tugasa titas (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

76
ISI KANDUNGAN Muka Surat 1.0) Pengakuan ………………………………………………….. 2 2.0) Penghargaan ………………………………………………….. 3 3.0) Pengenalan …………………………………………………. 4 4.0) Esei ………………………………………………….. 5-42 4.1) Soalan 1 …………………………………………………. 5-18 4.2) Soalan 2 …………………………………………………. 19-27 4.3) Soalan 3 …………………………………………………. 28-42 5.0) Refleksi …………………………………………………. 43-45 6.0) Lampiran …………………………………………………. 46-54 7.0) Rujukan …………………………………………………. 55 1

Upload: syafa-qiesyaz

Post on 08-Dec-2014

276 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0) Pengakuan ………………………………………………….. 2

2.0) Penghargaan ………………………………………………….. 3

3.0) Pengenalan …………………………………………………. 4

4.0) Esei ………………………………………………….. 5-42

4.1) Soalan 1 …………………………………………………. 5-18

4.2) Soalan 2 …………………………………………………. 19-27

4.3) Soalan 3 …………………………………………………. 28-42

5.0) Refleksi …………………………………………………. 43-45

6.0) Lampiran …………………………………………………. 46-54

7.0) Rujukan …………………………………………………. 55

1

Page 2: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

1.0) Pengakuan

“Saya mengakui bahawa karya ini adaah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan bagi tiap-tiap satunya telah saya jeaskan sumbernya”

Nur Syafawani Binti A.B Yassin

921031-12-6308

……………………………….

2

Page 3: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

2.0) Penghargaan

Akhirnya saya berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan. Bersyukur

saya ke hadrat Ilahi kerana rezeki kesihatan, kecerdasan dan lain-lain yang telah

menjadi faktor utama kejayaan saya menyempurnakan tugasan bagi subjek Tamadun

Islam dan Tamadun Asia.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pensyarah pembimbing

Ustazah Saidah Khadijah Bt Ahmad, rakan-rakan dan tidak lupa kepada keluarga saya

terutama sekali ibubapa yang sering menjadi pendorong bagi diri saya.

Akhir sekali ucapan terima kasih ditujukan kepada sesiapa yang telah membantu

saya dalam menyempurnakan tugasan secara langsung ataupun tidak langsung. Pulau

Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah,

budi yang baik dikenang juga.

3

Page 4: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

3.0) Pendahuluan

Tamadun Melayu yang muncul di Asia bangkit dan membangun hasil daripada

pengaruh-pengaruh dari tamadun-tamadun yang lain seperti tamadun China, India, dan

lain-lain, Pengaruh ketamadunan daripada pelbaga aspek merupakan hasil interaksi

yang positif antara tamadun yang ada.

Kemunculan tamadun Islam telah menyebabkan beberapa perubahan telah

berlaku dalam tamadun Melayu yang mana sehingga kini diterapkan daam kehidupan

seharian. Pengaruh tamadun Islam kini menjadi sebahagian daripada cara hidup

penduduk di Asia.

Terdapat juga banyak tokoh-tokoh Isam yang lahir dalam tamadun Islam di Asia.

Setiap dari mereka mempunyai kemahiran yang berbeza dan mempunyai sumbangan

dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

4

Page 5: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

4.0) Esei

4.1) Menghuraikan interaksi antara pelbagai tamadun seperti Melayu,

Cina, India, dan Jepun dan Islam dalam Tamadun melayu.

Interaksi antara pebagai tamadun seperti Melayu, China, India, Jepun dan Islam

dalam Tamadun melayu teah berlangsung sejak berabad lamanya. Setiap tamadun

mempunyai perbezaan serta keunikan yang tersendiri. Kewujudan interaksi antara

tamadun lahir disebabkan semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling hormat-

menghormati antara tamadun.

Sebelum kita pergi jauh, adalah lebih baik kita mengupas serta meneliti apakah

yang dimaksudkan dengan perkataan ‘interaksi’. Maksud umum bagi perkataan

‘interaksi’ adalah pertemuan, perhubungan dan komunikasi antara individu bersama

individu yang lain, individu bersama masyarakat dan masyarakat bersama masyarakat

yang lain. Menurut Kamus Dewan, perkataan interaksi ialah, tindakan atau

perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak.

Proses interaksi bermula dengan prose pembudayaan yang mengintegrasikan

masyarakat berbilang kaum dan etnik. Contoh yang terdekat adalah seperti Malaysia,

masyarakat yang berbilang kaum namun mampu untuk berinteraksi antara mereka

seperti kaum Dusun, Bajau, Murut dan lain-lain. Apabila proses interaksi antara budaya

sudah terhasil maka ianya akan membentuk interaksi peringkat tamadun. Perdagangan

merupakan kunci kepada interaksi antara tamadun di dunia khususnya bagi Asia.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi interaksi antara sesebuah

tamadun dengan tamadun yang lain. Faktor yang pertama adaah kepimpinan. Peranan

pemimpin sangat penting bagi melaksanakan misi dan visi untuk memajukan bangsa

dengan cara berinteraksi bersama tamadun lain. Oleh itu, pemimpin atau raja haruslah

bersikap toleransi terhadap rakyat serta mengelakkan sifat pemerintahan kuku besi.

Nabi Muhammad SAW merupakan contoh pemimpin yang terbaik. Orang Yahudi serta

Kristian tidak dilayan dengan buruk semasa pemerintahan Nabi Muhammad SAW di

Madinah malahan mereka diberikan tempat tinggal serta dilindungi oleh undang-undang

di Madinah ataupun lebih dikenali sebagai ‘Piagam Madinah’. Faktor seterusnya adalah

5

Page 6: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

peranan golongan agamawan. Peranan agamawan ini dipegang oleh orang yang

berbeza dalam setiap tamadun seperti contoh, bagi Tamadun Islam peranan ini dimiiki

oleh para ulama’, bagi Tamadun India ianya lebih dikenali sebagai Brahmin, Tamadun

China pula dipegang oleh sami dah golongan agama daam fahaman Kristian pula

didokong oleh Paderi.

Faktor yang ketiga adalah faktor geografi. Kedudukan yang strategik

memungkinkan terhasilnya interaksi bersama tamadun lain. Sejarah membuktikan

bahawa kedudukan geografi memainkan peranan penting sebagai pembentuk interaksi

antara tamadun. Pelabuhan Melaka adalah salah satu contoh yang membuktikan

kepentingan kedudukan geografi. Melaka mempunyai kedudukan geografi yang

strategic dan terlindung daripada angina monsun. Ha ini menyebabkan ianya menjadi

tumpuan serta tempat persinggahan para pedagang. Bukan itu sahaja, para pedagang

juga menjalankan aktiviti perniagaan di pelabuhan Melaka sehingga akhirnya Melaka

diangkat sebagai salah satu pelabuhan entrepot pada masa itu. Faktor seterusnya

adalah perdagangan. Hubungan perdagangan antara Tamadun Melayu dengan

tamadun lain telah terjalin sejak dahulu lagi. Rekod rasmi China bertarikh 658M

mencatatkan Kedah pernah menjalinkan hubungan diplomatic dengan China dan para

pedagang Kedah berdagang sehingga ke China. Perkahwinan juga memainkan

peranan penting dalam pembentukan interaksi antara tamadun. Contoh yang boleh

dilihat adalah interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun China melalui

perkahwinan antara Sultan Mahmud dan juga Puteri Hang Li Po. Antara contoh lain

adalah perkahwinan antara Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai. Faktor terakhir

adalah misi politik. Berdasarkan catatan sejarah Melaka, hubungan diplomatic antara

Melaka dan China telah terjalin sejak tahun 1404M. Hubungan antara Meaka dan China

terjalin kerana Melaka ingin mendapatkan perlindungan daripada ancaman Siam.

Atas dasar faktor-faktor interaksi antara Tamadun Melayu bersama tamadun-

tamadun lain melahirkan banyak kesan terhadap Tamadun Melayu. Antara beberapa

tamadun yang pernah menjalinkan interaksi bersama Tamadun Melayu adalah

Tamadun India, Tamadun China, Tamadun Islam dan Tamadun Jepun.. Saya akan

6

Page 7: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

memberikan kesan-kesan hasil daripada interaksi Tamadun Melayu bersama tamadun-

tamadun ini.

Interaksi antara Tamadun CIna – Tamadun Melayu

Pertama sekali, kita akan melihat kepada hubungan diantara Tamadun

China dan juga Tamadun Melayu.Rekod rasmi China bertarikh 638M mencatatkan

Kedah pernah mnejainkan hubungan diplomatik dengan China dan para Pedagang

daripada Kedah berdagang ke China. Kedah menjadi pusat perhentian utama bagi sami

Buddha dari china yang belayar melalui Selat Melaka untuk ke India sekItar tahun

250M. Berdasarkan catatan sejarah negeri Melaka ada menyebutkan mengenai

interaksi antara China dan juga Melaka. Pada tahun 1403, Laksamana Yin Ching pada

masa itu sedang berada dala misi perdagangan dan telah singgah di Melaka dan sekali

menjalinkan hubungan diplomatik sekaligus perdagangan antara China-Melaka. Dua

tahun kemudian, pemerintah Melaka pada waktu itu, Parameswara telah menghantar

utusannya ke China bagi mengukuhkan hubungan diplomatik yang telah terjalin.

Hubungan yang telah sedia ada itu tidak hanya terhenti disitu, pada tahun 1409,

Laksamana Cheng Ho (Zheng He) ketua armada perdagangan China dan para

pembesar mengunjungi Melaka sekali lagi lalu Parameswara membalas lawatan kali itu.

Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan sebanyak 540 orang serta

ditemani Laksamana Cheng Ho teah belayar ke China bagi melawat Chung Ho,

Maharaja Dinasti Ming di China.

Setelah 38 tahun berlalu, walaupun pun pemerintah Melaka semakin berubah

mengikut peredaran masa namun, hubungan yang telah terjalin antara China dan

Melaka tetap berjalan dengan lancar, buktinya Pada tahun 1458, sewaktu Sultan

Mansur Shah menaiki takhta menggantikan Sutan sebelumnya, Maharaja China telah

menghantar Laksamana Cheong Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan

dikahwinkan dengan Baginda. Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh

Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringi Puteri Hang Li

Po.

7

Page 8: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

Sewaktu zaman pemerintahan British di Tanah Melayu, masyarakat Cina telah

wujud di Tanah Melayu kesan daripada penghijrahan secaara beramai-beramai. Orang

Cina dibawa masuk ke Johor melalui sistem kangchu. Namun, interaksi antara orang

Cina dan orang Melayu mempunyai jurang yang amat jauh kerana kawasan

penempatan yang berbeza.

Terdapat banyak kesan yang terhasil antara interaksi Tamadun China dan juga

Tamadun Melayu. Antaranya adalah daripada segi penyebaran Agama. Terdapat teori

mengatakan bahawa Islam datang ke Tanah Melayu daripada Tanah Besar China.

Dikatakan bahawa Islam datang melalui para pedagang dari Canton dan Hainan pada

kurun ke-9 dibuktikan dengan penemuan batu bersurat di Champa bertarikh 1039, di

Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082). Dikhahabarkan bahawa Laksamana Cheng Ho

yang datang ke Melaka juga merupakan salah seorang muslim dan beliau juga disebut

sebagai tokoh pelayar Islam yang unggul. Kesan berikutnya adalah wujudnya Cina

Peranakan. Golongan Cina Peranakan ini lebih dikenali ataupun disebut sebagai Baba

dan Nyonya. Golongan Baba dan Nyonya ini mudah ditemui di Melaka.

Terdapat sumber mengatakan bahawa Golongan Baba dan Nyonya ini adalah

hasil waris daripada pengiring-pengiring yang datang ke Melaka mengiringi Puteri

Hang Li Po pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Kebanyakkan pendatang Ciba

yang terawal berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu,

kebanyakkan golongan Baba dan Nyonya ini menggunakan Bahasa Melayu namun

mengandungi banyak perkataan Hokkien meskipun terdapat beberapa orang yang tidak

pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Kebudayaan mereka juga dipengaruhi serta

mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu.Seperti contoh, pakaian Nyonya

sipengaruhi oleh budaya Melayu, mereka memakai baju kebaya serta Kain Sarung.

Bukan hanya dari segi pakaian namun ianya juga boleh dilihat dari segi masakan.Cara

masakan golongan Baba dan nyonya dipengaruhi cara masakan Melayu. Mereka juga

menggunakan rempah masakan Melayu seperti contoh kari dan telah menjadi

kebiasaan bagi mereka juga untuk memakan menggunakan tangan. Selain daripada

golongan Baba dan Nyonya, terdapat juga Cina peranakan atau Cina Kampung seperti

yang wujud di Kelantan.

8

Page 9: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

Seterusnya hasil daripada hubungan diplomatik yang terjalin antara negeri-

negeri Melayu bersama Tamadun China juga menyebabkan tektstil dari Negara China

seperti kain sutera dain kain kapas diperkenalkan. Makanan seperti kicap, taugeh, dan

tauhu juga merupakan barangan China yang diperkenalkan di Tanah Melayu.

