tugasan

41
1.0 Pengenalan. Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Sebagai guru, kita perlu membuat pertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai pelajar atau memerlukan ulangan semula dan sebagainya. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus yang mendukung istilah- istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Pengujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ditinjau dari aspek yang lebih luas, penilaian yang dijalankan memberi manfaat besar 1

Upload: mizan-bob

Post on 04-Dec-2015

244 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

mte 3124

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan.

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang

dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang

memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Sebagai guru, kita

perlu membuat pertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan

pembelajaran yang berlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran

sudah dicapai pelajar atau memerlukan ulangan semula dan sebagainya.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting

dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti.

Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan

mereka ingin mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa

menghirau maksud khusus yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara

khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-

tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik,

dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau

dapatan yang diperoleh, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan

dengan tepat.

Pengujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama

pentingnya dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama

penilaian ialah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ditinjau

dari aspek yang lebih luas, penilaian yang dijalankan memberi manfaat besar kepada

guru, pelajar dan ibu bapa, malah kepada pihak sekolah serta Kementerian Pelajaran

sendiri.

Di dalam tugasan ini saya dikehendaki untuk menyediakan 10 soalan objektif

matematik menggunakan JSU/JPU dan mentadbir ujian tersebut. Saya juga

dikehendaki membuat analisis item untuk menentukan kesesuaian dan kualiti item

ujian dan seterusnya memurnikan bagi setiap soalan yang dibina.

1

2.0 Merancang dan Mentadbir Ujian

Mohd Najib (1997) telah menggariskan lapan prosedur dalam merancang ujian bilik

darjah yang baik. Urutan prosedur tersebut ialah seperti berikut:

i. Menentukan tujuan ujian – Pada permulaan perancangan ujian, guruguru

hendaklah memastikan tujuan sebenar sesuatu ujian diadakan berdasarkan

kepentingan ujian dan keperluan ujian tersebut dijalankan. Terdapat beberapa

tujuan ujian yang perlu diperhatikan oleh guru samada ujian yang dibina

bertujuan sebagai ujian 4 penempatan, diagnostik, sumatif dan lain-lain. Guru

juga perlu menentukan dan seterusnya menulis objektif ujian dengan tepat

mengikut Tahap Taksonomi Bloom yang bersesuaian.

ii. Membina blueprint atau spesifikasi ujian – Pembinaan JSU adalah sangat

penting untuk memastikan pembahagian item yang wajar berdasarkan

kandungan dan objektif yang telah ditentukan dalam sesuatu ujian tersebut.

Pembinaan JSU yang baik akan memandu guru dalam membina ujian yang baik

dan menepati tujuan ujian tersebut.

iii. Memilih jenis soalan – Guru perlu mengetahui aspek pemilihan jenis soalan

untuk sesuatu ujian bilik darjah itu. Hal ini kerana, pemilihan jenis soalan

hendaklah bergantung kepada tahap kemahiran yang hendak dinilai. Pemilihan

soalan atau item yang tepat adalah penting kerana setiap jenis soalan ujian

mengukur tahap kemahiran yang berbeza. Kepelbagaian jenis soalan dalam

ujian membolehkan pelbagai jenis kemahiran diuji.

iv. Menyediakan soalan ujian – Semasa menggubal atau menulis item ujian, guru

hendaklah memastikan bahawa item adalah mudah difahami, ringkas dan tepat

dari segi kandungan dan penggunaan bahasa. Selain itu, arahan dan format

ujian juga hendaklah tepat dan jelas.

v. Mengumpulkan soalan – Soalan- soalan yang telah digubal hendaklah dikumpul

dan disusun secara sistematik. Susunan perlu mengikut jenis soalan dan

sukatan kandungan.

2

vi. Mentadbirkan ujian – Pentadbiran ujian perlu mengambil kira semua kriteria

yang berkaitan dengan perjalanan ujian. Ini termasuklah tempat ujian, jenis

kertas dan tulisan, masa dan suasana yang optimum untuk pelajar dan

persediaan awal seperti susunan jadual ujian.

vii. Mentaksir ujian – Dalam proses ini guru perlu menafsir soalan ujian dari segi

kesukaran dan kebolehan mendiskriminasi item tersebut. Penafsiran juga

bermaksud menafsir skor yang diperolehi oleh pengambil ujian iaitu pelajar.

Semua proses penafsiran adalah secara saintifik dan matematik.

viii. Menggunakan keputusan – Keputusan ujian adalah sangat berguna kepada guru

sendiri, pelajar, ibu bapa dan orang ramai. Pencapaian keputusan dalam ujian

akan menunjukkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah.

2.1 Jadual Spesifikasi Ujian

2.1.1 Definisi

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang

ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan

ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin

merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan.

Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan

soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah

disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses,

termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi

kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san

pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk

menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya

disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU

dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.

3

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.

Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya

mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat

untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan

sukatan pelajaran/objektif pengajaran. Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti

pelbagai proses, termasuk penyediaan JPU, pembinaan item ujian, membuat ujian rintis

dan memurnikan item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item

ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh

membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan,

dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980).

Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JPU (Jadual Penentuan Ujian) adalah

carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran.

Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini

pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan

demikian, JPU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang

perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan

item ujian pula, JPU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina

merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan

demikian, JPU seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum kita memulakan

pengajaran.

