tesis 1 azran-quran - semak ok

Upload: azran-jaafar

Post on 08-Mar-2016

343 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

KEUPAYAAN BACAAN AL QURAN MURID-MURID ISLAM DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINADI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA CHEROH RAUB PAHANGAZRAN BIN JAAFAR @ RAMLI731025065177

FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2014

1. PENDAHULUANAl-Quran merupakan kalam Allah s.w.t yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s, ditulis di dalam mushaf yang dimulai dengan surah al-fatihah dan diakhiri dengan surah al-nas, disampaikan kepada kita secara mutawatir dan membacanya merupakan satu ibadah. Ia diturunkan di dalam bahasa Arab sebagai bahasa yang terpilih sebagaimana firman Allah s.w.t :

(((((( (((((((((((( (((((((((( ((((((((( (((((((((( ((((((((((( ((( Maksudnya : Sesungguhnya Kami yang menurunkan Kitab itu sebagai al-Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunkan akal untuk memahaminya. (Yusuf : 2)

Al-Quran berperanan besar dalam pembentukan akidah dan jati diri seseorang muslim. Dari sudut ibadah, seperti ibadah solat, pembacaan al-Quran surah al-Fatihah adalah merupakan bacaan wajib sama ada solat fardhu atau solat sunat. Al-Quran tidak semestinya dibaca di dalam ibadah lain, malah pembacaan al-Quran itu sendiri merupakan ibadah yang amat dituntut. Agama Islam menuntut umatnya membaca al-Quran dan mempelajari kandungannya. Membaca al-Quran dituntut kerana di antara hikmat al-Quran diturunkan adalah untuk dibaca, ditadabbur, dihayati dan diamalkan. Al-Quran adalah setinggi-tinggi anugerah yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Ia adalah satu mukjizat abadi yang membuktikan kebenaran dan kekuatan pengaruhnya. Ia tetap menjadi perlembagaan abadi sepanjang zaman sesuai untuk mengatur hal-hal kehidupan manusia pada semua masa dan tempat. Isi kandungannya yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia adalah panduan dan pegangan insan dalam menjalani kehidupan dunia yang menjadi jambatan ke akhirat. Membaca al-Quran dengan betul dari segi tajwid dan makhrajnya supaya tidak terpesong pengertiannya menjadi tuntutan agama ke atas orang Islam kerana membaca al-Quran dapat membentuk akidah dan akhlak individu. Membaca al-Quran juga menjadi suatu ibadah yang diberi pahala oleh Allah kepada pembacanya jika dibaca dengan sebutan yang betul dan mengikut kaedah bacaan dan mengikut tajwid. Membaca al-Quran dengan betul penting untuk menentukan ibadah yang dilakukan sah atau tidak sah. Oleh itu mempelajari dan membaca al-Quran mestilah secara mushafahah iaitu diterima dari mulut ke mulut, seperti Rasulullah S.A.W. menerima al-Quran dari Jibril. A.S. Membaca al-Quran sangat digalakkan kepada umat Islam sehinggakan setiap huruf yang dibaca akan diberi sepuluh kebaikan. Pahala pembaca al-Quran bukan sahaja diberi kepada mereka yang membacanya tetapi juga diberi kepada pendengarnya. Sebaliknya kegagalan membaca al-Quran dengan baik dan sempurna membawa kesan yang buruk terhadap individu muslim. Antara kesan buruk akibat tidak mempelajari cara atau kaedah membaca al-Quran dan tafsir ialah:

i. Tidak sah solat dan tidak sempurna ibadah-ibadah yang lain yang melibatkan bacaan al-

Quran.

ii. Menjadi malas dan tidak berminat untuk mengerjakan ibadah kepada Allah.

iii. Tidak memahami akan hukum-hukum yang diterangkan dalam al-Quran.

iv. Hidup tidak mempunyai matlamat yang jelas.

Sekarang, naskhah al-Quran bukan sahaja diterbitkan secara bercetak, malah sudah ada al-Quran dalam bentuk digital bersama alat bantuan audio dan visual. Malah bukan sahaja boleh dimuat turun ke komputer riba, malah sudah boleh dimuat turun ke telefon bimbit. Ini menunjukkan kepada kita bahawa seseorang itu tidak perlu lagi bersusah payah mendapatkan al-Quran sekiranya hendak membacanya dan mendengarnya.Berdasarkan fenomena-fenomena yang telah berlaku ke atas umat Islam kini maka eloklah kita kembali kepada mempelajari al-Quran dengan membaca al-Quran dan memahami pengertian ayat-ayat di dalamnya serta mengamalkan suruhan al-Quran dengan penuh keikhlasan. Sikap tidak suka membaca al-Quran merupakan satu kerugian yang besar kerana al-Quran adalah panduan dan pedoman di dalam segala bidang kehidupan kerana kehidupan yang tidak berpandukan kebenaran al-Quran akan terus menderita dilanda berbagai-bagai masalah yang semakin hari semakin parah.2. LATAR BELAKANG KAJIANAl-Quran merupakan kitabullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, sebagai rujukan kepada seluruh umat manusia. Ia menjadi pegangan dan panduan yang tidak terbatas. Oleh itu kemahiran membaca Al-Quran adalah merupakan satu ilmu yang wajib dimiliki oleh setiap orang-orang Islam. Ini adalah kerana dengan kemahiran membaca Al-Quran ini membolehkan setiap orang Islam memahami serta menterjemahkan ajaran Al-Quran itu di dalam kehidupan seharian mereka. Kehidupan Nabi Muhammad adalah dipandukan dengan pentarbiyahan al-Quran itu sendiri. Ini dijelaskan oleh Siti A'isyah ketika ditanya kepadanya mengenai akhlak rasul maka dijawab oleh A'isyah akhlak nabi adalah seperti Al-Quran yang berjalan (Al-Qabbaini 1994). Justeru itu, melalui kemahiran asas iaitu membaca Al-Quran barulah proses pendidikan Islam yang lain dapat diterapkan dengan sempurna. Al-Quran hingga kini kekal dengan bacaan dan penulisan yang diwarisi daripada Nabi Muhammad S.A.W sejak 1400 tahun yang lalu (Hassan Mahmud 1986). Usaha penjagaan Al-Quran ini telah diteruskan oleh para ulama Islam selepas kewafatan NabiMuhammad S.A.W. Menurut Abdullah Ishak (1995) pengajian Al-Quran telah menjadi pengajian utama yang terdapat dalam kurikulum seluruh dunia Islam. Ia tidak pernah berlaku pengubahsuaian lafaz dan maksudnya oleh sesiap sahaja di kalangan manusia dan jin. Keindahan bahasa dan kesusteraannya amat terbukti, apabila tidak ada orang yang boleh menandinginya hingga hari ini.

Ini adalah bersesuaian dengan jaminan Allah di dalam firmanNya dalam surah Al-Hijr ayat 9

((((( (((((( ((((((((( (((((((((( ((((((( ((((( (((((((((((( (((

Maksudnya : Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.

