tesis mama zura
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KERTAS CADANGAN PENGAJIAN
TAJUK: PERANAN IBU BAPA TERHADAP PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM KEPADA ANAK-ANAK BERKEPERLUAN KHAS : KAJIAN KES DI SK. BUKIT
RAYA.
OLEH: AZURA BINTI AWANG
(GP 01905)
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
DAKWAH DAN KEPIMPINAN
UKM, BANGI.
1
1.1. PERNYATAAN MASALAH
Di saat kelahiran seseorang kanak-kanak, harapan kedua ibu bapa adalah
semoga bayi yang dilahirkan itu selamat, sempurna dan tidak cacat. Anak yang
mengalami kecacatan fizikal atau bukan fizikal adalah satu igauan buruk bagi sesebuah
keluarga. Namun, ujian ini mesti dihadapi dengan hati yang redha. Anak yang
berkeperluan khas ini mesti diberi kasih sayang dan diberi didikan yang sama seperti
anak-anak normal dan sempurna yang lain.
Proses pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa merupakan acuan bagi
mencorakkan kehidupan anak istimewa. Penerapan nilai-nilai Islam banyak ditekankan
oleh ibu bapa bagi anak-anak normal. Persoalannya, adakah sama penerapan dan
nilai-nilai Islam diberikan kepada anak-anak berkeperluan khas dan anak normal oleh
ibu bapa masing-masing?
Cabaran utama yang menjadi persoalan kajian ini ialah penerimaan ibu bapa
kepada kanak-kanak istimewa itu sendiri. Kajian barat mendapati tidak semua ibu bapa
dapat menerima kehadiran anak istimewa (Belgrave, 1991 ; Heinmann & Shontz, 1992 ;
Linkowski & Dunn, 1994). Stigma sosial yang negatif dan diskriminasi masyarakat yang
menyebabkan ibu bapa takut menerima kenyataan mereka adalah ibu atau bapa
kepada kanak-kanak istimewa tersebut (Nancy 1999).
Banyak kajian juga menunjukkan ibu bapa mengalami tekanan yang hebat dalam
membesarkan dan mendidik anak-anak berkeperluan khas. Tekanan tersebut tentu
akan menjadi berbeza dan lebih mencabar bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak
berkeperluan khas dan mempunyai masalah perkembangan pembesaran.
Terdapat enam jenis emosi yang diekspresikan oleh penjaga keluarga ini seperti
kerisauan, tekanan, hilang harapan, rasa kehilangan, malu dan rasa bersalah. Penjaga
keluarga turut mengalami kesan-kesan psikososial seperti masalah kewangan, kesan
ke atas keluarga, gangguan aktiviti sosial, masalah kesihatan fizikal dan keperluan
2
sokongan. Penjagaan anak-anak berkeperluan khas di rumah turut menyebabkan
penjaga berhadapan dengan stigma sosial yang wujud dalam komuniti yang berkait
rapat dengan penyakit mental.1
Persepsi masyarakat terhadap anak istimewa juga berbeza. Mereka dilihat
sebagai liabiliti (beban) dan bukan sebagai aset. Ada sebilangan kecil masyarakat yang
berpandangan golongan ini tidak perlu diberikan pendidikan Islam yang sewajarnya
atau berbuat apa-apa kerana mereka ‘cacat’.
Namun, sebagai seorang muslim, cara terbaik untuk membina semangat dan
motivasi diri ibu bapa dan anak itu sendiri ialah dengan menanamkan nilai keimanan
dan unsur-unsur Islam agar tidak terjerumus ke dalam jurang kekecewaan ke atas
ketentuan Ilahi ini.2
Sehubungan dengan itu, penyelidik memilih tajuk “ Peranan ibu bapa terhadap
penerapan nilai-nilai Islam kepada anak-anak berkeperluan khas : Kajian kes di
SK. Bukit Raya ” untuk mengkaji lebih mendalam apakah unsur-unsur Islam
diterapkan oleh ibu bapa yang memiliki anak berkeperluan khas ini?
1.2. PERSOALAN KAJIAN
1 Mohd Suhaimi Mohamad, Sheau Tsuey Chong, Norulhuda Sarnon, Fauziah Ibrahim, Khadijah Alavi dan Noremy Md Akil, Manifestasi Penjagaan Keluarga : Tekanan psikologi dalam menjaga pesakit mental, Jurnal Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, vol.7, no.1, April 2012, pp: 59-75.