2.1.2 Kepentingan JSU

Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian mempunyai lapan kepentingan. Kepentingan

pertama pembinaan JSU ialah bagi mengelakkan sesuatu ujian dibina secara

sembarangan. Melalui pembinaan JSU maka sesuatu ujian dapat dibina dengan baik

dan boleh dipercayai. Guru dapat membuat soalan-soalan ujian mengikut keutamaan

tajuk yang diajar tanpa membuat soalan yang melencong atau tidak berkenaan dengan

matapelajaran yang di ajar. Kepentingan kedua pembinaan JSU ialah bagi menjamin

4

kesahan sesuatu ujian iaitu kandungan ujian yang dibuat oleh seseorang guru. Soalan

di dalam ujian tersebut boleh dipercayai dan dijamin kesahannya kerana JSU

merupakan proses membuat item-item ujian yang sah. Kepentingan yang ketiga ialah

melalui pembinaan JSU dapat menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik dan aras-

aras kemahiran yang patut dititikberatkan dalam membuat item-item soalan. Maka ini

dapat mengelakkan seseorang guru membuat terlalu banyak soalan berkaitan dengan

topik yang kurang penting. Sebagaimana yang kita tahu bahawa setiap soalan yang

dibuat berdasarkan aras-aras kemahiran yang tertentu. Ini dapat mengelakkan guru

membuat semua soalan yang mempunyai aras kemahiran yang tinggi.

Kepentingan yang keempat ialah pembinaan JSU dapat menentukan

keseimbangan soalan yang dibina mengikut topik dengan aras-aras kemahiran yang

diuji. Guru dapat membuat item soalan yang berpatutan dengan topik yang diajar

dengan melibatkan aras-aras kemahiran yang merangkumi aras mudah, sederhana dan

tinggi. Item soalan dapat dibina secara seimbangan diantara semua topik mengikut

keutamaan jam interaksi pengajaran guru. Kepentingan yang kelima pembinaan JSU

ialah memberikan panduan untuk membuat format ujian. Memlalui pembinaan JSU

maka guru mempunyai panduan bagi membuat format ujian yang ingin diuji. Maka guru

dapat membuat format ujian yang berlainan selagi pembinaan JSU dibuat. Ini akan

memudahkan kerja seseorang guru. Kepentingan keenam ialah pembinaan JSU

memberikan panduan untuk membentuk soalan. Guru dapat membina item soalan yang

baik dimana soalan tersebut tidak terlalu mudah atau mempunyai unsur diskriminasi.

Guru dapat menentukan bilangan soalan objektif dan soalan subjektif yang diperlukan

bagi memenuhi semua topik yang telah diajar.

Kepentingan ketujuh pembinaan JSU ialah kita boleh mengambil kira bilangan

masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik. Guru tidak terlalu membazirkan masa

untuk sesuatu topik yang ringkas dan masa untuk ujian dapat dikira dan diperuntukkan

dalam masa yang releven. Kepentingan yang terakhir ialah pembinaan JSU

membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain. Guru

dapat membuat perbandingan prestasi pelajar di antara pelajar melalui ujian yang telah

dibina. Guru juga boleh melihat soalan yang boleh dipercayai dengan soalan yang

dibuat sembarangan. Ujian yang dibuat berdasarkan pembinaan JSU dapat

5

menunjukkan prestasi sebenar pelajar dan kefahaman pelajar. Kesimpulannya,

pembinaan JSU mempunyai banyak kepentingan terutamanya kepada searang guru.

Seorang guru harus tahu bagaimana membina JSU dan penggunaannya dalam

pembinaan item-item soalan.

Taksonomi Bloom.yang dipelopori oleh Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy

of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive Domain (New York: David McKay)

telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke

aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan

penilaianBerikut adalah JSU yang telah saya buat bagi menyediakan 10 soalan objektif

matematik Tahun 3.

2.2 Langkah Membina Jadual Spesifikasi Ujian

Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual

Spesifikasi Ujian ini. Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk

memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina.

Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap

tajuk kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran

bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu

tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga

diambil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana

kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masa bagi sesuatu

tajuk tersebut.

Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif

pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran

yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap

kesukaran mana yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran

diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam

kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas

kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan

ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU

6

mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi

tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya mengandungi

aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi

peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.

Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah

menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin

diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai

berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang

bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan murid.

Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan

soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain

objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah

soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan

sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi

markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula

bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain

memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah

soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang

bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan

lain-lain.

7

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

10 SOALAN MATEMATIK TAHUN 3

BIDANG NOMBOR DAN OPERASI

No.

Soalan

Topik Aras soalan Jumlah

Mudah Sederhan

a

Sukar

Aras kemahiran

Mengingat Memahami Mengaplikasi Menganalisis

1,2,3,4

,5,6

Nombor

dalam

lingkungan

10000

1,2,3 4.5.6 6

7,8 Penambaha

n nombor

dalam

lingkungan

10000

7 8 2

9.10 Penolakan

nombor

dalam

lingkungan

10000

9 10 2

Jumlah 3 3 2 2 10

Peratus 30 30 20 20 100

Taburan soalan yang saya tetapkan dalam JSU diatas adalah berdasarkan Standard

Pembelajaran dan Standard kandungan yang terdapat dalam Dokumen Standard

Matematik Tahun 3 dan Rancangan Pelajaran Tahunan yang telah dibina oleh rakan

setugas saya yang mengajar Matematik Tahun 3 dimana saya mendapati waktu

mengajar bagi tajuk pertama iaitu Nombor Dalam Lingkungan 10000 mengambil masa

yang lebih panjang berbanding Tajuk Penambahan dan Penolakan.

8

2.3 Menulis Item Ujian

Ujian pencapaian adalah penting kepada guru untuk mengetahui sejauh mana pelajar-

pelajarnya memahami apa yang mereka pelajari. Jika ujian ini dibina dengan baik, ia

boleh diguna untuk membandingkan pencapaian antara pelajar-pelajar atau

membandingkan pencapaian antara sekolah-sekolah. Biasanya, ujian pencapaian yang

digunakan di sekolah-sekolah dibina sendiri oleh guru-guru mata pelajaran tertentu.