Barangan Porselin, tembikar serta logam juga didapati daripada Tanah Besar China.

Bukan itu sahaja, interaksi antara Tamadun China dan Tamadun Melayu juga

banyak memberi kesan dalam bidang kemahiran, teknologi dan juga kebendaan.

Elemen kesenian Cina telah dimasukkan ke dalam seni bina di Malaysia. Seperti contoh

seni bina China yang ada dalam pembinaan Masjid Tanjung Kling, Masjid Tengkera dan

lain-lain Antara ciri khusus serapan ialah pada reka bentuk bumbung masjid yang

menyerupai seni bina Pagoda. Malah reka bentuk masjid pada zaman dahulu sebelum

Maaysia merdeka adalah berbumbung bertingkat-tingkat yang diilhamkan dari

bangunan pagoda.. Bukan itu sahaja, kini kita juga mengaplikasikan seni kaligrafi dan

lukisan minyak yang diambil daripada Tamadun China dahulu. Teknologi

perlombongan, pertanian dan pertukangan juga menjadi semakin maju. Semasa

pemerintahan British, kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu melalui sistem

Kangchu membantu sistem perlombongan malah mereka membawa teknologi China ke

Tanah Melayu. Selain daripada itu, teknologi baru seperti penghasilan beberapa

barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan dan lilin. Teknologi membuat

gula yang dibawa oleh China merupakan teknologi yang dipelajari oleh mereka

daripada Tamadun India. Tidak lupa juga akan seni bina diri yang kini turut

diaplikasikan dalam masyarakat Melayu seperti contoh Kung Fu. Kung Fu ataupun

dikenali sebagai Wushu adalah seni bela diri yang berkembang di China sejak ribuan

tahun lalu. Ianya mempunyai banyak gaya seperti, Jurus Panjang, Tombak, Pedang

dan lain-lain. Kini ramai belia Melayu mempelajari seni bela ini malahan seni bela diri

Wushu dipertandingkan sehingga taraf Antarabangsa seperti di Sukan Sea, Olimpik dan

lain-lain.

Seterusnya saya akan teruskan dengan kesan interaksi Tamadun Melayu

bersama Tamadun China dari segi kesusasteraan. Dalam tidak sedar sebenarnya

banyak perkataan yang digunakan oleh masyarakat kita masa kini diambil daripada

9

Page 10: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

perkataan Cina. Berikut adalah beberapa contoh pertalian antara bahasa Cina dengan

bahasa Melayu:

Tauke kongsi Jong kongsi Gua

Tauhu Ampau Beca Mi Lu

Teh Laici Sampan Nyonya Pangkin

Taugeh Cincau Cuak Tokong Sempua

Apek Cawan Bangsal Tangsi Samsing

Budaya masyarakat Cina memberi ‘Ang Pau’ ataupun sampul merah juga turut

diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Melayu muslim pada hari ini. Pemberian

‘Ang Pau’ kepada kanak-kanak dan golongan belum berkahwin semasa Tahun Baru

Cina kini dijadikan kebiasaan bagi masyarakat Melayu untuk memberikan ‘Duit Raya’

semasa sambutan Hari Raya Puasa. Ini juga merupakan salah satu kesan interaksi

antara Masyarakat Cina dan juga Masyarakat Melayu. Dari segi pendidikan pula,

memandangkan pada zaman pra-kemerdekaan segala kemudahan untuk belajar

dibawa masuk ke Tanah Melayu samada dari segi sukatan peajaran dan juga buku teks

daripada China. Malahan guru untuk mengajar juga dibawakan khas daripada China.

Kesannya yang kita boleh lihat pada hari ini adalah kemunculan Sekolah rendah Jenis

Kebangsaan Cina (SRJKC).

Interaksi antara Tamadun India – Tamadun Melayu

Seterusnya kita beralih pula kepada interaksi diantara Tamadun Melayu dan

Tamadun India. Menurut Himansu Bhusan Sarkar (1970) dalam bukunya yang bertajuk

‘Some Contributions of India to the Ancient Civilization of Indonesia and Malaysia’,

interaksi Tamadun India dan Tamadun-tamadun Asia bermua kira-kira 2000 tahun lalu

(Amran, 1995:120). Hal ini kerana, pedagang-pedagang dari India selalu menggunakan

laluan Selat Melaka untuk melaksanakan aktiviti perdagangan. Hal ini membuktikan

bahawa perdagangan memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan

10

Page 11: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

interaksi antara tamadun. Funan merupakan Negara yang terawa sekali mendapat

pengaruh India pada sekitar kurun ke-2 Masihi yang mana ianya bertapak di muara

Sungai Mekong. Terdapat juga beberapa buah negeri lain yang menerima pengaruh

dari India. Antaranya adalah Langkasuka, Kedah, Kuala Selinsing dan Tanah merah di

semenanjung, Kam-to’-li di Sumatera, Taruma di Jawa dan Kutei di Borneo.

Semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang dari India merupakan

antara pedagang utama yang datang dari pesisir Koromandel, Kalingga, Benggaa dan

Gujerat. Tujuan utama pedagang India datang berdagang ke Tanah Melayu adalah

untuk mendapatkan emas. Terdapat bahan bertulis dari India yangmenyebut tentang

‘Malayadvipa’ iaitu merujuk kepada Semenanjung Melayu. Pedagang dari India juga

menggelar Tanah Melayu sebagai’Suvarnabhumi’. ‘Suvarnabhumi’ disini membawa

maksud ‘Tanah Emas’ yang mana merujuk kepada hasil bumi di Tanah Melayu. Pada

masa itu juga, terdapat sebilangan pendagang-pendagang India yang mengambil

keputusan untuk tinggal di Melaka serta berkahwin dengan wanita dari golongan

bangsawan Melayu. Setelah menetap di Melaka, golongan pedagang India tadi diterima

dalam kelompok masyarakt Melayu dan juga pembesar Melaka. Tun Ali yang

merupakan anak kepada seorang pemborong permata Tamil Muslim telah berkahwin

dengan anak Sri Nara Diraja pada zaman Sultan Muhammad Syah telah dilantik

menjadi Sri Nara Diraja bagi menggantikan datuknya. Daripada Tun Ali terlahirnya

pembesar-pembesar dan pemerintah Melaka dari keturunan Melayu Tamil. Antara

contoh-contoh pemerintah Melaka yang berasa dari keturuan Melayu Tamil adalah,

Temenggung Tun Tahir, Bendahara Tun Mutahir, Temenggung Tun Husain, Raja

Mendaliar, dan Khoja Hassan.

Namun semasa pemerintahan British di Tanah Melayu, kedatangan kaum India

ke Tanah Melayu sangat berbeza berbanding kedatangan Kaum India sewaktu

Kesultanan Melaka. Hal ini kerana, semasa pemerintahan Kesultanan Melaka,

golongan India yang datang terdiri daripada golongan bangsawan dan termasuk dalam

golongan kelas tinggi. Oleh sebab itu terdapat golongan mereka yang diserap masuk ke

institusi istana dan institusi negeri yang lain. Namun, golongan India yang datang

sewaktu pemerintahan British adalah daripada golongan kelas rendah. Semasa mereka

11

Page 12: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

datang ke Tanah Melayu juga, mereka tinggal di kawasan estet, ladang dan kawasan-

kawasan yang mempunyai kawasan Geografi yang kurang strategik. Hal ini

menyebabkan pergaulan antara masyarakat India dan Melayu sangat minimum, tidak

meluas dan tidak berkembang.

Kini saya akan meneruskan pula mengenai kesan interaksi antara Tamadun

India dan Tamadun Melayu. Pertama segala adalah daripada aspek penyebaran

Agama. Sebelum ini, masyarakat Melayu di beberapa buah Negara Asia mengamalkan

kepercayaan animism. Namun, agama Hindu-Buddha akhirnya diterima dan dijadikan

pegangan penduduk tempatan selepas didatangi pengaruh daripada India. Terdapat

beberapa bukti yang menunjukkan mengenai agama hindu-buddha yang diamalkan di

Alam Melayu. Contohnya seperti Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang yang

merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika mereka menguasai

Kedah pada zaman dahulu. Contoh lain yang boleh didapati adalah Candi Borobudur

yang terletak di desa Boro, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah Indonesia. Apakah itu

candi? Candi merupakan tempat sembahyang ataupun kuil bagi penganut agama

Hindu-Buddha. Seterusnya saya akan menceritakan sedikit mengenai kesan interaksi

antara tamadun India dan tamadun Melayu dari aspek sistem pemerintahan. Jika kita

ihat pada sejarah pemerintahan dalam Tamadun melayu pada masa dulu, kita boleh

lihat bahawa mereka mengamalkan sistem beraja serta mempraktikkan konsep

‘Dewaraja’. Konsep ‘Dewaraja’ ini diambil darpada perkataan Sanskrit yang membawa

erti ‘God King’. Ia adalah satu konsep ketuhanan agama Hindu yang membesarkan

keagungan dewa-dewi dan dikaitkan dengan kedudukan serta status raja yang

dianggap sebagai suci dan bertindak sebagai jelmaan Tuhan. Upacara pertabalan

seperti yang masyarakat Melayu praktikkan sehingga hari ini juga merupakan hasil

interaksi antara Tamadun India dan Tamadun Melayu. Upacara pertabalan ini diadakan

bagi mengekalkan status tinggi raja.. Biasanya istana-istana diraja juga dibina diatas

tempat yang tinggi. Selain itu sistem penggunaan pembesar dan hulubalang 4,16,32

juga yang dipanggil sebagai pembesar empat lipatan adalah sebahagian dari Tamadun

India. Tamadun Melayu menggunakan sistem pembesar empat lipatan semenjak

pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang mana sebenarnya diambil daripada

Tamadun India.

12

Page 13: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

Tidak hanya tertumpu dalam sistem pemerintahan malahan penggunaan gelaran

seperti Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Seri Nara Diraja iaitu seseorang

yang bertugas mengisytiharkan pelantikan raja), Bendahara yang mana memegang

jawatan sebagai ketua menteri dan Laksamana ataupun lebih diketahui sebagai ketua

tentera.Kemudian kita beralih pula kepada hasil kesenian yang kita dapati daripada

Tamadun India. Antara kesan interaksi antara Tamadun India dan Tmaadun Melayu

adalah, lahirnya seni taman. Bukan hanya itu, seni binaan juga mempunyai unsur India

seperti contoh Masjid India. Semua binaan mempunyai kubah ke atas merujuk kepada

Tuhan yang esa. Tamadun India terkenal dengan struktur masyarakat mereka yang

mana mengamalkan sistem kasta. Akibat daripada sistem kasta itu, terdapat jurang

yang amat jelas dan ketara diantara golongan atasan dan golongan bawahan. Hal ini

kerana mereka menganggap bahawa golongan atasan mempunyai kedudukan yang

lebih mulia daripada golongan bawahan yang hanya dianggap layak untuk menjadi

hamba sahaja. Pengaruh daripada budaya ini telah membawa kemunculan masyarakat

‘feudal’ dalam kehidupan masyarakat Melayu pada masa kini.

Daam segi kesusasteraan pua, Terdapatnya hasil kesusasteraan Sanskrit

seperti Epik Ramayana dan Mahabrata. Hikayat Seri Rama dapat inspirasi dariapda E.

Ramayana. Terdapat juga beberapa Epik Mahabrata diberi wajah tempatan seperti

Hiikayat Pendawa Lima,Hikayat Sang Boma dan juga Hikayat Panda Delima. Hasil

daripada hasil kesusasteraan India menyebabkan karya Melayu juga terpengaruh.

Biasanya karya sastera melayu tradisional sangat mementingkan aspek kesenian,

keromantisan, keagungan raja-raja, dan tidak lupa juga menyelitkan unsur-unsur epik

dan mitos seperti karya sastera India. Terdapat juga percampuran bahasa antara

bahasa Sanskrit dengan bahasa Meayu. Terdapat beberapa perkataan melayu masa

kini diinspirasikan oleh bahasa Sanskrit. Hal ini dibuktikan dengan penemuan Batu

bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683M, Batu Bersurat Talang Tuwo bertarikh 684M,

Batu bersurat Kota Kapur bertarikh 686M dan Batu bersurat Karang Berahi bertarikh

692M. Semua ini menunjukkan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa melayu kuno

yang digunakan dahulu. Daripada Batu bersurat Terengganu juga ditemui 29 perkataan

dari bahasa Sanskrit seain daripada perkataan Arab. Berikut saya sertakan beberapa

percampuran perkataan antara bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu:

13

Page 14: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

Amma Maharaja Mahaguru Mantra Kaca

Appa Pancaindera Pura Kepala Cinta

Seterusnya, saya berikan juga beberapa contoh perkataan yang dipengaruhi oeh

bahasa Sanskrit. Antaranya:

Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu

Bhakti Bakti

Bhumi Bumi

Dosa Dosa

Drohaka Derhaka

Maharddhika Merdeka

Prakara Perkara

Rupa Rupa

Samicra Mesra

Tathapi Tetapi

Vela Bila

Terdapat juga beberapa adat resam dan budaya Hindu yang telah

mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat Meayu. Contoh yang paling hampir dan

dekat sekali adaah amalan jampi dan mantera yang kini dipraktikkan dalam kehidupan

masyarakat Melayu terutama sekali sesuatu yang melibatkan kepercayaan seperti

pawang dan bomoh. Bukan itu sahaja, masyarakat melayu juga selalu mengamalkan

budaya bersanding dan berinai terutama sekali di dalam perkahwinan. Oleh itu

sehingga kini, masyarakat Meayu pasti mengadakan majlis persandingan serta

14

Page 15: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

memakai inai sebelum perkahwinan kerana ianya sudah menjadi kebiasaan dan

budaya. Upacara melenggang perut juga adalah salah satu kesan daripada interaksi

bersama tamadun india. Melenggang perut adalah satu upacara yang dijalankan ke

atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan inaya dibuat bertujuan untuk

meetakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya iaitu di bahagian

kepala bayi berada di pintu rahim. Begitu juga dengna budaya bertindik. Budaya

bertindik teinga sebenarnya berasal daripada tamadun India. Namun kini, masyarakat

Melayu juga gemar bertindik di telinga sebagai tujuan untuk memperhiaskan diri.

