tutorial m14

27
Tutorial Minggu 14 Minggu 14: Jalankan temubual dengan kaunselor di sekolah anda praktikum berkenaan tugas-tugas kaunselor sekolah dan cabaran-cabaran yang dihadapinya. Bentangkan hasil temubual anda. TEKS TEMU BUAL DENGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING Guru pelatih : Selamat pagi, cikgu! Kami ialah guru pelatih dari IPG Kampus Sarawak, Miri. Kami ada sedikit soalan hendak bertanya kepada cikgu-cikgu tentang hal yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling. Adakah cikgu mempunyai masa untuk ditemu bual sekarang? Puan Tiong, Puan Chung, Cik Chua : Selamat pagi! Sedangkan sekarang adalah masa rehat, maka kami ada masa untuk menjawab soalan yang anda ingin tanyakan. Bagaimana kami yang sebagai guru bimbingan dan kaunseling dapat membantu anda sekalian? Guru pelatih : Terima kasih kepada Puan Tiong, Cik Chua dan Puan Chung kerana sudi melapangkan masa anda untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling. Pertama sekali, bolehkah cikgu menerangkan tentang tugas dan kewajipan yang dipikul oleh guru bimbingan dan kaunseling? Puan Tiong : Sama-sama. Secara umumnya, kami bertiga-tiga guru bimbingan dan kaunseling akan bekerjasama melaksanakan program Bimbingan dan Kaunseling. Selain itu, kami akan menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid-murid serta menyediakan laporan yang diperlukan. Guru pelatih : Bagaimana bimbingan dan kaunseling ini dapat membantu murid-murid? Puan Chung : Kami bersedia untuk menolong murid-murid jika mereka mengalami masalah. Mereka akan datang ke bilik

Upload: irene-sii

Post on 06-Apr-2016

27 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

EDU 3073

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

Minggu 14:Jalankan temubual dengan kaunselor di sekolah anda praktikum berkenaan tugas-

tugas kaunselor sekolah dan cabaran-cabaran yang dihadapinya. Bentangkan hasil

temubual anda.

TEKS TEMU BUAL DENGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELINGGuru pelatih : Selamat pagi, cikgu! Kami ialah guru pelatih dari IPG Kampus

Sarawak, Miri. Kami ada sedikit soalan hendak bertanya kepada

cikgu-cikgu tentang hal yang berkaitan dengan bimbingan dan

kaunseling. Adakah cikgu mempunyai masa untuk ditemu bual

sekarang?

Puan Tiong,

Puan

Chung,

Cik Chua

: Selamat pagi! Sedangkan sekarang adalah masa rehat, maka kami

ada masa untuk menjawab soalan yang anda ingin tanyakan.

Bagaimana kami yang sebagai guru bimbingan dan kaunseling

dapat membantu anda sekalian?

Guru pelatih : Terima kasih kepada Puan Tiong, Cik Chua dan Puan Chung

kerana sudi melapangkan masa anda untuk menjawab soalan yang

berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling. Pertama sekali,

bolehkah cikgu menerangkan tentang tugas dan kewajipan yang

dipikul oleh guru bimbingan dan kaunseling?

Puan Tiong : Sama-sama. Secara umumnya, kami bertiga-tiga guru bimbingan

dan kaunseling akan bekerjasama melaksanakan program

Bimbingan dan Kaunseling. Selain itu, kami akan menyelaras dan

menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid-murid serta

menyediakan laporan yang diperlukan.

Guru pelatih : Bagaimana bimbingan dan kaunseling ini dapat membantu murid-

murid?

Puan

Chung

: Kami bersedia untuk menolong murid-murid jika mereka mengalami

masalah. Mereka akan datang ke bilik bimbingan dan kaunseling

dalam 2 situasi. Situasi pertama, mereka akan datang sendiri

secara sukarela untuk berkongsi masalah. Situasi kedua pula

Page 2: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

adalah dihantar oleh guru kelas atau PK HEM untuk dirujuk.

Guru pelatih : Adakah anda dapat membantu murid-murid untuk membuat

keputusan dalam menyelesaikan masalah dan kerunsingan yang

dihadapi oleh murid-murid?

