topik 3 hukum nun sakinah tanwim dan mim sakinah

23
PENGENALAN Topik ini membincangkan hukum nun sakinah, tanwin, mim sakinah dan lam sakinah. Semua pecahan daripada hukum-hukum ini akan dihuraikan dengan lebih terperinci berserta dengan contoh bagi memudahkan kefahaman. Antara yang dihuraikan ialah takrifan nun sakinah, tanwin, mim sakinah dan lam sakinah. Hukum-hukum tajwid yang lain yang berada di bawah setiap hukum seperti ikhfaÊ, izhar, iqlab dan idgham akan diperincikan. Topik ini adalah mengenai suatu perkara yang paling kerap ditemui di dalam al-Quran. Kebanyakan ayat di dalam al-Quran mempunyai hukum-hukum ini. HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN Hukum nun sakinah selalu dijumpai dalam setiap ayat al-Quran. Bacaan hukum nun sakinah berlaku antara izhar, idgham, iqlab dan ikhfaÊ. Kesemua bentuk bacaan ini adalah berbeza. Apakah anda telah menguasai hukum-hukum tersebut? Fikirkan. 3.1 T T o o p p i i k k 3 3 Hukum Nun Sakinah, Tanwin dan Mim Sakinah HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat; 1. Mengenal pasti takrifan nun sakinah, tanwin dan mim sakinah; 2. Menerangkan hukum tajwid berkaitan nun sakinah, tanwin dan mim sakinah; dan 3. Mengaplikasikan bacaan yang betul bagi setiap hukum tajwid berkaitan nun sakinah dan tanwin, mim sakinah dan nun dan mim tasydid.

Upload: muhd-najib-badarudin

Post on 29-Nov-2015

766 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

� PENGENALAN

Topik ini membincangkan hukum nun sakinah, tanwin, mim sakinah dan lam sakinah. Semua pecahan daripada hukum-hukum ini akan dihuraikan dengan lebih terperinci berserta dengan contoh bagi memudahkan kefahaman. Antara yang dihuraikan ialah takrifan nun sakinah, tanwin, mim sakinah dan lam sakinah. Hukum-hukum tajwid yang lain yang berada di bawah setiap hukum seperti ikhfaÊ, izhar, iqlab dan idgham akan diperincikan. Topik ini adalah mengenai suatu perkara yang paling kerap ditemui di dalam al-Quran. Kebanyakan ayat di dalam al-Quran mempunyai hukum-hukum ini.

HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN

Hukum nun sakinah selalu dijumpai dalam setiap ayat al-Quran. Bacaan hukum nun sakinah berlaku antara izhar, idgham, iqlab dan ikhfaÊ. Kesemua bentuk bacaan ini adalah berbeza. Apakah anda telah menguasai hukum-hukum tersebut? Fikirkan.

3.1

TTooppiikk

33 � Hukum Nun

Sakinah, Tanwin dan Mim Sakinah

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat;

1. Mengenal pasti takrifan nun sakinah, tanwin dan mim sakinah;

2. Menerangkan hukum tajwid berkaitan nun sakinah, tanwin dan mimsakinah; dan

3. Mengaplikasikan bacaan yang betul bagi setiap hukum tajwidberkaitan nun sakinah dan tanwin, mim sakinah dan nun dan mimtasydid.

Page 2: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH � 33

3.1.1 Definisi Nun Sakinah dan Tanwin

Nun sakinah ialah nun yang tidak ada baris dan ia kekal sebagai sebutan dan juga tulisan. Hal ini kekal sama ada ketika menyambung bacaan atau ketika waqaf. Nun sakinah wujud pada kata nama, kata kerja atau kata sendi. Kedudukan nun sakinah adalah di pertengahan atau di hujung kalimah. Tanwin ialah nun sakinah yang bersifat zaidah dan tidak berperanan sebagai taukid. Ia berada di hujung kata nama dan digunakan ketika wasal (menyambung bacaan) tetapi tidak wujud ketika waqaf dan pada tulisan. Alamat tanda tanwin terbahagi kepada tiga iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Alamat tanwin

Hukumnya ketika waqaf pula ialah ditukarkan dua baris di atas kepada alif secara mutlak kecuali sekiranya ia berada pada ha taÊnith seperti firman Allah SWT di dalam Surah al-Isra: 87 ����� �� ����� ����� ���� ��� ���� ����� ��� ������ ���� ketika waqaf pada kalimah ������ ia waqaf dengan huruf ha tanpa tanwin. Jika baris dua hadapan atau baris dua di bawah ketika ia dibaca dengan menghazaf tanwin dan waqaf dengan sukun sahaja.

Perbezaan Nun Sakinah ddengan Tanwin

Dengan takrifan yang dikemukakan bagi nun sakinah dan tanwin dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa perbezaan antara keduanya. Perbezaan tersebut adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.1.

Page 3: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

� TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH 34

Jadual 3.1: Perbezaan antara Nun Sakinah dan Tanwin

Nun Sakinah Tanwin

� Nun sakinah adalah huruf asli di kalangan huruf-huruf hijaÊiyyah dan kadang-kadang ia adalah zaidah.

� Tanwin adalah zaidah.

� Nun sakinah tetap kekal sama ada pada lafaz atau pada tulisan.

