tesis kata nama
TRANSCRIPT
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
1/104
i
KATA SENDI NAMA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASAMELAYU DI SEKOLAH MENENGAH: SATU TINJAUAN
W. AZLINDA BINTI WAN MUKHTAR
NO. PEND. 20001-05072
TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN
DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH
SARJANA MUDA PENDIDIKAN
FAKULTI BAHASA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM
MAC 2003
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
2/104
ii
PENGAKUAN
Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya tesis ini ialah hasil kerja saya kecuali nukilan,
petikan dan ringkasan yang setiap satunya telah dicatatkan sumbernya.
Tarikh:
W. AZLINDA BINTI WAN MUKHTAR
No.Pend. 20001-05072
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
3/104
iii
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang serta dengan limpah
kurnia-Nya, maka dapat penulisan ilmiah ini disempurnakan. Sesungguhnya dengan Izin
dan Rahmat-Nya telah dikurniakan kekuatan dan semangat untuk menyiapkan penulisan ini
pada masa yang telah ditetapkan.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menyiapkan penulisan ilmiah ini.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada En. Nik Hasan Basri Bin Nik Ab. Kadir yang telah
banyak bertungkus-lumus dalam memberi tunjuk ajar semasa penulisan ilmiah ini sedang
dilaksanakan. Tidak ketinggalan juga, setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud dan Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Nasirudin Syah kerana telah memberi kerjasama yang baik sepanjang kajian
ini sedang dijalankan.
Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dan keluarga
tercinta kerana memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam menyempurnakan
penulisan ilmiah ini.
Terima kasih semuanya.
W. Azlinda Binti Wan Mukhtar
20001-05072
program Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim, Perak.
Mac 2003
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
4/104
iv
ABSTRAK
KATA SENDI NAMA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU DI SEKOLAH MENENGAH: SATU TINJAUAN
Penggunaan tatabahasa yang tidak betul dalam bahasa Melayu akan menghasilkan suatu
hasil penulisan yang tidak gramatis. Dalam menghasilkan kegramatisan sesuatu wacana,
seharusnya penggunaan tatabahasa yang betul amat dititikberatkan. Dalam proses
meningkatkan kemahiran tatabahasa di kalangan pelajar khususnya dan di kalangan
masyarakat pengguna bahasa amnya, seharusnya pemahaman yang tinggi tentang sesuatu
konsep tatabahasa perlulah dipertingkatkan. Kemahiran tatabahasa bukan sahaja penting
dalam menghasilkan wacana yang gramatis daripada aspek penulisan malahan juga dapat
menerbitkan kegramatisan dalam berkomunikasi. Sehubungan itu, kajian yang berkaitan
dengan penggunaan kata sendi nama amat penting dalam menghasilkan wacana yang
gramatis. Seringkali, aspek tatabahasa terutamanya kata sendi nama diabaikan dan
dianggap remeh oleh segelintir pengguna bahasa sehinggakan menghasilkan suatu wacana
yang melanggar rumus-rumus tatabahasa. Justeru, pengkajian kata sendi nama yang
dilakukan kepada pelajar-pelajar tingkatan dua amat bersesuaian dalam mengesani wilayah-
wilayah kesilapan penggunaan kata sendi nama di kalangan pelajar yang terlibat. Kajian ini
juga bertujuan untuk menyedarkan para pelajar betapa pentingnya menggunakan kata sendi
nama yang betul. Kajian ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar malahan juga
turut sama membantu para pengguna bahasa yang lain dalam memperkaya dan
memperkembangkan lagi kemahiran berbahasanya. Dengan terhasilnya wacana yang
gramatis dan betul struktur tatabahasanya, maka akan dapat melahirkan masyarakat yang
mementingkan penggunaan bahasa yang betul.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
5/104
v
KANDUNGAN
Halaman
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
KANDUNGAN v
SENARAI JADUAL vii
SENARAI RAJAH ix
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan
1.2
Permasalahan Kajian
1.3 Tujuan Kajian
1.4 Soalan kajian
1.5 Kepentingan Kajian
1.6 Batasan Kajian
1.7 Definisi Operasional
1
6
12
14
14
15
15
BAB II TINJAUAN LITERATUR
2.1 Literatur Berkaitan
2.2 Kajian Berkaitan
19
26
BAB III KAEDAH KAJIAN
3.1 Reka Bentuk Kajian
3.2
Populasi Dan Sampel Kajian
3.3 Alat Kajian
3.4 Prosedur Pengumpulan Data
3.5
Prosedur Penganalisisan Data
33
34
35
38
40
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
6/104
vi
BAB IV KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Perihalan Sampel
42
43
4.2.1 Penggunaan Bahasa Melayu Di Kalangan
Pelajar
44
4.3 Dapatan Kajian 47
BAB V RUMUSAN
5.1 Kesimpulan
5.2 Perbincangan
5.3 Implikasi Kajian
5.4 Cadangan Dan Kajian Lanjut
62
65
71
74
SENARAI RUJUKAN 76
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
80
84
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
7/104
vii
SENARAI JADUAL
No. Jadual Nama Jadual Halaman
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
Jumlah Dan Peratusan Sampel Berdasarkan Jantina Dan
Bangsa
Bahasa Pertuturan Yang Digunakan Semasa Berhubung
Dengan Rakan Sebaya
Keselesaan Pelajar Menggunakan Bahasa Dalam
Komunikasi
Kesilapan Penggunaan Kata Sendi Nama Sebagai KataDepan Dan Kata Sendi Nama Sebagai Imbuhan Pasif
Perbezaan Kesilapan Penggunaan Kata Sendi Nama Sebagai
Kata Depan Dan Kata Sendi Nama Sebagai Imbuhan Pasif
Di Kalangan Pelajar Lelaki Dan Perempuan
Latihan Menggunakan Ayat Pasif Dalam Sebulan
Latihan Menggunakan Awalan di- dalam Sebulan
Kekerapan Kesilapan Penggunaan Kata Sendi Nama DiKalangan Pelajar
Perbezaan Kesilapan Kata Sendi Nama Di Kalangan Pelajar
Lelaki dan Perempuan
Latihan Menggunakan Kata Sendi Nama Dalam Sebulan
Kekerapan Pelajar Membuat Kesilapan Penggunaan Kata
Sendi Nama ‘Pada’ Yang Didahului Oleh Perkataan ‘ Ada’
Kekerapan Pelajar membuat Kesilapan Dalam PenggunaanKata Sendi Nama Yang Menunjukkan Kata Arah
Kesilapan Penggunaan Kata Sendi Nama ‘ Antara’ Dan
‘ Di Antara’
43
45
46
47
48
50
51
52
52
53
55
55
56
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
8/104
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
9/104
ix
SENARAI RAJAH
No. Rajah Nama Rajah Halaman
1
2
3
4
Bahasa Pertuturan Yang Digunakan Oleh Pelajar Untuk
Berkomunukasi
Kekerapan Kesilapan Penggunaan Kata Sendi Nama
Sebagai Imbuhan Psif Di Kalangan Pelajar Lelaki Dan
Perempuan
Kekerapan Menggunakan Kata Sendi Nama DalamSebulan
Kesilapan dalam Mengenal Pasti Penggunaan Kata Sendi
Nama Dan Kata Hubung
46
49
54
60
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
10/104
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Pengajaran tatabahasa pada peringkat sekolah menengah merupakan suatu rentetan
daripada pengajaran pada peringkat sekolah rendah. Pada peringkat ini, pengajaran
tatabahasa amat penting kerana secara langsung memberi kesan kepada penguasaan bahasa
Melayu pelajar. Penguasaan bahasa Melayu pelajar pada peringkat awal akan lebih
memberi pengaruh kepada kebolehan berbahasa pelajar apabila berada pada tahap yang
lebih tinggi. Arbak Othman (1985:15), menjelaskan bahawa pengajaran tatabahasa ialah
pengajaran tentang hukum yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Hukum inilah yang
dijadikan landasan untuk menentukan sama ada betul atau salahnya sesuatu ayat yang
digunakan.
Selain itu, tatabahasa juga merupakan aturan sesuatu bahasa. Aturan-aturan ini hadir
dalam semua kemahiran bahasa, iaitu dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Oleh itu, aspek tatabahasa adalah sangat penting sebagai alat untuk mengukur
sejauh manakah kemahiran dan kecekapan berbahasa seseorang pelajar. Menurut Azman
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
11/104
2
Wan Chik (1987:76), pengajaran tatabahasa seharusnya menitikberatkan penggunaannya
dan bukan semata-mata pengetahuan mengenai tatabahasa itu sahaja. Matlamat pengajaran
tatabahasa yang lebih khusus lagi biasanya terdiri daripada aspek morfologi dan sintaksis.
Morfologi merupakan aspek yang membolehkan pelajar menggunakan perkataan
berimbuhan dengan tepat dan berkesan dalam lisan dan penulisan. Manakala, aspek
sintaksis pula merupakan aspek yang membolehkan pelajar menggunakan ayat dan frasa-
frasa dengan tepat dan berkesan secara lisan dan penulisan.
Secara khususnya, bidang tatabahasa merupakan suatu cabang ilmu linguistik yang
tertua dalam sistem bahasa dan telah mempunyai sejarah awal sejak abad kelima sebelum
masihi serta telah lama berkembang dalam tamadun Yunani. Menurut Awang Sariyan
(1991:754), tatabahasa atau istilah asalnya ‘ gramatikos’ merupakan titik awal bermulanya
ilmu bahasa atau linguistik. Tatabahasa bukan sahaja satu cabang ilmu linguistik yang
dikaji untuk tujuan ilmiah, malahan juga merupakan suatu unsur yang penting dalam
perancangan bahasa, khususnya dalam proses pembakuan bahasa yang berkaitan dengan
idealisme pemupukan budaya ilmu dan pengintelektualan bahasa.
Dalam bidang pendidikan, tatabahasa tidak lagi dilihat sebagai unsur yang terasing
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, sebaliknya menjadi suatu unsur asas
dalam mendasari dan mendalami kemahiran berbahasa yang cuba diterapkan seperti
kemahiran bertutur, membaca dan menulis. Dalam sesuatu bidang bahasa, sistem bahasa
ditandai oleh pelbagai subsistem iaitu sistem ejaan, sebutan, peristilahan, kosa kata umum,
tatabahasa dan laras bahasa. Dalam banyak hal, sistem ejaan hanya beroperasi dalam
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
12/104
3
ragam bahasa tulisan, sistem sebutan atau fonologi pula hanya beroperasi atau digunakan
dalam ragam bahasa lisan. Sebaliknya tatabahasa diperlukan sebagai asas berbahasa, baik
dalam bahasa tulisan mahupun bahasa lisan.
Sebagai pengguna bahasa, walaupun disifatkan sebagai berbangsa Melayu, namun
tidak semestinya penguasaan kemahiran berbahasa pelajar berada pada tahap yang baik.
Anggapan bahawa bahasa Melayu adalah mudah merupakan suatu pandangan yang salah
dan tidak semestinya seseorang yang berbahasa Melayu mahir dalam penggunaan bahasa
Melayu. Penggunaan bahasa secara semberono akan menghasilkan pencemaran bahasa.