Sebagai kitab hidayah, al Quran tidak meninggalkan sesuatupun permasalahan hidup manusia. Al Quran mengandungi lebih daripada 6200 ayat dalam 114 surah membicarakan seluruh aspek yang dikehendakki oleh tamadun manusia, termasuklah persoalan akidah, syariah dan akhlak, juga persoalan ekonomi, politik, pendidikan, perundangan, keselamatan dan sebagainya. Kerana itu dikalangan para ulama Islam telah meletakkan pengajian Al-Quran merupakan subjek teras di dalam kurikulum yang dibentuk oleh mereka. Ibnu Khaldun telah menyatakan bahawa mengajar anak-anak mendalami Al-Quran merupakan suatu simbol dan pekerti Islam (Hassan Langgulung 1986).

A1 Ghazali telah menjelaskan pengajaran Al-Quran sebagai kurikulum dasar pada peringkat kanak-kanak dengan menggariskan kemahiran-kemahiran seperti berikut

a. Belajar mengenal huruf dan membaca.

b. Belajar membaca Al-Quran.

c. Menulis beberapa ayat setiap hari dan menghafalnya.

d. Mempelajari hadis Rasulullah S.A.W.

e. Mempelajari kata-kata, ucapan dan cerita-cerita khalifah ar-Rasyidin termasuk cerita-cerita

nabi dan cerita-cerita yang berkaitan dengan keagungan Islam (Al-Aroosi, 1990)

Justeru itu pengajian Al-Quran adalah merupakan ilmu yang paling utama di dalam kurikulum Pendidikan Islam. Ini telah dinyatakan oleh Osman Bakar, 1991: pengajaran Al-Quran menyaluti hati manusia dengan kepercayaan yang kukuh (terhadap Islam) dan segala rukun iman yang terdapat di dalamnya yang berpunca daripada ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi. Al-Quran menjadi asas pendidikan dan dasar kepada tabiat serta kelakuan yang muncul kemudian. Ia menjadi dasar kepada semua ilmu pengetahuan yang didapati kemudian di dalam penghidupan seseorang."

Di negara kita, usaha untuk mengeluarkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran membaca Al-Quran telah direalisasikan di dalam kurikulum Pendidikan Islam dengan memasukkan kemahiran membaca dan mentafsir ayat al-Quran ke dalam kurikulumnya (Abdullah Ishak 1985). Ini bersesuaian dengan dasar pendidikan Negara yang ingin melahirkan modal insan terbaik yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pendidikan Islam dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 1 hingga 6 tahun 2010, menyatakan bahawa dalam bidang tilawah antara aspek utama yang ditekankan ialah dapat membaca al quran dengan bacaan yang betul, fasih dan bertajwid serta mengamalkan pembacaan al quran dalam kehidupan. Ini bertujuan untuk mendekatkan lagi pelajar-pelajar kepada isi kandungan Al Quran itu sendiri. Oleh yang demikian kemahiran membaca Al-Quran terus menjadi teras di dalam Pendidikan Islam negara.

3.PERNYATAAN MASALAHPara pelajar telah didedahkan dengan ilmu pembacaan al-Quran sejak peringkat awal usia iaitu empat atau lima tahun. Kemahiran pembacaan al-Quran itu diajar sendiri oleh ibu bapa kanak-kanak itu atau diajar oleh guru-guru al-Quran di kampung-kampung mahupun di bandar pada sesi luar waktu sekolah. Di peringkat sekolah pula, pelajar mempunyai kelas Program jQaf yang mana diajar Jawi, al-Quran dan Bahasa Arab yang diatur dengan sistematik. Persoalan yang timbul, mengapa masih ramai yang tidak berupaya menguasai dan membaca al-Quran dengan baik. Menurut kajian yang dibuat oleh Mohammad Naim Salleh (2003) yang bertajuk Pencapaian Tilawah al-Quran Melalui Penggunaan Kaedah Iqra di Sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Setiu, Terengganu, kajian oleh Nasir dan Rubiyah (1997) yang telah membuka kajian terhadap kebolehupayaan membaca al-Quran dalam kalangan guru pelatih di Institut Perguruan Sultan Abdul Hamid.

Ramlan (2000) menyatakan kelemahan tahap penguasaan tilawah al-Quran khususnya aspek pembacaan lebih mencabar yang memerlukan kemahiran yang tinggi. Mohd Alwi (2003) dan Ab. Halim (2006) menunjukkan bahawa kelemahan dalam pengajaran Pendidikan Islam menyebabkan timbulnya masalah penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca al-Quran. Sekiranya pengajaran tilawah al-Quran di sekolah tidak diberi penekanan, kelemahan ini akan berlanjutan sehinggalah mereka menamatkan persekolahan di peringkat menengah.

Di dalam kajian Ramlan Ahmad (2000) yang berjudul Kemahiran Membaca al-Quran dan Jawi Pelajar-pelajar Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh : Satu Kajian Kes mendapati bahawa wujudnya signifikan perbezaan kebolehupayaan membaca al-Quran berdasarkan jantina. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar perempuan lebih berkemahiran membaca al-Quran dan membaca jawi berbanding dengan pelajar-pelajar lelaki sekolah berkenaan.

Khatam al-Quran di alam persekolahan adalah bukan jaminan untuk mengatakan bahawa mereka telah menguasai pembacaan al-Quran. Dalam hal ini, Mohd Aderi (2004) yang telah membuat kajian tentang celik al-Quran dalam kalangan pelajar tingkatan satu di Kuala Lumpur mendapati bahawa walaupun 63% daripada responden telah menamatkan pembacaan al-Quran di peringkat sekolah rendah, namun tahap bacaan keseluruhan responden adalah pada tahap sederhana dan lemah.

Azarudin Awang et al. (2010) dalam kajiannya Tahap Pembacaan Al-Quran Dalam Kalangan Pejajar UiTM Terengganu mendapati bahawa tahap kebolehupayaan membaca al-Quran adalah baik dalam aspek-aspek asas namun masih lemah dalam aspek pembacaan al-Quran yang lebih mencabar yang memerlukan kemahiran yang tinggi. Kajian beliau juga mendapati wujudnya perbezaan signifikan tahap kebolehan membaca al-Quran dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan.

Namun, terdapat beberapa juga kajian yang telah dilakukan seperti Mohd Naim (2003), Mohd Aderi (2004) dan Aderi & Rohani (2009) yang memfokuskan tentang kelemahan penguasaan kemahiran membaca Al-Quran di kalangan pelajar walaupun mereka telah melalui enam tahun pembelajaran di sekolah rendah. Ianya menyokong hasil dapatan kajian Mohd Faisal et al. (2008), pelajar yang mengikuti model Enam Bulan Khatam Al-Quran menunjukkan 75.8% mencapai objektif dan 15% masih tidak boleh menguasai bacaan Al-Quran. Ini menunjukkan masalah kelemahan dalam penguasaan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar masih terus berlanjutan walaupun melalui pelaksanaan program j-QAF.

