tingkat kerjasama dengan universiti terkemuka …can.uum.edu.my/images/stories/penerbitan/buletin...

20
Penyebar Maklumat Terkini ISSN 0127-886X MAC BIL.3/2015 TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA THAILAND Pesta Buku Medan Pertemuan Intelek UUM BAKAL TUBUHKAN ‘DARUL QURAN’ MODEL MASJID AN-NABAWI

Upload: others

Post on 29-Sep-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

Penyebar Maklumat Terkini

ISSN 0127-886X MAC BIL.3/2015

TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA THAILAND

Pesta Buku Medan

Pertemuan IntelekUUM BAKAL TUBUHKAN ‘DARUL QURAN’ MODEL MASJID AN-NABAWI

Page 2: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

Sidang PengarangPENASIHATProf. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak

PENGARANG URUSANAhmad Rasidi Abdullah

KETUA PENGARANGAzahari Azmi

PENYELARAS PENERBITANMohammad Amzari Bakri

PENGARANGSiti Zaleha Ahmad NadzimAmir Aizat SainonNordiana ShafieeNurul Hanis Abd. Halim

SUNTINGAN BERITASiti Fatimah Abdullah

PEMBACA PRUFNor Azizah Ismail

GRAFIKNor Azli Abdul AzizUmi Kalsum Othman

FOTOGRAFIShamsaimi EzilMuhammad Shamsul ShafieAbdul Halim HusainHairul Nizam Zahari

CETAKANSeksyen Penerbitan KorporatUnit Komunikasi Korporat

EDARANUnit Komunikasi Korporat

Sebarang berita

boleh dihantar

terus melalui e-mel

atau pos kepada:

KETUA PENGARANGBULETIN UNIUTAMA,UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, JABATAN CANSELORI,UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, 06010 UUM SINTOK,KEDAH DARUL AMAN.

Telefon: +604 928 3040Faks: +604 928 3053E-mel: [email protected]

KandunganBuletin Uniutama | Universiti Utara Malaysia

Seminar & Bengkel

KURANG ILMU PUNCA WANITA TIDAK DAPAT PEMBELAANBIJAK KEMUKA BUKTI, SAKSI-CEPATKAN PROSES PENCERAIAN

Aktiviti Mahasiswa

IDEA SEMBILAN ANAK MUDA DIIKTIRAFPERTANDINGAN PERAHU PANJANG MERIAHSERLAH KEPIMPINAN MPPKARNIVAL 3K BENTUK MAHASISWA BERSATUKARNIVAL WHEEL & BIKE 2015 MERIAHSERONOK BELAJAR BAHASA KOREA DAN JEPUNEKSPLORASI BAKTI SISWA UUM DI BUMI KENYALANGDAKI GUNUNG SAMBIL REDAH HUJAN CABAR MENTAL FIZIKAL

Berita Kampus

PESTA BUKU MEDAN PERTEMUAN INTELEKNAIB CANSELOR BAKAR SEMANGAT PEMAIN GOLFSBM LONJAK PRESTASI CAPAI SASARANMAQASID AL-SYARIAH BANGUNKAN MASYARAKATDOKUMENTARI 13 EPISOD SINGKAP PERJUANGAN TOKOH ISLAMTUNGGANG KUDA BAGUS UNTUK TERAPI OKUTAYANGAN AMAL FILEM ISYARAT CINTA

Berita Semasa

TINGKATKAN KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA THAILADABEST21 UKIR NAMA DI PERSADA DUNIANAIK PANGKAT SERLAH POTENSIUUM BAKAL TUBUHKAN ‘DARUL QURAN’ MODEL MASJID AN-NABAWIKERJASAMA PINTAR UUM-PENGAMAL INDUSTRI KREATIFKOLABORASI UUM-CIMB BANGUNKAN INSTITUT PENYELIDIKANCHARANTIA GUAVA CHOCOLATE MENANG ANUGERAHTNC HEPA DITAULIAHKAN PANGKAT KOMANDER KEHORMAT PSSTLDMTUJUH PEGAWAI MUDA PALAPES DIPILIHMYRA IKTIRAF PENCAPAIAN PENYELIDIKANMGO HIMPUN ALUMNI DI THAILAND

Page 3: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak mengadakan lawatan rasmi ke Bangkok, Thailand bagi memperkasa agenda pengantarabangsaan UUM.

Delegasi UUM berkunjung ke Universiti Thammasat yang telah melahirkan ramai Perdana Menteri dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU).

Menurut Mustafa, universiti penyelidikan terkemuka itu bersetuju menjayakan matching grant sekurang-kurangnya RM10,000 setahun untuk menghasilkan satu penyelidikan dan penerbitan dalam Jurnal Scopus.

“Jumlah geran yang sama juga akan dikeluarkan oleh UUM

TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA THAILAND

bagi menghasilkan satu penyelidikan dan satu penerbitan secara bersama selain mengadakan seminar, program mobiliti pelajar dan staf,” ulasnya. Pada petangnya, delegasi ke Universiti Ramkhamhaeng yang membincangkan kerjasama antara Akademi Golf masing-masing dalam membangunkan program Sarjana Muda berkaitan Pengurusan Sukan dan Golf. Naib Canselor turut membincangkan cadangan bagi pertukaran dan penempatan pelajar Akademi Golf, latihan bersama antara kedua-dua institusi, program pinjaman jurulatih dan lain-lain.

ABEST21 UKIR NAMA DI PERSADA DUNIA

Terus cemerlang gapai akreditasi daripada The Alliance on Business Education and Scholarship for Tomorrow, a 21st Century Organization (ABEST21) UUM mengukir nama di persada dunia.

Kejayaan itu diumumkan oleh Presiden ABEST21, Dr. Fumio Itoh di Tokyo, Jepun.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak bersyukur dengan pencapaian ini sekali gus menunjukkan pelan strategik telah membuahkan hasil.

“Sijil pengiktirafan ini akan diterima pada Majlis Ulang Tahun ABEST21 ke-10 pada Julai nanti di Tokyo dan OYAGSB melangkah setapak ke hadapan sebagai sebuah sekolah perniagaan terkemuka di rantau ini.

