tugasan krb 3023

31
PEMARKAHAN PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015 KRB 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN TAJUK ESEI ILMIAH BERDASARKAN KEMAHIRAN YANG TERDAPAT DALAM SUKATAN PELAJARAN YANG DIPILIH, JELASKAN PERINGKAT PENGAJARAN PENULISAN. BINCANGKAN DARI SEGI TEORI, MODEL, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. MATRIK MOHAMMAD AMIR BIN SHAARI D20112055416 PUSAT PEMBELAJARAN : UPSI06 NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. IKHSAN B. OTHMAN TARIKH SERAH : 16 NOVEMBER 2014

Upload: amir-shaari

Post on 13-Nov-2015

109 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

TRANSCRIPT

KRB 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015KRB 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISANTAJUK ESEI ILMIAHBERDASARKAN KEMAHIRAN YANG TERDAPAT DALAM SUKATAN PELAJARANYANG DIPILIH, JELASKAN PERINGKAT PENGAJARAN PENULISAN. BINCANGKANDARI SEGI TEORI, MODEL, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN

DISEDIAKAN OLEH :NAMANO. MATRIK

MOHAMMAD AMIR BIN SHAARID20112055416

PUSAT PEMBELAJARAN : UPSI06

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. IKHSAN B. OTHMANTARIKH SERAH : 16 NOVEMBER 2014

ISI KANDUNGANTAJUK MUKA SURAT1. PENGENALAN32. TEORI-TEORI PEMBELAJARAN BAHASA33. KONSEP PENULISAN64. TUJUAN MENULIS75. PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN PENULISAN106. MODEL, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN147. PENDEKATAN PENGAJARAN PENULISAN198. KESIMPULAN209. BIBLIOGRAFI21

1. PENGENALANKemahiran menulis merujuk kepada keupayaan seseorang murid untuk menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan yang diberi penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.Selain itu, menulis juga melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu; (a) menggunakan pelbagai jenis ayat (b) mencatat dan menyusun maklumat (c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif (d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

2. TEORI-TEORI PEMBELAJARAN BAHASATeori pembelajaran bahasa merupakan suatu set kesimpulan atau rumusan pendapat yang dikemukakan hasil daripada penyelidikan dan hipotesis yang mendalam mengenai bagaimana sesuatu bahasa itu dipelajari dan dikuasai oleh seseorang. Sesuatu teori yang diamalkan itu menjadi asas yang akan menentukan sesuatu prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran bahasa.Dalam sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bersifat teoritis, terdapat banyak teori bahasa yang popular telah dikemukakan. Namun begitu, teori-teori ini berbeza antara satu sama lain disebabkan ahli-ahli bahasa yang mengutarakan teori ini terpengaruh dengan aliran-aliran pemikiran semasa. Antara teori-teori itu ialah :

