topik 6 sejarah pemikiran manusia

Upload: othman-che-yusoff

Post on 11-Oct-2015

205 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ة

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Dalam topik keenam ini, akan dibincangkan tentang falsafah dan ilmu mantik. Perbincangan tentang falsafah akan berkisar mengenai definisi falsafah dan cabang-cabangnya seperti metafisik, logik, etika, estetika, epistemologi dan falsafah khusus. Aliran-aliran falsafah dan tokoh-tokoh yang terlibat juga akan diterangkan. Di samping itu juga, akan dibincangkan tentang sejarah pertumbuhan ilmu mantik, perbezaan antara mantik klasik dan moden serta kaedah-kaedahnya.

    PENGENALAN KEPADA FALSAFAH

    Topik ini akan membincangkan tentang pengertian falsafah, sejarah ringkas pertumbuhannya serta cabang-cabangnya.

    6.1

    TTooppiikk

    6Sejarah Pemikiran Manusia

    6

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan definisi falsafah;

    2. Membezakan antara aliran-aliran falsafah dan tokoh-tokohnya;

    3. Menyatakan fakta serta hujah yang tepat berkenaan dengan falsafah;

    4. Membezakan antara mantik klasik dan mantik moden; dan

    5. Mengaplikasikan kaedah-kaedah mantik.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 108

    Perkataan falsafah asalnya daripada bahasa Yunani atau Greek Purba iaitu philosophia; philo = cinta, suka (loving), dan sophia = hikmah (wisdom), kebijaksanaan dan pengetahuan. Jadi philosophia bererti cinta kepada kebijaksanaan atau cinta kepada kebenaran. Maksudnya, orang yang berfalsafah ialah orang yang bijaksana. Orang yang cinta kepada pengetahuan disebut philosopher, dalam bahasa Arabnya failasuf. Pencinta ilmu pengetahuan ialah orang yang menjadikan pengetahuan sebagai tujuan hidupnya, atau dengan perkataan lain, mengabdikan dirinya kepada ilmu pengetahuan. Secara umumnya, falsafah ialah satu proses mendalami pengetahuan sesuatu perkara sehingga ke akar umbi hakikat kewujudan sesuatu perkara.Berikut adalah beberapa sejarah ringkas mengenai falsafah:

    (a) PPythagoras (580 500 SM) merupakan orang yang pertama menggelarkan dirinya sebagai ahli falsafah. Dia memperkenalkan perkataan falsafah dengan maksud kecintaan kepada hikmah dan menggunakannya dengan maksud perbahasan tentang tabiat sesuatu.

    (b) PPlato (427 347 SM) mengatakan bahawa falsafah tidaklah lain daripada pengetahuan tentang segala yang ada.

    (c) AAristotle (384 322 SM) pula berkata bahawa falsafah ialah satu disiplin yang menyelidiki asas dan sebab segala benda. Baginya falsafah dan ilmu adalah perkara yang sama.

    (d) AAl-Khindi (185 252 H/ 801 866 M) menyebutkan bahawa falsafah ialah ilmu tentang kewujudan benda-benda, ilmu tentang urusan ketuhanan dan kemanusiaan. Falsafah ketuhanan (metafizik) adalah bidang yang paling tinggi dalam falsafah.

    (e) AAl-Farabi (257 339 H/ 870 950 M) menerangkan bahawa falsafah adalah ilmu yang berkaitan dengan benda-benda wujud.

    (f) RRene Descartes (1596 1650 M) menyatakan bahawa falsafah merupakan pengkajian tentang hikmah. Ia adalah satu disiplin yang dapat menjelaskan hakikat kebenaran yang tertinggi.

    (g) IImmanuel Kant (1724 1804 M) menjelaskan bahawa falsafah adalah pokok pangkal segala pengetahuan yang merangkumi empat persoalan pokok:

    (i) Apakah yang dapat kita ketahui? (Persoalan metafizik)

    (ii) Apakah yang boleh kita kerjakan? (Persoalan etika)

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 109

    (iii) Sampai di manakah pengharapan kita (Persoalan agama)

    (iv) Apakah yang dinamakan manusia? (Persoalan antropologi) Oleh itu, falsafah boleh dibahagikan kepada cabang-cabang seperti berikut:

    Metafizik

    Logik

    Etika

    Estetika

    Epistemologi

    Falsafah khusus Jadual 6.1 menerangkan setiap cabang-cabang ini dengan lebih terperinci.

    Jadual 6.1: Cabang-cabang Falsafah

    Cabang-cabang

    Falsafah

    Penerangan

    Metafizik

    Dalam bahasa Inggeris: metaphysics, Latin: metaphysica daripada Yunani meta physica (sesudah fizika) yang terdiri daripada meta (setelah, melebihi) dan physikos (menyangkut alam) atau physis (alam).

    Ia bermaksud falsafah tentang hakikat yang ada di sebalik alam fizikal. Hakikat di sini bersifat abstrak dan di luar jangkauan pengalaman manusia. Tegasnya tentang realiti kehidupan di alam ini: Alam ini wujud atau tidak? Siapakah kita? Apakah peranan kita dalam kehidupan ini? Suatu kajian tentang sesuatu yang bersifat rohani dan yang tidak dapat diterangkan dengan kaedah penjelasan yang ditemukan dalam ilmu yang lain.

    Logik

    Dalam bahasa Inggeris: logic, Latin: logica, Yunani: logike atau logikos (ujaran yang dapat difahami atau akal budi yang berfungsi dengan baik, teratur dan sistematik).

    Bermaksud falsafah tentang fikiran / pendapat yang betul dan yang salah mengikut norma tertentu dalam kehidupan manusia, iaitu tentang penaakulan.

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 110

    Ia mengkaji peraturan membuat kesimpulan yang membolehkan kita mengemukakan cadangan dan hujah atas landasan yang betul dan boleh dipercayai serta tidak bercanggah dengan pemikiran rasional. Ia dapat dilihat dari dua segi:

    (i) LLogik deduktif: iaitu membuat kesimpulan daripada penyataan am hingga penyataan yang khusus.