Dari segi pendidikan pula, ianya hampir sama dengan interaksi tamadun China

dan tamadun Melayu yang mana semasa zaman pra-kemerdekaan, kesemua sukatan

pelajaran dan buku teks dibawa dari India. Begitu juga dengan guru-guru. Kini, wujud

Sekolah Rendah Jenis kebangsaan Tamil (SRJKT) yang mana menawarkan mata

pelajaran Bahasa Tamil. Dari segi seni mempertahankan diri pula, salah satu seni

mempertahankan diri dari India yang popular dikenali sebagai ‘Silambam’. ‘Silambam’

ataupun ‘Cilambam’ adalah satu seni bela diri tradisi Dravidian berasaskan

pertempuran tongkat. Selepas seni ini tersebar ke dunia Melayu, ‘Silambam’ merujuk

kepada seni tersebut termasuk senjatanya. Beberapa seni bela Melayu seperti ‘Silat’

didakwa menyerap ‘Silambam’

Interaksi antara Tamadun Arab (Islam) – Tamadun Melayu.

Kini selesai dengan tamadun India dan saya akan meneruskan sedikit mengenai

kesan interaksi antara tamadun Arab bersama tamadun Melayu. Pertembungan antara

tamadun Melayu dan juga tamadun Arab telah berlangsung sejak beberapa abad lalu.

Sewaktu zaman kesultanan Melaka, pedagang Arab biasanya akan singgah di

pelabuhan Meaka bagi berlindung daripada angin monsun dan menetap disitu untuk

berdagang dan menyebarkan ajaran agama Islam. Terdapat beberapa kelompok dari

mereka yang mengambil keputusan untuk menetap di situ dan membina perkampungan

Arab yang mana juga turut dijadikan tapak untuk berdagang seterusnya berkahwin

bersama wanita tempatan. Menurut catatan China wujud petempatan Arab di Sumatera

Utara iaitu di Ta Shih.

15

Page 16: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

Hasil daripada interaksi antara tamadun Arab dan islam dengan tamadun Melayu

menghasilkan beberapa buku-buku sastera Arab seperti ‘Kisah Seribu Satu Malam’ dan

‘Pahlawan Islam’. Menurut Syed Muhammad Naqui Al-Attas, banyak karya tempatan

menceritakan tentang pengislaman raja tempatan oleh Syeikh dari Tanah Arab

contohnya hikayat Raja-raja Pasai mengatakan Raja Malik diislamkan oleh ahli sufi dari

Ara iaitu Syeikh Ismail yang juga merupakan mubaligh ataupun pendakwah pertama

yang tiba di Pasai. Manakala Raja Pattani, Phaya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh

Said. Kebanyakkan kitab agama dalam bahasa Melayu juga menggunakan bahasa dan

juga gaya penulisan yang dipengaruhi oleh bahasa Arab seperti contohh ‘Hikayat Nabi

Bercukur’. Malahan tulisan jawi yang pernah digunakan oleh masyarakat Melayu pada

masa dahulu diambil daripada tulisan Arab.

Masyarakat Melayu kini juga sering menggunakan nama-nama Nabi dan juga

para sahabat seperti ‘Muhammad’ kepada bayi-bayi yang baru lahir. Selain itu,

makanan Arab seperti nasi Bukhara dan nasi Arab menjadi makanan seharian

masyarakat Melayu, begitu juga dengan kebab yang menjadi kegemaran dan pilihan

orang Melayu. Dari segi pakaian juga terdapat eemen budaya Arab di dalam kalangan

masyarakat Melayu. Seperti contoh pemakaian jubah dan juga serban. Adat resam dan

kebudayaan melayu juga banyak dipengaruhi oleh budaya arab seperti contoh amalan

menghormati tetamu. Ianya juga mempengaruhi dalam seni muzik melayu seperti

dabus dan tarian zapin yang dikhabarkan datang daripada budaya Arab.Dalam bidang

pendidikan pula, pada hari ini, subjek bahasa Arab boleh diambil bermula dari sekolah

rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Muncul juga beberapa jenis sekolah

agama yang diuruskan oleh kerajaan negeri dan juga kerajaan induk.

Interaksi antara Tamadun Jepun – Tamadun Melayu

Tamadun Jepun juga pernah datang ke Tanah Melayu dan hal itu menyebabkan

berlakunya interaksi antar dua tamadun ini. Antara kesan pertembungan dua tamadun

ini adalah dari segi ekonomi. Semasa perang dunia ke-2 yang membabitkan Jepun di

pihak Axis menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik dan melumpuhkan ekonomi.

Akibat bekalan sumber keperluan yang berkurangan menyebabkan pihak Jepun

16

Page 17: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

mengambil keputusan untuk mengamalkan dasar ‘Self Sufficient’. Dasar ini

menyebabkan rakyat bergantung pada kegiatan dalam Negara bagi tujuan memenuhi

keperluan masing-masing. Oleh itu, bidang pertanian ebh diberikan perhatian terutama

sekali dalam sector tanaman ubi kayu dan juga sawah padi. Pentadbiran Jepun juga

menggalakkan pertumbuhan industri tempatan bagi tujuan menghasilkan tali melalui

sabut kelapa sawit, menggantikan minyak pelincir dan minyak gris dengan minyak

kelapa sawit dan sebagainya.. Dalam sistem pendidikan sejak pemerintahan Jepun,

penduduk diberikan peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Ramai golongan

guru sekolah yang dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan berbahasa.

Malahan Jepun menubuhkan sekolah Teknik yang mengajar kursus kejuruteraan

mekanik, Jurutera Major dan pembinaan kapal. Hal ini membantu masyarakat di Tanah

Meay untuk menambah kemahiran mereka. Selain itu, Jepun juga mengajar Tamadun

melayu untuk mempunyai sifat cintakan tanah air dyang tinggi. Dari segi seni bela diri,

terdapat banyak jenis seni bela diri yang berasal daripada Jepun. Antaranya adalah

Judo. Judo yang menggunakan kekuatan lawan untuk melawan dirinya sendiri. Selain

itu, Jepun juga terkenal dengan seni bela diri Karate dan kendo. Karate ini digambarkan

dengan gerakan serangan dan belaan kaki dan tangan secara menyeluruh. Kini, seni

bela diri yang berasal daripada tamadun Jepun diajarkan di sekolah malahan

mempunyai kelab mahupun persatuan tersendiri.

Interaksi antara Tamadun Peribumi – Tamadun Melayu.

Terdapat juga interaksi yang berlaku antara tamadun Melayu dengan tamadun

Peribumi. Contohnya seperti di Semenanjung Malaysia adalah seperti orang asli

manakala Sabah dan Sarawak pula dengan etnik masing-masing contohnya Kadazan,

Bajau, Iban dan Melanau. Biasanya ia merangkumi aspek bahasa dan juga perubatan

tradisional.

Pertembungan ataupun interaksi antara dua tamadun memberikan impak dan

kesan kepada kedua-dua negara ataupun tamadun yang terlibat. Namun, ianya

terbahagi kepada dua aspek iaitu samada ianya memberikan kesan yang positif

ataupun negatif. Kita akan mulakan dengan contoh-contoh kesan positif akibat daripada

17

Page 18: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

pertembungan dua tamadun. Pertama sekali adalah mendapat perlindungan,

keamanan dan kestabilan. Seperti contoh adalah dalam tamadun Islam sewaktu

pemerintahan Nabi Muhammad SAW, empayar Umaiyah dan Abbasiyah yang mana

memberikan perlindungan kepada semua rakyatnya tanpa mengira agama, bangsa dan

budaya. Seterusnya adalah dapat meluaskan penyebaran agama seperti contoh dalam

tamadun India dan tamadun China. Agama Buddha tersebar sehingga ke China. Bukan

hanya itu, interaksi antara tamadun China dan India juga menyebabkan penyebaran

seni mempertahankan diri, teknologi seperti pengeluaran gula dan astronomi dapat

dipelajari di Negara China dan pengetahuan membuat kertas, penggunaan kompas dari

tamadun China juga dapat dipelajari oleh tamadun India.Inerraksi antara China dan

Melayu juga menyebabkan berlakunya kmajuan dalam teknologi dan kebendaan.

Jika ada wujudnya kesan positif pasti wujud juga kesan negatif bagi

pertembungan dua tamadun yang berbeza. Antara contoh kesan negative yang wujud

adaah berlakunya pembunuhan dan peperangan seperti terjadi diantara orang Islam

dan juga orang Kristian yang menambil masa lebih kurang 200 tahun juga dipanggi

sebagai ‘Perang Salib’. Kesan lain adalah hubungan antara tamadun India dan juga

Tamadun China yang mana pada peringkat awal perkembangan agama Buddha di

Negara China, ia mendapat tentangan hebat daripada penganut Confucius. Sami- sami

Buddha telah ditangkap dan dipenjarakan malahan kuil-kuil Buddha telah dibakar.

Interaksi boleh berlaku dengan pelbagai cara seperti hidup bersama ataupun

hidup berjiran dan ianya boleh berlaku atas banyak faktor seperti faktor perdagangan,

peperangan, lawatan, penjajahan dan sebagainya. Hasil daripada kesemua interaksi ini

maka berlakulah proses assimiliasi dalam sesuatu budaya.Walau apapun bentuk

interaksi yang berlaku, setiap tamadun harus menerima serta menyerap unsur-unsur

tamadun yang membawa kepada kebaikan dan mengelakkan pengaruh yang

membawa keburukan.

18

Page 19: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

4.2) Menganalisis pengaruh Tamadun Islam di Asia.

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh adalah lebih baik jika kita mendapatkan

definisi bagi Tamadun dan Islam. Pengertian Islam dari segi bahasa ialah tunduk dan

patuh manakala dari segi istilah pula adalah penyerahan diri kepad Aah yang maha esa

dengan penuh keikhlasan hati dengan mentaati serta melaksanakan seluruh

perintahNya serta menjauhi dan meninggalkan segala laranganNya. Antara definisi

Islam dari sudut istilah yang diberikan oleh ulama lain adalah ‘Pengakuan bahawa tiada

tuhan meainkan Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah,

mendirikan slat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan

haji ke baitullah sekiranya mampu. Manakala definisi tamadun menurut Syed

Muhammad naquib al-Attas adalah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah

mencapai taraf kehalusan tatasusia dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh

masyarakatnya. Tamadun boleh disimpulkan sebagai satu pencapaian gemilang

manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di Bandar-bandar

yang terhasil daripada bidang seni bina, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi,

kepercayaan, undang-undang, pentadbiran dan politik.

Sebelum kedatangan Islam, budaya dan agama Hindu-Buddha telah lama

bertapak dan diamalkan dalam aspek kehidupan masyarakat di Alam Melayu. Agama

dan budaya Hindu-Buddha ini mempengaruhi sistem politik, sosial, ekonomi, dan

pemikiran masyarakat Melayu kerana ianya telah bertapak sejak berabad-abad yang

lalu. Kepercayaan Hindu-Buddha ini biasanay dianuti oleh golongan atasan seperti

contoh golongan atasan manakala bagi golongan bawahan, biasanya mereka akan

menganut dan berpegang kepada kepercayaan Animisme. Kedatangan islam ke Asia

khususnya Alam melayu telah memabawa banyak perubahan. Islam telah banyak

mencorakkan suasana masyarakat dalam tamadun Melayu. Seara umumnya

kedatangan Islam dan perkembangaannya di Asia telah berlaku sejak abad ke 12M

atau ke 13M. Pertama sekali, ianya tersebar di kawasan Sumatera, kemudian beralih ke

Melaka pada abad ke 15M dan seterusnya ke Pulau Jawa. Pada abad ke-16M ianya

tersebar sehingga ke Borneo dan Filipina. Ajaran Islam membawa ajaran dan tamadun

yang lebih tinggi, lengkap, lebih rasional dan logic berbanding daripada agama Hindu-

19

Page 20: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

Budhha dan juga Animisme. Setelah beberapa abad berlalu akhirnya Tamadun Islam

telah diterima dalam kalangan masyarakat di Asia khususnya masyarakat Melayu dan

berjaya melunturkan kepercayaan Hindu-Buddha yang diamalkan oleh masyarakat Asia

sebelum ini.

