tom yam thai

Upload: kamawis

Post on 05-Nov-2015

264 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

resepi

TRANSCRIPT

Tom Yam Thaidiolah:Azie Kitchen

Bahan Pes Tom Yam:7 ulas bawang merah1/2 biji bawang besar3 biji cili merah10 biji cili kering1 inci lengkuas3 batang serai1 sudu besar udang kering4 helai daun limau purut1 inci belacan - bakarAir asam jawaGula dan garam

Cara cara:Semua bahan di atas di kisar.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.Masukkan air asam jawa, garam dan gula.Masaklah sehingga menjadi pes tom yam.Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.

Bahan Sup Tom Yam:Ayam - potong kecilMakanan laut (udang, sotong, lala)1 labu bawang besar-di potong 65 ulas bawang putih-di ketuk1 inci lengkuas - di ketuk2 batang serai - di ketuk6 helai daun limau purut2 biji buah tomato - belah 62 ketul kiub tomyam1 sudu besar sos ikan2 biji limau nipis3 sb susu cair (tak bubuh)6 biji cili padi-di ketukGaramDaun ketumbar

Sayuran:Bunga kubisKarotCendawanPutik jagung

Cara cara:Rebus ayam beberapa minit.Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.

Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai.Biarkan sebentar.

Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran.Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.

Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar.Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.

Creamy Pasta, sausage & Tomato Skillet Meal

2 1/2 cawan mini bow-tie pasta1 sb olive oil8 oz smoked turkey dinner sausage - potong kecil1/2 cawan bawang besar - potong kecil1 ulas bawang putih- cincangSecubit red pepper flakes1 1/2 cawan tomato - potong kecil1 cawan heavy whipping cream2/3 cawan mozarella cheese1 sb parsley flakesGaram & pepper

Panaskan minyak olive dan masukkan sosej. Masukkan bawang putih dan bawang besar serta paprika.

Masukkan tomato dan kemudian heavy cream. Kacau rata.Masukkan pasta dan tabur cheese serta daun parsley.

Masukkan garam dan black pepper secukup rasa. Bolehlah angkat dan dihidangkan panas panas.

Masak Tauchu Ikan KerisiOleh:Azie Kitchen

Bahan bahan2 keping ikan kerisi2 sudu besar tauchu1 biji bawang besar - hiris2 ulas bawang putih - hiris4 biji cili merah - hiris1 inci halia - hiris1 sudu kecil pes asam jawa1 cawan air3 tangkai cili padiGaram dan gula secukup rasa

Cara cara:Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dahulu dan ditoskan.

Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi.

Kemudian masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan gula.

Bila mendidih, masukkan ikan sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air.

Ikan Kukus Ulam Herba

4 ekor ikan kembungutk ulamnya letak ikut byk mana kita nak x der hal nya janji muat dulang pengukus...kh letakdaun pudinadaun kesompegagaulam rajapucuk ubidaun kunyit

utk sambalnya,kisar semua

20 biji cili padi(suker sgt pedasss)2 inci belacan1 labu bawang besar1 biji buah tomato5 batang seraiseketul kunyit hidup(buh kunyit serbuk boleh aja)segenggam kelapa parutgaram secukup rasagula sikitair asam jawa

caranya,

separuh ulam ulaman kita lapik bahagian bawah kat dulang tu...pas tu letak ikan dan letak sambalnya kat atas ikan tu...kalu nak kuning boh kunyit serbuk sikit leh la...kunyit kh muda sgt ...x brapa kuning...yg serbuk lak tgok2 habis la pulak....adoiii

letak kembali ulam kat atas ikan meliputi semuanya dan tutup dgn aluminium foil utk elakkan air kukusan masuk...nanti x pasal2 kuah penuh dulang ..hilang rasa pulak kan

lepastu kukus la sampai masak...kh kukus dalam 20-25minit ada la kot...mak aiii sedap makan dgn nasik tanpa lauk lain dah...