Agak terkilan sekiranya pelajar Melayu kurang mahir dalam menggunakan bahasa Melayu
berbanding dengan pelajar bukan Melayu. Keadaan sedemikian ialah berpunca daripada
ketidakpekaan dan kecekapan pengguna bahasa dalam bidang tatabahasa.
Walau bagaimanapun, menurut Awang Sariyan (1996:134) seringkali timbul isu
yang menyatakan bahawa guru tidak dapat mengajar bahasa Melayu dengan lebih berkesan
kerana penguasaan tatabahasa yang tidak mantap. Selain itu, kebanyakan guru juga tidak
mampu untuk menyampaikan ilmu dengan berkesan lantaran ceteknya penguasaaan ilmu
tatabahasanya. Sebagai seorang guru bahasa Melayu, seharusnya mampu meningkatkan
kecekapan pelajar dalam kemahiran-kemahiran berbahasa seperti kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Penguasaan aspek tatabahasa yang mantap, jitu dan
menyakinkan di kalangan guru memungkinkan penggunaan bahasa yang berkesan di
kalangan pelajar. Menurutnya, rumus-rumus tatabahasa pada hakikatnya membayangkan
potensi bahasa yang seolah-olah cahaya yang memandu manusia memperoleh norma
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
13/104
4
bahasa. Justeru, guru bahasa Melayu mestilah sentiasa berusaha dengan mengemaskini dan
memperbaiki pengetahuan dan penguasaan tatabahasa dan juga kecekapan pedagoginya
agar berupaya melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam berbahasa. Ini bererti guru
bukan sahaja harus mempunyai kelayakan akademik yang sesuai, tetapi juga harus
memperlihatkan kebolehan yang tinggi dalam bahasa yang diajar, lebih-lebih lagi sekiranya
mengajar di peringkat menengah atas.
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pendidikan bahasa
Melayu pada peringkat ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada para pelajar
tentang sistem bahasa serta unsur nilai yang terkandung di dalamnya dan kecekapan
berbahasa yang diperlukan untuk berkomunikasi dengan lebih efektif agar dapat melahirkan
buah fikiran dan perasaan tentang ilmu pengetahuan, hal persendirian dan kemasyarakatan
dalam konteks rasmi, tidak rasmi dan kreatif melalui lisan dan penulisan selaras dengan
Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Walaupun Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Menengah KBSM telah lama
diperkenalkan dan dilaksanakan, namun masih ramai pelajar yang kerap melakukan
kesalahan bahasa. Perbincangan mengenai hal ini amat luas dan sekiranya dijadikan sebagai
bahan kajian, unsur-unsur linguistik yang terlibat adalah seperti fonologi, morfologi,
sintaksis dan semantik dijadikan sebagai ukuran. Menurut Corder (1977: 256), kesilapan
bahasa kerap berlaku di kalangan pelajar yang sedang menguasai bahasa ibundanya,
manakala kesalahan bahasa pula berlaku pada pelajar yang menguasai bahasa kedua. Dalam
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
14/104
5
kajiannya, seseorang penutur natif pada dasarnya sudahpun menguasai sistem bahasanya
sewaktu kecil, jadi yang berlaku kepada penutur bahasa tersebut ialah kesilapan bahasa.
Apa yang ingin diketengahkan di sini ialah pengajaran dan pembelajaran tatabahasa
yang melibatkan penggunaan kata sendi nama di peringkat sekolah Menengah yang masih
lagi berlaku berbagai-bagai kesilapan penggunaan di kalangan pelajar akibat daripada
ketidakpekaan para guru dan pelajar. Berdasarkan kajian Jais Sahok (1991: 191), mengenai
kesilapan penggunaan kata sendi nama di kalangan pelajar mendapati bahawa semua
pelajar melakukan kesilapan dalam penggunaan kata sendi nama. Walau bagaimanapun,
kekerapannya adalah berbeza daripada seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Pengkajian
mengenai “Kata sendi nama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu”,
merupakan suatu pengkajian yang tergolong dalam bidang morfologi bahasa. Secara
umumnya, tatabahasa bahasa Melayu dibahagikan kepada dua cabang utama iaitu sintaksis
dan morfologi. Menurut Nik Safiah Karim, et. al ( 1997:43) dalam Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, menyatakan bahawa morfologi ialah suatu ilmu bahasa yang mengkaji struktur,
bentuk dan penggolongan kata. Pengkajian kata sendi nama tergolong dalam penggolongan
kata, iaitu proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan
anggota lain dalam golongan yang sama. Pembahagian kata sendi nama ini tergolong dalam
penggolongan kata tugas.
Dewasa ini, ramai yang tidak menyedari bahawa penggunaan bahasa yang sering
digunakan dalam pertuturan seharian mengandungi banyak kesilapan terutamanya dari
aspek tatabahasa tidak kira sama ada melibatkan struktur tatabahasa ataupun yang
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
15/104
6
melibatkan aspek makna. Perlu diingat, bahawa penggunaan tatabahasa yang betul akan
menghasilkan suatu wacana yang gramatis sama ada dalam penulisan mahupun pertuturan
seharian.
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Secara sedar atau tidak penggunaan tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran yang
tidak berkesan sering menyebabkan berlakunya kesalahan dalam menghasilkan suatu
wacana yang gramatis di kalangan pelajar terutamanya dalam penggunaan kata sendi nama.
Seseorang guru perlu melihat atau menyedari keberkesanan pengajaran tatabahasa yang
dilakukan selama ini. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa mutu pengajaran
tatabahasa perlu dipertingkatkan lagi kerana ternyata ramai di kalangan pelajar yang tidak
dapat menggunakan bahasa Melayu dengan baik walaupun mereka telah mempelajarinya
sekian lama.
Menurut Kellog W. Hunt (1964: 375), menyatakan bahawa kesalahan tatabahasa
yang dilakukan oleh pelajar hendaklah ditunjukkan dengan jelas supaya dapat disedari oleh
pelajar berkenaan. Masalah yang sering dihadapi oleh guru ialah menyedari kesalahan
sesuatu ayat yang dilakukan oleh pelajar tetapi tidak dapat menunjukkan dengan jelas
mengapa ayat tersebut mengandungi kesalahan. Kesalahan yang dilakukan oleh pelajar baik
dari segi penyalahgunaan bentuk-bentuk perkataan tertentu atau pemesongan makna dalam
struktur sesuatu ayat adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan pelajar mengenai
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
16/104
7
pembentukan dan penggunaan perkataan yang sebahagian besarnya dicirikan oleh
pengimbuhan. Menurut Azman Wan Chik (1989:32), pelajar lebih kerap melakukan
kesilapan dalam aspek tatabahasa khususnya imbuhan disebabkan oleh:
Pengajaran imbuhan Melayu yang kurang memuaskan ini disebabkan oleh
ketidakbolehan guru untuk memilih dan menyusun bahan yang bersabit
dengan objektifnya dan menyampaikan bahan itu dengan cara berkesan
untuk memaksimumkan hasil pembelajaran pelajar khususnya pelajar
bukan Melayu. Pengajaran yang kurang berkesan ini juga mengakibatkan
prestasi yang kurang memuaskan dalam pengajaran imbuhan bahasa
Melayu lebih-lebih lagi dengan ketiadaan kegiatan pemulihan
Walaupun pada dasarnya, penggunaan kata sendi nama bukanlah satu perkara yang
boleh menyebabkan berlakunya kesilapan penggunaan di kalangan pelajar, namun
kekeliruan dari segi penggunaan kata sendi nama boleh menyebabkan pelajar membuat
kesalahan yang sama secara berulang-ulang. Menurut Lutfi Abas (1968: 37), menyatakan
bahawa dalam perbualan seharian, secara tidak rasmi banyak penggunaan kata sendi nama
yang tidak betul. Setiap perbualan yang difahami tidak semestinya betul daripada aspek
struktur tatabahasanya. Begitu juga dengan penggunaan kata sendi nama ini, walaupun
perbualan yang dituturkan tanpa menggunakan kata sendi nama yang betul, namun ia masih
tetap difahami. Perlakuan seperti gerakan tangan, perubahan air muka, kerlingan mata dan
bahasa badan yang lain dapat membantu pendengar memahami perbualan yang dituturkan
walaupun pada amnya berlaku kesilapan tatabahasa dalam struktur ayatnya.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
17/104
8
Tanggapan bahawa sesuatu ayat yang difahami ialah suatu ayat yang betul, namun
belum tentu ayat yang difahami tersebut betul menurut peraturan tatabahasa. Dalam
konteks ini, Za’ba (1957) dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal III , cuba
menyatakan bahawa terdapat beberapa perkataan sendi nama yang seringkali pelajar
melakukan kesilapan terutamanya dalam aspek penggunaannya. Dalam bahasa Melayu,
pelajar sering membuat kesilapan dalam penggunaan kata sendi nama terutamanya dalam
penulisan karangan.
Hari ini, ramai di kalangan pelajar sukar untuk membezakan antara kata sendi nama
sebagai kata depan dan kata sendi nama sebagai imbuhan pasif. Misalnya kata sendi nama
‘di’. Menurut Nik Safiah Karim, et. al . (1994:168), menyatakan bahawa imbuhan awalan
‘di’ ialah sejenis imbuhan awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk
kata kerja pasif bagi ayat-ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga.
Manakala kata sendi nama ‘di’, ialah sejenis kata sendi nama yang digunakan khusus di
hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.
Dalam aspek penulisan, ramai di kalangan pelajar yang masih keliru tentang
bagaimanakah cara penulisan kata sendi nama yang betul. Sebagai contoh, kata sendi nama
‘di’ dan awalan ‘di’. Dalam konsep imbuhan, awalan ‘di’ tidak bertaraf perkataan, dan oleh
demikian cara penulisannya hendaklah digabungkan dengan kata dasar yang menyusulinya.
Sementera kata sendi nama ‘di’ bertaraf perkataan dan boleh berdiri sendiri dalam ayat
bahasa Melayu. Hal yang demikian, sering menyebabkan para pelajar melakukan kesilapan
terutamanya semasa membuat penulisan karangan. Contohnya dalam ayat yang berikut:
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
18/104
9
‘ Dirumah saya ada telefon’ dan Pelajar-pelajar yang nakal itu di rotan oleh guru besar’.
Jelas, di dalam ayat di atas menunjukkan bahawa ramai di kalangan pelajar membuat
kesilapan dalam penulisan ayat-ayat tersebut. Perlu dijelaskan bahawa, kata sendi ‘di’
sepatutnya ditulis secara terpisah dan bukannya ditulis secara serangkai manakala kata
kerja pasif pula ditulis secara terpisah.
