lain yang diberikan oleh undang-undang, Surat Tawaran,
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini akan menjadi boleh dilaksana, menurut budi
bicara Bank, selepas notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar telah diberikan, sekiranya
Peminjam gagal membayar atau menjelaskan mana-mana bahagian Kemudahan apabila
kena dibayar atau selepas Bank menuntut pembayaran sama ada keseluruhan atau
sebahagian daripada liabiliti Peminjam atau jika Peminjam melanggar sebarang obligasi
kepada Bank sama ada di bawah Kemudahan ini atau sebarang kemudahan dan/atau
perjanjian lain dengan Bank.
[CustomerName]
[CANumber]
Page 8 of 30
(ii) Bank berhak melupuskan, mencairkan atau menjual Pelaburan yang disandar dan/atau
dicagar dan/atau diserahhak dan/atau dideposit dengan Bank, sebagaimana dianggapnya
wajar menerusi agennya yang dilantik atau mana-mana syarikat dalam kumpulan CIMB
Group Holding Berhad, syarikat induk muktamad Bank, sekiranya Peminjam ingkar
membayar balik Kemudahan Peminjam atau apabila berlaku mana-mana peristiwa
keingkaran yang dinyatakan di dalam ini atau Peminjam memungkiri apa-apa obligasi
kepada Bank di bawah Kemudahan. Hasil penjualan akan dikreditkan untuk melaraskan
dan/atau menyelesaikan liabiliti Peminjam dengan Bank. Apa-apa kurangan dalam akaun
hendaklah dijelaskan oleh Peminjam. Di samping itu dan tanpa menjejaskan sebarang
peruntukan di dalam ini, kuasa Bank termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kuasa untuk:-
1. Mengambil milikan, memungut dan mendapatkan Pelaburan atau mana-mana bahagian
daripadanya;
2. Menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan atau
bersetuju menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan
Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya yang dianggap wajar oleh Bank sama
ada melalui tawaran awam atau triti persendirian atau sebaliknya dengan atau tanpa iklan
dan untuk sebarang balasan atau nilai dan berdasarkan sebarang terma yang diputuskan
oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya (bagi sebarang Pelaburan yang tidak boleh
dipindahkan, lantas menyebabkan ianya tidak dapat dijual, Bank berhak melaksanakan
penebusan awalnya selaras dengan terma-terma di sini dan hasilnya boleh digunakan
untuk membayar balik liabiliti Peminjam terhadap Bank dalam sebarang cara atau turutan
yang dianggapnya wajar);
3. Melaksanakan atau menyebabkan atau membenarkan pelaksanakan semua kuasa atau hak
sampingan dengan pemilikan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;
4. Menjelaskan, melaraskan, mengkompromi dan menyusun sebarang
tuntutan/penyelesaian, akaun, pertikaian, persoalan dan tuntutan yang berkaitan dalam
apa cara jua dengan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;
5. Membawa, mendakwa, menguatkuasakan, membela dan/atau menggugurkan sebarang
tindakan, guaman atau prosiding terhadap apa-apa perkara atau terhadap mana-mana
pihak yang berkaitan dengannya yang dianggap wajar dan perlu oleh Bank; dan
6. Mengambil semua tindakan dan/atau perkara yang perlu atau wajar atau sesuai untuk
merealisasikan Pelaburan dan penjelaskan penuh semua liabiliti yang kena dibayar
kepada Bank.
Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dan memastikan Bank ditanggung rugi sepenuhnya
terhadap semua tindakan, kerugian, tuntutan, prosiding, kos, tuntutan dan liabiliti yang
ditanggung oleh Bank (jika ada) untuk melaksanakan atau cuba melaksanakan sebarang hak,
kuasa, remedi atau budi bicara yang diletak hak pada Bank melainkan ianya daripada dan
disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau Bank atau kelalaian yang sengaja.
k) Sebarang dividen, faedah, kupon, pendapatan, wang dan/atau sebarang bentuk manfaat lain yang
diterima daripada atau berpunca daripada Pelaburan, sama ada dibayar atau diberikan kepada
Peminjam atau sebaliknya, hendaklah pada semua masa dipegang dalam amanah untuk Bank dan
dibayar kepada Bank apabila dituntut.
l) Bank (termasuk wakilnya dan sub-wakilnya) tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa
keadaan pun jua atau atas apa-apa sebab pun jua terhadap Peminjam atau mana-mana pihak atas
sebarang kerugian atau kerosakan atau pengurangan harga/nilai Pelaburan atau mana-mana
[CustomerName]
[CANumber]
Page 9 of 30
bahagian daripadanya yang disebabkan oleh Bank merealisasikan keseluruhan atau sebahagian
daripada Pelaburan atau atas sebarang keingkaran atau ketinggalan oleh Bank berkaitan dengan
Pelaburan atau kerana Bank melaksanakan atau tidak melaksanakan atau lewat melaksanakan
sebarang kuasa atau budi bicara yang diletak hak pada Bank melainkan ianya disebabkan secara
langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja. Peminjam mengakui dan bersetuju
bahawa Bank tidak mempunyai sebarang kewajipan kepada Peminjam untuk memastikan bahawa
Pelaburan dijual atau ditebus pada harga terbaik atau harga munasabah.
m) Mana-mana pembeli, rumah dana atau penerbit sebarang Pelaburan atau orang, firma, syarikat
lain atau entiti lain yang berurusan dengan Bank tidak akan terikat atau dikehendaki memastikan
atau bertanya sama ada hak Bank untuk melaksanakan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Surat
Tawaran dan/atau Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau yang boleh dilaksanakan oleh
Bank telah berbangkit atau mengambil kira sebarang notis yang menyatakan sebaliknya atau
tentang kewajaran atau kesesuaian sebarang pelaksanaan atau pelaksanaan yang dikatakan
terhadap kuasa tersebut atau sama ada sebarang wang masih terhutang terhadap cagaran ini atau
tentang penggunaan sebarang wang yang dibayar.
n) Sepanjang tempoh Kemudahan dan selama mana selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan
telah dijelaskan dengan sepenuhnya, Peminjam tidak akan:-
(i) menggadai janji, menggadai, menyandarkan, menyerah hak, memindahkan atau sebaliknya
berurusan dengan, mewujudkan atau membenarkan wujud sebarang Kepentingan Cagaran
terhadap Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;
(ii) mewujudkan sebarang amanah terhadap Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;
(iii) mewujudkan atau memberikan memihak kepada mana-mana pihak apa-apa hak terhadap
Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya.
3.3. CAGARAN BERTERUSAN
Sebarang cagaran yang diambil oleh Bank atau diwujudkan dibawah ini adalah cagaran yang
berterusan bagi tujuan pembayaran semua wang yang terhutang pada masa ini atau selepas ini kepada
Bank oleh Peminjam dan/atau setiap Pihak Cagaran dari semasa ke semasa, meskipun:
(a) Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran tidak lagi berhutang kepada Bank untuk suatu jangka
masa;
(b) sebarang akaun Peminjam dan/atau Pihak Cagaran dengan Bank atas sebarang sebab pun jua
tidak lagi aktif dan meskipun sebarang penjelasan akaun atau sebaliknya;
(c) sebarang perubahan melalui penggabungan, penyatuan atau sebaliknya yang mungkin dibuat pada
susunan mana-mana Pihak Cagaran (yang merupakan sebuah pertubuhan perbadanan) atau Bank;
atau
(d) kebankrapan Peminjam atau kebankrapan mana-mana Pihak Cagaran, sama ada secara sukarela
atau paksa.
3.4. LIEN DAN HAK LAIN
(a) Di samping dan tanpa prejudis terhadap sebarang remedi, kepentingan atau cagaran lain di pihak
Bank, Bank akan, selagi Kemudahan masih berkuat kuasa atau sebarang wang masih boleh
[CustomerName]
[CANumber]
Page 10 of 30
dipinjamkan atau perlu dibayar oleh Peminjam dan/atau Pihak Cagaran, mempunyai lien am
terhadap semua sekuriti dan aset lain Peminjam dan/atau Pihak Cagaran yang kini atau mungkin
dari semasa ke semasa selepas ini dideposit dengan atau dalam atau menjadi milik, dijaga atau
dikawal atau dipegang dalam nama atau atas perintah atau untuk Bank dan/atau penama Bank
sama ada untuk simpanan selamat atau cagaran atau sebaliknya atau untuk sebarang tujuan
khusus atau secara amnya.
(b) Tiada apa-apa pun jua yang terkandung di dalam Perjanjian ini akan memudaratkan atau
menjejaskan hak dan remedi atau sebarang cagaran lain yang menjadi hak Bank dari semasa ke
semasa atau yang mungkin dipegang oleh Bank untuk atau bagi jumlah prinsipal yang belum
dijelaskan dari semasa ke semasa di bawah Kemudahan atau sebarang wang lain yang terhutang
oleh Peminjam kepada Bank dan tiada apa-apa yang terkandung di dalam ini akan memudaratkan
atau menjejaskan sebarang bil, nota, jaminan, gadaian atau cagaran lain yang mungkin dipunyai
atau dipegang oleh Bank pada masa itu untuk sebarang wang yang dipinjamkan atau didahulukan,
faedah ke atasnya dan wang lain yang disebut sebelum ini atau sebarang hak atau remedi Bank di
bawah bil, nota, jaminan, gadaian atau cagaran lain tersebut.
3.5. WAAD UNTUK MENYEDIAKAN CAGARAN LANJUT
Peminjam hendaklah, jika dan apabila dikehendaki oleh Bank, menyempurnakan memihak kepada Bank atau sepertimana yang diarahkan oleh Bank, sebarang instrumen undang-undang atau instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian lain atau sepertimana yang dikehendaki oleh Bank terhadap sebarang aset Peminjam. Instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian tersebut hendaklah disediakan oleh atau bagi Bank dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Peminjam dan hendaklah mengandungi semua terma dan syarat untuk manfaat Bank sepertimana dikehendaki oleh Bank.
4. PENETAPAN TENTANG FAEDAH, FI, CAJ, KOS DAN KOMISYEN
(a) Peminjam hendaklah membayar faedah pada Kadar Faedah Semasa atau Kadar Had Lebihan
(mengikut keadaan), komisyen, fi komitmen, caj bank, fi dan sebarang caj lain terhadap
Kemudahan pada sebarang kadar dan dalam cara yang ditetapkan oleh Bank di dalam Surat
Tawaran.
(b) Faedah ke atas Kemudahan akan dikira atas dasar baki harian seperti yang dinyatakan dalam
Surat Tawaran dan dikira berdasarkan bilangan hari sebenar yang berlalu dan 365 hari setahun
(366 hari pada tahun lompat) dan akan didebit kepada akaun Kemudahan Peminjam setiap bulan
kecuali dinyatakan atau dipersetujui sebaliknya oleh Bank.