2.1 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF.Teori adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan, pengetahuan dan pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti Kohler, Koffa, Piaget, Brunner, Ausuble dan Gagne. Mereka bersepakat bahawa proses pembelajaran merupakan satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung berdasarkan tingkah laku manusia. Proses celik akal, pemprosesan maklumat menggunakan struktur dalaman kognitif dari pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Semua maklumat yang di terima di padankan dengan makluamat yang sedia ada, diubahsuai dan disusun semula seterusnya menghasilkan sesuatu maklumat yang baru.2.2 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVITISME.Teori ini adalah berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan kepada penyelidikan dan pengalaman. Pembelajaran terbina daripada hasil pencatuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Proses pembelajaran menurut teori ini, menggalakan pelajar berkomunikasi dengan bahan untuk mendapatkan jawapan. Murid akan di beri peluang untuk cuba meneroka sepuas-puasnya dan mendapatkan jawapan dan membuat kesimpulan sendiri. Antara tokoh-tokoh yang terkenal terdiri daripada Jean Piaget, Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey. Mereka semua melihat proses pembelajaran sebagai aktivfiti pembinaan mental yang dicantumkan dengan maklumat baru. Teori ini menekankan kepada penglibatan pelajar dalam menyelesaikan masalah. Pelajar akan membina pengetahuan sendiri untuk menjana idea dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Semua maklumat baru yang ada akan diolah dan disesuaikan dengan satu kerangka maklumat baru yang dinamakan Konstruktivistime.2.3 TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGETTeori pembelajaran Piaget pula lebih menekankan kepada konsep perkembangan, pertumbuhan kecerdasan yang dipengaruhi oleh lingkugan sosial dan kematangan. Ahli psikologis yang berasal dari Switzerland menyatakan bahawa semua kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang berbeza mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Menurut Piaget ada 4 tahap perkembangan yang akan dilalui oleh semua kanak-kanak.2.3.1Tahap sensorimotor iaitu dari lahir sehingga berumur 2 tahun dimana kanak-kanak akan memerhati dan melalui pengalaman akan mempelajari sesuatu yang dilihat, dirasa dan disentuh. Pada peringkat ini kanak-kanak akan menggunakan deria motor untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitaran. Pada tahap ini juga tiada konsep pengekalan kerana kebolehan mental sangat terhad kepada objek yang dapat dilihat sahaja.2.3.2 Tahap pra-operasi iaitu dari 2 tahun hingga 7 tahun dimana kanak-kanak mula menggunakan kecekapan kemahiran motor kasar dan halus untuk meneroka sesuatu yang baru. Pada peringkat ini kanak-kanak mula memahami simbol dan keupayaan berbahasa yang sangat terhad untuk mengambarkan sesuatu konsep. Perkembangan kognitif akan menjadi lebih pesat apabila kanak-kanak mula fasih bertutur.2.3.3Tahap operasi konkrit iaitu dari 7 tahun hingga 11 tahun dimana kanak-kanak mula menggunakan pengetahuan dan akal fikiran untuk mempelajari sesuatu yang konkrit. Kebanyakannya pada tahap ini kanak-kanak memerlukan objek dan peristiwa-peristiwa sebelum dapat menyelesaikan beberapa masalah. Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara dalam satu masa. Namun demikian keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja.2.3.4Tahap operasi formal iaitu berumur 11 tahun ke atas yang akan lebih mempelajari sesuatu yang lebih abstrak.( dari konkrit ke abstrak). Ini adalah peringkat perkembangan kognitif yang paling penting di mana kanak-kanak akan berusaha menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak. Penglibatan kanak-kanak yang lebih aktif akan menggalakan perkembangan pemikiran dan membuat penaakulan.2.4 TEORI PEMBELAJARAN LEV VYGOTSKY.Lev Vygotsky adalah seorang ahli psikologis, dan karyanya sangat terkenal di dunia barat sekitar tahun 1960an. Teori Vygotsky pula menekankan kepada interaksi antara aspek internal dan eksternal dalam pembelajaran . Menurut Vygotsky sistem sosial sangat penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Mereka akan berinteraksi dan berkolaborasi untuk mengembangkan sesuatu yang baru. Vygotsky menekan bahawa perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh sosial dan budaya . Teori beliau juga ada menyebut mengenai scaffolding iaitu memberikan sejumlah besar bantuan pada tahap awal pembelajaran dan kemudian dikurangkan bantuan tersebut dan akhirnya memberikan peluang kepada kanak-kanak mengerjakannya sendiri. Bantuan yang diberi adalah seperti peringatan, petunjuk dan dorongan sehingga kanak-kanak tersebut boleh melakukannya. Dalam teori ini menyatakan potensi murid dapat dikembangkan melalui usaha dan pengalaman sendiri dalam proses pembelajaran, sehingga ke satu peringkat kanak-kanak akan boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain.