    (ii) LLogik induktif: iaitu membuat kesimpulan daripada penyataan khusus hingga penyataan am yang tentatif.

    Etika

    Dari bahasa Yunani ethikos, ethos (adat, kebiasaan, praktik). Etika mencakup idea karakter dan kecondongan (disposisi) dan berhubungan dengan kegiatan praktis.

    Ia berkaitan tingkah laku yang baik dan yang buruk, iaitu tentang nilai-nilai moral dan peraturan kelakuan yang dipersetujui oleh masyarakat dunia.

    Suatu kebaikan dan kebenaran dapat dilihat sebagai objektif (padanan faktor realiti dan hal tertentu) atau subjektif. Hal ini melahirkan objektivisme etika atau subjektivisme etika.

    Estetika

    Ia sebagai cabang falsafah juga dikenali sebagai falsafah keindahan. Ia berasal daripada bahasa Yunani aisthetika yang bermaksud hal-hal yang dapat dicerap dengan pancaindera atau aisthesis yang bermaksud cerapan pancaindera.

    Ia digambarkan sebagai kajian falsafah tentang keindahan dan juga keburukan. Ia juga berkaitan dengan nilai bukan moral. Keadaan ini kerana ia mengkaji nilai kecantikan dan kesenian dalam pelbagai objek yang ditemukan di dalam alam ini.

    Antara persoalan-persoalan estetika ialah: Keindahan bersifat objektif atau subjektif? Apakah ukuran keindahan? Apakah keindahan itu sebenarnya? Apakah peranan keindahan dalam kehidupan? Bagaimanakah hubungan antara keindahan dengan kebenaran?

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 111

    Epistemologi

    Perkataan epistemologi berasal daripada kata bahasa Yunani episteme (pengetahuan, ilmu pengetahuan) dan logos (pengetahuan, maklumat), iaitu ilmu pengetahuan tentang pengetahuan. Ia juga dikenali sebagai teori pengetahuan.

    Ia adalah falsafah tentang ilmu pengetahuan, seperti: Apakah sumber pengetahuan? Apakah yang benar? Apakah yang murni?

    Falsafah Khusus

    Contohnya seperti falsafah ilmu pengetahuan. Adanya perbezaan antara falsafah ilmu alam dengan falsafah ilmu sosial, seperti falsafah sejarah, falsafah pendidikan, falsafah agama, falsafah hukum, falsafah politik dan falsafah bahasa.

    Falsafah yang berdasarkan kepada disiplin ilmu itulah yang dinamakan falsafah khusus. Falsafah jenis ini merupakan dasar daripada sebab penelitian ilmiahnya dalam bidang khusus tersebut.

    AKTIVITI 6.1

    Bahaskan bersama rakan anda tentang ilmu falsafah.

    ALIRAN DAN TOKOH FALSAFAH 6.2

    Perkembangan falsafah Barat boleh dibahagikan kepada empat tahap masa, iaitu:

    (a) Zaman Yunani Kuno (600 SM - 400 M)

    (b) Zaman Abad Pertengahan - Patristik dan Skolastik (300 - 1500 M)

    (c) Zaman Moden (1500 - 1800 M)

    (d) Zaman Sekarang (Selepas 1800 M) Di bawah ini, akan diterangkan beberapa aliran falsafah Barat dari aliran falsafah klasik dan aliran falsafah moden. Aliran falsafah klasik umpamanya; Prasokratik, Idealisme, Realisme, dan Skolastisisme (Realisme Keagamaan /Thomisme).

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 112

    6.2.1 Prasokratik (Sebelum Socrates)

    Dalam zaman ini, ia berusaha untuk memahami prinsip alam jagat. Zaman ini dianggap permulaan falsafah dan intelektualisme di Barat walaupun tidak tercatat. Di antara tokoh-tokoh yang muncul dari aliran ini, antaranya: (a) TThales (624-545 SM)

    Falsafah beliau adalah tentang gabungan sains dan metafizik. Beliau menyebut bahawa elemen yang mengisi segala ruang di alam jagat ialah air; air/kelembapan ialah sumber segala yang wujud di alam jagat.

    (b) AAnaximender (611-546 SM) Beliau berpendapat bahawa kedudukan bumi adalah tepat di tengah-tengah kosmos (sarwajagat). Beliau juga menyebut bahawa sesuatu itu tidak berlaku tanpa sebab; segala kejadian mestilah mempunyai punca.

    (c) PParmenides of Elea (abad 5 SM)

    Falsafah beliau adalah berkaitan konsep minda (nous). Beliau berpendapat bahawa mindalah yang memahami dan mentafsir alam jagat. Tanpa minda seseorang itu tidak dapat memberi apa-apa pengertian tentang alam jagat. Beliau juga menghuraikan konsep atom dan molekul.

    (d) HHericlitus (510-480 SM)

    Beliau memasyhurkan konsep dan prinsip logos (akal). Beliau menerangkan bahawa akal adalah sangat penting.

    (e) GGolongan Sophist

    (i) Kumpulan ahli pendidik profesional sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk mendidik/mengajar mereka yang memerlukan ilmu

    (ii) Mengenakan bayaran/upah

    (iii) Percaya tidak wujudnya nilai, ilmu

    (iv) Kebenaran hakiki; kesemua nilai adalah relatif

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 113

    6.2.2 Idealisme

    Aliran ini adalah aliran Barat yang sistematis dan paling tua selepas era Prasokratik. Ia bermula dari zaman Socrates. Socrates adalah ahli falsafah moral. Beliau banyak mengutarakan persoalan tentang kebaikan kemoralan, keadilan dan seumpamanya. Beliau menentang prinsip falsafah Sophist. Kaedah beliau dalam berfalsafah ialah melalui dialog dan proses dialektik. Beliau dihukum mati kerana mempengaruhi pemikiran para belia di Athens. Idea beliau dikumpul oleh muridnya, Plato, yang menubuhkan institusi pengajian Academy. Plato adalah pengasas Idealisme. Dua karya masyhur Plato ialah Republic dan Laws. (a) MMetafizik Idealisme