Adakalanya juga kesilapan yang dilakukan oleh para pelajar ialah mengenai
penggunaan kata sendi nama sebagai sendi kata atau kata hubung. Misalnya terdapat satu
perkataan yang kadang kala menjadi kata sendi nama dan kadang kala menjadi kata
hubung. Terdapat beberapa perkataan yang boleh menjadi kata sendi nama pada sesuatu
tempat dan boleh menjadi kata hubung atau sendi kata pada sesuatu tempat yang lain
mengikut keadaan kerjanya. Seperti nama yang kita ketahui, sendi nama ialah perkataan
yang dipakai atau digunakan bersama kata nama atau frasa nama yang menunjukkan
persangkutan nama atau ganti nama dengan sesuatu perkataan lain dalam ayat. Sendi kata
atau kata hubung pula ialah perkataan yang digunakan untuk menjadi penyambung dalam
menghubungkan perkataan yang sejenis atau bahagian-bahagian di dalam ayat. Misalnya
seperti ayat-ayat berikut:
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
19/104
10
SENDI NAMA SENDI KATA / KATA HUBUNG
Mati semut kerana gula Ia tidak datang kerana ayahnya sakit
Sebab itulah dia lari Dia lari sebab ayahnya marah
Begitulah perbuatannya hingga pagi Dia membaca buku hingga sakit kepalanya
Kekeliruan fungsi kata sendi nama juga sering menyebabkan para pelajar membuat
kesilapan dalam penggunaan kata sendi nama. Kesemua kata sendi nama yang hadir di
hadapan kata nama atau frasa nama mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan
penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus. Contohnya perkataan
‘antara’ yang dapat berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah. Menurut Nik Safiah
Karim et.al (1997:271), kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama
yang lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Misalnya
kata arah ‘antara’ hanya dapat bergandingan dengan kata sendi nama ‘di’ dalam
pembentukkannya. Kekeliruan sering berlaku terutamanya dalam penggunaan kata sendi
nama ‘antara’ dan frasa sendi nama ‘di antara’ yang merupakan gabungan antara kata
sendi nama ‘di’ dengan kata arah ‘antara’. Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh
pelajar dapat dilihat dalam contoh-contoh ayat berikut:
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
20/104
11
SALAH BETUL
1. Kini ramai di antara mereka ini
telah mempelajari bahasa Melayu.
2. Inilah di antara persoalan penting
yang harus diketahui oleh para
pengurus dan pemimpin masa kini.
3.
Inilah di antara hal yang mesti
difahami dalam bidang
pembentukan kata.
1. Kini ramai antara mereka ini telah
mempelajari bahasa Melayu.
2. Inilah antara persoalan penting yang
harus diketahui oleh para pengurus
dan pemimpin masa kini.
3. Inilah antara hal yang mesti
difahami dalam bidang pembentukan
kata.
Sekiranya para pelajar tidak dapat membezakan fungsi-fungsi kata sendi nama yang
terdapat dalam bahasa Melayu, peratusan pelajar membuat kesilapan agak tinggi.
Oleh itu, pengkajian yang dilakukan adalah untuk mengkaji beberapa permasalahan
yang sering dilakukan oleh pelajar dalam penggunaan kata sendi nama. Penyelidikan yang
dilakukan hanya tertumpu kepada kesilapan yang sering dilakukan oleh para pelajar.
Antaranya ialah:
1. Kesilapan pelajar tingkatan dua dalam penggunaan kata sendi nama.
2.
Kesilapan penggunaan kata sendi nama sebagai kata depan dan kata sendi nama
sebagai imbuhan pasif.
3.
Kesilapan dalam cara penulisan kata sendi nama.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
21/104
12
4. Kesilapan penggunaan kata sendi nama akibat daripada kekeliruan fungsi.
5. Kesilapan dalam membezakan kata sendi nama sebagai kata depan dan kata sendi
nama sebagai sendi kata atau kata hubung.
1.3 TUJUAN KAJIAN
Terdapat dua tujuan utama yang cuba diketengahkan dalam pengkajian ini. Antaranya ialah
tujuan am dan tujuan khusus:
1.3.1 TUJUAN AM
Tujuan kajian ini dijalankan bertujuan melihat sejauh manakah kelemahan serta kesilapan
yang dilakukan oleh para pelajar dalam penggunaan bahasa Melayu khususnya dalam
penggunaan kata sendi nama. Hal ini bertujuan untuk mengatasi masalah kemahiran
berbahasa pelajar sama ada secara lisan ataupun tulisan.
Menurut Corder (1967), analisis kesilapan penggunaan sesuatu bahasa yang didapati
daripada pelajar adalah amat penting terutamanya untuk proses perancangan pengajaran
dan pembelajaran bahasa berkenaan. Ini kerana, jenis-jenis dan kekerapan kesalahan bahasa
itu dapat menjadikan bukti yang menunjukkan bagaimana pelajar menguasai bahasa yang
didedahkan kepada mereka.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
22/104
13
Selain itu, kajian yang dijalankan juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
para pelajar terhadap kesilapan yang sering dilakukan dalam penggunaan bahasa Melayu
dan juga dapat membantu para guru untuk mencari punca-punca kesilapan yang sering
dilakukan pelajar serta dapat memberi pendedahan yang lebih terancang dan terperinci
mengenai pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut.
1.3.2 TUJUAN KHUSUS
Secara khususnya, kajian ini bertujuan:
1.
Melihat sejauh manakah penguasaan pelajar tingkatan dua dalam penggunaan kata
sendi nama.
2. Melihat dan mengenal pasti kesilapan yang dibuat oleh pelajar akibat daripada
kekeliruan fungsi kata sendi nama.
3. Melihat cara penulisan para pelajar terutamanya penulisan yang melibatkan kata sendi
nama.
4.
Mengenal pasti kesilapan penggunaan kata sendi nama yang sering dilakukan oleh
pelajar.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
23/104
14
1.4 SOALAN KAJIAN
Berdasarkan kepada permasalahan kajian yang dikemukakan, terdapat beberapa persoalan
yang perlu dijadikan garis panduan semasa menjalankan kajian ini. Antaranya ialah:
1.
Sejauh manakah pelajar tingkatan dua membuat kesilapan dalam pemggunaan kata
sendi nama?.
2.
Sejauh manakah pelajar melakukan kesilapan penggunaan kata sendi nama sebagai
kata depan dan kata sendi nama sebagai imbuhan pasif?.
3.
Sejauh manakah pelajar membuat kesilapan kata sendi nama akibat daripada
kekeliruan fungsi?.
4. Adakah para pelajar dapat membezakan kata sendi nama sebagai kata depan dengan
kata sendi nama sebagai sendi kata atau kata hubung?.
5. Sejauh manakah pelajar membuat kesalahan dalam penulisan kata sendi nama?.
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian yang dilakukan merupakan kajian yang melibatkan penggunaan kata sendi nama
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang pada umumnya nampak mudah
tetapi perkara yang sebegini seringkali menyebabkan para pelajar kehilangan markah yang
sepatutnya dapat membantu para pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
Ketidakpekaan guru dan pelajar menyebabkan perkara sebegini dianggap mudah.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
24/104
15
Penyelidikan yang saintifik yang dilakukan dapat menghasilkan penemuan yang
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Hasil tersebut akan memudahkan kita
memahami, meramal dan mengawal kejadian-kejadian tertentu, misalnya kesilapan yang
sepatutnya tidak dilakukan oleh pelajar supaya kesilapan yang sama tidak berulang.
Selain itu, dapatan yang diperoleh juga diharap dapat membantu pihak sekolah
dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar secara keseluruhannya dan juga guru-guru
dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan pelajarnya serta dapat mencari jalan
penyelesaian terhadap permasalahan yang timbul terutamanya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu, kajian ini juga amat penting dalam membantu para pelajar
meningkatkan kemahiran berbahasa terutamanya dalam kemahiran lisan dan penulisan
karangan.
1.6 BATASAN KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian yang melibatkan responden yang terdiri daripada 40 orang
pelajar yang terdapat di Daerah Besut, Terengganu. Responden terdiri daripada pelajar
lelaki dan perempuan yang diambil daripada pelajar-pelajar tingkatan dua.
Kaedah kajian yang digunakan ialah melibatkan kaedah yang menggunakan borang
soal selidik. Soalan-soalan soal selidik tersebut berbentuk soalan betul salah. Pelajar
dikehendaki menjawab soalan-soalan yang diberikan supaya pengkaji dapat mengenal pasti
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
25/104
16
kelemahan pelajar dalam penggunaan kata sendi nama. Masa yang diberikan untuk
menjawab soalan soal selidik tersebut ialah selama 60 minit.
1.7 DEFINISI OPERASIONAL
Penggunaan bahasa Melayu yang salah terutamanya dalam media massa banyak
mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu yang betul di kalangan para pelajar.
Kelemahan berbahasa pelajar menjadi faktor kegagalan para pelajar dalam peperiksaan.
Keadaan sedemikian bukan sahaja membimbangkan para guru malahan juga turut memberi
kesan dalam sistem pendidikan. Mempelajari bahasa bukanlah suatu perkara yang mudah.
Walaupun, berbangsa Melayu dan menggunakan bahasa Melayu sebagai pertuturan
seharian pun belum tentu seseorang itu mahir dalam menggunakan bahasa Melayu. Dalam
bahasa Melayu terdapat peraturan-peraturan yang khusus serta rumus-rumus yang perlu
dikuasai sebelum seseorang itu mahir dalam penggunaan bahasa Melayu.
1.7.1 KONSEP KATA SENDI NAMA
Terdapat berbagai-bagai konsep atau definisi kata sendi nama yang diberikan oleh ahli
bahasa. Kata sendi nama ialah perkataan yang merujuk kata depan atau preposisi. Za’ba
(1965:177), mendefinisikan kata sendi nama sebagai perkataan yang khas digunakan
dengan atau ganti nama yang menunjukkan persangkutan nama atau ganti nama dengan
sesuatu perkataan lain dalam ayat.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
26/104
17
Menurut Nik Safiah Karim. et.al . (1997: 252), kata sendi nama ialah perkataan yang
letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang terdapat dalam bahasa
Melayu ialah di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti dan
sebagainya. Walaupun semua kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama atau frasa
nama, namun tiap-tiap satunya mempunyai fungsi yang berlainan dan penggunaannya
ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus.
Menurut Arbak Othman (1989:60), kata sendi nama ialah perkataan yang tidak
sempurna. Kata sendi nama tidak boleh berdiri sebagai perkataan bebas dalam sesuatu ayat.
Biasanya kata sendi nama digunakan bersama-sama dengan kata nama atau frasa nama.
Kata nama yang terdapat dalam bahasa Melayu mempunyai fungsi yang khusus. Ketiga-
tiga pengertian yang dikemukakan oleh tokoh bahasa tersebut mempunyai maksud yang
sama iaitu kata sendi nama ialah perkataan yang hadir selepas kata nama atau frasa nama.
Walaupun terdapat pelbagai definisi mengenai kata sendi nama, namun yang
jelasnya sudah memadailah bagi kita untuk mengenali dan memahaminya agar sebarang
kesilapan yang melibatkannya tidak lagi berulang.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
27/104
18
1.7.2 KONSEP IMBUHAN DAN AWALAN di-.
Imbuhan di- merupakan suatu proses pembentukan kata yang tergolong dalam penerbitan
kata kerja iaitu melibatkan proses pengimbuhan. Menurut Nik Safiah Karim et.al
(1997:146), kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan,
iaitu proses yang mengandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan kata-kata
terbitan. Dalam proses pembentukan kata kerja terbitan terdapat empat jenis imbuhan, iaitu
awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk
kata kerja pasif bagi ayat-ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga.
1.7.3 KONSEP KATA KERJA PASIF
Mengikut Tatabahasa Dewan (1997:462), ayat pasif terbentuk daripada ayat aktif transitif
dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang
diterangkan. Biasanya kata kerja pasif mempunyai imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-.