� Tanwin hanya kekal atau wujud ketika membacanya tidak pada tulisan.

� Nun sakinah berada pada ketika wasaldan waqaf.

� Tanwin hanya wujud ketika wasal sahaja dan tidak ada ketika waqaf.

� Nun sakinah berada pada kata nama, kata kerja dan kata sendi.

� Tanwin hanya wujud pada kata nama sahaja.

� Nun sakinah berada pada pertengahan dan akhir kalimah.

� Tanwin hanya wujud pada akhir kalimah sahaja.

Perbezaan yang tersebut di atas adalah terkecuali dari nun taukid khafifah yang terdapat pada dua tempat di dalam Quran:

� Pertama di dalam Uwtcj Yusuf: 32 �����!��"#� ���� ��$ %�&���#�'

� Kedua di dalam Uwtcj al-ÂAlaq:15 ���� �(��)#��� ��* �+ ,�)�# ���-)�� �. ��/�# �0��

Dua contoh nun sakinah tersebut dianggap seakan-akan tanwin tetapi bukan tanwin. Setelah mengetahui makna nun sakinah dan tanwin serta perbezaannya seterusnya akan dijelaskan hukum yang berlaku jika sekiranya nun sakinah atau tanwin berjumpa dengan huruf hijaÊiyyah. Ulama bersepakat mengatakan bahawa hukum nun sakinah ini terbahagi kepada izhar halqi, idgham bi ghunnah, idgham bila ghunnah, ikhfaÊ haqiqi dan iqlab.

3.1.2 Hukum Nun Sakinah dan Tanwin

Hukum-hakam tajwid berkaitan nun sakinah dan tanwin terbahagi kepada empat bahagian (rujuk Rajah 3.2).

Page 4: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH � 35

Rajah 3.2: Hukum nun sakinah

Penjelasan setiap hukum nun sakinah tersebut adalah seperti berikut:

(a) IIzhar Halqi Izhar dari sudut bahasa bermaksud terang dan jelas. Para ulama tajwid mendefinisikan izhar sebagai mengeluarkan huruf yang diizharkan iaitu huruf nun sakinah atau tanwin dari makhrajnya secara terang dan jelas tanpa dengung yang sempurna. Sebutan yang jelas itu mestilah tidak terputus dengan huruf selepasnya atau berlaku saktah pada huruf yang diizharkan. Justeru penamaan izhar adalah kerana nun sakinah dan tanwin yang berjumpa dengan huruf halqi disebut dan dibaca dengan begitu jelas tanpa idgham atau ikhfaÊ. Penamaan halqi pula ialah kerana enam huruf yang berjumpa dengan nun sakinah atau tanwin itu makhrajnya adalah di halkum.

Page 5: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

� TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH 36

Huruf-huruf izhar halqi ialah hamzah, ha, Âain, ha, ghain dan kha (rujuk Rajah 3.3).

Rajah 3.3: Izhar halqi

Al-ÂAllamah al-Jamzuri menyatakan dalam rangkap syairnya ketika menyatakan tentang hukum nun sakinah dan tanwin seperti berikut:

Maksudnya: Bagi nun sakinah dan tanwin mempunyai empat hukum dan ambillah keteranganku ini. Yang pertamanya ialah izhar iaitu apabila berjumpa dengan enam huruf halqi dan susunannya hendaklah kamu tahu iaitu hamzah dan ha, kemudian Âain dan ha dan seterusnya ghain dan khaÊ. Jelasnya di sini ialah apabila salah satu daripada enam huruf halqi berada selepas huruf nun sakinah sama ada dalam satu kalimah atau dua kalimah dan tanwin mestilah dalam dua kalimah, maka ketika itu wajiblah dibaca nun atau tanwin tersebut dengan izhar. Nun sakinah dan tanwin dibaca dengan izhar kerana kedua-dua makhraj nun sakinah dan tanwin iaitu di hujung lidah adalah jauh dengan makhraj enam huruf-hurufnya yang keluar dari halkum. Idgham hanya berlaku jika dua makhraj berhampiran. Justeru di sini, kejauhan makhraj menyebabkan berlakunya izhar.

Page 6: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH � 37

Selain itu nun sakinah dan tanwin mempunyai makhraj yang mudah untuk dibaca dan dikeluarkan tetapi enam huruf halqi pula adalah antara huruf-huruf yang susah untuk dibaca. Perkara ini menyebabkan terdapat perbezaan antara dua situasi dan ini menjadikan ia tidak layak untuk diikhfaÊkan sebagaimana ia juga tidak boleh diidghamkan.

Contoh-contoh hukum nun sakinah atau tanwin berjumpa enam huruf halqi adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Contoh Hukum Nun Sakinah atau Tanwin dengan Huruf Halqi

Huruf Contoh

Hamzah 1

Ha 23

ÂAin 4

Ha 5

Ghain 6

Kha 7

Penandaan Hukum Izhar di Dalam Mushaf Hukum izhar di dalam mushaf, diberi tanda dengan mengekalkan tanda mati di atas huruf nun sakinah. Manakala bagi tanwin pula ia diberi tanda tanwin tarkibi di mana kedua-dua baris tanwin adalah selari bagi tanwin baris atas dan bawah. Bagi tanwin baris hadapan, ia diberi tanda dengan baris keduanya diterbalikkan.