Bagaimanapun, ujian yang disediakan oleh guru untuk pelajar-pelajarnya sendiri

adalah lebih tepat untuk mengukur pencapaian mereka, sebab ujian ini hanya

ditumpukan kepada kandungan pelajaran yang diajar guru. Seperti yang kita sedia

maklum, item/soalan objektif bermaksud item/soalan yang mempunyai jawapan

tepat/tertentu/spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan atau

pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul atau salah,

jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul, atau perkataan

pelengkap yang betul.

Item/soalan yang sering digunakan dalam ujian pencapaian; di peringkat sekolah

rendah, sekolah menengah atau institut pengajian tinggi; ialah item beraneka pilihan.

Item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus, stem/badan soalan dan

jawapan pilihan Stimulus adalah bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus

di mana soalan itu didasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan.

Stem pula adalah bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk

ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan. Manakala Jawapan Pilihan adalah

bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan, yang biasanya berbentuk angka,

simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain lagi.

Soalan jenis beraneka pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab oleh

pelajar, tetapi mudah diperiksa (boleh diperiksa oleh komputer dengan menggunakan

borang OMR). Pelajar mendapati soalan beraneka pilihan sukar dijawab berbanding

soalan jenis esei, sebab mereka perlu mengetahui jawapan secara tepat. Berikut

adalah 9 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk beraneka pilihan.

1. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu memilih jawapan yang betul atau

paling tepat/terbaik, sebab ada kalanya semua jawapan yang diberi adalah betul.

9

2. Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak

“berbunga-

bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

3. Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan pilihan, tetapI

dimasukkan

dalam badan soalan..

4. Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik supaya setiap jawapan yang

diberikan

adalah munasabah

5. Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut sistem

tertentu, 

untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan betul.

6. Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya tidak member petanda

kepada

pelajar tentang jawapan betul.

7. Jawapan berbentuk “Semua di atas” atau “Tiada satu pun di atas” sebagai jawapan

pilihan

perlu dikurangkan, supaya pelajar tidak mudah memilih jawapan betul.

8. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti kurangkan jawapan pilihan

seperti

supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.

9. Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya

wujud satu

sistem susunan jawapan pilihan.

2.4 Kertas Soalan Ujian

Dalam mukasurat seterusnya merupakan Item ujian yang saya bina mengikut Jadual

Spesefikasi Ujian yang telah ditetapkan sebelum ini.

10

Ujian Matematik Tahun 3 SK Rantau Panjang, Sibu.

Nama Pelajar :_____________________

Kelas :______________ Markah:

Arahan. Bulatkan jawapan yang betul. Masa: 15 minit

1. Nilai bagi digit 8 dalam 2843 ialah

A. Sa C. Ratus

B. Puluh D. Ribu

2. Empat ribu seratus dua belas ditulis dalam nombor ialah

A. 4012 C. 4112

B. 4102 D. 4002

3. 6032 ditulis dalam perkataan ialah

A. Enam ribu tiga dua B. Enam ribu dua puluh dua

C. Enam ribu tiga ratus dua D. Enam ribu tiga puluh dua

4. Antara nombor berikut, yang manakah menjadi 8 700 setelah dibundarkan kepada ratus terdekat?

A 8 635 C 8 767

B 8 729 D 8 789

5. Bundarkan 5 493 kepada puluh terdekat

A. 5 400 C. 5 500

B. 5 490 D. 5 990

11

/10

6. 6 384, 6 389, , 6 399, 6 404

Pilih nombor yang tertinggal dalam petak diatas?

A. 6 390 C. 6 394

B. 6 392 D. 6 398

7. Seorang penjual buah-buahan membeli 865 biji epal an 740 biji oren.

Cari jumlah buah buahan yang dibelinya.

A. 1605 C. 1705

B. 1615 D. 1715

8. Antara berikut, yang manakah mempunyai nilai yang terbesar?

A. 5 310 + 2 470 C. 6 470 + 2 530

B. 6 030 + 2 350 D. 6 550 + 2 340

9. Dalam sebuah gudang ada 3 320 bungkusan gula. Sekumpulan pekerja mengeluarkan

1 210 bungkusan gula dari gudang itu. Cari jumlah bungkusan gula yang tinggal?

A. 2 530 C. 2 210

B. 2 510 D 2 110

10. Rajah 1 di bawah menunjukkan empat keping kad nombor.

Rajah 1

Hitungkan beza antara nombor terbesar dan nombor erkecil.

A. 3165 C. 5451

B 5401 D. 5556

12

6 606 1 205 3 441 4 255

2.5 Skema Jawapan

Jadual 2.1 Skema Jawapan

2.6 Menguji Item Yang Dibina Dengan Melaksanakan Ujian Ke Atas Pelajar.

Dengan bantuan rakan setugas saya Encik Lim Fung Khoon yang juga merupakan guru

matematik kelas Tahun 3 di SK Rantau Panjang, saya telah menjalankan ujian kepada

37 pelajar di kelas tersebut pada 8 September 2015, pada jam 2.00-215 petang iaitu

semasa kelas bimbingan petang matematik untuk kelas tersebut. Ujian Tersebut telah

dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

13

SKEMA JAWAPAN UJIAN TOPIKAL. (Nombor Bulat

sehingga 1 000 000)

Tahun 5, 2014

NOMBOR

SOALAN

A B C D

1 /

2 /

3 /

4 /

5 /

6 /

7 /

8 / /

9 /

10 /

JUMLAH 1 3 4 3

3.0 Membuat Analisis Item

Saya telah mengambil sampel seramaii 10 orang pelajar yang memperolehi markah

yang tertinggi bagi kumpulan tinggi dan 10 orang pelajar yang memperolehi markah

yang terendah bagi kumpulan rendah. Tujuan pemilihan kumpulan tinggi dan kumpulan

rendah adalah untuk mengenal pasti indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan

menentukan keberkesanan pengganggu bagi item objektif.