Puan Tiong : Oh, bukan…… Kaunseling bukannya bererti nasihat atau membuat

keputusan untuk murid-murid. Malah kami tidak memberi jawapan

secara langsung kepada semua persoalan murid-murid. Kami

sekadar memberi nasihat dan alternatif penyelesaian masalah

untuk membolehkan murid-murid menyelesaikan masalah masing-

masing.

Guru pelatih : Rupa-rupanya! Jadi, kaunseling merupakan proses membantu dan

membimbing murid-murid menyelesaikan masalah dan bukannya

menetapkan cara tertentu sahaja untuk menyelesaikan masalah

murid.

Cik Chua : Ya, betul. Inilah bimbingan dan kaunseling. Melalui cara ini, kami

berharap murid-murid dapat membuat keputusan sendiri atas

bantuan dan nasihat kami.

Guru pelatih : Terima kasih kepada cikgu-cikgu kerana memberikan pendedahan

dan gambaran yang jelas tentang definisi dan konsep asas tentang

bimbingan dan kaunseling. Sebagai seorang guru bimbingan dan

kaunseling, apakah kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang

mesti dimiliki untuk membantu murid-murid menyelesaikan masalah

mereka?

Puan Tiong : Ermmm…… Terdapat banyak kemahiran asas yang diperlukan

semasa menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling. Akan tetapi,

bagi saya, kemahiran yang saya rasa mesti dikuasai dan

diaplikasikan adalah kemahiran menjalin hubungan yang erat

dengan murid-murid. Dengan adanya hubungan yang erat dan

mesra dengan murid-murid, dapatlah mereka berkongsi masalah

yang dihadapi oleh mereka.

Guru pelatih : Bolehkah kami tahu bahawa apakah cara yang digunakan oleh

cikgu untuk menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid?

Puan : Biasanya, kami akan menyediakan satu suasana dan persekitaran

LAMPIRAN A

Page 3: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

Chung yang selesa untuk murid-murid yang berjumpa dengan kami dalam

sesi kaunseling dan bimbingan. Kami tidak akan mendesak murid

untuk mengatakan masalah yang dihadapinya ataupun sebab-

sebab dia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat.

Puan Tiong : Oh ya! Kami mesti menjaga kerahsiaan masalah murid-murid dan

jangan sesekali membocorkan masalah murid tersebut kepada

sesiapa pun. Sekiranya masalah tersebut menjadi semakin serius

dan akan mengancam keselamatan murid tersebut, barulah kami

akan merujuk masalah ini kepada pihak yang lain dengan

kebenaran murid.

Guru pelatih : Nampaknya kerahsiaan amat penting untuk meningkatkan

kepercayaan dan keyakinan murid terhadap sesi bimbingan dan

kaunseling.

Cik Chua : Ya, memang betul! Selain itu, saya berpendapat bahawa

kemahiran mendengar adalah satu kemahiran yang terpenting

dalam menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling.

Guru pelatih : Bolehkah cikgu memberitahu kami dengan lebih terperinci tentang

kepentingan kemahiran mendengar dalam sesi bimbingan dan

kaunseling?

Puan Tiong : Boleh. Sebenarnya, kemahiran mendengar lebih banyak digunakan

dalam peringkat awal sesi kaunseling untuk memahami masalah

murid secara lebih mendalam.

Puan

Chung

: Ya, saya memang setuju dengan pendapat Puan Tiong. Jika murid

tidak dapat berkongsi masalahnya dengan fasih dan lengkap, maka

kami haruslah peka dan sensitif terhadap gerak-geri dan bahasa

badannya. Jika mendapati murid-murid sangat cemas, maka kami

akan berbual-bual dengannya terlebih dahulu.

Guru pelatih : Dengan ini, murid-murid akan berasa lebih relaks dan akan dapat

menenangkan emosi dan perasaan yang cemas. Betulkah, cikgu?

Puan Tiong : Ya, memang betul!