(c) Kadar Faedah (termasuk faedah pada Kadar Faedah Semasa, Kadar Had Lebihan, faedah
tambahan dan faedah dimodalkan), adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
oleh Bank menurut budi bicaranya. Perubahan tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada
mengubah asas bagaimana Bank menentukan Kadar Faedah, daripada tanda aras Kadar Asas
Bank, spread kuantum yang perlu dibayar melebihi Kadar Asas, atau peratusan faedah itu sendiri
sekiranya kadar faedah tidak dikira terhadap Kadar Asas Bank dan asas yang telah diubah untuk
mengira Kadar Faedah dan/atau kadar faedah baru akan berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan
oleh Bank.
(d) Berhubung dengan perubahan pada komisyen, fi komitmen, caj bank, fi terhadap Kemudahan dan
perubahan pada sebarang Kadar Faedah yang diperuntukkan di dalam ini berbangkit daripada
perubahan pada profil risiko anda, Bank berhak mengubah komisyen, fi komitmen, caj bank, fi
[CustomerName]
[CANumber]
Page 11 of 30
dan/atau Kadar Faedah yang terpakai yang terkandung di dalam ini dengan memberikan notis
terdahulu sekurang-kurangnya 21 hari kalendar kepada Peminjam.
(e) Faedah yang dicaj dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengan Kemudahan perlu
dibayar setiap bulan secara tertunggak dan Bank boleh, pada bila-bila masa selepas tarikh kena
dibayar berhak mendebit faedah dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengan
Kemudahan kepada akaun Kemudahan Peminjam dan faedah yang didebit tersebut akan dicagar
dan dibayar sewajarnya.
Bagi tujuan di sini, "Kadar Faedah" bermaksud kadar faedah berkenaan yang terpakai pada
Kemudahan sepertimana dinyatakan dalam Surat Tawaran termasuk Kadar Faedah Semasa, Kadar
Had Lebihan atau sebarang kadar lain yang mungkin dari semasa ke semasa ditetapkan oleh Bank.
5. FAEDAH PERLU DIBAYAR SEBELUM DAN SELEPAS PENGHAKIMAN MAHKAMAH
Semua faedah ke atas sebarang jumlah yang didahulukan atau yang belum dijelaskan di bawah
Kemudahan yang pada masa itu dicagar dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengannya
(termasuk faedah pada Kadar Faedah Semasa, Kadar Had Lebihan, faedah yang diubah dan faedah
dimodalkan)perlu dibayar sebelum dan selepas penghakiman mahkamah dan sebelum dan selepas
tuntutan dibuat untuk pembayaran terhadap Peminjam dan semua waad dan syarat yang terkandung di
dalam atau dibayangkan secara tersirat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua
kuasa dan remedi yang diberikan oleh undang-undang atau melalui Terma-terma dan Syarat-syarat
Utama ini dan semua peraturan daripada undang-undang atau ekuiti berkaitan dengan jumlah prinsipal
dan faedah hendaklah dengan sama-rata kena kepada faedah yang dimodalkan dan meskipun
perhubungan jurubank dan pelanggan antara Bank dan Peminjam telah terhenti atas apa-apa sebab pun
jua.
Bagi tujuan memastikan sama ada had prinsipal di bawah Kemudahan telah dilampaui atau tidak,
semua faedah yang didebitkan dan faedah yang telah dimodalkan akan dianggap sebagai faedah dan
bukan had prinsipal.
6. HAK UNTUK MENYEMAK SEMULA DAN MENGUBAH TERMA-TERMA DAN SYARAT-
SYARAT
Meskipun terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Tawaran, Terma-terma dan
Syarat-syarat Utama ini atau di dalam sebarang Dokumen Cagaran lain, Bank berhak untuk menyemak
semula Kemudahan pada bila-bila masa yang dianggap wajar oleh Bank menurut budi bicara
mutlaknya, tanpa sebarang obligasi sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, untuk memberi
sebarang sebab untuknya dan sama ada peristiwa yang dibentangkan di dalam klausa 13 di dalam ini
telah berlaku atau tidak, dan selepas memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari
kalendar untuk mengubah dan/atau meminda pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa dan
dalam sebarang cara pun jua;-
(a) had Kemudahan (yang termasuk tetapi tidak terhad kepada menurunkan atau menambah had
Kemudahan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa);
(b) cara Kemudahan disediakan;
(c) sebarang terma dan syarat lain Kemudahan; dan/atau
(d) sebarang Dokumen Cagaran berkaitan dengan Kemudahan.
[CustomerName]
[CANumber]
Page 12 of 30
Tertakluk kepada Bank memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada
Peminjam dan atau pihak cagaran (jika berkenaan), sebarang perubahan dan/atau pindaan (sama ada
dengan menambah, meminda atau memadamkan terma-terma dan syarat-syarat Kemudahan dan/atau
mengurangkan, memadamkan, membatalkan, memodifikasi, meminda, menukar, mengganti
Kemudahan atau sebaliknya) hendaklah dianggap berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Bank
dan tidak akan dalam apa cara pun jua menjejaskan hak dan remedi Bank yang terkandung di dalam
ini dan/atau sebarang Dokumen Cagaran lain atau kesahan cagaran, liabiliti dan obligasi yang
diwujudkan di dalam ini atau di dalam sebarang Dokumen Cagaranlain. Bank tidak akan
bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan sekiranya sebarang cek atau nota yang
dibayar atau bil yang diterima oleh Peminjam tidak dilayan disebabkan tindakan yang disebut sebelum
ini oleh Bank melainkan ianya disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang
sengaja.
6.1 KOMUNIKASI TENTANG PERUBAHAN DAN PINDAAN
Peminjam dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak untuk mengambil mana-mana satu atau lebih
daripada satu cara atau kaedah komunikasi berikut berkaitan dengan variasi, pindaan dan/atau
perubahan pada Kemudahan, sebarang terma dan syarat berkenaan dengannya dan sebarang faedah
yang dicaj dan sebarang caj, kos dan komisyen berkaitan dengannya termasuk tarikh apabila
perubahan demikian mula berkuat kuasa:-
(a) dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan demikian dan tarikh apabila
perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau
dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh notis tersebut ditampal di premis Bank; dan/atau
(b) dengan menerbitkan dalam satu atau lebih daripada satu akhbar yang dipilih oleh Bank, notis
tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut
akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh penerbitan
pertama dalam mana-mana akhbar yang dipilih oleh Bank; dan/atau
(c) dengan memasukkan ke dalam penyata akaun Bank notis tentang perubahan tersebut dan tarikh
apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh
atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan penyata
akaun Bank kepada Peminjam; dan/atau
(d) dengan menghantar melalui pos biasa atau pos berdaftar kepada Peminjam notis tentang
perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan
dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3) hari kalendar
selepas tarikh pengeposan notis tersebut kepada Peminjam melalui pos biasa atau pos berdaftar;
dan/atau
(e) dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut
berkuat kuasa melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau mel elektronik kepada Peminjam atau
dengan meletakkan notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut
berkuat kuasa di laman web Bank dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau
dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut dihantar
melalui SMS atau mel elektronik kepada Peminjam atau tarikh apabila notis tentang perubahan
tersebut diletakkan di laman web Bank, mengikut keadaan.
7. PEMBAYARAN BALIK
[CustomerName]
[CANumber]
Page 13 of 30
(a) Meskipun sebarang peruntukan yang terkandung di dalam ini dan di dalam Surat Tawaran, segala
jumlah belum dijelaskan di bawah Kemudahan (sama ada prinsipal, faedah atau sebarang wang
lain yang terhutang kepada Bank) hendaklah perlu dibayar apabila dituntut.
(b) Peminjam bertanggungjawab untuk membayar kepada Bank sebarang jumlah yang dibentangkan
di dalam Surat Tawaran atau yang dimaklumkan oleh Bank sebagai jumlah wang yang terhutang
dan perlu dibayar kepada Bank (melainkan jika terdapat kesilapan yang nyata di dalam
pemberitahuan Bank tentang jumlah yang terhutang itu) dalam masa tujuh (7) hari kalendar dari
notis Bank yang dikeluarkan.
(c) Semua pembayaran yang akan dibuat kepada Bank hendaklah pembayaran penuh tanpa tolakan
atau tuntutan balas, bebas dan bersih dan tanpa potongan sebarang cukai, levi, impos, duti, caj, fi,
potongan, penahanan, sekatan atau syarat tidak kira jenisnya.
(d) Jika undang-undang menghendaki sebarang potongan daripada sebarang pembayaran, Peminjam
hendaklah memastikan bahawa jumlah bersih yang diterima oleh Bank adalah bersamaan dengan
jumlah penuh yang akan diterima oleh Bank, jika potongan tersebut tidak dibuat.