Mee Bandung MuarResepi : SabrinaSumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahan untuk kuah:Utk dimesin5 ~ 6 ulas bawang merah3 ulas bawang puteh10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembutsegenggam kacang tanah(MaDiHaA letak dalam 2/3 cawan)~ digoreng dan dimesin halus1 paket udang kering (2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah300 gram daging ~ potong nipis & rebus empuk4 biji telur2 sudu sos tomato4 sudu sos cili(MaDiHaA tambah lagi sikit)Sedikit minyak masak ~ utk menumisGaram secukup rasa2 sudu besar gula(MaDiHaA tambah)air secukupnya1 ikat sawi ~ dicelur(MaDiHaA campurkan terus sayuran dalam kuah)1 peket jagung muda(MaDiHaA tambah)1 bungkus mee kuning ~ dicelur(MaDiHaA guna 450 gram jer ngam2 dgn kuah)limau kasturi ~ optionaldaun sup ~ optionaltauhu goreng ~ optionalbawang goreng ~ optional

Bahan-bahan untuk cili jeruk:3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal(MaDiHaA guna cili hijau semuanya)sedikit air panas1 sudu cukasedikit garam (MaDiHa tambah)

Cara-cara:1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya & terbit minyak.3. Masukkan 2 mangkuk air, kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.4. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa. Masukkan daging yang siap direbus berserta air rebusan.Nota Sabrina:** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos tapi Sab degil.. nak letak gaks.. hehehe Ampun Mak...5. Kacau rata semua bahan dan kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk(lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk)dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.6. Setelah telur masak, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk.(MaDiHa campurkan sekali sayur2an di dalam kuah sebelum masukkan telur)

URAP IKAN TONGKOL DAN ULAMANBahan-bahan1 ekor ikan tongkol - saiz kecil atau sedang1 biji timun - di buang bijinya dan potong kiub100gm kelapa parut4 biji kacang botol/kelisa - di hiris halussegenggam taugeh - di celur dengan air panas4 tangkai kacang panjang - di hiris halus1 sudu teh air limau nipis

BAHAN YANG DI TUMBUK4 ulas bawang merah5 tangkai cili merah3 biji cili padi1 inci belacan - di bakar terlebih dahulu

Cara menyediakannya

1. Lumur ikan dengan 1/2 sudu teh air limau nipis dan 1/2 sudu teh garam. Kukus hingga masak dan carik-carikkan isinya.Ketepikan dahulu.

2. Lumur timun dengan 1/2 sudu teh garam sampai layu, sejatkan airnya.

3. Tumbuk kelapa dengan bahan yang di haluskan tadi dan masukkan air limau nipis, garam serta gula secukup rasa. Gaul rata. Untuk mengelakkan dari cepat basi, boleh juga panaskan sebentar sambal kelapa di dalam kuali tanpa minyak.

4. Akhir sekali gaul ikan tongkol, ulaman dan sambal kelapa serta hidangkan dengan nasi panas.

RESEPI KERABU IKAN BILIS

Bahan-bahannya: Ikan Bilis Halus - yang telah digoreng (setengah mangkuk) 3 ulas bawang besar 6 biji limau kasturi Beberapa helai daun limau purut Kacang panjang 2-3 kuntum bunga kantan Cili padi 3 batang serai Sos ikan Gula

Cara-caranya :1. Potong kesemua bahan-bahan (melainkan limau, sos ikan dangula) dan gaulkan

2. Potong dan perah limau kasturi yang telah dibuang biji

3. Campurkan dengan 3 sudu besar sos ikan. Tambahkan 3 sudu teh gula.

4. Gaul sehingga sebati

5. Campurkan bersama bahan-bahan yang telah dipotong.

Sedia untuk dihidang.

PAIS IKAN KEMBONG...

BAHAN-BAHANNYA :-)3 ekor ikan kembong saiz sederhana2 helai daun kunyit, mayang halusDaun pisang secukupnya, dilayur lembut (untuk membungkus ikan)Lidi satu secukupnya7 biji bawang merah*2 ulas bawang putih*1/2 inci halia*2 batang serai, hiris*10 biji cili padi*1 inci kunyit hidup*3 biji buah keras*1 kiub ikan bilis*(*dikisar halus dengan sedikit air)2 camca besar cili kisar3/4 camca teh pes asam jawaGaram dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)1. Ikan disiang, cuci dan perap dengan jus limau kasturi 10 minit, kemudian bilas dan cuci bersih, kelar sedikit badan ikan tadi dan lumur dengan sedikit garam. Sementara itu, satukan bahan kisar halus bersama pes asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Ketepikan.2. Ambil sehelai daun pisang. Letak seekor ikan, lumurkan pes rempah pada keseluruhan ikan tadi termasuk bahagian dalam perutnya. Tabur daun kunyit yang dimayang halus, bungkus kemas dan selitkan hujung2nya dengan lidi sate. Buat kaedah sama untuk baki ikan dan bahan2 lain.3. Panggang hingga masak dalam oven pada suhu 190C selama 30 minit, setiap 7-8 minit, balik2kan bungkusan ikan tadi. Macam cm, panggang dalam kuali ajaib, 7 - 8 minit setiap bahagian. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