Pertama sekali kita akan melihat pengaruh agama Islam di Asia dari segi akidah.

Takrif akidah dari segi bahasa adalah berasaa dariapda perkataan ‘aqada’ yang

bermakna ‘menyimpulkan’ atau dari perkataan “ya’qidu” yang bermakna ‘mempercayai.

Manakan perkataan ‘aqidah’ adalah mufrad dan jamaknya ialah ‘aqaid’ yang membawa

maksuh simpulan. Maksud akidah dari segi bahasa pula adalah ‘kepercayaan atau

keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal,

yang pasti dan hakiki lagi kudus dan suci seperti diwajibkan oleh Islam, iaitu

kepercayaan yang tersimpul dengan teguh dalam jiwa yang tidak mungkin terurai dalam

apa jua keadaan dan suasana. Akidah dalam kalangan masyarakat Melayu boleh

dibahagikan kepada 3 tahap iaitu sebelum kedatangan Hindu-Buddha, Selepas

kedatangan Hindu-Buddha dan selepas kedatangan Islam. Sebelum kedatangan Hindu-

Buddha, masyarakat Melayu berpegang pada kepercayaan Animisme. Masyarakat

Melayu percaya bahawa setiap benda seperti batu besar, pokok dan lain-ain

mempunyai jiwa, roh, ataupun semangat yang mempunyai perwatakan sendiri sama

ada dapat membawa kesan baik ataupun kesan buruk. Selepas kedatangan Hindu-

Buddha, masyarakat Melayu mula menganuti agama Hindu-Buddha, Pada masa itu,

mereka telah menjadikan upacara agam menjadi lebih formal dan tersusun. Menurut

pendapat Syed Naquib al-Attas, kedatangn agama Hindu tidak mengubah pandangan

semua masyarakat Melayu secara mutlak. Hal ini kerana, kesan pengaruh hindu-

Buddha hanya terlihat pada lapisan atasan sahaja iaitu golongan bangsawan dan ianya

tidak tersebar dalam kalangan semua lapisan masyarakat Melayu. Namun, setelah

kedatangan Islam pada abad ke-15, masyarakat Melayu boleh dikatakan menempuhi

suatu era yang baru. Isam telah mengubah bentuk kepercayaan, corak hidup, dan

pandangan kehidupan mereka. Sebelum ini mereka percaya akan dewa dan Anismisme

namun setelah kedatangan Islam, mereka mula menukarkan kepercayaan mereka

kepada kuasa Allah. Berikut adalah contoh elemen asas dalam pandangan tmadun

Melayu-Islam:

20

Page 21: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

i) Kepercayaan kepada Yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir, dan

Pemelihara alam semesta.

ii) Konsep perhitungan dan pembalasan di hari kiamat.

iii) Keyakinan terhadap pembalasan yang baik bagi perbuatan yang baik dan

juga sebaliknya.

iv) Menghormati maruah dan martabat manusia. Keadian, kebebasan dan

kesaksamaan.

v) Kehidupan yang pertengahan dan seimbang antara jasmani, rohani,

emosi dan akal.

Masyarakat Melayu mula berpegang kepada konsep berasaskan ‘hablum

minallah’ yang bermaksud berbuat baik kepada Allah yang mana dengan cara

mengamalkan segala suruhanNya serta meninggalkan semua laranganNya dan juga

‘hablum minannas’ yang mana membawa maksud berbuat baik kepada semua manusia

kerana perpaduan itu amat penting bagi membina sesebuah masyarakat yang hebat

dan unggul. Kedatangan Islam ke Asia terbukti membawa satu impak yang amat besar

dalam Akidah kehidupan masyarakat Melayu. Masyarakat melayu menerima dan

mengamalkan agama Islam berasaskan pendekatan Ahli Sunnah Waljamaah.

Kedatangan Islam ke Asia khususnya Asia Tenggara juga telah mewujudkan

banyak kerajaan Islam. Pada zaman Hindu-Buddha, masyarakat mengamalkan konsep

‘Dewaraja’ diaman raja dianggap suci dan mutlak kerana mereka adaah jelmaan dewa-

dewa. Undang-undang juga digubal mengikut pegangan atau tahap yang sesuai kerana

ianya hanya mengikut cita-rasa raja dan pemerintah tertinggi pada masa itu. Raja juga

berhak untuk memutuskan hukuman dan barangsiapa yang menentang akan ditimpa

daulat. Raja juga mempunyai kuasa mutlak yang tidak boleh dipertikaikan oleh

sesiapapun walaupun sekiranya berlaku ketidakadilan dalam keputusan yang dibuat

oleh raja. Namun setelah kedatangan Islam ke Asia, cara pemerintahan telah bertukar

dan ianaya berpandukan daripada sistem politik kerajaan Islam di Madinah. Kuasa-

kuasa perundangan, pentadbiran dan kehakiman diambil dariapda Piagam madinah.

Piagam Madinah adalah piagam bertulis pertama yang wujud di dunia ini. Piagam ini

diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk mengikat perjanjian dan

21

Page 22: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

persefahaman antara golongan umat sesama Islam dan juga golongan islam dan bukan

islam untuk menjaga hak dan tanggungjawab bersama bagi emnjamin keutuhan dan

kestabilan Negara Madinah. Berikut saya berikan beberapa contoh kerajaan Isam yang

pernah wujud di Alam Melayu:

Ta-Shih Abad ke-7

Sribuza Islam 718

Perlak 840-986

Samudera-Pasai 1042-1450

Acheh Darussalam 1205-1675

Demak 1475-1550

Pajang 1568-1586

Mataram II 1586-1775

Negara seperti Brunei, Sulu, Pattani, dan juga Tanah Melayu juga terdapat kerajaan

Islam seperti contoh di Tanah Melayu. Terdapat beberapa buah kerajan Islam di Tanah

Melayu seperti:

- Kelantan - Kedah - Johor

- Terenganu - Beruas - Melaka

Apablla Islam datang ke Asia, undang-undang Melayu telah diubah suai mengikut

undang-undang Islam. Sebelum kedatangan Islam undang-undang yang dilaksanakan

adalah berat sebelah dan tidak adil. Bagi golongan bangsawan yang disabitkan

kesalahan akan menerima hukuman yang lebih ringan berbanding golongan rakyat

biasa yang membuat kesalahan biasa. Bukan itu sahaja, rakyat biasa juga tidak

dibenarkan untuk meniru gaya hidup golongan bangsawan seperti contoh memakai

pakaian berwarna kuning. Selepas kedatangan Islam, undang-undang Melayu diubah

22

Page 23: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

suai mengikut undang-undang Islam seperti wujudnya undang-undang muamalah,

jenayah, kekeluargaan dan lain-lain. Undang-undang Islam bermula apabila Raja

Melaka memeluk Islam pada abad ke-15. Antara contoh undang-undang yang

mempunyai unsur serta pengaruh agama Islam adalah Hukum Kanun Melaka, Undang-

undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang, dan lain-lain.

Walaupun Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan Islam namun tidak semua

undang-undang atau peraturan Islam sepenuhnya. Dalam undang-undang adat hanya

mempunyai pengaruh Islam didalamnya. Buktinya seperti yang terdapat dalam Undang-

undang Laut Melaka yang hanya mempunyai 25 fasal, dan hanya 1 fasal sahaja yang

menghuraikan tentang zina yang mengikut hokum Islam sebenar. Dalam Hukum Kanun

Melaka, lebih kurang 40.95 peratus iaitu 18 fasal sahaja yang menurut undang-undang

Islam. Biasanya undang-undang Isam lebih banyak mempengaruhi bahagian-bahagian

akhir Undang-undang Melaka. Ianya lebih kepada aspek kekeluargaan, urusan

perniagaan dan sedikit sebanyak mengenai undang-undang jenayah. Terdapat

beberapa istilah-istilah yang digunakan seperti ‘mengikut hukum Allah’ atau ‘mengikut

dalil Allah’. Hukum Kanun Melaka amat dipengaruhi oleh hukum Syarak. Terdapat 18

fasal yang diterjamahkan daripada undang-undang Islam. Dalam Undang-undang

Pahang, terdapat peruntukan berdasarkan undang-undang Islam tentang Qisas,

denda, zina, sodomi, fitnah, minuman yang memabukkan, mencuri, merompak, tidak

sembahyang, murtad, jihad, saksi, sumpah dan peruntukkan mengenai perdagangan,

jaminan, jual beli, amanah, pelaburan, oebayaran upah, tanah, pemberian dan wakaf.

Daripada 68 fasal semuanya, 42 fasal merupakan terjemahan daripada undang-undang

Fiqh. Ianya dapat dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang,

Terengganu. Dalam Batu Bersurat bertarikh 1303M, terdapat tulisan Melayu dan juga

tulisan Arab. Bukan itu sahaja malahan terdapat catatan mengenai Islam sebagai

agama rasmi dan hukum hakam seperti penzinaan dan penghutang.

Pada zaman pemerintahan Sultan Aliuddin Riayat Shah di Melaka, beliau

pernah mengikut jejak langkah Khalifah Umar al-Khattab yang menyamar diri di waktu

malam untuk menyiasat kesusahan rakyatnya. Sultan Aliuddin Riayat Shah melakukan

23

Page 24: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

hal sedemikian kerana ingin menghapuskan perompak-perompak yang bermaharajalela

di Melaka pada waktu itu.

Dalam bidang ekonomi pula, aktiviti bercorak agrarian seperti pertanian,

perikanan, penternakan, dan sebagainya yang bergantung kepada alam, masih

berlangsung selepas kedatangan Islam. Kedatangan Islam telah membantu

meningkatkan aktiviti perdagangan dalam kalangan masyarakat Melayu.Melaka

memperkenalkan sistem timbang dan sukat seperti kati, dan dahil yang

dipertanggunjawabkan kepada Syahbandar. Barangan yang ditimbang seperti emas,

perak, dan rempah menggunakan dacing. Di Johor, wang timah dikenali sebagai wang

katun yang mempunyai tulisan jawi dan Arab.Mata wang emas yang digunakan

mencatatkan nama dan pangkat Sulltan iaitu Khalifatul Muslimin. Selain itu, sistem

cukai juga telah digunakan. Amalan riba dikalangan orang Islam tidak dibenarkan di

negeri Melayu. Penegasan tentang riba ini dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka.

Orang Islam yang berkemampuan dikenakan zakat harta. Wang zakat disimpan oleh

Baitulmal yang menyeenggarakan harta kerajaan, wang Baitulmal digunakan demi

pembangunan Negara dan masyarakat.

Terdapat banyak pengaruh Islam dalam Masyarakat Melayu dapat dilihat dalam

beberapa aspek kesenian.Pertama sekali dalam bentuk seni kaligrafi. Kaligrafi itu

adalah bererti coretan atau tulisan.Tulisan khat diiktiraf sebagai tulisan kaligrafi.

Penemuan Batu bersurat di Kuala Terengganu pada tahun 1889M, Batu Nisan di Pekan

Pahang pada tahun 419M, dan di Kedah pada tahun 291M. Kesenian batu nisan dan

makam dapat diihat juga pada bentuk dan hiasannya. Fungsi kaligrafi pada zaman itu

dianggap hiasan tetapi lebih kea rah pendidikan. Pengukir-pengukir kaligrafi Melayu

menggunakan ayat-ayat al-Quran dan motif tumbuh-tumbuhan pada sarung dan bilah

keris kelewang, parang, lembing. Kaligrafi juga digunakan pada mata wang rasmi pada

zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Ayat-ayat al-Quran yang bermotifkan

kaligrafi telah diukir pada dinding-dinding masjid sebagai hiasan. Contohnya di dinding

Masjid Tengkera, Melaka.

24

Page 25: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

Bukan itu sahaja, dalam seni bina apabila Islam datang ke Asia, kuil-kuil

mula ditinggalkan dan masjid-masjid mula dibina. Bentuk masjid awal di Alam Melayu

mempunyai reka bentuk yang hampir sama. Antara unsur-unsur penting yang

dikekalkan ialah mimbar, mihrab, ruang solat, dan tempat wudhu’. Kubah yang dibina

merupakan seakan-akan bentuk paying yang berkembang seolah-olah melambangkan

perkembangan Islam di tamadun Melayu. Menara yang dibina tinggi untuk

memperdengarkan azan lima kali sehari semalam. Manakala, mihrab merupakan

penunjuk arah kiblat yang menghadap Kaabah dan mimbar tempat di mana khatib

memberikan khutbah. Sehingga kini, seni bina islam masih diterapkan dalam Negara

Malaysia. Arkitek-arkitek di Malaysia telah mengaplikasikan bentuk kubah dan senibina

islam dalam binaan bangunan seperti contoh Pejabat Perdana Menteri (Putrajaya),

Istana Negara dan Stesen Kereta Api Tanah Melayu Berhad Kuala Lumpur (Ibu Pejabat

KTM).

