titas

4

Click here to load reader

Upload: shiu-ping-wong

Post on 13-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tamdun greek

TRANSCRIPT

Nama: Wong Shiu Ping Markah:ID: B150041APensyarah: Dr. Tham Chew PengTajuk: Ulasan buku (Tamadun Eropah Klasik)Zaman Greek merupakan satu tamadun yang amat saya minat kerana zaman ini banyak mempengaruh zaman modern ini. Zaman Greek boleh dianggap sebagai khazanah tamadun Eropah klasik. Berikut merupakan hasil kajiandan pandangan saya terhadap zaman Greek.Zaman Greek juga dikenali sebagai zaman Yunani. Istilah Greek hanya mula dipakai oleh para pemerintah dan masyarakat pada zaman Rom untuk menunjukkan sekumpulan masyarakat yang hidup sebelum empayar Rom. Sebenarnya, orang Greek tidak menggelarkan diri sebagai orang Greek, mereka menggelarkan diri sebagai Hellenes. Masyarakat Greek berturunan orang Aryan. Dari segi linguistik, masyarakat Greek terangkum dalam kumpulan Indo-Eropah. Zaman Greek dianggap sebagai satu zaman yang penuh dengan kreatitivi kerana sumbangan mereka masih boleh dilihat sebagai inspirasi dan aspirasi kea rah kehidupan yang lebih baik pada masa kini. Terdapat beberapa kata pepatah yang berasal daripada tamadun Greek seperti stadium, Mesopotamia, history, gymnasium, marathon, dan milo terus digunakan sehinggan zaman ini. Zaman Greek dianggap mencapai tahap kematangan dan kegemilangan dari segi politik, social dan falsafah.Zaman Greek terdiri daripada berpuluh-puluh buah Negara kota. Menurut Crane Brinton (et al.), Negara kota tersebut dikenali sebagai polis. Proses kemunculan polis pada zaman Greek boleh dibahagikan kepada 3 tahap utama. Pada tahap yang pertama, unit-unit keluarga telah digabung menjadi satu komuniti di bawah satu polis. Thap ini berlaku pada 800 S.M hingga 600 S.M. Pda tahp ini juga, polis-polis yang lebih kecil bergabung menjadi polis yang lebih besar. Kebanyakan gabungan sebegini berlaku melalui peperangan. Tahap dua muncul pada 600 S.M hinggan 400 S.M. Pada tahap ini, polis-polis yang muncul pada tahap pertama mula berkembang pesat dalam segala aspek seperti bidang ekonomi, politik dan social. Tahap ketiga bermula selepas 400S.M. Polis-polis tersubut mula merosot dan runtuh dan akhirnya ditakluk di bawah kuasa Raja Philip dari Macedonia.Melalui proses-proses tersebut, kita boleh membandingkan zaman kini dengan zaman Greek. Pada zaman Greek, unit asas bagi membentuk sesebuah polis ialah keluarga. Beberapa keluarga digabung menjadi sebuah polis kecil dan kemudian beberapa polis kecil digabungkan menjadi sebuah polis yang lebih besar. Situasi ini sama berbandingan zaman kini. Beberapa zon digabung menjadi satu daerah, beberapa daerah digabung menjadi satu negeri, dan akhirnya beberapa negeri digabung menjadi satu negara. Selain itu, berdasarkan proses kemunculan polis di zaman Greek, terdapat satu pengajaran yang patut kita pelajari iaitu perpaduan. Sekiranya perpaduan tidak wujud dalam sesebuah negara, negara tersebut tetap akan runtuh takala kuasa sekuat bagaimana. Sebagai buktinya, polis-polis besar yang dianggap mencapai tahap kematangan dan kegemilangan hanya bersaing antara satu sama lain akhirnya ditakluk oleh kuasa luar disebabkan unsur perpaduan yang tidak wujud antara setiap negara kota.Sekiranya rakyat dalam sesebuah negara tidak bersatu-padu, negara tersebut tidak akan kekal lama dan tetap akan runtuh pada suatu hari nanti. Ibarat kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Saya juga mendapati system demokrasi yang diamalkan di Athens pada zaman Greek amat menarik. Sistem demokrasi di Athens bukannya seperti sistem demokrasi pada zaman kini iaitu system demokrasi perwakilan. Sistem demokrasi yang diamalkan di Athens pada zaman Greek ialah sistem demokrasi secara langsung.Ini bermaksud masyarakat Athens terlibat secara langsung dalam segala perbincangan atau pendebatan berkaitan dengan Athens dalam semua aspek seperti politik, ekonomi mahupun sosial.Pada pendapat saya, sistem demokrasi yang diamalkan di Athens menpunyai kebaikan dan keburukannya. Sistem sebegini sangata adil terhadap masyarakat Athens kerana tidak ada seseorang individu yang mempunyai kuasa mutlak untuk mentadbir Athens. Semua