3.1 Laporan Pencapaian Pelajar Tahun 3 SK Rantau Panjang Sibu

Pencapaian bagi pelajar dalam ujian yang dijalankan adalah seperti di dalam Jadual

3.1 di bawah. Jadual ini adalah disusun mengikut senarai nama pelajar

BIL

NAMA PELAJAR MARKAH

1 ALISIA ANAK DAUD 32 ALYA RIMA ANAK GUNONG 43 AMYLISHA GRACE ANAK REKI 54 ANGELINA ANAK JUAN 45 ANJELA ANAK NYUA 56 ARYAN HAIZZAD BIN ABU BAKAR 87 BERAYUN ANAK GARA 38 BRYANSON NANGGAI ANAK EDWIN 69 CASPER FEDRICK ANAK RENGGIE 610 CELINE IVA ANAK JUYAH 611 CHRISTOPHER ANAK JEREMY 512 CLAUDIA AK PILLAI 1013 CRISTIAN CARRY ANAK AMBOSR NYEGANG 814 DESMOND UNGKOK ANAK JOHNY 615 EMENUEL NYAWANG ANAK WALTER WAT 316 FREDDY FERNANDEZ ANAK LUCAS 817 GRACE GRASIA ANAK WILSON MINGGU 218 HERRYSON ANAK NGELAYANG 519 JEFFRY ALEX ANAK BALING 620 JENNYYTISCIA MING AK EDWARD 321 MADELINA ANAK NYONO 622 MAGRET ANAK MINGGU 523 MALIANA AK TAMA 824 MICHEAL CHAN 425 MOHAMMAD FAHMI ISWANDI B. YUSUP 1026 NELSY EMMELLY ANAK JONICA 3

14

27 NICHOLAS ANAK BALAN 328 NICK ALLAN ANAK DOUGLAS 629 NICKYLYN MARVIEN AK JACKSON 1030 NUR AIN BT. ABDULLAH 631 NUR FATHIKAH BT. TUMBA ROHMANIA 632 NUR MICHELLYNA PRIYA BT. ABDULLAH 733 SEBASTIAN GALAN AK STANLEY 834 SHAHRUL NIZAM B. BAKRI 535 VIVIANA ELLIN ANAK LAWRENCE TIA 536 WAN MUHAMAD HAIKAL B. WAN SABINI 637 WATSON MAMBU ANAK ASUN 3

Jadual 3.1

Daripada skor ujian ini, saya mendapati terdapat 3 pelajar yang mendapat 100% atau

10 jawapan betul bagi 10 item ujian yang diberikan. Markah tertinggi bagi ujian ini

adalah 10 dan yang terendah dicapai oleh pelajar ialah 2. Daripada 37 pelajar yang

menduduki ujian , 26 pelajar dapat menjawab betul 5 soalan daripada 10. Jumlah ini

bersamaan dengan 70.2 % manakala 11 orang lagi pelajar atau 29.8 % pelajar hanya

mampu menjawab kurang dari 5 item dengan betul.

15

3.2 Analisis Item Ujian

Analisis bagi stiap item ujian adalah seperti didalam jadual 3.2 di bawah.

Analisis Item Ujian

BIL NAMA PELAJAR ITEM Jumlah1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1 MOHAMMAD FAHMI ISWANDI B. YUSUP 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 102 NICKYLYN MARVIEN AK JACKSON 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 103 CLAUDIA AK PILLAI 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 104 SEBASTIAN GALAN AK STANLEY 1 1 1 1 1 1 1     1 85 ARYAN HAIZZAD BIN ABU BAKAR 1 1 1     1 1 1 1 1 86 MALIANA AK TAMA 1 1 1   1 1 1 1 1   87 FREDDY FERNANDEZ ANAK LUCAS 1 1   1 1 1 1 1   1 88 CRISTIAN CARRY ANAK AMBOSR NYEGANG 1   1 1 1     1 1 1 79 NUR AIN BT. ABDULLAH 1 1 1 1   1 1     1 710 NUR MICHELLYNA PRIYA BT. ABDULLAH 1 1   1 1   1   1   611 MADELINA ANAK NYONO 1 1   1 1   1   1   612 NICK ALLAN ANAK DOUGLAS   1 1 1 1 1   1     613 CELINE IVA ANAK JUYAH 1   1   1   1   1 1 614 DESMOND UNGKOK ANAK JOHNY 1 1 1 1 1 1         615 JEFFRY ALEX ANAK BALING   1 1 1   1 1   1   616 NUR FATHIKAH BT. TUMBA ROHMANIA 1 1 1     1 1     1 617 CASPER FEDRICK ANAK RENGGIE 1   1   1 1 1 1     618 BRYANSON NANGGAI ANAK EDWIN 1   1 1 1   1   1   619 WAN MUHAMAD HAIKAL B. WAN SABINI 1 1   1 1 1     1   620 AMYLISHA GRACE ANAK REKI     1   1   1 1   1 521 HERRYSON ANAK NGELAYANG 1 1 1     1     1   522 ANJELA ANAK NYUA 1 1   1       1   1 523 MAGRET ANAK MINGGU   1 1 1   1   1     5