8. REPRESENTASI DAN JAMINAN
Dengan menerima Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, Peminjam membuat
representasi dan menjamin kepada Bank bahawa:
(a) Peminjam mempunyai kapasiti untuk menyempurnakan, memenuhi dan melaksanakan terma-
terma di dalam Surat Tawaran dan di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini;
(b) baik Peminjam mahupun mana-mana Pihak Cagaran tidak mengingkari sebarang perjanjian (sama
ada berkenaan dengan pembayaran, pelaksanaan atau sebaliknya) yang mana Peminjam atau
mana-mana Pihak Cagaran adalah pihak padanya atau yang mengikat Peminjam atau mana-mana
Pihak Cagaran;
(c) tiada litigasi, timbang tara atau pertikaian sama ada sebenar, belum diputuskan atau diancam
terhadap Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran;
(d) semua penyata kewangan yang diterima atau akan diterima oleh Bank berkenaan dengan
Peminjam memberikan gambaran yang benar dan tepat tentang kedudukan kewangan Peminjam;
(e) tiada perubahan material yang buruk berlaku pada keadaan kewangan Peminjam atau keadaan
kewangan Pihak Cagaran, dan jika berkenaan, persekitaran operasi atau pengurusan perniagaan
Peminjam atau perniagaan mana-mana Pihak Cagaran yang akan menjejaskan secara material
keupayaan Peminjam atau keupayaan Pihak Cagaran untuk melaksanakan obligasi
Peminjam/mereka di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau
Dokumen Cagaran;
(f) Peminjam dan jika berkenaan dan setiap Pihak Cagaran adalah pemilik undang-undang dan
benefisial sebarang aset atau harta yang ditawarkan sebagai cagaran kepada Bank berhubung
dengan Kemudahan, Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan Dokumen
Cagaran;
[CustomerName]
[CANumber]
Page 14 of 30
(g) penerimaan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini merupakan obligasi
yang sah dan boleh dikuat kuasa dan tidak atau tidak akan melanggar peruntukan mana-mana
undang-undang, peraturan, kaedah, perintah, writ, injunksi atau dekri mana-mana mahkamah,
badan pentadbiran atau badan kawal selia yang mempunyai kuasa terhadap Peminjam, dan tidak
melanggar sebarang perjanjian lain yang mana Peminjam adalah pihak padanya atau akujanji
yang mengikat Peminjam atau asetnya;
(h) Peminjam telah mendedahkan kepada Bank dengan sepenuhnya dan secara bertulis semua fakta
berkaitan dengan Peminjam dan Pihak Cagaran yang diketahui atau secara munasabah sepatutnya
diketahui oleh Peminjam dan yang wajar didedahkan kepada Bank dalam konteks Kemudahan;
(i) semua pengisytiharan yang dibuat kepada Bank dan maklumat yang diberikan oleh Peminjam dan
jika berkenaan, setiap Pihak Cagaran berhubung dengan Kemudahan tidak mengandungi
sebarang kenyataan yang tidak benar atau tidak menyatakan sebarang fakta dan semua ungkapan
tentang jangkaan, niat, kepercayaan dan pendapat semua unjuran yang terkandung di dalamnya
dibuat dengan jujur dan berdasarkan alasan munasabah selepas pertanyaan yang wajar dan
berhati-hati;
(j) Peminjam dan setiap Pihak Cagaran adalah tertakluk kepada undang-undang sivil dan
perdagangan berhubung dengan setiap obligasi Peminjam/ mereka di bawah Kemudahan dan
penyempurnaan, penyerahan dan pelaksanaan obligasi yang diwujudkan di bawah ini merupakan
tindakan peribadi dan perdagangan dan bukan tindakan kerajaan atau awam dan Peminjam, Pihak
Cagaran mahupun mana-mana harta/Cagaran tidak menikmati sebarang kekebalan atas alasan
kedaulatan atau sebaliknya berhubung dengan obligasi mereka berbangkit daripada Kemudahan;
(k) tiada prosiding kebankrapan telah dimulakan terhadap Peminjam dan/atau mana-mana Pihak
Cagaran;
(l) Jumlah peminjaman Peminjam daripada semua sumber dalam Malaysia, termasuk Kemudahan ini
(tidak termasuk kemudahan untuk pembiayaan/pembiayaan semula bagi pembelian atau
pembinaan harta tak alih dan pembelian tanah) tidak melebihi RM10 juta secara agregat atau
sebarang had maksimum lain yang mungkin dikenakan oleh pihak berkuasa yang mengawal dari
semasa ke semasa. (Hanya terpakai kepada warga asing)
(m) Peminjam dan setiap Pihak Cagaran telah memperolehi semua kebenaran, lesen, pengecualian,
kelulusan atau pemberikuasaan yang perlu yang mungkin dikehendaki di bawah sebarang
undang-undang, peraturan atau arahan yang terpakai berkaitan dengan penyempurnaan,
pelaksanaan, kesahan atau kebolehkuatkuasaan terma-terma yang dibayangkan oleh Surat
Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, dan jika berkenaan, Dokumen Cagaran dan
pelaksanaan setiap perniagaan Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran; dan
(n) semua tindakan, syarat dan perkara yang perlu diambil, dipenuhi dan dilakukan (termasuk
memperolehi semua Kebenaran untuk Penyerahan Hak yang dikehendaki daripada pihak
berkaitan, jika berkenaan) telah dipenuhi dan dilakukan untuk membolehkan Peminjam:
(i) memasuki, melaksanakan hak, menjalankan dan mematuhi obligasi di dalam Surat Tawaran
dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dengan sah;
(ii) memastikan bahawa obligasi dan penyerahan hak, sandaran, cagaran adalah sah, mengikat
dan boleh dikuat kuasa; dan
[CustomerName]
[CANumber]
Page 15 of 30
(iii) menjadikan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini boleh diterima
sebagai keterangan dalam Mahkamah Undang-undang di Malaysia; dan
(o) Terdapat tiada pelanggaran mana-mana peruntukan yang terkandung dalam Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 atau mana-mana undang-undang atau keperluan peraturan atau arahan atau garis
panduan yang dikeluarkan atau yang dari semasa ke semasa boleh dikeluarkan atau dipinda oleh
Bank Negara Malaysia berkaitan dengan pemberian Kemudahan secara amnya atau kepada
orang-orang yang berkaitan dengan pihak Bank ('Undang-Undang atau Garis Panduan').
Setiap representasi dan jaminan yang dinyatakan di atas akan kekal berkuat kuasa selepas Surat
Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini ditandatangani dan diserahkan dan Peminjam
akan dianggap membuat reprentasi dan jaminan kepada Bank bahawa representasi dan jaminan di atas
adalah benar dan tepat dalam semua segi dan diulang setiap hari.
9. KOS, PERBELANJAAN DAN FI
Meskipun Kemudahan mungkin dibatalkan atau dibantutkan atas apa-apa sebab pun jua:
(a) Semua kos dan perbelanjaan pun jua termasuk kos pembantutan, pencetakan, perbelanjaan tunai
langsung dan semua kos lain berkaitan dengan Kemudahan yang ditanggung oleh Bank
berhubung dengan rundingan, persediaan atau pennyiapan Kemudahan atau langkah
mendapatkannya kembali atau penebusan akaun Kemudahan Peminjam atau berkaitan dengan
apa-apa akaun atau aset Peminjam perlu dibayar oleh Peminjam selepas Bank memberikan notis
terdahulu kepada Peminjam selama tujuh (7) hari kalendar, atas dasar tanggung rugi penuh.
(b) Jika berkenaan, Dokumen Cagaran berkenaan dengan Kemudahan akan disediakan oleh
peguamcara dalam panel Bank dan Peminjam bersetuju untuk membayar kepada peguamcara
tersebut semua fi undang-undang (atas dasar tanggung rugi penuh) dan kos sampingan berkaitan
dengan langkah menyediakan (termasuk lain-lain duti dan cukai yang sama dan mana-mana
denda atasnya) dan mendaftarkan dan menguatkuasakan apa-apa Dokumen Cagaran yang
diperlukan oleh Bank di bawah ini walaupun dokumen tersebut tidak disempurnakan oleh
Peminjam.
(c) Jika sebarang wang yang perlu dibayar di bawah Kemudahan perlu didapatkan kembali melalui
proses undang-undang atau sebarang proses lain, atau diserahkan kepada peguamcara untuk
pungutan, Peminjam bertanggungjawab untuk membayar fi peguamcara Bank (atas dasar
peguamcara-anakguam) dan sebarang pembayaran dan perbelanjaan yang ditanggung berkaitan
dengan pungutan tersebut. Peminjam bertanggungjawab membayar semua duti setem, fi brokeraj,
fi penilaian, caj jurulelong, bayaran pungutan hutang dan fi profesional lain yang mungkin
ditanggung oleh Bank berhubung dengan langkah mendapatkan kembali wang tersebut dan/atau
penguatkuasaan Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau Dokumen
Cagaran dan/atau untuk melaksanakan sebarang hak dan remedinya di bawah Surat Tawaran,
Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Peminjam juga hendaklah menanggung rugi Bank terhadap
sebarang liabiliti berkaitan dengan atau disebabkan sebarang kelewatan untuk membayar atau
kegagalan untuk membayar sebarang duti atau cukai, melainkan jika ianya timbul dari dan
disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.
(d) Meskipun Fasal 9(a) di atas, Bank berhak mendebit akaun Kemudahan Peminjam pada bila-bila
masa dan dari semasa ke semasa untuk faedah, komisyen, caj, fi, duti setem, duti, penalti dan
semua wang berbangkit daripada Kemudahan termasuk kos yang disebut dalam Fasal 9(c)
[CustomerName]
[CANumber]
Page 16 of 30
sebelum ini. Jumlah yang didebit tersebut akan dikenakan faedah pada kadar semasa atau Kadar
Faedah Semasa, dan boleh tertakluk kepada sebarang faedah tambahan pada Kadar Had Lebihan
dan boleh dimodalkan di bawah peruntukan di dalam ini pada akhir setiap bulan kalendar.
(e) Tanpa prejudis terhadap mana-mana peruntukan di bawah ini, Peminjam adalah
bertanggungjawab ke atas apa-apa cukai (termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai barangan dan
perkhidmatan dan/atau cukai jualan dan perkhidmatan) yang berhubungan dengan atau berikutan
daripada perjanjian ini atau kemudahan atau apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengannya.
Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dan dengan tak boleh batal memberi kuasa kepada
Bank untuk mendebit akaun Kemudahan Peminjam bagi sebarang jumlah yang diperlukan untuk
membayar apa-apa cukai (termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai barangan dan perkhidmatan
dan/atau cukai jualan dan perkhidmatan).
10. BUDI BICARA BANK TERHADAP PENGGUNAAN/PEMINDAHAN WANG
Jika sebarang jumlah yang diterima atau didapatkan kembali berkaitan dengan liabiliti Peminjam
adalah kurang daripada jumlah yang terhutang kepada Bank, Bank tertakluk pada mana-mana garis
panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, Bank boleh dari semasa ke semasa
menggunakan jumlah tersebut untuk membayar faedah, fi, jumlah prinsipal atau sebarang jumlah lain
yang kena dibayar menurut sebarang kadar dan turutan dan secara amnya mengikut sebarang cara
yang difikirkan wajar oleh Bank atau boleh mengkredit atau memindahkan sebarang wang yang
diterima atau didapatkan kembali kepada akaun gantungan tanpa faedah buat sebarang tempoh yang
difikirkan wajar oleh Bank tanpa sebarang obligasi sementara itu untuk menggunakannya atau mana-
mana bahagian daripadanya untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang wang atau liabiliti yang kena
dibayar atau yang ditanggung oleh Peminjam kepada Bank.