Bagi ayat pasif yang menggunakan imbuhan kata kerja pasif di- dan digabungkan dengan
kata sendi ‘oleh’ pada binaan frasa nama yang letaknya selepas kata kerja boleh gugurkan
tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
28/104
19
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.1 LITERATUR BERKAITAN
Tatabahasa merupakan suatu aspek penting dalam sesuatu bahasa dan merupakan perkara
asas bagi pembentukan sesuatu bahasa. Hal ini kerana bahasa dijadikan sebagai suatu dasar
yang penting dalam sesuatu masyarakat terutamanya dalam menghasilkan suatu
komunikasi. Bidang ini perlu dikuasai oleh setiap pengguna bahasa bagi membolehkannya
menguasai bahasa yang dipelajari dengan lebih cekap dan berkesan. Dalam bidang
penulisan, tatabahasa amat penting kerana tatabahasa mempunyai sistem, peraturan dan
undang-undang yang perlu diketahui oleh para pengguna bahasa.
Secara umumnya, Siti Hajar Abdul Aziz (1996:4) menyatakan bahawa perkataan
tatabahasa dapat diertikan sebagai peraturan-peraturan yang membolehkan perkataan-
perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-
perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa
ialah suatu rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan
menurut fungsinya. Sebagai salah satu cabang bidang linguistik, tatabahasa juga turut
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
29/104
20
menerangkan peraturan-peraturan tentang penggabungan kata-kata untuk menghasilkan
bunyi dan frasa dengan menggunakan formula-formula tertentu.
Dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, guru seharusnya mempunyai
objektif dan matlamat yang tersendiri dalam mencapai tahap penguasaan tatabahasa di
kalangan pelajarnya. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985:218),
menyatakan bahawa terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai oleh guru dalam sesuatu
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan bidang tatabahasa. Antaranya ialah:
1.
Para pelajar dapat mengenal aspek morfologi dan sintaksis dengan mudah.
2.
Pelajar dapat menggunakan aspek morfologi dan sintaksis dalam aktiviti lisan dan
penulisan dengan betul.
3.
Kemahiran tatabahasa akan memudahkan para pelajar mengikuti pelajaran bahasa
yang lain, misalnya karangan, membaca dan memahamkan karangan dan
4. Para pelajar akan dapat menulis karangan dan penulisan yang kreatif dalam bahasa
yang tepat dan betul.
Dewasa ini, kelemahan para pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu
terutamanya di kalangan pelajar Melayu amat membimbangkan dan perkara ini dapat
dilihat daripada keputusan-keputusan peperiksaan SPM dan STPM. Masalah kelemahan
pelajar Melayu ini sering diperbincangkan dan berbagai-bagai alasan dan sebab-musabab
yang dikemukakan sebagai justifikasi kepada kelemahan tersebut. Menurut Farid M.Onn
sebagaimana yang disunting oleh Azman Wan Chik (1986:36) menyatakan bahawa pada
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
30/104
21
umumnya para pelajar menyedari kelemahan mereka dalam penguasaan bahasa Melayu,
walau bagaimanapun tidak ramai guru yang menyedari faktor-faktor yang menyebabkan
berlakunya kemerosotan dalam penguasaan bahasa Melayu para pelajarnya. Walau
bagaimanapun, Kellog W. Hunt (1964: 375) berpendapat bahawa setiap kesalahan yang
dilakukan oleh pelajar mesti ditunjukkannya dengan jelas supaya dapat disedari oleh pelajar
berkenaan. Apa yang menjadi masalah ialah setiap kesalahan yang dikesan oleh guru tidak
dapat diberi penjelasan yang sewajarnya menyebabkan ada di kalangan pelajar yang keliru
terhadap topik pengajaran yang diajar.
Kesilapan tatabahasa tidak harus dipandang remeh oleh para pengguna bahasa.
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1994:46), sekiranya kesilapan seperti ini dilakukan secara
berterusan maka akan timbul suatu keadaan yang menyebabkan pengguaan bahasa yang
salah sebagai suatu kebiasaan. Seterusnya, banyak aspek tatabahasa yang tidak dapat
dikuasai oleh para pelajar, walaupun mereka telah berada di alam persekolahan hampir
sepuluh tahun. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985:219), menyatakan
bahawa ramai guru beranggapan bahawa aspek pengajaran tatabahasa ialah suatu aspek
bahasa yang kurang penting dan tidak perlu diberi penekanan yang terperinci dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana ramai di kalangan guru menganggap bahawa
pengajaran tatabahasa boleh diajar secara tidak langsung dalam kemahiran lisan, bacaan
dan penulisan.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
31/104
22
Akibat daripada kesilapan para pelajar dalam menggunakan aspek tatabahasa
tersebut, menyebabkan penulisan para pelajar tidak gramatis dan ini boleh menyebabkan
kesilapan yang berterusan sekiranya suatu langkah pendidikan tidak diambil. Menyedari
pentingnya penggunaan struktur bahasa yang betul, maka ramai di kalangan pengkaji cuba
untuk menyelesaikan serta mencari punca yang menyebabkan sesuatu kesilapan dalam
penggunaan tatabahasa tersebut.
Kajian terhadap bidang tatabahasa bahasa Melayu telah banyak dilakukan sebelum
Malaysia mencapai kemerdekaannya. Awang Mohamad Amin (1992:35), menyatakan
bahawa terdapat banyak kajian mengenai tatabahasa bahasa Melayu yang dijadikan sebagai
asas pengukuran terhadap betul atau salahnya aspek umum penggunaan bahasa Melayu,
khususnya pada peringkat kata dan ayat. Misalnya, kajian yang dilakukan oleh Abdullah
Hassan (1974) yang mengkhusus bidang morfologi bahasa Melayu; Nik Safiah Karim
(1978) yang mengkaji mengenai sintaksis bahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan
tatabahasa transformasi generatif.
Dalam pengkajian mengenai kesilapan penggunaan kata sendi nama, Corder (1973),
cuba memberi suatu takrifan mengenai konsep kesilapan yang cuba diketengahkan iaitu
bentuk-bentuk pertuturan pelajar yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk
pertuturan jati. Menurut George (1972), menghuraikan maksud kesilapan sebagai “ an
unwanted form, a form which a particular teacher of course designer does not want ” .
Kesilapan yang berlaku berpunca daripada kekeliruan penggunaan bahasa terhadap
kelainan-kelainan bentuk atau laras bahasa, baik dalam bentuk formal atau tidak. Segelintir
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
32/104
23
pengguna bahasa juga mengalami kekeliruan antara penggunaan bentuk bahasa baku
dengan dialek-dialek daerah atau bahasa kolakial.
Berkaitan dengan kajian pengkaji mengenai kesilapan kata sendi nama yang
dilakukan oleh para pelajar, eloklah terlebih dahulu dikenal pasti dan diteliti konsep kata
sendi tersebut. Menurut Za’ba dalam bukunya Pelita Bahasa Penggal I-III, Edisi Baharu,
kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan bersama kata nama dan ganti nama bagi
menunjukkan perkaitan antara kata nama dan ganti nama dengan sesuatu perkataan lain
dalam ayat. Menurutnya, segala perkataan yang dipakai bagi menunjukkan persangkutan di
antara satu perkataan dengan perkataan lain bagi menyambung satu bahagian ayat dengan
ayat yang lain dinamakan sendi.
Manakala Arbak Othman (1996:419), pula menyatakan bahawa sendi nama ialah
perkataan yang tidak sempurna dengan erti kata tidak dapat berdiri dengan sendiri sebagai
satu perkataan yang bebas, atau yang tidak boleh berdiri sendiri sebagai ayat. Oleh yang
demikian, ia mestilah digunakan bersama dengan perkataan lain, biasanya didahului oleh
golongan kata nama. Contohnya, di sekolah, daripada buluh, dari pekan, dan ke masjid.
Seterusnya, Asmah Haji Omar (1982:166) pula memaksudkan kata sendi sebagai frasa
preposisi. Frasa preposisi ialah frasa yang unsur permulaannya ialah kata depan atau
preposisi dan diikuti oleh golongan kata atau subgolongannya. Menurutnya, kata sendi
nama disebut sebagai kata depan dan dalam penggolongan katanya, kata depan terletak
dalam partikel yang hanya tergolong dalam kata tugas.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
33/104
24
Sehubungan itu, kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk melihat kesilapan
penggunaan kata sendi nama di kalangan pelajar sekolah menengah. Apa yang menjadi
topik persoalan di sini ialah sejauh manakah kekeliruan pelajar dalam penggunaan kata
sendi nama boleh menyebabkan berlakunya kesilapan. Sebagai contoh, ramai di kalangan
pelajar yang sering membuat kesilapan dalam penggunaan kata sendi nama akibat daripada
kekeliruan fungsi. Misalnya penggunaan kata sendi nama ‘di-’. Menurut Nik Safiah Karim
(1992:214), kata sendi nama ‘di-’ digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama
yang menunjukkan tempat dan ditulis secara terpisah daripada kata nama atau frasa nama
yang mengikutinya. Menurut Arbak Othman (1989:60) pula, kata sendi nama ‘di-’ boleh
membentuk frasa sendi nama yang menunjukkan tempat dengan kata nama yang
mengikutinya seperti ‘di sini’, ‘di sana’, ‘di rumah’, ‘di masjid’.
Menurut Ismail Dahaman (1997:33), kata sendi nama ‘di-’ ialah kata yang dapat
berdiri sendiri sebagai satu kata dan kata yang mengikuti selepas kata sendi ‘di-’ ialah kata
nama yang menunjukkan tempat atau arah atau nama tempat. Menurutnya lagi, kata sendi
nama ‘di-’ mempunyai fungsi yang sama dengan kata sendi nama ‘ke’ dan ‘dari’ yang juga
digunakan dengan kata nama yang menunjukkan tempat atau arah atau nama tempat.
Misalnya, ‘ke kedai’, ‘ke Kuala Lumpur’, ‘dari kedai’, ‘dari Kuala Lumpur’.
Seterusnya, cara penulisan kata sendi nama juga turut menyebabkan ramai di
kalangan pelajar membuat kesilapan. Memandangkan sesuatu kata sendi tersebut
mendukung fungsi yang tersendiri, maka tidak wajar suatu peraturan itu disalah gunakan.
Contohnya penggunaan kata sendi nama ‘di-’. Kata sendi nama ‘di-’ yang menunjukkan
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
34/104
25
tempat atau arah mestilah ditulis secara terpisah dengan kata nama yang mengikutinya.
Kata sendi ‘di-’ seharusnya dapat berdiri sendiri sebagai kata dasar seperti kata sendi ‘dari’.