16

24 SHAHRUL NIZAM B. BAKRI 1 1     1     1   1 525 VIVIANA ELLIN ANAK LAWRENCE TIA 1   1   1     1   1 526 CHRISTOPHER ANAK JEREMY 1 1   1 1       1   527 ANGELINA ANAK JUAN 1   1   1   1       428 MICHEAL CHAN   1 1 1   1         429 ALYA RIMA ANAK GUNONG   1   1         1 1 430 NELSY EMMELLY ANAK JONICA     1 1         1   331 NICHOLAS ANAK BALAN 1         1   1     332 ALISIA ANAK DAUD   1   1     1       333 BERAYUN ANAK GARA 1   1           1   334 JENNYYTISCIA MING AK EDWARD         1   1 1     335 EMENUEL NYAWANG ANAK WALTER WAT   1     1         1 336 WATSON MAMBU ANAK ASUN 1 1   1             337 GRACE GRASIA ANAK WILSON MINGGU 1   1               2

JUMLAH 27 25 24 22 22 18 19 16 17 16  BIL. JAWAPAN BETUL DALAM KUMPULAN TINGGI (BT) 10 9 8 8 8 8 9 7 7 8  BIL. JAWAPAN BETUL DALAM KUMPULAN RENDAH (BR) 4 5 4 5 2 2 2 2 3 2  INDEKS KESUKARAN 0.72 0.6

70.64 0.59 0.5

90.48 0.51 0.4

30.45 0.43  

INDEKS DISKRIMINASI 0.6 0.4 0.4 0.3 0.6 0.6 0.7 0.5 0.5 0.6  Jadual 3.2 Analisis Item Ujian

17

3.3 Perkaitan antara Indeks Kesukaran (I.K) dan Indeks Diskriminasi (I.D) Item

dengan Kesahan dan Kebolehpercayaan Ujian

Dalam bidang penilaian, kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga boleh dilihat dari

segi nilai I.D dan I.K.nya seperti yang berikut:

“Kuasa mendiskriminasi sesuatu item ialah satu teknik untuk menunjukkkan

keesahan item itu. Sekiranya seseorang guru yakin dengan keesahan isi ujiannya,

maka secara logiknya dia boleh mengandaikan bahawa skor-skor sesuatu item adalah

bersetuju dengan skor-skor keseluruhan ujian. Sekiranya ujian adalah sah maka

sesuatu item yang bersetuju dengan ujian itu juga adalah juga sah. Sekiranya sesuatu

item itu bersetuju dengan ujian, maka lebih ramai pelajar-pelajar yang berkebolehan

tinggi daripada pelajar yang berkebolehan rendah menjawab item itu dengan betul.”

(Abdul Fatah, 1985: 144)

Manakala pakar bahasa dari Barat menyatakan:

“The construction of solid and reliable tests requires consideration of quantitative

information regarding the difficulty and discrimination power of each test exercise or

item, that is proposed for use.” (Davis, B.F., 1953: 97)

Kenyataan-kenyataan di atas sama-sama menunjukkan bahawa I.D dan I.K adalah

berhubungan rapat dengan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu bahan ujian.

Bahan-bahan ujian yang sudah dianalisis untuk melihat kuasa diskriminasinya, dan

didapati baik, bolehlah digunakan berulang kali oleh guru dan ini sudah pasti dapat

menguntungkan masanya; juga ia dapat memastikan bahawa ujian yang diberinya

kepada pelajar adalah sah dan boleh dipercayai (Azman Wan Chik, 1982:138)

3.3.1 Indeks Kesukaran Ujian

Indeks kesukaran digunakan untuk menunjukkan sama ada soalan yang dibina

terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah (Mok, 1995: 129). Indeks ini dikira dengan

menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul dengan dibahagikan

kepada jumlah calon yang menjawab. Pengiraannya adalah seperti di bawah :

18

Bilangan calon yang memberi jawapan betul (B)

Indek kesukaran (Nilai p) = ________________________________________

Jumlah calon yang menjawab (J)

25 (Bilangan yang menjawab betul)

Contoh : p = _________________________________

37 (Jumlah calon yang menjawab)

= 0.67

0.00 0.50 1.00

Item Sukar Sederhana Mudah

Item yang sukar mempunyai nilai p yang rendah, sebaliknya item yang mudah

mempunyai p yang tinggi. Untuk lebih jelas lagi dalam menilai aras kesukaran item ini

dapat dijelaskan dalam jadual di bawah.

19

Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item

Indeks Kesukaran (I.K) Pentafsiran Item/Soalan Keputusan

I.K < 0.3 Terlalu sukar Ubahsuai

0.3 < I.K < 0.8 Sederhana Terima

I.K > 0.8 Terlalu Mudah Ubahsuai

Jadual 3.3.1: Pentafsiran item/soalan berdasarkan Indeks Kesukaran (Mok, 1995: 129)

3.3.2 Indeks Diskriminasi Ujian

Indeks Diskriminasi mempunyai kuasa atau fungsi membezakan calon-calon

daripada kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat (Mok 1995: 130). Dengan

perkataan lain, Indeks Diskriminasi menunjukkan sama ada tiap-tiap satu soalan atau

butiran itu membezakan pencapaian di antara pelajar-pelajar baik dengan yang lemah

dan seterusnya sama ada tiap-tiap satu soalan atau butiran membezakan pelajar

(Azman Wan Chik, 1982: 137)

Tujuan mengadakan penganalisaan soalan untuk mendapatkan indeks

diskriminasi ialah untuk mengetahui sama ada soalan yang dibina itu terlampau susah

sehingga pelajar yang baik juga tidak dapat menjawabnya atau disebaliknya ia terlalu

senang sehingga pelajar yang lemah juga dapat memberi jawapan yang betul. Formula

berikut digunakan untuk mengira nilai indeks diskriminasi:

Indeks Diskriminasi:

Bt−Br12J

Di mana Bt = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab item/soalan dengan

20

betul.