2 A.Fatih Syuhud, 2012, Pendidikan Islam Anak Cacat, ://www.fatihsyuhud.net/2012/09/pendidikan-islam-anak-cacat-1 (26/12/12)
3
Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan di atas, terdapat 3
persoalan dalam kajian ini iaitu:
1.2.1 Apakah perbezaan antara persepsi ibu bapa berkenaan tahap penerapan unsur-
unsur Islam kepada anak-anak berkeperluan khas dengan anak-anak normal?
1.2.2 Apakah nilai-nilai Islam yang diterapkan oleh ibu bapa semasa membesarkan
dan mendidik anak-anak berkeperluan khas ini?
1.2.3 Apakah cabaran yang dihadapi oleh para ibu bapa dalam menerapkan nilai-nilai
Islam kepada anak-anak berkeperluan khas ini?
1.3. OBJEKTIF KAJIAN
4
1. Mengkaji perbezaan peranan ibu bapa berkenaan tahap penerapan unsur-
unsur Islam kepada anak-anak berkeperluan khas dengan anak-anak normal.
2. Menganalisis nilai-nilai Islam yang diterapkan oleh ibu bapa semasa
membesarkan dan mendidik anak-anak berkeperluan khas.
3. Mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para ibu bapa dalam
menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak berkeperluan khas.
1.4. METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk Kajian
Reka bentuk penyelidikan ini ialah:
1) Penyelidikan Kepustakaan
Kajian kepustakaan sangat penting digunakan dalam penyelidikan ini bagi
membolehkan penyelidik mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam
mengenai fokus kajian.
Kajian ini melibatkan pencarian bahan sekunder seperti buku, kertas
kerja,jurnal,laporan tesis dan artikal-artikal berkaitan. Data sekunder ini digunakan
untuk menyokong, menambah dan memperinci serta memperdalamkan pengetahuan
penyelidik dari aspek teoritikal.
5
2) Kajian Lapangan
Sebahagian data yang digunakan dalam kajian ini adalah data yang diperolehi
daripada lapangan. Data ini adalah data primer kajian. Bagi mendapatkan maklumat
berdasarkan kajian lapangan, kajian ini melibatkan beberapa proses iaitu dari aspek:
a. Pemilihan Lokasi
Pemilihan lokasi yang tepat kerana sekolah ini mempunyai murid pendidikan khas
yang paling ramai di daerah Hulu Langat.
b. Pemilihan Sample
Sampel dan populasi yang dipilih adalah ibu bapa yang memiliki anak istimewa yang
ditempatkan dalam Program Intergrasi Pendidikan Khas, SK. Bukit Raya, Jalan Hulu
Langat, Cheras, Selangor.
Kajian meliputi keseluruhan 180 orang ibu bapa bagi murid-murid pendidikan khas di
Sekolah Kebangsaan Bukit Raya yang berumur antara 7 hingga 12 tahun.
3) Kajian Tinjauan (survey research)
6
Kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini dengan berdasarkan kepada
kenyataan Fink dan Kasecoff (1985) yang berpendapat bahawa kaedah tinjauan sesuai
digunakan kerana kedudukan sample yang bertaburan. Tambah mereka lagi, kaedah
tinjauan sesuai digunakan apabila kajian terebut bertujuan untuk menerangkan sesuatu
perkara, mempamerkan perubahan dan juga membuat perbandingan. Malah, Wiersma
(1995) pula menyatakan kaedah tinjauan merupakan kaedah yang baik jika kajian
tersebut yang ingin mengukur atau menilai sikap, persepsi dan pencapaian.
Kajian ini juga merupakan satu reka bentuk penyelidikan kualitatif (qualitative
research design) merangkap satu bentuk kajian tinjauan kerana melibatkan sejumlah
sample di lokasi yang tertentu dan menggunakan ujian yang signifikan.
Kajian Tinjauan (survey research) ini lakukan melalui penggunaan soal selidik
atau temu bual ke atas sampel yang mewakili sesuatu populasi. Tujuannya adalah
untuk mengenal pasti unsur-unsur Islam yang diterapkan oleh ibu bapa yang memiliki
anak-anak berpendidikan khas di sekolah ini dalam aspek yang dikaji.
Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data bagi kajian yang dinamakan juga kajian rentas ini adalah
mudah kerana data dikumpul sekali sahaja daripada responden sepanjang kajian.