Seni suara juga telah mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu. Seni suara

termasuklah Azan, marhaban dan juga berzanji. Seni suara juga sering diperdengarkan

pada majlis-majlis tertentu seperti majlis cukur jambul, berkhatan dan lain-lain. Malahan

terdapat juga seni suara yang digunakan untuk melagukan ayat-ayat al-Quran yang

dikenali sebagai taranum. Apabila zaman semakin maju, seni suara juga telah telah

berkembang dan melahirkan satu lagi seni yang digunakan untuk menyampaikan

dakwah, ianya lebih dikenali sebagai nasyid. Seni persembahan merangkumi tarian,

muzik, nyanyian yang dipersembahkan dalam majis perkahwinan. Ianya juga

mempengaruhi seni tarian yang datang dariapada Arab seperti contoh tarian Dabus di

Perak, tarian Inang di istana Melaka dan nazam. Seni muzik diiringi dengan rebana,

kompang dan ghazal.

Kedatangan Islam telah mengangkat martabat bahasa Melayu kerana, sebelum

ini masyarakat Melayu menggunakan bahasa Sanskrit tetapi selepas kedatangan Islam,

bahasa Meayu telah menjadi ‘lingua franca’ di Alam Melayu dan tulisan jawi dihasilkan.

Tulisan jawi ialah hasil dariapda penyesuaian bahasa Melayu dan tulisan Arab menjadi

saluran pembacaan dan penulisan.Bukan itu sahaja, hasil sastera dalam karangan

Melayu juga turut menerima perubahan dengan kedatangan Islam. Sastera Meayu

25

Page 26: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

bercirikan Islam dapat dibahagikan kepada dua iaitu dalam bentuk prosa dan puisi.

Berikut adalah contoh prosa dan juga puisi:

Prosa Puisi

Hikayat Nabi Muhammad (Hikayat Nur

Muhammad, Hikayat Bulan Terbelah,

Hikayat Nabi Bercukur)

Hamzah Fansuri: Syair perahu, Syair

Burung Pingai. Syair Dagang

Hikayat Para Nabi dan Rasul (Qisas al-

Anbiya)

Abdul Rauf Fansuri: Syair Makrifat

Hikayat Para Sahabat Nabi ( Abu Bakar

al-Siddiq, Umar al-Khattab, Ali Bin Abi

Talib)

Tuk Shihabuddin bin Zainal Abidin:

Syair Asyiqin, Syair Ghafilah, Syair Sifat

20

Hikayat Para Pahlawan (Iskandar

Zulkarnain, Amir hamzah)

Karya Lain: Syair Nur Muhammad, Syair

Nabi Ayub, Syair Qiamat dan lain-lain

Pengaruh terbesar kedatangan Islam ke Tanah Melayu dapat dilihat dalam

bidang pendidikan yang mana meiputi aspek ilmu yang diajar, institusi pendidikan dan

strukturnya, serta guru-guru dan murid-muridnya. Pada masa sebelum kedatangan

Islam, pendidikan hanya akan diberikan kepada golongan bangsawan sahaja. Namun,

setelah kedatangan Islam, Pendidikan disebarkan kepada seluruh lapisan masyarakat

melalui institusi Istana, pondok, madrasah dan surau. Istana juga turut berfungsi

sebagai perpustakaan dan tempat penterjemahan kitab-kitab. Kebanyakkan guru

agama terdiri dariapda orang asing seperti dari Arab, Parsi, Turki, India, dan

sebagainya. Murid-murid pula terdiri daripada golongan diraja, golongan bangsawan

malahan golongan rakyat biasa. Kedatangan Islam telah memberikan kesedaran

kepada masyarakat di Alam Melayu dan mengubah pandangan masyarakat Melayu

mengenai pendidikan. Pandangan masyarakat melayu ebih kea rah bersifat ilmiah dan

saintifik serta dapat meninggalkan era sebelumnya. Dari segi ilmu pengetahuan,

26

Page 27: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

perhatian banyak diberikan kepada ilmu syariah atau ‘naqliyyah’ yang meliputi bidang

usulussin, fiqah dan tasawuf. Perkembangan dalam bidang Meayu telah membawa

kepada kelahiran ulama ataupun ilmuwan Melayu yang hebat seperti:

Nuruddin al-Raniri Hidayah al-Iman, Sirat al-Mustaqim

Abdu rauf Fansuri Umdat al-Muhtajin, Mir’at al-Tullab

Abdul Samad al-Falimbani Zuhra al-Murid

Terakhir sekali saya akan membicarakan mengenai kesan pengaruh Islam dalam

tamadun Melayu dari aspek kehidupan seharian ataupun budaya. Cara Islam telah

diterapkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat

mula berpakaian sebagaimana yang dituntut dalam Islam, menutup aurat. Mereka mula memakai

tudung bagi perempuan dan bersongkok bagi lelaki. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat tidak

mengambil berat tentang pemakaian mereka kerana tiada halangan dalam agama atau kepercayaan

yang mereka amalkan. Walau bagaimanapun, Islam telah menetapkan bahawa penganutnya perlu

menutup aurat sebagaimana yang diwajibkan dan dinyatakan didalam al-quran. Dengan ini, jelaslah

bahawa Islam telah menjadi Ad-Din iaitu cara hidup yang menyeluruh dan lengkap. Masyarakat mula

menuntut ilmu-ilmu agama dengan guru-guru agama.Selain itu, Islam telah mengajar masyarakat

tentang persaudaraan antara Islam.Ini telah menyebabkan sistem sosial masyarakat sebelum

kedatangan Islam telah berubah. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat hidup dalam pelbagai

kelas dan darjat. Ini menyebabkan terdapat golongan yang ditindas kerana berada di golongondan

darjat bawah. Penghapusan kelas dalam masyarakat telah dijalankan atas dasar persamaan taraf

dalam Islam. Nilai-nilai Islam juga dijadikan panduan hidup. Sebagai contoh, nilai murni seperti tolong-

menolong, hormat-menghormati dan berkerjasama diterapkan di dalam masyarakat.

Kedatangan Islam telah membawa perubahan menyeluruh dalam kehidupan masyarakat

Asia.

27

Page 28: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

4.3) Menghuraikan sumbangan tokoh-tokoh Tamadun Islam di Asia

dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Sejarah telah membuktikan bahawa tokoh ilmuwan Islam telah banyak

memberikan sumbangan terhadap masyarakat dalam pelbagai bidang ilmu

pengetahuan. Tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al-Razi, Ibnu Batutah, Al-

Khawarizmi, Al-Ghazali dan banyak lagi telah membawa banyak pembaharuan dalam

dunia teknologi, perubatan serta penulisan dan ianya tidak hanya tertumpu kepada

beberapa aspek sahaja malahan merangkumi seluruh aspek dalam kehidupan. Setelah

kedatangan Islam ke Asia, muncul juga beberapa ilmuwan yang teah memberikan

beberapa sumbangan dalam tamadun Melayu dan tamadun Islam itu sendiri. Kini saya

akan berbicara mengenai beberapa tokoh islam yang lahir di Asia Tenggara yang telah

memberikan beberapa sumbangan yang pastinya diingati oleh seluruh masyarakat

Melayu khususnya umat Islam.

- Syeikh Hamzah Fansuri

Tokoh pertama yang saya pilih adalah Syeikh Hamzah Fansuri. Syeikh Hamzah

Fansuri merupakan seorang ulama dan juga pujangga besar Melayu.Beliau sangat

terkenal sebagai seorang pujangga Meayu-Islam dalam zaman kegemiangan Acheh.

Dikhabarkan bahawa Syeikh Hamzah al-Fansuri dilahirkan di Barus ataupun Fansur

pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Tiada catatan mengenai tarikh

lahir Syeikh Hamzah Fansuri secara tepat kerana ianya tidak dapat ditentukan.

Terdapat percanggahan pendapat yang mengatakan bahawa beliau dilahirkan di

Syahrun Nawi ataupun di Ayuthia di Siam dan kemudiannya berhijrah serta menetap di

Barus. Fansur merupakan sebuah kampung yang terletak di antara Kota Singkel

dengan Gosong Telaga (Aceh Selatan). Pada waktu pemerintahan kerajaan Acheh

Darussalam, Kampung Fansur ini terkenal sebagai pusat pendidikan Islam di bahagian

Acheh Selatan. Menurut perkiraan beberapa pendapat lain, Fansur meliputi daerah

yang luas, mulai dariapda Trumon (Acheh Selatan) hingga Natal (Sumatera Utara) .Hal

ini kerana, hasil daripada penelititan terhadap karya Syeikh Hamzah Fansuri sendiri

telah memperjelaskan nama tempat kelahiran dan ciri-ciri khas tempat itu. Seperti yang

28

Page 29: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

terdapat dalam sebaik syair dari kumpulan Syair Perahu Syeikh Hamzah Fansuri:

“Hamzah nin asalnya Fansuri, mendapat wujud di tanah Syahr nawi,

Beroleh Khilafat imu yang ‘ali, Daripada Abdul Qadir Jailani”

Bukan itu sahaja, Acheh terkenal sebagai pusat belajar agama yang terkenal

sehinggakan dikenali sampai ke tempat-tempat yang jauh di luar kepulauan nusantara.

Ayah Syeikh Hamzah al-Fansuri pernah menjadi gabenor di Kota Sri banoi. Ibubapa

Syeikh Hamzah Fansuri dikatakan telah meninggal dunia ketika beliau masih kecil. Hal

ini mendorong dan menyebabkan beliau hidup secara berpindah-randah dari sebuah

negeri ke negeri yang lain. Selain daripada mengembara, beliau juga menjaankan

aktiviti perdagangan dan disebutkan bahawa sewaktu mengembara dan berdagang

itulah Syeikh Hamzah Fansuri telah belajar berbagai-bagai jenis ilmu pada suatu masa

ayng lama. Bukan sahaja beliau menuntut ilmu di Acheh namun beliau juga teah pergi

ke pelagai tempat seperti Banten (Jawa Barat). Terdapat sumber lain mengatakan

bahawa beliau pernah mengembara ke seuruh Tanah Jawa, Semenanjung Tanah

Melayu, India, Parsi, dan juga Tanah Arab. Setelah pengembaraanya selesai, akhirnya

beliau kembali ke Acheh dan mengajar ilmu-ilmu yang didapatinya sepanjang

pengembaraannya.

Ilmu yang dimiliki oleh Syeikh Hamzah Fansuri tidak hanya tertumpu kepada

suatu bidang. Syeikh Hamzah Fansuri termasuk dalam golongan orang yang sukakan

serta mementingkan ilmu. Oleh itu, beliau tidak merasa rugi untuk keluar pergi

mengembara ke tempat-tempat lain untuk mencari ilmu. Terdapat sumber yang

mengatakan bahawa Syeikh Hamzah Fansuri sangat mahir dalam ilmu-ilmu fiqah,

tasawauf, fasafah, maniq, ilmu kalam, sejarah, sastera dan lain-lain, Syeikh Hamzah

Fansuri juga dikatakan menguasai ilmu Arabiyah dan fasih dalam berbahasa Arab.

Bukan itu sahaja, Syeikh hamzah Fansuri juga boeh bertutur serta mempunyai

kebolehan dalam bahasa lain seperti bahasa, Parsi, Melayu dan juga Jawa Urdu kerana

sepanjang pengembaran beliau, beliau mampu menguasai semua bahasa-bahasa

tersebut. Jasanya yang palign menonjol adalah dalam bidang bahasa berikutan

usahanya untuk memperkayakan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu pengetahuan.

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa ibundanya dan bahasa Melayu yang

29

Page 30: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

digunakannya itu sudah memperlihatkan bentuk seperti yang digunakan sekarang.

Syeikh Hamzah Fansuri dianggap sebagai perintis pertama dalam mengangkat bahasa

Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan yang sehingga kini berkembang pesat.

Terdapat juga percanggahan yang berlaku berkaitan tarikh sebenar Syeikh Hamzah

Fansuri meninggal kerana menurut Syed Muhammad naquib al-Attas, hamzah fansuri

dikatakan telah meninggal pada tahun 1607, tetapi pendapat lain daripada L.F Brakel

mengatakan bahawa hamzah Fansuri masih sempat hidup sehingga tahun 1620.

Seperti yang saya sudah nyatakan sebelum ini, Syeikh Hamzah Fansuri sangat

terkenal dalam bidang bahasa. Syeikh hamzah Fansuri merupakan penyair Melayu

pertama yang mengubah syair-syair bersifat agama dan beliau menjadi terkenal dan

terkemuka dalam kalangan orang-orang melayu kerana syair-syair dan puisi-puisinya

sangat menakjubkan. Syair-syair Hamzah Fansuri yang diketahui tidak kurang dariapda

32 untaian. Syair-syairnya dianggap sebagai syair Melayu pertama yang ditulis dalam

bahasa Melayu, iaitu sajak empat baris dengan pola bunyi akhir ‘a a a a’ pada setiap

barisnya. Terdapat juga beberapa ciri sajak ciptaannya yang menonjol diantaranya

menjadi puisi Melayu klasik. Ciri yang pertama adalah, penggunaan penandaan pada

karangannya. Kedua adalah, Hamzah Fansuri banyak memasukkan petikan ayat al-

Quran, hadis, pepatah, dan kata-kata arab dalam sajak ciptaannya. Hal ini juga

menunjukkan cepatnya proses Islamisasi daam penggunaan bahasa, kebudayaan, dan

sastera Melayu pada abad ke-16. Ciri berikutnya adalah, dalam setiap bait terakhir

sajaknya atau syairnya sering mencantumkan ‘takhallus’ iaitu nama jolokan yang

biasanya merujuk pada nama tempat kelahiran penyair ataupun tempat ia dibesarkan.