ABEST21 merupakan badan akreditasi antarabangsa untuk sekolah perniagaan di universiti yang menawarkan program sarjana dan ijazah doktor falsafah dalam bidang perniagaan yang beribu pejabat di Tokyo, Jepun. Manakala Dekan OYAGSB, Prof. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, proses akreditasi itu melibatkan kajian dalaman yang ketat, penilaian, pelarasan hampir dua tahun untuk memenuhi 18 kriteria standard. “Kriteria yang ditekankan antaranya aktiviti pengajaran berkualiti, kualiti pelajar dan staf akademik, fasiliti dan hubungan dengan alumni.

“Bagi mengekalkan akreditasi penerima perlu melalui proses Peer Review setiap lima tahun,” tambahnya.

BeritaSemasaBuletin Uniutama | Bil. 3 Mac 2015

3

Page 4: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

Imam Masjid An-Nabawi, Madinah, Sheikh Dr. Abdul Muhsin Mohammad Al-Qasim berhasrat menubuhkan ‘Darul Quran’ di UUM, satu Pengajian Al-Quran dan Hafazan mengikut model Masjid An-Nabawi.

Abdul Muhsin menyatakan persetujuan untuk membantu UUM melaksanakannya sebagai satu program kokurikulum berkredit ketika Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak mengerjakan umrah di tanah suci.

Program tersebut akan diperkenalkan melalui kurikulum berkredit kepada pelajar Islam selepas mendapat kelulusan Senat Universiti. Naib Canselor berpeluang mempelajari kaedah pembelajaran Al-Quran dan hafazan selain bekerjasama dengan Masjid An-Nabawi dalam penganjuran seminar dan program ilmu.

Mustafa turut berbincang dengan Timbalan Rektor Akademik Universiti Islam Madinah untuk membantu mereka membangunkan program pengurusan dan perniagaan di Universiti tersebut.

UUM BAKAL TUBUHKAN ‘DARUL QURAN’ MODEL MASJID AN-NABAWI

Kenaikan pangkat ke jawatan tertinggi dalam bidang akademik tidak boleh dijadikan lesen untuk berada dalam zon selesa sebaliknya perlu menyerlahkan diri sebagai seorang pemimpin akademik.

“Staf yang dinaikkan pangkat harus memberi sumbangan yang lebih besar berbanding staf lain dan menjadi pemimpin akademik dalam bidang masing-masing,” kata Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Ujarnya, Kenaikan pangkat merupakan pengiktirafan terhadap pencapaian, keupayaan dan potensi staf akademik.

Justeru, perlu dibalas dengan menyumbang kembali kepakaran kepada universiti bidang keilmuan menerusi penyelidikan, penerbitan, pengajaran dan perundingan,” ujarnya pada Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat Staf Akademik UUM di Bilik Senat. Beliau menyampaikan watikah kenaikan pangkat kepada 11 staf akademik yang melibatkan seorang Profesor (VK7), empat Profesor Madya (DS54) dan enam Pensyarah Kanan (DS52).

NAIK PANGKAT SERLAH POTENSI

BeritaSemasa Buletin Uniutama | Bil. 3 Mac 2015

4

Page 5: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

“Maklum balas daripada pihak pengamal industri ini penting bagi universiti menghasilkan satu kurikulum yang relevan dengan industri agar produk yang dihasilkan bukan sahaja boleh diserap untuk membantu industri tetapi turut menjadi aset kepada industri kreatif di Malaysia.”

Demikian kata Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak dalam Majlis Hi-Tea Bersama Rakan Strategik Akademik di Hotel Seri Pacific. Jelasnya, pertemuan bersama penggiat industri kreatif membolehkan pusat pengajian mendapat maklum balas dalam usaha mentransformasikan kurikulum dan program yang ditawarkan UUM agar menepati keperluan industri.

KERJASAMA PINTAR UUM - PENGAMAL INDUSTRI KREATIF

“Rakan Strategik Akademik menjadi platform pertukaran maklumat antara ahli akademik dan pengamal industri kreatif dan media dalam membangunkan universiti khususnya pelajar dan kakitangan,” ujarnya pada program anjuran Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC). Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya dan Datuk Abdul Jalil Ali dari Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. Mustafa turut menyampaikan Surat Pelantikan Semula kepada Rakan Strategik Akademik UUM antaranya, Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Media Prima Berhad dan Institut Akhbar Malaysia (MPI).

UUM berhasrat menubuhkan Institut Penyelidikan Kewangan dan Perbankan CIMB-UUM memandangkan universiti ini sudah lama menjalinkan kerjasama dengan CIMB melalui kerusi ‘CIMB Chair’.

Hasrat itu disuarakan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak ketika menghadiri mesyuarat bersama Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh di Pejabat Menteri Pendidikan II.

“Dengan penubuhan institut tersebut, UUM akan menjadi seperti back office kepada CIMB dan saling mendapat manfaat menerusi penubuhan institut itu,” ujar Mustafa.

Sementara itu, Menteri Pendidikan II ingin melihat setiap universiti awam menjalinkan kolaborasi dengan industri.

Beliau menyifatkan kerjasama antara UUM dengan CIMB ini merupakan satu usaha positif memandangkan universiti ini mempunyai bidang perbankan dan kewangan.

“Saya berharap UUM dan CIMB dapat meluaskan lagi kerjasama serta berharap Ketua Pegawai Eksekutif CIMB dapat meluangkan sekurang-kurangnya 30 jam setahun untuk mengajar di UUM,” ulasnya.

KOLABORASI UUM-CIMB BANGUNKAN INSTITUT PENYELIDIKAN

BeritaSemasaBuletin Uniutama | Bil. 3 Mac 2015

5

Page 6: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

Enam staf Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar merangkul pingat emas, Anugerah Inovasi Terbaik dan Anugerah Khas Inovasi Nilai Komersial dalam ‘National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2015’. Kemenangan ini menerusi penyelidikan, Charantia Guava Chocolate yang dijalankan oleh Nurul Syazana Hishammuddin, Safarina Mohd Rodzi, Dr. Kamal Izzuwan Ramli, Asmahany Ramley, Eshaby Mustafa dan diketuai Muhamad Shah Kamal Ideris.

Pertandingan anjuran Politeknik Mu’adzam Shah disertai 969 penyertaan dari pelbagai institusi seperti politeknik, universiti, kolej matrikulasi, kolej vokasional dan sekolah di seluruh Malaysia.