Kajian ini juga melibatkan empat elemen berikut iaitu:-
7
1. Analisis Dokumen
Kandungan dokumen yang dianalis boleh membantu pengkaji memperolehi
informasi mengenai sumber ibu bapa dan informasi mengenai unsur-unsur Islam yang
diterapkan oleh ibu bapa dalam pendidikan anak-anak berkeperluan khas. Dokumen
yang boleh dikaji ialah seperti Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dan sukatan
pelajaran pendidikan Agama Islam Pendidikan Khas,
2. Soal selidik
Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai penyelidikan ini.
Penyelidik membahagikan soal selidik ini kepada empat bahagian iaitu bahagian A, B,
C dan D.
Bahagian A adalah untuk mengetahui jantina, umur, pekerjaan pendapatan, taraf
perkahwinan dan tahap pendidikan responden.
Bahagian B pula adalah untuk mengetahui persepsi ibu bapa berkenaan tahap
penerapan unsur-unsur Islam kepada anak-anak berkeperluan khas dengan anak-anak
normal.
Bahagian C adalah soalan-soalan yang berkaitan apakah nilai-nilai Islam yang
diterapkan oleh ibu bapa semasa membesarkan dan mendidik anak-anak berkeperluan
khas.
Dan terakhir, bahagian D pula adalah soalan-soalan berkaitan cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh para ibu bapa dalam menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak
berkeperluan khas.
8
3. Temubual
Penerangan yang lebih mendalam dapat diperolehi melalui temu bual. Dalam
penyelidikan ini, temu bual tidak berstruktur dengan penyelaras, guru mata pelajaran
Agama Islam dan pegawai Pendidikan Khas dari bahagian Jabatan Agama Islam dan
Moral digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang unsur-unsur Islam dalam
Pendidikan Khas. Rakaman audio turut dibuat semasa sesi temu bual.
4. Pemerhatian
Pengkaji akan menggunakan protokol pemerhatian sebagai garis panduan dalam
bentuk soalan yang perlu dijawab oleh pengkaji semasa melaksanakan sesi
pemerhatian. Soalan yang menjadi garis panduan untuk sesi pemerhatian adalah
dalam bentuk senarai semak seperti yang dicadangkan oleh Spradley (1980). Pengkaji
menggunakan senarai semak tersebut kerana ianya boleh membantu pengkaji mencari
jawapan kepada persoalan kajian yang kedua yang telah ditetapkan. Senarai semak
tersebut disediakan terlebih dahulu oleh pengkaji sebelum sesi pemerhatian
dilaksanakan. Ia bertujuan memudahkan pengkaji membuat pemerhatian pada skop
yang harus diberi keutamaan.
1.4.5 Prosedur Penganalisisan Data
Penganalisan Data Kuantitatif
Data kuantitatif dianalisa menggunakan statistik deskriptif iaitu untuk
mendapatkan skor kekerapan dan min. Objektif utama kajian deskriptif menekankan
kepada aspek siapa, apa, bila, dimana, dan bagaimana dalam sesuatu perkara. Data
kuantitatif diperolehi melalui senarai semak pemerhatian, soalan tertutup soal selidik
serta laporan pencapaian akademik menerusi analisis dokumen. Data tersebut
9
dilaporkan dalam bentuk matriks ( jadual ) dan carta supaya ringkas dan mudah untuk
kefahaman.
Dapatan ciri-ciri setiap subjek kajian yang dikumpul menerusi soalan tertutup
soal selidik berdasarkan kekerapan pemaparan tingkah laku dengan menggunakan
skala kekerapan iaitu 1:. Tidak (T) 2: Kadang–kadang (K) 3: Ya (Y).
Penyelidikan kuantitatif merupakan manipulasi dan wakil data
bernombor daripada pemerhatian yang dijalankan bagi tujuan untuk mengulas dan
menerangkan tentang sesuatu fenomena daripada pemerhatian yang dijalankan. Ianya
bermula dengan pengumpulan data statistik yang berdasarkan kepada data sebenar.
Penyelidikan kuantitatif digunakan untuk melihat hubungan antara dua pembolehubah
dalam sesebuah populasi (Hopkins, 2001).
1.4.6 Kajian Rintis
Kajian rintis merupakan kajian pra lapangan sebelum kajian sebenar dilakukan.
