titas isl

38
ISL MINGGU 2: Konsep Tamadun Tamadun berasal daripada perkataan Greek iaitu Civitas yang merujuk Bandar. Dari sudut epistemology, istilah civilization dalam bahasa Inggeris berhubung kait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Ini menunjukkan, bahawa istilah civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya diperingkat negara .Menurut Gordan Childe, tamadun ialah pencapaian lahiriah yang menjadi kayu ukur utama kemajuan sesesuatu masyarakat itu. Manakala Darcy dan Buchanan pula menekankan kepentingan pembangunan lahiriah dalam tamadun. Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. Antara istilah-istilah tersebut ialah madaniah,tamadun, dan hadarah Selain daripada definisi di atas, terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi berhubung dengan tamadun Islam. Di antara sarjana tersebut ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Beliau telah memberikan takrif tamadun Islam sebagai “ keadaan kehidupan insane bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya”. Definisi Tamadun

Upload: sellakkili2380

Post on 23-Nov-2015

141 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

ISL

ISL MINGGU 2: Konsep Tamadun

Tamadun berasal daripada perkataan Greek iaitu Civitas yang merujuk Bandar. Dari sudut epistemology, istilah civilization dalam bahasa Inggeris berhubung kait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Ini menunjukkan, bahawa istilah civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya diperingkat negara .Menurut Gordan Childe, tamadun ialah pencapaian lahiriah yang menjadi kayu ukur utama kemajuan sesesuatu masyarakat itu. Manakala Darcy dan Buchanan pula menekankan kepentingan pembangunan lahiriah dalam tamadun. Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. Antara istilah-istilah tersebut ialah madaniah,tamadun, dan hadarah

Selain daripada definisi di atas, terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi berhubung dengan tamadun Islam. Di antara sarjana tersebut ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Beliau telah memberikan takrif tamadun Islam sebagai keadaan kehidupan insane bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Definisi Tamadun

Definisi tamadun berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Berpunca dari kata kerja maddana yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku. Juga membawa erti membuka bandar. Terbit pula perkataan madinah yang bermaksud bandar dan juga madani iaitu orang yang berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku. Kesimpulannya, istilah tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi.

Ciri-ciri Tamadun

Mengikut pendapat Lucien Goldmann, unsur utama yang menjadi pembeza antara sesebuah dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (world view/weltanschauung). Berdasarkan konsep pandangan semesta, tamadun manusia secara tipologi dapat dibahagikan kepada empat ciri yang utama :

i.tamadun materialistik

ii.tamadun intelektual

iii.tamadun mistik

iv.tamadun berasaskan wahyuNamun dalam perkembangan sesebuah tamadun, terdapat tahap-tahap peningkatannya yang boleh diukur berdasarkan dua asas utama iaitu; a) pencapaian fizikal ; boleh dilihat dari segi penubuhan sebuah kerajaan atau empayar yang luas melalui penggabungan beberapa pusat perbandaran yang berdekatan, peluasan sempadan atau melalui penaklukan. b) pencapaian intelektual ; boleh dilihat dari segi penemuan fikiran yang baru ataupun penemuan, penyuburan dan penafsiran kembali fikiran yang lama yang membuahkan sistem falsafah, pemikiran, sains dan teknologi.

ISL MINGGU 3: Definisi Tamadun Islam dan prinsip-prinsipnyaTamadun Islam dibina berdasarkan kepada prinsip-prinsipnya yang luhur yang merangkumi matlamat yang jelas. Ia menekankan kepada pembangunan hidup manusia di dunia dan kesejahteraan hidup di akhirat. Pada umumya prinsip dan matlamat Tamadun Islam merangkumi Pengabdian diri kepada Allah S.W.T di dalam seluruh kegiatan hidup Berorganisasi atas asas akidah yang menjamin dari sifat menyeleweng dan kezaliman Keagungan dan keluhuran nilai kemanusiaan berbanding dengan nilai kebendaan Berfungsinya nilai-nilai kemanusiaan yang menyebabkan berkembangnya sifat kemanusiaan manusiawi bukan sifat kebinatangan Kesucian dan keharmonian hidup keluarga Melaksanakan tugas khilafah di bumi Allah dengan mengikut panduan Allah S.W.T dan sentiasa memegang janji dan amanah Allah Matlamat Tamadun Islam juga ialah untuk memartabatkan Islam sebagai AI-Din iaitu satu cara hidup yang yang lengkap selaras dengan fitrah manusia. Manusialah pemacu dan penggerak kepada tamadun.