CHARANTIA GUAVA CHOCOLATE MENANG ANUGERAH

TNC HEPA DITAULIAHKAN PANGKAT KOMANDER KEHORMAT PSSTLDM

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof. Madya Dr. Abdul Malek Abdul Karim ditauliahkan pangkat Komander Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) di Majlis Kenaikan Pangkat Pegawai-Pegawai TLDM. Majlis pemakaian pangkat tersebut disempurnakan oleh Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar di Markas Tentera Laut, Kuala Lumpur.

Tujuh Pegawai Muda Pasukan Pegawai Latihan Simpanan (PALAPES) UUM terpilih menyertai Pegawai Kerahan yang akan melapor diri di Pahang, Perak, Melaka, Terengganu dan Perlis April depan.

Pemilihan itu selepas mereka berjaya dalam temu duga Lembaga Pemilihan Pegawai Kerahan di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN), Ipoh. Sepanjang tempoh pemilihan, mereka menjalani proses dokumentasi, pemeriksaan fizikal, ujian kecergasan, ketahanan fizikal, dan temu duga akhir.

TUJUH PEGAWAI MUDA PALAPESDIPILIH

BeritaSemasa Buletin Uniutama | Bil. 3 Mac 2015

6

Page 7: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

Buat pertama kali, UUM menjalani audit oleh Panel Penilai Audit Penarafan Bintang Malaysia Research Assessment(MyRA) bagi pencapaian tahun 2014. Audit tersebut bertujuan untuk mendapatkan pengiktirafan dalam pencapaian penyelidikan seterusnya dinilai oleh panel audit yang diketuai Dato’ Prof. Emeritus Dr. Muhammad Yahaya bersama empat panel lain.

Ketua Panel Audit MyRA, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Muhammad Yahaya berkata, UUM merupakan universiti keempat yang

diaudit bagi mengukur kecemerlangan dengan menilai jarak sesebuah IPT daripada tanda aras yang ditakrif sebagai cemerlang bagi sebuah universiti penyelidikan dalam negara. Menurutnya, sebanyak sembilan komponen yang dinilai iaitu maklumat umum universiti; kuantiti dan kualiti penyelidik; kuantiti dan kualiti penyelidikan; kuantiti dan kualiti pascasiswazah; inovasi; perkhidmatan profesional; rangkaian dan hubungan serta sokongan dan kemudahan. Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, penyelidikan dalam kalangan ahli akademik UUM tertumpu kepada penyelidikan sains sosial dan liberal arts yang memfokuskan penyelesaian masalah kemasyarakatan dan isu fundamental. “Kebanyakan outcome daripada penyelidikan ini lebih kepada penambahan ilmu dan implikasi polisi, namun sedikit sahaja produk inovasi dapat dihasilkan melalui penyelidikan yang dijalankan.

Malah, hasil penyelidikan yang dihantar untuk penerbitan mengambil masa panjang berbanding dengan penerbitan daripada bidang sains dan teknologi. Ini menjadi cabaran kepada UUM,” ujarnya. Tambahnya, bilangan jurnal dalam bidang sains sosial dan liberal arts yang diindeks oleh Scopus atau Web of Science agak terhad berbanding dengan bilangan jurnal di bidang sains dan teknologi. Katanya, untuk memantapkan lagi kedudukan UUM, pihak universiti membangunkan Perancangan Strategik Universiti berlandaskan kriteria MyRA dan melalui perancangan tersebut, terdapat peningkatan dalam pencapaian berkaitan penyelidikan dan inovasi mengikut kriteria MyRA.

MyRA IKTIRAF PENCAPAIAN PENYELIDIKAN

Bangkok menyaksikan Malaysia Global Outreach (MGO) di Thailand yang berupaya melestarikan jalinan hubungan alumni sepanjang hayat di peringkat antarabangsa.

Program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui MyAlumni Cluster iaitu kumpulan kerja yang merangka pelbagai aktiviti alumni di luar negara.

Duta Besar Malaysia ke Thailand, PYT Dato’ Nazirah Hussain berkata, Alumni yang berada di Thailand memainkan peranan

MGO HIMPUN ALUMNI DI THAILAND

sebagai duta kecil Malaysia.

“Mereka juga dapat memantapkan hubungan kedua-dua negara serta meluaskan kerjasama dalam pelbagai bidang,” ucapnya sejurus sebelum merasmikan majlis. Pada program itu juga, Presiden Malaysia Alumni Council of Thailand (MyACT), Dr. Ibrahem Narongraksakhet turut menerima dokumen watikah daripada Dato’ Nazirah sebagai simbol penubuhan MyACT secara rasmi.

BeritaSemasaBuletin Uniutama | Bil. 3 Mac 2015

7

Page 8: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

Pesta Buku Utara 2015 menjadi medan pertemuan antara tokoh buku, penerbit dan peminat buku untuk mendapatkan naskhah terkini di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Tema kali ini, ‘Membaca Mencetus Idea Kreatif dan Inovatif’ dimeriahkan dengan 15 penerbit anggota Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan variasi buku seperti ilmiah, agama dan karya kreatif dengan diskaun istimewa. Pesta anjuran UUM Press dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Paduka Abdul Rahman Ibrahim sekali gus melancarkan 17 buku terbaharu terbitan UUM Press.

“Setelah 57 tahun merdeka Malaysia menyaksikan perubahan drastik dari aspek pembangunan pendidikan negara dan penerbitan buku.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak meluangkan masa beramah mesra dengan pelajar Akademi Golf Nasional UUM (UUMNGA) di Bangunan Baru Akademi Golf Nasional.

Pertemuan bertujuan meraikan kejayaan mereka dalam kejohanan yang disertai dan memberi kata-kata perangsang dalam Kejohanan Golf Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) kali ke-5 menjelang Mei nanti. “Pelajar perlu dibekalkan dengan kemahiran tambahan seperti kemahiran sosial, komunikasi, kepimpinan dan bahasa yang boleh menjadi nilai tambah untuk terus berjaya.

“Saya berharap pelajar dapat meningkatkan prestasi dalam setiap kejohanan dan mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik,” ujarnya.

PESTA BUKU MEDAN PERTEMUAN INTELEK

Menurutnya, salah satu perkembangan yang dapat dilihat adalah dengan penghasilan pelbagai jenis buku mengikut genre dan penganjuran pesta buku yang menghimpunkan karya penulis.