(b) IIdgham Idgham dari sudut bahasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Ulama Qurra mendefinisikan idgham sebagai memasukkan huruf sakin ke dalam huruf berbaris dengan kedua-duanya menjadi seperti satu huruf yang bertasydid dan lidah terangkat ketika menyebutnya dengan sekali angkat. Terdapat juga ulama yang mentakrifkannya sebagai menyebut dua huruf seperti satu huruf dan yang keduanya bertasydid. Huruf-huruf idgham ialah sebanyak enam huruf dan terkumpul dalam rangkai kata �%���� dan idgham terbahagi kepada dua iaitu idgham bi

Page 7: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

� TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH 38

ghunnah dan idgham bila ghunnah. Huraian kedua-duanya adalah seperti berikut.

(i) IIdgham Bi Ghunnah Idgham Bi Ghunnah (rujuk Rajah 3.4) mempunyai empat huruf iaitu ya, nun, mim dan wau. Apabila nun sakinah atau tanwin berada di akhir kalimah dan di awal kalimah berikutnya ia adalah salah satu daripada empat huruf idgham bi ghunnah, maka wajib membaca idgham (memasukkan) nun sakinah atau tanwin ke dalam empat huruf tersebut secara dengung.

Rajah 3.4: Idham bi ghunnah

Hukum yang berlaku untuk idgham bi ghunnah terkecuali pada dua tempat iaitu:

���� ����������� ���� ��������� Yassin wa quran

Nun wal qalam ��'���8 ,�� ����' �9���:#��' �

Hukum kedua-dua tempat tersebut adalah izhar berlawanan dengan kaedah bagi memelihara riwayat Hafs dari Imam ÂAsim mengikut Tariq al-Shatibiyyah . Nun di kedua tempat tersebut adalah termasuk dalam izhar mutlaq dan sebab izhar di kedua tempat adalah kerana menjaga infisal hukmi. Ini kerana meskipun nun bersambung dengan huruf wau selepasnya secara lafaz ketika wasal, namun ia adalah bercerai dari sudut hukum. Keadaan ini berlaku kerana yasin dan nun adalah nama bagi Uwtcj" yang dimulai dengannya. Manakala nun padanya adalah huruf hijaÊiyyah bukan huruf mabni. Oleh kerana itu maka selayaknyalah ia diceraikan dengan selepasnya dan diizharkan nun tersebut ketika wasal sebagaimana ia diizhar ketika waqaf.

Page 8: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH � 39

Hukum pada tasin mim pada permulaan Uwtcj al-SyuÊra dan al-Qasas, mengikut riwayat Hafs melalui Tariq al-Shatibiyyah ialah mengidghamkan nun ke dalam mim. Pada asalnya ia diizharkan mengikut kaedah biasa. Alasan bacaan idgham di sini ialah menjaga ittisal lafzi yang berperanan meringankan bacaan dengan sebab idgham. Rumusan terhadap kaedah idgham dan hukum yang dibaca dengan berlainan kaedah menunjukkan bahawa idgham apabila ia berada dalam satu kalimah, maka ketika itu wajib dibaca secara izhar atau dinamakan izhar mutlak. Penamaan izhar mutlak adalah kerana ia tidak ada hubungan dengan halqi. Ia juga tidak ada hubungan dengan syafawi atau qamari. Izhar mutlak berlaku pada dua huruf sahaja iaitu wau dan ya. Selain itu ia hanya berlaku pada empat kalimah sahaja iaitu:

Kewajaran berlaku idgham antara nun sakinah dan tanwin pada huruf-hurufnya yang empat adalah seperti berikut:

� Huruf Nun: Sebab berlaku idgham antara nun sakinah dan tanwin dengan huruf nun adalah tamathul atau persamaan.

� Huruf Mim: Sebab berlaku idgham adalah kerana persamaan dari sudut ghunnah. Kesemuanya mempunyai sifat ghunnah. Selain itu ia juga mempunyai sifat yang sama dari sudut jahr, infitah, istifal dan juga mempunyai sifat antara rakhawah dan syiddah.

Hukum idgham pada huruf nun dan mim ini diklasifikasikan sebagai idgham kamil (sempurna) kerana idgham ini menghilangkan zat dan sifat huruf nun sakinah dan tanwin.

� Huruf wau dan ya: Terdapat tajanus dari sudut infitah, istifal dan jahr.

Hukum idgham pada wau dan ya adalah tergolong di dalam idgham naqis (tidak sempurna) kerana ghunnah (dengung) pada hukum ini adalah sifat yang bagi nun sakinah dan tanwin yang diidghamkan.

Page 9: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

� TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH 40

Contoh-contoh huruf idgham bi ghunnah bersama nun dan tanwin adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3: Contoh Huruf Idgham Bi Ghunnah Bersama Nun dan Tanwin

Huruf Contoh

YaÊ �

Nun �

Mim �

Wau �

(ii) IIdgham Bi La Ghunnah Idgham bi la ghunnah atau disebut juga idgham bi ghairi ghunnah mempunyai dua huruf iaitu huruf lam dan huruf ra (rujuk Rajah 3.5). Apabila dua huruf ini berada selepas huruf nun pada permulaan kalimah berikutnya iaitu dalam dua kalimah maka wajib dibaca dengan idgham bi la ghunnah atau tidak disertakan dengung. Kaedah ini diamalkan kecuali pada kalimah ;<��� ��� �=��>�' Uwtcj al-Qiyamah: 27. Idgham bi la ghunnah tidak diamalkan di sini kerana mengikut riwayat Hafs melalui Tariq Shatibiyyah ia dibaca dengan saktah. Oleh kerana saktah menegah daripada berlaku idgham, maka di sini ia tidak bolah diidghamkan.