22 July 2011Vietnamese Beef Noodle/ Mee Daging VietnamPosted by Juwita Jamaludin at6:31 AM

Salam semua. Semalam bangun je pagi, tengah fikir menu apa nak dimasak tetiba teringat vietnamese beef noodle yang ita makan di secret recipes kalau berkunjung ke sana. Terasa-rasa pula ditekak sebab lama juga tak makan. Waktu balik Malaysia bulan Februari tempohari pergi cari vietnamese beef noodle (VBN) ni tapi habis plak waktu tu di secret recipe tu jadinya tak dapat la makan..:( ita kalau ke SR selalunya menu ini yang ita akan order. Bukan selalu pun pergi makan di SR sebab tahu-tahu je la menunya boleh tahan harganya. Pergi makan pun kalau ada hari istimewa atau ada kawan-kawan ajak. Menu ni pun diperkenalkan oleh kawan ita waktu kami sama-sama pergi makan kesana dulu. Sedapnya makan waktu tu.. semangkuk besar habis dimakan..:P

Hujung minggu baru-baru ini sewaktu membeli barang keperluan dapur ternampak Banh pho atau bihun yang besar ni dan waktu tu terus sambar. Mula memang tak terfikir nak masak VBN ni tapi bila teringat pagi tu baru teringat boleh gunakan bihun ni. Pagi tu terus google resepi dan ita minta izin suami keluar pergi beli barang yang tak cukup. Tapi dalam pada beli barang yang tak cukup tu ada juga yang ita tak beli disebabkan ingat taugeh ada. Ita ni memang tak suka beli taugeh kalau takde keperluan sebab ia cepat layu dan tak elok jadinya ingat ada lagi lebihan kelmarin punya rupanya ita dah habiskan buat mee goreng pagi kelmarin. Nak keluar lagi malas dah sebab suami ita dah ke universiti nak angkut kanak-kanak riang 2 orang tu jadinya jadi la VBN ita yang tak de taugeh. Sayang sekali kalau tak lengkap menu ita ni..:( Walau apa pun ita bersyukur sangat sebab ia memenuhi selera ita dan keluarga, ita makan pun sampai lupa diet ita. ..:)

Untuk resepi ini ita ada juga tambah sikit-sikit sebab ita tak de stok tulang jadinya ita tambah kiub tulang sahaja. Sebenarnya di jepun sekarang sibuk tentang lembu yang kena radiation tapi ita tak beli daging lembu halal dari Jepun sebab harganya agak mahal sedikit selalunya ita guna yang Australia punya. jadi takde masalah dalam menggunakan daging dalam menu masakan sekarang ni..:)

Okla jom kita lihat resepi ini yang ita ambil disoutheast asian food. Ita dah alih bahasakan ke dalam bahasa Malaysia mengikut kefahaman ita. Jika yang ingin membaca resepi asalnya boleh la ke link yang ita sediakan itu.

Vietnamese Beef Noodle

Bahan-bahan

500g tulang lembu- ita takde jadi ita tambah kiub sup tulang500 g daging batang pinang- dipotong nipis-nipis2 inchi halia - ikut kesukaan tapi ita guna 2 inchi jesebiji bawang besar4 ulas bawang putih - ita tambah4 kuntum bunga lawang6 kuntum bunga cengkih2 kuit kayu manis1 sudu kecil serbuk lada putih2 sudu besar sos ikansedikit garamsedikit gula10 cawan air

bahan lainbanh pho atau bihun yang 3 mm lebarnya- di rendam dan direbus ingat jangat rebus keterlaluan takut lembik.daun suptaugehlimau nipis atau lemonsambal kicap untuk rasa pedas- optional