Bs = Jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item/soalan

dengan betul.

J = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan rendah

Nilai indeks diskriminasi yang diperolehi daripada formula di atas dapat menolong kita

menentukan sama ada item/soalan yang dibina itu bermutu tinggi atau tidak. Jadual

berikut memberi satu kaedah umum untuk membolehkan kita mentafsir soalan yang

dikaji.

Indeks Diskriminasi (I.D) Pentafsiran Item/Soalan Keputusan

I.D ≥ 0.4Diskriminasi positif yang

tinggiAmat sesuai diterima

0.2 ≤ I.D < 0.4Diskriminasi positif yang

sederhanaUbahsuai item/soalan

0 ≤ I.D < 0.2Diskriminasi positif yang

rendahTulis item/soalan semula

I.D < 0

Diskriminasi negatif,

prestasi kumpulan rendah

lebih baik daripada

kumpulan tinggi

Item/soalan itu buruk dan

harus dibuang

Jadual 3.3.2 : Pentafsiran item/soalan berdasarkan Indeks Diskriminasi

(Mok, 1995: 129)

Dari penerangan diatas, item item yang telah dianalisis dapat ditafsirkan seperti dalam

jadual di bawah.

21

3.4 Pentafsiran dan Penganalisaan I.D (p) dan I.K (d) Untuk 10 Item Ujian

Soalan I.K

(p)

Pentafsiran Cadangan I.D (d) Pentafsiran Cadangan Analisa

1 0.72 Sederhana Terima 0.6 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima Baik

2 0.67 Sederhana Terima 0.4 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima Baik

3 0.64 Sederhana Terima 0.4 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima Baik

4 0.59 Sederhana Terima 0.3 Diskriminasi positif yang

sederhana

Ubahsuai Boleh diterima

5 0.59 Sederhana Terima 0.6 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima Baik

6 0.48 Sederhana Terima 0.6 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima Baik

7 0.51 Sederhana Terimai 0.7 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima Baik

8 0.43 Sederhana Terima 0.5 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima Baik

9 0.45 Sederhana Terima 0.5 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima Baik

10 0.43 Sederhana Terima 0.6 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima Baik

Jadual 3.3.2 : Penganalisaan dan Pentafsiran Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi untuk Ujian Matematik Tahun 3

yang dibina

22

Pada keseluruhannya, keputusan analisis yang diperolehi agak menggalakkan.

Keputusan analisis menunjukkan 9 daripada 10 soalan yang dibina mencapai tahap

baik iaitu nilai p nya sederhana dan nilai d masing-masing mencapai nilai diskriminasi

positif yang tinggi. Soalan-soalan yang berkualiti tinggi ini ialah soalan 1, 2, 3, 5, 6, 7, 8,

9 dan 10. Ini bererti soalan-soalan ini dapat membezakan kemampuan kumpulan

cerdas dengan kumpulan lemah dengan jelasnya.

Bagi sesebuah ujian, soalan yang boleh dijawab dengan betul oleh semua

pelajar atau soalan yang tidak boleh dijawab oleh semua pelajar merupakan soalan

yang lemah (Abdul Fatah, 1985: 144). Soalan-soalan sedemikian akan menyebabkan

semua pelajar mendapat kosong atau markah penuh. Ujian sedemikian tidak

menunjukkan sebarang perbezaan antara pelajar.

Perkara berbeza berlaku pada soalan 4. Soalan ini berada pada tahap

kesukaran yang sederhana, dimana mempunyai nilai p 0.59. Maka soalan ini boleh

diterima. Namun nilai d soalan tersebut adalah 0.3, iaitu positif yang sederhana. Maka

soalan ini sepatutnya diubahsuai. Walaubagaimanapun saya membuat keputusan untuk

mengekalkan soalan ini dan boleh diterima. Ini kerana beza bilangan antara murid tinggi

dengan murid rendah yang berjaya menjawab soalan ini hanya 3 orang sahaja. Ini

mungkin disebabkan pelajar yang lemah menggunakan kaedah meneka jawapan

sahaja kerana soalan ini soaln aneka pilihan (soalan objektif).

3.5 Soalan yang Telah Diubah

Saya telah mengubah solan ini dengan mengubah pilihan jawapan A dari 8 635 kepada

8 649 bagi meningkatkan indeks diskriminasi soalan tersebut dan didapati berkesan

selepas diuji semula kepada pelajar.

4. Antara nombor berikut, yang manakah menjadi 8 700 setelah dibundarkan kepada ratus terdekat?

A 8 649 C 8 767

B 8 729 D 8 789

23

3.6 Rumusan

Semasa guru mengulang kaji ujian, contohnya ujian kemajuan di dalam kelas, jika

terdapat pelajar yang memberi komen bahawa sesuatu soalan itu tidak jelas atau amat

sukar, maka guru berkenaan haruslah membuat semakan dengan menggunakan

indeks kesukaran dan indeks diskriminasi untuk membuktikan sama ada komen itu

berasas atau tidak. Walaupun usaha untuk menentukan indeks kesukaran dan indeks

diskriminasi mengambil masa yang banyak, tetapi ia amat penting untuk seorang guru

membaiki kualiti ujiannya pada masa akan datang.

Usaha menganalisis dan mentafsirkan item/soalan walaupun memakan masa, tetapi ia

amat perlu dijalankan kerana dapatannya akan memberi manfaat yang tidak terhingga

khasnya kepada penyedia soalan, amnya kepada pelajar. Perolehan indeks kesukaran

dan indeks diskriminasi bukan sahaja dapat meningkatkan mutu dan kualiti ujian dari

segi keberkesanan, tetapi yang pentingnya ia menguatkan lagi kesahan serta

kebolehpercayaan sesuatu ujian dan pencapaian pelajar yang sebenar dapat diketahui.