Rajah 3.5: Idham bi la ghunnah

Idgham nun sakinah dan tanwin ke dalam dua huruf iaitu lam dan ra ialah dengan cara idgham kamil. Idgham kamil bermaksud memasukkan huruf nun sakinah dan tanwin dari sudut makhraj dan juga sifat ke dalam huruf lam dan ra yang berada selepasnya.

Page 10: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH � 41

Terdapat juga pertanyaan kenapakah diidgham pada dua huruf ini dan tidak dimasukkan dengung ketika melakukan idgham. Jawapannya ialah kerana makhraj nun sakinah dan tanwin dengan makhraj lam dan nun adalah berhampiran kerana kesemua huruf-huruf tersebut keluar dari hujung lidah. Jelasnya, kewajipan idgham di sini adalah kerana berhampiran makhraj. Ghunnah atau idgham tidak dibaca pada idgham ini ialah kerana meninggalkan idgham adalah memudahkan bacaan dan ringan sebutannya berbanding dengan mengekalkan idgham yang menyebabkan bacaan menjadi lebih berat dan susah.

Contoh-contoh idgham bi la ghunnah dengan nun dan tanwin adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.4.

Jadual 3.4: Contoh Idgham bi la ghunnah dengan nun dan tanwin

Huruf Contoh

Lam ?

Ra �

Tanda Idgham di Dalam Mushaf Di dalam mushaf, idgham kamil diberi tanda dengan menghilangkan tanda mati pada nun sakinah dan ditayhdidkan (diberi tanda sabdu) pada huruf selepasnya. Manakala bagi tanwin, ia diberi tanda tanwin tatabui' (tidak selari) bagi tanwin atas dan bawah. Bagi tanwin baris depan ia diberi tanda dua baris hadapan berbentuk huruf wau kecil berturut-turut. Bagi idgham naqis pula, tanda pada nun sakinah dan tanwin adalah sebagaimana idgham kamil, namun huruf selepasnya tidak diberikan tanda shiddah (sabdu).

(c) IIqlabIqlab dari sudut bahasa ialah menukarkan sesuatu dari asalnya kepada sesuatu yang lain. Qurra mendefinisikan idgham sebagai menjadikan huruf di tempat yang lain. Dengan kata lain, menukarkan nun sakinah atau tanwin kepada mim yang diikhfaÊkan atau disembunyikan secara dengung ketika berjumpa dengan huruf ba. Hukum ini adalah sepakat di kalangan para Qurra.

Iqlab mempunyai satu huruf sahaja iaitu huruf ba. Berlakunya iqlab ialah apabila nun sakinah sama ada dalam satu atau dua kalimah atau tanwin yang

Page 11: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

� TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH 42

selepasnya terdapat huruf ba, maka ketika itu wajib ditukarkan nun sakinah dan tanwin tersebut kepada mim. Penukaran tersebut adalah pada lafaz (bacaan) bukan pada tulisan. Seterusnya mim yang ditukarkan itu diikhfaÊkan pada huruf ba selepasnya dan dimasukkan pula ghunnah atau dengung. Perlu diingat bahawa ghunnah pada iqlab adalah sifat kepada huruf mim yang diiqlabkan bukannya sifat kepada huruf nun atau tanwin. Jelasnya di sini tidak ada perbezaan antara iqlab dan ikhfaÊ syafawi. Umpamanya firman Allah SWT:

����)#� �@ ��� �A�� %�� � �B �C�D%�$ � �31��E ��F���2� dalam Uwtcj al-Naml: 8.

Juga firman Allah SWT: ;9��:�- ,G� ;H��� �( �I�� �C�J�3 J�:�2� ��K�#� �� 9 �"�-*�2� ����' dalam Uwtcj

Ali-ÂImran: 101.

Contoh iqlab nun sakinah dan tanwin pada huruf ba sama ada dalam satu kalimah atau dua kalimah adalah seperti Jadual 3.5.

Jadual 3.5: Contoh Iqlab Nun Sakinah dan Tanwin dan Huruf Ba

Huruf Contoh

Ba �

Kenapakah berlaku iqlab bagi nun sakinah dan tanwin selepas huruf ba? Jawapannya ialah perjumpaan nun sakinah dan tanwin dengan huruf ba telah menyebabkan susah melakukan idgham kerana berjauhan makhraj dan huruf-huruf tersebut (nun sakinah, tanwin dan ba) berlainan sifat. Nun sakinah dan tanwin adalah antara huruf-huruf yang dibaca dengan ghunnah tetapi huruf ba bukan di kalangan huruf ghunnah. Izhar juga tidak dapat dilakukan pada nun sakinah dan tanwin pada huruf ba kerana lidah amat berat menyebut kedua-dua huruf tersebut secara izhar kerana berlainan makhraj. Justeru ditukarkan nun sakinah dan tanwin kepada mim sebagai pembukaan untuk menghasilkan ikhfaÊ. Hal itu dilakukan kerana berhampiran makhraj antara ba dan mim dan di samping itu, ia juga berkongsi sifat-sifat jahr, tawassut, istifal, infitah dan izlaq. Begitu juga ikhfaÊ nun sakinah dan tanwin kepada huruf ba tidak dapat dilakukan secara langsung kerana jika izhar dan idgham tidak dapat