    Teras kepada kefahaman realiti ialah kewujudan dan kefahaman tentang Alam Idea Syumul (World of Forms/World of Perfect Ideas). Kefahaman Alam Idea Syumul hanya melalui taakulan. Alam Idea Syumul terdiri daripada:

    (i) Konsep

    (ii) Idea, ilmu dan nilai yang paling unggul

    (iii) Mutlak dan tidak berubah

    (iv) Kefahaman mengenainya menggerakkan minda secara aktif

    Alam Idea Syumul adalah bertentangan dengan alam deria/alam fizikal yang tidak kekal; tidak sistematis dan sentiasa berubah. Penulisan Allegory of the Cave oleh Plato menggambarkan tahap pemikiran manusia yang rendah yang terperangkap dengan makna ilmu sebenar dan ilusi. Manusia yang tidak menaakul ke arah memahami alam idea diibarat sebagai berada di dalam gua yang gelap.

    (b) EEpistemologi Idealisme Epistemologi idealisme ialah proses mengetahui untuk mendapat ilmu, iaitu:

    (i) Proses mengingat kembali idea yang terpendam.

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 114

    (ii) Manusia dianggap tidak mencipta ilmu tetapi menemuinya (discover).

    Epistemologi idealisme juga tahap penguasaan ilmu peringkat paling tinggi, iaitu:

    (i) Kefahaman forms (idea, konsep, struktur logikal).

    (ii) Ilmu matematik dianggap ilmu paling tinggi tahapnya kerana hanya menggunakan taakulan.

    Ilmu pengetahuan sebenar berbeza sama sekali dengan imaginasi, pendapat yang berteraskan persepsi (opinion). Ilmu pengetahuan yang berteraskan kemahiran dan fizikal sebagai berada di tahap rendah kerana tidak banyak taakulan.

    (c) AAksiologi Idealisme Aksiologi idealisme ialah prinsip nilai sejagat; menolak fahaman Sophist yang berpegang kepada nilai relatif; nilai paling mulia berada di alam Idea Syumul; kekal, sempurna.

    Tokoh-tokoh idealisme ialah:

    (i) Plato (Idealisme Platonik)

    (ii) Augustine (Idealisme Keagamaan)

    (iii) Rene Descartes (Bapa idealisme moden; skeptisisme)

    (iv) Immanuel Kant (Critique of Pure Reason); rasionalisme

    6.2.3 Realisme

    Realisme ialah aliran falsafah tradisional selepas Idealisme. Cabang-cabangnya adalah:

    (a) Realisme Klasik

    (b) Realisme Agama

    (c) Realisme Saintifik

    (d) Realisme Rasional

    (e) Realisme Natural

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 115

    Sekiranya dilihat dari sudut metafizik, Realisme adalah:

    (a) Menolak idealisme metafizik Alam Idea Syumul.

    (b) Realiti sebenar wujud hanya di alam fizikal.

    (c) Realiti sebenar disah oleh deria.

    (d) Realiti adalah objektif dan terdiri daripada jirim dan bentuk; jirim adalah realiti yang mutakhir atau a world of things.

    Tokohnya: Aristotle (384 SM-322 SM) Pelajar di Academy (pusat pengajian yang ditubuh oleh Plato) selama 20 tahun; kemudian menubuhkan pusat pengajian sendiri iaitu Lyceum. Setiap objek terdiri daripada jirim dan jisim yang berpotensi bertukar daripada keadaan asal menjadi bentuk yang lain. Actuality merujuk kepada bentuk asal yang lengkap dan sempurna. Potentiality merujuk kepada keupayaan atau potensi sesuatu objek untuk menukar atau berubah kepada bentuk lain. Konsep 4 Penyebab Aristotle yang menggerakkan sesuatu objek fizikal berpotensi untuk menukar bentuk (jisim).

    (a) Penyebab Material; jirim yang menghasilkan sesuatu objek

    (b) Penyebab Formal; bentuk/reka bentuk yang membentuk sesuatu objek

    (c) Penyebab Cekap (efficient); agen yang menghasilkan sesuatu objek

    (d) Penyebab Mutakhir; hala tuju/matlamat proses perubahan sesuatu objek Objek rumah (Penyebab material; kayu, besi dan sebagainya.)

    (a) Penyebab Formal: reka bentuk sesebuah rumah

    (b) Penyebab Cekap: tukang rumah, buruh membina rumah, penyetopik mutakhir; rumah sebagai tempat tinggal)

    Kuasa yang mencipta segala yang wujud bagi Aristotle ialah tuhan. Tuhan adalah realiti mutakhir:

    (a) Pencipta Pertama

    (b) Penggerak yang tidak digerakkan (Unmoved Mover)

    (c) Melampaui semua jirim dan jisim

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 116

    6.2.4 Skolastisisme (Realisme Keagamaan/Thomisme)

    (a) Pengasasnya adalah St. Thomas Aquinas (1225-1274).

    (b) Falsafah Realisme Aristotle telah memberi impak yang besar ke atas agama Kristian.

    (c) Aquinas tokoh terkemuka dalam mengembangkan prinsip Realisme pada Zaman Pertengahan di Eropah.

    (d) Dalam penulisan beliau, Summa Theologica, Aquinas gunakan kaedah rasional dalam menghurai persoalan berhubung agama Kristian.

    (e) Aquinas percaya bahawa tuhan bersifat sempurna dan pencipta alam dan semua bentuk kehidupan.

    (f) Nabi Isa a.s diiktiraf sebagai penyelamat manusia yang mewarisi dosa warisan asal (original sin).

    (g) Aquinas menyepadukan keimanan dan kerasional/taakulan untuk memahami prinsip ajaran agama Kristian.

    (h) Manusia dikurniakan tuhan dengan roh yang bersifat kekal dan jasad yang tidak kekal; elemen intelek/akal penting dalam aktiviti pemikiran manusia.