24

4.0 Refleksi Keseluruhan Projek

Kursus MTE 3123 (Amalan Pentaksiran Dalam Matematik) melengkapkan

pelajar PPG dengan kemahiran–kemahiran pengujian dan penilaian dalam Matematik,

membantu pelajar menjalankan diagnosis ke atas kesukaran pembelajaran kanak–

kanak dan seterusnya mengambil tindakan yang berkesan untuk memenuhi keperluan

khas kanak-kanak dalam pembelajaran Matematik. Pengalaman mengaplikasikan

teknologi dalam pentaksiran juga dibekalkan melalui aktiviti ‘hands-on.’

Tugasan MTE 3123E kali ini meminta pelajar menghasilkan sebuah membuat

laporan tentang proses pentaksiran mana-mana topik Matematik dilaksanakan. Selain

itu, pelajar juga diminta untuk menyediakan JSU dan item ujian yang mempunyai

skema jawapan lengkap dan menyeluruh. Bilangan item ujian objektif yang telah saya

sediakan ialah 10 soalan dan 5 soalan subjektif.

Melalui tugasan yang diberikan ini, saya telah berkerjasama bersama rakan

seperjuangan saya di sekolah iaitu Encik Lim Fung Khoon (Ketua Panitia Matematik).

Beliau telah banyak membantu saya dalam memahami cara membuat analisis item.

Saya rasa amat bertuah kerana berpeluang untuk membuat kerja dengan bantuan

beliau. Beliau merupakan seorang yang komited memberikan bantuan. Terdapat

banyak kebaikan melaksanakan tugasan secara berpasangan mahupun berkumpulan,

antaranya ialah kami dapat berkongsi idea dan pendapat. Idea yang dihasilkan adalah

lebih bernas kerana ia dapat dibincangkan bersama.

Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk mempelajari kursus Amalan

Pentaksiran Dalam Matematik. Saya mendapat banyak ilmu pengetahuan baru dengan

pelaksanaan tugasan ini. Objektif pembelajaran tidak dapat dicapai tanpa

mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam kuliah. Sebelum ini saya kurang faham

tentang analisis item dan sebagainya, namun setelah melaksanakan tugasan yang

diberikan ini, saya dapat memahami dengan baik cara membuat analisis item, apakah

yang dikatakan dengan JSU dan sebagainya.

Bagi melengkapkan tugasan ini, saya dikehendaki menggubal satu Jadual

Spesifikasi Ujian berdasarkan topik yang dipilih kemudian menggubal 10 soalan objektif

berdasarkan JSU yang dibina. Setelah itu, dikehendaki mentadbirkan ujian yang telah

25

digubal kepada 37 orang murid. Saya tidak mempunyai banyak masalah kerana telah

membuat pembacaan tentang prinsip-prinsip pembinaan item. Bilangan murid di dalam

kelas yang saya pilih iaitu tahun 3 ialah sebanyak 37 orang. Namun, kami menghadapi

masalah apabila mereka bercuti bergilir-gilir pada minggu UPSR. Kebanyakan antara

mereka tidak hadir ke sekolah jadi saya tidak berpeluang untuk mentadbir ujian pada

minggu tersebut. Mujur selepas minggu tersebut saya mempunyai masa untuk

mentadbir ujian tersebut walaupun pada masa yang sama bergelut dengan tugasan

internship.

Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah melakukan proses yang penting

dalam merancang ujian iaitu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi

maklumat tertentu bagi sesuatu ujian. Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang

menjalankan kerja kurus ini. Hal ini adalah kerana ia merupakan pengalaman pertama

saya melaksanakan tugasan ini untuk matapelajaran Matematik memandangkan saya

tidak pernah mengajar subjek ini di sekolah. Jadual Spesifikasi Ujian amat penting

kerana ia dapat memastikan ujian digubal secara sistematik. Selain itu, kesahan dari

segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.

Berpandukan JSU yang telah dibentuk, saya telah cuba menghasilkan soalan

yang hendak diuji kepada murid–murid. Dalam pembinaan soalan, saya mendapati

bahawa proses ini bukan merupakan satu proses yang mudah. Guru harus mengikut

tahap pembelajaran murid. Soalan yang digubal hendaklah bermutu tinggi dengan

menekankan aspek kerelevenan, keseimbangan, keobjektifan, aras kesukaran dan aras

diskriminasi.

Setelah menggubal soalan saya telah meminta Encik Lim Fung Khoon untuk

menyemak soalan tersebut supaya bebas daripada sebarang kesilapan sebelum ujian

ditadbirkan. Saya juga telah membuat semakan supaya arahan yang diberikan adalah

jelas dan mudah difahamai dengan masa yang diperuntukkan adalah bersesuaian

dengan bilangan soalan. Soalan yang diberikan mempunyai arahan yang jelas.

Selepas memeriksa kertas jawapan pelajar dan mendapat keputusan, saya telah

menganalisis item-item soalan yang telah digubal. Segala ilmu yang telah dipelajari

untuk mengenalpasti Indeks Diskriminasi (ID) dan Indeks Kesukaran (IK) telah saya

26

aplikasikan semasa menganalisis item-item yang digunakan untuk menguji pelajar.