Kebaikan menjalankan kajian rintis adalah pengkaji dapat mengenalpasti kelemahan
soalan temu bual intrumen kajian, kesesuaian masa mengumpul data dan kesesuaian
pemilihan peserta kajian. Di samping itu, kajian rintis dapat memberi latihan kepada
pengkaji untuk berinteraksi dengan peserta kajian, mengumpul data dan menganalisis
data mengikut prosedur yang betul. Segala kelemahan dikenalpasti hasil daripada
kajian rintis seperti kefahaman soalan, penggunaan ayat, bahasa dan sasaran soalan
kepada jawapan yang menepati persoalan kajian dapat dinilai bagi menghasilkan
protokol temubual yang lebih baik untuk kajian sebenar.
Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data kajian rintis adalah soal selidik,
temu bual dan pemerhatian. Alat yang membantu pengkaji untuk memperoleh data
adalah soalan soal selidik separa, protokol temu bual dan protokol pemerhatian.
10
1.5 LIMITASI KAJIAN
Batasan kajian ini adalah kajian ini tertumpu kepada 180 orang ibu bapa beragama
Islam sahaja bagi murid-murid berpendidikan khas bermasalah pembelajaran berumur
antara 7 hingga 12 tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya, Jalan
Hulu Langat, Cheras, Selangor. Oleh itu, kajian ini tidak mewakili keseluruhan ibu bapa
di Malaysia kerana sampelnya yang terhad.
Kajian ini juga hanya menumpukan tiga aspek penting unsur-unsur Islam iaitu
meliputi aspek akidah, ibadah dan akhlak yang diterapkan dalam diri kanak-kanak
berkeperluan khas oleh ibu bapa masing-masing.
Maklumat yang diperolehi secara lisan adalah berdasarkan temubual dengan
Penolong Kanan Pendidikan Khas, guru matapelajaran Agama Islam dan pegawai
Pendidikan Khas dari bahagian Jabatan Agama Islam dan Moral yang terlibat
Soal selidik juga hanyalah dari sudut pandangan ibu bapa sahaja dan ketepatan
maklumat bergantung kepada kejujuran ibu bapa menjawab item-item soal selidik yang
dikemukakan. Dari sudut masa, penyelidikan ini hanya meliputi jangka masa dua tahun
iaitu tahun 2013 sehingga 2014 iaitu jangka masa penyelidik membuat program Sarjana
Pengajian Islam.
1.6TINJAUAN LITERATUR
11
Apabila mendirikan rumah tangga, suami isteri sudah tentu menginginkan cahaya
mata untuk menambah kebahagiaan hidup berkeluarga. Memiliki anak-anak yang sihat,
cergas dan pintar adalah impian setiap pasangan ibu bapa. Menjadi ibu bapa adalah
perkara yang paling mengembirakan dengan pengalaman-pengalaman baru dan
menarik. Walau bagaimanapun pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh ibu bapa dalam
membesarkan dan mendidik anak-anak. Hal ini boleh menimbulkan tekanan bagi ibu
bapa dalam menghadapi kehidupan seharian.
Usaha murni kerajaan melalui pembentukan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan
Falsafah Pendidikan Khas (FPK) yang berfokus kepada pembentukan insan sepadu
iaitu memiliki pengetahuan, kemahiran di samping mempunyai akhlak yang mulia.3
Anak-anak berpendidikan khas atau dinamakan anak-anak istimewa juga sangat
memerlukan perhatian dan bantuan masyarakat supaya mereka dapat berdikari dan
meneruskan kehidupan walaupun dibelengu dengan pelbagai masalah kerana
ketidakupayaan mereka.
Kajian mengenai penglibatan ibu bapa kepada kanak-kanak berkeperluan khas telah
didokumentasi dalam banyak jillid. Namun begitu, kajian berbentuk penerokaan unsur-
unsur Islam yang diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak khas di Malaysia
masih belum luas diterokai. Sehubungan dengan itu, kajian unsur-unsur Islam yang
diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak normal juga digunakan sebagai
rujukan. Pengkaji percaya, terdapat perbezaan ketara dalam proses penerapan unsur-
unsur Islam semasa mendidik dan membesarkan anak-anak berkeperluan khas ini
kerana penerimaan dan kesediaan ibu bapa juga berbeza antara memiliki anak
istimewa dengan memiliki anak yang normal.
3 Laman Rasmi, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013.kssr.bpk.my/pengenalan/pendidikan_khas, ( 4/1/2013 ).
12
Tidak ada satu kajian pun yang mengkhusus kepada dimensi unsur-unsur Islam
dalam pendidikan anak istimewa bermasalah pembelajaran. Bagi mendapatkan
informasi berkaitan unsur-unsur Islam semasa mendidik anak-anak berkeperluan khas
dan dua lagi aspek yang dikaji ini, pengkaji merujuk kepada kajian pengalaman ibu
bapa dalam kehidupan kanak-kanak berkeperluan khas.