Ciri keempat, terdapat tamsil dan citraan-citraan simbolik yang biasanya digunakan oleh

penyair-penyair yang berasal dari Parsi ataupun Arab dalam melukiskan pengalaman

dan gagasannya. Terakhir sekali adalah kerana penggunaan yang seimbang antara

pemilihan kata-kata yang digunakan, rima dan unsur-unsur puitis yang lain. Syair-syair

gubahan hamzah Fansuri dapat membuat orang ramai terbuai-buai serta membuatkan

orang lain akan khusyuk membaca syairnya. Winstedt berkata bahawa syair-syair

Hamzah Fansuri kebanyakkan menggunakan irama pantun, meskipun urutan sajaknya

mengikuti urutan sajak dan syair. Para perintis sastera ada mengemukakan pendapat

bahawa karangan Hamzah fansuri bukan sahaja banyak menggunakan nama Arab

30

Page 31: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

namun juga memasukkan banyak perkataan Arab di didalam penulisannya. Hal ini

menyebabkan ianya tidak dapat difahami oleh orang biasa dan ini menunjukkan

keunikkan hasil karangan beliau. Pengaruh beliau tersebar sehingga ke seluruh Asia

Tenggara.

Kita beralih pula kepada sumbangan Syeikh hamzah Fansuri dalam bidang

keilmuwan. Hamzah Fansuri telah mempelopori penulisan risalah tasawuf atau

keagamaan yang bercorak mistik dan ilmiah. Sebelum ini, masyarakat Melayu

mempelajari tentang ilmu tasawuf berdasarkan kitab-kitab dari Parsi ataupun Arab

namun ianya berubah selepas kedatangan Syeikh Hamzah Fansuri. Dalam bidang

sastera pula, Hamzah Fansuri melibatkan diri dalam bidang penulisan puisi-puisi Islam

bercorak kesufian, mistik, metafizik, dan perbicaraan terhadap hubungan insan dengan

penciptanya, dengna manusia seluruhnya. Beliau juga adalah orang yang

bertanggungjawab memperkenalkan syair dan puisi empat baris dengan skema barisan

akhir ‘a a a a’. Hamzah Fansuri juga telah memberikan sumbangan sebagai penulis

pertama kitab keilmuan dalam bahasa Melayu. Hasil darpada usaha beliau ini, Hamzah

fansuri berjaya mengangkat martabat bahasa Melayu menjadi bahasa intelektual dan

oleh sebab itu, kedudukan bahasa Melayu dalam bidang persuratan menjadi sangat

penting dan mengungguli bahasa-bahasa nusantara yang lain pada waktu itu.

Pada sekitar abad ke-17, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di

nusantara malahan digunakan oleh pemerintah-pemerintah yang mana pada masa itu

mengamalkan ajaran Hindu. Hamzah Fansuri telah membuka peluang yang besar

untuk bahasa Melayu berkembang dan menjadi ‘Lingua Franca’ pada zaman itu. Bukan

itu sahaja, syair-syair dan risalah-risalah tasawwuf yang dicipta oleh Hamzah Fansuri

juga menyumbangkan jasa dala proses Islamisasi bahasa Melayu. Syair-syair yang

diciptakan bukan sahaja mengandungi dan memperkaya perbendaharaan kata bahasa

Melayu tetapi juga memasukkan konsep-konsep Islam dalam berbagai-bagai bidang

kehidupan dalam sistem bahasa.Beliau juga telah memperkenalkan satu dimensi baru

untuk memahami kehidupan malah dalam salah satu hasil karangannya menjelaskan

sebab mengapa manusia perlu mencari Tuhan serta garis panduan untuk mencari

Tuhan. Ilmu dan falsafah yang diolah oleh beliau menunjukkan bahawa beliau telah

31

Page 32: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

menguasai puisi Parsi yang bersifat tasawwuf dan memupuk rasa cinta akan Allah.

Berikut adalah contoh beberapa karya Syeikh Hamzah Fansuri:

Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana)

Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi)

Zinat al-Muwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan)

Syair Si Burung Pingai

Syair Si Burung Pungguk

Syair Sidang Fakir

Syair Dagang

Syair Perahu

Dengan ini terbuktilah bahawa Syeikh Hamzah Fansuri telah memberikan

sumbangan ayng amat besar dalam bidang kesusasteraan Melayu dan Nusantara.

Pembaharuan yang dibawa dan dilakukan oleh Hamzah Fansuri dianggap sebagai

sesuatu yang menjangkau zaman dan generasinya pada masa itu.

- Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin

Nama penuh beliau adalah Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad namun beliau

lebih dikenali dengan nama gelaran, Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-

Azhari. Gelaran Jalaluddin yang terdapat pada nama beliau diambil sempena dengna

nama datuknya iaitu Sheikh Jalaluddin (Yulizal 2000). Menurut Deliar Noer (1973)

gelaran al-Azhari ayng terletak pada hujung namanya adalah disebabkan beliau sendiri

mengakui bahawa pengajian beliau di Universiti a-Azhar sangat berkesan pada diri

beliau. Manakala gelaran al-Falaki menurut Hamka (1982) diambil sempena kepakaran

beliau dalam ilmu falak.Beliau merupakan sorang tokoh bidang Falak Syari’e di Alam

Melayu Nusantara. Beliau telah berjaya memantapkan bidang fardhu kifayah tersebut

32

Page 33: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

melalui pengajaran, penggunaan dan penyebaran ilmu tentang ilmu Falak di kalangan

‘alim uamak yang bertanggungjawabmembuat taqwinm Islam tempatan. Menurut

catatan, Sheikh Muhammad Tahir dilahirkan pada hari Selasa 4 Ramadhan 1286 Hijrah

bersamaan 7 November 1869 di Bukit Tinggi Minangkabau, Sumatera Barat. Beliau

berasa daripada keturunan bangsawan Minangkabau bernama Tuanku Ahmad

Jalaluddin, bapanya juga merupakan seorang ulama’ yang dikenali sebagai Sheikh

Muhammad. Beliau telah dihantar ke Makkah untuk belajar dan mendalami ilmu-ilmu

agama Islam semasa beliau berumur lebih kurang 12 tahun. Di situ beliau telah

mempelajari serta mendalami ilmu-ilmu al-Quran, Hadith, Tauhid, Fiqh, Usul Fiqh,

Nahu, Saraf, Bayan, Ma’ani, Badi’, ‘Arudh, Mantiq, Tafsir, Hisab Handasah dan Falak.

Sheikh Tahir Jalaluddintelah pualgn ke Sumatera sewaktu beliau berumur 24 tahun dan

selepas meluangkan masa 4 tahun disitu, sekali lagi beliau berangkat ke Timur Tengah

iaitu di Negara Mesir.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh beberapa individu, Syeikh Tahir Jalaluddin

merupakan anak Melayu yang terawal dan pertama di Nusantara yang belajar di Mesir

serta menamatkan pengajian seterusnya mendapatkan ‘Shahadat al-‘Alamiyah’ iaitu

anugerah tertinggi dari Universiti al-Azhar. Walaupun beliau dilahirkan di Sumatera,

Indonesia namun selepas menamatkan pengajian di Timur tengah, beliau memilih untuk

menghabiskan sebahagian besaar hidupnya di tanah Melayu. Sebagai seorang ulama’

dan pejuang agama , Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin telah menjelajah ke banyak

tempat di Alam Melayu. Beliau mempunyai semangat anti penjajah yang kuat,

disamping mempunyai pendirian yang tegas dank eras dalam hal-ha keagamaan.

Beliau pernah menjadi Hakim Besar Mahkamah Syariah di taiping kemudiannya

terlantik sebagai Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan selama 3 tahun. Namun, fatwa-

fatwa Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin tidak diterima oleh ‘kaum tua’. Beliau juga

pernah berkhidmat sebagai pendidik dan Nazir sekoah-sekolah di Johor selama lebih

kurang 4 tahun bermula pada tahun 1914. Kemudian sekali lagi beliau telah pergi

berkhidmat selama 3 tahun iaitu pada tahun 1925 sehingga 1928. Beliau juga pernah

berkhidmat sebagai mudir (Guru Besar) di Madrasah Haji Muhammad Taib di Parit

Jamil, Muar. Beliau pergi ke Makkah sekali lagi pada tahun 1928, dan kemudiannya

bersara di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1929.

33

Page 34: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

Kini saya akan membicarakan pula tentang sumbangan yang telah diberikan oleh

Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin di Nusantara khususnya Alam Melayu. Syeikh

Muhammad Tahir Jalaluddin telah melakukan berbagai-bagai usaha untuk

menyedarkan masyarakat tentang pentingnya umat Islam untuk membebaskan diri

dariapda kongkongan kepercayaan khurrafat serta taklid secara membabi buta. Bukan

itu sahaja, malahan beliau juga meniup semangat perjuangan untuk kemerdekaan

kepada masyarakat Melayu. Beliau bersikap anti penjajah dan melalui gerakan

pemaharuan yang dilakukan bersama rakan-rakan seperjuangan beliau telah

membantu menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Melayu.

Pembaharuan yang telah dilakukan oleh beliau juga telah meninggalkan kesan

terhadap kemajuan pendidikan baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat

pengajian tinggi. Beliau telah memasukkan sukatan pelajaran bagi ilmu pengetahuan

ayng mana sebelum ini tidak ada dibuat.

Bukan itu sahaja, Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin telah melahirkan banyak

karya namun yang paling epnting sekali adalah dari sudut falak Syari’I ialah kitab

‘Natijul’Umur’ yang mana telah diterbitkan pada tahun 1936M. Dalam kitab itu

mengandungi perkara tentang Taqwim Hijrah dan persamaannya dengan Taqwim

Miladi (masihi), hala kiblat, dan waktu soat speanjang zaman. Seterusnya, Kitab jadual

Pati kiraan iaitu panduan untuk menentukan waktu solat dan arah kiblat yang disertakan

juga mengenai logarithms untuk mengiranya yang aman diterbitkan pada tahun 1941M.

Beliau juga memberikan sumbangan yang besar dalam bidang penulisan. Kitab-

kitab ayng ditulis oeh beliau bukan sahaja dicetak di Tanah Melayu dan Singapura

malahan juga di Timur Tengah iaitu di Mesir. Bukan itu sahaja, malahan artikel-artikel

yang ditulis oleh beliau juga sering tersiar dalam majalah dan juga surat khabar seperti

al-Imam (1906-1908), al-Ikhwan (1926-1931), Semangat Islam (1929-1931), Saudara

(1928-1941), Bumiputera (1933-1936), Pengasuh (1918-1937) dan lain-lain. Beliau juga

mula dikenali ramai apabila beliau menjadi editor kepada majalah al-Imam yang

diterbitkan bersama rakan-rakannnya di Singapura pada tahun 1906. Karya-karya

penulisan Syeikh Muhammad Tahir jalaluddin dalam bidang fiqh sebenarnya melibatkan

7 buah kitab utama iaitu:

34

Page 35: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

Tadhkirat al-Nasik fi al-Manasik 1897

Irshad al-Kha’id fi ‘Ilm al-Fara’id 1929

Huraian yang Membakar:Taman Persuraian Haji 1932

Ta’yid Tadhkirat a-Muttabi’ a-Sunnat fi al-Rad ‘Ala al-Qa’il bi al-

Sunniyat Rak’atain Qabl al-Jumu’at

1932

alQiblat fi Nusus ‘Ulama’ al-Shafi‘iyyah fima Yata‘allaq Bi Istiqbal

al-Qiblat al-Shar‘iyyat 1951Manqulat min Ummahat Kutub al-

Mazhab

1951

Tatimah Irshad al-Kha’id li ‘Ilm al-Fara’id 1952

Risalah Penebas Bidaah-bidaah di Kepala Batas 1953

Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin merupaka seorang ulama’ yang mahir dan

dapat mengaplikasikan kajian ilmu falak moden dan tradisional dalam penulisan fiqh.

Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan tokoh

terawal di nusantara yang memperkenalkan penulisan fiqh bentuk baru dan berbeza

dariapda penulis-penulis sebelum ini. Syeikh Tahir Jalaluddin meninggal dunia pada 26

Oktober pada tahun 1956 selepas selesai menunaikan solat subuh. Biarpun jasadnya

tean hancur dimamah bumi namun sumbangan yang diberikan dalam bidang ilmu falak

dan penulisan menjadi inspirasi dan contoh bagi masyarakat kini untuk mempelajari

tentang ilmu-ilmu tersebut.

- Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari

Nama lengkap Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari adalah yeikh Muhammad

Arsyad bin Abdullah bin Abdur Rahman al-Banjari bin Saiyid Abu bakar bin Saiyid

Abdullah al-‘Aidrus bin Saiyid Abu Bakar as-sakran bin Saiyid Abdur Rahman as-Saqaf

bin Saiyid Muhammad Maula ad-Dawilah al ‘Aidrus. Beliau dilahirkan pada 15 Safar

1122 Hijrah bersamaan dengan 17 Mac 1710M di kampung Lok Gabang, Martapura,

35

Page 36: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

Banjarmasin. Sejak kecil lagi beliau adalah seorang kanak-kanak yang cerdas dan

mempunyai akhlak yang baik. Kehebatan beliau sejak kecil lagi adalah dalam bidang

seni lukis, dan seni tulis. Semasa Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari berumur 7

tahun, baginda Sultan telah datang melawat ke kampung Lok Gabang dan

berkesempatan melihat hasil karya lukisan Syeikh Arshad dan baginda berhajat untuk

memelihara beliau. Syeikh Arsyad berpindah ke istana serta mempelajari imu agama

secara mendalam. Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap ilmu makan

mudahlah bagi Syeikh Arsyad untuk mempelajari ilmu al-Quran serta ilmu-ilmu yang

lain. Beliau mendapatkan pendidikan penuh di istana sehingga umur beliau mencecah

30 tahun kemudian beliau meneruskan pengembaraan ilmunya ke Makkah dan juga

Madinah. Di Makkah dan Madinah, beliau sering bermuzakarah bersama sahabat-

sahabatnya yang lain antaranya adalah Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fatani. Kerana

kehebatannya, beliau telah diberi penghormatan untuk mengajar di Masjidil Haram.

Setelah berada di Makkah selama 30 tahun dan di Madinah 5 tahun, akhirnya Syeikh

Arsyad al-anjari kembali ke tanah air untuk menyebarkan Islam.

Antara sumbangan beliau adalah,beliau telah membuka pusat-pusat pengajian

untuk memudahkan masyarakat Islam menimba ilmu pengetahuan. Pusat pengajiannya

itu dinamakan sebagai ‘Dalam pagar’ dan beliau mengajar selama 20 tahun. Murid-

muridnya datang dariapda seluruh pelosok Banjar dan setelah tamat pengajian mereka

akan kembali ke kampung halaman masing-masing dan menyebarkan ilmu yang

mereka dapat sehingga Islam berkembang dengan pesat di ajjahan kerajaan Banjar.

Beliau juga turun berdakwah ke segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada

rakyat biasa hinggalah kepada golongan pembesar dan juga bangsawan. Beliau

menggunakan pelbagai jenis kaedah pendekatan antaranya iaitu ‘Dakwah bil Hal’ iaitu

dakwah menggunakan pendekatan contoh dan akhlak yang dipamerkan oleh beliau,

seterusnya adalah kaedah Dakwah bil Lisan iaitu dakwah menggunakan pendekatan

lidah iaitu emngajak dan menyeru dan terakhir sekali adalah Dakwah bi Kitabah iaitu

berdakwah menggunakan pendekatan penulisan buku dan risalah.

Antara hasil karya beliau yang paling terkenal adalah Kitab Sabil Al-Muhtadin.

Kitab ini merupakan Kitab Fiqh Melayu yang tersebar luas di seluruh Alam Melayu.

36

Page 37: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

Kitab ini terdiri daripada dua jilid. Jilid pertama terdiri dariapda 252 halaman dan jilid

kedua mempnyai 272 halaman. Perbincangan dalam kitab ini adalah persoalan ibadah

yang merangkumi isu taharah, solat, puasa, zakat, haji, akikah, korban, makanan yang

halal serta haram dan sembelihan. Kitab ini sangat mashyur sehinggakan ia menjadi

khazanah bagi perpustakaan-perpustakaan besar seperti Makkah, Mesir, Turki, dan

Beirut. Kitab ini amat popular di Nusantara yang merangkumi Negara Indonesia,

Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja, dan Brunei. Kitab ini ditulis dalam bahasa

Melayu dalam tulisan Jawi dan ianya mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan.

Kitab ni pertama sekali dicetak di Istanbul pada tahun 1882M kemudiannya diulang

cetak di Kaherah dan Makkah. Antara contoh masaah ayng dikemukan adalah,:

Masalah membuat binaan atas kubur.Katanya:

“haram memperbuat sesuatu seperti kubah atau rumah atau pagar di atas

kubur bumi yang diwakafkan akan tempat kubur segala Islam maka wajib

mearang dia dan memerintahkan barang yang sudah diperbuat

daripadanya”

Berikut adalah contoh kitab-kitab lain hasil tulisan beliau:

Kitab Usuluddin Ditulis pada 1188H (1774 M), ditulis dalam

bahasa Melayu, yang memuatkan

masalah tauhid dan keimanan. Risalah ini

belum pernah dicetak.

Luqthatul 'AjIan fi Bayan Haid wa

istihadhati wa nifas al-Niswan

Iaitu kitab yang mengupas mengenai

masalah haid, istihadhah, dan nifas. Isi

kitab ini terdiri daripada muqaddimah, 15

fasal, dan penutup. Dicetak pada tahun

1992 di Indonesia. Dalam kitab ini

dinyatakan bahawa wajib hukumnya bagi

perempuan belajar masalah haid,

istihadhah, dan nifas. Jika suami orang

berilmu, dia wajib mengajar isterinya; jika

sebaliknya, dia wajib memberi keizinan

37

Page 38: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

kepada isterinya untuk belajar

mengenainya.

Kitab Tuhfat al-Raghibin Ditulis pada 1188H (1774M). Pernah

diterbitkan di Mesir pada 1353H. Kitab ini

membincangkan masalah tauhid iaitu

penjelasan tentang hakikat iman, perkara-

perkara yang boleh merosakkan iman,

tanda seseorang menjadi murtad, dan

sebagainya. Kitab ini terdiri daripada

muqaddimah, tiga fasal, dan penutup.

Kitab al-Qawl al-Mukhtasar fi 'Alamat al-

Mahdi al-Muntazar

Kitab ini mula dikarang pada tahun 1196H.

Mengandungi perbahasan tentang

tanda-tanda kiamat seperti Imam Mahdi,

Dajjal, turunnya Nabi Isa, terbit matahari

sebelah barat. Ditulis dalarn tulisan jawi

dan pernah dicetak di Singapura tahun

1356H (1937M).

Kitab Ilmu Falak Kitab ini ditulis dalam bahasa Arab.

Penulisannya mernuatkan kaedah bila

terjadinya gerhana matahari dan bulan.

Walau bagaimanapun kitab ini belum

sempat dicetak.

Kitab al-Nikah Kitab ini menerangkan tentang pengertian

wali dan kaedah melaksanakan akad

nikah berdasarkan apa yang telah diajar

oleh Rasulullah s.a.w. Kitab ini pernah

diterbitkan di Istanbul pada 1304H.

Kitab Kanzul Ma'rifah Kitab ini berkaitan dengan ilmu tasawuf

serta penjelasan mengenai hakikat

mengenal diri untuk mencapai makrifat

38

Page 39: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

kepada Allah. Isi kandungannya ditulis

dalam bahasa Melayu dan belum dicetak.

Beliau meninggal dunia pada malam selasa iaitu di antara waktu maghrib dan

Isyak pada 6 Syawal 1227 Hijrah bersamaan dengan 13 Oktober 1812 Masihi. Beliau

meninggal dunia pada usia 105 tahun dengan meninggalkan sumbangan yang besar

terhadap masyarakat Islam di Nusantara. Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau,

beberapa tempat di Indonesia telah mengabadikan nama dan karya beliau. Antaranya

ialah Universitas Islam Kalimantan Muhammad Arsyad al-Banjari dan Masjid Raya

Sabilal Muhtadin.

- HAMKA

Tokoh berikutnya adalah Hamka. Nama sebenar bagi Hamka ialah Doktor haji Abd.

Malik bin Sheikh Abd. Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah. Beliau dilahirkan di desa

Tanah Sirah, Sungai Batang Maninjau, Minangkabau, sumatera Barat Indonesia pada

16 Februari 1908 bersamaan dengan 13 muharan tahun 1362 Hijrah. Ayah beliau

merupakan seorang ulama Islam yang terkenal dan telah membawa pembaharuan

Islam di Minangkabau. Hamka merupakan seorang yang pintar dan bijak sejak dari kecil

lagi. Hamka merupakan seorang manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan

petah berpidato sehinggakan beliau pernah diberi penghormatan untuk berpidato dalam

satu rencana radio Arab Saudi.Selain itu, Hamka juga mempunyai bakat penulisan dan

berjiwa seni. Ini terbukti melalui gaya bahasa dalam penghasilan karya agungnya yang

indah dan sering diselitkan rangkap-rangkap pantun dan syair dalam penulisannya

Tambahan itu, beliau merupakan seorang yang berani menegakkan kebenaran semasa

revolusi penjajahan Belanda di Sumatera, beliau telah mengatur siri pidato untuk

membangkitkan semangat umat Islam menentang Belanda. Hamka mendapat

pendidkan awal daripada bapanya, beliau memplejari ilmu-ilmu asas agama serta

belajar al-Quran sehingga khatam. Pada tahun 1915, beliau memasuki sekoah desa di

Padang Panjang seawall umur 7 tahun dan kemudiannya pada tahun 1918, beliau

meneruskan pelajaran di sekoah datuknya Muhammad Amirullah. Pada tahun 1924,

39

Page 40: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

Hamka berpeluang untuk mendalami ilmu tafsir daripada Kiai Bagus Harikusomo di

Tanah Jawa dan berpeluang mengkuti pengajaran daripada ulama-ulama yang terkenal

seperi Syeikh Ibrahim Musa dan lain-lain. Beliau amat suka menghabiskan masa

lapang di perpustakaan untuk membaca buku-buku falsafah, kesusateraan, sejarah dan

politik.

Hamka merupakan seorang tokoh reformasi Islam yang terkanl dalam idang

falsafah dan tasawuf. Ketika Hamka berumur 17 tahun lagi, beliau telah berdakwah dengan

menerbitkan majalah Khatibul Ummah. Tambahan itu, semasa berada di Mekah pada 1927M,

beliau telah menubuhkan sebuah persatuan Hindia Timur yang bertujuan untuk memberi

pelajaran agama kepada jemaah haji Indonesia. Setelah itu, Hamka juga melibatkan diri dengan

pertubuhan Muhammadiah dan mengetuai cawangannya di Padang Panjang. Beliau juga pada

tahun 1935M, telah mengasaskan Kolej Al-Muballighin yang mana telah melahirkan banyak

tokoh-tohoh yang terkenal. Setahun kemudian juga, beliau menerbitkan majalah Pedoman bagi

memberi kefahaman kepada masyarakat Islam pada masa itu dan semenjak itu beliau telah

menerbitkan majalah berunsurkan dakwah seperti Menara, Merdeka, Pemandangan, Panji

Masyarakat dan Gema Islam. Hamka mula mengarang dalam akhbar ‘Pembea Islam” pada

tahun 1930. Pada tahun 1953M, Hamka dilantik menjadi anggota pimpinan pusat

Muhammadiah. Hamka telah membawa pembaharuan kepada umat Islam dengan karya-karya

agama, kesusateraan dan falsafah yang menyentuh secara langsung kehidupan umat Islam.

Eliau juga banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia sehinggakan

beliau mendapat gelaran ‘Hamzah Fansuri Zaman baharu”. Hamka juga tidak mengehadkan

penulisan dalam bidang agama malahan dalam bidang falsafah dan sastera juga. Antara hasil-

hasil karya Hamka ialah:

AGAMA FALSAFAH SASTERA

Tafsir al-Azhar Falsafah Hidup Tenggelamnya kapal Van

Der Wijck

Tasawuf Moden Lembaga Hidup Dibawah Lindungan Kaabah

Panduan Mubaligh Islam Falsafah Ideologi Islam Laila Majnun

40

Page 41: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

Sejarah Umat Islam Pandangan Hidup Muslim Mandi Cahaya di Tanah Suci

Revolusi Agama Ekspensi Ideologi Arkan Islam

Hamka menggunakan dua jenis medium untuk menyebarkan ajaran islam iaitu yang

pertama dari segi penulisan menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk mengajak

umat Isam mengkaji sebahagian kefahaman yang bertentangan dengan al-Quran dan As-

Sunnah. Terdapat juga karya beliau yang telah membuka minda masyarakat Indonesia

malahan masyarakat antarabangsa amnya seperti contoh ‘Tafsir al-Azhar’. Keduanya adalah

dari segi percakapan melalui pidato.

Beliau telah menerima beberapa anugerah bagi menghargai ketokohannya. Antara

anugerah yang pernah diterima oleh beliau adalah Doktor Kehormat dari Universiti Al-Azhar dan

dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Julai 1981

pada usia 73 tahun di Jakarta. Beliau merupakan saah seorang tokoh pendakwah yang

disegani dan dihormati di rantau Nusantara. Beliau adalah seorang pujangga dan juga ahli fikir

Islam yang tersohor.