Terdapat satu item yang perlu diubahsuai untuk menjadi satu item yang baik. Melalui

tugasan ini, saya sedar bahawa menggubal sesebuah soalan bukanlah satu perkara

yang mudah dan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Banyak perkara yang

perlu dititikberatkan bukan sahaja dari segi aspek tahap murid dan malahan dari segi

pemilihan jenis soalan dan menentukan jawapan. Semua aspek ini perlu diambil kira

bagi menghasilkan satu item yang baik dan satu proses pentaksiran dapat dilaksanakan

dengan baik bagi mengenalpasti tahap pengetahuan murid.

Berdasarkan tugasan yang diberikan ini, ia membolehkan saya

mengintegrasikan teknologi dalam pentaksiran. Saya telah menggunakan ‘microsoft

excel’ bagi memasukkan data prestasi murid–murid. Pada mulanya saya menghadapi

masalah dalam memasukkan data menggunakan Microsoft excel, namun setelah

mendapat tunjuk ajar daripada rakan guru yang lebih mahir, akhirnya saya dapat

mengaplikasikannya dengan baik sekali.

Dengan pelaksanaan tugasan ini, saya mendapati bahawa dengan peredaran

zaman yang semakin hebat hari ini, guru memainkan peranan yang penting bagi

menguasai kemahiran dalam komputer. Terdapat banyak kebaikan menggunakan

komputer dalam pentaksiran. Antaranya ialah ia cepat dan mudah. Dengan

menggunakan komputer, guru dapat memasukkan data murid ke dalam folder secara

teratur, apabila guru hendak membuat semakan, guru hanya perlu membuka folder

tersebut dan semua maklumat yang dikehendaki terdapat di dalamnya. Dengan ini,

jelas menunjukkan bahawa guru memainkan peranan yang penting dalam menguasai

ilmu teknologi.

Disamping itu, daripada tugasan ini juga, saya menyedari bahawa adalah

menjadi tugas guru apabila murid mendapat keputusan yang rendah dan kurang

memuaskan, guru hendaklah merancang aktiviti yang sesuai untuk pemulihan dan

pengayaan. Melalui ujian yang dijalankan, saya mendapati terdapat beberapa orang

murid yang tidak dapat menguasai sepenuhnya tajuk yang diuji. Oleh yang demikian,

latihan pengukuhan perlulah diberikan kepada murid ini agar mereka dapat menguasai

sepenuhnya. Disamping memberikan latihan pengukuhan, guru juga boleh berusaha

mendampingi murid–murid yang menghadapi masalah dan menemubual mereka.

27

Kadangkala murid–murid seperti ini memerlukan bimbingan, kaunseling dan motivasi

daripada ibubapa dan guru. Menyedari kepentingan ini, sewaktu saya menjadi guru

pada masa akan datang, saya akan berusaha dengan sebaiknya bagi membolehkan

murid–murid dapat memahami apa yang diajar. Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran

yang boleh digunakan bagi meningkatkan kefahaman murid–murid.

Saya berasa amat seronok menimba pengalaman baru dalam merancang,

mentadbir, menganalisis dan mentafsir pentaksiran. Saya telah merancang pembinaan

soalan dan menjalankan ujian ini kepada murid–murid semasa Tahun 3, SK Rantau

Panjang Sibu. Setelah murid selesai, saya menjalankan analisis terhadap soalan yang

digubal dan seterusnya mentafsir ujaian yang dijalankan. Pengalaman ini merupakan

pengalaman yang amat bermakna kepada diri saya kerana saya dapat

mengaplikasikannya untuk membina soalan ujian pada masa akan datang.

Antara kekangan saya melaksanakan tugasan ini ialah saya menghadapi

masalah dalam mencari masa yang sesuai bagi melaksanakan ujian ini. Hal ini adalah

kerana semasa hendak mentadbir ujian ini, kami si SK Rantau Panjang Sibuk dengan

plabagai aktivti. Namun demikian, masalah ini dapat diatasi dengan baik apabila

menggunakan waktu Kelas Bimbingan di waktu petang untuk memberikan ujian kepada

murid–murid. Pengurusan masa yang baik amatlah diperlukan bagi seseorang guru.

Guru hendaklah menguruskan masa dengan baik supaya segala tugas yang

diamanahkan dapat dijalankan dengan baik.

Kesimpulannya, di dalam konteks perkembangan profesionalisme keguruan,

salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah.

Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian

teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan memberi

perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion ini. Usaha ini boleh

dijalankan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan ujian dalam

bilik darjah. Melalui ujian yang dijalankan, adalah menjadi peranan penting guru

melaksanakan ujian di sekolah. Melalui ujian yang dijalankan, guru dapat

mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengajarannya dan merancang pemulihan dan

pengayaan bagi pelajar yang memerlukan.

28

Rujukan

Abdul Fatah Abdul Malek. (1985). Pengukuran Pendidikan – Satu Pengenalan. Kuala

Lumpur: Nurin Enterprise.

Azman Wan Chik. (1982). Ujian Bahasa Malaysia: Panduan dan Teknik. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd.

Azman Wan Chik. (1987). Isu-isu Dalam Pengukuran dan Penilan Bahasa Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Benjamin Bloom (1956). Taxonomy of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive

Domain: David McKay, New York

Davis, B.F. (1953). “Item Analysis in Relation to Educational and Psychological

Testing”. Psychological Bulletin 49.

Hale, G. et al. (1980). “Effects of Item Disclosure on TOEFL Performance,” Research

Report No. 8, Educational Testing Service, Princeton, NJ.

M.Najib A. Ghafar(2011). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah Edisi Kedua, UTM

Press, Serdang.

Mok Soon Sang. (1995). Asas Pendidikan 3 – Penilaian dalam Proses Pendidikan.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Tom Kubiszyn, Gary D. Borich(2003) Educational Testing and Measurement:

Classroom Application and Practice, J. Wiley & Sons, Inc. London

29