Guru pelatih : Selain kemahiran menjalin hubungan yang erat dengan murid-

murid dan kemahiran mendengar, apakah kemahiran asas

kaunseling yang perlu dimiliki oleh seseorang guru bimbingan dan

LAMPIRAN A

Page 4: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

kaunseling?

Cik Chua : Oh, satu lagi kemahiran asas kaunseling yang sangat penting ialah

kemahiran bertanya. Kami biasanya akan bertanya soalan

manakala murid akan menjawab. Ini merupakan kemahiran yang

praktikal untuk memahami masalah yang dialami oleh murid. Akan

tetapi, kemahiran menyoal harus dilakukan secara teratur dan

sistematik.

Guru pelatih : Wah, nampaknya bukan mudah untuk menjadi seorang guru

bimbingan dan kaunseling kerana perlu banyak menguasai

kemahiran asas kaunseling. Cikgu, apakah masalah murid yang

sering berlaku di sekolah ini?

Puan Tiong : Baru-baru ini, masalah yang sering berlaku di sekolah ini ialah

masalah mencuri. Terdapat beberapa orang murid akan mencuri

duit ibu bapa dan bawa ke sekolah untuk bagi kawan. Selain itu,

terdapat juga masalah murid yang mengugut murid lain untuk

membawa duit kepada mereka.

Guru pelatih : Jadi murid tahap berapa yang terlibat dalam masalah ini?

Puan Tiong : Tak semestinya...... Tapi biasanya adalah murid tahap dua yang

kerap terlibat dalam masalah tersebut tanpa mengira agama dan

bangsa.

Guru pelatih : Oh begitu......Pada pendapat cikgu, mengapa masalah tersebut

boleh berlaku?

Puan

Chung

: Pada pendapat saya, hal ini disebabkan oleh kecuaian ibu bapa

tidak menyimpan duit mereka dengan baik dan menyebabkan

anak-anak mereka mencuri duit tanpa disedari oleh ibu bapa.

Guru pelatih : Selain daripada sebab berikut, adakah murid-murid tersebut

mencuri duit disebabkan oleh masalah peribadi atau masalah

keluarga?

Cik Chua : Ermm......mungkin murid-murid ini mencuri duit adalah untuk

mendapat kepercayaan daripada kawan-kawan mereka. Mereka ini

mungkin kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa, jadi mereka

mudah terpengaruh dengan kata-kata kawan-kawan mereka

sehingga mereka melakukan perkara yang tidak baik ini.

LAMPIRAN A

Page 5: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

Guru pelatih : Rupa-rupanya. Bagaimana cikgu sekalian membantu murid

tersebut untuk menangani masalahnya?

Puan

Chung

: Pertama sekali, kami akan berjumpa dengan murid tersebut bagi

mengenal pasti masalah yang telah berlaku. Kemudian, kami akan

memberitahu ibu bapa murid tersebut supaya ibu bapa dapat

mencari jalan penyelesaian yang sesuai.

Guru pelatih : Selain daripada masalah mencuri ini, adakah sekolah ini pernah

berlaku masalah khas dalam kalangan murid?

Cik Chua : Ada! Masalah gangguan seksual.

Guru pelatih : Yakah? Bagaimana masalah gangguan seksual ini berlaku?

Cik Chua : Masalah gangguan seksual ini berlaku dalam kalangan murid tahun

satu terutamanya murid lelaki. Murid-murid tersebut berasa ingin

tahu terhadap bahagian badan sensitif murid perempuan dan

mereka menyentuh tubuh badan murid perempuan.

Guru pelatih : Nampaknya masalah gangguan seksual ini amat serius dalam

kalangan murid tahun satu. Bagaimana cikgu menangani masalah

ini?

Cik Chua : Pertama sekali, kami akan berjumpa dengan murid tersebut untuk

mengenalpasti masalah terlebih dahulu. Tetapi disebabkan murid

tahun satu ini tidak fasih untuk menyampaikan sesuatu, jadi kami

sukar untuk memahami segala masalah yang telah berlaku. Apa

yang kami boleh buat adalah memberitahu murid tersebut supaya

tidak menyentuh tubuh badan murid-murid sebarangan. Kami juga

memberitahu masalah ini kepada ibu bapa murid supaya ibu bapa

dapat memperbetulkan tingkah laku murid tersebut. Setiap tahun,

sekolah juga akan mengadakan ceramah berkaitan dengan

pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak untuk murid tahun

empat hingga enam supaya melalui ceramah tersebut mereka akan

lebih mengetahui cara untuk menghargai tubuh badan mereka

sendiri.