* ita saja tambahkan sawi celur sedikit dan kucai yang dicelur..:)

Cara-cara1. Rebus tulang dan daging yang dipotong nipis sekejap untuk membuang keledak-keledak daging. Biasanya bila kita rebus daging ada timbul buih2 dagingkan jadi untuk membuang buih tu rebus sekejap daging dan tulang itu. jangan lama dalam 2 minit sahaja.2. Basuh daging dan tulang tadi dan buang air yang direbus tadi.3. Masukkan air 10 cawan dan daging serta tulang untuk membuat kuah dan bila sudah nmpak empuk perlahankan api dan buang keledak2 jika masih ada.4. Dalam periuk yang berasingan tumis halia, bawang, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis. sehingga naik bau. Setelah itu masukkan kedalam periuk rebusan daging dan tulang tadi bersama serbuk lada putih..serta kiub tulang jika suka. rebus sehingga daging betul-betul empuk Lebih kurang 40 minit - 1 jam mengikut daging masing2. Setelah itu keluarkan daging dan masukkan sos ikan, garam, gula.5. Daging yang dikeluarkan dibiarkan tos dan akan bertukar warna sedikit.6. masak lagi kuah hingga mesra dan ita masukkan sedikit jus lemon 2 sudu dan boleh la ditutup apinya.7. Didalam mangkuk yang untuk menghidang masukkan bihun tadi, masukkan kuahnya,daging yang diasingkan tadi, taugeh celur, limau, sayuran kegemaran dan tabur daun sup. Boleh dimakan bersama cili jika inginkan pedas.

Ayam Goreng Madu Pedas

Ayam goreng madu memang sedap di makan dimakan dengan nasi.tegahari macam ni terasa lapar ayam goreng madu lak.. SENANG DAN RINGKAS.

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam-potong ikut selera anda 1 inci kunyit-dikisar 1 inci halia-dikisar 4 biji bawang merah-dikisar 4 ulas bawang putih-dikisar 1 batang serai-dikisar 3 sudu besar serbuk cili 3 sudu besar kicap manis 4 sudu besar maduCara-cara1. Perapkan ayam dengan kunyit,halia,bawang merah dan putih, serai, serbuk cili, madu dan kicap manis.2. perap selama 1-2 jam(lagi lama lagi rasa meresap)3. gorengkan sehingga ayam masak(dengan api perlahan)4. angkat dan gaulkan dengan madu lagi untuk kelihatan berkilat dan madu yang lebih terasa5. siap dihidang

Udang Goreng Kelapa Rangup

1/2 kilo udang.

Bumbu:2 cawan kelapa parut8 biji bawang merah*6 biji bawang putih*1 biji buah keras*1/2 inci halia*1/2 inci lengkuas*1 cm ibu kunyit *(boleh ganti dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit)1 sudu kecil serbuk ketumbar1 sudu kecil serbuk stok ayam2 batang serai dititik1 cawan air kelapa (boleh ganti dengan air biasa)sedikit garam

Penumis:2 tangkai daun kari10 biji cili api dihiris2 biji bawang putih diketuk

Bahan bumbu bertanda * diblender.Masukkan semua bahan bumbu termasuk bahan yang telah diblender ke dalam periuk dan masak sehingga air kering.

Sementara menunggu air kering, udang digoreng. Ketepikan.

Dengan menggunakan minyak gorengan udang (tambah minyak kalau sedikit. Untuk menggoreng bumbu minyak mesti ada lebih kurang 2 cawan), goreng daun kari, cili api, dan bawang putih yang telah diketuk sampai wangi. Kemudian masukkan bahan bumbu dan goreng sehingga benar-benar garing. Kita boleh lihat melalui warnanya.

Toskan bahan bumbu yang telah masak di dalam penapis sehingga semua minyak keluar dan kering. Kemudian barulah digaul dengan udang yang telah digoreng.

Kerabu sohoonNo picturemasakan ala-ala thai

Created on : 17-02-2007PrintE-mail kepada kawanTulis LaporanHubungi fatini_sfm

Bahan-bahan ( 4-5 orang ) 1/4 ekor ayam 200 gram udang basah segenggam udang kering 8 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 10 biji cili padi 3 biji limau nipis segenggam daun ketumbar kalau tak suka boleh tukar daun sop 250 gram sohoon secukup rasa kicap cair siam sedikit gula, kalau suka cili merah kalau suka mangga muda cincang kalau sukaCara-cara1. ayam direbus dan disiat2 isinya2. udang juga direbus3. udang kering digoreng4. bawang putih dihiris dan goreng5. sohoon dicelur dan tos6. sayur2an di hiris7. gaul semua yang telah disediakan mesti lah terasa masam,pedas dan masin2 manis gitu

Bulgogi Korea 25 menit 4 Berikut resep bulgogi ala korea :D+Bahan-bahan500 gramdaging sapi iris

5 sendok makankecap asin (soy sauce)

3 sendok makangula pasir (atau bisa diganti kecap manis)

1 sendok makanminyak wijen

3 siungbawang putih, cincang

1 batangdaun bawang, iris

2 sendok makanwijen

secukupnyared pepper flakes

secukupnyablack pepper

1 cmjahe, cincang

1 siungbawang bombay, iris bulan sabit

secukupnyaolive oil

+Langkah1. 1campur semua bahan kecuali olive oil dan bawang bombay, dan aduk2 hingga tercampur merata ke seluruh daging+2. 2Diamkan di dalam kulkas selama 30 menit-2 jam+3. 3panaskan minyak goreng dalam wajan teflon, tumis bawang bombay hingga harum. lalu masukkan daging sapi yang sudah dibumbui. Masak dan aduk-aduk hingga daging empuk.

Korean Style Fried Tunghoon (Glass noodle)

[email protected] puas makan meehoon biasa, try pulak glass noodle goreng ala Korean. Tekstur licin-licin gitu. Resipi rujuk dari buku masakan. Family I suka sgt makan tunghoon. Boleh makan bila-bila masa.

Created on : 25-02-2009PrintE-mail kepada kawanTulis LaporanHubungi brendac

Bahan-bahan ( 3-4 org ) 150g(sebungkus) - Tunghoon (glass noodle) rendam dlm air sehingga lembut 5 - crab stick - dikoyak memanjang 1 biji bwg besar 1 sk bawang putih cincang 3 cendawan hitam - dihiris Sedikit daun bawang cincang 2 sb minyak Perencah:- 3 sb sos tiram 1 sb kicap cair 1/8 sk garam 200ml air 1/2 sk minyak bijan Sedikit serbuk lada putih Sedikit biji bijan utk taburCara-cara1. Gambar bahan utama.2. Koyak-koyakkan crab stick.3. Panaskan 2 sb minyak masak dan tumis bawang putih, bawang besar dan cendawan hitam hingga naik bau.4. Tambahkkan semua bahan-bahan lain dan perencah dan goreng hingga tunghoon dah agak kering.5. Taburkan biji bijan dan hidang ketika panas. Sesiapa yg suka pedas bolehlah makan dgn sos cili.

Macam sedap je macam sedap je

Resepi kimchi sedap

Bahan bahan2 batang Kobis panjang (Napa cabbage atau hakusai)1 cawan Garam (kalau nak sedap boleh guna garam laut asli atau rock salt)1 batang Lobak putih (Daikon)2 batang Lobak merahDua pokok Daun bawangSecekak Daun kucaiDua biji Bawang besar holland

Cara membuatnyaPotong kobis saiz 4 segi. Sederhana besar. Jangan kecik sangat sebab nanti kecut. Gaul dengan garam. Pastikan garam kena pada setiap permukaan kobis tu. Masuk dalam mangkuk. Tindih dengan benda berat. Biarkan selama 4 jam. Aku letak tutup periuk dan tindih dengan lesung batu. Lepas 4 jam, air akan keluar dari kobis tu. Kobis jadi layu. Basuh dan perah sebanyak 3 kali. Perah macam perah baju sampai airnya habis keluar kalau boleh.

Gigit sikit, kalau masin sangat bilas lagi. Bahan bahan lain macam lobak tu potong memanjang saiz batang mancis. Bawang holland tu hiris bulat bulat. Ketepikan.

Sementara tunggu kobis diperap dengan garam, sediakan bahan untuk paste

Bahan untuk paste1 cup korean chilli flake (Aku beli brandBidanbeli kat Presto, Citta Mall, kalau suka pedas letak lebih. Kalau tak ada, guna je serbuk cili cap baba's atau cili paste guna lada kering tu)* Sebiji pear gong (kulit coklat, tapi kulitnya dibuang)* Dua biji apple merah (Aku guna apple fuji, dibuang kulit)* Sebiji bawang besar holland* 5 ulas bawang putih* 1 inci halia** 1/4 cup Sos ikan** 4 sudu besar Tepung pulut** Air

Cara buat paste kimchiBlender bahan bertanda * dengan air masak/air bertapis. Tambah chilli flake dan kacau sebati. Kalau suka, letak sesudu dua gula, gula adalah makanan bakteria. Yummehh kata bakteria. Hahaha

Campur semua bahan bertanda ** dan kacau sebati sampai tepung larut. Masak atas api yang perlahan sampai mendidih. Kalau pekat sangat tambah sedikit air. Jangan terlalu cair jugak.

Campurkan bahan * dan ** dan gaul sebati.

Masukkan bahan-bahan yang dihiris saiz batang mancis tadi. Dan masukkan kobis yang dah diperap dengan garam, dibilas dan diperah. Gaul rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas. Tutup dan simpan di tempat gelap dan sejuk selama 24jam. Kalau dah ada buih buih tu dah jadi lah maksudnya. Kalau rasa nak masam lagi biarkan lagi. Kalau dah okay, terus masukkan ke dalam peti sejuk.

Nak senang gaul dalam dulang. Aku buat ni memang dapat sedulang. Kalau rasa banyak sangat, sila kurangkan lah.

Kimchi ni paling sedap selepas lebih kurang seminggu ke dua minggu dalam peti sejuk. Tapi, sempat ke bertahan sampai lama tu..?

Hot & spicy jjamppong(2 servings - kalau kami cukup untuk 3-4 dewasa)

Bahan-bahan :Mee (sama jenis dengan mee untuk jjajangmyun - tapi belum pernah jumpa lagi kat kl ni)- boleh ganti dengan spaghetti (saya guna pasta angel hair, cepat sikit masak)

mee untuk jjajangmyun & jjamppong - kat peket tu tulis "U-Dong, Jja-Jang (tulisan besar hitam)"

Untuk stok :10 ekor ikan bilis kering (korea punya ikan bilis bapak besar dan mahal),saya guna dalam segenggam ikan bilis siap kopek saiz biasa2 makan :)3 cendawan shitake kering4 inci x 4 inci kelp kering (kelp ni adalah sejenis rumpai laut - kena cari kat kedai korea). cawan bawang besar kuning/ holland, dihiris.10 cawan air

ikan bilis untuk buat stok tu saiz yang belah bawah.. besau punye.. aritu tengok kat kedai korea kat mont kiara, harganya sepeket tu RM30++.. takpela.. guna ikan bilis kat rumah aje la... :)

Ni kelp atau nama korea nya Da-Shi-Ma (tulisan merah tu). Ade jual besau-besau camni and ada yang siap potong kecik2 macam saya punya... janji namanya Da-Shi-Ma :)

ikut pusingan jam dr atas ke bawah : ikan bilis, cendawan shitake kering, kelp (tiada dlm gambar = bawang holland)

Daging dan makanan laut:113 g daging ayam, dihiris + secubit garam dan serbuk lada hitam, gaul dan ketepikan.6 ekor udang besar, buang kulit & urat.10 kupang, dibersihkan.Susah gak nak jumpa kupang dengan cengkerang ni.. ni saya dapat beli dari Giant (bahagian frozen)113 g sotong, dipotong kepada kepingan inci x 2 inci.

Sayuran dan bahan perisa: cawan lobak merah, dihiris.4 batang daun bawang, dipotong panjang 2 inci.450 g kobis bulat (atau kobis cina/panjang), dihiris.2 batang leek, potong separuh memanjang then hiris panjang 2 inci.4 cendawan putih, hiris.1 tbsp bawang putih dicincang2 tsp halia dicincang

cawan minyak sayur/ minyak masak3 tbsp serbuk cili korea tsp serbuk lada hitam -saya kurangkan sikit1 tsp sos ikan2 tsp garam1 tsp minyak bijanair (sekiranya stok tak cukup 7 cawan, tambah air)

Cara :

Langkah 1 : sediakan stok

Campur semua bahan stok dalam periuk yang besar.Didihkan selama 20 minit dengan api besar.Kemudian kecilkan api dan biar merenih selama 10 minit.Tapiskan stok. Ketepikan.* Akan dapat ~ 7 cawan stok

Langkah 2 : Campuran serbuk cili & minyak sayur/minyak masak

Dalam mangkuk kecil, campurkan 3 tbsp serbuk cili korea dengan 2 tbsp minyak sayur/masak. Ketepikan* Boleh tambah atau kurangkan serbuk cili ikut citarasa anda :)

Langkah 3 : Mula memasak

Panaskan 2 tbsp minyak dalam kuali besar/ periuk besar (saya guna periuk untuk buat stok tadi).Tumiskan bawang putih & halia sehingga kekuninganMasukkan hirisan daging ayam dan kacau selama 2 minit.

Masukkan sayuran : Lobak merah + kobis bulat/kobis cina + daun bawang + leek + cendawan putihKacau selama 5 minit.- sayur tu memang nampak banyak, tapi bila dah 5 minit tu semua jadi layu atau bahasa kitorang 'lodoh'

Masukkan campuran serbuk cili korea + minyakGaul rata

Masukkan seafood : sotong + udang + kupangKacau selama 5 minit (api besar)

Masukkan 7 cawan stokDidihkan 7 - 10 minit

Tambah 2 tsp garam, 1 tsp sos ikan dan tsp serbuk lada hitam.Tutp api, Tambahkan 1 tsp minyak bijan, gaul-gaul, kacau-kacau..

tadaaaa... Siap!

Mee/ Pasta (Spagetti/Angel Hair) :Rebus hingga lembut.

Untuk menghidang :

Letak mee/pasta dalam mangkuk, Sendukkan kuah jjamppong..

KIMCHIBahan-Bahan

2 kobis panjang or napa cabbage (3.6kg)garam secukup rasa untuk melumur pada kobis,1 lobak putih, (tapi sumpah tak sedap, so jangan letak kalau tak pernah makan)

Bahan bubur,1/2 cup sweet rice floor (aku guna tepung pulut)1/4 cup sugar3 cup air

Bahan kimchi paste3 tablespoon serbuk cili Babas ( ikut kepedasan)1 cup sos ikan2 large daun bawang,Blender:1 bawang besar3 ulas bawang putih,1 inci halia,oyster kalau suka, tapi aku tak suka, so tak payah letak nanti rasa lain.

Cara membuatnya

Kobis selepas direndam 4 jam dengan garam

1. Basuh kobis sebersihnya.2. lumur kobis dengan garam, pastikan rata,3. Biarkan 4 jam4. Basuh kobis dan bilas 3 kali,4. toskan kobis and tekan bagi kobis jangan berair sangat.

Bubur

Kimchi paste.Bubur untuk kimchi.1. campurkan tepung pulut dengan air dan panaskan sampai keluar bubble.2. masukkan gula dan kacau dalam 1 minit, tutup api biarkan sejuk.

Kimchi paste

3. blender bawang besar, bawang putih, halia4. potong daun bawang saiz sederhana ikut korang,3. dalam bekas yang lain masukkan semua bahan kimchi paste bawang besar, bawang putih, halia, sos ikan, serbuk cili, daun bawang4. campurkan kimchi paste dengan bubur.5. rasa kimchi paste kalau tak cukup pedas tambah cili, tak cukup masin tambah sos ikan. tapi pastikan jangan masin sangat sebab kobis dah masin,

Kimchi

6. ambil kobis masukkan dalam bekas kimchi paste lumur kimchi paste dengan kobis panjang, pastikan rata.7. tekan kimchi supaya air kobis keluar sebelum letak dalam Tupperware.8. masuk dalam fridge, tunggu 24 jam

selamat mencuba,anything sila tanya

Rice Cake

Bahan-bahan:- 2 cawan tepung beras- 1 cawan air- 1 sudu garam- 1/4 cawan minyak sayur- 1 sudu kecil serbuk penaik

Cara-cara:1. Campurkan tepung beras, air, garam, minyak sayur dan serbu penaik dalam satu mangkuk. Kacau hingga sebati. Kalian akan dapat bater yang sedikit cair. Kemudian ketepikan.2. Panaskan steamer atau pengukus. Bila air di steamer sudah mengelegak, boleh masukkan mangkuk berisi bater tadi.3. Kukus dalam 10-15 minit. Bater yang cair tadi akan mengeras sedikit. Biarkan hingga sejuk.4. Uli adunan tadi hingga nampak seperti doh, dah bentuk panjang-panjang seperti ini. Kemudian potong lebih kurang 3-4cm.

Tteokbokki (3orang)

Bahan-bahan:- 7 ekor ikan bilis- 250gram rice cake- daun bawang (potong panjang 3cm)- 1 paket bebola ikan (optional)- 1 paket fish cake (optional)- 3 sudu cili giling- 1 sudu serbuk cili- 3 sudu kicap pekat manis- 1 biji cili bengala- garam dangula- 1 1/2 cawan air- 1 sudu minyak sayur- 3 ulas bawang merah

Cara-cara:1. Masukkan air dalam kuali, didihkan bersama ikan bilis. Untuk dapatkan stok ikan bilis.

2. Sementara tunggu mendidih, campurkan serbuk cili, kicap pekat manis, minyak sayur dan cili giling dalam satu mangkuk. Kemudian ketepikan.3. Setelah mendidih keluarkan ikan bilis (buang). Kemudian masukkan campuran bahan tadi ke dalam air didihan. Diikuti dengan rice cake.4. Kemudian masukkan bebola ikan, fish cake dan bawang merah. Akhir sekali masukkan cili bengala dan daun bawang.5. Tambah gula dan garam secukup rasa. Siap!

Resepi taebokki KUEH BERAS PEDAS KOREA

Mula-mula kena buat KUEH BERAS NYA DAHULU

1.Bahan-bahan:Tepung beras 300 gAir 110gMinyak bijan 3 sendok makan2 .Cara membuatnya :Tuangkan air sedikit demi sedikit pada tepung beras, kemudian aduk pelan-pelan dengan menggunakan tangan. Haluskan dengan menggunakan tirisan. Setelah kukusan sudah mengeluarkan wap, kukus tepung beras itu hingga masak. Kemudian, angkat lalu dibuat menjadi adunan sambil mengoleskan dengan minyak supaya tidak melekit. Kemudian, di potong sepanjang bilah mancis, Kalau rasa macam belum masak, rebus lah dalam 5 minit pulak Kemudian, kita siapkan kuah nya SOS TEABOKKI1/4 buah bawang bombay30 g lobak2 buah cendawan kering1 buah cabai hijau dan merah1 sdt minyak goreng1 sdt minyak bijan

2. Bahan-bahan untuk perencah1 sdm serbuk cabai merah1 sdm lada hitam , cabai besar merah1 sdm bawang putih yang dicincang halus1/2 sdm gula pasir3 sdm air rebusan dagingsedikit biji bijan, lada hitam, dan minyak bijanCara memasaknya :Tteuk dicampurkan dengan minyak bijan. Potongmelintangbawangbombay dan lobak. Hiris tipis cendawan hitamkering yangtelahdirendam dengan air panas hingga lunak.Potong melintang cabaihijau dan merah. Campurkan semua bahanuntuk perencah. Panaskanminyak dalam kuali lalu masukkankuah perencah.Setelah ia masak,masukkan bawang bombay,lobak, dan cabai. Masukkan dantumislah hingga perencah tadidiresap pada tteok. Tteokbokki siapdisajikan.( ref. http://world.kbs.co.kr )RESEPI SOS GOCHUJANG KOREABahan- bahan

1 tbs tauchu2 ts serbuk cili ( kalau nak pedas, lebihkan)Malt powder @ tepung beras1 ts gulasedikit air

Cara- cara

1. Lumatkan tauchu dan tapis untuk mendapatkan tekstur yang halus.2. Masukkan serbuk cili dan gula.3. Gaul sehingga sebati. Kalau masin sangat tambah gula.4. Tambah air sedikit untuk dapatkan rupa macam sos.