Oleh itu, kata sendi ‘di-’ tidak boleh disatukan atau menggunakan tanda sempang dengan
kata yang mengikutinya. Contohnya:
BETUL
di sebalik
di hospital
di Amerika
di kaki
SALAH
disebalik, di-sebalik
dihospital, di-hospital
diAmerika, di-Amerika
dikaki, di-kaki
Justeru, penggunaan kata sendi nama yang betul mengikut rumus-rumus yang betul
akan menghasilkan suatu penulisan yang baik dan gramatis dari susunan kosa katannya
serta betul dari segi tatabahasanya. Sebagai kesimpulannya, segala pemakaian kata sendi
nama mengikut tatacara serta fungsi yang bersesuaian akan menghasilkan suatu wacana
yang gramatis.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
35/104
26
2.2 KAJIAN BERKAITAN
Kesilapan penggunaan kata di kalangan pelajar hari ini amat membimbangkan
memandangkan ramai di kalangan pelajar dan guru memandang remah tentang
permasalahan tersebut. Justeru, ramai di kalangan pengkaji hari ini cuba untuk membuat
analisis terhadap fenomena ini. Selain mengesan jenis-jenis kesilapan yang dilakukan oleh
para pelajar, kajian yang dilakukan juga adalah untuk mencari punca-punca yang
menyebabkan berlakunya kesilapan tersebut. Dengan adanya kajian-kajian seperti ini, maka
akan dapat mencari atau mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil dalam
mengatasi masalah yang dihadapi.
Dapatan kajian yang diperoleh daripada pengkajian yang dibuat oleh pengkaji tidak
kira di peringkat sekolah menengah mahupun di peringkat sekolah rendah semuanya
bertujuan untuk mengenal pasti kesilapan-kesilapan tatabahasa yang sering dilakukan oleh
para pelajar. Kajian-kajian yang dilakukan bukan sahaja melibatkan kajian-kajian oleh para
pengkaji barat malahan juga kajian yang dilakukan oleh para pengkaji tempatan sendiri.
Dapatan kajian yang diperoleh akan digunakan sebagai satu bidang kajian terhadap teori
dan kaedah yang penting dalam bidang pedagogi serta pengajaran dan pembelajaran
terutamanya yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu.
Suhre (1923) telah membuat kajian terhadap karangan yang ditulis oleh pelajar-
pelajar gred tiga dan gred enam di sekolah-sekolah New Orleans. Setelah dibuat
perbandingan didapati bahawa pelajar lelaki lebih banyak membuat kesilapan daripada
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
36/104
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
37/104
28
Daripada keterangannya itu, dapatlah difahamkan bahawa kesilapan bahasa pertama adalah
berkaitan dengan keupayaan seseorang mengeluarkan semula sistem bahasa yang tersimpan
dalam mentalnya iaitu sama ada melalui mulut atau bahasa lisan dan melalui tangan atau
bahasa tulisan. Dalam proses mengeluarkan semula konsep-konsep bahasa yang dipelajari
maka berlakulah keraguan (hesitations), kesilapan lidah ( slips of tongue), pemilihan aspek-
aspek bahasa secara rawak tanpa menggunakan rumus tatabahasa (random
ungrammaticalities) dan kesilapan-kesilapan lain (other lapses).
Menurut kajian George (1972), beliau telah menemui beberapa faktor yang
menyebabkan masalah kesilapan kata dilakukan oleh pelajar. Antaranya:
1.
Tidak semua topik yang diajar oleh guru mengenai tatabahasa dapat difahami oleh
pelajar mengakibatkan ramai di kalangan pelajar gagal menggunakan kata dengan
betul.
2.
Persepsi atau salah penerimaan para pelajar terhadap sesuatu topik pengajaran.
3. Kesilapan pemilihan topik antara perkara penting dan perkara tidak penting yang
perlu diingat, disimpan dan diproses.
4. Ada di kalangan pelajar memproses sesuatu input yang salah lalu menyimpannya
dalam memori ingatan.
5.
Ada juga di kalangan pelajar yang berjaya menyimpan sesuatu input tetapi gagal
untuk menggunakannya kembali.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
38/104
29
Pendapat George telah disokong oleh Selinder (1972), yang menyatakan bahawa
kemungkinan kesilapan penggunaan kata di kalangan pelajar disebabkan oleh beberapa
faktor terutamanya oleh gangguan bahasa natif atau bahasa pertama.
Di samping kajian yang dilakukan oleh para pengkaji barat, tidak ketinggalan juga
kajian-kajian yang dilakukan oleh para pengkaji tempatan. Lutfi Abas (1986:37),
menyatakan bahawa dalam perbualan sehari-hari iaitu perbualan secara tidak rasmi, banyak
penggunaan kata sendi nama yang digunakan secara tidak betul. Walau bagimanapun,
perbualan tersebut masih dapat difahami oleh pendengar walaupun tanpa penggunaan kata
sendi nama yang betul. Ini kerana terdapat unsur-unsur seperti gerakan tangan, perubahan
air muka, kerlingan mata dan lain-lain bahasa badan yang dapat membantu pendengar
memahami sesuatu perbualan itu. Anggapan bahawa sesuatu perbualan yang difahami
adalah betul dari segi peraturan-peraturan tatabahasanya adalah suatu pandangan yang
salah. Ini kerana tidak semua perbualan yang difahami tersebut betul mengikut peraturan-
peraturan tatabahasanya.
Dalam pengkajian mengenai kata sendi nama, Jais Sahok (1990:191) menyatakan
bahawa pelajar sering menyalahgunakan kata sendi nama ‘di’ dalam ayat. Kadang kala kata
sendi ‘di’ dan ‘dalam’ digunakan secara serentak. Kajian beliau telah memperlihatkan
kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh para pelajar. Antaranya:
“Di dalam istilah Persatuan Pengguna ada maksud lain…”
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
39/104
30
Penggunaan kata sendi ‘di’ dalam ayat tersebut tidak sesuai malahan ayat yang dibina tidak
langsung memerlukan penggunaan kata sendi ‘di’. Contoh lain yang boleh menunjukkan
penyalahgunaan kata sendi yang dilakukan oleh Jais Sahok ialah:
“… Dunia perniagaan terjamin di setiap waktu tanpa …”
Seperti ayat yang sebelumnya, penggunaan kata sendi nama dalam ayat di atas adalah tidak
bersesuaian. Ini kerana penggunaan kata sendi nama ‘di’ mempunyai fungsi yang khusus,
iaitu digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang
tetap. Sepatutnya dalam ayat tersebut, kata sendi nama ‘ pada’ digunakan dalam situasi
tersebut kerana ayat tersebut menerangkan waktu atau masa. Kajian yang dilakukan juga
menunjukkan bahawa para pelajar sering menyalahgunaan fungsi kata sendi ‘di’ dalam
ayat. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kekeliruan yang dialami oleh para pelajar
terutamanya dalam mengenal pasti fungsi-fungsi kata sendi nama yang terlibat.
Seterusnya Awang Sariyan (1984:9), dalam bukunya Kesalahan Umum
Penggunaan Bahasa Malaysia pernah membincangkan kesalahan yang berkaitan dengan
penggunaan kata sendi ‘di’ dan ‘ke’. Ramai di kalangan pelajar didapati keliru apabila
hendak membezakan fungsi ‘di’ dan ‘ke’, iaitu sama ada berfungsi sebagai kata sendi atau
imbuhan.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
40/104
31
Dalam kajian Izani Hj. Daud (1996:421), beliau menyatakan bahawa terdapat enam
kesilapan kata sendi nama ‘di’ yang dilakukan oleh pelajar. Kesilapan yang berlaku
hanyalah dalam penggunaan kata sendi nama ‘di’ sahaja dan tidak termasuk penggunaan
kata sendi nama yang lain. Berdasarkan kajian beliau, didapati bahawa kesilapan yang
sering dilakukan oleh pelajar ialah penggunaan kata sendi nama ‘di’ dalam ayat pasif.
Kesilapan tersebut adalah kesilapan yang paling kerap dilakukan dan kesilapan yang kedua
ialah kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘di’ yang ditulis secara berdekatan dengan
kata nama yang mengikutinya. Kata sendi nama ‘di’ yang menunjukkan arah atau tempat
hendaklah ditulis secara terpisah dengan kata nama yang mengikutinya.
Berdasarkan kesemua pengkajian yang dilakukan sama ada oleh pengkaji barat
mahupun tempatan, jelas menunjukkan bahawa kesilapan dalam penggunaan kata sendi
nama berlaku sejak dari dahulu lagi. Dalam konteks bahasa Melayu hari ini, masih banyak
masalah yang belum dapat diselesaikan. Ini tidak bermakna masalah tersebut tidak dapat
diselesaikan. Abdullah Hassan (1987:132) turut mengakui bahawa sudah ada kejayaan
yang besar dan meluas dalam setiap persoalan serta permasalahan yang dihadapi. Semua
pihak perlulah menerima hakikat bahawa mutu bahasa yang digunakan dalam pertuturan
dan tulisan belum memuaskan dan perlu ada peningkatan yang lebih berkesan. Puncanya
adalah kerana ketidakpekaan daripada pengguna bahasa tersebut terhadap kepentingan
sesuatu bahasa.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
41/104
32
Akibat kurangnya pendedahan daripada pihak tertentu yang mahir seperti golongan
guru dan juga pengaruh bahasa ibunda dan persekitaran menyebabkan masih ramai di
kalangan pelajar membuat kesilapan yang sama secara berulang-ulang. Misalnya,
kesalahan dalam penggunaan kata sendi nama ‘di’. Hari ini masih ramai pelajar yang
melakukan kesilapan yang sama. Dalam hal ini, Webber (1981) mendapati bahawa
kesilapan bahasa boleh berlaku apabila penggunanya mengalami kekeliruan atau tidak
mampu untuk memahami akan penggunaan aspek-aspek tertentu dalam bahasa yang
digunakan. Oleh itu, kesemua pengkajian yang telah ditinjau tidak kira pengkajian yang
dilakukan oleh para pengkaji barat ataupun pengkaji tempatan adalah untuk meneliti sejauh
manakah pencapian sesuatu kajian tersebut. Penganalisisan tentang permasalahan yang
dihadapi akan menjadi panduan terhadap pengkajian yang akan datang.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
42/104
33
BAB III
KAEDAH KAJIAN
3.1 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji merupakan sebuah kajian deskriptif berbentuk kajian
tinjauan. Kajian deskriptif bertujuan untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang
berlaku. Kajian ini sangat sesuai dengan penyelidikan pengkaji, memandangkan pengkajian
yang dilakukan mempunyai perkaitan dengan proses pembelajaran di sekolah. Seperti yang
telah dibincangkan, kajian yang dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti kesilapan yang
sering dilakukan oleh pelajar dalam bahasa Melayu terutamanya dalam penggunaan kata
sendi nama. Kajian deskriptif ini ingin melihat kesilapan yang dilakukan oleh pelajar
tingkatan dua di Daerah Besut, Terengganu dalam penggunaan kata sendi nama. Dengan
adanya kajian seperti ini diharap akan dapat mencari jalan penyelesaian terhadap
permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar, terutamanya dalam pemahaman mengenai
konsep sendi nama.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
43/104
34
Pada kebiasaannya, para pelajar sukar untuk membezakan fungsi-fungsi kata sendi
nama yang terdapat dalam bahasa Melayu. Selain itu, kajian deskriptif ini bertujuan untuk
mengumpul maklumat dan data mengenai kesilapan yang dilakukan oleh pelajar agar dapat
dijadikan sebagai satu panduan bagi memudahkan para pengkaji mencari jalan penyelesaian
terhadap permasalahan yang dihadapi. Maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh
pengkaji diperoleh daripada kajian soal selidik dan ujian-ujian yang dilaksanakan oleh para
pelajar selama satu jam. Ujian yang diberikan adalah untuk mengenal pasti dan melihat
sejauh manakah pemahaman pelajar mengenai konsep kata sendi nama dan juga kesilapan-
kesilapan pelajar dalam ujian tersebut.