“Saya berharap universiti dapat melahirkan mahasiswa yang suka membaca dan menyumbang kepada negara dengan menimba ilmu melalui budaya membaca,” ujarnya. Sementara itu, Pengarah UUM Press, Dr. Ram Al Jaffri Saad berkata, penganjuran ini dapat menyebarkan ilmu melalui banyak penerbitan buku pelbagai genre.

“Kini penulis buku bukan sahaja terdiri daripada golongan profesional malah, dalam kalangan suri rumah dan petani selaras dengan perkembangan penerbitan buku yang diperoleh secara dalam talian atau elektronik. “Saya berharap pesta buku ini dapat memanfaatkan orang ramai yang ingin mendapatkan karya terkini bukan sahaja daripada penulis tempatan, malah antarabangsa,” katanya.

Aktiviti yang disediakan seperti Bengkel Penulisan Kreatif, sayembara puisi dan lagu, kuiz online dan wacana buku.

Dalam pada itu, beliau mencuba simulator golf, kemudahan terbaru yang menyediakan pengalaman bermain golf di ruang tertutup tanpa mengabaikan elemen penting sukan berkenaan. Simulasi dengan skrin putih yang dipancarkan melalui projektor itu menawarkan padang golf bertaraf antarabangsa yang membolehkan pemain berlatih tidak mengira masa dan keadaan.

NAIB CANSELOR BAKAR SEMANGAT PEMAIN GOLF

BeritaKampus Buletin Uniutama | Bil. 3 Mac 2015

8

Page 9: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) menyasarkan menjadi antara 100 Pusat Kecemerlangan dan Rujukan Pengurusan Perniagaan terbaik Asia dan rujukan utama pengurusan.

Menurut Dekan, Prof. Dr. Rushami Zien Yusoff berhasrat mendapat akreditasi dan pengiktirafan antarabangsa AACSB dan meningkatkan jalinan kolaborasi dengan industri dan institut akademik. “SBM sedang melaksanakan agenda dalam meningkatkan penulisan dan penerbitan, seminar dan latihan, pembangunan modal insan, perundingan dan latihan,” ujarnya ketika kunjungan Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak dalam Le Tour De Schools.

Beliau menjelaskan tentang pencapaian serta agenda yang dirancang dan sedang dilaksanakan dalam meningkatkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) SBM yang telah ditetapkan.

“Pertemuan itu membolehkan Naib Canselor berkongsi dan mendengar maklum balas dalam menentukan hala tuju masa depan Universiti,” ujarnya yang juga Penolong Naib Canselor UUM COB.

Model Perbadanan berlandaskan Maqasid al-Syariah menjadi satu alternatif bagi mengubah masyarakat secara menyeluruh meliputi ekonomi, sosial, politik, kerohanian, psikologi dan budaya. Prof. Dr. Mahamad Tayib berkata, membangun masyarakat berasaskan Maqasid al-Syariah bermakna mengutamakan kebaikan, menolak keburukan serta menghilangkan kemudaratan yang sering diinginkan manusia. “Agenda utama dalam model ini ialah mendahulukan Allah seterusnya menyumbang kepada pembangunan yang berkesinambungan dan pengembangan masyarakat merangkumi dunia dan akhirat. “Pendekatan ini memberi penekanan kepada gelagat

Sementara itu, Naib Canselor memfokuskan organisasi berprestasi tinggi, kepentingan dan cabaran dalam transformasi, komitmen staf akademik serta kepentingan kerja berpasukan. “Transformasi harus dilakukan dalam menghadapi era baharu ini menerusi dua fasa, 2011 hingga 2015 dan fasa kedua akan bermula pada 2016 hingga 2020 dengan komitmen warga kampus,” jelasnya. Dalam aspek transformasi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), beliau menekankan pelaksanaan kelas dalam kumpulan kecil, interaksi melalui internet, posting selepas kelas serta perbincangan dan kajian kes.

SBM LONJAK PRESTASI CAPAI SASARAN

masyarakat sebagai kunci utama sesuatu kejayaan dan bukanlah semata-mata menumpukan kepada aspek struktur, proses serta kewangan,” ucapnya dalam Syarahan Pengukuhan Profesor bertajuk Perbadanan Berasaskan Maqasid Al-Syariah Bangunkan Masyarakat. Menurutnya, pembangunan masyarakat berasaskan Maqasid Al-Syariah dibina secara bulatan yang menggambarkan dinamiknya susun atur konsep dan pelaksanaannya yang memerlukan penyesuaian secara berkala. “Matlamat akhir yang ingin dicapai ialah mewujudkan kesejahteraan hidup masyarakat setempat mengikut perintah Allah dan secara tidak langsung manusia terus beribadah kepada Allah melalui aktiviti yang dilaksanakan,” jelasnya di Dewan Seminar A.

MAQASID AL-SYARIAH BANGUNKAN MASYARAKAT

BeritaKampusBuletin Uniutama | Bil. 3 Mac 2015

9

Page 10: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

“Kerajaan Negeri Kedah menyambut baik projek dokumentari yang mengangkat kegemilangan tokoh Islam Kedah yang banyak menyumbang kepada tanah air sejak abad ke-9 Masihi lagi. “Penghasilan dokumentari ini cukup signifikan kerana mengembalikan jati diri umat Islam mengenai perjuangan tokoh Islam terdahulu yang banyak memberi sumbangan dalam pelbagai bidang seperti sains dan perubatan.

Demikian ucap Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Pengurusan Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri Kedah, Dato’ Mohd Rawi Abd Hamid pada majlis Pra Pelancaran Projek Dokumentari Tokoh Islam Kedah (TIK) di EDC-UUM.

“Saya berharap generasi muda dapat menghayati perjuangan tokoh Islam dan dijadikan sebagai bahan rujukan kepada masyarakat Islam dan dunia,” katanya.

UUM dengan kerjasama NBK Susunan Alam Resources dengan sokongan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah bakal menghasilkan dokumentari 13 episod mengenai tokoh Islam Kedah yang banyak berjasa kepada tanah air.

Antaranya, Syeikh Abdullah al-Qumairi, Haji Ishak Muhammad Hashim, Hj. Wan Muhammad Idris al-Jarumi (Tok Sheikh Jarum), Tuan Hussein Mod Nasir dan Wan Sulaiman Wan Sidek.