Kajian Dewi Imroatul (2010) dalam tesis Sarjana Pendidikan Islamnya yang
bertajuk “Pelaksanaan Pendidiikan Agama Islam Bagi Anak Berkebutuhan Khusus
Autistik di Sekolah Inklusif SDN Sumbersari 1 Malang, Indonesia” menyatakan
pelaksanaan pendidikan Islam bagi kanak-kanak berkeperluan khas Autistik di
Indonesia khususnya di negara Malang adalah sesuai dan boleh dibuat
pengubahsuaian berdasarkan kemampuan murid. Peranan pendidik dan ibu bapa
penting dalam memaksimumkan dan memperkembangkan potensi rohani yang terdapat
dalam diri kanak-kanak istimewa itu.
Hakikatnya, penghayatan agama Islam di kalangan golongan kurang upaya kurang
diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab. Kajian Zainab, Badlihisham dan Zulklple
(2010) yang bertajuk “ Penghayatan Agama dalam kalangan Orang Kurang Upaya di
Terengganu : Satu kajian dari perspektif dakwah ”, mendapati faktor pengetahuan
akhlak, sikap keluarga dan kualiti hubungan kekeluargaan menyumbang secara
signifikan kepada penghayatan agama orang kurang upaya. Oleh itu, kajian ini cuba
mengkaji apakah sikap ibu bapa tersebut dalam menerapkan unsur-unsur Islam kepada
anak-anak berkeperluan khas ini sejak kecil lagi.
Begitu juga Jamila, M.Hanafi dan Rosadah (2009) menyatakan dalam pascasidang
wacana pendidikan Islam siri ke 7 (peringkat Nusantara) bahawa pengajaran dan
pembelajaran amali solat di Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah
Pembelajaran kurang berkesan kerana faktor komunikasi secara normal. Namun begitu,
13
kenyataan M. Mokhtar dan Atiza (2003) dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam Pelajar Berkeperluan Khas bertajuk “ Perkaedahan dan Pengajaran
Pendidikan Islam : Antara Tradisi dan Inovasi ” , Pascasidang Wacana Pendidikan
Islam (siri 3), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, mengatakan
keberkesanan kaedah pengajaran Pendidikan Islam kepada pelajar khas bergantung
penuh kepada pengetahuan dan kebijaksanaan guru dalam menggunakan pendekatan
sesuai dengan keperluan khas pelajar.
Kajian Jawiah Dakir (2012) yang mengkaji tahap penghayatan akhlak pelajar
sekolah menengah di Malaysia yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan
Pendidikan Islam di Malaysia, menyatakan bahawa sistem Pendidikan Islam di
Malaysia bertujuan untuk membangun pelajar daripada setiap sudut atau dengan lain
perkataan pembangunan holistik. Pembangunan akhlak adalah salah satu daripada
aspek yang ditekankan dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia tidak kira di aliran
perdana mahupun di aliran Pendidikan Khas.
Analisis kajian terdahulu oleh Masitah (2010) yang bertajuk “Penglibatan Ibu bapa
dalam Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran”, mendapati dimensi
penglibatan ibu bapa anak-anak berkeperluan khas berfokus kepada pengalaman ibu
bapa semenjak dari kelahiran sehingga penglibatannya dalam intervensi awalan di
rumah dan di sekolah mengikut kontek kehidupannya. Kesan penglibatan ibu bapa ke
atas anak dan juga guru juga sangat positif. Oleh itu, pengkaji cuba mengenalpasti
adakah unsur-unsur Islam diterapkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak
berkeperluan khas itu.
Anak-anak berpendidikan khas atau dinamakan anak-anak istimewa sangat
memerlukan perhatian dan bantuan masyarakat supaya mereka dapat berdikari dan
meneruskan kehidupan walaupun dibelengu dengan pelbagai masalah kerana
14
keupayaan mereka. Ini bersesuaian dengan dengan kajian Wan Nazilah (2009) dalam
latihan ilmiahnya yang bertajuk “Potensi Pelajar Autistik Berdasarkan Kecerdasan
Pelbagai Gardner” menunjukkan bahawa pelajar autistik sangat berpotensi setelah
diberi pendidikan semaksimum mungkin berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai
Gardner.
