tokoh tokoh dalam pendidikan awal kanak kanak

Upload: lleesaylan-lan

Post on 04-Mar-2016

377 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

TokohPendidikan AwalKanak-Kanak

TRANSCRIPT

  • TOKOH-TOKOH DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

    IMAM Al-GHAZALI seorang tokoh yang sangat terkenal sebagai ahli falsafah dan pemikir islam Nama lengkapnya adalah Abu Hamid Muhammad Ibnu Muhammad Al-Ghazali Dilahirkan di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi yang terletak di Thus wilayah Khurasah.

  • SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI Mencadangkan agar sentiasa bersikap tegas dengan kanak-kanak Menasihatkan supaya kanak-kanak jangan biasakan bersenang-senang, jangan terlalu berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.

  • SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI Beliau pula melarang mendenda kanak-kanak secara keterlaluan. Beliau juga melarang mencemuh kanak-kanak kerana ia akan menimbulkan kebencian kepada mereka. Mengalakkan kaedah bermain kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain. Melalui aktiviti main ia dapat membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka. Aktiviti bermain juga menurut Imam Al-Ghazali akan dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.

  • SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI Beliau menasihatkan kepada guru supaya mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak. Kanak-kanak juga perlu diperbaki tingkahlaku dengan mesra.Guru-guru juga dinasihatkan supaya tidak mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.

  • TOKOH-TOKOH DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

    IBNU KHALDUN seorang pakar sejarah Arab teragung Nama lengkapnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun Dilahirkan di Tunisa

  • SUMBANGAN IBNU KHALDUN

    Beliau menyarankan pengajaran kanak-kanak bersesuaian dengan tahap perkembangan. Jika kaedah pengajaran secara berperingkat diterapkan kepada kanak-kanak, pendidikan akan terbukti lebih berkesan bagi mereka.Kanak-kanak juga jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan merekakerana ia boleh menyebabkan mereka tidak mahu belajar dan mengangap pengajaran yang diberi tidak memberi kebaikan .

  • SUMBANGAN IBNU KHALDUN

    Mencadangkan pendekatan pembelajaran perlulah diperingkatkan daripada yang mudah kepada yang lebih susah secara berperingkat-peringkat. Bagi mengukuhkan pembelajaran beliau menyaranlan juga latih tubi dalam pengajaran dan pembelajaran(pendekatan)

  • SUMBANGAN IBNU KHALDUN

    Menggunakan benda-benda maujud sebagai contoh pengajaran perlulah diaplikasi dengan baik bagi membentuk kefahaman yang lebih menyeluruh. Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.

  • SUMBANGAN IBNU KHALDUN

    Mencadangkan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar bagi menbantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sependapat dengan Imam Al- Ghazali iaitu kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa Beliau melarang cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, tipu helah dan tidak berperikemanusiaan

  • SUMBANGAN IBNU KHALDUN

    Mencadangkan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar bagi menbantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Mencadangkan supaya kanak-kanak mempelajari bahasa terlebih dahulu Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Beliau menyarankan supaya mengajar menulis dan membaca, kemudian barulah dikaitkan dengan makna.

  • TOKOH-TOKOH DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

    MARIA MONTESSORI,MD Merupakan wanita pertama Itali yang menerima ijazah dalam perubatan Beliau berminat dalam bidang mengubati kanak-kanak berkeperluaan khas Beliau juga banyak menulis mengenai kanak-kanak berkeperluan khas , berceramah mengenainya dan menjadi penyampai bagi pihak kanak-kanak berkeperluan khas tersebut.

  • SUMBANGAN MARIA MONTESSORI,MD

    Beliau percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan unik dan mempunyai potensi yang boleh digilap, Menyarankan penyediaan persekitaran natural life dan persekitaran pembelajaran untuk membantu pendidikan kanak-kanak (sudut-sudut tunjang KSPK).

  • SUMBANGAN MARIA MONTESSORI,MD

    Dalam persekitaran yang natural life kanak-kanak diberi kebebasan untuk berinteraksi dengan persekitaran. Mereka boleh menggunakan sudut-sudut persekitaran untuk belajar secara sendiri yang dirancang awal oleh guru. Aktiviti ini dapat mengalakkan kanak-kanak mengolah persekitaran bagi mengilap potensi, psikologi, mental, emosi dan kepercayaan kanak-kanak tersebut.

  • SUMBANGAN MARIA MONTESSORI,MD

    Persekitaran perlu dilengkapkan dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila memerlukannya.

    Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan dan memilih bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.

    Tempoh Sensitif (TS) adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran

    TS iaitu menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

  • SUMBANGAN MARIA MONTESSORI,MD

    Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa.

    Oleh yang demikian kanak-kanak perlu diberi kebebasan untuk menjalankan aktiviti dengan pengawasan orang dewasa.

    Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak

  • SUMBANGAN MARIA MONTESSORI,MD

    Beliau juga sehaluan pandangan dengan Froble iaitu guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.

  • TOKOH-TOKOH DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

    FRIEDRICH FROEBEL Seorang pakar pendidikan German yang terkenal kerana membuka sebuah prasekolah yang pertama pada tahun 1840 Beliau digelar sebagai Bapa Tadika. Matlamat utama pendidikan menurut beliau ialah untuk mengalakkan dan membimbing individu berfikir menjadi seorang individu yang berpotensi dan sempurna

  • SUMBANGAN FRIEDRICH FROEBEL

    Menurut beliau:kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, prasekolah pula ialah taman untuk kanak-kanak, mereka perlu menjaganya dalam suasana tertutup, penuh dengan keharmonian dan semula jadi.Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main

  • SUMBANGAN FRIEDRICH FROEBEL

    Mencadangkan satu suasana yang sesuai dan selamat di prasekolah yang dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat dan bahaya yang biasanya mengancam perkembangan kanak-kanak

    Mencadangkan supaya pembelajaran kanak-kanak di prasekolah merupakan pemebelajaran yang meliputi perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak.

    Prasekolah merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.

    Pendidikan awal kanak- kanak adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Oleh yang demikian pendidikan tersebut hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak tersebut.

  • SUMBANGAN FRIEDRICH FROEBEL

    Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan atau praktikal - Kanak-kanak perlu diberi kebebasan

    Menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat

    Mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya

  • SUMBANGAN FRIEDRICH FROEBEL

    Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak

    Sediakan aktiviti yang sesuai dan natural dengan kanak-kanak.

    Kanak-kanak bebas bergaul dengan rakan sebaya tanpa kawalan ibu bapa dan guru.

    Menekankan P & P Belajar Melalui Bermain (BMB). Bermain sebagai suatu strategi yang cukup unik, istimewa dan bermakna.

  • SEKIANTERIMA KASIH