DOKUMENTARI 13 EPISOD SINGKAP PERJUANGAN TOKOH ISLAM

Mengulas lanjut, Naib Canselor berkata, bahan asas mengenai 13 tokoh tersebut sudah siap dijalankan oleh penyelidik UUM dan kini dalam proses untuk digarap menjadi sebuah skrip sebelum penggambaran dijalankan. “UUM mempunyai kepakaran dari segi bantuan penyelidikan dan UNIFILM akan melaksanakan tugas penggambaran dokumentari. “Gabungan usaha sama ini satu kerjasama pintar yang menyatukan semua maklumat dan bahan sejarah supaya menjadi koleksi sejarah yang bernilai tinggi yang digunakan sebagai bahan kajian, rujukan dan sumber inspirasi,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon Nasir Bilal Khan berkata, projek itu dijangka memulakan penggambaran akhir tahun ini membabitkan beberapa buah negara seperti Thailand, Indonesia dan Timur Tengah dengan kos RM2 juta.

“Saya berharap generasi muda dapat menghayati perjuangan

tokoh Islam dan dijadikan sebagai bahan rujukan kepada masyarakat

Islam dan dunia,” katanya.

BeritaKampus Buletin Uniutama | Bil. 3 Mac 2015

10

Page 11: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

Menunggang kuda satu terapi yang sesuai untuk golongan istimewa apabila terbukti berlaku perubahan dan penyembuhan serta peningkatan tahap kemampuan yang luar biasa.

Penyelaras Pusat Ekuin dan Rekreasi UUM, Wan Mhd Hafizam Wan Ismail terpanggil untuk mengadakan kursus menunggang kuda dan memanah dengan bimbingan jurulatih berpengalaman.

Kursus yang disertai 37 guru Sekolah Pendidikan Khas Daerah Kubang Pasu dalam usaha membantu Persatuan Menunggang Untuk OKU di negeri Kedah. “Kursus ini bertujuan memberi latihan kemahiran dan

Kira-kira 2,000 penonton menyaksikan Tayangan Amal Filem Isyarat Cinta lakonan Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar dalam usaha mengumpul dana untuk disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Orang Buta Kedah.

Filem yang mengangkat tema Orang Kelainan Upaya arahan Bade Haji Azmi mengisahkan mengenai perasaan cinta pasangan OKU iaitu Iskandar (Adi Putra) yang cacat pendengaran dengan Dhia (Liyana Jasmay) yang buta.

pendedahan awal kepada guru pendidikan khas.

“Inilah langkah pertama kita dalam proses membangunkan RDA yang menyasarkan golongan guru pendidikan khas, ibu bapa yang memiliki anak OKU dan sukarelawan,” ulasnya. Pusat Ekuin UUM juga telah menganjurkan kursus O-Level bagi Program Horse Management pada Februari lalu dengan penyertaan dari seluruh Negara .

Kemudahan lengkap dan jurulatih mahir melayakkan Pusat Ekuin UUM mendapat pengiktirafan Majlis Ekuin Malaysia sebagai antara pusat latihan kuda terbaik di Universiti Awam (UA) seluruh Negara.

TUNGGANG KUDA BAIK UNTUK TERAPI OKU

Pengarah projek, Mohamad Amin Haziq Mustapa berkata, program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan jalinan kerjasama antara mahasiswa dengan penggiat seni yang bersama-sama membantu golongan yang memerlukan. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran pelakon, Fizo Omar dan Adi Putra serta penampilan khas Tomok dan Muaz yang beramah mesra bersama penonton yang hadir.

TAYANGAN AMAL FILEM ISYARAT CINTA

BeritaKampusBuletin Uniutama | Bil. 3 Mac 2015

11

Page 12: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

Mengikut kajian, ramai wanita tidak mendapat pembelaan disebabkan kejahilan meskipun hak wanita banyak diperuntukkan di dalam undang-undang keluarga Islam.

Pengarah Pusat Penyelidikan Koridor Utara (NCRC), Prof. Madya Dr. Rohana Yusof berkata kekurangan pengetahuan mengenai dwi sistem undang-undang kekeluargaan iaitu Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam dan Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Penceraian) menyebabkan wanita merasa teraniaya akibat pelaksanaannya. “Tidak hairanlah statistik menunjukkan peratus terbesar penangguhan kes yang berlaku di mahkamah disebabkan oleh pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh wanita sendiri,” ujarnya pada Bengkel Hak Wanita Siri 1: Bukti dan Saksi dalam Proses Tuntutan di Mahkamah.

Bengkel yang diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa 2015 bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan wanita terhadap hak mereka dalam perundangan Syariah.

“Pendekatan pendidikan menerusi bengkel seumpama ini dapat melahirkan masyarakat yang celik undang-undang serta berupaya mengurangkan cabaran tersebut,” ujarnya. Bengkel ini menarik penglibatan golongan muda bagi memberi pendedahan dalam pelbagai aspek perundangan Syariah iaitu sebelum berkahwin, dalam perkahwinan dan selepas penceraian.

KURANG ILMU

PUNCA WANITA

TIDAK DAPAT

PEMBELAAN

Seminar&Bengkel Buletin Uniutama | Bil. 3 Mac 2015

12

Page 13: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

Bercerai bukan tragedi tetapi jika hidup dalam perkahwinan yang tidak bahagia itulah tragedi.

“Selalunya kita takut dengan perkataan cerai seperti sudah menjadi taboo dalam masyarakat yang suka menghukum sehingga bermacam tuduhan dihamburkan kepada wanita hingga terkeluarlah perkataan, tak pandai jaga laki!

“Yang menjadi polemik, apabila tiada bukti dan saksi yang boleh diketengahkan akhirnya kes terpaksa ditangguhkan bukan sehari dua tetapi berbulan-bulan,” kata Roos Niza Mohd Shariff dalam Ceramah Polemik Berkaitan Bukti & Saksi di Mahkamah Syariah.

Program anjuran Perpustakaan Sultanah Bahiyah bertujuan mendidik wanita tentang bagaimana cara mengemukakan saksi dan bukti dalam proses permohonan perceraian.

Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Undang-Undang, UUM COLGIS, perceraian terbahagi kepada talak, taqliq, fasakh dan khuluk (tebus talak).

“Dalam perceraian, fasakh dan taqliq yang paling banyak memerlukan bukti ekoran suami melafazkan talak tetapi tidak mahu mengaku.