1.7 KERANGKA KERJA TEORITIKAL DAN KONSEPTUAL
1.7.1 KERANGKA TEORI KAJIAN
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti unsur-unsur Islam yang diterapkan oleh ibu
bapa dalam mendidik anak-anak berkeperluan khas. Model kajian yang digunakan ialah
kajian Torres dan Bandura. Analisis model Torres et al (2006), model Albert Bandura
(1986, 1991) yang disokong oleh asas al-Quran dan hadis serta pandangan sarjana
Islam dan barat, maka model dan teori kajian ini secara umum (Rajah 1.1) dan secara
khususnya ( Rajah 1.2) sebagaimana di bawah:
- - - - Hubungan antara pemboleh ubah
Rajah 1.1 Model Teori Kajian secara umum (Ubah suaian dari Model Torres et.al 2006)
1.7.2 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
15
Pemboleh ubah tidak bersandar
Pemboleh ubah Bersandar / Tidak
bersandar
Pemboleh ubah Bersandar
Metod / Kaedah Pendidikan
Konsep Pendidikan /Tarbiah Islam
Tingkahlaku Ibubapa
Kerangka konseptual kajian dibina berasaskan teori Torres et.al (2006) dan Albert
Bandura (1986, 1991) yang selari dengan teori pendidikan Islam anak-anak daripada
para sarjana Islam dan disahkan oleh al-Quran dan hadis. Ia bermula dengan penelitian
konsep pendidikan menurut Islam yang mencakupi akidah, ibadah dan akhlak yang
terangkum di dalamnya dari segi hukum dan matlamat pendidikan Islam berdasarkan
kepada isu-isu dalam dunia pendidikan khas. Ia menjadi tumpuan kerana melibatkan
kerangka syariah Islam iaitu akidah, ibadah dan akhlak dan juga matlamat dalam
Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas.
Walaupun aspek-aspek yang dipilih dalam kajian ini iaitu akidah ibadah dan akhlak
menurut Sukatan Agama Islam Pendidikan Khas KSSR di sekolah, namun, ketiga-tiga
aspek ini sebenarnya merupakan kerangka asas Islam sebagaimana dari Tabbarah
(1992) menyatakan konsep asas Islam merangkumi tiga aspek iaitu akidah, syariah dan
akhlak.
Unsur-unsur penerapan Islam oleh ibubapa kepada anak-anak berkeperluan khas
dalam kajian ini dinilai melalui 7 metod pendidikan Islam yang dirumuskan oleh
Muhammad Qutb dan an-Nahlawi iaitu:
1. Mendidik melalui dialog Qurani dan Nabawi
2. Mendidik melalui kisah Qurani dan Nabawi
3. Mendidik melalui perumpamaan
4. Mendidik melalui teladan
5. Mendidik melalui amal perbuatan
6. Mendidik melalui ‘ibrah dan mau’izah
7. Mendidik melalui targhib dan tarhib
16
_______________
_____________
Hubungan langsung
Hubungan tidak langsung
Rajah 1.2 Kerangka Konseptual ( Ubah suaian dari Yusaidi Yusoff 2012 )
Rajah 1.3 -1.6 merupakan perincian aspek-aspek kajian ini iaitu akidah, ibadah
dan akhlak yang mewakili elemen tasawwur (konsep) dan kefahaman. Menurut Azma
Mahmood (2005), aspek aqidah merangkumi perkara-perkara mengenai Rukun Iman,
aspek Ibadat mengandungi perkara-perkara Rukun Islam. Manakala aspek akhlak pula
beliau telah bahagikan kepada lima bahagian iaitu diri, keluarga, masyarakat, negara
dan alam sekitar. Pembahagian kajian ini mempunyai persamaan dengan Darraz
17
Al-Quran Al-Sunnah
Metod pentarbiahan yang digunakan :
1.Dialog Qurani dan Nabawi
2.Kisah Qurani dan nabawi
3. Perumpamaan
4. Teladan
5.Amal perbuatan
6.’Ibrah dan mau’izhah
7.Targhib dan tarhib
Tingkahlaku ibu bapa
Kefahaman Konsep Pentarbiahan Islam
(1987). Beliau telah mengkategorikan bahagian-bahagian akhlak Islam kepada lima
bahgian iaitu perseorangan, kekeluargaan, kemasyarakatan, kenegaraan dan agama.
Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, pengkaji hanya memilih empat bahagian
sahaja iaitu perseorangan (diri), kekeluargaan, kemasyarakatan dan Negara. Bahagian
agama di bawah aspek akhlak ditinggalkan bagi mengelak pertindihan dengan sikap
akidah dan sikap ibadah yang telah menampung bahagian agama yang ditinggalkan.