Guru pelatih : Melalui ceramah tersebut, kami percaya murid akan lebih

melindungi tubuh badan mereka sendiri. Selain itu, apakah

masalah lain murid yang pernah berlaku di sekolah ini?

LAMPIRAN A

Page 6: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

Puan

Chung

: Seperti sekolah biasa, masalah murid yang kerap berlaku adalah

masalah ponteng sekolah, masalah tidak menyiapkan kerja

sekolah, masalah merosakkan harta benda awam sekolah dan

masalah merokok. Tetapi masalah-masalah berikut sudah semakin

berkurangan pada tahun ini.

Guru pelatih : Nampaknya sekolah ini juga mempunyai pelbagai masalah murid.

Bagi masalah-masalah yang disebut tadi, bagaimana cikgu

menangani masalah tersebut?

Puan

Chung

: Biasanya kami akan menjalankan sesi kaunseling secara

berkelompok, iaitu membahagikan murid kepada beberapa

kelompok mengikut masalah yang dihadapi. Kemudian kami akan

menjalankan program seperti ceramah berkaitan dengan agama,

menonton video dan sebagainya secara serentak.

Guru pelatih : Mengapa cikgu tidak menjalankan sesi kaunseling ini secara

berasingan?

Puan

Chung

: Hal ini bergantung kepada masa dan situasi. Biasanya kami akan

menjalankan program berikut pada sesi persekolahan untuk

memastikan setiap murid dapat hadir.

Guru pelatih : Oh begitu......pada pendapat cikgu, pernahkah cikgu menghadapi

kesulitan sepanjang sesi kaunseling ini berlangsung?

Puan Tiong : Ada. Kesulitan yang paling besar adalah ibu bapa enggan

bekerjasama dengan guru kaunseling. Ibu bapa enggan menerima

hakikat bahawa anak-anak mereka terlibat dalam masalah-masalah

tersebut. Jadi sebagai guru kaunselor, kami cuma dapat

membimbing murid menyelesaikan masalah, dan kami amat

memerlukan kerjasama ibu bapa untuk membantu anak-anak

mereka mencari jalan penyelesaian yang sesuai.

Guru pelatih : Rupa-rupanya bukan senang untuk menjadi seorang kaunselor.

Tanpa kerjasama daripada ibu bapa, guru kaunselor juga sukar

untuk membantu murid untuk menangani masalah mereka.

Sampai sini sahaja sesi temubual kami dengan cikgu sekalian pada

hari ini. Kami amat berterima kasih atas kesudian cikgu

meluangkan masa untuk ditemubual. Terima kasih, Cikgu.

LAMPIRAN A

Page 7: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

Puan Tiong,

Puan

Chung,

Cik Chua

: Sama-sama.

Tugasan Dan Cabaran Guru Kaunselor:Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) telah menggariskan prinsip-prinsip

bimbingan dan kaunseling yang sesuai digunakan di Malaysia seperti berikut:-

1. Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses

yang dirancang dan berterusan.

2. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut

mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya

dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.

3. Penuntut mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila perlu.

4.Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan penuntut

bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya.

5.Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya

dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong

memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan.

6. Bimbingan dan kaunseling adalah berorientasikan masa depan dan sekarang.

7.Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-

kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya,

8.Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman.

9.Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal

penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani.

10.Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling

yang baik. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan supaya ia tidak

dianiaya oleh yang menolongnya.