Page 12: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH � 43

dilakukan dengan baik untuk huruf ba, maka begitulah juga ikhfaÊ tidak dapat dilakukan dengan sempurna kerana kedudukannya adalah di antara idgham dan izhar. Apabila idgham, izhar dan ikhfaÊ tidak dapat dilakukan kepada huruf nun sakinah dan tanwin dengan huruf ba maka ditukarkan nun sakinah dan tanwin kepada huruf yang sejenis dengannya iaitu huruf mim yang mempunyai sifat ghunnah dan jahr. Huruf mim juga mempunyai kesamaan dengan huruf ba pada makhraj dan sifat jahr. Ketika itu hilanglah kesusahan iaitu izhar nun ketika berjumpa huruf ba. Al-Syeikh al-Jamzuri berkata dalam rangkap syairnya tentang hukum iqlab seperti berikut:

Maksudnya: „Hukum ketiga ialah iqlab (menukarkan) kepada mim ketika berjumpa huruf ba berserta ghunnah dan ikhfaÊ.‰ Tanda Iqlab di Dalam Mushaf

Di dalam mushaf, hukum iqlab diberi tanda dengan menghilangkan tanda mati pada nun sakinah dan diletakkan di atasnya tanda huruf mim kecil. Manakala bagi tanwin, ia diberi tanda dengan menghilangkan salah satu baris tanwin dan ia digantikan dengan tanda huruf mim kecil.

(d) IIkhfaÊ Haqiqi

IkhfaÊ dari sudut bahasa ialah sembunyi. QurraÊ pula mengistilahkan ikhfaÊ dengan sebutan huruf dengan cara antara izhar dan idgham tanpa tasydid tetapi mengekalkan ghunnah pada huruf yang pertama iaitu nun sakinah atau tanwin. Al-Hafiz Ibn al-Jazari menyatakan ikhfaÊ adalah di antara izhar dan idgham0

Huruf-huruf ikhfaÊ haqiqi berjumlah 15 huruf kesemuanya dan terkumpul di permulaan kalimah dalam rangkai kata yang diungkapkan oleh Syeikh al-Jamzuri:

Secara mudahnya huruf-huruf ikhfaÊ adalah selain daripada huruf izhar halqi yang enam, idgham yang enam dan satu huruf iqlab.

Page 13: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

� TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH 44

Apabila nun sakinah atau tanwin berada selepasnya salah satu daripada huruf ikhfaÊ maka wajiblah dibaca dengan mengikhfaÊkan nun sakinah atau tanwin. Ia dinamakan ikhfaÊ haqiqi di sini kerana ikhfaÊ lebih jelas dan terang berbanding dengan hukum lain. QurraÊ mengistilahkannya begitu kerana membezakannya dengan ikhfaÊ syafawi. Cara sebutan ikhfaÊ ialah menyebut nun sakinah dan tanwin dalam keadaan pertengahan di antara izhar dan idgham. Ini bermakna tidak boleh menyebut kedua-dua huruf tersebut secara izhar yang sempurna dan juga tidak boleh menyebut nun sakinah atau tanwin dengan huruf ikhfaÊ secara idgham yang sempurna. Namun begitu, hendaklah sebutannya tidak ada unsur tasydid dengan mengekalkan ghunnah. Di samping itu juga perlu diingat ketika menyebut ikhfaÊ supaya menjauhi daripada melekatkan lidah ke lelangit atas ketika proses mengikhfaÊkan nun. Yang betulnya ialah menjauhkan sedikit lidah dari lelangit atas ketika menyebut ikhfaÊ kerana makhraj nun dan tanwin bersama huruf ikhfaÊ yang 15 adalah pada khaisyum sahaja. Tidak ada peranan lidah. Perkara ini berlainan dengan peranan lidah ketika mengeluarkan nun sakinah dan tanwin apabila melakukan hukum izhar dan hukum idgham bi ghunnah. Perkara yang perlu diambil perhatian juga ialah menjaga sebutan dari

mewujudkan mad ketika ikhfaÊ nun sakinah. Seperti kalimah 9�-)�� dengan

menyebut 9-$%� "0"

Ulama telah memberi alasan kenapakah berlakunya ikhfaÊ nun sakinah dan tanwin ketika berjumpa 15 hurufnya. Antara mereka ialah apa yang dikatakan oleh al-Imam Abu ÂAmru al-Dani yang dinaqalkan oleh al-Hafiz Ibn al-Jazari: IkhfaÊ berlaku ialah kerana nun dan tanwin, makhrajnya tidak begitu hampir dengan 15 huruf sebagaimana hampirnya nun dan tanwin dengan huruf idgham, maka diwajibkan idgham kerana hampir dengan makhraj. Makhraj nun dan tanwin juga tidak begitu jauh sebagaimana jauhnya makhraj huruf-huruf izhar yang diwajibkan izhar kerana berjauhan tersebut. Apabila tidak dekat yang boleh menyebabkan idgham dan tidak jauh yang boleh menyebabkan izhar, maka diikhfaÊkan.