    (i) Kehidupan manusia yang dianggap sempurna adalah sentiasa berdamping dengan tuhannya; tuhan ialah Pencipta Pertama (First Cause).

    Manakala aliran falsafah moden pula iaitu pada era progresif, antaranya ialah:

    (a) Skeptisisme (Descartes dan David Hume)

    (b) Empirisisme (John Locke dan Francis Bacon)

    (c) Naturalisme (Jean Jacques Rousseau)

    (d) Materialisme (Karl Marx)

    (e) Existensialisme (Jean Paul Sartre)

    (f) Pragmatisme (John Dewey dan William James). Secara umumnya, aliran ini berasaskan kepada objektiviti dan penaakulan sistematis yang menggantikan kerohanian dan prinsip metafizik sebagai jalan ke arah mencari kebenaran. Ianya bermula dari reformasi (abad ke-14) oleh Martin Luther (1483-1546) yang mengasaskan Reformasi Protestant. Beliau memaku 95 theses di pintu gereja sebagai menentang penyalahgunaan kuasa gereja ortodoks.

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 117

    Menjelang abad ke-17 perkembangan sains moden; kemerosotan kuasa gereja ortodoks Roman Katolik; permulaan era pertengahan (Medieval Age) dan permulaan era progresif. Peralihan dari tumpuan kepada metafizik ke epistemologi saintifik dan logik dalam falsafah Rene Descartes: Ahli falsafah Barat pertama menganalisis konsep dan proses berfikir dan mengubah keseluruhan paradigma falsafah Barat. Jika falsafah tradisional mencari pengertian tentang Kehidupan Sempurna; realiti mutlak, alam jagat, ruh, tuhan, bermula dengan Descartes, ciri pemikiran falsafah Barat bertukar kepada proses berfikir secara matematik dan deduktif untuk memahami ilmu:

    (a) Descartes masyhur dengan Cogito Ergo Sum (I think, therefore I am) yang bermaksud kewujudan diri seseorang ialah satu kepastian yang tidak diragukan.

    (b) Falsafah moden dan prinsip pendidikannya menekankan teknik dan kaedah saintifik.

    (c) Perubahan daripada prinsip falsafah tradisional. Jika prinsip ini dikekalkan, penyesuaian dibuat dalam konteks era progresif.

    Manakala di kalangan orang Islam, telah muncul tokoh-tokoh falsafah seperti Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina, al-Ghazali, Ibn Rushd dan lain-lain lagi.

    AKTIVITI 6.2

    Bincangkan siapakah tokoh-tokoh falsafah Barat dan apakah aliran falsafah mereka.

    SEMAK KENDIRI 6.1

    1. Huraikan cabang-cabang falsafah.

    2. Kemukakan beberapa ahli falsafah di kalangan orang Islam.

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 118

    PENGENALAN KEPADA ILMU MANTIK

    Mantik (logik) adalah salah satu daripada cabang falsafah. Di bawah ini akan diterangkan pengertian ilmu mantik dari segi bahasa dan istilah. Pengertian ilmu mantik secara keseluruhannya dapat dibahagikan kepada dua, iaitu pengertian bahasa dan pengertian istilah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 6.2.

    Jadual 6.2: Pengertian Mantik dari Segi Bahasa dan Istilah

    Dari Segi Pengertian

    Bahasa Perkataaan mantik berasal daripada bahasa Yunani, iaitu logos yang bermaksud kata atau fikiran yang benar.

    Mengikut bahasa Arab, ia berasal daripada perkataan nataqa, yang bermaksud berkata atau bercakap.

    Manakala, mengikut pengertian kamus bahasa Melayu dikenali dengan nama logik, iaitu berfikir benar.

    Istilah

    (a) Ibn Sina telah mendefinisikan ilmu mantik sebagai suatu ilmu yang mengawal pemikiran manusia daripada tersalah dan terpesong sewaktu berfikir. Dalam erti kata lain lagi, beliau mentakrifkan ilmu mantik sebagai suatu ilmu untuk mencari dalil dan bukti serta menjadi peraturan-peraturan kepada manusia ketika berfikir.

    (b) Imam al-Ghazali mendefinisikan ilmu mantik sebagai suatu ilmu yang dapat membezakan antara suatu ilmu yang membawa ke arah kebenaran dan keyakinan dengan ilmu yang membawa pemikiran ke arah kesamaran dan kepalsuan. Oleh itu, ilmu mantik mengikut pendapat Imam al-Ghazali ialah ilmu yang membicarakan tentang peraturan-peraturan umum sewaktu berfikir, sekali gus mengarahkan serta memandu akal pemikiran manusia ke jalan yang benar dan mencapai matlamat yang betul. Dalam erti kata lain, Imam al-Ghazali mengatakan ilmu mantik adalah sebagai neraca segala ilmu atau mizan al-ilm.

    (c) Aristotle pula mendefinisikan ilmu mantik sebagai suatu ilmu yang merupakan alat serta asas kepada ilmu-ilmu lain.

    (d) Epicurus, seorang ahli falsafah Jerman (304SM -270SM) ada mengatakan bahawa ilmu mantik ialah sebuah kanun dan undang-undang berfikir.

    (e) Ibn Khaldun pula menyebut bahawa ilmu mantik ialah suatu peraturan dan undang-undang yang boleh menjelaskan antara

    6.3

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 119

    pemikiran yang benar dan pemikiran yang salah. Antara lain, mantik berfungsi untuk menjelaskan sesuatu hakikat.

    (f) Ada yang mengatakan bahawa mantik ialah suatu ilmu yang membahaskan tentang kaedah-kaedah umum supaya dapat menghasilkan pemikiran yang bernas.

    (g) Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa mantik ialah:

    (i) Ilmu yang membicarakan mengenai keadaan dan kedudukan penyusunan lafaz-lafaz yang terbentuk dalam akal dan pemikiran manusia.

    (ii) Ilmu yang membahaskan pemikiran manusia secara umum, sama ada ia pemikiran yang benar atau salah.