- Syeikh Daud Al-Fatani

Tokoh terakhir yang manjadi pilihan saya ialah Syeikh Daud Al-Fatani. Syeikh Daud Al-

Fatani merupakan seorang tokoh dalam bdang fiqh yang diperakui oleh semua ulama di Asia

Tenggara yang memahami dan mengkaji sejarah Islam di rantau ini. Nama penuh beliau ialah

al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan

Idris al-Fatani. Namun beliau lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh. Syeikh Daud al-

Fatani dilahirkan di Kampung Parit Marhum Kerisek, Patani. Kampung ini terkenal dengan

sejara kerana salah seorang wali songo pernah tinggal dan menagajar disitu sebelum

berpindah ke Jawa Timur. Terdapat perselisihan yang berlaku anda penyelidik mengenai tahun

kelahirannya, oleh itu tahun kelahiran Syeikh Daud Al-Fatani tidak dapat dipastikan. Terdapat

sumber mengatakan bahawa ianya lahir pada tahun 1133 H, 1153 H dan tahun 1183 H. Beliau

mendapatkan pendidikan awal mengenai dasar keislaman adalah daripada kalangan keluarga

beliau sendiri. Ayah dan datuknya merupakan ulama besar yang bertanggungjawab. Pada

waktu itu Acheh dan juga Patani amat terkenal sebagai pusat pendidikan Islam tradisional yang

terkenal di ranatu ini. Syeikh Daud al-Fatani juga belajar dariapda uama setempat. Beliau juga

41

Page 42: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

dikatakan belajar di Acheh selama 2 tahun sebelum menyambung pelajaran beliau ke Hijaz.

Dikatakan bahawa beliau teah menetap disana untuk suatu jangka masa yang amat panjang.

Syeikh Daud al-Fatani telah mendekati para ulama yang bermastautin di Mekah sewaktu belajar

disana. Beliau juga banyak memperoeh ilmu dari Syeikh Muhammad Shaleh bin Abdur Rahman

terutamanya imu kesufian.

Kita akan mula melihat akan sumbangan Syeikh Daud al-Fatani. Selain daripada

menguasai ilmu agama, beliau juga telah menguasai ilmu kedoktoran walaupun begitu, beliau

tidak menjadi seorang doktor.Beliau juga telah mendalami ilmu hisab dan ilmu falak. Syeikh

Daut al-Fatani memang telah belajar dengan banyak guru. Berbagai-bagai jenis aliran mazhad

dan iktikad yang dipelajarinya. Namun, pegangaannya tetap tidak berubah dan tetap menurut

Mazhab Shafi’e dalam fiqh dan mengikut ahli Sunnah Wal Jamaah dalam iktikad. Dengan kata

lain, ilmu pengetahuannya tidak hanya tertumpu dalam bidang Islam sahaja, tetapi termasuk

pengetahuan umum dan juga pengetahuan duniawi. Berikut adalah beberapa hasil karya beliau:

Bughyat al-Tullab

Al-Saidu wa al-Zabaih

Al-Bahjat al-Saniyat

Wasaya Al-Abrar Wa Mawaiz al-Akhyar

Manhalush Shafi

Munyat al-Mushalli

Bahjat al-Mardiyat

Hidayat al-Muta’allim

Karya lain yang dihasilkan oleh beliau adalah, Kitab al-Durr al- Thamin fi Aqa’id al-

Mu’minin:Kitab ini selesai ditulis pada 17 Syawal 1232H bersamaan 1819-17M. Ia mengandungi

103 halaman. Ia memuatkan perbicaraan mengenai asas-asas akidah Islam mengikut aliran

Ahli Sunnah wal Jama’ah. Cetakan terawal ialah versi yang dicetak di Matba’ah al-Miriyyah,

Makkah pada tahun 1323H dan disunting oleh Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zayn al-Fatani.

Syeikh Daud al-Fatani meninggal dunia dan dimakamkan di Taif. Tarikh sebenar kematian

beliau juga tidak dapat dipastikan. Ada yang berpendapat bahawa beliau meninggal dunia

sekitar tahun 1847, da nada juga yang menyebut tahun 1265 H.

42

Page 43: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

5.0) Refleksi

Saya mula menerima tugasan bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia

pada bulan Januari lalu. Tugasan ini memerlukan saya untuk membina esei bagi

menjawab soalan-soalan yang diberikan. Terdapat tiga soalan yang terdapat dalam

tugasan dan ianya masing-masing mengenai interaksi antara tamadun Melayu dan

tamadun yang lain, pengaruh agama Islam di Asia dan terakhir sekali adalah

menghuraikan sumbangan tokoh-tokoh Islam di Asia.

Pada awalnya saya berpendapat bahawa tugasan ini amat mudah untuk

dilaksanakan kerana ianya sesuatu yang telah dinyatakan daam buku.

Walaubagaimanapun, semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah berdepan dengan

beberapa masalah. Pertama sekali adalah melibatkan soalan yang pertama. Soalan

tugasan meminta saya untuk menyenaraikan interaksi antara tamadun Meayu dan

tamadun-tamadun lain. Bagi tamadun yang biasa kita dengar seperti tamadun India dan

tamadun China tidak mempunyai terlalu banyak masalah tetapi masalah timbul apabila

saya ingin membicarakan mengenai interaksi antara Tamadun Jepun dan tamadun

Melayu. Saya perlu berfikir dengan lebih kreatif bagi menunjukkan kesan pengaruh

tamadun Jepun dalam tamadun Melayu. Hal ini menyebabkan saya terpaksa membaca

semual sejarah pemerintahan Jepun di Tanah Melayu yang mana akhirnya

membuahkan hasil kerana saya mampu menghasilkan idea setelah membaca dan

berfikir mengenainya.

Masalah seterusnya adalah berkaitan dengan soalan ketiga yang mana kami

perlu untuk mencari serta menghuraikan sumbangan tokoh-tokoh islam di Asia. Biarpun

sebelum ini saya mengenali serta mengetahui mengenaik beberapa orang tokoh Islam

seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al-Khawarizmi dan lain-lain namun saya mempunyai

pengetahuan yang terhad mengenai tokoh-tokoh Islam yang terdapat di nusantara.

Saya terpaksa melakukan pembacaan tambahan bagi mendapa tahu tentang beberapa

tokoh-tokoh Islam di nusantara ini khasnya kawasan Asia Tenggara.

Saya bernasib baik kerana mempunyai rakan-rakan yang sudi berkongsi

maklumat serta info mengenai tugasan ini. Saya dan juga seorang rakan kelas juga

43

Page 44: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

pernah bertanyakan kepada pensyarah pembimbing berkenaan dengan soalan

ketiga.Ha ini berkaitan tentang jumlah tokoh Islam yang perlu dimasukkan kedalam

tugasan kami. Terdapat percanggahan serta kekeliruan mengenai jumlah tokoh Islam

yang perlu disertakan dalam tugasan kerana terdapat rumor mengatakan bahawa kami

perlu memasukkan sekurang-kurangnya 5 tokoh Islam nusantara.

Terdapat banyak kelebihan dan kebaikan yang telah saya perolehi semasa

dalam proses menyiapkan tugasan ini. Antaranya adalah, saya dapat mengetahui

dengan lebih lanjut mengenai sejarah kehidupan masyarakat Melayu pada masa lalu

kerana tugasa ini memerlukan saya untuk melihat kembali peristiwa yang berlaku lebih

kurang pada abad ke-15 malah lebih awal lagi. Bukan itu sahaja, saya juga menyedari

bahasawa terdapat beberapa budaya yang diamalkan dalam budaya Melayu hari ini

adalah hasil asimiliasi bersama tamadun-tamadun lain. Hal ini menyebabkan saya

belajar juga untuk belajar menerima sesuatu dengan hati yang terbuka seperti contoh

peristiwa kedatangan Islam ke Asia Tenggara.Walaupun sebelum kedatangan agama

Islam, masyarakat Melayu kebanyakkannya menganut agama Hindu-Buddha namun

apabila Islam datang mereka dapat menerimanya dengan hati yang terbuka kerana

mereka menyedari akan kebenaran agama Islam itu sendiri. Disamping itu, saya juga

mengakui dan menyedari akan kehebatan ilmu orang Melayu terdahulu. Tokoh-tokoh

Melayu pada waktu dahulu sangat mencintai ilmu sehinggakan mereka sanggup untuk

pergi mengembara sehingga ke Timur Tengah untuk menuntut ilmu keagamaan

berbanding belia pada hari ini yang selalu mensia-siakan peluang mereka untuk

menuntut ilmu. Saya merasa kagum kerana walaupun kemudahan pada masa itu amat

sukar namun mereka sanggup menempuhinya. Hal ini sekaligus dapat menaikkan

semangat saya untuk meneruskan usaha menuntut ilmu dan menjadikan tokoh-tokoh

Islam di nusantara sebagai panduan dan contoh dalam bidang menuntut ilmu.

Bukan itu sahaja, melalui tugasan ini juga saya menyedari bahawa bahasa

Meayu merupakan salah satu bahasa yang terkenal dan digunakan sebagai bahasa

‘Lingua Franca’. Oleh itu, saya berpendapat bahawa masyarakat Melayu pada hari ini

harus berusaha untuk memartabatkan bahasa Melayu ayng dulunya dijadikan sebagai

bahasa utama terutamanya dalam urusan perdagangan, politik dan lain-lain. Bukan itu

44

Page 45: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

juga, saya juga dapat merasakan bahawa pengaruh Islam pada masa dulu telah

membawa banyak perubahan dalam masyarakat Melayu. Ianya tersebar ke seluruh

pelosok Nusantara hasil dariapda usaha beberapa ilmuwan yang tidak putus-putus

mengembangkan ajaran agama. Selaku seorang Muslim, saya berpendapat bahawa

kita haruslah berpegang teguh pada ajaran Islam dan menghayati semula Islam dari

segala aspek kehidupan. Hanya dengan cara itulah, bangsa Melayu dapat menaikkan

semua martabatnya dan mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Akhir sekali, saya dapat menyimpulkan bahawa menyempurnakan tugasa ini

tidaklah semudah yang disangka namun tidak juga terlalu susah namun apa yang

paling penting sekali adalah, tugasan ini memberi peluang kepada saya untuk

membaca semula tentang sejarah Asia dan juga sejarah agama Islam bertapak di Asia

dan kembali mengimbas sejarah lalu dan mengambil ikhtibar dari semua kejadian yang

berlaku. Kita harus pandang ke hadapan untuk berjaya namun jangan lupa untuk

menoleh kebelakang untuk mengambil pedoman dan peringatan tentang kesalahan lalu

supaya kegagalan ataupun kekalahan berlaku akibat kesalahan yang sama berulang.

45

Page 46: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

6.0) Lampiran

46

Page 47: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

47

Page 48: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

48

Page 49: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

49

Page 50: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

50

Masjid Tengkera yang

berada di Melaka.

Terdapat ciri-ciri

senibina pagoda pada

masjid ini.

Golongan Baba Nyonya yang juga

merupakan salah satu kesan interaksi

antara tamadun Cina dan tamadun

Melayu.

Page 51: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

51

Kungfu ataupun Wushu yang kini

terkenal juga di Malaysia sebagai saah

satu seni mempertahankan diri.

Budaya memberi duit raya kepada kanak-kanak semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri diambil daripada budaya Cina iaitu memberi ‘Ang Pau’.

Page 52: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

52

Budaya berinai dan juga bersanding semasa perkahwinan juga merupakan budaya Hindu. Begitu juga dengan adat melenggang perut.

Silambam yang merupaka seni bela diri bagi masyarakat India.

Dikatakan bahawa silat juga menyerap seni bela

ini.

Pemakaian Jubah dan serban dikatakan

terjadi hasil interaksi antara budaya Arab dan budaya Melayu.

Page 53: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

Judo dan Karate yang berasal dari Jepun namun kini di Malaysia terdapat kelab dan

persatuan bagi kedua-dua seni bela diri ini.

53

Hukum Kanun Melaka yang mempunyai unsur-unsur perundangan Islam setelah kedatangan Islam di Asia Tenggara. Terdapat 18

fasal yang menyebut mengenai undang-undang Islam.

Page 54: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

54

Dalam Batu Bersurat terengganu terdapat tulisan Melayu dan juga tulisan

Arab. Bukan itu sahaja malahan terdapat catatan mengenai Islam sebagai

agama rasmi dan hukum hakam seperti penzinaan dan penghutang.

Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin

Page 55: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

7.0) Rujukan

Ahmad Zaki Abd. Latiff, A. H. (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Azhar Hj. Mad Aros, A. M. (2000). TITAS. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Esa Khalid, M. A. (2004). Beberapa Aspek Tamadun Melayu, China , India dan Jepun. Johor: UTM Skudai Johor .

Ramlah Adam, S.P, (2010). Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (2012, March 12). Interaksi Antara Tamadun. Retrieved on February 1, 2013, from http://titasawesome.blogspot. com/2012/03/kesan-interaksi-antara-tamadun.html.

Wikipedia (2012, Ogos 28). Sheikh Tahir Jalaluddin. Retrieved on Februari 3, 2013 from http://ms.wikipedia.org/wiki/Sheikh_Muhammad_Tahir_Jalaluddin.

55

HAMKA

Page 56: Tugasa TITAS (hbgn tamadun, tokoh asia islam tenggara)

56