3.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN
Sampel kajian yang dipilih oleh pengkaji terdiri daripada 40 orang pelajar tingkatan dua
dari sekolah menengah yang terdapat di sekitar tempat tinggal pengkaji. Sekolah terbabit
menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelajar berbangsa Melayu dan Cina.
Walau bagaimanapun, sampel kajian yang terpilih untuk dijadikan bahan kajian ini
kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu dan hanya segelintir pelajar bukan
Melayu. Memandangkan sampel kajian yang dipilih oleh pengkaji hanya terdiri daripada
pelajar seramai 40 orang, maka pengkaji hanya menggunakan sampel kajian rawak mudah
iaitu semua pelajar terlibat dalam pengkajian ini.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
44/104
35
Menurut Mohd Majid Konting (2000:73-74), menyatakan bahawa persampelan
rawak mudah merupakan proses mengambil atau menggunakan sampel apabila tiap-tiap
individu dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel.
Menurutnya, persampelan rawak mudah memastikan setiap individu mempunyai peluang
yang sama untuk diambil atau digunakan bagi mewakili populasi.
3.3 ALAT KAJIAN
Alat kajian merupakan sejenis alat ukuran yang akan membantu pengkaji mencapai objektif
penyelidikannya. Alat ukur akan menentukan sama ada data dan maklumat yang diperlukan
dapat diperoleh atau tidak. Tugas utama pengkaji ialah membentuk dan memilih alat kajian
yang dapat mengukur kekerapan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam penggunaan
kata sendi nama. Alat kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam mendapatkan maklumat
mengenai kesilapan penggunaan kata sendi nama di kalangan pelajar tingkatan dua ialah
dengan menggunakan soal selidik. Dalam soal selidik tersebut terdapat tiga bahagian yang
disediakan oleh pengkaji untuk mengetahui penguasaan bahasa Melayu pelajar.
Bahagian A merupakan maklumat am mengenai latar belakang sampel yang
mengandungi maklumat tentang jantina, umur, sekolah dan tingkatan sampel yang terlibat.
Bahagian B pula ialah bahagian yang memerlukan pelajar menjawab soalan yang berkaitan
dengan pengunaan bahasa Melayu di kalangan pelajar. Pada bahagian ini, maklumat yang
diberikan oleh pelajar akan dapat membantu pengkaji mengenal pasti faktor-faktor yang
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
45/104
36
menyebabkan berlakunya kelemahan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar yang
terlibat.
Pada bahagian C, pengkaji cuba mendapatkan maklumat mengenai kelemahan dan
masalah pelajar dalam penguasaan bahasa Melayu terutamanya dalam pengunaan kata
sendi nama. Maklumat yang didapati daripada bahagian ini akan dapat membantu pengkaji
mengenal pasti kelemahan pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu. Dalam borang soal
selidik ini, pelajar dikehendaki menandakan pilihan jawapan di ruangan yang telah
disediakan bagi memudahkan pengkaji membuat penganalisisan.
Dalam soal selidik ini, terdapat juga lima ujian, iaitu ujian 1 yang mengkehendaki
pelajar menjawab soalan-soalan berbentuk betul-salah dan menandakan jawapan di
ruangan yeng telah disediakan. Pada bahagian ini, terdapat 25 soalan yang akan membantu
pengkaji mengenal pasti kelemahan dan kesilapan pelajar dalam penggunaan kata sendi
nama. Ujian 2 juga mengandungi 25 soalan yang memerlukan pelajar mengisi ruang
kosong dengan penggunaan kata sendi nama yang betul. Jawapan bagi setiap soalan telah
disediakan oleh pengkaji bagi memudahkan pelajar membuat pemilihan jawapan serta
dapat melihat sejauh manakah pelajar mengalami kekeliruan fungsi kata sendi nama
mengikut konteks ayat yang disediakan.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
46/104
37
Ujian 3 pula mengandungi 10 soalan. Ujian tersebut mengkehendaki pelajar
membetulkan kembali kesilapan yang berlaku dalam penulisan kata sendi nama. Pelajar-
pelajar diminta untuk menulis kembali jawapan betul di ruangan yang disediakan.
Manakala ujian 4 terdiri daripada lima soalan yang akan melihat sejauh manakah
penguasaan pelajar dalam penggunaan kata sendi nama yang membentuk kata kerja pasif.
Bahagian ini memerlukan pelajar memahami konsep kata sendi nama dan juga konsep kata
kerja pasif. Ujian terakhir ialah ujian 5. Ujian ini mengkehendaki pelajar membuat
perbezaan berkaitan dengan ayat yang mengandungi kata hubung dan kata sendi nama.
Sebagai makluman, kesemua ujian yang terlibat merupakan ujian yang berbentuk betul-
salah dan mengkehendaki pelajar menanda ( / ) atau ( X ).
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
47/104
38
3.4 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah menyediakan beberapa langkah persediaan
bagi memastikan objektif pengkajian tercapai dan berlangsung tanpa sebarang masalah.
Yang berikut ialah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pengkaji semasa
melaksanakan kajian ini.
LANGKAH 1: SURAT KEBENARAN.
Sebelum memulakan proses pengkajian ini, pengkaji telah mendapatkan surat rasmi bagi
mendapatkan pengesahan secara bertulis daripada pihak Fakulti Bahasa yang mengesahkan
pengkaji sebagai seorang mahasiswa fakulti berkenaan dan bakal melaksanakan kajian di
institusi yang terlibat. Surat rasmi berkenaan bertujuan untuk memudahkan pengkaji
mendapatkan kebenaran daripada institusi yang terlibat semasa menjalankan penyelidikan.
LANGKAH 2: MEMBINA SOALAN SOAL SELIDIK
Setelah mendapat surat kebenaran daripada Fakulti Bahasa, pengkaji memulakan
pengkajian dengan membentuk dan membina soalan soal selidik yang akan diserahkan
kepada para pelajar. Pengkaji telah membentuk lima ujian, seperti mana yang telah
dibincangkan sebelum ini. Soalan soal selidik ini akan diserahkan kepada pelajar untuk
dijawab bagi memudahkan pengkaji membuat penganalisisan terhadap persoalan yang
sedang dikaji.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
48/104
39
LANGKAH 3: PEMILIHAN SAMPEL DAN POPULASI KAJIAN
Sebelum melaksanakan atau mengedarkan borang soal selidik untuk dilaksanakan oleh
pelajar, pengkaji terlebih dahulu mengenal pasti beberapa bual sekolah yang bakal
dijadikan sampel kajian. Sekolah yang terpilih menrupakan sekolah yang berhampiran
dengan tempat tinggal pengkaji, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud dan
Sekolah Menengah Kebangsaan Nasirudin Syah. Sekolah-sekolah berkenaan terletak di
daerah Besut, Terengganu. Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah memilih
populasi kajian yang terdiri daripada 40 orang pelajar. Pelajar-pelajar yang tepilih terdiri
daripada pelajar tingkatan dua.
LANGKAH 4: JANJI TEMU BERSAMA PENGETUA.
Setelah mengenal pasti sekolah-sekolah yang terlibat, pengkaji telah membuat janji temu
bersama pengetua-pengetua sekolah berkenaan bagi mendapatkan kebenaran untuk
menjalankan penyelidikan di sekolah terbabit.
Setelah mendapatkan kebenaran daripada pengetua yang terlibat, pengakaji
diberikan sebuah kelas tingkatan dua untuk membantu pengkaji melaksanakan kajian
tersebut. Tidak ketinggalan, kajian ini turut sama dibantu oleh seorang guru pengiring yang
akan memberi bantuan kepada pengkaji semasa menjalankan kajian ini.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
49/104
40
LANGKAH 5: MELAKSANAKAN SOAL SELIDIK
Setelah mendapatkan sebuah kelas yang akan dijadikan sampel kajian, pengkaji telah
mengedarkan borang soal selidik untuk diteliti dan disempurnakan oleh pelajar dalam masa
60 minit. Seperti yang telah dibincangkan, terdapat lima ujian yang perlu disempurnakan
oleh pelajar dalam masa yang ditetapkan.
LANGKAH 6: PENGANALISISAN DATA
Kesemua borang soal selidik yang telah dilaksanakan oleh para pelajar akan dianalisis oleh
pengkaji mengikut pembahagian yang telah ditetapkan oleh pengkaji sebelum ini.
Berdasarkan borang soal selidik tersebut, pengkaji hanya membuat pengumpulan data yang
akan dilihat dari segi peratus kekerapan sahaja. Berdasarkan daripada penganalisisan
tersebut, pengkajia akan dapat membuat kesimpulan yang berkaitan dengan pengkajian ini.
3.5 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA
Data dan maklumat yang diperoleh daripada soal selidik para pelajar akan dianalisis oleh
pengkaji bagi memudahkan pengakaji mendapat maklum balas terhadap pengkajian
tersebut. Terdapat beberapa peringkat yang digunakan oleh pengakji untuk menganalis data
yang diperoleh. Antaranya analisis data daripada borang soal selidik. Data-data yang
dikumpulkan daripada soal selidik tersebut akan dimasukkan ke dalam jadual kekerapan.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
50/104
41
Daripada jadual yang dibuat, pengkaji akan menganalisis data tersebut dalam bentuk
peratus.
Jumlah kesalahan yang dilakukan oleh pelajar bagi setiap ujian akan dikira dengan
menggunakan formula yang telah ditetapkan. Proses penganalisisan ini akan memudahkan
pengkaji membuat pentafsiran terhadap fenomena yang sedang dikaji. Formula yang
diperlukan oleh pengkaji untuk mendapatkan peratus kekerapan daripada data yang
diperolehi ialah dengan menggunakan formula seperti berikut:
Peratus = kekerapan x 100
N
N = Jumlah Responden
(Mohd Majid Konting, 2000:337)
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
51/104
42
BAB IV
KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 PENGENALAN
Dalam bab keempat ini, pengkaji akan membincangkan berkaitan dapatan kajian yang
diperoleh hasil daripada penyelidikan ini. Dapatan kajian yang dianalisis akan menjawab
soalan-soalan kajian seperti tang berikut:
a. Sejauh manakah pelajar tingkatan dua membuat kesilapan dalam penggunaan
kata sendi nama?.
b. Sejauh manakah pelajar membuat kesilapan penggunaan kata sendi nama
sebagai kata depan dan kata sendi nama sebagai imbuhan pasif?.
c. Sejauh manakah pelajar membuat kesilapan kata sendi nama akibat daripada
kekeliruan fungsi?.
d. Adakah pelajar dapat membezakan kata sendi nama sebagai kata depan dan
kata sendi nama sebagai sendi kata tau kat hubung?.
e. Sejauh manakah pelajar membuat kesilapan dalam penulisan kata sendi nama?.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
52/104
43
4.2 PERIHALAN SAMPEL
Pengkaji telah menjalankan penyelidikan di sebuah daerah yang terdapat di negeri
Terengganu, iaitu di daerah Besut. Sekolah-sekolah yang terlibat terdiri daripada Sekolah
Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud dan Sekolah Kebangsaan Nasirudin Syah. Rata-
rata pelajar yang dipilih terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan dua.