Kebanyakan kajian telah banyak dilakukan di sekolah kebangsaan dan menengah serta institusi pengajian tinggi yang majoriti pelajarnya adalah beragama Islam. Pengkaji ingin membuat kajian di sekolah jenis cina disebabkan wujud satu persoalan yang perlu dirungkai oleh pengkaji iaitu kebanyakan pelajar Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mempunyai jumlah yang sedikit, namun kebanyakkan pelajarnya tidak mampu menguasai pembacaan al-Quran dengan baik. Persoalan lain juga timbul apakah tahap keupayaan penguasaan mata pelajaran kemahiran al-Quran melalui model jQAF dan juga Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam untuk pelajar Islam di Sekolah Jenis Cina tidak sesuai dan apakah ada pendekatan yang lebih baik untuk dijadikan asas bagi pelajar menguasai pembacaan al-Quran dengan baik. Apakah keupayaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar Islam di SJKC Cheroh mengikut kelas berdasarkan kemahiran sebutan huruf dan kelancaran bacaan dengan mengambil kira hukum tajwid yang asas dan adakah terdapat perbezaan keupayaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar Islam di SJKC Cheroh berdasarkan aliran, jantina, tahap sosioekonomi, latar belakang keluarga dan lokasi sekolah.4.TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian adalah untuk melihat dan mengenal pasti keupayaan bacaan al Quran murid-murid Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Cheroh di daerah Raub.5. OBJEKTIF KAJIAN

Walaupun sudah ada usaha-usaha untuk mengatasi kelemahan ini, tetapi ia didapati terus berlanjutan. Pengkaji melihat kelemahan yang berlaku di kalangan pelajar Islam seperti ini, bukan perkara baru malah ia telah menjadi faktor utama yang menjejaskan prestasi pelajar terutamanya pelajar Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sejak sekian lama dan telah menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam khususnya dan tidak berminat untuk menghantar anak mereka bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan amnya. Ketidakupayaan pelajar menguasai kemahiran membaca al Quran ini, telah menyebabkan mereka kecundang dalam mempelajari Pendidikan Islam keseluruhannya.

Oleh itu kajian ini dilakukan untuk melihat:

i. Mengenal pasti keupayaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar Islam di SJKC Cheroh Raub secara keseluruhannya ii. Mengenal pasti keupayaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar Islam di SJKC Cheroh

mengikut kelas berdasarkan kemahiran sebutan huruf dan kelancaran bacaan dengan mengambil kira hukum tajwid yang asas.iii. Mengenal pasti adakah terdapat perbezaan keupayaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar Islam di SJKC Cheroh berdasarkan aliran, jantina, tahap sosioekonomi, latar belakang keluarga dan lokasi sekolah ?

Daripada hasil kajian ini nanti dipercayai dapat didedahkan pelbagai bentuk kelemahan yang selama ini membelenggu para pelajar. Pengkaji berharap satu pendekatan baru yang lebih sempurna perlu diambil dan dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini.6.PERSOALAN KAJIANPenyelidikan ini akan cuba menjawab persoalan persoalan kajian di bawah :

i. Apakah keupayaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar Islam di SJKC Cheroh Raub secara keseluruhannya ?

ii. Apakah keupayaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar Islam di SJKC Cheroh mengikut kelas berdasarkan kemahiran sebutan huruf dan kelancaran bacaan dengan mengambil kira hukum tajwid yang asas.iii. Adakah terdapat perbezaan keupayaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar Islam di SJKC Cheroh berdasarkan aliran kelas, jantina, tahap sosioekonomi, latar belakang keluarga dan lokasi sekolah ?7.KEPENTINGAN KAJIANKajian ini secara langsung atau tidak langsung dapat memberi pendedahan dan gambaran yang sebenar tentang tahap pencapaian sebenar bacaan al quran murid dalam kalangan murid Islam di salah sebuah sekolah Cina di daerah Raub. Berbagai maklumat yang melibatkan prestasi bacaan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Cheroh ini dijangkakan dapat memberi kesedaran kepada mereka yang membaca kajian ini dan hasilan yang didapati ini diharap boleh meransang kepada mereka dan juga saya untuk berusaha dengan lebih kuat untuk memperbaiki kelemahan sendiri dalam bidang PdP.Kepada pihak sekolah, hasil kajian ini diharapkan akan membolehkan pihak-pihak yang berkenaan dapat mengenal pasti prestasi dan keupayaan bacaan al Quran pelajar Islam dengan lebih dekat, kelemahan dan permasalahan yang menghantui murid. Dengan pendedahan dalam kajian ini, pihak sekolah boleh melihat keadaan sebenar yang berlaku di sekolah dan ianya dapat membantu pentadbir sekolah merancang berbagai keperluan pelajar.Seterusnya kajian ini juga boleh membantu pihak sekolah, melakukan gerak gempur untuk meransang dan meningkatkan minat membaca al Quran. Kepada guru-guru yang berkaitan, pihak sekolah boleh memberi latihan dari masa ke semasa agar dapat meningkatkan ilmu berkaitan al Quran supaya tugas mereka menjadi lebih sempurna disamping mereka dapat mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong sebagai penghalang kepada pencapaian murid dalam aspek bacaan al Quran.8.BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya tertumpu hanya kepada semua murid Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Cheroh Raub Pahangyang berjumlah seramai 6 orang yang dipilih sebagai sampel berdasarkan jadual di bawah.KelasBilangan lelakiBilangan perempuanJumlah

Tahun 1000

Tahun 2112

Tahun 3112

Tahun 4101

Tahun 5000

Tahun 6101

Jumlah426

Kebolehupayaan membaca al Quran ini diukur kepada kebolehan menyebut, melafazkan kalimah-kalimah dengan makhraj dan tajwid yang betul berdasarkan hukum tajwid yang asas.9.DEFINISI OPERASI

Berikut adalah keterangan istilah yang dirujuk dan digunakan dalam kajian ini :

1.9.1 Keupayaan

Merujuk kepada kecekapan dan kebolehan dalam membaca

1.9.2 Membaca

Menurut Kamus Dewan edisi keempat 2008, perkataan 'membaca' membawa maksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Menurut Klein dalam Farida Rahim( 2005:3 ), membaca dapat didefinisikan sebagai suatu proses. Maksudnya adalah informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna. Menurut Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.Secara umumnya, membaca merupakan kegiatan harian kita untuk mendapatkan sebarang maklumat daripada bahan-bahan bacaan yang kita baca. Sebagai contohnya, surat khabar, majalah, buku dan sebagainya. Proses membaca dapat didefinisikan sebagai satu proses pemahaman pembaca terhadap kandungan bahan-bahan bacaan yang dibaca. Pembaca akan cuba memahami segala informasi yang terkandung dalam bahan bacaan mereka.1.9.3Al Quran

Merujuk kepada ayat-ayat yang terkandung dalam kitab atau kalamullah yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) melalaui malaikat Jibrail (a.s), ditulis dalam mushaf, disampaikan kepada kita secara mutawattir, dimulai dengan surah al Fatihah dan disudahi dengan surah an Nas. Membacanya dikira sebagai ibadah dan diberi ganjaran yang berlipat kali ganda oleh Allah s.w.t.

