tugasan bimbingan dan kaunseling 2014 b

3
C. Tugasan (100% , wajaran 50%) Guru Kaunseling merupakan personalia utama yang membantu perkembangan peribadi murid dalam konteks bimbingan dan kaunseling di sesebuah sekolah. Bagaimanapun, personalia lain terutama guru juga dapat memainkan peranan sebagai penyokong dan pendukung program-program bimbingan. Maka, guru perlu memahami konsep Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah agar mereka dapat memainkan peranan dengan berkesan. Kerjasama antara guru dengan guru kaunseling penting untuk mendapatkan impak bimbingan yang maksimum ke atas perkembangan murid- murid. Amla Salleh et. al (2006) dalam buku ‘Bimbingan dan Kaunseling Sekolah’ menjelaskan bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah-sekolah Malaysia perlu berlandaskan kepada empat pendekatan iaitu perkembangan, pencegahan, pemulihan dan krisis. Sehubungan itu, demi memantapkan kemahiran guru dalam membantu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, anda dikehendaki melengkapkan tugasan- tugasan berikut. Sub-tugasan 1. Program Bimbingan (40%: Individu) Semasa menjalani praktikum di sekolah, anda dikehendaki merancang dan melaksanakan satu program bimbingan . Anda dikehendaki memilih satu pendekatan untuk program bimbingan tersebut. Tugasan yang perlu anda buat adalah seperti berikut: 1.1 Menyediakan satu kertas kerja bagi program bimbingan yang anda akan laksanakan. 1.2 Melaksanakan program bimbingan di sekolah. Di akhir program, anda dikehendaki mengedarkan borang penilaian program kepada peserta program (Gambar dan borang penilaian murid wajib dilampirkan sebagai bukti).

Upload: alam-khan

Post on 16-Sep-2015

240 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

EDU3073

TRANSCRIPT

C.Tugasan (100% , wajaran 50%)Guru Kaunseling merupakan personalia utama yang membantu perkembangan peribadi murid dalam konteks bimbingan dan kaunseling di sesebuah sekolah. Bagaimanapun, personalia lain terutama guru juga dapat memainkan peranan sebagai penyokong dan pendukung program-program bimbingan. Maka, guru perlu memahami konsep Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah agar mereka dapat memainkan peranan dengan berkesan. Kerjasama antara guru dengan guru kaunseling penting untuk mendapatkan impak bimbingan yang maksimum ke atas perkembangan murid-murid.

Amla Salleh et. al (2006) dalam buku Bimbingan dan Kaunseling Sekolah menjelaskan bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah-sekolah Malaysia perlu berlandaskan kepada empat pendekatan iaitu perkembangan, pencegahan, pemulihan dan krisis. Sehubungan itu, demi memantapkan kemahiran guru dalam membantu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, anda dikehendaki melengkapkan tugasan-tugasan berikut. Sub-tugasan1. Program Bimbingan (40%: Individu)

Semasa menjalani praktikum di sekolah, anda dikehendaki merancang dan melaksanakan satu program bimbingan. Anda dikehendaki memilih satu pendekatan untuk program bimbingan tersebut. Tugasan yang perlu anda buat adalah seperti berikut:1.1Menyediakan satu kertas kerja bagi program bimbingan yang anda akan laksanakan.

1.2Melaksanakan program bimbingan di sekolah. Di akhir program, anda dikehendaki mengedarkan borang penilaian program kepada peserta program (Gambar dan borang penilaian murid wajib dilampirkan sebagai bukti).

1.3Berdasarkan pelaksanaan program bimbingan (1.2) di atas, anda perlu menilai program yang dijalankan dengan membincangkan;

Analisa dapatan penilaian murid terhadap program bimbingan anda, Kekuatan dan kelemahan anda semasa melaksanakan program bimbingan dan

cadangan penambahbaikan program bimbingan. Panjang penulisan esei anda tidak kurang daripada 1000 patah perkataan.

2.0

Laporan Sesi Kaunseling (60%: Individu)Bagi mencapai matlamat sesi kaunseling, seseorang guru kaunseling hendaklah menguasai kemahiran asas kaunseling seperti kemahiran memberi perhatian (kemahiran melayan), mendengar, menginterpretasi, memberi respon, penjelasan masalah dan membuat rumusan.2.1Anda dikehendaki merakam (video atau audio) satu proses kaunseling (beberapa sesi kaunseling) yang dijalankan oleh guru kaunseling di sekolah anda. Softcopy rakaman tersebut perlu dihantar dalam bentuk CD.

2.2Berdasarkan rakaman tersebut, anda dikehendaki menulis satu laporan analisis proses kaunseling tentang aspek-aspek berikut:

Permulaan sesi kaunseling yang dijalankan terutamanya mengenai aspek penstrukturan dan bina hubungan.

Pengaplikasian kemahiran asas kaunseling sepanjang sesi kaunseling dijalankan.

Justifikasi pendekatan, teori kaunseling dan intervensi yang diaplikasi dalam sesi kaunseling tersebut.

Penulisan esei anda perlu disokong (citation) dengan pendapat atau pandangan tokoh-tokoh kaunseling atau psikologi secara kritikal dan analitikal. Panjang penulisan esei anda tidak kurang daripada 1500 patah perkataan.