warganegara (lelaki) berhak dan bertanggungjawab dalam semua aspek. Segala keputusan akan mengikut suara majority. Oleh sebab itu, setiap warganegara bertanggungjawab atas keputusan yang diluluskan takala baik atau tidak. Sistem ini mementingkan hak setiap warganegara dan memberi kekebasan yang amat mencukupi untuk warganegara mentadbir Athens. Konteks ini sangat sesuai terhadap masyarakat Athens yang mengejar kebebasan.Walaubagaimanapun, sistem inin juga mempunyai keburukannya.Keburukan yang paling utama ialah keputusan yang tidak sesuai akan dilulus semata-mata atas suara majority. Hal ini sangat bahaya kerana keputusan yang salah berisiko tinggi dan berprluang besar untuk mendatangkan musibah kepada Athens. Ini kerana suara majority tidak semestinya merupakan keputusan yang paling sesuai pada masa kritikal itu. Ini boleh diibarat sebagai melteak telur di hujung tangga.Berbandingan sistem demokrasi secara langsung di Athens pada zaman Greek, sistem demokrasi yang diamalkan pada era ini ialah sistem demokrasi perwakilan. Sistem ini memilih wakil berdasarkan suara majority dan wakil tersebut akan mentadbir negara dalam tempoh masa yang tertentu. Wakil tersebut adalah dipilih dalam sesebuah parti dan kemudian bertanding dengan parti yang lain. Dari perspektif meluluskan sesuatu keputusan, sebarang cadangan akan dirunding di Dewan Rakyat dan sekiranya cadangan tersebut mendapatsuara majority, ia akan dibawa ke Dewan Negara untuk diluluskan. Sistem sebigini membawa satu amnfaat yang tidak terdapat dalam sistem demokrasi secara langsung yang diamalkan di Athens iaitu negara akan diurus dan ditadbir oleh golongan elit yang dipilih oleh rakyat. Ini jauh lebih baik daripada hanya mengikut suara majoriti semata-matanya tanpa sebarang timbangan yang wajar.Terdapat satu element yang amat tidak say setujui pada zaman Greek ialah golongan wanita pada zaman Greek tidak mendapat hak asasiyang berpatutan. Golongan wanita tidak diberikan kewarganegaraan walaupun lahir di polis tersebut. Hanya golongan lelaki yang akan mendapat taraf warganegara. Golongan wanita juga tidak diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan. Golongan wanita hanya diizinkan untuk membuat kerja rumah kerana golongan wanita dianggap tidak berpotensi untuk memberi sumbangan kepada sesebuah polis. Situasi ini menunjukkan ketidakadilan terhadap golongan wanita. Budaya masyarakat Greek yang mengabaikan hak asasi golongan wanita bertentang dengan fikiran mereka yang mengejar dan mementingkan kebebasan seseorang. Anggapan bahawa golongan wanita tidak berpotensi untuk memberi sumbangan merupakan satu rugi besar terhadap masyarakat Greek. Sebagai bukti yang menunjukkan kehebatan golongan wanita ialah Ratu England, Mother Teresa dan Madame Curie yang mencapai pencapaian terbilang dalam bidang politik, social, mahupun sains dan teknologi adalah setanding dengan golongan lelaki.Tuntasnya, tamadun-tamadun lama sama ada tamadun barat mahupun tamadun Asia turut menjadi inspirasi dan aspirasi kepada masyarakat zaman ini. Cara mereka mencapai kegemilangan boleh dijadikan teladan manakala faktor kemerosotan dan keruntuhan boleh dijadikan pengajaran kepada kita. Sebagai contohnya, polis-polis pada zaman Greek runtuh dan akhirnya ditakluk di bawah kuasa Raja Philip disebabkan perpaduan yang tidak wujud antara satu sama lain harus kita elakkan.Bak kata pepatah, ambil yang jernih,buang yang keruh. Kita juga harus menghargai warisan tamadun lama kerana ia sangat bermakna kepada insan sejagat. Satu contoh yang kukuh ialah sukan Olympic yang berasal dari zaman Greek masih dijalankan sehinggan zaman ini. Sukan ini bertujuan untuk menunjukkan kataatan dan emeberi penghormatan kepada Zeus. Sukan Olympic disertai oleh semua polis pada zaman Greek. Juga terdapat peserta yand dating dari Itali, Sicili, Mesir, LIbrya dan kawasan berhampiran dengan Mediteranean. Temasya sukan Olympic masih dijalankan sehingga sekarang. Sukan Olympic digelar sebagai pentas dan pencapaian yang paling tinggi di dunia dalam bidang sukan. Kesimpulannya, kita harus memahami, menghargai, dan menjasai sejarah tamadun lama kerana ini mendatangkan seribu satu manfaat tanpa sebarang keburukan.