    (iii) Suatu ibarat yang membicarakan tentang kaedah-kaedah yang dapat memandu manusia ketika berfikir dan mereka melahirkan pemikiran bersesuaian dengan ucapan serta dapat menapis makluat-maklumat yang diterima sama ada benar atau salah.

    (iv) Peraturan dan undang-undang berfikir.

    (v) Suatu ilmu yang membahaskan pemikiran manusia supaya menjurus dan sampai kepada kebenaran.

    Manakala definisi ilmu mantik sebagaimana yang diterima oleh majoriti ahli mantik ialah suatu ilmu yang mengandungi peraturan-peraturan untuk memandu serta mengawal akal pemikiran manusia sewaktu berfikir supaya berfikir dengan matang dan betul mengikut matlamat sebenar (Ab.Latif:1997) Sebagai rumusannya, biarpun terdapat beberapa istilah dan pengertian yang berbeza-beza diberikan oleh pakar ilmu mantik dengan mengikut kefahaman masing-masing, namun perbezaan tersebut hanyalah dari segi ibarat dan lafaz sahaja. Maksud dan apa yang hendak disampaikan adalah sama, iaitu mantik ialah suatu ilmu yang membahaskan tentang pemikiran dan apa yang tergambar dalam akal pemikiran manusia supaya diterjemahkan menjadi teori yang benar.

    AKTIVITI 6.3

    Terangkan pengertian ilmu mantik dari segi bahasa dan istilah.

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 120

    SEJARAH PERTUMBUHAN ILMU MANTIK KLASIK DAN MODEN 6.4

    Dari sudut masa, mantik boleh terbahagi kepada dua: mantik klasik dan mantik moden. Di bawah ini akan dibincangkan mengenai kedua-dua jenis mantik tersebut.

    6.4.1 SEJARAH MANTIK KLASIK

    Mantik klasik telah muncul secara tidak langsung semenjak kurun ke-6 sebelum Masihi. Sebagai contohnya, pada kurun ke-6 SM, Pythagoras (580 - 500 SM) telah mencipta Teorem Pythagoras untuk mencari keluasan atau panjang sesebuah segi tiga bersudut tegak sekiranya panjang dua sisi lain diketahui. Beliau juga mencipta Akas Pythagoras yang digunakan untuk menentukan sama ada suatu segi tiga itu bersudut tegak atau tidak. Kedua-dua teori tersebut menggunakan kaedah matematik berserta logik akal untuk mencari keputusan. Teorem Pythagoras kemudiannya disadur serta diserapkan ke dalam kaedah al-Qias, iaitu kata-kata yang tersusun daripada dua ayat yang menyebabkan lahir ayat ketiga yang dinamakan natijah. Contohnya; alam ini berubah-ubah. Semua yang berubah adalah baru. Natijahnya, alam ini adalah baru. Akas Pythagoras pula telah diserapkan ke dalam kaedah al-Aks, iaitu menukar cerita bagi sesuatu susunan ayat dengan mengekalkan kebenarannya ataupun mengeluarkan hukum atau keputusan melalui cara menukar keputusan yang sedia ada dengan mengekalkan kebenaran hukumnya. Contohnya: Manusia pandai membaca; Akas, yang pandai membaca adalah manusia. Pada zaman Socrates pula, ilmu mantik telah digunakan dalam ilmu perdebatan dan berhujah. Selain itu, beliau juga telah menggunakan akal pemikiran dan logik akal untuk memikirkan alam dan cakerawala, seterusnya membuat kesimpulan bahawa ada pencipta mutlak serta menyeru masyarakat mempercayai satu tuhan. Selepas itu, kaedah berfikir dengan benar dan berdebat diteruskan oleh murid beliau, Plato yang menggunakan kaedah al-Jadal untuk mematikan hujah dan pendapat golongan Sufustaiyyun yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan penilaian pancaindera dan akal sepenuhnya. Plato juga berdebat dengan golongan tersebut, yang menggunakan bahasa yang mengelirukan untuk memesongkan fikiran masyarakat. Walaupun secara tidak langsung, ilmu mantik telah wujud semenjak kurun ke-6 SM, namun mengikut pendapat-pendapat yang masyhur, kaedah dan ilmu

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 121

    mantik yang masih bercampur aduk dalam pelbagai ilmu itu akhirnya diasingkan dan disusun oleh Aristotle menjadi suatu ilmu yang tersendiri pada kurun ke-4 SM. Ekoran asas dan penyusunan yang dibuat oleh beliau, akhirnya ilmu mantik terus berkembang sebagai kaedah untuk mencari bukti, berhujah serta membuat kesimpulan berdasarkan logik akal dan pemikiran yang benar (Ab.Latif: 1997).

    6.4.2 Pengertian Mantik Moden

    Mantik moden mempunyai banyak pengertian, antaranya:

    (a) Suatu ilmu yang membicarakan tentang peraturan-peraturan atau metod-metod sains dan kajian ilmiah yang perlu diikuti oleh pengkaji dalam kajian dan penyelidikan mereka.

    (b) Suatu ilmu yang mementingkan tentang inti pemikiran dan sejauh mana ia menepati kenyataan, seterusnya menentukan kaedah-kaedah yang dilalui oleh pengkaji-pengkaji untuk mendedahkan hakikat ilmu yang pelbagai. Lantaran itulah ia lebih dikenali dengan metod kajian ilmiah dalam sains moden.

    (c) Suatu ilmu yang memberi penekanan kepada cara atau kaedah yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji dalam kajian mereka (Ab. Latif:1997).

