tokoh tamadun jepun dan sumbangannya

Upload: ct-armiza

Post on 18-Jul-2015

645 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Tokugawa Ieyasu

Tokugawa Ieyasu dilahirkan di Okazaki pada 31 Januari 1543 dan meninggal di Shizuoka, 1 Jun 1616 semasa berumur 73 tahun Beliau yang lahir dengan nama Matsudaira Takechiyo adalah seorang daimyo dan shogun di Jepun. Ieyasu adalah salah satu dari tiga tokoh yang menyatukan Jepun pada zaman Sengoku. Memerintah Jepun sejak menaklukkan Ishida Mitsunari dalam Pertempuran Sekigahara pada tahun 1600 hingga Restorasi Meiji pada tahun 1868

Sumbangan dalam Tamadun JepunPada zaman ini, pembahagian kelas telah dilakukan iaitu: 1.Samurai (pahlawan) 2. Nomin (kaum tani) 3. Shonin (petukang) 4. Chonin (saudagar)

Pengasaskan Kesyogunan Tokugawa (16031867) - kerajaan tentera yang memerintah paling lama dalam sejarah Jepun

Beliau telah berjaya menyatukan Jepun yang merupakan satu tanggungjawab yang tidak pernah diselesaikan oleh Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi.

Kehadiran Bakafu Tokugawa telah membawa satu era yang aman dan stabil di Jepun dan ia berlanjutan selama hampir 200 tahun.

Terdapat hampir 60 000 Terakoya (sekolah kampung) didirikan untuk anak - anak kaum petani.

Sekolah - sekolah elit yang memberikan didikan kepada anak - anak samurai didirikan oleh Bakufu dan tuan - tuan tanah.

Kajian tentang buku - buku klasik Cina dan Kung Fu Tze telah dimajukan

kemajuan telah dilakukan terutama dalam bidang pertanian, perdagangan, kesenian, sastera

Semasa zaman Kesyogunan Tokugawa

Pembelajaran bahasa Belanda atau Rangakuyang yang mana ia telah menerima sokongan golongan Daimyo

Zaman KemerosotanAntara faktor kejatuhan: Peranan saudagar dan perubahan corak sosial Menentang dasar isolasi Perasaan kebangsaan/fahaman shintoisme Tekanan ekonomi Tentangan suku kaum dari Barat Kedatangan Barat

Peranan saudagar dan perubahan corak sosialPada abad ke-18, sistem politik dan sosial di Jepun mulai berubah akibat sistem ekonomi wang yang menggantikan sistem tukaran barang Oleh sebab pentingnya ekonomi wang, kedudukan golongan saudagar menjadi golongan berpengaruh. Sebaliknya golongan daimyo (bangsawan) dan samurai (pahlawan) mulai merosot. Ramai golongan daimyo dan samurai meminjam wang dari golongan saudagar menjadikan mereka penghutang

ramai daripada golongan daimyo dan samurai mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Ini menyebabkan menjelang abad ke-19, tidak terdapat perbezaan taraf antara saudagar dengan daimyo dan samurai

Disebabkan itu, sistem feudal telah terhapus dengan sendirinya.

Menentang Dasar IsolasiGolongan saudagar tidak setuju dengan dasar isolasi menindas Tokugawa.

Dengan dasar isolasi bermakna saudagar-saudagar tidak mendapat pasaran yang luas bagi barang-barang dagangan mereka

Oleh sebab itu, mereka ingin supaya diadakan hubungan dengan dunia luar kerana ini akan menguntungkan mereka Berdasarkan perkara itu, golongan saudagar asing bekerjasama dengan golongan anti-Tokugawa menentang Shogun Tokugawa seperti yang dilakukan oleh saudagar-saudagar di bandar Osaka.

Perasaan kebangsaan/fahaman shintoismeSemangat hormat dan taat kepada Maharaja hidup kembali. Ia akibat tindakan Tokugawa menggalakkan orang-orang Jepun terutama golongan samurai mengkaji sejarah dan sastera Jepun kuno

Hasil dari kajian mereka dan mengikut fahaman (kepercayaan Shinto) bahawa Maharaja Jepun adalah keturunan Dewi Matahari (Amitorasu).

Berdasarkan kepercayaan tersebut orang Jepun berpendapat Maharaja yang harus berkuasa dan dihormati.

Dengan ini muncul golongan yang ingin mengembalikan kekuasaan Maharaja dan menjatuhkan Tokugawa.

Tekanan ekonomi

abad ke-18 dan ke-19 merupakan zaman kejatuhan ekonomi sementara penduduk Jepun bertambah. Ini menyebabkan berlakunya kekurangan makanan

Untuk atasi masalah tersebut, petanipetani telah dikerah supaya dapat hasilkan keluaran pertanian berlebihan

Hal ini menjadi beban kepada petani-petani yang terpaksa bekerja lebih kuat. Hidup mereka semakin susah apabila adanya cukai-cukai

Tentangan suku kaum dari BaratSuku kaum dari Barat iaitu Satsuma, Choshu, Toza dan Hizen (golongan petani) membenci Tokugawa kerana menindas kaum mereka

Oleh itu, mereka telah bersatu dan menyokong Maharaja yang ketika ini ditindas oleh Tokugawa

Kedatangan BaratPada tahun 1853, Commodore Perry dari Amerika tiba di Jepun untuk hubungan perdagangan. Bimbang ancaman Amerika, Perjanjian Kanagawa ditandatangan antara Perry dengan Tokugawa (1854). Perjanjian dengan Rusia dan Perancis juga dibuat

Akibatnya, rakyat Jepun termasuk beberapa golongan keluarga Tokugawa marah dengan tindakan Tokugawa. Peristiwa ini digunakan oleh musuh Tokugawa untuk menggugar kedudukan beliau. Suku kaum dari Barat menjalankan tindakan anti-Barat

Antara peristiwa anti-barat: 1862 - Richardson (orang Inggeris) mati dibunuh oleh putera Satsuma. 1863 - kaum Choshu telah menembak kapal-kapal Barat di Selat Shimonoseki. 1863 - Inggeris menyerang Kagoshima kediaman Satsuma bagi serangan balas. 1864 - angkatan laut bersekutu iaitu Inggeris, Amerika, Perancis dan Belanda menyerang Choshu di Selat Shimonoseki.

Pihak Barat menyalahkan Tokugawa tentang peristiwa anti-barat. 1866 - Tokugawa menghantar tenteranya untuk menyerang Choshu tetapi dikalahkan. Kaum Toza telah bersatu dengan Choshu dan Satsuma untuk menentang Tokugawa. Atas tekanan dan desakan dalam negeri, Shogun Keiki meletakkan jawatan. November 1867, kekuasaan telah diserahkan kepada Maharaja Meiji. Dengan ini, tamatlah Shogun Tokugawa di Jepun.