11. PENDEDAHAN
Tertakluk kepada peruntukan di bawah yang (i) melarang pendedahan maklumat kepada Syarikat-
syarikat Kumpulan jika dibantah oleh Peminjam; dan (ii) menghendaki kebenaran nyata daripada
Peminjam bagi pendedahan maklumat kepada pihak ketiga untuk tujuan yang dinyatakan, Peminjam
dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada Bank untuk mendedahkan sebarang maklumat
berhubung dengan Peminjam dan/atau urusan atau akaun Peminjam dan/atau perhubungan akaun atau
perhubungan urusan Peminjam dengan Bank termasuk tetapi tidak terhad kepada butir-butir
Kemudahan, sebarang cagaran yang diberikan, transaksi yang dilaksanakan dan/atau baki dan/atau
kedudukan dengan Bank:
(a) kepada ejen, penyedia perkhidmatan, juruaudit, peguam, penasihat profesional Bank yang lain
dan kepada mana-mana orang di dalam atau di luar Malaysia yang menyediakan cagaran atau
jaminan dan/atau adalah pihak pada mana-mana perjanjian yang mungkin merupakan atau
membentuk asas untuk cagaran atau jaminan tersebut;
(b) kepada Biro Kredit Pusat, Biro Maklumat Cek atau pihak berkuasa relevan lain kepada mana
Bank dikehendaki membuat pendedahan sedemikian dan/atau kepada mana-mana pihak berkuasa
yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank;
(c) kepada mana-mana institusi kewangan yang berurusan atau bakal berurusan dengan Peminjam;
(d) kepada mana-mana syarikat insurans yang dianggap wajar oleh Bank berhubung dengan sebarang
polisi insurans yang ingin diambil oleh Bank selaras dengan terma-terma Perjanjian ini;
[CustomerName]
[CANumber]
Page 17 of 30
(e) kepada syarikat yang kini atau di masa hadapan mungkin menjadi syarikat di dalam kumpulan
Bank serta syarikat di dalam kumpulan CIMB Group Holdings Berhad, syarikat induk muktamad
Bank ("Syarikat-syarikat Kumpulan") sama ada Syarikat-syarikat Kumpulan tersebut
bermastautin, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau ditubuhkan di dalam atau di luar
Malaysia;
Untuk memudahkan perniagaan, operasi, kemudahan dan perkhidmatan oleh atau yang diberikan atau
disediakan oleh Bank dan/atau Syarikat-syarikat Kumpulan kepada pelanggan mereka atau seperti
yang dikehendaki oleh undang-undang atau selaras dengan sebarang sepina atau perintah mahkamah.
Pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan hendaklah bagi tujuan memudahkan operasi,
perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain di pihak Bank dan/ atau Syarikat-syarikat Kumpulan
dengan syarat sentiasa bahawa pendedahan bagi tujuan penjualan silang tidak akan dilaksanakan
jika pendedahan tersebut dibantah oleh Peminjam dengan menghubungi Bank di nombor telefon
atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa melalui notis kepada
Peminjam): Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur,
Nombor Telefon: +603 6204 7788.
Selanjutnya, jika Bank bercadang untuk berkongsi maklumat Peminjam (tidak termasuk maklumat
berkaitan dengan urusan atau akaun Peminjam) dengan pihak ketiga untuk tujuan perikatan strategik,
pemasaran dan promosi, Bank hendaklah memastikan bahawa kebenaran daripada Peminjam telah
diperolehi.
Peminjam dengan ini secara nyata membenarkan pendedahan tersebut dan dengan ini mengesahkan
bahawa Bank, pegawai dan ejennya tidak akan menanggung sebarang liabiliti pun jua kerana
memberikan maklumat tersebut sama ada disebabkan sebarang salah nyata, kesilapan, ketinggalan,
kelewatan atau apa-apa perkara berhubung dengannya pun jua dan sama ada sebelum pada atau
selepas tarikh Surat Tawaran melainkan jika ianya timbul dari dan disebabkan secara langsung oleh
kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.
12. PENYATA OLEH BANK
Penyata atau notis oleh pengurus atau mana-mana pegawai atau ejenBank yang diberi kuasa pada
masa itu atau notis daripada Bank yang dihasilkan oleh komputer yang tidak memerlukan tandatangan,
yang diberikan setiap bulan, berkaitan dengan jumlah baki dan liabiliti yang ditanggung oleh atau kena
dibayar kepada Bank atau tentang kadar faedah atau jumlah faedah yang perlu dibayar, akan tersimpan
sebagai kesilapan yang nyata, menjadi bukti muktamad bagi segala maksud (termasuk tetapi tidak
terhad kepada prosiding undang-undang). Di samping itu, jika Peminjam gagal melaporkan kepada
Bank tentang apa-apa kesilapan di dalamnya dalam tempoh empat belas (14) hari kalendar dari tarikh
penyata dan notis Bank, penyata atau notis tersebut akan menjadi bukti muktamad mengenai liabiliti
Peminjam kepada Bank dalam jumlah yang dinyatakan di dalamnya.
13. PERISTIWA KEINGKARAN
Tanpa menjejaskan tanggungjawab Peminjam untuk membayar balik semua Jumlah Tertunggak
apabila dituntut oleh Bank, Kemudahan atau mana-mana bahagian daripadanya yang pada masa itu
belum dijelaskan dan tidak dibayar bersama-sama dengan faedah ke atasnya dan semua wang lain
yang dijamin oleh apa-apa cagaran hendaklah, melalui notis bertulis oleh Bank kepada Peminjam,
menjadi kena dan perlu dibayar dan cagaran memihak kepada Bank hendaklah selepas tujuh (7) hari
[CustomerName]
[CANumber]
Page 18 of 30
kalendar dari notis bertulis Bank tersebut akan menjadi dengan serta-merta boleh dikuat kuasa dan
boleh dilaksanakan oleh Bank, dan Kemudahan akan dibatalkan dan pengeluaran lanjut atau
ketersediaan Kemudahan tidak akan dibenarkan, apabila berlaku mana-mana satu atau lebih daripada
satu peristiwa berikut (tidak kira sama ada peristiwa tersebut berlanjutan):
(a) Jika Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran gagal membayar kepada Bank (i) sebarang
wang yang terhutang atau perlu dibayar di bawah atau berhubung dengan Kemudahan, apabila
dituntut atau (ii) sebarang wang yang terlebih keluar/wang berlebihan, dalam masa yang
ditetapkan, atau (iii) sebarang wang yang perlu dibayar yang disebut di dalam Surat Tawaran atau
di bawah sebarang perjanjian atau pengaturan dengan Bank, pada tarikh kena dibayar.
(b) Jika Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran melanggar atau mengancam untuk
memungkiri sebarang waad, akujanji, terma, syarat atau peruntukan dalam Surat Tawaran atau
Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini atau dalam dokumen yang diserahkan selaras dengan
Kemudahan atau Dokumen Cagaran dan gagal meremedi kemungkiran tersebut dalam tempoh
tujuh (7) hari kalendar selepas notis daripada Bank atau sebarang tempoh lain yang ditetapkan
oleh Bank.
(c) Jika Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran atau mana-mana syarikat di mana Peminjam dianggap
oleh Bank sebagai mempunyai kepentingan mengawal (sama ada melalui pemegangan saham,
atau sama ada syarikat tersebut lazimnya atau mempunyai obligasi untuk bertindak mengikut
arahan, kepentingan atau hajat Peminjam) gagal membayar pada tarikh kena dibayar sebarang
wang yang perlu dibayar oleh Peminjam, Pihak Cagaran, penjamin atau syarikat tersebut, di
bawah sebarang perjanjian atau pengaturan dengan Bank atau sebarang pemberi
pinjaman/pemiutang lain.
(d) Jika suatu distres atau pelaksanaan dikenakan ke atas atau dikeluarkan terhadap sebarang harta
atau aset Peminjam atau Pihak Cagaran dan tidak dibayar atau dilepaskan dalam tempoh lima (5)
hari kalendar daripada tarikh permulaan distres atau pelaksanaan tersebut.
(e) Jika prosiding undang-undang guaman atau tindakan tidak kira jenisnya (sivil atau jenayah)
diambil terhadap Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran.
(f) Jika Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran dihukum bankrap atau melakukan tindakan
kebankrapan (atau peristiwa serupa) atau petisyen kebankrapan dikemukakan terhadap Peminjam,
mana-mana Pihak Cagaran atau penjamin atau jika Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran
menjadi tidak waras atau meninggal dunia.
(g) Jika Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran memasuki persetujuan, moratorium atau
pengaturan atau membuat penyerahan hak secara umum untuk manfaat Peminjam/pemiutangnya.
(h) Jika berlaku sebarang persitiwa atau berbangkit hal keadaan termasuk perubahan pada keadaan
kewangan Peminjam atau keadaan kewangan mana-mana Pihak Cagaran yang menurut pendapat
Bank akan memudaratkan keupayaan Peminjam atau Pihak Cagaran untuk melaksanakan mana-
mana obligasi mereka yang terkandung di dalam ini atau di bawah sebarang Dokumen Cagaran.
(i) Jika notis atau cadangan untuk pengambilan paksa mana-mana aset Peminjam atau, jika
berkenaan, aset mana-mana Pihak Cagaran atau mana-mana bahagian daripadanya dikeluarkan
atau dibuat di bawah atau menurut Akta Parlimen atau undang-undang.
[CustomerName]
[CANumber]
Page 19 of 30
(j) Jika Bank berpendapat bahawa sebarang cagaran memihak kepada Bank selaras dengan Terma-
terma dan Syarat-syarat Utama ini dan sebarang Dokumen Cagaran terancam.
(k) Jika Peminjam disenaraikan sebagai pesalah cek 'tendang' oleh DCHEQS yang ditubuhkan oleh
Bank Negara Malaysia.
(l) Jika Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran gagal untuk mengendalikan akaun
Peminjam/mereka di sini dengan Bank dalam cara yang memuaskan.
(m) Dalam situasi di mana Peminjam atau Pihak Cagaran adalah tuan punya tunggal atau
perkongsian, berlaku sebarang peristiwa yang membawa kesan buruk yang material terhadap
pemilikan tunggal/perniagaan tersebut.
(n) Jika Peminjam atau Pihak Cagaran (sebagai tuan punya tunggal atau perkongsian) berhenti atau
mengancam untuk berhenti menjalankan keseluruhan atau sebahagian besar daripada perniagaan
Peminjam/perniagaannya.
(o) Jika mana-mana bahagian perniagaan Peminjam atau perniagaan mana-mana Pihak Cagaran
(sebagai peniaga tunggal atau perkongsian) terancam.
(p) Jika sebarang pengisytiharaan, representasi atau jaminan yang dibuat atau dibayangkan secara
tersirat kepada Bank adalah tidak benar atau mengelirukan pada tarikh representasi atau jaminan
tersebut dibuat.
(q) Jika pelaksanaan obligasi Bank atau Peminjam di bawah ini menjadi mustahil atau menyalahi
undang-undang.