    6.4.3 Sejarah Mantik Moden

    Mantik moden lahir ekoran perkembangan dan pembaharuan yang dibuat oleh saintis-saintis dalam kajian mereka berdasarkan kaedah kajian ilmiah dan sains moden. Teori dan metod mantik klasik yang disusun dan dibawa oleh Aristotle semenjak kurun ke-4 SM mempengaruhi dan diikuti oleh masyarakat Yunani khususnya masyarakat Eropah dan masyarakat Islam di Tanah Arab amnya tanpa tambahan dan kritikan. Namun, setelah ilmu sains dan penyelidikan moden yang menekankan teori, penciptaan alat-alat moden serta konsep percubaan saintifik berkembang, aliran pemikiran dan metod mantik klasik Aristotle mula dipertikaikan. Sebagai contoh, teori beliau yang mengatakan bumi ini dikelilingi oleh matahari dan planet-planet lain. Selain itu, saintis dan ahli mantik moden mula mengkritik metod mantik klasik Aristotle kerana ia lebih bercorak teori dan penilaian. Keputusan pula dibuat melalui akal pemikiran dan pengalaman yang tidak lengkap dan tidak boleh diikuti sepenuhnya.

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 122

    Pertumbuhan mantik moden tidak dapat dikesan secara pasti bila kemunculannya. Apa yang jelas, ia berasal daripada pemikiran masyarakat Islam akibat perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat pada zaman pemerintahan kerajaan Umaiyyah di Andalus, Sepanyol. Antara saintis dan ahli mantik moden Islam yang terkenal ialah Ibn Hayyan, Ibn Haitham dan Ibn Sina. Namun, setelah kejatuhan kerajaan Islam ke tangan orang-orang Eropah dan Kristian, perbendaharaan ilmu pengetahuan dan kemajuan telah berpindah ke tangan mereka dan mereka kembangkan, dan seterusnya menisbahkan pertumbuhan mantik moden berasal daripada mereka. Sejarah mantik moden dan kajian sains yang dipelopori oleh orang-orang Eropah mula dikenal pasti pada abad ke-13M. Antara faktor pendorong utama ialah penubuhan Universiti Bologna di Paris dan Universiti Oxford di Britain, kemunculan para ilmuan yang bersifat positif dan kritis. Saintis-saintis barat kemudiannya memperluaskan bidang mantik moden menjadi bidang yang lebih khusus, seperti matematik, kejuruteraan, kesenian dan kedoktoran. Dalam konteks lain, tokoh-tokoh pemikir Barat ingin membebaskan masyarakat mereka daripada pengaruh Paus (Pope) dan paderi gereja, seperti Roger Bacon (1214-1294 M), Martin Luther (1483-1546 M) dan John Calvin (1509-1564 M). Mereka menyeru masyarakat supaya berfikir secara logik dan membuka ruang kepada kebebasan berfikir, kerana masyarakat mereka mengikuti apa sahaja yang ditetapkan oleh gereja tanpa pembuktian dan pemikiran yang jelas. Setelah itu lahirlah tokoh aliran saintifik dari semasa ke semasa dan dapat mengambil tempat kekuasaan gereja, serta mengubah pemikiran masyarakat Eropah (Ab. Latif:1997).

    6.4.4 Perbezaan Mantik Klasik dan Moden

    Walaupun kedua-dua mantik klasik dan mantik moden ada persamaan dari segi hakikat dan tujuan, terdapat banyak perbezaan yang dapat dirumuskan, iaitu:

    (a) Mantik klasik hanya mengkaji bentuk-bentuk pemikiran dan mencipta peraturan-peraturan yang berbentuk teori. Mantik moden pula mengkaji bahan-bahan yang menyebabkan lahirnya pemikiran itu dan sebab musabab sesuatu perkara wujud dan lahir serta mengaitkannya dengan apa yang terdapat pada kenyataan. Mantik moden juga menggariskan pemikiran dan peraturan-peraturan yang memandu pengkaji dan pemikir yang mematuhi kaedah yang ditetapkan untuk mencapai penemuan-penemuan baru.

    (b) Mantik klasik memusatkan perhatiannya terhadap fizikal sesuatu benda, tanpa menilai dan meneliti kaitan antara perkara-perkara yang dikaji.

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 123

    Mantik moden pula menumpukan kajiannya terhadap sesuatu perkara dan bagaimana ia berlaku, sebab-sebabnya dan hubungan antara satu sama lain.

    (c) Mantik klasik mengutamakan teori semata-mata. Mantik moden pula lebih menumpukan kepada percubaan dan amali terhadap teori yang digariskan.

    (d) Mantik klasik tidak mementingkan pelaksanaan yang saintifik bagi setiap keputusan yang diperolehi dan tidak menjelaskan sama ada sesuatu kajian dan teori boleh dipraktikkan di dalam kehidupan atau tidak. Mantik moden pula lebih mementingkan setiap keputusan yang mempunyai nilai saintifik dalam menyelesaikan masalah, di samping mengawal peraturan-peraturan hasil keputusan tersebut.

    (e) Mantik klasik mengkaji pemikiran dari sudut pokok perbicaraan tentang undang-undang dan kaedah-kaedah pemikiran umum. Mantik moden mengutamakan inti sari dan matlamat pemikiran tersebut, kerana pemikiran yang benar mesti dibuktikan dengan ujian dan penilaian yang tepat dengan kenyataan. Mantik moden juga menggariskan kaedah-kaedah yang perlu dilalui dan diikuti oleh pengkaji dalam kajian ilmu mereka.

    (f) Mantik klasik mengkaji pemikiran manusia dari sudut teori dan meletakkan peraturan-peraturan untuk mengawal pemikiran manusia dari kesalahan ketika berfikir. Mantik moden memberi penekanan terhadap kajian sains dalam bentuk teori dan amali serentak untuk keputusan yang lebih meyakinkan (Ab.Latif: 1997).

    6.4.5 Perkembangan Ilmu Mantik dalam Masyarakat Islam

    Secara tidak langsung, ilmu mantik lahir, bertapak dan berkembang dalam masyarakat Islam seiring dengan perutusan Nabi Muhammad s.a.w lagi. Hal ini boleh dilihat melalui hadis baginda yang mengandungi penuturan yang sememangnya menggunakan logik dan kebenaran berita yang diperkatakan semuanya benar tanpa sebarang pertikaian lagi. Pertumbuhan ilmu mantik mula berkembang ekoran perselisihan umat Islam dalam persoalan Imamah, khasnya saat akhir pemerintahan Khulafa al-Rasyidin dan awal pemerintahan Bani Umaiyyah. Pada abad ke-2 Hijrah telah muncul ulama mujtahid dari kalangan al-Tabiin dan Tabi al-Tabiin yang menggunakan kaedah al-Qias dalam ilmu Usul al-Fiqh, khasnya untuk mengeluarkan hukum syarak berdasarkan dalil.