“Jadi wanita akan disoal bermacam-macam soalan yang tidak dijangka dan sebelum ke mahkamah pastikan semua dokumen atau bahan bukti lengkap seperti laporan polis, aduan dan pengesahan doktor,” jelasnya semalam.

Terdapat dua bentuk bukti iaitu bukti dan saksi yang mana bukti mesti terang dan bertulis, mahkamah tidak akan meneruskan prosedur selagi tidak mendapat surat nikah jadi simpan dokumen dengan baik.

Ujarnya, saksi adalah orang yang memberi keterangan mengikut apa yang mereka tengok, dengar dan alami biasanya orang terdekat contohnya anak-anak dan orang gaji yang menyaksikan pergaduhan suami isteri.

Saksi pula mesti mengemukakan fakta yang tidak bercanggah, tidak ragu-ragu dan konsisten.

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kedah memperuntukkan tuntutan cerai boleh berlaku apabila suami hilang selama setahun, cuai bagi nafkah selama tiga bulan, di penjara tiga tahun, tidak menunaikan nafkah batin selama setahun, mati pucuk, zalim, gila dua tahun dan penyakit berjangkit.

“Dalam kes suami hilang, isteri perlu catat tarikh sejak bila tidak bertegur sapa, pergi ke pejabat suami catat dengan siapa kita jumpa (saksi) dan masa, barulah kes berjalan cepat, jatuh hukum dan selesai.

“Semuanya perlu catatan bukannya main cakap saja kerana mahkamah memerlukan bukti yang kukuh,” tegasnya.

Manakala kes suami cuai memberi nafkah seperti makan minum, bayaran asas, rumah, selama tiga bulan berturut-turut, isteri perlu mengumpul bukti dengan menyimpan resit dan bil perbelanjaan yang dikeluarkan.

Bagi suami yang tidak menunaikan nafkah batin ulasnya, apabila cukup setahun isteri boleh membuat aduan kepada orang yang bertauliah seperti pejabat agama dan tok imam namun kes sebegini agak sukar mencari bukti.

“Kes suami zalim sehingga mencederakan isteri, terus ke pejabat agama dalam keadaan lebam dan berdarah biar semua orang tengok supaya kita ada saksi seterusnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan surat doktor sebelum membuat laporan polis. “Masa ini barulah sesuai berselfie dengan kecederaan yang dialami seperti bengkak di muka, lebam dan darah sebagai bahan bukti,” sarannya.

Manakala, kes suami mempunyai penyakit berjangkit seperti AIDS dan sifilis, isteri boleh mendapatkan rambut dan bekas minuman suami seterusnya bawa ke hospital untuk pemeriksaan DNA.

Tambahnya, usaha sudah, doa pun sudah lalu tawakallah kerana barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. “Tugas mahkamah untuk mencari keadilan bukan berpihak kepada suami seperti yang didakwa justeru wanita mesti celik undang-undang dan tahu hak mereka daripada segi undang-undang dan hukum syarak.

“Buang sikap ego dan malu untuk mendapatkan nasihat daripada mereka yang berpengalaman, berdoa, berzikir selain mencari ilmu, baru tahu apa yang tidak kena,” pesannya.

BIJAK KEMUKA BUKTI, SAKSI – CEPATKAN PROSES PERCERAIAN

Seminar&BengkelBuletin Uniutama | Bil. 3 Mac 2015

13

Page 14: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Tunas Harapan bagi kategori Pemuliharaan dan Kelestarian Alam Sekitar kepada mahasiswa UUM sempena Persidangan Antarabangsa Pemimpin Muda (ICYL) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Idea sembilan anak muda ini tercetus untuk menghasilkan Foodabox apabila hampir setiap 10 saat kira-kira 300,000 kilogram bekas makanan polistirena dibuang hingga mengancam alam sekitar. Wakil pasukan, Dick Lim Yew Teck berkata, Foodabox merupakan projek mesra alam bagi mengurangkan kesan negatif pembuangan bekas makanan di bawah seliaan Institut Pembangunan Keusahawanan & Koperasi (CEDI). Ulasnya, sebagai permulaan Foodabox menawarkan alternatif murah dan mudah kepada restoran dan kedai makan bagi menggantikan polistirena.

“Kami bekerjasama dengan syarikat Eco-Conscious untuk meletakkan iklan mereka pada kotak makanan yang dapat mengurangkan harga kotak dari RM0.35 kepada RM0.10,” ujarnya.

Mereka menjual kotak itu ke restoran dengan penjimatan 71 peratus sekali gus menggalakkan pengusaha menggantikan polistirena. Jelasnya, usaha Foodabox tidak berhenti di situ sahaja apabila membantu ibu tunggal yang tidak bekerja untuk mengendalikan bekalan dan pengedaran kotak dengan pendapatan sehingga RM2,000.

Pertandingan Perahu Panjang pada Temasya Sukan Sungai Kali Ke-82 berlangsung dengan meriah di Tanjung Chali, Alor Setar.

Acara tahunan bersempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah Ke-87 itu semakin diminati dalam kalangan masyarakat dalam membentuk disiplin yang tinggi.

Seramai 30 mahasiswa terdiri daripada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UUM diketuai oleh Lt M Mohd Najib Zailan merangkul tempat ketiga kategori IPT dan membawa pulang wang tunai RM750 berserta trofi.

Sebanyak 15 kategori dipertandingkan seperti jemputan antarabangsa perahu naga (Medal A), Juara antara Juara, antara daerah dan antara Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun.

IDEA SEMBILAN ANAK MUDA DIIKTIRAF

“Kami percaya setiap orang mempunyai potensi untuk membuat perubahan demi masa depan yang mampan untuk generasi akan datang. “Selepas ini, kami akan mendapatkan pinjaman dari tabung pinjaman pelajar, seterusnya membuat paten dan trademark,” ujarnya. Disertai 300 peserta dari negara ASEAN, persidangan bertemakan ‘Keusahawanan Sosial Menjana Perubahan Komuniti’ menggalakkan belia mempelopori bidang keusahawanan sosial secara global sekali gus membantu memacu ekonomi negara.

PERTANDINGAN PERAHU PANJANG MERIAH

AktivitiMahasiswa Buletin Uniutama | Bil. 3 Mac 2015

14

Page 15: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

“Pemimpin menggalas satu tugas yang sukar dan pemimpin pelajar merupakan satu proses awal untuk menjadi pemimpin yang lebih besar pada masa hadapan.