Namun menurut tugasan yang terbaru tugas Kaunselor dihadkan kepada

lapan bidang seperti yang tertera di bawah iaitu Perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling,Pengurusan dan Pentadbiran,Akademik,Kerjaya,Psikososial dan

Page 8: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

kesejahteraan mental,Kaunseling keibubapaan,Pembangunan diri, serta Pendidikan

pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Bidang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menghendaki kaunselor

mengadakan sesi dengan pelajar .Antara corak perkhidmatan yang diberikan ialah

Sesi Kaunseling Individu iaitu sesi yang melibatkan hanya kaunselor dan klien

sahaja.Tujuannya adalah untuk membincangkan permasalahan individu serta

membantu klien mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh

klien. Kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat peribadi dan

kerahsiaan.Oleh itu sebagai kaunselor adalah menjadi tanggungjawab baginya

utnuk menjaga rahsia berkaitan cerita atau permasalahan klien yang

diperbincangkan.

Bagi Sesi Kaunseling Kelompok pula ia melibatkan kaunseling yang

melibatkan sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir

sama.Semasa sesi berlangsung kaunselor boleh memilih sama ada bertindak

sebagai fasilitator iaitu membimbing kumpulan terbabit untuk mencapai matlamat

yang hendak dicapai di penghujung sesi tersebut atau sebagai ahli dalam kumpulan

tersebut.Semasa permulaan sesi kaunselor perlu menerangkan tentang kerahsiaan

yang perlu dijaga oleh setiap ahli kelompok.

Seterusnya ialah Sesi Bimbingan Individu .Dalam hal ini kadang-kadang

terdapat pelajar yang datang bertemu kaunselor hanyalah untuk mendapatkan

bimbingan terutama ingin mengetahui cara belajar yang bereksan.Dalam hal

ini ,kaunselor perlu menjalankan sesi bimbingan iaitu memberi tunjuk ajar secara

terus kepada pelajar.

Demikian pula halnya dengan Sesi Bimbingan Kelompok iaitu beberapa orang

pelajar yang datang bertemu kaunselor hanya untuk mendapatkan sedikit bimbingan

dan pandangan bagaimana cara untuk mereka mengulangkaji sebagai contohnya

sekumpulan peajar yang ingin meminta pandangan dan berbincang tentang

bagaimana mereka hendak memulakan belajar dalam kumpulan.

Konsultasi pula melibatkan kaunselor dengan pihak luar.Ini berlaku apabila

kaunselor mendapati ia kurang berkemahiran dalam sesuatu bidang yang diutarakan

Page 9: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

oleh klien.Maka,ia perlu mendapatkan nasihat pakar atau kaunselor lain atau pun

merujuk kes berkenaan terus kepada pihak lain yang dipercayai mempunyai

kepakaran dan dipercayai boleh membantu klien tersebut.Merujuk klien yang

mempunyai kemurungan yang serius merupakan suatu bentuk konsultansi yang

boleh dilakukan oleh kaunselor.

Pengurusan dan Pentadbiran

Seseorang kaunselor pada asasnya terlibat dalam pengurusan dan

pentadbiran.Uusan pentadbiran yang dimaksudkan adalah urusan dan pentadbiran

yang berkaitan dengan bidang Bimbingan dan Kaunseling serta hubungannya

dengan pihak pentadbir sekolah ataupun agensi luar.

Perkara yang termasuk dalam pengurusan antaranya ialah mengurus dan

menyelia sistem fail.Dalam urusan ini kaunselor bertanggungjawab terhadap

pengurusan segala jenis fail yang telah diwujudkan.Segala jenis fail hendaklah

mempunyai nama dan siri nombor.Fail mestilah dalam keadaan yang terurus dan

teratur bertujuan agar senang dicari bila fail itu dikehendaki.

Membuat sebaran berkenaan perkara yang berkaitan dengan bidang

kaunseling.Ini bermaksud kaunselor perlu membuat sebaran seperti mengedarkan

buletin,paparan ,poster,buku skrap berkenaan maklumat kerjaya,maklumat

pendidikan dan latihan,maklumat dadah,bahaya rokok dan kesihatan dan jadual

waktu perkhidmatan kepada para pelajar.Ini semua bertujuan untuk memaklumatkan

pelajar agar mereka tahu akan kepentingan dan tugas Unit Bimbingan dan

Kaunseling di sekolah.