1.9.4 Murid-murid Islam SJKC Cheroh Raub

Murid-murid ini adalah kesemua murid yang beragama Islam daripada tahun 1 hingga tahun 6 yang telah mula mengikuti kurikulum KSSR Pendidikan sejak tahun 2013. 10.RUMUSANWalaupun kajian saya ini hanya melibatkan sejumlah kecil pelajar Islam di sekolah jenis kebangsaan Cina, namun secara tidak langsung telah dapat menggambarkan ketidakupayaan pelajar Islam sekolah ini menguasai dalam pembacaan al quran. Sikap tidak suka membaca al-Quran merupakan satu kerugian yang besar kerana al-Quran adalah panduan dan pedoman di dalam segala bidang kehidupan kerana kehidupan yang tidak berpandukan kebenaran al-Quran akan terus menderita dilanda berbagai-bagai masalah yang semakin hari semakin parah. Berdasarkan fenomena-fenomena yang telah berlaku ke atas umat Islam kini maka eloklah kita kembali kepada mempelajari al-Quran dengan membaca al-Quran dan memahami pengertian ayat-ayat di dalamnya serta mengamalkan suruhan al-Quran dengan penuh keikhlasan.BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan beberapa aspek tentang kepentingan mempelajari al quran secara khususnya. Perbincangan akan meliputi perkara yang melibatkan 2.2 Definisi Membaca dan Keupayaan

2.2.1 Definisi Membaca

Jika diperhatikan di dalam Kamus Dewan Edisi Baru Edisi Keempat (2007), membaca bererti memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Manakala di dalam Oxford Advanced Learners Dictionary (1995) membaca diertikan; to look at and be able to understand something written or printed: to say with ones voice or ones mind written words, to read something out, to get information about something, someone or event, ect. Dalam pada itu, Leslie (2001) menjelaskan maksud membaca adalah satu proses kognitif yang menekankan aspek pengecaman, membuat interpretasi dan persepsi terhadap bahan bercetak atau bertulis. Manakala menurut Goodman (1971) pula membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat di dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan.

Seterusnya membaca adalah merupakan proses berkomunikasi secara langsung antara pembaca dan bahan bacaan, dan secara tidak langsung dengan penulisnya (Safiah Osman: 1990).

Menurut ahli psikolinguistik kognitif pula, membaca adalah proses psikolinguistik yang berlaku apabila seseorang pembaca membentuk semula dalam pemikirannya makna yang ingin disampaikan oleh seorang penulis melalui lambang-lambang bertulis yang dibaca (Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz: 19989),(Smith:1971).

Rushdiy Ahmad Tuaymah (2006: 187) pula menyatakan, membaca merupakan interaksi pembaca dengan bahan bacaan menerusi deria penglihatan dan pembaca akan mentafsir dan merungkai simbol-simbol bacaan kepada mesej tertentu serta cuba memahami makna yang hendak disampaikan berdasarkan maklumat pembaca yang sedia ada.

Kesimpulannya, melalui pelbagai huraian yang telah dibuat, ternyatalah membaca bukanlah hanya merupakan proses mekanikal yang melibatkan tulisan huruf semata-mata. Ianya merupakan proses yanag saling bertimbal balik di antara tulisan huruf dan seterusnya proses menterjemahkan penulisan serta proses permaknaan perkataan yang telah diterjemahkan tadi. Oleh itu membaca bukanlah satu proses yang mudah tetapi melibatkan satu siri proses yang kompleks.

2.2.2 Definisi keupayaan Menurut Kamus Dewan (DBP: 2005), keupayaan bermaksud kesanggupan atau kemampuan melakukan sesuatu dan usaha untuk mencapai sesuatu maksud..2.3 PANDANGAN ULAMA ISLAM TERHADAP MEMBACADalam memperkatakan pandangan mereka terhadap membaca, ulama terdahulu lebih memfokuskan kepada pentafsiran al-Quran. Menurut mereka membaca merupakan salah satu kemahiran bagi memperolehi sesuatu bahasa dan ilmu serta ianya merupakan suatu tuntutan di dalam agama Islam. Penegasan tentang kepentingannya telah dinyatakan dalam wahyu pertama yang diturunkan ke atas Rasulullah (s.a.w.) sejak seribu empat ratus tahun yang lalu. Firman Allah di dalam surah al-Alaq (ayat 1-5):(((((((( (((((((( ((((((( ((((((( (((((( ((( (((((( (((((((((( (((( (((((( ((( (((((((( (((((((( (((((((((( ((( ((((((( (((((( (((((((((((( ((( (((((( (((((((((( ((( (((( (((((((( (((

Bermaksud:

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,

2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,

4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.Di dalam surah ini, perkataan " " iqra, iaitu suruhan untuk membaca telah diulang sebanyak dua kali. Ini menggambarkan kedudukan tinggi yang diberikan oleh Islam terhadap amalan membaca (Lafi: 2006). Bahkan, Islam telah meletakkan membaca sebagai syarat yang utama untuk manusia memperoleh ilmu pengetahuan (Ghazi: 1984). Ayat pertama yang diturunkan mengandungi lafaz amr (perintah) yang menandakan kewajipan untuk membaca.

Menurut Ibn Kathir (2002) kewajipan ini merupakan penanda aras kelebihan manusia daripada makhluk yang lain. Seterusnya beliau menyatakan dalam tafsirnya, ilmu itu kadang-kadang berada dalam minda, kadang-kadang pada lidah dan pertuturan dan kadang-kadang dalam penulisan (Ibn Kathir, 2002 : 407).

Dalam pada itu pula az-Zuhailiy (2005: 708) menyatakan bahawa Allah swt memerintahkan manusia mempelajari kemahiran membaca dan menulis. Antara kenyataannya; Kedua-dua kemahiran ini adalah kaedah bagi mendalami ilmu-ilmu agama dan wahyu, keyakinan bagi menyampaikan ilmu kepada manusia serta asas kepada perkembangan ilmu, peradaban, kebudayaan dan ketamadunan.Pandangan al-Imam ar-Raziy (544- 604 H) terhadap membaca pula lebih kepada bidang pendidikan (15:2000). Beliau menyatakan perkataan " " iqra yang pertama bermaksud pembelajaran dari malaikat Jibril manakala perkataan kedua membawa maksud pengajaran yang lebih kepada mengenali, memahami, bertindak balas dan kristis.

Al-Alwa:niy (1996) berpendapat, membaca yang disarankan oleh Allah itu mengandungi dua bentuk makna bacaan iaitu bacaan dari tuhan (wahyu yang disampaikan) dan bacaan makhluk. Kedua-dua bentuk makna bacaan ini saling berkait antara satu sama lain. Beliau berpendapat bahawa perkaitan antara keduanya satu-satunya cara untuk menghindarkan umat islam dalam krisis pemikiran dan kemajuan.

Dalam pada itu, al-Alwaniy juga bersependapat dengan pemikiran dan pandangan Ibn Khaldun (1999: 1036-1038). Beliau membahagikan ilmu kepada ilmu naqli dan aqli. Kedua-dua bentuk ilmu ini saling berkait rapat dalam aspek pembacaan bagi lebih mengenali kekuasaan Allah.

Kesimpulan yang dapat diambil daripada perbincangan di atas, ulama moden lebih terbuka dari aspek pemahaman mereka terhadap aktiviti membaca dengan mengaitkan pembacaan yang lebih efektif merangkumi pelaksanaan ilmu dalam kehidupan manusia secara amnya. Berbanding dengan ulama dahulu hanya mengaitkan pembacaan untuk memperolehi ilmu semata-mata.