Mengapakah sumber Tamadun Islam berpandukan kepada al-Quran, Sunnah, akal, penemuan penciptaan baru dan penyempurnaan semula?

al-Quran: Kitab yang diturunkan oleh Allah adalah suci mengandungi nilai-nilai mukjizat yang tinggi sama ada dari sudut akidah, syariah, ahklak dan moral, bahasa, prasejarah,pemikiran dan intelektual, ketamadunan, rahsia alam semesta dan sebagainya. Sesuai sepanjang zaman dan lengkap, sesuai dengan tahap manusia dan ketamadunan. Kandungannya menggalakkan manusia berfikir untuk mencapai kesejahteraan hidup, memberi dorongan dan semangat mereka untuk meneroka alam di segenap bidang. Merupakan kitab samawi terakhir bagi manusia selepas turunnya Taurat, Zabur dan Injil. Merupakan wahyu Allah ( terpelihara): 1) Ditulis sejak diwahyukan 2) Dihafaz oleh para sahabat, generasi

kini dan seterusnya.Sunnah:

Segala yang disandarkan kepada Rasulullah sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan (taqrir) serta sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul. Sunnah telah menjadi sandaran hukum, sesudah menjadi Rasul. al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian dihuraikan dan diperincikan oleh al-Sunnah (sumber inspirasi).Penemuan ciptaan baru:

Dalam tamadun manusia, banyak perkembangan baru berlaku. Sebahagian daripada pembaharuan itu tidak terdapat secara nyata dalam al-Quran dan al-Sunnnah. Oleh itu, menggalakkan peranan ulama dan cendekiawan muslim yang mengolah hukuman terhadap perkara-perkara baru berdasarkan keilmuan yang mereka miliki dengan merujuk kepada sumber al-Quran dan al-Sunnah.ISL

MINGGU 4:

( Kepentingan wujudnya interaksi positif dan negatif antara pelbagai Tamadun.

Kepentingan Interaksi Positif:

Semua sempadan adalah sama

Perbezaan kecil dari segi variasi kerana perbezaan geografi

Mudah berinteraksi & perubahan adalah kecil malah berlaku pemantapan atau tertutup

Devian mudah dikenali dan ditolak kerana masih kekalkan sempadan yang ada

Jika tidak mahu menguasai pihak yang lain

Jika pemimpin tidak mahu menjadi jaguh

Kemajuan teknologi bukan tujuan untuk menjajah

Sentiasa berdialog, terbuka & toleransi

Interaksi Keagamaan

Berlaku melalui penyebaran

Setiap agama yang kuat main peranan penting pertahankan tamadun

Mampu menyatukan bangsa

Interaksi Migrasi

Penting dalam peringkat awal pembinaan tamadun

Disentuh oleh tokoh Ali Shariati

Interaksi Perdagangan

Berasaskan keperluan ekonomi

Berlaku spt ekonomi perdagangan & pertanian

Interaksi Pendidikan

Berlaku dalam ilmu

Melalui bahasa & tulisan

Kepentingan Interaksi Negatif: Pemimpin yang ingin berkuasa timbulkan kacau-bilau

Semangat nasionalisme sempit cth Jepun

Persaingan kuasai sumber ekonomi negara lain utk penuhi

keperluan ekonomi kapitalis cth negara Barat menjajah seluruh

dunia dengan matlamat 3G

Beranggapan tamadun tertentu bersifat mutlak

- Memperluaskan ajaran agama secara paksaan

- Perjuangan menentang penindasan kuasa besar

- Penyebaran budaya popular sebagai budaya konsumer

- USA mengadakan diplomatik berkonsepkan hamburger

ISL

MINGGU 5:( Nilai-nilai Universal antara Tamadun

Nilai-nilai Universal antara Tamadun terbahagi kepada: Nilai individu

Nilai kemasyarakatan

Nilai kenegaraan / antarabangsa

NILAI INDIVIDU

- Mengamalkan sifat yang baik dan terpuji

individu, dalam keluarga, di sekolah, tempat kerja dll

- Contoh baik hati, ikhlas, jujur, bertanggungjawab dan lain-lain

NILAI KEMASYARAKATAN

- Bekerjasama

- Hormat menghormati

- Tolong menolong

- Masyarakat penyayang

- Contoh nilai menghormati tetamu- Mengamalkan kebaikan sesama manusia.

Contohnya: Hak Asasi Manusia

- Berbuat baik pada semua makhluk lain spt haiwan dan tumbuh-

tumbuhan.

- Contohnya:

Undang-undang Perhilitan, Hutan Simpan

Memelihara alam sekitar .

- Contoh:

Kemajuan Sains, Teknologi dan Alam Sekitar

ISL

MINGGU 6:( Teori kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu

INDIA

Oleh S.Q Fatimi, R.A Kern, Snouck Hugronje

Bandar pelabuhan Gjerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan

Ramai pemimpin Abasiyyah & Umayyah Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa sebagai pelarian politik

Hujah persamaan mazhab mazhab syafie - batu nisan Sultan Malikul Salleh Pasai yang dikatakan berasal dari India iaitu dari Gujerat dan Benggala

Ramai sajana bersetuju dari Pasai melalui perdagngan & batu nisan itu sebagai buktinya

CHINA

Oleh Emanuel Eridian dan Paul Wheatley

Islam berkembang dahulu di China dan kemudiannya ke Asia Tenggara melalui perdagangan

Dipercayai tersebar dahulu di Pantai Timur Tanah Melayu

Bukti Batu Bersurat ( 1303 ) -

ARAB

Oleh John Crawford, Syed Naquib al-Attas, Hamka

Berpendapat kegiatan pedagang2 Arab di Kepulauan Melayu sudah bermula sejak zaman jahiliyah & setelah memeluk agama Islam mereka masih datang ke Alam Melayu

Bukti kebanyakan pengarang kitab atau buku hikayat kesusasteraan Melayu Islam pada peringkat awal kedatangan Islam ialah pengarang Arab-Parsi