Seperti yang diperjelaskan di dalam bab terdahulu, sampel kajian terdiri daripada 40
orang responden atau pelajar. Pelajar-pelajar daripada kaum Melayu dan Cina, lelaki dan
perempuan dipilih sebagai responden dalam kajian ini. (Lihat Jadual 1)
Jadual 1. Jumlah dan Peratusan Sampel Berdasarkan Jantina dan
Bangsa
JANTINA
BANGSA
JUMLAHMELAYU CINA
LELAKI 16
(40%)
4
(10%)
20
(50%)
PEREMPUAN 18
(45%)
2
(5%)
20
(50%)
JUMLAH
KESELURUHAN
34
(85%)
6
(15%)
40
(100%)
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
53/104
44
Berdasarkan Jadual 1, dapat dirumuskan bahawa jumlah sampel pelajar Melayu
ialah seramai 34 orang (85%) yang terdiri daripada pelajar lelaki seramai 16 orang (40%)
dan 18 orang (45%) pelajar perempuan.
Bagi sampel pelajar berbangsa Cina pula, sampel yang terpilih ialah seramai 6
orang (15%). Mereka terdiri daripada 4 orang (10%) pelajar lelaki dan 2 orang (5%) pelajar
perempuan.
Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar Melayu lebih ramai berbanding pelajar bukan
Melayu. Ini menunjukkan bahawa di daerah ini, majoriti masyarakatnya ialah terdiri
daripada masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun ia masih lagi dikategorikan dalam
masyarakat majmuk.
4.2.1 PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN PELAJAR
Dalam pengumpulan data yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu di kalangan
pelajar, pengkaji mendapati pelajar-pelajar menggunakan bahasa Melayu hanya pada waktu
formal, iaitu apabila berhubung dengan pihak sekolah dan juga semasa di dalam bilik
darjah. Walau bagaimanapun, apabila ditanya mengenai keselesaan pelajar dalam
berbahasa, terdapat berbagai-bagai jawapan yang diberikan oleh pelajar semasa berhubung
dengan rakan sebaya. (Lihat Jadual 2).
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
54/104
45
Jadual 2. Bahasa Pertuturan Yang Digunakan Semasa Berhubung
Dengan Rakan Sebaya
BAHASA MELAYU 34 (85%)
BAHASA CINA 6 (15%)
JUMLAH 100%
Berdasarkan Jadual 2 di atas, didapati pelajar-pelajar menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa perantaraan semasa berkomunikasi dengan rakan sebaya tidak kira di bilik
darjah mahupun di luar bilik darjah. Seramai 34 orang pelajar menggunakan bahasa Melayu
semasa berkomunikasi dengan rakan sebaya, manakala 6 orang pelajar daripada 40 orang
responden menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa perantaraan mereka. Walau
bagaimanapun, mereka hanya menggunakan bahasa Cina untuk berkomunikasi sesama
kaum sahaja. Sebaliknya, apabila berhubung dengan rakan yang berbangsa Melayu, bahasa
Melayu digunakan sepenuhnya.
Apabila diselidik mengenai keselesaan pelajar menggunakan bahasa dalam
kehidupan seharian, ramai di kalangan pelajar lebih selesa bercakap dalam bahasa dialek
masing-masing. Rata-rata para responden berpendapat akan menggunakan bahasa Melayu
apabila berkomunikasi dalam keadaan formal sahaja. Memandangkan daerah Besut
bersempadanan dengan negeri Kelantan, maka dialek yang dikuasai oleh para pelajar ialah
dialek Kelantan. (Lihat Jadual 3).
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
55/104
46
Jadual 3. Keselesaan Pelajar Menggunakan Bahasa dalam
komunikasi
BAHASA MELAYU 12 (30%)
BAHASA CINA 6 (15%)
DIALEK MELAYU 22 (55%)JUMLAH 100%
BAHASA PERTUTURAN DI KALANGAN PELAJAR
BAHASA MELAYU
BAHASA CINA
DIALEK MELAYU
Rajah 1. Bahasa Pertuturan Yang Digunakan Oleh Pelajar Untuk
Berkomunikasi
Berdasarkan Jadual 3 dan Rajah 1 di atas, menerangkan bahawa ramai di kalangan
pelajar yang terlibat lebih selesa menggunakan dialek Melayu iaitu dialek Kelantan sebagai
bahasa pertuturan mereka seharian. Didapati bahawa seramai 22 orang (55%) daripada
sampel menggunakan dialek Kelantan sebagai bahasa pertuturan mereka.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
56/104
47
4.3 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian yang menjadi tumpuan pengkaji ialah berkaitan dengan persoalan yang
telah dikemukakan sebelum ini. Dalam bab 1, pengkaji telah menyatakan beberapa
persoalan yang akan dijadikan garis panduan dalam penyelidikan ini. Berdasarkan kepada
persoalan itu, maka hasil yang diperolehi melalui penyelidikan ini adalah seperti berikut:
4.3.1 Kesilapan penggunaan kata sendi sebagai kata depan dan kata sendi sebagai
imbuhan pasif.
Jadual 4. Kesilapan Penggunaan Kata sendi Nama Sebagai
Kata Depan dan Kata Sendi Sebagai Imbuhan Pasif
NO. SOALAN
KEKERAPAN
BETUL SALAH
1 40 (100%) -
2 12 (30%) 28 (70%)
3 26 (65%) 14 (35%)
4 38 (95%) 2 (5%)
5 14 (35%) 26 (65%)
Berdasarkan Jadual 4 di atas, didapati masih ramai pelajar yang membuat kesilapan
dalam penggunaan kata sendi nama yang mengandungi imbuhan pasif atau kata kerja pasif,
terutamanya kata sendi di- dan imbuhan pasif di-. Dalam konsep imbuhan, awalan di- ialah
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
57/104
48
sejenis imbuhan awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja
pasif bagi ayat-ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Kata sendi
nama di- pula, ialah kata sendi nama yang digunakan khusus di hadapan kata nama atau
frasa nama yang menunjukkan tempat.
Berdasarkan soalan soal selidik yang diberikan kepada pelajar, didapati pelajar tidak
dapat membezakan kata sendi nama yang mengandungi kata kerja pasif. Misalnya, pada
soalan kedua, kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam membezakan kata sendi nama
sebagai kata depan dan kata sendi nama yang mengandungi kata kerja pasif ialah sebanyak
70 peratus. Manakala, soalan tiga dan lima masing-masing 35 peratus dan 65 peratus.
Kadar kekerapan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar adalah berbeza mengikut jantina.
Jadual 5. Perbezaan Kesilapan Penggunaan Kata Sendi Nama
Sebagai Kata Depan dan Kata Sendi Nama Sebagai
Imbuhan Pasif Di Kalangan Pelajar Lelaki dan
Perempuan
JANTINA KEKERAPAN PERATUS
LELAKI 38 95%
PEREMPUAN 32 80%
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
58/104
49
PERBEZAAN DI ANTARA PELAJAR LELAKI DAN
PEREMPUAN
LELAKIPEREMPUAN
Rajah 2. Kekerapan Kesilapan Penggunaan Kata Sendi
Nama Sebagai Imbuhan Pasif Di Kalangan Pelajar
Lelaki dan Perempuan
Berdasarkan Jadual 5 dan Rajah 2, didapati pelajar lelaki lebih banyak melakukan
kesilapan dalam penggunaan kata sendi nama sebagai imbuhan pasif. Didapati pelajar lelaki
membuat kesilapan sebanyak 95 peratus berbanding pelajar perempuan sebanyak 80
peratus. Keadaan demikian berlaku disebabkan oleh latihan yang diperoleh oleh pelajar
dalam menguasai kemahiran tersebut. Berdasarkan soalan soal selidik, juga didapati
bahawa kekerapan pelajar mendapat latihan berkaitan kata sendi nama yang berhubung
kata kerja pasif dan imbuhan di-.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
59/104
50
Jadual 6. Latihan Menggunakan ayat Pasif dalam sebulan.
LATIHAN KEKERAPAN PERATUS
Lebih daripada 5 kali 10 25%
4 kali 6 15%2 kali 13 32%
1 kali 8 20%
Tak pernah 3 7%
Jumlah 40 100%
Berdasarkan Jadual 6, didapati kadar kekerapan latihan yang diperoleh dalam
penguasaan kata sendi nama yang melibatkan penggunaan ayat pasif di kalangan pelajar,
ialah sebanyak dua kali dalam sebulan. Latihan sebanyak dua kali sebulan tidak memadai
bagi meningkatkan kemahiran tatabahasa pelajar. Ini kerana aspek tatabahasa amat penting
dalam menghasilkan wacana yang baik tanpa sebarang kesalahan umum tatabahasa.
Kesilapan penggunaan aspek tatabahasa ini boleh mengurangkan markah pelajar,
terutamanya dalam penulisan karangan.
Berdasarkan Jadual 6 ini juga, didapati masih ada pelajar yang tidak pernah
mendapat latihan berkaitan dengan penggunaan ayat pasif dalam kata sendi nama, iaitu
sebanyak tujuh peratus. Dalam meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan kata
sendi nama yang melibatkan kata kerja pasif, guru seharusnya membimbing pelajar dalam
membina ayat yang berkaitan dengan kata kerja pasif dengan lebih terperinci. Misalnya,
sesuatu ayat aktif biasanya dapat dipasifkan dengan menggunakan kata sendi nama di-.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
60/104
51
Justeru, guru seharusnya membimbing pelajar tentang bagaimana cara dan kaedah untuk
membentuk ayat pasif di samping penggunaan kata sendi nama yang betul.
Jadual 7. Latihan Menggunakan Awalan di- dalam Sebulan
LATIHAN KEKERAPAN PERATUS
Lebih daripada 5 kali 14 35%
4 kali 5 12.5%
2 kali 11 27.5%
1 kali 4 10%
Tak pernah 6 15%
Jumlah 40 100%
Berdasarkan Jadual 7, didapati bahawa pelajar telah mendapat latihan berkaitan
dengan penggunaan awalan di- lebih daripada lima kali. Walau bagaimanapun, masih ada
segelintir pelajar yang tidak pernah mendapat latihan berkaitan dengan awalan di-, iaitu
sebanyak 15 peratus. Keadaan ini telah menyebabkan segelintir pelajar membuat kesilapan
dalam penggunaan awalan di-. Mungkin pada dasarnya, penggunaan awalan di- sama
dengan kata sendi di-, namun kedua-duanya berbeza antara satu sama lain, terutamanya
dalam aspek penulisan. Konsep awalan di-, sebenarnya tidak bertaraf perkataaan. Maka,
penulisannya hendaklah digabungkan dengan kata dasar yang menyusulinya, manakala kata
sendi di- ialah bertaraf perkataan dan boleh berdiri sendiri dalam ayat. Justeru itu, guru
seharusnya lebih konsistan dalam membuat latihan dalam membezakan konsep awalan di-
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
61/104
52
dan kata sendi di-. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan kesilapan yang sering dilakukan
oleh pelajar.