2.4 TEORI BARAT BERKAITAN PROSES MEMBACABarat telah melihat bahawa kemahiran membaca bukanlah kemahiran yang mudah untuk seseorang menguasai pengetahuan serta memahami apa yang dibaca. Lantaran daripada itu mereka telah menetapkan tiga teori membaca iaitu; bottom up reading, top- down reading dan interactive reading.2.4.1 Bottom Up Reading

Teori Bottom up reading ini merupakan teori yang paling lama digunakan di barat dalam pembacaan. Ianya telah dipelopori oleh Jose pada tahun 1972 (Urquhart, S. & Weir, Cyril: 1998). Teori ini meliputi mekanisme yang berlaku dalam pemikiran pembaca ketika membaca. Ianya bermula apabila pembaca membaca huruf-huruf yang tertulis dan menggabungkannya kepada bentuk fonem yang tersusun. Seterusnya diberikan makna bagi perkataan yang terbentuk tanpa melihat kepada sudut nahunya dan pembaca akhirnya akan cuba menyebutnya dengan sebutan yang betul sambil cuba memahami makna konteks ayat (Habibullah: 1992, Urquhart, S. & Weir, Cyril: 1998). Dalam ertikata yang lain pembaca berhubung terus dengan teks yang dibaca tanpa ada unsur yang membantunya memahami sesuatu teks.

Teori ini menganggap pembaca melihat teks daripada unit yang terkecil iaitu huruf, perkataan, frasa dan memahami ayat. Pembaca akan menggerakkan mata dari kiri ke kanan untuk melihat setiap huruf, mengorganisasikan huruf kepada perkataan, perkataan kepada frasa, klausa dan ayat. Oleh itu, pembaca akan memproses kesemua huruf di dalam perkataan dan seterusnya ayat sebelum makna perkataan tersebut diperoleh melalui proses membaca yang bersifat linear. Teori ini sangat berguna dalam usaha menghuraikan tabiat membaca bagi kebanyakan pembaca bahasa pertama dan kedua yang lemah. Golongan pembaca tersebut lebih memfokuskan tahap perkataan bagi teks daripada makna secara global.

Di samping itu, teori ini merujuk kepada proses membaca yang dianggap sebagai proses yang bersiri. Analisis visual huruf demi huruf, membawa kepada mengenal pasti secara positif setiap perkataan melalui pengekodan fonemik. Fonemik yang wujud di dalam teks tersebut dapat membantu pembaca untuk melakukan analisis yang akhirnya membantu pemahaman. Walaupun proses ini sesuai untuk proses membaca peringkat asas, wujud juga masalah untuk pembaca memahami teks akibat berhadapan dengan perkataan yang sukar diterjemahkan maknanya.

Sehubungan dengan itu, dalam pembelajaran bahasa, peraturan leksikal, sintaksis dan semantik diaplikasikan berdasarkan penghasilan fonemik yang telah dinyatakan dalam bentuk cetakan. Ini disebabkan tujuan utama membaca ialah menguasai kod atau prinsip abjad. Melalui bacaan, makna teks diharapkan hadir secara semula jadi berasaskan kepada pengetahuan lalu pembaca tentang perkataan, makna dan pola sintaksis bahasa tersebut. Teori ini juga menganggap menulis hanya untuk merekodkan pertuturan. Oleh itu, teks bertulis diorganisasikan secara berhierarki (grafonik, fonemik, suku kata, morfem, kata dan ayat). Ini melibatkan pembaca memproses unit linguistik yang terkecil dahulu dan beransur-ansur menyusun unit terkecil untuk memahami unit yang lebih besar atau binaan ayat (Yahya Othman: 2008).

2.4.2 Top-Down Reading

Teori ini telah diperkenalkan oleh Goodman dan Smith di akhir 60an dan awal 70an. Teori ini bertindak sebaliknya dari teori yang disebutkan di atas. Prosesnya bermula dari pemikiran pembaca atau maklumat sedia ada yang dimiliki. Dari maklumat-maklumat yang telah dimiliki seperti perbendaharaan, makna dan pengetahuan, pembaca akan cuba membuat ramalan serta andaian berdasarkan teks yang dibaca dan memahaminya (Habibullah: 1992, Sulaiman: 2003).

Sehubungan dengan itu, teori ini menekankan pembentukan hipotesis dan pembinaan makna. Menurut Goodman, proses membaca adalah permainan mengagak psikolinguistik (psycholinguistic guessing game) dengan pembaca terlibat dalam membentuk hipotesis, membuat input sample, menguji, membuat hipotesis semula jika perlu atau mengesahkan hipotesis dan membuat sample semula. Hipotesis boleh diuji dengan dua cara. Pertama, membandingkan klu dengan pengetahuan yang dimiliki pembaca berdasarkan topik, dan kedua, menghubungkannya dengan maklumat lalu yang telah diproses daripada teks. Jika hipotesis diterima, pembaca akan meneruskan bacaannya. Jika tidak, pembaca perlu menghipotesis semula dan menggunakan strategi membaca yang dianggap sesuai (Goodman: 1967)

Dalam pada itu, pembaca juga secara tekal membuat pengesahan terhadap setiap hipotesis yang dibuat. Jika hipotesis yang dibina itu tidak dapat disahkan, mereka akan membetulkannya sesuai dengan pengetahuan sedia ada pembaca. Pembaca yang efisien juga akan memenuhkan kekosongan yang terdapat dalam maklumat yang tidak wujud semasa hipotesis tersebut dibuat. Dari ketika mula membaca sehingga tamat, semua strategi yang digunakan seperti pemilihan sampel, hipotesis, mengesahkan atau tidak mengesahkan hipotesis, pembetulan dan membuat kesimpulan, digunakan oleh pembaca secara konsisten. Oleh itu, ketika membincangkan proses membaca teks, pembaca akan menggunakan strategi yang sesuai untuk memahami serta membuat hipotesis untuk menjangka maklumat atau idea yang akan disampaikan oleh pengarang.

Peranan utama pembaca adalah mengawal keseluruhan maklumat visual dan bukan visual semasa membaca. Maklumat visual merujuk kepada bahan bercetak manakala maklumat bukan visual pula merujuk kepada pemahaman bahasa yang berkaitan dengan pengetahuan kandungan dan kebolehan membaca secara umum. Oleh yang demikian, apabila pembaca membaca teks, maksud dan jangkaan pembaca dapat membantu menghuraikan anggapan maklumat yang akan dibaca sama ada dalam bentuk visual atau bukan visual. Sementara kedua-dua jenis maklumat tersebut boleh saling bertukar ganti antara satu dengan lain.

Pembaca yang memiliki pengetahuan lalu akan kurang bergantung pada teks. Dengan membawa lebih banyak pengetahuan lalu ke dalam proses membaca, pembaca akan memperoleh jawapan kepada soalan dan jangkaan berkaitan teks. Jika soalan dan jangkaan dapat dijawab dengan memuaskan, pembaca dikatakan telah memahami teks.

Teori membaca ini juga menegaskan bahawa semasa membaca, pembaca membawa bersama-samanya sejumlah pengetahuan, jangkaan, andaian dan persoalan terhadap teks yang dibaca serta memberikan asas terhadap pemahaman perbendaharaan kata. Pembaca akan terus membaca selagi teks yang dibaca mengesahkan jangkaan yang dibuat sebelum membaca. Ia juga menyatakan bahawa pembaca memadankan teks ke dalam pengetahuan yang telah dimiliki dan kemudian memeriksa kembali apabila maklumat baharu atau yang tidak dijangkakan ditemui. Dalam hal ini, memahami teks dikaitkan dengan pembaca membina makna sebaik yang mungkin daripada mesej yang dikodkan oleh penulis melalui grafik yang dipaparkan. Ketika mengaitkan membaca dengan proses psikolinguistik, Rigg (1986) pula menyatakan proses membaca bukanlah sekadar menukarkan huruf kepada bunyi dan menuturkan semula perkataan, tetapi melibatkan proses komunikasi secara tidak langsung antara penulis dengan pembaca. Oleh itu, komunikasi yang diwujudkan merupakan aktiviti membina makna berdasarkan teks yang dibaca.