(r) Jika berlaku sebarang peristiwa lain yang, menurut pendapat tunggal Bank, boleh atau mungkin
menjejaskan atau memudaratkan keupayaan atau kesanggupan Peminjam (atau keupayaan atau
kesanggupan mana-mana Pihak Cagaran) untuk mematuhi semua atau mana-mana obligasi
Peminjam di bawah Surat Tawaran atau Terma-Terma atau Syarat-Syarat Utama ini atau obligasi
Pihak Cagaran di bawah Dokumen Cagaran.
(s) Jika Peminjam atau mana-mana Peminjam bersama (iaitu apabila Peminjam terdiri daripada lebih
daripada seorang) dan/atau mana-mana Pihak Cagaran telah meninggal dunia atau menjadi tidak
waras.
(t) Jika sebarang jumlah menjadi kena dibayar atau boleh, selaras dengan terma-terma relevan di
sini, menjadi diisytiharkan kena dan perlu dibayar oleh Peminjam dan atau mana-mana Pihak
Cagaran dan/atau penjamin (secara kolektif "Penanggung Obligasi") kepada Bank dan atau mana-
mana pihak ketiga lain dari semasa ke semasa atau pada bila-bila masa atau jika mana-mana
Penanggung Obligasi ingkar membayar sebarang keterhutangannya atau Penanggung Obligasi
atau mana-mana daripada mereka mungkin menjadi atau telah menjadi bertanggungjawab kepada
Bank di mana jua terhadap sebarang kemudahan perbankan, pinjaman, sebarang kemudahan
kredit lain atau sebarang akaun lain, semasa atau sebaliknya ("akaun") atau dalam sebarang cara
lain pun jua termasuk tetapi tidak terhad kepada liabiliti mana-mana Penanggung Obligasi yang
ditanggung kepada Bank sebagai penjamin atau jika keingkaran dilakukan oleh Penanggung
Obligasi atau mana-mana daripada mereka terhadap sebarang peruntukan yang mengawal akaun.
[CustomerName]
[CANumber]
Page 20 of 30
(u) Sekiranya terdapat pelanggaran atau menyalahi mana-mana undang-undang atau garis panduan
oleh Peminjam.
Bagi tujuan fasal ini, dalam keadaan di mana Peminjam adalah dalam perkongsian, rujukan terhadap
"Peminjam" hendaklah termasuk rujukan kepada mana-mana rakan kongsi Peminjam, tidak kira sama
ada orang tersebut telah menyediakan sebarang cagaran kepada Bank.
14. TOLAKAN/CAGARAN BAGI KETERHUTANGAN MASA KINI DAN MASA HADAPAN
Keterhutangan anda kepada Bank di dalam ini yang termasuk keterhutangan masa kini dan masa
hadapan yang mungkin ditanggung oleh anda pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa sama
ada sebagai peminjam dan atau penyedia cagaran hendaklah dijamin oleh cagaran yang diwujudkan di
dalam ini atau dari semasa ke semasa oleh anda memihak kepada Bank. Tanpa menjejaskan perkara
yang disebut sebelum ini, dengan ini selanjutnya diperuntukkan bahawa Bank berhak menahan,
menggabungkan atau menyatukan semua atau mana-mana akaun sedia ada Penanggung Obligasi
(sama ada akaun semasa, deposit, pinjaman atau sebarang sifat lain pun jua dan sama ada dalam
Ringgit Malaysia atau sebarang mata wang lain) di mana jua letaknya (Akaun-akaun tersebut) dan
menolak atau memindahkan sebarang baki yang ada atau sebarang jumlah kredit dalam mana-mana
satu atau lebih daripada satu akaun tersebut untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang
keterhutangan Penanggung Obligasi setelah Bank memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari
kalendar kepada Penanggung Obligasi. Sementara menunggu Bank melaksanakan tolakan tersebut,
Bank berhak menahan dan atau menggantung pembayaran apa-apa wang daripada baki kredit dalam
Akaun.
15. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG/KEPERLUAN KAWAL SELIA / AKTA
PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013
(a) Tawaran dan ketersediaan Kemudahan di dalam Surat Tawaran ini adalah tertakluk kepada tiada
perlanggaran dilakukan terhadap sebarang undang-undang berkaitan dengannya.
(b) Tanpa menjejaskan sifat am perkara yang disebut sebelum ini, tawaran dan ketersediaan
Kemudahan di dalam Surat Tawaran ini adalah tertakluk kepada representasi dan akujanji oleh
Peminjam bahawa pembiayaan oleh Bank di dalam ini dan persetujuannya untuk memberi atau
membuat atau menyediakan Kemudahan secara berterusan kepada Peminjam tidak akan
melanggar atau memungkiri sebarang undang-undang sedia ada atau keperluan kawal selia atau
terma-terma dan syarat-syarat atau peruntukan ditetapkan oleh atau dinyatakan dalam arahan atau
garis panduan yang dikeluarkan atau dari semasa ke semasa akan dikeluarkan oleh Bank Negara
Malaysia ("BNM") dan/atau mana-mana orang atau badan yang mempunyai bidang kuasa atau
bidang kuasa ke atas Bank ("Undang-Undang dan Peraturan Yang Terpakai"). Undang-
Undang dan Peraturan Yang Terpakai yang mengawal Kemudahan ini termasuk tetapi tidak
terhad kepada (i) semua peruntukan yang berkuat kuasa di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan
2013 dan semua garis panduan dan arahan oleh BNM yang dikeluarkan terhadapnya dan semua
garis panduan BNM tentang atau yang terpakai bagi pemberian kemudahan kepada orang-orang
yang mempunyai kaitan dengan Bank, dan (ii) sebarang had atau sekatan peminjaman yang boleh
dikenakan ke atas Bank dari semasa ke semasa oleh BNM atau mana-mana pihak berkuasa
kerajaan yang lain.
[CustomerName]
[CANumber]
Page 21 of 30
(c) Peminjam hendaklah dengan serta-merta memaklumkan Bank secara bertulis jika mana-mana
Undang-undang dan Peraturan Yang Terpakai atau mana-mana terma dan syarat di dalam Surat
Tawaran ini tidak dipenuhi atau didapati tidak dipenuhi.
(d) Dengan memberikan deklarasi tentang apa-apa perkara yang disebut sebelum ini atau mana-mana
terma dan syarat di dalam Surat Tawaran ini seperti yang dikehendaki oleh dan mengikut terma-
terma yang ditetapkan oleh Bank, Peminjam akan dianggap sebagai membuat representasi dan
menjamin kepada Bank bahawa kandungan di dalamnya adalah benar dan tepat dalam semua segi
selagi Kemudahan masih tersedia atau sebarang jumlah masih perlu dibayar.
16. GARIS PANDUAN SISTEM MAKLUMAT CEK TENDANG (DCHEQS)
Operasi akaun semasa anda antara lainnya turut tertakluk kepada peruntukan yang ditetapkan oleh
Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Garis Panduan BNM mengenai DCHEQS, di mana Bank
merizab hak untuk menutup akaun Peminjam apabila berlaku tiga (3) kejadian cek tendang dalam
tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh kejadian pertama dan selepas itu satu laporan akan dihantar
kepada Biro Kredit BNM mengenai penutupan akaun tersebut.
17. PEMINDAHAN/ JUALAN/ PENYERAHAN HAK
Bank berhak pada bila-bila masa untuk memindahkan, menjual, atau menyerahhakkan semua atau
mana-mana bahagian hak, hakmilik, kepentingan, manfaat dan obligasinya di bawah Surat Tawaran,
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau mana-mana Dokumen Cagaran kepada mana-mana
pihak lain dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar kepada
Peminjam. Peminjam tidak boleh memindahkan atau menyerahhakkan sebarang hak, manfaat dan
obligasi Peminjam di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan /atau
sebarang Dokumen Cagaran tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Bank dan setiap
penyerahan hak yang dikatakan tanpa kebenaran sedemikian adalah batal dan tidak sah.
18. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL
Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini akan ditafsirkan mengikut dan tertakluk
kepada undang-undang Malaysia dan Peminjam dengan ini berserah kepada bidang kuasa Mahkamah
Malaysia. Penyampaian sebarang writ atau saman atau sebarang proses undang-undang terhadap
sebarang tindakan atau prosiding boleh dilaksanakan oleh Peminjam dengan menghantar sesalinan
writ atau saman atau pernyataan tuntutan atau proses undang-undang lain melaui pos pra-bayar (atau
sebarang kaedah lain yang dibenarkan oleh undang-undang) ke alamat Peminjam yang dinyatakan di
dalam Surat Tawaran atau alamat terakhir Peminjam yang diketahui. Sekiranya diserahkan melalui
pos, writ atau saman atau pernyataan tuntutan atau sebarang proses undang-undang lain tersebut akan
dianggap sebagai disampaikan kepada Peminjam tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan
meskipun notis atau tuntutan tersebut mungkin dikembalikan melalui pejabat pos tanpa diserahkan
atas apa-apa sebab pun jua.
19. CARIAN KEBANKRAPAN
Bank boleh tetapi tidak mempunyai obligasi untuk membuat carian kebankrapan ke atas Peminjam
dan/atau mana-mana Pihak Cagaran sebelum pelepasan Kemudahan dan pada bila-bila masa dan dari
semasa ke semasa selepas itu. Semua kos yang ditanggung berhubung dengan carian kebankrapan
hendaklah ditanggung oleh Peminjam.
[CustomerName]
[CANumber]
Page 22 of 30
20. TERMA-TERMA YANG DIKENAKAN OLEH BANK NEGARA MALAYSIA
Kemudahan hendaklah dikawal pada setiap masa oleh peraturan dan/atau arahan (sama ada
mempunyai kuasa undang-undang atau tidak) yang dikehendaki atau dikenakan ke atas Bank dari
semasa ke semasa dan pada bila-bila masa oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak
berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank.
21. NOTIS
(a) Sebarang tuntutan, permintaan, notis atau komunikasi lain (secara kolektif dirujuk sebagai
"Notis") oleh atau bagi pihak Bank atau Peminjam hendaklah dibuat secara bertulis.
(b) Notis boleh diberikan atau dibuat melalui pos, telegram, faks, penyerahan kediri atau kaedah lain
yang dibenarkan oleh Bank. Notis hendaklah dikeluarkan oleh atau bagi Bank (termasuk
notis/penyata yang dihasilkan oleh komputer yang tidak perlu ditandatangani) kepada Peminjam
di alamat, nombor faks atau alamat e-mel Peminjam yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran
atau alamat, nombor faks atau alamat e-mel yang terakhir diketahui yang dimaklumkan oleh
Peminjam secara bertulis. Peminjam hendaklah memaklumkan Bank dengan segera tentang
sebarang perubahan pada alamat dan/atau butir-butir hubungan Peminjam. Notis akan dianggap
telah dihantar kepada Peminjam;-
(i) sekiranya melalui pos, tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan meskipun Notis
tersebut dikembalikan kerana tidak diserahkan atau tidak dituntut;
(ii) sekiranya melalui telegram, pada hari perniagaan selepas tarikh penghantaran;
(iii) sekiranya melalui faks, pada hari penghantaran;
(iv) sekiranya melalui e-mel, pada hari penghantaran dengan syarat Bank tidak menerime mesej
kegagalan penghantaran atau penghantaran tidak diterima daripada penyedia host penerima
pada hari penghantaran.