Page 14: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH � 45

Terdapat perbezaan antara ikhfaÊ dan idgham. Perbezaan tersebut adalah seperti berikut (rujuk Jadual 3.6).

Jadual 3.6: Perbezaan antara IkhfaÊ dan Idgham

IkhfaÊ Idgham

IkhfaÊ tidak mempunyai tasydid. Idgham mempunyai tasydid.

IkhfaÊ mempunyai huruf-hurufnya tersendiri.

Idgham mempunyai huruf-hurufnya yang tersendiri.

IkhfaÊ boleh berlaku dalam satu kalimah atau dua kalimah.

Idgham hanya berlaku dalam dua kalimah sahaja.

Huruf-huruf ikhfaÊ dibahagi kepada tiga maratib iaitu berdasarkan kepada dekat dan jauhnya makhraj huruf-huruf ikhfaÊ dengan nun sakinah atau tanwin. Kuat dan lemahnya ikhfaÊ adalah bergantung pada jarak makhraj di antara nun dan tanwin dengan huruf-huruf ikhfaÊ. Jika makhraj nun dan tanwin hampir dengan mana-mana huruf ikhfaÊ, maka ikhfaÊnya adalah kuat dan jika jarak makhraj nun dan tanwin dengan huruf-huruf ikhfaÊ jauh maka sebutan ikhfaÊnya akan menjadi lemah. Pembahagian ikhfaÊ adalah seperti dalam Rajah 3.6.

Rajah 3.6: Pembahagian ikhfaÊ

Berikut dinyatakan penjelasan bagi setiap bahagian ikhfaÊ.

(i) AAqwa Aqwa atau yang paling kuat ialah pada huruf yang makhrajnya paling dekat dengan makhraj huruf nun atau tanwin iaitu huruf to, dal dan ta.

Page 15: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

� TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH 46

(ii) AAdÊaf AdÊaf atau yang paling lemah ialah pada huruf ikhfaÊ yang makhrajnya paling jauh dari makhraj nun sakinah dan tanwin. Huruf-huruf tersebut ialah qaf dan kaf.

(iii) AAwsat Awsat atau pertengahan sama ada dari sudut kuat atau makhraj iaitu selain huruf yang Aqwa dan AdÊaf iaitu 10 huruf.

Contoh-contoh ikhfaÊ haqiqi bersama nun sakinah sama ada dalam satu kalimah atau dua kalimah dan tanwin adalah seperti dalam Jadual 3.7.

Jadual 3.7: IkhfaÊ Haqiqi Bersama Nun Sakinah

Huruf Contoh

Sod � Zal �

ThaÊ Kaf Jim �

Syin � Qaf Sin � Dal � To � Zai � FaÊ � TaÊ �

Dhad � Zo �

Page 16: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH � 47

Berhubung dengan hukum ikhfaÊ, Syeikh al-Jamzuri telah menggarap di dalam syairnya dengan katanya:

Maksudnya: Hukum yang keempat ialah al-IkhfaÊ iaitu pada baki huruf hijaÊiyyah. Ia berjumlah 15 huruf yang telah dirumuskan di permulaan kalimah-kalimah berikut iaitu:

Ibn al-Jazari telah merumuskan keseluruhan hukum nun sakinah dan tanwin berjumpa huruf hijaÊiyyah dalam rangkap syairnya:

Maksudnya: Hukum tanwin dan nun berjumpa dengan huruf hijaÊiyyah ialah izhar, idgham, iqlab dan ikhfaÊ. Apabila berjumpa huruf halqi, ia diizharkan dan diidghamkan apabila berjumpa dengan lam dan ra tanpa

ghunnah. Manakala idgham dengan ghunnah apabila berjumpa ��%� kecuali

dalam satu kalimah seperti ��$D %$%) � . Iqlab ialah apabila berjumpa huruf ba

dengan disertakan ghunnah dan hukum ikhfaÊ adalah untuk baki huruf. Tanda Ikhfa' Hakiki di Dalam Mushaf Di dalam Mushaf, ikhfa' hakiki diberi tanda dengan menghilangkan tanda mati pada nun sakinah dan tidak ditasydidkan (diberi tanda sabdu) pada huruf selepasnya. Manakala bagi tanwin, ia diberi tanda tanwin tatabui' (tidak selari) bagi tanwin atas dan bawah. Bagi tanwin baris depan ia diberi tanda dua baris hadapan berbentuk huruf wau kecil berturut-turut.

Page 17: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

� TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH 48

Ia adalah seperti tanda bagi idgham ma'al ghunnah naqis.

HUKUM MIM SAKINAH

Mim sakinah adalah antara tajuk utama dalam ilmu tajwid. Pembahagiannya adalah kepada tiga hukum iaitu izhar, idgham dan ikhfaÊ. Walaupun istilah tersebut telah terdapat dalam hukum nun sakinah, namun huruf-hurufnya adalah berlainan. Adakah anda membaca al-Quran mengikut hukum mim sakinah?