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 124

    Secara langsungnya, ilmu mantik mempengaruhi dan bertapak dalam masyarakat Islam ekoran pertapakan dan perkembangan ilmu kalam. Tokoh terkenal yang membincangkan ilmu tersebut seterusnya mendokong aliran Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah ialah Abu Hassan al-Asyary dan Abu Mansur al-Maturidy. Mereka mempertahankan aliran Ahli al-Sunnah dengan menggabungkan dalil akal berserta al-Quran dan Hadis untuk berhujah. Ulama Islam juga telah mempelajari ilmu mantik dan menggunakan hujah serta logik akal untuk berdebat dengan ahli al-Kitab dan Parsi yang menggunakan falsafah dan mantik untuk berdebat dengan orang Islam. Begitu juga untuk berdebat dengan golongan Atheis dan al-Dahriyyun yang tidak mengakui kewujudan Allah dan menolak pendapat mereka yang mengatakan alam ini terjadi dengan sendiri. Ilmu ini berkembang pesat dan mulai bertapak dengan kukuh dalam masyarakat Islam pada masa pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, khasnya pada masa pemerintahan Abu Jaafar al-Mansur dan al-Makmun. Masa itu merupakan kemuncak kepada perkembangan dan penterjemahan buku-buku Yunani dan ilmu mantik. Contohnya, Abu Bakar al-Mansur telah mengarahkan Abdullah bin al-Mukhafa supaya menterjemah kitab The Organon karya Aristotle daripada bahasa Yunani ke dalam bahasa Arab dan menggalakkan masyarakat Islam mempelajari ilmu mantik untuk berdebat dan mematah hujah. Ini kerana pada zaman beliau banyak berlaku perdebatan antara orang Islam dan Ahli Kitab yang menggunakan logik akal dan ilmu mantik Yunani. Selain itu, orang-orang Parsi juga menggunakan akal untuk menguatkan kepercayaan mereka yang disadur daripada falsafah Yunani. Perkembangan ilmu mantik dan kegiatan menterjemah buku-buku mantik mencapai kemuncaknya semasa pemerintahan al-Makmun bin Harun al-Rasyid. Beliau merupakan khalifah yang suka kepada kebebasan berfikir, dan banyak terpengaruh serta sentiasa berdamping dengan tokoh-tokoh Muktazilah, seperti Abu Huzail al-Allaf yang banyak menggunakan akal untuk mentakwil dan mentafsir al-Quran dan hadis. Beliau juga sangat meminati semua jenis ilmu pengetahuan, khususnya ilmu keagamaan, justeru menggalakkan rakyatnya mendalami semua bidang ilmu dan memberi upah yang lumayan kepada sesiapa sahaja yang menterjemah dan mengarang buku (Ab.Latif: 1997).

    6.4.6 Peranan Ilmu Mantik dalam Kehidupan

    Antara faedah dan kepentingan ilmu mantik dalam kehidupan ialah:

    (a) Ilmu mantik merupakan peraturan yang bertujuan untuk menilai segala tanggapan akal manusia supaya melahirkan teori dan praktikal yang benar,

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 125

    seterusnya mencapai matlamat yang dikehendaki. Ia berperanan sebagai alat dan peraturan yang memandu akal manusia supaya mereka mengikuti segala peraturan mantik.

    (b) Ilmu mantik merupakan alat serta asas kepada segala ilmu yang lain. Imam al-Ghazali berpendapat bahawa mantik merupakan ilmu kepada segala ilmu yang lain, atau neraca segala ilmu. Sesiapa yang tidak mempelajari ilmu mantik, segala ilmu yang dipelajari dan diketahuinya masih tidak dapat diyakini.

    (c) Ilmu mantik mempunyai hubungan dengan ilmu akhlak, yang mengandungi teori serta perbuatan logik seperti sifat sabar, tekun dan rajin. Untuk melaksanakan sifat-sifat tersebut, seseorang yang waras terlebih dahulu menggunakan peraturan mantik dalam memahami pengertian dan hakikat, sebelum menilai serta melaksanakannya.

    (d) Akal dan mantik merupakan faktor manusia berilmu. Pada asalnya, manusia dilahirkan tanpa mengerti apa-apa. Semua ilmu yang diperoleh melalui deria dan pancaindera disampaikan kepada akal terlebih dahulu. Akal dan mantik yang menilai dan membuat keputusan.

    (e) Menurut al-Farabi, mantik membentuk landasan-landasan yang bertujuan dan mampu membentuk pemikiran manusia, sekali gus memandu manusia ke arah kebenaran dalam semua lapangan yang difikir oleh akal manusia. Ia juga sebagai alat untuk menguji lapangan pemikiran daripada kemungkinan berlaku kesilapan dan membetulkannya.

    (f) Ilmu mantik juga adalah panduan hidup manusia ketika berfikir dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian, sepanjang hayat mereka.

    (g) Ilmu mantik berperanan sebagai salah satu daripada al-Ilmu al-Nazariyyah, iaitu ilmu yang berbentuk teori yang penting bagi menilai dan mengetahui maklumat tentang sesuatu yang belum diketahui, berdasarkan maklumat yang telah sedia ada.

    (h) Menurut Imam al-Ghazali, ilmu mantik berperanan mengelakkan diri seseorang daripada penguasaan nafsu dan naluri dan terlalu berpandukan kepada akal.

    (i) Ilmu mantik memandu seseorang ke arah pengukuhan akidah dan mengakui keesaan Allah. Penguasaan ilmu mantik memberikan seseorang kemampuan mengkritik semua bidang ilmu pengetahuan.