“Gunakanlah kesempatan yang ada untuk menimba ilmu kepimpinan, kepercayaan yang diberikan oleh mahasiswa yang memilih mereka harus dipikul dengan amanah.

Begitulah pesanan Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira. Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang menyampaikan watikah kepada 36 pemimpin pelajar pada majlis penyampaian Watikah Pelantikan Ahli MPP UUM Sesi 2014/2015. Ujarnya, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mencerminkan imej, reputasi, kualiti pelajar pada masa yang sama pemimpin pelajar perlu membuat yang terbaik serta menyerlahkan bakat dan potensi kepimpinan.

“MPP menjadi penghubung antara pelajar dan universiti justeru mereka perlu menunjukkan ciri pemimpin serta teladan yang baik memandangkan MPP menjadi cerminan pelajar universiti.

Sementara itu Yang Di-Pertua MPP, Mohd Ali Faiz Salleh menggariskan lima teras matlamat MPP iaitu mengantarabangsakan program pelajar dan mengutamakan program pembangunan sahsiah pelajar

Selain itu tambahnya, mereka berhasrat membawa nama baik MPP ke tahap yang lebih baik, akrab dengan masjid dan kebersamaan pemimpin dalam program pelajar.

“Saya berharap UUM dapat bersama-sama berganding bahu dengan pihak MPP dalam menjayakan Pelan Strategik UUM dan memastikan pembangunan modal insan dapat di kecapi,” jelasnya di Bilik Senat.

SERLAH KEPIMPINAN MPP

AktivitiMahasiswaBuletin Uniutama | Bil. 3 Mac 2015

15

Page 16: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

Karnival Kebudayaan Kesenian dan Keusahawanan (3K) menjadi asas permulaan kepada mahasiswa bersatu padu untuk melibatkan diri dalam aktiviti bermanfaat yang memberi nilai tambah kepada mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Dato’ Haji Ahmad Zaini Japar berkata, semangat bekerjasama dan bersatu padu warga UUM amat penting dalam menjalankan kegiatan kebudayaan dan kesenian. “Buktikan kepada dunia bahawa kita boleh berjaya dalam semua bidang termasuklah melahirkan satu bangsa yang berbudaya besar sekali gus menyatukan pemikiran dan nilai masyarakat ke arah pembentukan negara yang bersatu. “Semua masyarakat kampus perlu mengekalkan semangat perpaduan dan patriotik yang tinggi dalam sanubari,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival 3K 2015 di Dataran Budaya UUM.

Sementara itu, Pengarah Program 3K, Muhammad Rifqi Azim Md Arif berkata usaha yang diterapkan oleh PBS ini perlu dimanfaatkan oleh mahasiswa agar mereka dapat mendekatkan diri dengan budaya bangsa yang berbilang kaum yang terdapat di Malaysia dan dapat membangunkan sahsiah diri mereka. Karnival kali ke-8 anjuran Pusat Budaya dan Seni ini bukan sahaja memberi pendedahan terhadap kebudayaan dan kesenian malah diisi dengan pelbagai aktiviti dalam memupuk semangat kerjasama.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, Raja Muhammad Tarmizi Raja Ibrahim berkata, karnival ini memberi pulangan lumayan memandangkan perniagaan Ayam Goreng “Popcorn” Al-Ain mendapat sambutan menggalakkan.

KARNIVAL 3K BENTUK MAHASISWA BERSATU

Aktiviti yang dijalankan antaranya Ekspo Niaga dan Pameran, Kaunter Tabung Haji, Ceramah Perdana Bersama Tuan Syeikh Ahmad Fisol Omar dan Bengkel Pengacaraan Majlis.

AktivitiMahasiswa Buletin Uniutama | Bil. 3 Mac 2015

16

Page 17: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

Beruntung sesiapa yang menguasai banyak bahasa, selain boleh bertutur mereka juga dapat memahami budaya sesuatu kaum sekali gus merapatkan jurang perbezaan.

56 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok seronok mempelajari Bahasa Korea dan Bahasa Jepun dengan mendapat bimbingan pelajar mobiliti inbound antarabangsa, UUM COB.

Mereka terdiri daripada Lee Yong Suk dari Sejong University, Korea manakala Arisa Tsuda, Satsuki Nakano dan Sakie Hoshi dari Tsukuba University, Jepun.

“Dengan mempelajari bahasa asing, kita boleh belajar dan mengetahui budaya bangsa lain dan lebih terbuka terhadap sesuatu budaya.

Pantas dengan aksi mendebarkan, corner baring di selekoh tajam, cekap bersaing di atas litar mencuri perhatian penonton dalam Karnival Wheel & Bike 2015 di Litar Go Kart UUM.

Karnival anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan UUM bertujuan memberi pendedahan dan mencari bakat baru dalam aktiviti sukan bermotor dalam kalangan pelajar Universiti Awam (UA). Aktiviti menarik antaranya Klinik Pemanduan Go-Kart, Demonstrasi Penunggangan Motosikal dengan Selamat, Pertandingan Sistem Audio Kereta, Pameran Motosikal Berkuasa Tinggi dan Perlumbaan Basikal. Khabar gembira buat UUM apabila Zainul Ariffin muncul

juara Perlumbaan Go-Kart IPTA-Lelaki dengan catatan masa terbaik 10 minit 20 saat dalam lapan pusingan.

Wan Aqilah Mohammad Hatt dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengungguli kategori Go-Kart IPTA - Wanita dengan catatan masa 8 minit 32 saat, 6 pusingan. Kejayaan berganda apabila Muhammad Nor Tajudin yang menjuarai kategori Go-Kart terbuka dengan masa 13 minit 13 saat dalam 10 pusingan. Manakala Luth Harith Erwan dengan masa 14 minit 7 saat memenangi kategori Cub Prix terbuka kepada anak muda kawasan utara.

KARNIVAL WHEEL & BIKE 2015 MERIAH

“Kita juga mudah berkomunikasi dan bertukar pendapat tambahan pula Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum dan menjadi tumpuan pelancong,” kata Lee Yong Suk.