Sehubungan itu, Goodman (1967) menghuraikan makna dibina melalui pemindahan maklumat antara pembaca dengan teks melalui interaksi skemata pembaca dan teks. Teori ini menegaskan bahawa makna tidak terdapat dalam teks. Oleh sebab makna wujud dalam diri penulis dan pembaca, dengan itu teks mempunyai potensi untuk membentuk makna. Walaupun makna terbina melalui pemindahan maklumat antara pembaca dan teks, makna yang dihasilkan bergantung pada ciri-ciri pembaca dan teks. Dalam hal ini, Goodman menegaskan semasa proses transaksi antara pembaca dengan kandungan teks dan penulis teks, sistem kiu bahasa dan strategi pengisian maklumat perlu diaktifkan. Sistem kiu dalam membaca meliputi sistem grafonik, sintaksis dan semantik. Grafonik adalah sistem bahasa penulisan yang berkaitan dengan sistem tulisan dan sistem bunyi. Manakala sistem sintaksis pula merangkumi tatabahasa bahasa tersebut dan sistem semantik merujuk kepada makna bahasa yang terkandung dalam sistem pragmatik bahasa tersebut.

Pembaca yang efisien tidak memberikan perhatian terhadap setiap huruf dan perkataan yang terkandung dalam teks. Sebaliknya, mereka menggabungkan contoh-contoh idea atau isi kandungan daripada teks dan membuat ramalan terhadap maklumat yang akan diperoleh. Walau bagaimanapun, dalam konteks proses membaca, teori ini juga mempunyai kelemahan dan batasannya. Sebagai contoh, penekanan kepada satu teori dalam membuat ramalan semasa membaca boleh mengelirukan pembaca. Kajian menunjukkan bahawa, pembaca yang baik mendapat maklumat visual dengan tepat dan cepat sementara pembaca yang lemah membaca dengan menggunakan strategi membaca yang sesuai (Devine: 1993). Sementara itu, pembaca yang hanya bergantung pada jangkaan pengetahuan lalunya mungkin akan membina makna yang mempunyai hubungan yang minimum dengan makna yang disarankan oleh penulis atau pengarang. Keadaan ini akan mempengaruhi pemahaman teks yang dibaca (Campbell dan Malicky: 2002).

Dalam teori ini juga, menghuraikan beberapa perkara penting sebagai panduan semasa membaca. Antaranya ialah pembaca membawa makna ke dalam teks yang dibaca. Pembaca juga membaca dengan berpandukan makna yang terdapat di dalam teks. Dalam pada itu juga, makna teks wujud daripada aspek keseluruhan teks kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil seperti mengetahui maksud ayat dan kemudian meneliti rumus-rumus pembentukan ayat tersebut.

Oleh itu, matlamat membaca berdasarkan teori ini mementingkan pembinaan makna untuk menghasilkan tindak balas daripada teks (Abraham: 2000). Pembaca perlu membaca secara interaktif mnenggunakan unsur grafonik, sintaksis dan isyarat semantik untuk tujuan membina makna. Pembaca menggunakan hasil cetakan teks sebagai input dan makna teks sebagai hasil. Pembaca sebenarnya menetapkan input semasa berinteraksi dengan teks.

Kesimpulannya, semasa membaca teks, pembaca sering mengaplikasikan proses membaca menggunakan teori Top-Down Reading atau membaca atas ke bawah terutamanya mereka yang efisien, Ini diperkuatkan lagi, apabila pembaca tersebut memiliki sejumlah pengetahuan yang berkaitan dengan teks yang dibaca (Yahya Othman: 2008).

2.4.3 Interactive Reading

Orang yang mempelopori teori ini ialah Rumelhart (1976). Beliau berpandangan, pembaca bukan hanya menggunakan teori Bottom up reading dan Top-down reading secara berasingan semasa membaca bahkan pembaca akan menggunakan keduanya dalam masa yang sama (Sulaiman: 2003, Urquhart, S. & Weir, Cyril: 1998). Dalam pada itu Rumelhart telah menyelitkan empat pengetahuan asas semasa proses pembacaan bentuk ini, iaitu; tatabahasa, semantik, leksikal dan penulisan (Urquhart, S. & Weir, Cyril: 1998, Samuels, S. J. & Kamil, M. L. 2000).

Menurut Rumelhart (1976), membaca adalah proses bercirikan persepsi dan kognitif yang dimulakan dengan pergerakan pola-pola di atas retina mata dan diakhiri dengan idea yang ditentukan oleh pengarang. Dalam hal ini, semua sumber pengetahuan sama ada sensor atau bukan sensor akan bergabung dalam proses membaca adalah hasil daripada penggabungan semua sumber pengetahuan tersebut.

Teori ini juga mengandaikan membaca sebagai proses yang aktif bagi membentuk makna melalui interaksi antara pembaca dengan teks. Berbeza dengan teori membaca atas ke bawah dan bawah ke atas, teori interaktif melihat proses membaca sebagai pola lingkaran dengan maklumat tekstual dan aktiviti mental pembaca wujud pada kedua-dua teori atas ke bawah dan bawah ke atas secara serentak. Proses interaktif berfungsi apabila proses yang berlangsung mengalami masalah dan ini boleh digantikan dengan jenis proses yang satu lagi. Ini bermakna pembaca tidak hanya bergantung pada sesuatu proses membaca. Keadaan ini perlu agar tidak wujud masalah dalam memahami teks yang dibaca.

Tahap pemahaman teks dikaitkan dengan sejauhmana pemboleh ubah pembaca (tahap minat terhadap teks, tujuan membaca teks, pengetahuan tentang topik, kecekapan bahasa, kesedaran proses membaca, tahap kesanggupan menerima risiko dan sebagainya) saling berkaitan dengan pemboleh ubah teks (jenis teks, struktur, sintaksis, perbendaharaan kata dan sebagainya). Oleh itu, untuk membina makna, proses membaca berfungsi bersama-sama dengan tahap teks yang berbeza-beza.

Keberkesanan penggunaan teori ini bergantung pada latar belakang pembaca, tahap kefasihan membaca, motivasi, strategi yang digunakan dan kepercayaan budaya yang dianuti. Teori ini juga mencadangkan agar pembaca membina makna berdasarkan kuasa memilih maklumat daripada semua sumber yang bermakna (grafem, fonemik, morfem, sintaksis dan semantik). Pembaca pada masa yang sama menggunakan dan melalui semua peringkat proses membaca.

Selain itu, Rumelhart (1980) pula menegaskan bahawa pembaca yang mahir boleh menggunakan pancaindera, sintaksis, semantik dan maklumat pragmatik untuk menyempurnakan matlamat membacanya. Sumber maklumat yang pelbagai wujud untuk tujuan berinteraksi dalam pelbagai cara yang kompleks semasa proses membaca. Selain teori-teori membaca yang dihuraikan di atas, terdapat juga teori-teori membaca yang dapat dijadikan rujukan dalam usaha untuk menginterpretasikan proses membaca (Yahya Othman: 2008).