Begitu juga dengan bahagian alam sekitar dalam kajian Azma (2005), pengkaji
menggugurkan perkara ‘alam sekitar’ di bawah aspek akhlak kerana didapati kurang
relevan dengan kajian.
Rajah 1.3 Perincian Aspek Akidah
18
Aspek Aqidah
Sikap Ke atas Rukun Iman
Beiman kepada Allah
Beriman kepada
malaikat
Beriman kepada Rasul
Beriman kepada Kitab
Beriman kepada Qada’
dan Qadar
Beriman kepada Hari
Kiamat
Rajah 1.4 Perincian Aspek Ibadah
Rajah 1.5 Perincian Aspek Akhlak
19
Sikap Ke atas Rukun Islam
Syahadah Solat Puasa Zakat Haji
Aspek Ibadah
Aspek Akhlak
Sikap Sosial
Diri Ibu bapa Masyarakat Negara Alam Sekitar Agama
1.8 KEPENTINGAN KAJIAN
Pada masa kini, kajian mengenai unsur-unsur Islam dalam mendidik anak-anak
berkeperluan khas amat kurang. Kajian ini sangat penting dan bermakna kerana
penyelidikan seumpamanya belum begitu meluas dan boleh dikatakan tidak ada.
Pengkaji mengambil inisiatif untuk membuat kajian secara serius dan lebih mendalam.
Antara kepentingan kajian ini dapat dilihat kepada sumbangannya secara teori dan
amalan.
1.8.1 Sumbangan Teoritikal
Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan dari sudut disiplin ilmu, teori,
literature, polisi dan keperluan kehidupan kepada umat Islam kerana belum kedapatan
lagi kajian seperti ini dalam kontek pengajian Islam yang menyentuh secara langsung.
1.8.2 Sumbangan Amalan
Membantu dalam bentuk kesedaran diri secara tabii manusia, berkesan dan
sistematik agar ia dapat memberi manfaat kepada keluarga, agama, masyarakat dan
negara.
1.9 DEFINISI ISTILAH OPERASI KAJIAN
20
Beberapa konsep dan teori berkaitan unsur-unsur Islam dalam pendidikan yang
diterapkan kepada anak-anak berkeperluan khas oleh ibu bapa yang perlu diberi
penjelasan untuk kefahaman, keperluan skop kajian dan ruang lingkup kajian ini adalah
seperti berikut:
1.9.1 Persepsi ibu bapa
Iaitu proses yang digunakan oleh individu ibu bapa untuk mengurus dan mentafsirkan
kesan deria mereka yang memberi makna kepada persekitaran yang membolehkan ibu
bapa tersebut mentafsir dan mengatur pola ransangan terhadap persekitaran mereka
dalam mendidik dan mengurus anak-anak berkeperluan khas. Persepsi mereka dalam
proses penerapan nilai-nilai Islam semasa mendidik anak-anak berkeperluan khas ini
adalah berdasarkan pengalaman masa lalu ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut.
1.9.2 Penerapan nilai-nilai Islam dalam pendidikan anak-anak
Bermaksud mengkaji proses transformasi dan kelestarian ilmu pengetahuan dan nilai-
nilai Islam yang diterapkan dalam diri anak-anak melalui pertumbuhan dan
perkembangan potensi fitrah semulajadinya untuk mencapai kesempurnaan hidup
dalam segala aspek. Unsur-unsur Islam dalam pendidikan anak-anak ini mestilah
berasaskan kepada aqidah dan syariat Allah SWT. Kesyumulan Islam terjelma dalam
sistem atau manhaj pendidikan. Pendidikan atau tarbiah Islam dilaksanakan untuk
mengembangkan tasawwur (konsep) dan kefahaman terhadap kehidupan berlandaskan
al-Quran di dalam jiwa anak-anak.
1.9.3 Anak-anak berkeperluan khas
Anak-anak berkeperluan khas ialah anak-anak istimewa yang mengalami masalah
perkembangan pembesaran kanak-kanak iaitu antaranya ialah sindrom autistik,
21
gangguan kurang tumpuan (Attention Defisit Disorder/ADD), gangguan kurang tumpuan
dengan hiperaktiviti (Attention Defisit Disorder with Hyperactivity/ADHD), disleksia dan
masalah perkembangan pelajaran yang lain.4 Kebanyakan mereka masalah atau
gangguan dalam bidang komunikasi, interaksi sosial dan perilaku.