Walaupun berbeza teori tempat asal kedatangan Islam semua tokoh bersetuju Islam sampai melalui perdagangan

Kenapa penyebaran agama Islam di Nusantara menjadi mudah:

Peranan pedagang Arab

Pengislaman dan Golongan Bangsawan-

Keistimewaan agama IslamISL

MINGGU 7:( Kesan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu

Pengaruh dalam Bidang Politik

Dari segi politik, terdapat perubahan yang jelas apabila wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu-Islam yang berpunca dari gerakan dakwah Islamiah oleh mubaligh-mubaligh dan ulama-ulama ke rantau ini. Di Nusantara terdapat masyarakat Islam yang dikenali sebagai Ta-Shih pada tahun 674 M. Ini adalah suatu panggilan kepada orang-orang Arab atau Farsi Islam di rantau ini yang terdapat di pantai barat Sumatera dan Jawa.

Masyarakat Ta-Shih adalah yang dikaitkan dengan sebutan Che-Po (Jawa) yang menemui Ratu Siam dari Kerajaan Ho-Ling (Kalingga) yang terletak di Jawa Timur. Jadi, pada abad ke-7 sudah wujud penempatan ini dan dikatankan pengaruh Islam telah menjalar dalam pemerintahan Srivijaya. Dengan pengislaman Raja Jambi yang pertama di Nusantara telah mewujudkan kerajaan yang bertukar corak menjadi kerajaan Islam yang terkenal dengan Kerajaan Sribuza Islam. Kerajan ini tidak panjang kerana telah diserang oleh Dinasti Tang.

Pada abad ke-9 M telah muncul kerajaan Islam Perlak. Raja pertamanya ialah Sultan Maulana Abdul Aziz Shah. Kemudian pada abad ke-11 M wujud pula kerajaan Samudera-Pasai. Di Semenanjung Tanah Melayu, lahir sebuah keraajn yang terkenal dengan Kedah Dar al-Aman pada kurun ke-12 M. Rajanya telah memeluk Islam dan menukar nama kepada Sultan Muzaffar Shah. Baginda telah melantik ulama sebagai guru dan penasihat kerajaan.

Pada kurun ke-15 muncul pula kerajaan Melaka. Rajanya yang pertama dikatakan telah memeluk Islam pada tahun 1414M. Kemudian muncul kerajaan Acheh dan Kerajaan Johor Riau yang diperintah oleh orang-orang Bugis.

Walaupun terdapat beberapa fakta sejarah yang menyatakan yang tergolong dalam zaman kuno di Nusantara ialah zaman kerajaan Hindu-Buddha manakala zaman moden ialah kedatangan penjajahan barat. Sebenarnya kedatangan penjajah baratdi rantau ini bukanlah untuk menghadapi kekuasaan Hindu tetapi bagi menghadapi kekuasaan Islam. Dengan itu, jelaslah bahawa Islam tiba di rantau ini sebelum tibanya kuasa barat. Menurut Harrison, kedatangan barat ke Nusantara bukanlah semata-mata untuk memonopoli perdagangan dan penguasaan politik bahkan penguasaan agama.

Bagi menjamin keselamatan negara dan agama, kerajaan-kerajaan Islam terpaksa menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan kuasa-kuasa Islam ketika itu seperti kerajaan Turki dan India. Kerajaan Acheh misalnya mempunyai jabatan yang mempunyai tugas-tugas khas terutama dalam urursan luar negeri. Menerusi hubungan tersebut, Acheh mendapat bekalan senjata dan penasihat-penasihat tentera.

Sebagai negara yang menerima ajaran Islam, unsur-unsur politik Islam yang berbentuk sejagat, saksama, adil dan bertanggungjawab telah mempengaruhi masyarakat Nusantara. Konsep pendewaan kepada raja-raja sehingga tahap menyembah telah bertukar kepada memuliakan seseorang yang memerintah. Sultan merupakan ketua tertinggi bagi melindungi agama dan adat tetapi tidaklah dianggap sebagai peribadi yang paling suci seperti Zaman Hindu.

Oleh kerana raja-raja dan pembesar-pembesar terdiri daripada orang Islam , maka Agama Islam merupakan agama rasmi negara yang mendapat berbagai-bagai keistimewaan dan kemudahan seperti kemudahan penyebaran, pentadbiran dan pelaksanaan hukum-hukum.

Rata-rata struktur politik kerajaan Islam di Nusantara menggembleng tenaga seluruh rakyat bagi memperjuangkan dan mempertahan agama Islam, negara dan umatnya. Justeru, semangat jihad untuk berbakti kepada Allah sama ada dalam bentuk fizikal dan mental merupakan sebahagian kepada kehidupan mereka.

Pengaruh dalam Bidang Sosial Dari segi aspek sosial, bahawa kedatangan Islam walaupun tidak secara total, berlaku juga beberapa perubahan dan pembaharuan. Wertheim berpendapat, kedatangan Islam telah menjadikan golongan bawahan mulai berasa diri mereka dihargai seperti golongan lain. Nilai sosialnya tidak sama dengan ajaran hindu yang mempunyai berbagai-bagai kasta dan kedudukan. Walaupun begitu, struktur sosialnya tidak banyak menerima perubahan kerana organisasi sosial seperti negara kota dan corak pemerintahan secara feudal masih kekal.