Jelasnya, beliau dan rakan-rakan bertuah diberi peluang untuk mendekati masyarakat sekitar selain menimba pengalaman berharga terutamanya apabila mereka menunjukkan minat mempelajarinya.

Seorang pelajar sekolah, Mohamad Asyraf Azahar berkata, belajar bahasa asing amat seronok jika dilakukan dengan penuh minat tanpa malu untuk bertanya.

“Pelajar perlu merebut peluang untuk belajar bahasa asing yang boleh meningkatkan pengetahuan dan menambah ramai kawan terutamanya warga asing,” ulasnya.

SERONOK BELAJAR

BAHASA KOREA

DAN JEPUN

AktivitiMahasiswaBuletin Uniutama | Bil. 3 Mac 2015

17

Page 18: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

Eksplorasi di bumi Kenyalang membawa mahasiswa UUM menelusuri kehidupan orang Miri yang menunjukkan betapa pentingnya peranan mahasiswa membantu masyarakat yang dihimpit kesusahan.

Terdiri daripada 37 mahasiswa Dewan Penginapan Pelajar (DPP) EON yang menggembleng tenaga dan fikiran selama enam hari dalam program Bakti Siswa UUM Jelajah Miri di kampung Jambu, Sarawak.

Program yang dirasmikan oleh Ali Mudin, Pemanca Kawasan Bungai dan Niah itu bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan berbakti dalam mendekati golongan susah dan menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban.

Mesra disapa emak dan ayah, mereka dibahagikan kepada lima keluarga angkat yang membawa mereka menjiwai warna sebenar masyarakat dalam menimba pengalaman berharga.

Sifat ringan tulang, prihatin dan mudah mesra yang ditunjukkan mahasiswa menambat hati orang kampung yang bersama-sama menjayakan gotong-royong membersihkan kawasan tadika, surau serta kawasan penduduk.

Mahasiswa, Jaafar Hassan berkata, bakti siswa ini meliputi program keluarga angkat, bantuan kepada 20 keluarga termasuk anak yatim dan warga tua di samping memberi motivasi kepada 160 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu.

“Kami di rai bagai keluarga dengan solat berjemaah, berziarah rumah ke rumah dan menyelami hidup masyarakat sekali gus meningkatkan komunikasi, silaturahim serta insaf melihat orang yang lebih susah.

“Inilah masanya mahasiswa memulangkan sesuatu pada masyarakat dan saya berharap program ini memberi dorongan kepada orang lain agar sentiasa membantu mereka yang serba kekurangan,” jelasnya.

Keterujaan berganda apabila mahasiswa diajar cara penyediaan makanan orang Sarawak yang diberi nama kuih kelupis seakan-akan ketupat yang dihidangkan ketika kenduri.

Kelupis dibuat daripada beras pulut dan santan dibungkus dalam daun Nyirik seterusnya direbus dalam santan dan sedap dimakan bersama kari, rendang atau sambal.

Menerokai keindahan bandar Miri, Gua Niah, Muzium Petroleum dan keluhuran budi orang Miri ternyata meninggalkan momen manis yang terpahat kukuh di sanubari mereka.

EKSPLORASI BAKTI SISWA UUM DI BUMI KENYALANG

AktivitiMahasiswa Buletin Uniutama | Bil. 3 Mac 2015

18

Page 19: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara

Semakin jauh ke dalam belantara, hati berdebar-debar sebaik terpandang bekas tapak kaki gajah dan najis gajah bertaburan di merata-rata sebagai bukti hutan ini kaya dengan khazanah flora dan fauna yang masih terpelihara. Pendakian selama empat hari menerusi Program Ekspedisi Pendakian ke Gunung Bintang disertai 41 mahasiswa Sub Unit Kokurikulum Kembara 4 yang diiringi penduduk kampung Sungai Sedim, Kulim dan juru pandu berpengalaman. Terus menelusuri cerun curam, laluan berbatu, meredah sungai separas pinggang dan terpaksa merangkak di kawasan yang dipenuhi pokok buluh menguji daya fokus dan semangat berpasukan. Perancangan selama dua bulan dengan persediaan latihan stamina membantu peserta mengharungi cabaran pendakian sebenar yang banyak menggunakan kekuatan kaki. Ralit menghayati panorama dan kehijauan, tiba-tiba guruh berdetum di langit sebelum menurunkan hujan yang menambah kedinginan. Trek berubah wajah, peserta terpaksa melalui jalan licin dan berselut menyukarkan pendakian namun berkat pertolongan Allah, semangat kerjasama serta mempraktikkan cara ‘survival’ mereka berjaya menempuhi semua halangan.

Peserta terkesima menikmati keindahan alam yang diliputi

kabus putih sebaik kaki melangkah dari ketinggian aras laut sambil hati bertasbih memuji kebesaran Allah.

Pendaki, Nur Ayuni Zakaria berkata, pendakian ini sesuatu yang menguji mental dan fizikal mahasiswa ditambah pula dengan trek yang jarang digunakan. “Ekspedisi ini semakin mencabar apabila hujan turun, barang-barang dan beg yang digalas basah dan bebanan bertambah berat. “Banyak manfaat yang diperoleh seperti melatih kita kuat semangat, saling membantu, sabar, kalau luka, sakit kaki, digigit serangga, terseliuh itu perkara biasa,” ceritanya. Seorang lagi peserta, Nurazzatul Ain Daud menyifatkan ekspedisi ini menanam minat mencintai alam semula jadi di samping mengeratkan hubungan sesama ahli. “Kami berada lama dalam hutan, ada yang sakit kaki dan demam terkena hujan mujurlah ahli sanggup menjaga mereka seperti keluarga sendiri,” ujarnya. Ain menyifatkan pendakian ini sesuatu yang mencabar mental dan fizikal mahasiswa selain dapat mengamalkan apa yang telah dipelajari. “Ekspedisi ini sebagai satu kepuasan untuk mencabar diri dan membentuk mahasiswa menjadi cekal, sabar dan pandai berdikari,” ulasnya.

DAKI GUNUNG SAMBIL REDAH HUJAN CABAR MENTAL FIZIKAL

AktivitiMahasiswaBuletin Uniutama | Bil. 3 Mac 2015

19

Page 20: TINGKAT KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI TERKEMUKA …can.uum.edu.my/images/stories/Penerbitan/Buletin Uniutama MAC 2… · unit komunikasi korporat, jabatan canselori, universiti utara