1.10 RUJUKAN
Asmawati Suhid. 2009. Pendidikan akhlak dan adab Islam : Konsep dan amalan.Kuala
Lumpur: Utusan Publications.
Azma Mahmood. 2005. Pengukuran tahap penghayatan Islam pelajar-pelajar sekolah
menengah. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Belgrave, F.Z . 1991. Psychosocial predictors of adjustment to disability in African
Americans. Journal of rehabilitation. 57, 37- 40.
Dewi Imroatul Azizah. 2009. Pelaksanaan pendidikan agama Islam bagi anak
berkebutuhan khusus autistik di Sekolah Inklusif SDN Sumbersari 1 Malang, Tesis
Sarjana Pendidikan Islam, Indonisia: Fakultas Tarbiah Islam, Universitas Islam
Negara, Malang.
H.M Ariffin, M.Ed, Prof.1991. Psikologi dakwah – suatu pengantar studi, BUMI Aksara.
4 Ja'afar, Zuraidah dan Abu Bakar, 2007, Tekanan ibu bapa yang mempunyai anak autistik. Dalam Perbezaan Individu Menurut Teori dan Amali. Penerbit UTM , Johor, pp. 44-70.
22
Ja’afar, Zuraidah dan Abu Bakar. 2007. Tekanan Ibu bapa yang mempunyai anak
autistik, Perbezaan individu menurut teori dan amali, Penerbit UTM, Johor, pp 44-
70.
Jamila K.A Muhamed Kuty, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Rosadah Abd. Majid. 2009.
Pengajaran dan pembelajaran amali solat di program pendidikan khas intergrasi
bermasalah pembelajaran, Pascasidang Wacana Pendidikan Islam Siri ke 7
(Peringkat Nusantara) pp 43-54.
Jawiah Dakir. 2012. Tahap penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah di Malaysia.
Seminar Kebangsaan Pendidikan Islam di Malaysia. Pp : 87-98
Kamaruddin Azman.1990. Membina keperibadian anak-anak. Majalah Dakwah Julai :
25-27.
Masitah Taib. 2010. Penglibatan Ibu bapa dalam Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah
Pembelajaran, Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mohd Mokhtar Tahar dan Aliza Alias. 2003. Isu pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam pelajar berkeperluan khas. Perkaedahan dan pengajaran
Pendidikan Islam : antara tradisi dan inovasi. Pascasidang Wacana Pendidikan
Islam ( siri 3 ), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. pp : 32-51.
Mohd Suhaimi Mohamad, Sheau Tsuey Chong, Norulhuda Sarnon, Fauziah Ibrahim,
Khadijah Alavi dan Noremy Md Akil. 2012. Manifestasi penjagaan keluarga :
tekanan psikologi dalam menjaga pesakit mental. Jurnal Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, vol.7 , no. 1, pp: 59-75.
Pusat Pengurusan Siswazah. 2009. Panduan penulisan tesis gaya UKM. Edisi Semak
Kedua. Bangi: Pusat Pengurusan Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
23
Saedah Siraj. 2001. Pendidikan rumahtangga. Alam Pintar Enterprise.
Rahil Mahyuddin. 2001. Psikologi pendidikan untuk perguruan. Edisi Kedua. PTS
Publication Sdn Bhd.
Rohaida Mohamad Dhalan.1998. Pendekatan psikologi dalam pembentukan akhlak
kanak-kanak Islam masa kini. Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin, Akademi Islam,
Universiti Malaya.
’Ulwan, Abdullah Nasih.1998.Pendidikan anak-anak menurut pandangan Islam. Terj.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam.
Wan Nazilah Mohamad Zain. 2009. Potensi pelajar autistik berdasarkan kecergasan
pelbagai Garder, Latihan Ilmiah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Yusaini Yusoff. 2012. Sukan menurut Islam : kajian tasawwur dan tingkahlaku dalam
kalangan kakitangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Tesis Ijazah Doktor
Falsafah. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zainab Ismail, Badlihisham M. Nasir, Zulkiple Abd. Ghani, Wan Ibrahim Wan Ahmad,
Nor Salimah Abu Mansor . 2010. Penghayatan agama dalam kalangan orang
kurang upaya di Terengganu : Satu kajian dari perspektif dakwah, Seminar
Pemantauan Penyelidikan & Penerbitan Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Pp: 56-69.
Zulkifli Leman, Drs.1992. Psikologi perkembangan, Penerbit Pt.Remaja Rosdakarya.
Bandung.
24
25