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 126

    (j) Ilmu mantik membantu dalam mengeluarkan hukum syarak, contohnya dalam aplikasi dalil al-Qias.

    (k) Ilmu mantik dan penggunaan logik akal sering digunakan dalam majlis perdebatan dan perbahasan, terutamanya untuk berdebat dengan ahli kitab dan golongan ateis (Ab.Latif: 1997).

    AKTIVITI 6.4

    Terangkan perbezaan antara mantik klasik dan mantik moden.

    KAEDAH-KAEDAH MANTIK Berikut adalah kaedah-kaedah yang berkaitan dengan mantik klasik:

    (a) Al-Tasawwurat

    (b) Al-Tasdiqat

    (c) Al-Istidlalat Jadual 6.3 menerangkan setiap kaedah-kaedah ini dengan lebih terperinci.

    Jadual 6.3: Kaedah-kaedah Mantik

    Kaedah Penerangan

    Al-Tasawwurat

    Al-Tasawwurat ialah suatu gambaran yang lahir daripada pemikiran seseorang, yang mana dengan pemikiran itu dia dapat mengetahui hakikat sesuatu mufrad (benda tunggal) misalnya: rumah, kereta, pokok.

    Dalam konteks lain, al-Tasawwurat ialah segala bentuk gambaran dan tanggapan yang terbentuk dalam pemikiran seseorang, iaitu memahami dan menanggapi sesuatu tanpa memberi sebarang hukum.

    Al-Tasdiqat

    Perbahasan tentang al-Tasdiqat merupakan perbahasan pelengkap kepada al-Tasawwurat. Ia adalah untuk menentukan dan mencari kebenaran terhadap sesuatu kenyataan atau untuk mempastikan kebenaran sesuatu teori. Perbahasan yang berkaitan secara langsung dengan al-Tasdiqat ialah tentang al-Qadhiyah. Al-Qadhiyah merupakan sesuatu kenyataan yang boleh dijangka

    6.5

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 127

    atau dianggap benar atau salah dengan melihat kepada kenyataan yang dibuat itu sahaja, tanpa melihat kepada siapa yang memperkatakannya. Contohnya: Ali pergi ke pasar. Kenyataan ini mungkin benar dan mungkin salah. Justeru itu untuk mempastikan kenyataan itu benar atau sebaliknya, penyelidikan dan penelitian hendaklah dilakukan. Jika didapati ia betul dengan kenyataan, maka ia adalah benar; begitulah sebaliknya.

    Al-Istidlalat

    Perbahasan al-Istidlalat ialah perbincangan untuk mencari dalil secara intinbat. Ia merupakan perbahasan lanjutan daripada al-Tasdiqat, iaitu perbahasan untuk membuat keputusan (Ab.Latif: 1997)

    AKTIVITI 6.5

    Huraikan dengan ringkas kaedah-kaedah mantik.

    SEMAK KENDIRI 6.2

    Huraikan sejarah pertumbuhan ilmu mantik.

    Perkataan falsafah asalnya daripada bahasa Yunani atau Greek Purba yang bermaksud cinta kepada kebijaksanaan atau cinta kepada kebenaran.

    Secara umumnya, falsafah ialah satu proses mendalami pengetahuan tentang sesuatu perkara sehingga ke akar umbi hakikat kewujudannya.

    Perkembangan falsafah Barat boleh dibahagikan kepada empat tahap masa: Zaman Yunani Kuno (600 SM - 400 M), Zaman Abad Pertengahan Patristik dan Skolastik (300 M - 1500 M), Zaman Moden (1500 M - 1800 M) dan zaman sekarang (selepas 1800 M).

    Mantik ialah suatu ilmu yang membahaskan tentang pemikiran dan apa yang tergambar dalam akal pemikiran manusia untuk diterjemahkan sebagai teori yang benar.

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 128

    Walaupun secara tidak langsung ilmu mantik telah wujud semenjak kurun ke-6 SM., kaedah ilmu mantik telah disusun oleh Aristotle menjadi suatu ilmu yang tersendiri pada kurun ke-4 SM dan terus berkembang.

    Mantik moden lebih dikenali sebagai metod kajian ilmiah dalam ilmu sains moden.

    Pertumbuhan mantik moden berasal daripada pemikiran masyarakat Islam hasil perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat pada zaman pemerintahan kerajaan Umaiyyah di Andalus, Sepanyol.

    Walaupun kedua-dua mantik klasik dan mantik moden ada persamaan dari segi hakikat dan tujuan, terdapat banyak perbezaan antara kedua-duanya.

    Ilmu mantik lahir, bertapak dan berkembang dalam masyarakat Islam seiring dengan perutusan Nabi Muhammad s.a.w.

    Perkembangan ilmu mantik dan kegiatan menterjemah buku-buku mantik mencapai kemuncaknya pada masa pemerintahan al-Makmun bin Harun al-Rasyid.

    Antara faedah dan kepentingan ilmu mantik dalam kehidupan ialah memandu seseorang ke arah pengukuhan akidah dan mengakui keesaan Allah, dan membolehkan seseorang mampu mengkritik semua bidang ilmu pengetahuan.

    Aliran Falsafah

    Empirisisme

    Existensialisme

    Falsafah

    Falsafah moden

    Idealisme

    Kaedah mantik

    Mantik klasik

    Mantik moden

    M

    N

    P

    P

    P

    R

    S

    S

    aterialisme

    aturalisme

    emikiran manusia

    ragmatisme

    rasokratik

    ealisme

    kolastisisme

    keptisisme

  • TOPIK 6 SEJARAH PEMIKIRAN MANUSIA 129

    Ab. Latif B. Muda, Rosmawati Ali. (1997). Pengantar ilmu mantik (Teks Komprehensif Pengajian Islam). Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

    Wikipedia Eksiklopedia Bebas: http://ms.wikipedia.org/wiki/ dan http://en.wikipedia.org/wiki/

    Zulekha Yusoff. (1999). Sejarah dan falsafah sains Islam I. Shah Alam: Pusat Pendidikan Islam, Institut Teknologi Mara.