Kesimpulan yang dapat diambil daripada perbincangan topik 2.3 dan 2.4 di atas, mengenai pandangan Islam dan barat tentang membaca, antaranya ialah :

i. Islam menyatakan sumber ilmu semuanya daripada Allah, manakala barat lebih kepada teori-teori yang digunapakai untuk mendapatkan ilmu.

ii. Islam lebih menegaskan membaca adalah merupakan cara atau wasilah untuk mendapatkan ilmu manakala barat menyatakan membaca merupakan objektif untuk mendapatkan ilmu.Dalam Islam, membaca merupakan wasilah atau perantara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Mana-mana perbincangan mengenai ilmu, dengan tidak secara langsung akan menyentuh mengenai kepentingan membaca. Oleh yang demikian, para ilmuan bahasa timur dan barat telah bersepakat dan menetapkan bahawa kemahiran membaca adalah kemahiran yang terpenting dalam aspek pembelajaran bahasa.

Mohd Zainul Arifien (2006) dalam penulisannya Kaedah Pengajaran Tajwid dan Hafazan al-Quran menjelaskan bahawa ramai pelajar yang lemah dalam sudut tilawah, tajwid huruf, makhraj huruf, bahkan terdapat juga pelajar yang gagal membaca potongan ayat yang pendek. Kenyataan ini disokong oleh beberapa dapatan kajian, antaranya oleh Mohammad Naim Salleh (2003) yang bertajuk Pencapaian Tilawah al-Quran Melalui Penggunaan Kaedah Iqra Di Sekolah-Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Setiu, Terengganu yang bertujuan untuk mengenalpasti tahap pencapaian kemahiran bacaan al-Quran berasaskan penggunaan kaedah Iqra dalam kalangan murid-murid tahun lima di Sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan di daerah Setiu, Terengganu.

Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik, ujian pencapaian dan temubual sebagai alat mengumpul maklumat. Soal selidik digunakan untuk mengenalpasti latar belakang pelajar merangkumi jantina, kedudukan sekolah, pembelajaran al-Quran di luar waktu sekolah, taraf pendidikan keluarga, tempat tinggal dan pemilikan buku Iqra. Temubual diadakan dengan guru-guru subjek Pendidikan Islam untuk mendapat gambaran jelas tentang persepsi guru-guru terhadap pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra. Kajian ini telah melibatkan 237 orang pelajar dan 20 orang guru dari sekolah-sekolah rendah kebangsaan di daerah Setiu, Terengganu. Satu set ujian bacaan yang mengandungi enam tahap buku Iqra iaitu buku Iqra 1 hingga buku Iqra 6 disediakan kepada murid-murid tersebut iaitu ujian membaca huruf-huruf bersambung, ujian membaca kalimah dan ayat-ayat a-Quran yang pendek berbagai baris.

Amalan pembacaan al-Quran melibatkan kemahiran lisan, kelancaran bacaan, kemahiran fasohah, pembacaan bertajwid dan bacaan tadwir dan tartil (KPM, 2004). Masalah ketidakupayaan pelajar membaca al-Quran dalam kalangan pelajar Islam sama ada di sekolah rendah, menengah dan IPTA dan IPTS merupakan masalah yang wujud sejak sekian lama. Menurut Mohd Faisal, Zawawi & Rahimi (2008) menjelaskan bahawa sehingga hari ini masih ada kebanyakan umat Islam di Malaysia di peringkat dewasa yang mengenali huruf-huruf hijaiyyah tetapi tidak boleh membaca al-Quran atau boleh membaca tetapi tidak lancar malah ada yang langsung tidak mengenali huruf-huruf al-Quran.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mendapati bahawa ramai pelajar Islam lepasan sekolah rendah tidak tahu membaca al-Quran apabila mereka berada di sekolah menengah malah tidak ada usaha-usaha mereka untuk mempelajari al-Quran apabila mereka dewasa (Pusat Perkembangan Kurikulum KPM, 2004). Maimunah (1995) dalam kajiannya tentang kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan murid Tingkatan 1, mendapati bahawa keseluruhan tahap penguasaan pembacaan al-Quran murid Tingkatan 1 masih berada di tahap kurang memuaskan.

Satu Kajian Kes Mengenai Penguasaan Membaca Al-Quran Guru Pelatih MPBP Dari Kelantan telah dilakukan oleh Jabatan Pengajian Islam (1995) ke atas guru-guru pelatih MPBP yang lemah dalam pembacaan al-Quran adalah membimbangkan. Kelemahan-kelemahan ini disebabkan oleh faktor pembelajaran dan pengajaran al-Quran yang dialami responden semasa kecil. Kajian ini melibatkan 50 orang guru pelatih dari Kelantan di MPBP. Responden dipilih dari Kelantan kerana sebahagian besar pelajar-pelajar Islam di MPBP berasal dari Kelantan.

Responden terdiri daripada pelajar semester satu (28 orang), semester dua (11 orang) dan semester empat (11 orang) manakala pelatih dari semester tiga dan lima tidak dipilih kerana sedang menjalani latihan praktikum. Analisis data bagi kajian dijalankan secara kuantitatif dan kualitatif. Pelajar diberi borang kaji selidik dan selepas itu mereka ditemuduga. Bagi mendapat maklumat tentang penguasaan pembacaan al-Quran, setiap orang akan diminta membaca al-Quran dalam tempoh 5 hingga 10 minit. Semua maklumat dianalisis dengan taburan kekerapan dan peratus.

Menurut kajian Aminah Idris (1997) yang bertajuk Penilaian Program Tilawah al-Quran Sekolah Menengah Rendah menjelaskan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai minat dan sikap yang sederhana terhadap program Tilawah al-Quran malah program tersebut masih belum Berjaya mengubah sikap pelajar menghayati nilai-nilai Islam sepenuhnya. Responden terdiri daripada 16 orang guru agama dan 160 pelajar yang dipilih secara rawak daripada empat buah sekolah di daerah Hulu Langat, Selangor. Maklumat kajian diperolehi melalui kaedah kualitatif. Data yang dikumpulkan dianaisis dengan menggunakan statistik kekerapan, peratusan dan min.

Kajian yang dijalankan oleh Mohamad Naim Mat Salleh dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Perguruan Kuala Terengganu, Terengganu (2008) yang bertajuk Pencapaian Tilawah al-Quran Melalui Program j-QAF Bagi Murid-murid Sekolah Rendah Daerah Setiu, Terengganu bertujuan mengenalpasti tahap pencapaian kemahiran asas tilawah al-Quran dan tahap buta huruf al-Quran berasaskan penggunakan kaedah Iqra melalui program j-QAF dalam kalangan murid-murid tahun satu sekolah-sekolah rendah kebangsaan di daerah Setiu, Terengganu. Kajian yang dijalankan adalah dalam bentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik, rekod pencapaian dan temubual sebagai alat mengumpul maklumat. Kajian ini melibatkan seramai 193 orang murid dan 16 orang guru dari lima buah sekolah rendah kebangsaan daerah Setiu, Terengganu. Dapatan utama kajian beliau menunjukkan hanya 10.9% murid boleh membaca al-Quran, manakala 89.1% tidak boleh membaca al-Quran. Ini menunjukkan pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran berasaskan kaedah Iqra tidak dilaksanakan sebaiknya sebagaimana saranan pengasas kaedah tersebut. Menurutnya lagi, objektif tilawah al-Quran di bawah program j-QAF yang mahukan semua murid tahun satu pada enam bulan pertama menguasai kemahiran membaca al-Quran masih belum dicapai.