Perubahan sosial juga berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan oleh Islam dalam masyarakat di Nusantara. Semua ajaran Islam mengandungi unsur-unsur rasionalisme yang menekankan konsep kesamarataan di sisi Allah. Berpandukan dengan konsep rasionalisme ini masyarakat Nusantara dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman animisme.

Islam juga menonjolkan unsur-unsur metafizika yang berkaitan dengan rukun Iman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Samiyyat di samping hukum-hukum syarak. Unsur-unsur ini amat mempengaruhi pemikiran mereka. Oleh itu, segala tindak-tanduk mereka bukan sahaja didokongi untuk kesenangan duniawi tetapi juga untuk mendapat keredaan Allah. Justeru, segala amalan sama ada dari aspek sosial, ekonomi dan politik adalah berdasarkan pemikiran dan petunjuk Islam. Pengaruh dalam Bidang Kesenian Dalam bidang kesenian pula, pengaruh Islam dapat dikesan pada batu-batu nisan, binaan-binaan, masjid-masjid dan perhiasan seperti seni khat dan sebagainya. Secara umum, pada makam atau batu-batu nisan tersebut terdapat tulisan-tulisan dan kalimah Arab dan potongan ayat-ayat Al Quran serta ajaran-ajaran Islam juga angka-angka Arab.

Selain daripada batu-batu nisan, bentuk masjid juga merupakan karya dan seni bina Islam yang terpenting di Nusantara. Dari segi corak dan polanya, bangunan masjid yang menunjukkan kronologi dari abad ke14 hingga ke-18 M masih mempertahankan kelanjutan struktur tradisional. Walau bagaimanapun, masjid berfungsi sebagai tempat-tempat ibadat tentulah pengaruh Islam lebih tertonjol dan banyak kelihatan. Tiap-tiap bahagian bangunannya memebri gambaran kosmologi atau gambaran alam semesta yang setiap bahagian tersebut mempunyai pengertian dan peranan.

Pengaruh dalam Bahasa dan Kesusasteraan Kedatangan Islam di Nusantara juga mengilhamkan pengkayaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu. Sebelum ini dikatakan terdapat antara 150 hingga 200 bahasa yang sering digunakan oleh penduduk-penduduk tempatan sebagai alat komunikasinya. Dalam bilangan tersebut hanya dua sahaja yang berpengaruh. Dengan kedatangan Hindu, datang pula bahasa Sanskrit yang mempengaruhi kedua-dua tetapi ia tidaklah berkembang maju.

Dengan kedatangan Islam ke rantau ini telah dapat memeperkayakan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Bukan sahaja buku-buku yang berunsur agama ditulis dengan huruf jawi bahkan berbagai-bagai jenis buku ilmu pengetahuan kesusasteraan seperti hikayat, cerita-cerita penglipur lara, sama ada berbentuk prosa atau puisi ditulis dengan huruf jawi. Penggunaan perkataan Arab yang diasimilasikan ke dalam bahasa Melayu menambahkan lagi kesempurnaan dan pengukuhan dalam kesusasteraan Melayu. Bahasa Melayu sebelum ini merupakan bahasa yang terbatas, kini berjaya menempah kedudukan yang tinggi dan kukuh sebagai bahasa perantaraan di seluruh Nusantara.

Pengaruh Islam tidak hanya sekadar menonjolkan perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu bahkan berjaya membentuk suatu konsep yang melambangkan identiti kepada bangsa Melayu itu sendiri. Kejayaan ini telah sebati dan menjadi tradisi serta budaya masyarakat Melayu. Konsep ini tergambar dalam masyarakat Melayu apabila mengatakan bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Pengaruh dalam Bidang Ilmu Pengetahuan Pengaruh Islam dalam semua bidang adalah berpunca dari kejayaan Islam itu sendiri dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dan pendidikannya. Bersama-sama dengan kedatangan Islam juga telah berkembanglah ilmu pengetahuan dan pendidikan. Di Melaka perkembangan ilmu pengetahuan bukan sahaj berlaku di rumah-rumah, masjid dan surau bahkan hingga ke istana-istana raja. Fungsi istana selain daripada tempat-tempat belajar dan muzakarah ia juga berperanan sebagai perpustakaan, tempat penterjemahan dan penyalinan buku-buku.

Golongan raja-raja dan pembesar-pembesar bukan sahaja menggalakkan rakyat supaya mencari dan mendalami ilmu pengetahuan Islam bahkan mereka sendiri melibatkan diri dalam kegiatan tersebut secara bersungguh-sungguh. Ulama-ulama asing yang datang bukan sahaja dijadikan guru bahkan diberi kedudukan yang tinggi dalam hierki sosial yang setaraf dengan pembesar dan pentadbir.

Rakyat jelata digalakkan supaya belajar di mana-mana sahaja pusat pengajian ketika itu dengan memberi penekanan intensif terhadap pengajian Al Quran dan asas-asas agama. Hasil daripada kegiatan agama Islam yang dipelopori dan diawasi oleh sultan-sultan bukan sahaja dapat menghapuskan buta huruf bahkan dapat melahirkan tokoh-tokoh agama dari kalangan tempatan.

