tugasan o.t dusseck benar
DESCRIPTION
Sejarah Bahasa MelayuTRANSCRIPT
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103
1.0 PENGENALAN
Bahasa Melayu adalah pengantar utama di Tanah Melayu sejak sebelum merdeka
sehingga masa kini. Tokoh-tokoh bahasa menyatakan bahawa Bahasa Melayu yang digunakan
oleh pelbagai bangsa adat dari pelbagai rumpun yang tergolong dari kumpulan rumpun Melayu.
Pada tahun 1935, O.T Dusseck yang mana merupakan seorang bekas pegawai berbangsa Inggeris
yang bertugas di Tanah Melayu sebelum merdeka lagi. Beliau telah menyampaikan ilmu kepada
penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga tenaga yang menjadi pendorong dalam hidup iaitu agama,
adat resam dan bahasa. Tegas beliau, “bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70
juta manusia. Ini merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar didunia, Jangan
lupakan hakikat itu. Pelihara bahasa kamu itu, berusahalah meninggikannya ke taraf yang layak
dikalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf
bahasa kamu”.(The Straits Times, 1935)
O.T Dusseck, 1935.
Kata-kata yang dipetik dari akhbar itu menunjukkan bahawa betapa Bahasa Melayu mampu
menjadi bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain sekiranya
kita berusaha untuk mempertahankan keluhuran dan kedaulatannya. Selain itu, seperti kata
pepatah, “bahasa jiwa bangsa” Bermaksud bahasa itu adalah cermin kepada bangsa yang
1
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103
menuturkannya. Pelbagai langkah yang telah diambil untuk memartabatkan Bahasa Melayu agar
bersaing dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain.
Bagi menyokong hujahan O.T Dusseck, menurut Amat Juhari Moain, terdapat 5 zaman
perkembangan bahasa Melayu. Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan
berkembang secara bertahap-tahap iaitu dari zaman ke zaman. Lima zaman tersebut ialah zaman
bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden.
Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasian zaman-zaman perkembangan telah
membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan mempunyai sejarah penyebarannya
secara langsung menyokong hujahan O.T Dusseck bahawa 70 juta orang yang menuturkan
Bahasa Melayu.
Sejarah mengatakan bahawa asal usul Bahasa Melayu adalah ditutur orang orang Melayu
yang dipercayai berasal daripada kelompok Austronesia. Bangsa ini iaitu kelompok manusia
yang berasal dari daerah Yunan di China. Kelompok ini dipercayai berhijrah dalam bentuk
beberapa gelombang pergerakan manusia iaitu gelombang Melayu-Proto dan Melayu-Deutro
yang mana mereka ini menuturkan bahasa Melayu daripada rumpun bahasa Austronesia. Namun,
bahasa melayu itu sendiri mengalami evolusi dengan kehadiran pengaruh-pengaruh bahasa luar
yang lain. Kronologi evolusi bahasa ini dapat dilihat dari perkembangan Bahasa Melayu itu
sendiri dari zaman sebelum perang dan zaman selepas perang.
Perkembangan yang begitu pesat dalam pengkajian sejarah Bahasa Melayu ini adalah
bukti akan rumpun Bahasa Melayu adalah salah satu rumpun bahasa yang terbesar di dunia. Pada
zaman sebelum perang, perubahan positif Bahasa Melayu terbahagi kepada kepada zaman
Bahasa Melayu Purba, Zaman Bahasa Melayu Kuno dan zaman Bahasa Melayu Klasik.
Manakala perkembangan Bahasa Melayu selepas perang pula terbahagi kepada dua iaitu zaman
Bahasa Melayu Pramoden dan Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu adalah bahasa yang amat
fleksibel dan mudah untuk menerima pengaruh luar. Atas sebab itulah Bahasa Melayu mudah
diterima oleh masyarakat.
2
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103
Bahagian 1
2.0 Bahasa Melayu Sebelum Perang
Apa yang dimaksudkan dengan Bahasa Melayu sebelum perang? Perkembangan Bahasa Melayu
sebelum perang adalah perkembangan yang dilihat sebelum tercetusnya Perang Dunia ke 2.
Perkembangan ini dapat dilihat sejak zaman sebelum kedatangan penjajah Inggeris di Tanah
Melayu, terutamanya perkembangan yang amat ketara adalah pada zaman kegemilangan
kesultanan Melayu Melaka.
2.1 Zaman Bahasa Melayu Purba
Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman prasejarah. Mengikut
kepercayaan, Bahasa Melayu yang dituturkan pada zaman ini adalah amat primitif. Namun ianya
tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang kukuh. Bahasa ini juga dikatakan sedemikian
kerana tidak ada sejarah bertulis pada masa itu. Manakala menurut Asmah Haji Omar,
Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka
menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam
bentuk tulisan.
2.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno
Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, bahasa Melayu Kuno bermula pada abad
ke-4 Masihi kerana terdapat bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourane
Vietnam yang mana menurut kajian berasal dari abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui
ialah sebuah prasasti.
Menurut laman sesawang wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno wujud setelah
menerima pengaruh daripada India dan kegemilangannya adalah dari abad ke-7 hingga abad ke-
13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang
bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu , Kepulauan Riau dan
Sumatera.
3
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103
Bahasa Melayu Kuno ialah bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
Selain juga dikatakan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu,
bahasa Melayu Kuno juga mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.
Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa berlakunya perkembangan bahasa Melayu
iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah melalui aktiviti
perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur
menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua
hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di
Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat
perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang
Arab.
2.2.1 Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Agama Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana
kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi
bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang
mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima.
Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang
dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada
bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit.
2.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu Kuno
Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersurat yang
menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa
yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan
ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu
bersurat tersebut ialah batu bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka,
bersamaan dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan
huruf Palava.
4
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103
Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M dan
batu, Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf Nagiri.Ringkasnya, penemuan
batu bersurat ini membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh
masyarakat.
Inskripsi yang terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo yang menggunakan
tulisan Bahasa Melayu Kuno.
2.3 Definisi Bahasa Melayu Klasik
Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya
ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan
bahasa Melayu Klasik”.
Menurut Ismail Hussein (1984:24), “pembahagian yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan
sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik
Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan
Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil
dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya,
masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India,
5
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103
sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman
kata-kata Sanskrit.
2.2.4 Zaman Bahasa Melayu Pramoden
Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu Pramoden
bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara untuk
menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi
politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan
budaya pribumi. Hasil kajian ini telah mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera
dan budaya pribumi terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan
sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan- perpustakaan barat ini.
Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda
mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku secara sedikit demi sedikit. Kesan
penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari
istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat
umum.Dengan kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat
dan merakyat.
Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan seperti buku
“Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain itu, zaman ini turut
mencetak banyak kitab –kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid Melebek (2006 : 33 ) juga
mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada abad ke -19. Antaranya
ialah pertembungan budaya Melayu dengan Barat, perkembangan teknologi cetak ,serta
perkembangan perhubungan yang lebih mudah telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada
pengaruh Barat.Oleh yang demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang menyebabkan
bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada
bahasa Melayu.
2.2.5 Zaman Bahasa Melayu Moden
6
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103
Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman bahasa
Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti
Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan
zaman bahasa Melayu moden.Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan
yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa
pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar
menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namunsemasa
Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah mencadangkan
bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk
menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah apabila mencecah
ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa
Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat
Melayu dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih
banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda.
Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti syarikat
percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan akhbar berbahasa
Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia Tenggara. Situasi ini telah
menyebabkan bahasa Melayu secara langsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.
Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa
rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah menjadi bahasa
rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak
akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia
dan Singapura terutamanya selepas Perang Dunai Kedua.
Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta menigkatkan
kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk
memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.Perancangan korpus ini
7
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103
telah diterajui oleh Pakatan Belajar –Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan
perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda
bacaan,surat kiriman,dan peristilahan.
Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga yang
dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usaha-usaha ini
maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras
dan lain –lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka
berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah
diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952
hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat.
Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, maka bahasa
Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan
sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan tulisan ilmiah.
Bahagian 2
2.3 Perkembangan Bahasa Melayu Klasik
2.3.1 Sejarah Bahasa Melayu Klasik
Perkembangan bahasa Melayu Klasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya
sastera. Perkembangan kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu
bangsa dari segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa .
Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan
menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan,
kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh
Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15.
Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah
penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai
lingua –franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas
dalam aktiviit perdagangan dan penyebaran agama Islam.
8
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103
Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah
penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu’ Al-Masa’il oleh Syed
Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-
Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-
quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu,
bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.
Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari
kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia
Tenggara.
2.3.2 Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik
Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13 pengaruh agama Islam
menjadi makin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya
bahasa Arab. Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang
menggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa
Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan
Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat
seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda.
Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13
dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu
dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari
sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan
catatannya tentang pengislaman Pasai.
Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti
dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat
pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik. Dalam masa yang sama bahasa
Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka.
Bahasa Melayu menjadi medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan,
dan penyebaran agama Islam.
9
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103
Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan
meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa Melayu Kuno,
bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitutulisan rencong dan lampung yang tidak
terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di
Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada
batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.
2.3.3 Perkembangan Bahasa Melayu Klasik
Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan bahasa Melayu
melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa Melayu Klasik mula
pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan kedatangan penjajah dari Eropah
seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa
dan kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa Melayu.
Amat Juhari Moain ( 1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan penggunaan yang
pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi setelah Melaka
ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio
Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam
bahasa Itali.
Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14 hingga
abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara tahap bahasa Melayu
Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai
bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah,
perdagangan, dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan.
Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan bahasa
Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu,
Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi karya yang ditulis
dalam tulisan Jawi.
10
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103
Rujukan
Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj.Abdul Aziz, Arb'ie Sujud (1997) Pengajian Melayu 1: (Ilmu
Bahasa dan Kecekapan Berbahasa). Selangor: L.C.Marketing.
Abdullah Hassan (1987) Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahas Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Siti Hajar Hj.Abd.Aziz (1996) Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan).Kuala Lumpur. Kumpulan
Budiman Sdn, Bhd
Asmah Haji Omar (1993) Susur Galur Bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka
Khalid M.Hussain Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur, Dewan
Bahas dan Pustaka
Prof.Dr.Asmah Haji Omar (1985) Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada
Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
11