tutorial 4: faktor yang menyukarkan pencapaian perpaduan
DESCRIPTION
faktor yang menyukarkan pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum 1970TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA ( PISMP )
AMBILAN JANUARI 2012PI/BI/BA
SUBJEK : HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3106)
SENIMAN BUJANG LAPOK
merah
kuning
biru
hijau
hitam
putih
Oren
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIKTUGASAN 4
Menganalisis faktor-faktor sejarah yang telah menyulitkan proses
pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum tahun 1970
DEFINISI PERPADUAN
• Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat
toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan
kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat
bersama secara jujur dan ikhlas.
• Dengan kata lain, perpaduan juga proses menyatupadukan
seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.
FAKTOR-FAKTOR SEJARAH YANG MENYULITKAN PROSES PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM TAHUN 1970
PENJAJAHAN BRITISH PENDUDUKAN JEPUN
‘Divide And Rule’
POLITIK EKONOMI SOSIAL
SOSIAL
PENEMPATAN AGAMA & KEBUDAYAAN
PENDIDIKAN
Dasar Penjajah British: Semasa menjajah negara kita penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah bertujuan menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan
mereka sendiri. British sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Kesannya, interaksi antara kaum
menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.
Dasar Pecah dan Perintah Dasar ini telah menyukarkan proses perpaduan di Malaysia melalui beberapa aspek.
Antaranya ialah:
Ekonomi PolitikSosial
PENJAJAHAN BRITISH
Tumpuan ekonomi yang berbeza:
Sebelum merdeka, setiap etnik di Tanah Melayu menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan.
Orang Melayu lebih menguasai sektor primer, berteknologi rendah dan membawa pulangan yang kecil. : petani sara diri dan nelayan.
Orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi moden. : bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan (ekonomi komersial biji timah.
Orang India: ekonomi bercorak sara diri. Berkerja di ladang getah dan estet-estet.
Sabah: Ladang tembakau ; Sarawak: Lada Hitam, lombong emas
EKONOMI
KESAN
Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.
Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul.
Timbulnya perasaan iri hati: Orang Melayu cemburukan kemewahan dan orang Cina, sementara orang India dan Cina pula cemburukan kelebihan orang Melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.
Tiada ruang untuk mengenali antara satu sama lain, mahupun bertemu untuk urusan perniagaan.
Perbezaan sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa
Tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Kurikulum yang digunakan juga tidak sama, malah, kebanyakkannya berpusat ke negara nenek moyang mereka. Maka tidak terdapat bahasa pengantar yang sama.
PENDIDIKAN
SOSIAL
Terdapat 5 jenis sistem sekolah sebelum merdeka, iaitu:
Sekolah Agama IslamSekolah Vernakular MelayuSekolah vernakular CinaSekolah Vernakular TamilSekolah Inggeris
Tiadanya satu bahasa Kebangsaan yang boleh menyatukan semua kaum.Sistem pendidikan yang ketara berbeza tidak dapat melahirkan perasaan kekitaan dalam kalangan muridnya.Kesannya, wujud jurang pergaulan yang besar, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.Oleh itu, semangat bersatu padu dan persefahaman juga tidak dapat dilahirkan.
Sek. Agama Islam
Sek.Melayu
Sek.Cina
Sek.Tamil
Sek.Inggeris
Bahasapengantar
B.MelayuB.Arab
B.Melayu B.Cina B. Tamil B. Inggeris
Pembiayaan Persendirian British Persendirian(parti politik)
Persendirian(pihak estet)
British
Kawasan Luar bandar Luar bandar Bandar Luar bandar Bandar
Lain-lain Peringkat sekolah
rendah dan menengah
Tidak berpeluang menjawat
jawatan tinggi
Sukatan pelajaran, pengajar, buku teks daripada
negara Cina.
Sukatan pelajaran
berorentasiSistem pend.
India.Guru daripada
India.
Boleh ke universiti dan
kolej
Berpeluang menjawat
jawatan tinggi
Perbezaan Penempatan
British menetapkan setiap kaum membuat petempatan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan ekonomi masing-masing.
Kaum Melayu : kawasan kampungKaum Cina : bandar dan pekanKaum India : ladang-ladang getah
Perbezaan petempatan telah menyebabkan mereka sukar untuk berinteraksi, gagal memahami sosiobudaya kaum lain sekaligus menyukarkan proses mencapai perpaduan.
PENEMPATAN
Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza.
Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.
AGAMA DAN KEBUDAYAAN
POLITIK
Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik:
Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja.
Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.
PERBEZAAN LAYANAN
ORANG MELAYUDilayan lebih baik untuk mendapatkan kerjasama orang Melayu bagi meneruskan
pemerintahan
ORANG CINADilayan dengan kasar kerana menyokong kerajaan Cina dalam Perang Cina-Jepun.
ORANG INDIADilayan dengan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British
di India.
- menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. -Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. - ini menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina.
PENDUDUKAN JEPUN (1943-1945)
AMALAN EKONOMI YANG
BERBEZA
AGAMA DAN KEBUDAYAAN
PEMISAHAN PENEMPATAN
PERBEZAAN SISTEM
PENDIDIKAN, PERSEKOLAHAN
DAN BAHASA
PERBEZAAN LAYANAN JEPUN
PERBEZAAN POLITIK
MENGIKUT BANGSA, KAUM
DAN ETNIK
FAKTOR-FAKTOR SEJARAH YANG
MENYULITKAN PROSES PENCAPAIAN
PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM
TAHUN 1970
RUMUSAN
• Secara keseluruhannya, dasar penjajahan British iaitu dasar Pecah dan perintah serta pendudukan Jepun di Tanah Melayu sedikit sebanyak telah menyukarkan proses pencapaian perpaduan sebelum tahun 1970.
• Kini, negara kita telah berjaya hidup dalam keadaan bersatu padu, aman dan harmoni berkat usaha dan kerjasama semua pihak.
SEKIAN TERIMA KASIH