Secara keseluruhannya, tidaklah dapat dinafikan tentang kewujudan pengaruh Islam di Nusantara sama ada dalam bidang politi, sosial, ekonomi, kesenian, bahasa dan kesusasteraan tetapi juga dalam bidang pendidikan dan pengetahuan. Namun begitu, warisan tradisi pra-Islam masih diteruskan tanpa tergugat dan tercemar dalam semua aspek kehidupan masyarakat Nusantara. Unsur-unsur pra-Islam secara sinkritisme telah memainkan peranannya seiring dengan unsur-unsur Islam. Walaupun wujudnya perubahan besar akibat dari kedatangan Islam tetapi kita juga harus mengakui tentang adanya kesinambungan tradisi dalam masyarakat Nusantara.

ISL

MINGGU 8:( Tokoh Tamadun Islam dan sumbangan mereka kepada Tamadun Islam1) Al FarabiPendekatan Al-Farabi:

Menggunakan falsafah untuk mencari dan menentukan kebenaran. Menggunkan ilmu Mantik/Logik untuk menentukan kebenaran dan kebatilan. Kebenaran yang sempurna dan mutlak adalah berdasarkan Akidah Islamiah

Pandangan al-Farabi

Walaupun dijelaskan dalam al-Quran bahawa penciptaan manusia dan jin adalah untuk mengabdikan diri kepa Alah tetapi menurut al-Farabi matlamat penciptaan manusia secara mutlak hanya dalam ilmu Allah dan tiada siapa mengetahuinya.

Hujahnya berdasarkan maksud ayat: iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api nerakaSumbangan: Membincang tentang roh, akal dan daya kekuatan

Menyatakan akal sebagai satu gejala yang mempunyai daya kekuatan yang dapat memancarkan roh

Menulis karya yang berjudul Al-Madinah Al-Fadila ( bandar yang ideal) dan Al-Siyasah Al-Madaniyah ( Pengurusan Madaniyah )

2) Ibn Khaldun Sejarah adalah suatu disiplin ilmu yang dipelajari dan diminati oleh semua lapisan masyarakat. Seorang yang hidup selama 60 tahun boleh mengalami pengalaman bepuluh ribu tahun melalui pembacaan bahan-bahan sejarah kerana ia dipenuhi dengan permasalahan dan persoalan masyarakat dari dahulu hingga saat bahan sejarah itu di tulis.....

Latar Belakang :

Beliau menyanjung tinggi kegigihan dan kaedah pengkajian ahli-ahli sejarah

spt Ibnu Hayyam( Andalus/Sepanyol) dan Ibnu Raqiq (Qairawan,Mesir)

Kedua-duanya amat teliti dan berhati-hati dalam mengumpulkan fakta-fakta sejarah semasa bagi menjamin kebenaran peristiwa sejarahRiwayat Hidup:

Nama : Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar

Muhammad bin al-Hasan

Tarikh Lahir : 1 Ramadan 732H

Tempat lahir : Tunisia

Sifat Peribadi:

Tegas dalam tugas

Berkebolehan dalam bidang sosiologi

Tidak mementingkan pangkat

Bijak menyelesaikan masalah

Pendidikan:

Menghafal al Quran sejak kecil

Melanjutkan pelajaran dengan mempelajari ilmu Hadis, Tauhid , Bahasa Arab, Falsafah, Matematik, Ilmu kemasyarakatan dan Sains

Sumbangan:

Memperopori ilmu Sosiologi

Orang pertama yang membincangkan pembangunan akal, mental, dan fizikal manusia

Mahir dalam ilmu sejarah

Menghasilkan kitab al-Muqaddimah

Sumbangan dalam bidang Ekonomi dan Sejarah

Berpendapat rezeki perlu dinikmati dengan adil

Kemajuan negara bergantnug kepada kekuatan ekonomi

Menghasilkan kitab Al-Ibar

Pengasas filosof sejarah( elalui kitab al-ibar)

Karya:

Al-Muqaddimah

Fil Ayyam al-Arab

Daiwan al-Mubtada al-Khabar

Waman Asrahim min Zawi al-Sultan al-Akbar

3) Ibnu Sina

Riwayat Hidup:

Nama : Abu Ali Hussin Bin Abdullah Bin Hassan Bin Ali Bin Sina. Di barat beliau dikenali sebagai Avicenna. Tarikh lahir : 980M / 424H

Tempat lahir : Kampung Afsyara, Bukhara

Asal: Keturunan Iran

Sifat Peribadi: Kreatif, gigih, dan tekun dalam menerokai ilmu khasnya ilmu perubatan

Mampu menggabungkan ilmu sains dan ilmu lain

Akalnya cergas

Latar Belakang Pendidikan: Belajar sejak usia 5 tahun di Bukhara

Hafaz al-Quran umur 10 tahun

Menjadi doktor perubatan semasa umurnya 17 tahun

Banyak membaca buku semasa bertugas di perpustakaan

Menjadi doktor yang terkenal kerana berjaya mengubati Raja Noah, Bani Samaniah ketika berumur 21 tahun Dilantik menjadi doktor peribadi di beberapa istana spt Gurgan, Hamadan

dan Isfahan.Sumbangan dalam falsafah:

Buku-bukunya Danesh Nameh ( dalam bahasa Parsi), Uyun al-Hikmah dan Mujiz Kabir ( dalam bahasa Arab)