(v) sekiranya melalui penyerahan kediri, pada masa penyerahan.
(c) Notis oleh Peminjam kepada Bank hendaklah ditandatangani sewajarnya oleh Peminjam atau jika
dibenarkan oleh Bank, oleh penandatangan yang diberi kuasa oleh Peminjam dan diserahkan
kepada Bank di alamat atau nombor faks yang dimaklumkan secara bertulis oleh Bank dari
semasa ke semasa. Notis akan dianggap diterima oleh Bank apabila sebenarnya diterima kecuali
sekiranya Bank menganggapnya perlu untuk menentusahkan identiti Peminjam atau sumber Notis
tersebut, Peminjam mungkin dikehendaki menyerahkan, seperti yang dikehendaki oleh Bank,
sebarang bukti dokumen (termasuk Notis sebenar atau Notis asal) kepada Bank dengan kos
ditanggung oleh Peminjan. Jika penentusahan dikehendaki oleh Bank, Notis akan dianggap
diterima oleh Bank hanya apabila Bank menerima bukti berdokumen tambahan yang diminta oleh
Bank.
(d) Peminjam bersetuju bahawa Bank boleh, menurut budi bicara tunggalnya, merakamkan dan
memantau semua komunikasi lisan dan bertulis dengan Peminjam mengikut sebarang cara dan
pada sebarang masa yang dianggap wajar oleh Bank.
22. PERTUKARAN ATAU PENGGANTIAN KEMUDAHAN
Untuk memperluaskan dan atau di samping hak Bank di bawah Fasal 6 dan meskipun sebarang
peruntukan lain yang terkandung di dalam Perjanjian ini atau dokumen lain, Bank berhak selepas
memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar dan tanpa menjejaskan cagaran
[CustomerName]
[CANumber]
Page 23 of 30
yang diwujudkan selaras dengan Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau mana-
mana Dokumen Cagaran, untuk memberikan kemudahan lanjut, mengubah, menukar atau
menggantikan mana-mana Kemudahan dengan kemudahan perbankan lain yang akan diberikan
kepada Peminjam (termasuk hak untuk mengganti atau menukar Kemudahan menjadi Pinjaman
Bertempoh) dan selepas itu Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang
Dokumen Cagaran akan menjamin kemudahan lanjut atau kemudahan yang ditukar atau digantikan
tersebut. Bank mempunyai hak untuk memberikan nombor akaun baru atau memindahkan dan/atau
menyatukan akaun-akaun sedia ada Peminjam dengan Bank kepada akaun baru apabila berlaku
sebarang perubahan, penukaran atau penggantian tersebut dilakukan, tanpa menjejaskan hak Bank di
bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang Dokumen Cagaran.
23. MODIFIKASI DAN KELONGGARAN
Bank boleh pada bila-bila masa dan tanpa dalam apa cara jua menjejaskan hak, kuasa dan remedi yang
diberikan kepada Bank dibawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau
dokumen cagaran, untuk;-
(a) memberikan kepada Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran sebarang tempoh masa atau
kelonggaran atau penepian atau kebenaran atau pelepasan;
(b) berurusan dengan, menukar, melepaskan atau memodifikasi atau menahan diri daripada
menyempurnakan atau menguatkuasakan sebarang cagaran atau hak lain yang dipunyai oleh Bank
pada masa ini atau pada bila-bila masa selepas ini atau dari semasa ke semasa daripada atau
terhadap Peminjam mana-mana Pihak Cagaran;
(c) melepaskan atau mencapai persetujuan atau memasuki sebarang suratikatan atau persetujuan
dengan Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran;
(d) memperbaharui sebarang bil atau sekuriti boleh niaga; atau
(e) memberikan atau terus memberikan atau memperbaharui sebarang kemudahan sedia ada atau
tambahan atau baru atau kemudahan perbankan atau kredit lain atau Kemudahan kepada anda
dan/atau mengubah atau menyusun semula sebarang kemudahan sedia ada yang telah diberikan
kepada anda dengan cara (tetapi tidak terhad kepada) penggantian, penambahan, kenaikan atau
pengurangan pun jua atau sebaliknya menurut terma-terma masing-masing.
24. OBLIGASI PEMBAYARAN BEBAS
Peminjam dengan ini secara nyata bersetuju dan mengisytiharkan bahawa setiap obligasi Peminjam
untuk membuat pembayaran atau pembayaran balik di bawah mana-mana peruntukan Surat Tawaran
dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini, atau jika berkenaan, sebarang Dokumen Cagaran
terdiri daripada obligasi yang berasingan dan bebas, akan membangkitkan kausa tindakan yang
berasingan dan bebas, akan terpakai tidak kira sama ada sebarang penepian atau kelonggaran diberikan
oleh Bank terhadap sebarang obligasi lain, akan kekal berkuat kuasa dan berkesan meskipun sebarang
penghakiman, perintah, tuntutan atau bukti bagi jumlah tertentu terhadap kewajipan lain dan boleh
disandarkan dan dikuat kuasa oleh Bank secara berasingan atau serentak, dengan atau tanpa perlu
memulakan sebarang tindakan lain di bawah obligasi tersebut atau di bawah sebarang Dokumen
Cagaran atau tanpa perlu terlebih dahulu menghabiskan sebarang remedi atau terlebih dahulu menolak,
menjual atau melupuskan sebarang aset atau Cagaran, harta atau perusahaan yang mungkin disediakan
sebagai cagaran kepada Bank dari semasa ke semasa.
[CustomerName]
[CANumber]
Page 24 of 30
25. PEMINJAM BERSAMA
Jika Kemudahan ditawarkan kepada dua atau lebih daripada dua peminjam, Peminjam dengan ini
bersetuju bahawa:
(a) semua perjanjian, waad, terma, penepatan dan akujanji yang dinyatakan sebagai dibuat oleh dan
bagi pihak Peminjam hendaklah dianggap dibuat oleh atau mengikat ke atas semua peminjam
secara bersama dan berasingan;
(b) semua wang yang perlu dibayar atau yang dipersetujui sebagai perlu dibayar (termasuk liabiliti
kontingen) oleh setiap peminjam bersama-sama dengan faedah dan sebarang jumlah lain yang
belum dijelaskan terhadapnya akan menjadi kena dibayar dan dengan serta-merta perlu dibayar
atas dasar liabiliti bersama dan berasingan sama ada apabila dituntut atau apabila berlakunya
Peristiwa Keingkaran yang melibatkan mana-mana Peminjam.
26. KENAIKAN KOS
Peminjam hendaklah membayar kepada Bank apabila dituntut selepas empat belas (14) hari kalendar
notis terdahulu diberikan, sebarang jumlah yang boleh ditetapkan oleh Bank mengikut budi bicara
mutlaknya dan menanggung rugi Bank terhadap sebarang kos atau kenaikan kos jika Bank
menetapkan bahawa pengenalan atau perubahan sebarang undang-undang, perintah, peraturan atau
arahan rasmi (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau tidak) daripada mana-mana pihak
berkuasa relevan yang, bersama-sama dengan obligasi Bank di bawah Surat Tawaran, Terma-terma
dan Syarat-syarat Utama ini atau apa-apa Dokumen Cagaran yang dimasuki:-
(a) menyebabkan Bank menanggung sebarang kos; atau
(b) menambah kos kepada Bank untuk membiayai atau meneruskan obligasinya di bawah Surat
Tawaran atau Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini atau sebarang Dokumen Cagaran.
27. MAKLUMAN
Peminjam hendaklah memberikan notis bertulis kepada Bank jika berlaku sebarang Peristiwa
Keingkaran di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang
Dokumen Cagaran dalam tempoh tiga (3) hari kalendar perniagaan apabila kejadiannya diketahui oleh
Peminjam.
28. KESAN MENGIKAT
(a) Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang Dokumen Cagaran
hendaklah mengikat waris, wakil diri, pengganti hakmilik dan penerima serah hak Peminjam yang
dibenarkan dan pengganti hakmilik dan penerima serah hak Bank.
(b) Peminjam tidak berhak menyerah hak atau memindahkan hak atau obligasinya di bawah ini tanpa
kebenaran bertulis terdahulu daripada Bank.
(c) Bank berhak pada bila-bila masa untuk menyerah hak atau memindahkan keseluruhan atau mana-
mana bahagian hak dan obligasinya di bawah ini. Jika Bank melaksanakan penyerahan hak
sedemikian, Bank hendaklah memaklumkan Peminjam secara bertulis.
[CustomerName]
[CANumber]
Page 25 of 30
(d) Semua kos dan perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh Bank dan pemegang serah hak dan
penerima pindahan yang sampingan pada penyerahan hak atau pemindahan tersebut hendaklah
perlu dibayar oleh Peminjam.
29. TANGGUNG RUGI
Tanpa memudaratkan terma-terma dan peruntukan yang disebut di atas dan di samping dan tanpa
menjejaskan kuasa, hak dan remedi lain yang dipunyai oleh Bank, Peminjam hendaklah menanggung
rugi Bank dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap dan atas sebarang kerugian,
kerosakan dan perbelanjaan pun jua, sama ada di sisi undang-undang atau sebaliknya, (termasuk tetapi
tidak terhad kepada semua kos undang-undang yang ditanggung oleh Bank atas dasar peguamcara-
anakguam) yang mungkin ditanggung atau dialami oleh Bank akibat sebarang keingkaran untuk
membuat pembayaran di bawah Kemudahan tersebut dan faedah ke atasnya atau mana-mana bahagian
daripadanya atau sebarang jumlah lain yang perlu dibayar di bawahnya atau di bawah Dokumen
Cagaran, atau disebabkan ketidakpatuhan terhadap semua atau mana-mana terma penetapan perjanjian
dan peruntukan oleh Peminjam atau oleh Pihak Cagaran yang terkandung di dalam ini atau di bawah
Dokumen Cagaran, dan kerugian, kerosakan dan perbelanjaan tersebut hendaklah termasuk tetapi tidak
terhad kepada jumlah yang diperakui oleh Bank (perakuan tersebut hendaklah disertai dengan asas dan
pengiraan jumlah tersebut adalah konklusif dan mengikat Peminjam kecuali jika berlaku kesilapan
nyata). Kewajipan untuk menanggung-rugi Bank bagi segala kerugian dan kerosakan dan
perbelanjaan, apa jua pun, di bawah fasal ini tidak akan terpakai sekiranya kerugian dan kerosakan dan
perbelanjaan tersebut timbul daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank melampau
atau keingkaran yang sengaja oleh Bank.
30. MASA
Masa di mana jua disebut adalah menjadi asas tetapi sebarang kegagalan untuk melaksanakan atau
kelewatan untuk melaksanakan sebarang hak, kuasa atau remedi yang terakru kepada Bank tidak akan
menjejaskan, memudaratkan, memprejudis atau beroperasi sebagai penepiannya atau keakuran
terhadap keingkaran tersebut, dan sebarang pelaksanaan tunggal atau separa sebarang hak, kuasa atau
remedi atau sebarang tindakan Bank berhubung dengan sebarang keingkaran tidak akan menghalang
atau menjejaskan atau memudaratkan atau memprejudis sebarang pelaksanaan lain atau lanjut
terhadapnya atau pelaksanaan sebarang hak, kuasa atau remedi berhubung dengan sebarang
keingkaran selepas itu. Sebarang kesabaran atau kelonggaran yang diberikan oleh Bank tidak harus
ditafsirkan sebagai penepian hak Bank di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat
Utama ini dan Dokumen Cagaran.
31. AKUJANJI
Peminjam dan/atau Pihak Cagaran dengan tak boleh batal dan tanpa bersyarat memberi kuasa kepada
Bank untuk mengeluarkan akujanji pada sebarang masa dan mengikut sebarang cara dan untuk
sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang kontingensi dan syarat yang difikirkan wajar oleh Bank
mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya memihak kepada mana-mana orang dan juga untuk
membuat pembayaran di bawah Kemudahan secara terus kepada orang tersebut selaras dengan
akujanji tersebut. Bank pada semua masa berhak membuat sebarang pembayaran dan/atau
melaksanakan sebarang obligasi yang dikenakan di bawah akujanji tersebut tanpa perlu menjalankan
penyiasatan atau membuat pertanyaan. Peminjam dan/atau Pihak Cagaran tidak berhak sama ada di
sisi undang-undang atau ekuiti untuk melarang atau menuntut agar Bank menahan sebarang
pembayaran atau menahan daripada melaksanakan sebarang obligasi yang dikehendaki selaras dengan
[CustomerName]
[CANumber]
Page 26 of 30
akujanji tersebut, tidak kiralah sama ada Peminjam dan/atau Pihak Cagaran mungkin mempunyai apa-
apa tuntutan, tuntutan balas atau hak tolakan terhadap penerima akujanji tersebut. Meskipun
peruntukan di dalam ini, Bank mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk mengubah, meminda,
membatalkan, menarik balik, menggantikan, menggantung dan/atau meminta pelepasan akujanji
tersebut tanpa menjejaskan atau memudaratkan obligasi Peminjam dan/atau Pihak Cagaran kepada
Bank.
32. PERWAKILAN
Bank boleh, menurut budi bicara mutlaknya, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa melalui
surat kuasa wakil atau melalui sebarang kaedah lain yang tersedia, mewakilkan kepada mana-mana
orang atau badan orang yang berubah-ubah, semua atau sebarang kuasa dan budi bicara yang diletak
hak kepada Bank di bawah Surat Tawaran dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini berkenaan
dengan Cagaran dan/atau Kolateral atau mana-mana bahagian daripadanya dan sebarang perwakilan
tersebut (termasuk sub-perwakilan) boleh berdasarkan sebarang terma dan syarat yang dianggap wajar
oleh Bank dan Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan atas sebarang kerugian atau
kerosakan yang ditanggung oleh Peminjam berbangkit daripada sebarang tindakan, keingkaran,
peninggalan, salah laku atau kecuaian daripada perwakilan atau sub-perwakilan tersebut.
33. SURAT KUASA WAKIL
Peminjam sebagai jaminan dengan ini melantik Bank dan setiap wakil atau sub-wakilnya (jika ada)
yang ditetapkan oleh Bank sebagai Wakil Peminjam dalam nama Peminjam atau sebaliknya dan bagi
pihaknya dengan kuasa penggantian yang penuh untuk melaksanakan dan melakukan semua
instrument, dokumen, jaminan, tindakan dan perkara yang mungkin dikehendaki atau dianggap wajar
oleh Bank berhubung dengan pelaksanaan hak dan remedinya atau yang seharusnya dibuat oleh
Peminjam di bawah peruntukan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, untuk
menyempurnakan dan menyiapkan sebarang pemindahan atau dokumen yang diperlukan oleh Bank
untuk menyempurnakan hakmiliknya atau untuk meletak hak Cagaran dan/atau sebarang Kolateral
kepada atau dalam nama Bank atau penamanya dan/atau untuk mendapatkan kembali dan/atau
menerima daripada mana-mana pihak yang terlibat, semua jumlah yang kena dibayar kepada
Peminjam terhadap Cagaran dan/atau sebarang Kolateral dan/atau untuk menguatkuasakan sebarang
hak berkenaan dengannya dan untuk memberi resit sah dan/atau untuk memulakan sebarang prosiding
dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Peminjam, sama ada melalui tindakan, distres atau
sebaliknya sebagaimana dianggap sesuai dan wajar oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya
dan/atau untuk menguatkuasakan sebarang hak yang disebut sebelum ini dan/atau untuk menjual,
memindahkan atau sebaliknya berurusan dengan semua atau sebarang Kolateral sama ada melalui
lelongan awam atau penjualan persendirian atau sebaliknya dengan atau tanpa iklan dan untuk
sebarang balasan atau nilai atau berdasarkan sebarang terma yang dianggap wajar oleh Wakil menurut
budi bicara mutlaknya dan bagi tujuan ini untuk memasuki dan menandatangani sebarang kontrak,
pemindahan, suratikatan dan dokumen lain dan melakukan semua tindakan lain yang mungkin perlu
bagi penjualan tersebut dan Peminjam dengan ini meratifikasi dan mengesahkan semua tindakan dan
perbuatan Wakil atau Wakil-wakil yang dilaksanakan secara sah olehnya/oleh mereka di bawah Surat
Kuasa Wakil ini. Surat Kuasa Wakil yang dengan ini diberikan yang diberikan untuk balasan bernilai,
adalah tak boleh batal sehingga Jumlah Belum Dijelaskan dibayar dengan sepenuhnya kepada Bank.
34. PIHAK CAGARAN DAN PEMINJAM ADALAH PIHAK BERLAINAN
(a) Jika Pihak Cagaran dan Peminjam adalah pihak yang berlainan, Pihak Cagaran dengan tak
bersyarat dan tanpa boleh batal secara bersama dan berasingan menjamin pembayaran kepada
[CustomerName]
[CANumber]
Page 27 of 30
Bank terhadap liabiliti Peminjam kepada Bank di bawah Kemudahan sama ada dalam Ringgit
Malaysia atau mana-mana mata wang lain, yang adalah kena dibayar atau terakru kepada Bank
sama ada liabiliti tersebut adalah atau mungkin adalah bersama atau berasingan atau utama atau
sampingan atau kontingen. Jika sebarang pembayaran adalah tertakluk kepada apa-apa cukai atau
jika Pihak Cagaran dikehendaki membuat potongan atau penahanan, Pihak Cagaran hendaklah
membayar cukai tersebut, hendaklah memastikan pembayaran, potongan atau penahanan tersebut
tidak melebihi liabiliti undang-undang minimum untuknya dan hendaklah dengan serentak
membayar kepada Bank sebarang jumlah tambahan yang diperlukan untuk membolehkan Bank
menerima, setelah semua pembayaran, potongan dan penahanan tersebut, jumlah bersih yang
bersamaan dengan jumlah penuh yang perlu dibayar di bawah Surat Tawaran ini dan Terma-
Terma dan Syarat-Syarat Utama ini.
(b) Jika terdapat dua (2) atau lebih daripada dua orang yang dirangkum atau termasuk di dalam
ungkapan "Pihak Cagaran" semua persetujuan, waad, obligasi, penetapan dan akujanji yang
dinyatakan sebagai dibuat oleh dan bagi Pihak Cagaran hendaklah dianggap sebagai dibuat oleh
atau mengikat orang-orang tersebut secara bersama dan berasingan.
(c) Pihak Cagaran bersetuju secara bersama dan berasingan dengan Peminjam untuk membayar atau
membayar balik kpeada Bank duti setem (termasuk ‘upstamping’) dan kos, caj dan perbelanjaan
Bank untuk menguatkuasakan semua hak Bank di dalam ini termasuk, tanpa had, kos dan
perbelanjaan undang-undang atas dasar tanggung rugi penuh.
35. HAK UNTUK MENYUMBERLUARKAN PUNGUTAN HUTANG
Jika sebarang wang yang perlu dibayar di bawah Kemudahan perlu didapatkan kembali daripada
Peminjam, Bank berhak selepas memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar kepada
Peminjam untuk menyumberluarkan pungutan hutang kepada agensi luar yang dipilih oleh Bank
menurut budi bicara tunggalnya dan Peminjam bertanggungjawab bagi fi pungutan hutang, fi
penilaian, fi jurulelong, fi profesional lain dan caj dan kos lain yang ditanggung untuk
mendapatkannya kembali dan/atau untuk menguatkuasakannya. Bank akan memaklumkan Peminjam
kesan ke atas hak-hak dan obligasi Peminjam selepas pelantikan sedemikian atau di mana hutang itu
telah dijual kepada pihak ketiga. Di bawah keadaan yang khusus di mana Peminjam tidak boleh
dihubungi, Bank adalah dianggap telah memenuhi kewajipan itu jika notis tersebut telah dihantar ke
alamat terakhir Peminjam yang diketahui sekurang-kurangnya tujuh (7) hari kalendar terlebih dahulu.
Bank akan menyediakan kepada Peminjam nama dan butiran kenalan yang telah dilantik sebagai ejen
pihak ketiga atau pihak ketiga yang mana Bank telah salurkan untuk pungutan semula semuanya dan
sebarang jumlah yang terhutang oleh Peminjam kepada Bank.
36. KEBOLEHASINGAN
Sebarang terma, syarat, penetapan, peruntukan waad atau akujanji dalam Surat Tawaran atau Terma-
terma dan Syarat-syarat Utama ini yang menyalahi undang-undang, dilarang, atau tidak boleh dikuat
kuasa tidak membawa kesan setakat kepenyalahan undang-undang, keterbatalan, larangan atau
ketidakbolehkuatkuasaan sahaja tanpa membatalkan peruntukan lain.