4.3.2 Kesilapan penggunaan kata sendi nama di kalangan pelajar.
Jadual 8. Kekerapan Kesilapan Penggunaan Kata Sendi Nama
Di Kalangan Pelajar
KATA SENDI KEKERAPAN PERATUS
KE 17 42.5%
KEPADA 23 57.5%
JUMLAH 40 100%
Berdasarkan Jadual 8 di atas, didapati seramai 17 orang pelajar (42.5%) melakukan
kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘ke’ dan seramai 23 orang pelajar (57.5%) membuat
kesilapan dalam penggunaan kata sendi nama ‘kepada’.
Jadual 9. Perbezaan Kesilapan Kata Sendi Nama Di Kalangan
Pelajar Lelaki dan Pelajar Perempuan
KATA SENDI LELAKI PEREMPUAN
KE 11 (27.5%) 6 (15%)
KEPADA 14 (35%) 9 (22.5)
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
62/104
53
Jadual 9 menerangkan perbezaan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar lelaki dan
pelajar perempuan dalam penggunaan kata sendi nama ‘ke’ dan ‘kepada’. Didapati pelajar
lelaki lebih banyak membuat kesilapan dalam penggunaan kata sendi nama, iaitu masing-
masing 27.5 peratus dan 35 peratus berbanding dengan pelajar perempuan masing-masing
15 peratus dan 22.5 peratus.
4.3.3
Kesilapan penggunaan kata sendi nama akibat kekeliruan fungsi.
Jadual 10. Latihan Menggunakan Kata Sendi Nama dalam Sebulan
LATIHAN KEKERAPAN PERATUS
Lebih daripada 3 kali 19 47.5%
3 kali 5 12.5%
2 kali 8 20%
1 kali 7 17.5%Tak pernah 1 2.5%
Jumlah 40 100%
Kebanyakan kesilapan pengunaan kata sendi nama di kalangan pelajar ialah
disebabkan oleh kurangnya latihan yang diperoleh oleh pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran. Justeru itu, latihan dalam menggunakan kata sendi nama turut
mempengaruhi penguasaan kata sendi nama di kalangan pelajar. Sekiranya diperhatikan
data yang terkandung dalam Jadual 10, didapati para pelajar telah mendapat latihan
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
63/104
54
berkaitan penggunaan kata sendi nama lebih daripada tiga kali sebulan, iaitu 47.5%, namun
masih ada di kalangan pelajar membuat kesilapan yang sama. Kesilapan yang dilakukakan
oleh pelajar adalah berkaitan dengan kesukaran untuk membezakan kata sendi nama yang
ada.
PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA
0
5
10
15
20
1
K E K E R A P A N
Lebih daripada
3 kali3 kali
2 kali
1 kali
Tak pernah
Rajah 3. Kekerapan Menggunakan Kata Sendi Nama Dalam
Sebulan
Kesukaran untuk membezakan fungsi penggunaan kata sendi nama menyebabkan para
pelajar membuat kesilapan dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan kekeliruan
fungsi kata sendi nama.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
64/104
55
Jadual 11. Kekerapan Pelajar Membuat Kesilapan Penggunaan
Kata Sendi Nama ‘ pada’ Yang Didahului Oleh
Perkataan ‘ada’
JUMLAH SAMPEL TIDAK MELAKUKAN
KESILAPAN
MELAKUKAN
KESILAPAN
40 10 (25%) 30 (75%)
JUMLAH 100%
Berdasarkan Jadual 11, jelas menunjukkan masih ramai pelajar melakukan
kesilapan dalam mengenal pasti fungsi-fungsi kata sendi nama. Sebagai contoh, Jadual 11
di atas menerangkan kekeliruan fungsi kata sendi nama ‘ pada’ yang apabila didahului oleh
perkataan ‘ada’, mestilah diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan.
Didapati bahawa seramai 30 orang (75%) daripada keseluruhan responden menbuat
kesilapan ini.
Jadual 12. Kekerapan Pelajar Membuat Kesilapan Dalam
Penggunaan Kata Sendi Nama Yang Menunjukkan
Kata Arah
JUMLAH SAMPEL TIDAK MELAKUKAN
KESILAPAN
MELAKUKAN
KESILAPAN
40 15 (37.5%) 25 (62.5%)
JUMLAH 100%
Jadual 12 menerangkan kekerapan pelajar membuat kesilapan dalam penggunaan
kata sendi nama yang menunjukkan kata arah. Kata arah ialah sejumlah perkataan yang
hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama yang berfungsi untuk
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
65/104
56
menunjukkan hala atau jurusan. Berdasarkan Jadual 12 tersebut, jelas menunjukkan bahawa
seramai 25 orang (62.5%) daripada sampel membuat kesilapan.
Jadual 13. Kesilapan penggunaan Kata Sendi Nama ‘antara’
dan ‘di antara’
NO. SOALAN KEKERAPAN PERATUS
19 32 80%
20 28 70%
21 15 37.5%
22 7 17.5%
23 25 62.5%
24 37 92.5%
25 21 52.5%
Berdasarkan Jadual 13, didapati bahawa masih ramai pelajar yang membuat
kesilapan dalam penggunaan kata sendi nama ‘antara’ dan ‘di antara’. Tidak dapat
dinafikan bahawa masih ramai pelajar yang keliru tentang penggunaannya. Contohnya,
perkataan ‘antara’ dapat berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah. Kata arah
merupakan kata yang menunjukkan arah atau kedudukan seperti ‘atas, bawah, tengah,
depan, belakang , luar dan dalam’. Kata arah ‘antara’ hanya dapat bergandingan dengan
kata sendi nama di- dalam pembentukan frasanya. Kesukaran untuk membezakan fungsi
penggunaan kata sendi nama ‘antara’ menyebabkan pelajar sering membuat kesilapan
dalam penggunaannya. Berdasarkan Jadual 13 tersebut, didapati pelajar membuat kesilapan
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
66/104
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
67/104
58
4.3.4 Kesilapan dalam membezakan kata sendi nama sebagai kata depan dan kata sendi
nama sebagai sendi kata atau kata hubung.
Jadual 15. Kesilapan Dalam Membezakan Kata Sendi Nama
Sebagai Kata Depan dan Kata Sendi Nama Sebagai
Kata Hubung.
KEKERAPAN
KATA HUBUNG 29 (72.5%)
KATA SENDI NAMA 25 (62.5%)
Berdasarkan Jadual 15, didapati masih ramai pelajar yang tidak dapat membezakan
antara kata sendi nama dan kata hubung. Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang
bertugas untuk menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk
ayat yang berlapis atau ayat majmuk. Berdasarkan Jadual 15 tersebut, didapati seramai 29
orang pelajar (72.5%) membuat kesilapan dalam membezakan ayat yang mengandungi kata
hubung dan 25 orang pelajar (62.5%) membuat kesilapan dalam membezakan ayat yang
mengandungi kata sendi nama. Kekerapan dalam membuat kesilapan berkaitan dengan
perbezaan kata sendi nama dan kata hubung adalah berbeza mengikut jantina.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
68/104
59
Jadual 16. Kesilapan Dalam Membezakan Kata Sendi Nama
dan Kata Hubung Di Kalangan Pelajar Lelaki dan
Perempuan
JANTINA
KEKERAPAN
KATA HUBUNG KATA SENDI NAMA
LELAKI 15 (75%) 12 (60%)
PEREMPUAN 14 (70%) 13 (65%)
Berdasarkan Jadual 16, pelajar lelaki lebih banyak melakukan kesilapan dalam
membezakan ayat yang mengandungi kata sendi nama dan kata hubung. Dalam penggunan
kata hubung, pelajar lelaki banyak melakukan kesilapan, iaitu sebanyak 75 peratus
berbanding pelajar perempuan yang hanya membuat kesilapan sebanyak 70 peratus.
Manakala, dalam penggunaan kata sendi nama, pelajar perempuan lebih banyak membuat
kesilapan dalam penggunaan kata sendi nama, iaitu 60 peratus berbanding pelajar lelaki
yang hanya membuat kesilapan sebanyak 65 peratus. Sekiranya diperhatikan daripada
jadual 16 tersebut, didapati tidak banyak perbezaan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar
lelaki dan perempuan.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
69/104
60
PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA DAN KATA HUBUNG
0 5 10 15 20
KATA HUBUNG
KATA SENDI
NAMA
KEKERAPAN
PEREMPUAN
LELAKI
Rajah 4. Kesilapan Dalam Mengenal Pasti Penggunaan Kata
Sendi Nama Dan Kata Hubung.
4.3.5
Kesilapan dalam penulisan kata sendi nama.
Jadual 17. Kesilapan Dalam Penulisan Kata sendi Nama.
NO. SOALAN
KEKERAPAN
BETUL SALAH
1 40 100% - -
2 38 95% 2 5%
3 34 85% 6 15%
4 30 75% 10 25%
5 33 82.5% 7 17.5
6 36 90% 4 10%
7 39 97.5% 1 2.5%
8 31 77.5% 9 22.5%
9 25 62.5% 15 37.5%
10 40 100% - -
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
70/104
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
71/104
62
BAB V
RUMUSAN
5.1 KESIMPULAN
Berdasarkan hasil dapatan kajian yang telah dianalisis oleh pengkaji, didapati masih ramai
di kalangan pelajar yang membuat kesilapan dalam penggunaan kata sendi nama. Hasil
kajian ini juga, dapat membantu pengkaji dalam menjawab persoalan-persoalan yang
dikemukakan sebelum ini. Seperti yang dinyatakan dalam bab I, terdapat beberapa
persoalan yang masih lagi menjadi pertikaian dan permasalahan di kalangan pelajar.
Dengan terhasilnya kajian ini, diharap pengkaji dapat mengesan kelemahan-kelemahan
pelajar berkaitan dengan penggunaan kata sendi nama.
Di dalam bab kelima ini, pengkaji akan menghuraikan mengapa masih ramai di
kalangan pelajar yang membuat kesilapan penggunaan kata sendi nama daripada pelbagai
aspek. Pengkaji juga akan cuba menyarankan beberapa langkah-langkah yang diperlukan
oleh guru dalam mengatasi masalah berkaitan kata sendi nama ini pada bahagian
perbincangan yang seterusnya.
-
8/9/2019 Tesis Kata Nama
72/104
63
Walaupun, kata sendi nama bukanlah suatu aspek tatabahasa yang boleh
menyebabkan ramai di kalangan pelajar membuat kesilapan, namun pengabaiannya boleh
menyebabkan lebih ramai lagi pelajar yang membuat kesilapan. Sekiranya masalah seperti
ini dipandang remeh, sudah pasti hasil penulisan pelajar akan merosot terutamanya dalam
pembinaan struktur katanya dan juga aspek kegramatisan akan terabai.
Sebagai seorang guru, seharusnya dapat menyelesaikan permasalahan yang
dihadapi oleh setiap pelajarnya. Justeru itu, setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar
terutamanya dalam aspek tatabahasa haruslah dinyatakan atau ditunjukkan dengan jelas
supaya dapat disedari oleh pelajar berkenaan. Hal ini juga bertujuan untuk mengelakkan
pelajar mengulangi kesilapan yang sama secara berulang-ulang.
Dalam menghasilkan suatu penulisan yang sempurna, seharusnya aspek-aspek yang
berkaitan dengan kata s