Isu utama Ibnu Sina dalam falsafah ialah:

i. Membuktikan kewujudan dan keesaan Allah s.w.t

ii.Membicarakan hal roh dan kaitannya dengan Allah s.w.t

Sumbangan:

Menghasilkan kitab al-Qanun fit-Tib ( membincangkan masalah kedoktoran secara praktikal

Menghasilkan banyak risalah dalam bidang kedoktoran

Menjalankan kajian dalam bidang Biologi dan Fizik (diikitraf pemikirannya mendahului zamannya)

Karya: Melebihi 250 buah buku

Kitab as-Syifa ( 18 Jilid) ensiklopedia perubatan yang diterjemahkan ke bahasa Latin pada abd ke 12

Karya Agung Perubatan: Kitab al-Qanun fil-Tib ( 5 Jilid) menjadi rujukan utama di Eropah selama 6 abad

Dr.William Oslar menganggap buku ini sebagai Medical Bible

Philip K.Hitti menyatakan buku ini sebagai Ensiklopedia Kedoktoran kerana kandungannya berkaitan prinsip am perubatan, penyakit-penyakit yang terdapat dalam tubuh manusia,ubatan, kesihatan, pathologi dan pharmacologi

Al-Qanun fil Tib: Dicetak dan diterjemah dalam bahasa asing

Pada abad ke 15 diterjemah dan dicetak sebanyak 15 kali dalam bahasa

Latin dan dalam bahasa Hebrew. Diulang cetak lagi hingga abad ke 18

Tahun 1593M dikeluarkan dalam bahasa Arab

Pada abad ke 19 masih digunakan di fakulti perubatan di Paris

Pengiktirafan & Gelaran: Raja Ilmu Perubatan dan Raja Ilmu Fizik

Guru yang Utama( Al-Syeikh al-Rais)

PBB dalam resolusi persidangan tahun 1955 menggelarnya sebagai Bapa Doktor-doktor Dunia 4) Al-Khawarizmi

Riwayat Hidup:

Nama :Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa Al Khawarizmi

Tarikh lahir : 780-850 masihi

Tempat lahir : di sebuah kota yang bernama KhawarizmiSumbangan:

Memperkembangan ilmu Matematik Islam

Mengemukakan asal usul angka

Karya- karya beliau diterjemahkan ke dalam bahasa Latin - kitab al-Jami wa al-Tafiq bi Hisab al-Hind

Memperkenalkan satu teorem Algebra

Menghaslikan karya berjudul Surah al-Ard (bentuk- bentuk bumi) Bapa al-Jabar kerana memperkenalkan algebra/al-jebr melalui karyanya al-Kitab al-Mukhtasar fil Hisabi al-Jabar wal Muqabalah(820M).

Gandz menyatakan al-Jabar yang diperkenalkan oleh al-Khawarizmi dianggap sebagai landasan dan batu tanda ilmu Sains Astronomi

Bahasa Latin: Astro ertinya bintang

Astronomi /Falak ialah ilmu mengenai agihan,pergerakan dan ciri-ciri cakerawala dan bintang

Ilmu Falak Syarie ialah ilmu pengetahuan mengenai lintasan benda-benda di langit kepada matahari, bulan dan bintang yang ada hubungan dengan ibadat dan pengetahuan termasuk takwim, waktu solat, kiblat, kedudukan hilal ,gerhana dan sebagainya.ISL

MINGGU 9:( Ciri-ciri permodenan yang berjaya dilakukan oleh Maharaja Meiji di zaman pemerintahannya ( 1897- 1912)

Pada bulan Januari tahun 1898, maharaja Mikodo Mutshihito ditabalkan menjadi maharajaraja Jepun dengan gelaran Meiji

Meiji bertj memodenkan Jepun dengan dasar restoransi Meiji

Meiji memindahkan pusat pentadbiran di Kyoto ke Yedo dan kemudian ke Tokyo

Membentuk Dewan Pertuanan, dewan Rakyat dan majlis Penasihat mengikut sistem perlembagaan barat. Cara ini memberi peluang kepada rakyat sama sama berbincang dan memberi pandangan untuk kemajuan negara

Meiji menubuhkan pasukan tentera yang kuat untuk menjaga keselamatan negara dari ancaman luar

Perkara ini turut membantu Meiji mentadbir Jepun dengan baik dan mengatasi krisis dalaman atau dari luar

Dalam tempoh 50 tahun, jepun diiktiraf sebagai kuasa dunia yang pertama dari Asia kerana berjaya mengalahkan Cina pada tahun 1894-95 dan Rusia pada tahun 1904-05

Meiji meninggal dunia tahun 1912 dan diganti oleh maharaja Taisho yang meneruskan dasarnya menjadikan Jepun sebuah negara maju

ISL

MINGGU 10:( Huraikan peranan agama Islam dalam membantu pembinaan

Tamadun China

Negara Cina adalah antara negara yang mempunyai umat Islam yang teramai di dunia. Agama Islam sangat berbeza dengan kepercayaan agama lain dari segi akidah ketuhanan & syariat kerana agama ini adalah agama wahyu sedangkan agama lain dihasilkan oleh manusia ( ideologi ). Islam bertapak di negeri China menerusi hubungan perdagangan menerusi jalan laut dan darat, mulai tahun 652M. Utusan Khalifah ke III iaitu Saad Lebid dan Yusuf telah membawa Islam menular ke wilayah selatan iaitu Hokkien/Fujian dan Guang Dong/Canton. Bukti peninggalan masjid lama di bandar Kwang Tung dan Dhuang Chow dapat menyokong pernyataan ini. Perkembangan Islam di China terbahagi kepada 4 peringkat iaitu permulaan, pertengahan/ kemajuan, keemasan dan kemunduran / gelap seperti berikut:

1. Dinasti Tang ( 618 907M)

2. Dinasti Sung( 960 1279M)

3. Dinasti Ming ( 1368 1644M)

4. Dinasti Ching ( 1644 1911M)

Zaman Permulaan(Dinasti Tang )

Islam disebarkan oleh muballigh/pendakwah

Pembinaan masjid dibenarkan sebagai tempat ibadah

Pemerintah memberi galakan dan kemudahan untuk mengembangkan agama IslamZaman Kemajuan( Dinasti Sung )

Orang Islam memegang jawatan penting di pelabuhan spt Pengarah Pelabuhan & Perkapalan

Akhlak yang baik dan tiada amalan penipuan dan penindasan dalam perniagaan, menyebabkan orang Islam dihormati

Kegiatan perdagangan di pelabuhan oleh saudagar-saudagar Arab turut membantu perkembangan IslamZaman Keemasan (Dinasti Ming )

Setelah 700 tahun bertapak di Cina, berlaku integrasi budaya berlaku antara Budaya Islam dan kaum Han iaitu melalui perkahwinan, pakaian, makanan dll

Walau beragama Islam, orang Cina menerima nama Arab tetapi mengekalkan nama asal mereka. Cth Ma untuk Muhammad,Mustafa dan Ha untuk Hasan, Hu untuk Husin dan Sai untuk Said. Orang Islam mengambil bahagian aktif dalam politik, pentadbiran, kesenian, kebudayaan dsbnya

Panglima tentera bernama Cheng Ho / Muhammad Ma Ho diutus menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara di Asia Tenggara, Arab & Afrika Timur. Hasilnya benyak negara mendapat naungan serta tunduk kepada kekuasaan Cina

Antara pengaruh ajaran Islam ialah apabila Maharaja Ming Tsai Tsu telah melaksanakan larangan meminum arak dan mengarang syair memuji Nabi Muhammad dan syair itu diukir pada salah sebuah masjid di Nanking.Zaman Gelap (Dinasti Ching )

Dinasti Mancu meniupkan semangat kebencian kepada Islam

Zaman Dr.Sun Yat Sen negara Cina adalah milik bersama puak Tionghua,Han, Man(Mancuria),Ming (Mongul ),Hui ( Islam ) dan Tsung ( Tibet)

Orang Islam terlibat dalam peperangan antara Cina-Jepun dan perang anti Komunis. Ramai orang Islam melarikan diri ke Taiwan

Interaksi Budaya Islam dan Cina:

Berlaku dalam berbagai bidang kehidupan seperti makanan, pakaian dan budaya tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tempatan spt seni bina masjid

Bahasa Arab mendapat tempat dalam pendidikan Islam di Cina sebagai medium untuk mempelajari ajaran agama Islam terutama Al-Quran, Hadis dll ISL

MINGGU 13:( Tamadun India menpunyai hubungan yang kuat dengan agama.

Dengan menggunakan contoh-contoh yang jelas , bincangkan

kenyataan ini.

Tamadun India didasari atau didominasi oleh agama Hindu, di samping Buddha, Islam , Sikh dan Kristian. Agama Buddha dan Jainisme lahir di India oleh pengasasnya ialah Siddharta Gautama dan Vardhammana Mahavira. Kelahirannya kerana ingin mengatasi penguasaan Brahmin di India. Kemunculan kedua-dua agama ini disebut sebagai revolusi keagamaan di India. Manakala agama Kristian dibawa oleh Thomas Christian pada abad ke 6M. Agama Islam pula dibawa oleh pedagang-pedagang dari Asia Barat pada abad ke 8M, dan bertapak kukuh dengan lahirnya kerajaan-kerajaan Islam pada abad 12M 13M. Menurut kepercayaan agama Hindu, alam ini diperintah oleh 3 tuhan utama iaitu Brahma( yang menjadikan), Vishnu( yang menjaga) dan Shiva ( yang memusnahkan) . Mereka dibantu oleh dewa-dewa seperti Sarasvati (dewa pengetahuan) sebagai pembantu Brahma, Lakshmi( dewa kaya & keamanan) sebagai pembantu Vishnu dan Parvati yang disembah sebagai Kali/ Durga adalah pembantu Shiva. Selain itu terdapat juga dewa-dewa dan tuhan-tuhan kecil yang mempunyai peranan masing-masing di dunia ini. Ganesh, anak kpd tuhan Shiva dan Hanuman adalah seekor monyet, Surya dewa matahari, ganga Ma dewa sungai Ganges, Samudra dewa laut, Prithvi dewa daratan dan Sakhti tuhan kekuatan. Panggilan untuk dewa-dewa ini ialah Ma.Tidak semua tuhan disembah oleh semua penganut Hindu. Setengahnya disembah bersesuaian dengan hajat tertentu. Contohnya, dewa Hanuman disembah oleh orang yang ingin menjadi kuat perkasa manakala usahawan pula menyembah Lakshmi, tuhan yang mengurniakan kekayaan.