3. KONSEP PENULISANMenulis digambarkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan bagi membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat. Ayat yang disusun pula ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek berdasarkan beberapa urutan yang bermakna bagi membentuk teks, nota, draf dan bahan bercetak. Selain itu, menulis juga merupakan suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan, dan seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Dengan erti kata lain, penulisan bermaksud penghasilan wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang yang memerlukan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya. Secara khususnya konsep menulis dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem dengan mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh. Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, peranan tulisan adalah sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya.Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah ianya haruslah dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah pandai menulis ketika masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka menulis mereka juga membaca.

4. TUJUAN MENULISFungsi kemahiran menulis akan lebih jelas peranannya, apabila fungsi itu dilihat melalui tujuan yang berikut :4.1 Tujuan Serta-merta4.1.1Membina asas menulis yang kukuh untuk membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas.4.1.2Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.4.1.3Membolehkan kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambahkan isi bacaannya.4.1.4Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan.4.1.5Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang dalam kalangan kanak-kanak.4.1.6Menambah dan meluaskan pengetahuan kanak-kanak dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan.4.1.7Menyediakan kanak-kanak unuk menghadapi peperiksaan.4.2 Tujuan Lanjut4.2.1Meluaskan pengetahuan pengalaman, perhubungan, dan matlamat menerusi penulisan.4.2.2Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman, dan perasaan.4.2.3Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, khususnya bagi kepentingan sendiri dan orang ramai umumnya.Menurut Down Bryne (1979) pula, kemahiran menulis amat penting untuk dipelajari kerana beberapa tujuan iaitu :i. Terdapat perbezaan kecenderungan individu atau pelajar yang menguasai kemahiran belajar.ii. Bagi memenuhi keperluan psikologi pelajar.iii. Dapat menyediakan pelbagai aktiviti dalam bilik darjah dan ia dapat mengelakkan rasa jemu dan bosan pelajar.iv. Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara serentak dalam bilik darjah.Namun begitu, terdapat beberapa tujuan menulis secara yang diterangkan secara umum iaitu :a. Memberi Respons.Menulis bertujuan untuk memberikan reaksi terhadap suatu perkara dengan menggunakan bahasa sebagai perantara. Apabila menulis, penulis sering berasakan dirinya dalam situasi terasing seperti perlakuan penulis dengan helaian kertas yang digunakan semasa menulis. Keadaan tersebut menggambarkan penulis melakukan tingkah laku sosial bagi memberikan respons kepada orang lain atau memaparkan persekitaran dan pengalaman yang dilaluinya. Hal ini disebabkan oleh aktiviti menulis sering dilaksanakan dalam situasi dan konteks yang spesifik contohnya penulis menggambarkan keindahan alam atau perwatakan manusia.Di samping itu, penulisan adalah proses menyampaikan buah fikiran, idea, atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentu grafik. Bentuk grafik tersebut disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya .b. Komunikasi.Proses komunikasi sememangnya memerlukan hubungan dua hala antara penulis dengan pembaca. Dalam hal ini, penulis akan menulis berita, memo, iklan atau kenyataan untuk dikongsikan bersama pembaca dengan berharap agar pembaca dapat memahami mesej yang disampaikan. Mesej tersebut dapat menimbulkan pelbagai reaksi.Komunikasi sehala yang wujud dapat membantu melahirkan idea konstruktif dalam kalangan penulis. Keadaan ini akan menimbulkan suasana perlunya saling memahami antara kedua belah pihak iaitu penulis dan pembaca, selepas masing-masing mentafsirkan tulisan yang ditulis dan dibaca dengan rasional.c. Ekspresi Kendiri.Penulisan berbentuk naratif mahupun bukan naratif sebenarnya memberi peluang kepada penulis menyatakan idea, harapan, falsafah hidup atau gambaran imaginasi dalaman yang dapat memberikannya kepuasan serta menimbulkan pelbagai bentuk reaksi daripada pembaca. Dari segi pernyataan personaliti, penulisan yang dihasilkan oleh pelajar sering dapat ditafsirkan oleh guru bagi menggambarkan personalti pelajarnya.d. Sifat Sejagat.Dalam penulisan, sifat umum dapat dilihat melalui prosedur penulisan tersebut manakala kesejagatan pula daripada segi bahan yang ditulis. Sifat umum dalam penulisan juga digambarkan dari segi kepentingan menggunakan bahasa yang baik untuk memudahkan pembaca memahami mesej yang disampaikan. Dalam penulisan berita umpamanya, mempunyai mesej yang sama yang dapat ditulis dalam gaya yang berlainan. Penulisan berbentuk fiksyen juga begitu, pengolahan cerita biasanya mempunyai sifat yang sejagat sama ada penghuraian plot, perkembangan watak mahupun peleraian konflik.

e. Mengikut Peraturan.Peraturan yang telah ditetapkan dalam proses menulis adalah bertujuan untuk mengawal penulis supaya dapat menyampaikan mesej dengan lebih tepat dan memberi makna kepada pembaca. Selain itu, peraturan juga dapat menjamin penulisan tidak bersifat bebas sehingga boleh mengakibatkan salah faham terhadap maklumat yang disalurkan melalui tulisan. Keberkesanan peraturan tersebut jelas terdapat dalam penulisan berformat serta penulisan kreatif. Peraturan dan prosedur penulisan adalah penting supaya hasil tulisan itu dapat dipertanggungjawabkan.f. Proses Pembelajaran.Dalam konteks pendidikan, kemahiran menulis juga amat penting bagi pelajar untuk dikuasai menerusi pembelajaran secara formal. Kemahiran tersebut memerlukan penulisnya menguasai kaedah yang begitu berkesan supaya penyampaian maklumat dapat disampaikan tanpa sebarang halangan komunikasi. Oleh yang demikian, proses memberikan kefahaman kepada pembaca menjadi lebih baik apabila penulis menunjukkan penguasaan yang mendalam dalam bidang penulisan secara lebih sistematik.

5. PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN PENULISANKemahiran menulis sememangnya perlu diajar kepada kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat tertentu supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif iaitu :5.1 Peringkat Pramenulis (Persediaan)Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Ketika tempoh ini, latihan otot-otot, tangan, dan jari serta koordinasi tangan dan mata diber pendedahan kepada murid-murid sejak dari awal lagi.Berdasarkan kajian Wilma dan Davidebbitt (1978), konsep peringkat pramenulis adalah berdasarkan aspek berikut :i. Melampiaskan otak isi atau idea sesuatu tajuk.ii. Perbincangan.iii. Membuat pembacaan dan rujukan.iv. Membuat rangka dasar.v. Mencari pendekatan yang sesuai.Bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan mestilah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas.Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut :a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.d) Melakukan latihan-latihan koordinasi tangan dan mata.Contoh aktiviti-aktiviti Latihan Pramenulis :a. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Ini adalah latihan menulis dari kiri ke kanan.

---------- ---------- ---------- ---------- ---------- ---------- ----------b. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.c. Latihan membentuk bulatan di udara, meja, lantai, atas pasir dan rumput tanpa menggunakan alat tulis. (bulatan besar bulatan kecil).d. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekankan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.e. Latihan-latihan membentuk garisan lurus.f. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara bebasg. Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.5.2 Peringkat Asas Menulis (Mekanis).Selepas murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, seterusnya mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan.Peringkat ini dijalankan secara serentak dengan pengajaran bacaan murid-murid. Mereka diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf yang bersesuaian dengan gambar dan seterusnya menulis ayat pendek. Semasa menulis, pelajar digalakkan menyebut huruf dan membaca perkataan tersebut.Pada peringkat awal, dicadangkan agar murid-murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, barulah mereka dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan yang harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis.Berikut adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu :i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________iii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.______________________________________________________________________________________iv. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapatkan keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah dibaca._________________________________________________________________________________________________________________________________Semasa menyampaikan kemahiran-kemahiran yang telah dinyatakan di atas, guru haruslah memberi perhatian terhadap beberapa perkara iaitu :i. Kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf-huruf dengan menggunakan gambar.ii. Sebelum dilatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak.iii. Kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf.iv. Menggunakan kertas, mula-mula tidak bergaris kemudian barulah menggunakan buku yang bergaris.v. Setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik, seterusnya mereka boleh dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.Aktiviti-aktiviti yang perlu ditekankan dalam melatih murid-murid semasa peringkat asas menulis adalah seperti :a. Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.b. Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.c. Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna.d. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.e. Menyalin ayat-ayat mudah dan sebagainya.5.3 Peringkat Menulis untuk Pelahiran.Setelah peringkat asas menulis telah dikuasai oleh murid-murid, mereka seharusnya digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Kaedah-kaedah yang dicadangkan adalah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, megisi tempat kosong, melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.Contoh-contoh aktiviti yang sesuai dijalankan adalah seperti berikut :i. Mengisi silang kata.ii. Mengisi tempat kosong dalam ayat.iii. Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.iv. Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi.v. Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.vi. Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita.vii. Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan.viii. Menulis jawapan-jawapan kefahaman.ix. Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan.x. Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan dan sebagainya. (rujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah di bahagian lampiran).

6. MODEL, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARANModel pengajaran merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan kandungan, strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk murid kita. Ini bermaksud model pengajaran merupakan blueprint pengajaran. Model ini adalah strategi preskriptif yang direka bentuk untuk mencapai matlamat pengajaran. Model pengajaran yang terdiri daripada prosedur-prosedur mudah pengajaran dan pembelajaran boleh dijadikan panduan kepada perancang dan guru kerana prosedur mengajar amat penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Lanjutan daripada itu, selepas menggunakannya sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran, model pengajaran membantu guru memperoleh maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan aktiviti susulan yang perlu diambil untuk penambahbaikan. 6.1 Model Pemprosesan MaklumatModel pemprosesan maklumat menyamakan ingatan manusia dengan komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input yang diperoleh manusia daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan. Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrievel. Maka, pemprosesan maklumat adalah sebagai satu operasi mental bagaimana manusia belajar melibatkan proses menerima, mengenkod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat. Terdapat tiga fasa ingatan semasa pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. Tiga fasa ingatan tersebut adalah daftar sensori/deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang 6.2 Model BehaviouralModel pengajaran ini menumpukan kepada tingkah laku yang dapat diperhati dan tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan kepada murid, maka model pengajaran ini mempunyai asas penyelidikan yang luas (Joyce, Calhoun dan Hopkins, 2002). Antara model dalam kumpulan model pengajaran behavioural adalah Pembelajaran Masteri (Bloom, 1968) dan Pengajaran Langsung (Good et al., 1994)6.3 Model SosialModel sosial direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran Model ini bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dan kerjasama dengan individu lain secara produktif dan cara-cara berfungsi sebagai seseorang ahli dalam kumpulan (teamwork). Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Menurut Joyce et al. (2001), Model sosial melatih pelajar menggunakan kemahiran mendengar dan memahami konteks, berkebolehan menyusun maklumat serta merta dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabung semua maklumat untuk menyelesaikan masalah.Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran seseorang guru dengan seorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan kepadacara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk mencapai objektifnya.6.4 Pendekatan DeduktifMenurut Kamarudin Hj. Husin(2002 ; 178), pendekatan deduktif bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Rumus, prinsip atau hukum yang telah dipelajari daripada kaedah deduktif boleh digunakan untuk mendapatkan rumus-rumus, prinsip-prinsip, teorem-teorem atau hukum-hukum yang baru.Dalam pengajaran deduktif, guru akan mengajar sesuatu konsep (sebagai contoh:konsep hujan ) terlebih dahulu sebelum meminta murid-murid untuk mengemukakan contoh-contoh. Dalam pendekatan deduktif ini, guru akan menjelaskan bagaimana proses hujan itu berlaku terlebih dahulu dan guru akan meminta murid menyenaraikan unsur-unsur yang terlibat dalam proses hujan tersebut. Guru dan murid akan bersoal jawab tentang konsep hujan yang dibincangkan dan disusuli dengan aktiviti pengukuhan murid-murid menjawab soalan latihan daripada buku teks dan memberikan contoh-contoh sendiri mengenai konsep hujan. Pendekatan deduktif ini berasaskan kepada kenyataan bahawa setiap orang murid adalah berbeza daripada segi intelek, minat, kecekapan, dan daya cipta.6.7 Pendekatan InduktifDalam pendekatan induktif, guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan contoh-contoh yang khusus berdasarkan satu prinsip yang sama. Guru perlu mengenal pasti maklamat pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan contoh-contoh yang berkaitan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam langkah seterusnya, guru perlu memberi contoh-contoh tambahan supaya murid memahami dan melihat persamaan daripada contoh-contoh tersebut. Daripada contoh-contoh tadi, murid akan membuat satu kesimpulan SERTA membuat generalisasi mengenai konsep yang diajar oleh guru. Guru akan membuat penyoalan SERTA membimbing murid dalam mengukuhkan kesimpulan konsep. Murid dibimbing melalui aktiviti penyoalan oleh guru supaya mereka dapat membuat kesimpulan yang tepat.Dalam pendekatan ini, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian. Dalam model induktif, guru perlu merancang aktiviti, membuat perlaksanaan dan penilaian sendiri. Mengikut laman webhttp//www.potralpendidikan.com (1998), pendekatan induktif dapat dirumuskan sebagai satu pendekatan di mana guru memberikan contoh-contoh khusus dan murid-murid memerhati, mentafsir dan mengkaji serta generalisasi. Pendekatan ini sesuai untuk pelbagai mata pelajaran seperti Bahasa, Sains dan Matematik6.8 Pendekatan ElektifMenurut laman web http//www.potralpendidikan.com, elektif berasal daripada istilah bahasa Inggeris elective bermakna pemilihan. Ia merupakan gabungan pendekatan induktif dan deduktif dan digunakan sebagai strategi untuk mengajar rumus, prinsip, hukum, konsep dan teorem. Pendekatan ini juga sesuai digunakan sebagai strategi pengajaran dalam aktiviti kumpulan (aktiviti pengayaan dan pemulihan). Guru boleh menggunakan pendekatan ini dalam strategi berpusatkan bahan (sebagai aktiviti pengayaan).Dalam pendekatan ini terdapat beberapa ciri-ciri iaitu pendekatan ini sesuai untuk murid pelbagai kecerdasan dan kebolehan. Ciri yang kedua ialah murid-murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama ada dalam tugas mengasas rumusan atau memberikan contoh. Dalam pendekatan ini, guru memberi input terlebih dahulu kerana ini akan memudahkan murid-murid untuk memberi contoh dan membuat rumusan. Guru akan menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat kepada mana-mana pendekatan (induktif/deduktif) yang khusus. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru akan mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan murid. 6.9 Pendekatan KomunikatifBahagian Pendidikan Guru (2004) menunjukkan pendekatan ini mengutamakan kecekapan berkomunikasi. Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sistem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi. Kecekapan yang pertama membolehkan seorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.Pengajaran ini dimulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru. Ragbir Kaur (1998) mengatakan bahawa pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini dan murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pedekatan pengajaran ini lebih bepusatkan murid.Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti yang berikut: Kaedah Natural Kaedah Tatabahasa Terjemahan Kaedah Terus Kaedah Ajuk Hafaz Kaedah Linguistik Kaedah Kod Kognitif Kaedah Bahasa Komuniti Kaedah Oral AuralMenurut Kamus Dewan edisi ketiga (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai maklamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pembelajaran dan pengajaran, strategi merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang diharapkan. Strategi merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan cara cuba jaya. Strategi merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran7. PENDEKATAN PENGAJARAN PENULISANSecara umumnya terdapat dua jenis kemahiran yang perlu dikuasai dalam menyampaikan pengajaran kemahiran menulis iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran menulis untuk pelahiran (mental).7.1 Kemahiran Menulis Secara MekanisKemahiran menulis secara mekanis merupakan kemahiran menulis secara peringkat awal yang perlu dikuasai agar para pelajar dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting untuk memberi latihan dan pengalaman asas agar pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran selanjutnya seperti menulis suku kata, rangkai kata dan sebagainya.Kebolehan menulis dalam kalangan kanak-kanak timbul daripada keinginan mereka untuk menyatakan sesuatu melalui perantaraan tulisan. Sebelum mereka dapat berbuat demikian dengan cara yang dapat difahami oleh orang lain, mereka perlu menguasai mekanik tulisan itu dahulu. Keinginan tersebut haruslah digunakan sebagai pemangkin semangat untuk belajar menulis.Kematangan urat saraf dan urat daging adalah diperlukan bagi mengawal jari dan tangan, seterusnya kematangan tersebut perlu untuk penyelarasan antara mata dan tangan. Contengan merupakan asas bagi kebolehan menulis kerana semasa kanak-kanak mempelajari fungsi lambang huruf (tulisan) sebagai mewakili bunyi suara (bahasa), mereka dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan. Kemudian, daripada latihan contengan tersebut mereka dapat meniru huruf yang dilihat dalam bacaan mereka.Aktiviti-aktiviti mekanikal yang perlu ditekankan supaya lebih mahir dalam kemahiran menulis adalah seperti :7.1.1Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk garisan-garisan, bulatan, segi-segi dan sebagainya.7.1.2Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, pasir, papan tulis dan sebagainya.7.1.3Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan susun blok mainan serta melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan.7.1.4Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.7.1.5Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, jarak, kekemasan dan lain-lain.7.1.6Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca.7.1.7Melatih menulis cantik dan kemas.7.2 Kemahiran Menulis Secara Mentalis (Pelahiran).Kemahiran menulis untuk pelahiran selalunya dikuasai oleh murid-murid setelah mereka mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Aktiviti-aktiviti yang patut dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis untuk pelahiran adalah seperti berikut :7.2.1Latihan pernyataan fikiran atau pendapat.7.2.2Latihan pernyataan perasaan.7.2.3Latihan pernyataan kehendak.7.2.4Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli lahir dari pemikiran sendiri.