Mim sakinah ialah mim yang tidak menerima baris dan ada sama ada ketika wasal atau ketika waqaf. Mim sakinah yang dibincangkan ini berada sama ada di pertengahan atau penghujung kalimah. Ia juga berada pada kata nama seperti dalam firman Allah SWT �L�� �MN #��' �I' � O#� �@ �J F �P� ���# Uwtcj al-Qasas: 70, dan juga berada pada kata kerja seperti Q�R%�� �S�T�( �@ ���U V���) �2� �. W�B Uwtcj al-Najm: 36.

Hukum mim sakinah berjumpa huruf hijaÊiyyah terbahagi kepada tiga hukum iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.7.

3.2

1. Nyatakan maksud nun sakinah serta perbezaannya dengan tanwin.

2. Bezakan tanda-tanda bagi hukum-hukum nun mati dan tanwin di dalam mushaf.

3. Nyatakan huruf-huruf bagi hukum-hukum berikut:

(a) Izhar halqi;

(b) Iqlab; dan

(c) IkhfaÊ haqiqi.

SEMAK KENDIRI 3.1

Page 18: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH � 49

Rajah 3.7: Hukum mim sakinah

Huraian tiga hukum mim sakinah tersebut adalah seperti berikut.

(a) IIkhfaÊ Syafawi IkhfaÊ Syafawi mempunyai satu huruf sahaja iaitu huruf ba. Apabila mim sakinah berada dalam kalimah dan selepasnya iaitu di permulaan kalimah berikutnya ialah huruf ba, sudah tentu mim tersebut diikhfaÊkan kepada mim dengan disertakan ghunnah. Hukumnya ketika ini dinamakan ikhfaÊ syafawi. Penamaan ini disebabkan mim sakinah diikhfaÊ pada ba dan kedua-dua huruf ini keluar dari makhraj yang satu. Dua huruf ba dan mim juga mempunyai sedikit persamaan pada makhraj seperti infitah dan istifal.

Syeikh al-Jamzuri dalam syairnya telah menyatakan:

Maksudnya: Yang pertama ialah ikhfaÊ ketika berjumpa huruf ba dan QurraÊ menamakannya dengan syafawi. Contoh ikhfaÊ syafawi adalah seperti di dalam Jadual 3.8.

Page 19: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

� TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH 50

Jadual 3.8: Contoh IkhfaÊ Syafawi

Surah Ayat

Surah al-RaÊd: 33

Surah al-Maidah: 48

Surah Ghafir: 16

Surah al-Hadid: 13

Tanda Ikhfa' Syafawi di Dalam Mushaf Di dalam mushaf, ikhfa' syafawi diberi tanda dengan menghilangkan tanda baris mati pada mim, dan huruf selepasnya tidak diberikan tanda sabdu.

(b) IIdgham Soghir/Mithlain Idgham soghir dinamakan juga idgham mithlain atau idgham syafawi. Huruf idgham soghir ialah satu huruf sahaja iaitu huruf mim. Apabila terdapat mim sakinah dan selepasnya pula terdapat mim berbaris sama ada dalam satu kalimah atau dua kalimah maka diwajibkan idgham mim yang sakinah ke dalam mim berbaris. Penamaan hukum yang berlaku ini dengan idgham adalah kerana memasukkan mim sakinah ke dalam mim berbaris. Penamaan dengan mithlain pula ialah kerana huruf yang mengidgham dan huruf diidghamkan adalah huruf yang sama iaitu huruf nun. Kedua-duanya keluar dari makhraj yang satu dan mempunyai sifat yang sama. Contoh idgham mithlain dalam satu kalimah atau dua kalimah adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.9 dan Jadual 3.10

Jadual 3.9: Contoh dalam Satu Kalimah

Surah Ayat

Surah al-Baqarah: 1

Surah al-AÊraf: 1

Surah Fatir: 11

Page 20: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH � 51

Jadual 3.10: Contoh dalam Dua Kalimah

Surah Ayat

Surah al-Baqarah: 249

Surah al- Baqarah: 134

Surah al-Taubah: 109

Syeikh al-Jamzuri telah menyatakan hukum ini dalam syairnya:

Maksudnya: Yang kedua (hukum mim sakinah) ialah idgham dengan seumpamanya dan ia juga dinamakan idgham soghir, wahai pemuda. Tanda Idgham Mithlain di Dalam Mushaf

Hukum ini diberi tanda di dalam mushaf dengan menghilangkan baris mati

pada mim sakinah dan huruf selepasnya diberi tanda sabdu.

(c) IIzhar Syafawi Izhar Syafawi mempunyai 26 huruf iaitu selain huruf ba yang menjadi huruf bagi ikhfaÊ syafawi dan mim yang menjadi huruf bagi idgham syafawi. Apabila mim sakinah berada dalam kalimah dan selepasnya ialah salah satu huruf izhar syafawi, maka sama ada dalam satu kalimah atau dua kalimah ia wajib dibaca dengan izhar dan dinamakan sebagai izhar syafawi. Dinamakan izhar kerana sebutan mim sakinah hendaklah dijelaskan ketika berjumpa dengan huruf-hurufnya iaitu 26 huruf dan dinamakan syafawi kerana mim sakinah yang diizharkan tersebut keluar dari dua bibir. Sebab izhar di sini ialah kerana berjauhan makhraj di antara makhraj mim sakinah dan makhraj kebanyakan huruf-huruf izhar. Contoh-contoh izhar syafawi terbahagi kepada dua iaitu:

(i) Huruf-huruf izhar syafawi yang berlaku dalam dua kalimah sahaja. Keadaan ini berlaku pada lapan huruf iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.11.

Page 21: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

� TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH 52

Jadual 3.11: Contoh Izhar Syafawi dalam Dua Kalimah Sahaja

Huruf Contoh

Jim � ;X��) �E 9�&�# =�*�Y�' Surah Nuh: 12

Zal � 9�Z�2-�2����[ 9�Z2-�*�2��2\��' Surah al-Tur: 21

Kha � ;����B �� 2� �M 9�-)�� Surah Ali ÂImran: 110

Sod � �]�>�D��( 9�-)�� ��� Surah al-Baqarah: 23

Zo � ��%�F�#��̂ 9�-$�B�' Surah al-Baqarah: 51 Ghain � �_�� ̀� �@ 9���B���[ Surah al-Mulk: 24

Fa � 9�3 C�a�#� ��%�+���-�b ����� Surah al-NabaÊ: 3 Qaf ��%�#�J*�2� cW%�2> 9�3 =�� Surah al-Naml: 60

(ii) Huruf-huruf izhar syafawi yang berlaku dalam satu kalimah dan dua kalimah. Contohnya adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.12.

Jadual 3.12: Contoh Izhar Syafawi dalam Satu Kalimah dan Dua Kalimah

Huruf Contoh

Dalam Satu Kalimah Dalam Dua Kalimah

Hamzah � ��d F�e#� 9�&��#�� J�Z �B �.�B Ta � ��'���2-�f ��%�F��*�2\ 9�-)�� ���

Tha 9�&�#��g ��B ����D ;W����B ���h�0�h 9��

Ha � �����#� ��K�#� �i�T�f 9�-� �,�j W�B Dal � 9����$D �J��B�' 9�&�)��D 9�&�# Ra � ��K�#� �I�� �k����B�' 9�Z�2>l�� 9��m�' Zai � ��n��� ���� ��\�D��l 9�&G��B Sin � � �,�o ���� ��\����R 9�&��%�2$

Syin � ������-��2$ ;p��q��B ��/��r 9�-/ �E J�:�# Dhad � �%�����' �%G��s 9�Z�2-2��B�� [��

Page 22: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH � 53

To � ;t�u ;=���B ��:����v 9��m w��s��� ÂAin � 9�31��*��B �x�8�:�2� ��D���� 9�&���� ��)2g�*�2� Kaf �_��̀ � �@ �y�& F���2� 9�3��)2>�n���' ;<�n��z �=�� Lam � 9��m {����B�' c�%�) &�� c|�#|�# 9�Z�2$�V �� Nun � �}�f ~ ���� ��� ��%�F��d�$ 9�3�' Ha �� ��'�J�Z�f 9�Z �,�+$� �O�� ��%�!��v cW%�2> 9�3 W�B

Wau � 9�&�#��%��V�� c������' ��J�3�' 9�&���� ��� Ya � �� �9�( c{ F� c9 & ��%�* �E��2� 9�Z���*�#�'

Tanda Izhar Syafawi di Dalam Mushaf Izhar Syafawi di dalam mushaf diberikan tanda dengan mengekalkan tanda baris mati di atas mim sakinah.

HUKUM NUN DAN MIM TASYDID

Nun dan mim tasydid adalah huruf nun dan mim yang bertanda sabdu sama ada di awal, pertengahan mahupun di akhir kalimah. Hukum bagi nun dan mim tasydid (sabdu) adalah wajib dijelaskan dengung dengan kadar dua harakat. Dinamakan hukum ini (huruf ghunnah yang bertasydid) kerana ghunnah adalah sifat yang lazim bagi nun dan mim.

3.3

1. Nyatakan takrifan mim sakinah dan sebutkan pecahan-pecahannya.

2. Berikan nama lain bagi idgham syafawi.

3. Jelaskan empat contoh ikhfaÊ syafawi dan empat contoh izhar syafawi di dalam Al-Quran.

SEMAK KENDIRI 3.2

Page 23: Topik 3 Hukum Nun Sakinah Tanwim Dan Mim Sakinah

� TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH 54

Tiada beza antara nun atau mim yang bertasydid itu berada di awal kalimah ketika idgham, di tengah atau di hujung kalimah. Wajib ghunnah dengan kadar yang ditetapkan. Seperti contoh:

� Hukum nun sakinah adalah antara hukum yang sangat penting dalam ilmu

tajwid.

� Pembaca al-Quran mestilah memenuhi segala tuntutan di dalam topik nun sakinah.

� Di samping itu pembaca juga dituntut untuk mempraktikkan hukum mim sakinah yang hanya terbahagi kepada tiga bahagian.

Hukum mim sakinah Hukum nun sakinah Hukum tanwin Idgham Idgham soghir/mithlain IkhfaÊ haqiqi

IkhfaÊ syafawi Iqlab Izhar halqi Izhar syafawi

Nun dan mim tasydid

1. Huraikan kaedah bacaan nun dan mim tasydid.

2. Jelaskan bacaan nun dan mim tasydid ketika bacaan waqaf ke atasnya.

SEMAK KENDIRI 3.3