Hidup adalah bagi mendapatkan keamanan yang sebenar/ moksha. Manusia di alam ini akan dinilai daripada perbuatan baiknya. Manusia yang baik akan dilahirkan semula dalam keadaan baik.Sungai dipuja kerana peranannya yang besar dalam tamadun, spt sungai Sarasvati, Godavri, Yamuna dan Ganges. Misalnya sungai Sarasvati disebut sebagai emak dan dewa. Ajaran Hindu menggalakkan penganutnya mengamal kan perkara baik dan meninggalkan perkara buruk.ISL

MINGGU 16:

( Huraikan 10 prinsip Islam Hadari dan huraikan 5 daripadanya.

( 5 prinsip Islam Hadari yang pertama berserta dengan huraian:1. Keimanan dan Ketaqwaan

Keimanan & ketakwaan kepada Allah adalah teras utama

Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w adalah teras pegangan dan rujukan

Gabungan kemantapan akidah, syariah dan akhlak dalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan teras mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang

Surah Al-Araf Ayat 96, maksudnya:

Dan ( Allah berfirman lagi ): Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka ( pintu kurniaan ) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan Rasul Kami, lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahakan.

2. Kerajaan Adil dan Amanah- Amalan tadbir urus yang baik ( good governance ) dan adil serta

amanah kepada semua lapisan rakyat

- Adil dan amanah tanpa membezakan keturunan, warna kulit,

bangsa, agama, kedudukan dan status sosial

- Mengamalkan perbelanjaan berhemah

- Memberi kepada yang berhak akan haknya mengikut kadar

masing-masing

AMANAH ERTINYA:

Menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan.

Firman Allah dalam Ayat 90 Surah An-Nahlu, maksudnya:

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya

(Firman Allah dalam Surah An-Nisa Ayat 58)

Maksudnya: Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menghukum antara manusia hendaklah kamu menghukum dengan adil.3.Rakyat Yang Berjiwa Merdeka

Jiwa Merdeka ertinya berfikiran kreatif dan inovatif, dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif hingga dapat melahirkan idea-idea yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara

Rakyat Berjiwa Merdeka

Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif yang menyebabkan jiwa terus terbelenggu.Ciri-ciri Rakyat Berjiwa Merdeka:

Menghayati & mengamalkan nilai murni

Bersikap terbuka

Kesungguhan bekerja untuk pembangunan negara

Berfikiran kreatif & inovatif

Ada jati diri

4.Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Menguasai ilmu secara sepadu

Ilmu yang pelbagai

Gabungan ilmu, iman, amal dan nilai

Firman Allah dalam Surah Ali-Imran Ayat 190

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda ( kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah ) bagi orang-orang yang berakal.

5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif

Pendekatan menggabungkan usaha amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi dalam negeri dan di peringkat antarabangsa

Tindakan ke arah keadilan & kestabilan ekonomi

Dasar ekonomi yang kemaskini

Strategi membasmi kemiskinan

Kurangkan kadar pengangguran

Kestabilan harga barang

Memajukan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan

ISL

MINGGU 17:

( 5 prinsip Islam Hadari yang berikutnya berserta dengan huraian:

6. Kehidupan berkualiti

Maksudnya kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti & Wanita

Menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan kaum lelaki

Berhak menyumbang dalam pembangunan negara

Mengambil bahagian dalam pentadbiran negara, aktiviti ekonomi, sosial, politik, agama dan pendidikan

8. Keutuhan Budaya & Moral

Meningkatkan kemajuan negara Malaysia tetapi mempertahankan kepelbagaian agama dan budaya yang berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur.

9. Pemeliharaan Alam Semulajadi

Kesejahteraan hidup manusia adalah hasil daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dan alam tabii

Pendekatan pemuliharaan alam sekitar: Tadbir urus alam sekitar secara seimbang dan menyeluruh

Pembangunan secara terancang

Penggunaan sains & teknologi yang beretika

Penyelidikan dan pemantauan yang berterusan terhadap keselamatan alam tabii

10. Kekuatan Pertahanan

- Pertahanan bukan sekadar kekuatan ketenteraan dan persenjataan tetapi merangkumi kekuatan diri dan rohani- Kekuatan pertahanan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dalam aman dan dilakukan secara berterusan

ISL

MINGGU 18:

( Bincangkan persoalan berkaitan dengan tajuk yang telah dipelajari sebelum ini.

Persoalan:-

1) Apakah yang dimaksudkan dengan Islam Hadhari?Jawapan: Suatu pendekatan pembangunan yang berfokuskan kepadapembangunan manusia, masyarakat dan negara serta pencapaian kemajuan dan pembangunan secara menyeluruh berdasarkan perspektif Tamadun Islam.

2) Mengapa Konsep Islam Hadhari perlu dipraktikkan?

Jawapan: Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual, akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan,inovatif ,cekap menangani cabaran semasa secara bijaksana, rasional,praktikal dan damai.

3) Apakah visi dan misi disebalik konsep Islam Hadhari?

Jawapan:Visi Islam Hadhari

-Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri

-Masyarakat membangun, berilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepercayaan agama

Misi Islam Hadhari

Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang