tugasan2_fariza binti hakim

7

Click here to load reader

Upload: alcf99

Post on 11-Jan-2016

81 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

simple

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan2_fariza Binti Hakim

Tugasan 2: PENDEKATAN IBSERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Nama Peserta Nama SekolahZAWIAH BT HJ ABD GHANI SMKPUTERI AMPANGROZIAH BT NGAH SMK PUTERI TITIWANGSAFIRTIYANTI BT ABDULJALIL SMK CONVENT SENTULFARIZA BT HAKIM SMK JINJANG

Mata Pelajaran : Sains Kelas : 4 Masa : 8.50 -10.10 (80 minit)Bab/ Tajuk : Tenaga dan Perubahan KimiaKonteks/Sub tajuk : Aplikasi Siri Kereaktifan logamPendekatan : jenis inkuiri berstrukturTema : TENAGA DALAM KEHIDUPANBidang Pembelajaran : Tenaga dan Perubahan KimiaObjektif Pembelajaran : Memahami kegunaan elektrolisis dalam industry.Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran pelajar dapat,

1. Menjelaskan kegunaan elektrolisis dalam industri

Pengetahuan sedia ada : 1. Mengetahui proses elektolisis2. Elektron bergerak ke dalam elektrolit melalui katod dan bergerak keluar melalui anod.

KBAT :1. Penemuan inkuiri. 2. Soalan KBAT

Sikap saintifik : 1. Memerhati2. Membuat inferens3. membuat hipotesis4. mengawal pembolehubah

Nilai Murni : 1. Bekerjasama2. Sistematik3. Menghargai sumbangan sains dan teknologi

Sumber PdP (1) Rujukan : Buku teks (2) Alat : Ammeter, bateri, klip buaya, wayar penyambung, bikar, rheostat dan

Suis. (3) Bahan : Kepingan Kuprum. Kunci besi, dan larutan kuprum ( II) sulfat.

FASA/ MASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI

Page 2: Tugasan2_fariza Binti Hakim

Orientasi (10 minit)

1. Guru menunjukkan satu batang paku yang berkarat dan bertanya soalan.

2. Guru mengosok paku karat tersebut dengan kertas pasir dan kemudian bertanya lagi kepada pelajar.

3. Seterusnya guru mengecat paku tadi dan bertanya lagi kepada pelajar.

4. Guru menunjukkan pula sebatang kunci yang sudah kusam dan bertanya kepada pelajar.

1. Bagaimanakah paku yang berkarat ini boleh dikilatkan semula?J : Gosok dengan kertas pasir// cat semula

2. Adakah paku karat ini berkilat seperti asal ?

J : Tidak

3. Adakah paku ini licin dan berkilat ? J : Ya/ tidak

4. Bagaimana pula kita boleh menjadikan kunci ini berkilat dan berwarna keperangan?J : Penyaduran

Cetusan Idea (30 minit)

1. Guru mengedarkan lembaran kerja 1 iaitu prosedur suatu aktiviti kepada 5 kumpulan pelajar.

2. Guru mengarahkan pelajar mengambil alat radas yang disediakan dan membimbing mereka langkah-langkah untuk melakukan aktiviti.

3. Kumpulan pelajar dibekalkan 4 bateri 1.5V, Ammeter, plat kuprum, klip buaya, rheostat, sebatang kunci besi dan satu bikar larutan kuprum (II) sulfat.

4. Pelajar diminta merekodkan pemerhatian mereka.

Guru bertanya kepada murid mengenai pemerhatian mereka.

1. Ketua kumpulan sila tampil ke hadapan dan ambil lembaran kerja ini.

2. Pasang radas menggunakan bahan dan radas yang disediakan mengikut panduan yang diberikan .

3. Pastikan plat kuprum adalah anod (disambung pada terminal positif) dan kunci besi adalah katod (disambung pada terminal negatif).

4. Rekodkan apa berlaku pada kunci besi dan pada plat kuprum.

5. Apakah yang terjadi kepada plat kuprum?J : Warna lebih cerah / menjadi lebih

nipis.

6. Apakah pula yang berlaku pada kunci besi itu?J : Kunci disaluti logam perang

7. Apakah yang dapat diperhatikan pada warna biru larutan elektrolit pada akhir eksperimen?

J : Warna biru kuprum II sulfat menjadi cerah (pucat)/ tiada perubahan.

Page 3: Tugasan2_fariza Binti Hakim

Penstrukturan Semula Idea (10 minit)

Guru mengemukakan beberapa soalan kepada pelajar.

1. Jika kedudukan kunci besi dan kepingan kuprum ditukar, adakah keputusan yang sama akan diperolehi?

J : Tidak / ya

2. Bagaimana pula jika elektrolit ditukar kepada zink sulfat?

J : Tiada penyaduran berlaku

3. Cadangkan dua larutan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan larutan kuprum (II) sulfat tersebut?J : Larutan kuprum (II) klorida dan

larutan kuprum (II) nitrat.

Aplikasi Idea (20 minit)

1. Guru mengedarkan lembaran kerja 2 untuk semua pelajar.

2. Guru membuat perbincangan dengan pelajar.

1. Sila jawab semua soalan yang diberi.2. Anda dilarang berbincang atau meniru.

Refleksi (10 minit)

1. Guru membimbing murid membuat rumusan daripada aktiviti yang telah dijalankan.

2. Sesi soal jawab antara guru dan murid.

1. Berikan dua contoh penyaduran dalam kehidupanJ : Trofi disadur dengan lapisan perak

atau emas.// Tin-tin besi disadur dengan lapisan timah melindungi daripada berkarat.

2. Berikan satu contoh pasangan logam yang boleh menggantikan kunci besi dan plat kuprum.J: Kepingan Argentum dan sudu besi.

Page 4: Tugasan2_fariza Binti Hakim

Lembaran kerja 1

Eksperimen

Tujuan : Mengkaji penyaduran logam secara elektrolisisMasalah : Adakah kuprum boleh digunakan untuk menyadur besi ?Hipotesis : Kuprum boleh menyadurkan besi

Pembolehubah : (a) yang dimalarkan : Jenis larutan / saiz paku/ kekuatan arus elektrik(b) yang dimanipulasikan : Jenis logam (c) yang bergerak balas : hasil pada kedua-dua elektrod

Bahan dan Radas : Larutan kuprum (II) sulfat , plat kuprum, kunci besi, bateri, ammeter, klip buaya,

Prosedur : 1. Sebuah bikar diisi dengan larutan kuprum (II) sulfat.2. Radas elektrolisis seperti yang ditunjukkan dalam rajah disediakan.3. Kepingan kuprum digunakan sebagai anod manakala kunci besi digunakan sebagai katod.4. Suis dihidupkan dan arus dialirkan selama 10 minit. 5. Suis dimatikan dan kunci dikeluarkan.6. Pemerhatian pada kedua-dua elektrod diperhatikan.

Pemerhatian :

Jenis logam Pemerhatian

Kuprum

Kunci besi

Larutan kuprum (II) sulfat.

Kesimpulan : Besi disadur dengan kuprum

Page 5: Tugasan2_fariza Binti Hakim

Lembaran kerja 2

1. Daripada keputusan eksperimen anda, nyatakan kegunaan elektrolisis . J : Penyaduran

2. Apakah tujuan proses penyaduran? J : Supaya sudu kelihatan lebih menarik // Menghalang daripada pengaratan

3. Selain daripada penyaduran, apakah kegunaan lain elektrolisis? J : pengekstrakan logam// Penulenan logam

4. Jika elektrolit dalam eksperimen diganti dengan larutan argentums nitrat, apakah logam sesuai diguna untuk menggantikan kepingan kuprum?

J : Argentum