37. FASAL PRIVASI
(a) Peminjam mengesahkan bahawa Peminjam telah membaca, memahami dan bersetuju untuk
terikat dengan Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my
atau www.cimbislamic.com) dan fasal-fasal di dalam ini, yang berkaitan dengan pemprosesan
[CustomerName]
[CANumber]
Page 28 of 30
maklumat peribadi Peminjam. Bagi mengelakkan keraguan, Peminjam bersetuju bahawa Notis
Privasi tersebut hendaklah disifatkan sebagai digabungkan ke dalamTerma-terma dan Syarat-
syarat Utama ini secara rujukan.
(b) Sekiranya Peminjam memberikan maklumat peribadi dan kewangan yang berkaitan dengan pihak
ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan waris dekat dan tanggungan Peminjam bagi
tujuan membuka atau mengendalikan akaun/kemudahan Peminjam dengan Bank atau sebaliknya
melanggan produk dan perkhidmatan Bank, Peminjam (a) mengesahkan bahawa Peminjam telah
mendapatkan persetujuan mereka atau sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada
Bank dan untuk Bank menggunakannya mengikut Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini; (b)
bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut
adalah tepat; (c) bersetuju untuk memberi laporan kemas kini kepada Bank secara bertulis
sekiranya ada apa-apa perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan kewangan
tersebut; dan (d) bersetuju akan hak Bank untuk menamatkan Perjanjian dan Kemudahan ini,
sekiranya persetujuan ditarik balik oleh mana-mana pihak ketiga tersebut.
(c) Jika Peminjam mengarahkan Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi rentas
sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang berkenaan
dengan transaksi rentas sempadan tersebut (termasuk maklumat yang berkaitan dengan pihak
yang terlibat di dalam transaksi tersebut) boleh diterima dari atau dihantar ke luar negara, di mana
ia mungkin boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan
pihak berkuasa luar negara berkaitan dengan kewajipan mereka yang sah (contohnya, pencegahan
jenayah). Dalam mengarahkan Bank dan/atau ejen-ejen Bank untuk memasuki apa-apa transaksi
rentas sempadan bagi pihak Peminjam, Peminjam bersetuju akan pendedahan tersebut di atas bagi
pihak Peminjam dan orang lain yang terlibat dalam transaksi rentas sempadan tersebut.
(d) Bank mungkin pada sebarang masa dan dari semasa ke semasa sekarang dan/atau di masa
hadapan melakukan pemeriksaan rujukan yang perlu termasuk tetapi tidak terhad kepada laporan
kredit/rujukan pemeriksaan dengan agensi pelaporan / agensi rujukan termasuk tetapi tidak terhad
kepada CCRIS, Perkhidmatan Maklumat Kewangan (FIS) dan/atau sebarang agensi-agensi lain
dan/atau dari sebarang institusi kewangan bagi membolehkan Bank untuk menentukan status
Peminjam sebagaimana yang dikehendaki untuk membantu membuat keputusan, contohnya
apabila Bank perlu (a) menyemak butiran mengenai permohonan untuk kredit dan berkaitan
dengan kredit atau kemudahan lain; (b) menguruskan akaun atau kemudahan kredit dan berkaitan
dengan kredit, termasuk menjalankan semakan terhadap portfolio Peminjam; mendapatkan
semula hutang dan/atau sebarang tujuan berkait dengan atau berhubung dengan Kemudahan ini.
Peminjam akan dihubungkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit kepada mana-mana nama lain
yang digunakan atau pernah digunakan oleh Peminjam, dan mana-mana pemohon bersama dan
berasingan. Bank juga boleh berkongsi maklumat tentang Peminjam dan bagaimana Peminjam
menguruskan akaun/kemudahan Peminjam dengan agensi-agensi laporan/rujukan kredit yang
berkenaan.
(e) Meskipun selepas Peminjam memberi sebarang maklumat kepada Bank, Peminjam masih
mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum ini. Dalam keadaan
itu, Bank mempunyai hak untuk tidak memberi atau memberhentikan penyediaan mana-mana
produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang berhubung dengan maklumat tersebut.
(f) Bank merizab hak untuk meminda fasal ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak
Bank dan akan memberi dua puluh satu (21) hari kalendar notis terdahulu secara bertulis kepada
[CustomerName]
[CANumber]
Page 29 of 30
Peminjam dan meletakkan pindaan tersebut di dalam laman web Bank dan/atau meletak notis di
ruang perbankan atau di lokasi yang mudah dilihat di cawangan-cawangan Bank.
(g) Untuk tujuan Fasal ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad dan
semua syarikat yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Seksyen 6,
Akta Syarikat 1965 dan syarikat-syarikat dikawal bersama yang menyediakan perkhidmatan
kewangan dan perkhidmatan terkawal lain, yang tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan
bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia, dan penggunaan perkataan "Bank"
hendaklah dibaca sebagai merujuk kepada Kumpulan CIMB.
(h) Peminjam selanjutnya bersetuju bahawa Bank tidak akan pada mana-mana peristiwa untuk
bertanggungjawab keatas mana-mana tuntutan, kerugian, kerosakan (kewangan atau sebaliknya),
kecederaan, rasa malu atau liabiliti walau secara mana pun ia terjadi, sama ada di dalam
perjanjian, tort, kecuaian, liabiliti keras atau sebarang asas (termasuk secara langsung atau bukan
secara langsung, istimewa, bersampingan, berbangkit atau ganti rugi punitiva atau kerugian atas
keuntungan atau simpanan), daripada sebarang ketidaktepatan atau kerugian, penghapusan atau
pengubahsuaian maklumat atau sebarang alasan-alasan lain apa jua yang berkaitan kepada mana-
mana informasi yang dikemukakan oleh Bank kepada laporan kredit/agensi rujukan tersebut
dan/atau pihak lain yang tersebut, sebagaimana kes itu mungkin akan, atau berhubung dengan
mana-mana akses atau guna, atau ketidakupayaan untuk akses atau guna oleh laporan
kredit/agensi rujukan tersebut dan/atau pihak lain yang tersebut atau sekutu pada informasi yang
terkandung di dalamnya, sama ada disebabkan oleh sebarang teknikal, perkakasan, atau kegagalan
perisian yang sebagainya, gangguan, kesilapan, peninggalan, penundaan, virus atau bagaimana
jua pun selainnya, melainkan punca yang sama adalah disebabkan oleh kecuaian melampau
secara langsung oleh Bank atau kesilapan yang sengaja.
(i) Fasal ini adalah tanpa prejudis kepada sebarang fasal lain di dalam Perjanjian ini yang membuat
peruntukan bagi pendedahan maklumat.
38. KEKURANGAN HASIL JUALAN
Jika jumlah yang direalisasi terhadap penjualan Kolateral atau mana-mana bahagian daripadanya atau
sebaliknya selaras dengan peruntukan Fasal 10 tidak mencukupi untuk menjelaskan jumlah yang
terhutang kepada Bank berhubung dengan Jumlah Belum Dijelaskan dan/atau selaras dengan Surat
Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan sama ada pada penjualan tersebut Bank
adalah pembeli Kolateral atau tidak, Peminjam hendaklah selepas tujuh (7) hari kalendar notis
terdahulu, membayar kepada Bank perbezaan antara jumlah yang kena dibayar dan jumlah yang
direalisasi dan sehingga pembayaran dibuat akan turut membayar kepada Bank sebarang jumlah yang
akan memberi pampasan kepada Bank atas sebarang kerugian atau perbelanjaan yang mungkin
dialami atau ditanggung oleh Bank termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang faedah yang perlu
dibayar oleh Bank untuk menanggung atau mengekalkan jumlah perbezaan yang disebut sebelum ini
antara jumlah yang kena dibayar dan jumlah yang direalisasi, dengan syarat tiada apa-apa yang
terkandung di dalam ini akan ditafsirkan sebagai mengenakan sebarang kewajipan (sama ada di sisi
undang-undang atau ekuiti) ke atas Bank untuk melaksanakan semua remedinya untuk menjual
Kolateral sebelum melaksanakan sebarang tindakan berasingan atau sebelum menguatkuasakan
sebarang remedi lain atau melaksanakan sebarang hak lain terhadap Peminjam dan Peminjam dengan
ini secara tak boleh batal dan tak bersyarat bersetuju dan membenarkan Bank memulakan prosiding
berasingan, menguatkuasakan remedi lain dan melaksanakan sebarang hak lain di pihak Bank terhadap
Peminjam dengan serentak atau tanpa melaksanakan semua haknya untuk menjual atau meneruskan
tindakan terhadap Kolateral.
[CustomerName]
[CANumber]
Page 30 of 30
39. TANGGUNG RUGI MATA WANG
Jika atas sebarang sebab, sebarang pembayaran di bawah atau berhubung dengan Surat Tawaran,
Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan/atau sebarang Dokumen Cagaran dibuat atau diterima atau
didapatkan kembali oleh Bank dalam mata wang ("mata wang lain") selain daripada Ringgit Malaysia
maka, setakat mana pembayaran (apabila ditukar pada kadar pertukaran pada tarikh pembayaran atau
seberapa cepat yang mungkin selepas itu) adalah kurang daripada jumlah yang terhutang di bawah
Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan/atau Dokumen Cagaran, Peminjam hendaklah
sebagai kewajipan yang berasingan dan bebas, menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya terhadap
jumlah kekurangan; dan bagi tujuan Klausa ini, ungkapan "kadar pertukaran" bermaksud kadar di
mana Bank boleh pada tarikh relevan selaras dengan amalan biasanya membeli Ringgit Malaysia
dengan mata wang lain. Bank tidak perlu memberikan bukti tentang sebarang kerugian sebenar di
pihak Bank.
40. PENTAFSIRAN
Kecuali konteks menghendaki sebaliknya, perkataan yang ditulis dengan huruf besar yang digunakan
di dalam ini yang tidak ditafsirkan akan membawa maksud yang sama seperti yang ditakrifkan di
dalam Surat Tawaran. Jika terdapat sebarang perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau
percanggahan antara teks Bahasa Inggeris atau sebarang versi lain bagi terma-terma dan syarat-syarat
ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini,
sekiranya anda meminta versi terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini dalam Bahasa Malaysia,
Bank hendaklah menyediakannya kepada Peminjam dan jika perjanjian dimasuki atas dasar ini, maka
versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.
************************************
(Bahagian seterusnya dalam muka surat ini sengaja dibiarkan kosong)