8. KESIMPULANRumusannya, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi dan penting berbanding kemahiran bahasa lain, untuk dikuasai oleh murid-murid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk beberapa mata pelajaran lain. Selain itu, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang agak sukar berbanding dengan kemahiran-kemahiran yang lain. Untuk mencapai kemahiran menulis yang sempurna, sebahagian besar tanggungjawab adalah terletak pada guru. Sikap guru, kesedarannya terhadap kepentingan kemahiran tersebut, adalah penting untuk merangsang minat dan mempengaruhi dalam proses pembelajaran, adalah penting untuk merangsang minat dan mempengaruhi mereka menyukai kemahiran tersebut sepanjang masa.

9. BIBLIOGRAFIhttp://amirafarhanah.blogspot.com/2012/11/tajuk-5-konsep-strategi-pendekatan.html#http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/11/teori-teori-pembelajaran.htmlhttp://nursyuhada-zukafle.blogspot.com/2011/02/nota-strategi-pendekatan-kaedah-teknik.html#http://studentsrepo.um.edu.my/666/4/BAB3.pdfhttp://teachersyafa.blogspot.com/2013/12/model-pendekatan-strategi-kaedah-dan.html#http://wajip.blogspot.com/2012/08/kemahiran-berbahasa-kemahiran-menulis.html

Page 14