Kertas Kerja Seminar Wahyu Asas Tamadun Universiti Sains Islam Malaysia (2011) yang bertajuk Penguasaan Kemahiran Bacaan al-Quran Dalam Program j-QAF: Kajian Kes di Sekolah Kebangsaan Dato Demang Hussin, Melaka disediakan oleh Nurfadilah Mohamad dan Dr. Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. Kertas kerja ini membincangkan tahap penguasaan bacaan al-Quran dalam kalangan pelajar Tahun Enam yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran program j-QAF di Sekolah Kebangsaan Dato Demang Hussin, Melaka. Seramai 130 orang responden dipilih secara rawak mudah serta diuji tahap bacaan al-Quran mereka. Hasil perbincangan dan analisis dapatan ujian bacaan al-Quran yang telah dijalankan menunjukkan seramai 75 orang pelajar boleh membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid, 17 orang pelajar boleh membaca secara sederhana dan kurang bertajwid serta 38 orang pelajar lemah dalam membaca al-Quran.Amir Awang (1986) menjelaskan bahawa ketiadaan minat, letih serta gangguan fikiran adalah di antara beberapa sebab pelajar tidak mempunyai konsentrasi yang baik. Malah Mohd Fauzan (2006) mendapati bahawa sukatan tilawah al-Quran dalam subjek Pendidikan Islam merupakan bidang yang tidak popular dan tidak digemari oleh kebanyakan pelajar. Ini berlaku kerana kesukaran dan kurang minat pelajar terhadap pembacaan al-Quran dan seterusnya menjadikan bidang tilawah ini terabai dan gagal dikuasai. Antara kelemahan yang ketara yang sering dihadapi oleh pelajar-pelajar ialah penguasaan fasohah, makhraj huruf dan tajwid. Kegagalan menguasai kemahiran-kemahiran ini menyebabkan pelajar tidak dapat membaca al-Quran dengan baik dan tidak lancar serta kurang minat membacanya.

Fazlina binti Fadzil (2012) telah menjalankan Kajian Pengamalan Dan Kesedaran Pembacaan Al-Quran Dalan Kalangan Pelajar Muslim Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan menunjukkan bahawa tahap pengamalan pembacaan al-Quran dalam kalangan pelajar di politeknik tersebut masih di tahap sederhana walaupun tahap kesedaran adalah sangat baik. Kajian ini mempunyai dua skop utama iaitu tahap pengamalan dan tahap kesedaran pelajar tentang pembacaan al-Quran. Ia telah melibatkan seramai 93 orang pelajar muslim daripada semester satu, dua, tiga dan enam yang meliputi empat jabatan induk di politeknik berkenaan. Dapatan kajian telah dianalisis secara kuantitatif yang diambil daripada data soal selidik.

Muhammad Farhan Ismail et.al (2010) yang menjalankan Kajian Pembacaan Surah Al-Fatihah Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak mendapati bahawa ramai pelajar gagal menguasai pembacaan al-Quran khususnya surah al-Fatihah. Kajian tersebut telah dijalankan ke atas 100 orang pelajar Politeknik Kuching sebagai responden yang dipilih secara rawak. Kajian beliau mendapati 57% pelajar tidak mampu membaca surah al-fatihah dengan fasohah dan 63% lemah dalam penguasaan ilmu tajwid. Kajian itu juga menyatakan beberapa cadangan berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) kepada guru-guru agama dalam usaha mempertingkatkan kemahiran pembacaan al-Quran dalam kalangan pelajar.

Mohd Aderi bin Che Noh (2004) berjudul Celik Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Satu Di Zon Pudu Kuala Lumpur menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara celik al-Quran dengan jantina, tempat tinggal dan pendapatan keluarga. Manakala analisis tentang hubungan antara celik al-Quran dan faktor-faktor yang mempengaruhinya didapati faktor strategi, motivasi dan minat mempunyai hubungan yang tidak signifikan dengan celik al-Quran. Walau bagaimanapun faktor-faktor lain seperti faktor konsep kendiri, kemahiran dan persekitaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan celik al-Quran dalam kalangan pelajar. Kajian ini telah dijalankan di lima buah sekolah menengah di Zon Pudu yang melibatkan 100 orang pelajar tingkatan satu dipilin secara rawak sebagai responden. Alat ukuran yang digunakan ialah soal selidik,ujian tilawah dan temu bual. Data-data dianalisis melalui windows SPSS yang menggunakan statistic deskriptif dan inferensi seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai, kolerasi Pearson, Ujian t dan ANOVA sehala. Keputusan kajian menunjukkan pencapaian celik al-Quran berdasarkan tahap skor min adalah berada pada tahap sederhana dan tahap skor min faktor strategi menunjukkan tahap skor yang tertinggi berbanding dengan faktor-foktor lain yang hanya pada tahap sederhana.2.5 MODEL KONSEPTUAL KAJIANKerangka konsep bagi kajian ini terbahagi kepada dua pembolehubah iaitu pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar yang dijelaskan melalui rajah di bawah. Bagi memperlihatkan perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah bersandar dan tidak bersandar dan seterusnya memperlihatkan bagaimana kajian ini akan dilakukan, pengkaji telah menetapkan model konseptual bagi kajian ini adalah berdasarkan model Dunkin dan Biddle (1974). Mereka telah membahagikan pembolehubah-pembolehubah kepada empat kumpulan iaitu proses, petanda, konteks, dan hasil. Untuk keperluan kajian ini pengkaji telah mengubahsuai model tersebut dengan reka bentuk yang baru yang lebih sesuai dengan kajian ini, seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:

2.6HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan kepada objektif dan persoalan kajian, beberapa hipotesis telah dibentuk dan diperincikan. Hipotesis nul berikut disarankan iaitu :Ho1:Tidak terdapat perbezaan keupayaan pembacaan al Quran dalam aspek aliran,

jantina, sosio ekonomi,lokasi sekolah dan latar belakang keluarga.Ho2:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor lokasi sekolah dengan

keupayaan pembacaan al Quran.Ho3:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dan sosio ekonomi

dengan keupayaan pembacaan al Quran

2.7.RUMUSANSecara keseluruhannya, dapat disimpulkan pembacaan al Quran memerlukan kepada pengamalan dan tahap kesedaran pelajar tentang pembacaan al-Quran itu sendiri supaya setiap pelajar dapat menguasai segala bentuk hukum tajwid dan dapat meningkatkan kemahiran dalam pembacaan al Quran dari masa ke semasa.BAB 3

METODOLOGI3. Tambah lagi literatur berdasarkan kepada variables yg digunakan dalam kerangka konseptual...banyak kan literatur terkini.

4. Nyatakan bagaimana terhasilnya kerangka konseptual...samada ambil drp model oranglain atau sendiri

INTELEK

PELAJAR

Pencapaian

UJIAN

Teks Al Quran

Aliran

Jantina

Sosio-ekonomi

Lokasi sekolah

Latar belakang keluarga

FIZIKAL

36