Kaunselor juga dikehendaki menyediakan dan menyelenggara kertas kerja p

dan menyediakan laporan program.Penyediaan kertas kerja program dan laporan

program adalah menjadi suatu tanggungjawab kaunselor.Sebagai kaunselor yang

juga merangkap Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah,maka adalah

menjadi kewajipan baginya untuk menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti pada

tiap kali aktiviti di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling dijalankan.

Keceriaan bilik kaunseling begitu penting kerana bilik kaunseling perlulah

selesa dan kondusif bagi menjamin suasana sesi kaunseling yang berlangsung

adalah teraputik.Suasana yang teraputik hasil dari keindahan dan keceriaan bilik

kaunseling sebenarnya mempengaruhi klien yang datang untuk mendapatkan

Page 10: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

perkhidmatan.Suasana yang kondusif dipercayai akan mempercepatkan lagi proses

‘rawatan’ yang diberikan oleh kaunselor kepada kliennya.

Laporan dan rekod sesi perlu disediakan sebaik dan secepat mungkin agar

kaunselor tidak tertinggal fakta-fakta penting semasa sesi berjalan.Penyediaan

laporan sesi amat penting sebagai rujukan kepada kaunselor untuk sesi yang

berikutnya.Namun begitu adalah perlu diingat bahawa segala laporan sesi adalah

‘SULIT ‘dan adalah menjadi suatu kesalahan jika ia terdedah atau diketahui oleh

orang lain.Namun begitu bagi kes-kes yang melibatkan jenayah atau kes-kes yang

terlalu berat ia boleh didedahkan dengan tujuan menyelamatkan klien atau orang

yang ingin dicederakan oleh klien.

Penyediaan borang-borang perkhidmatan murid bagi kemudahan kaunselor

menjalankan urusan pentadbiran.Kaunselor perlu menyediakan borang-borang

tertentu bagi mengurus dan melancarkan lagi pengurusan Bimbingan dan

kaunseling(Rujuk lampiran untuk borang yang disediakan).Borang yang disediakan

mempunyai fungsi dan peranan tertentu.

Akademik

Seterusnya kaunselor bertanggungjawab untk membantu pelajar untuk

mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca

dan mengambil nota,pengurusan masa,pengurusan diri,kemahiran mendengar,

kemahiran mengingat,mengulangkaji,menjawab soalan peperiksaan dan

menghadapi peperiksaan.

Mengumpul maklumat berkenaan peluang melanjutkan diri seleps Penilaian

Menengah Rendah,Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan

Malaysia.Pengumpulan maklumat ini adalah perlu agar para pelajar mendapat

maklumat tentang ke mana hala tuju mereka selepas melepasi tahap-tahap

tertentu.Syarat-syarat untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam

atau swasta,tempat pengajian lain bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat

ke institusi pengajian tinggi sebagai alternatif bagi mereka yang tidak layak dan lain-

lain peluang untuk pelajar melanjutkan pelajaran.Ini semuanya menjadi

tanggungjawab kaunselor.

Tugas kaunselor seterusnya dalam bidang akademik tertumpu kepada

Pemilihan mata pelajaran elektif.Sebagaimana yang semua maklumi bahawa

Page 11: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

apabila pelajar tamat PMR ,SPM atau STPM ,para pelajar terlibat dengan pemilihan

mata pelajaran elektif.Untuk memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat

dan tahap pencapaian para pelajar maka kaunselor menjadi tempat rujukan untuk

mendapatkan maklumat tentang pemilihan mata pelajaran tersebut.Pada

kebiasannnya pelajar akan bertemu kaunselor untuk mendapatkan gambaran

tentang minat mereka dan mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan

pencapaian mereka sebelum mereka bertindak untuk mengambil keputusan.

Kaunselor juga berperanan dalam meningkatkan motivasi pelajar untuk terus

belajar dan berjaya dalam pelajaran.Tugas ini memang amat mencabar.Oleh itu

kaunselor amat memerlukan kerjasama dari rakan guru yang lain. Kursus-kursus

kesedaran diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran rasa

kebertanggungjawapan pelajar terhadap kejayaan mereka sendiri.Sebagai usaha

untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar maka mereka akan didedahkan dengan

beberapa ujian personaliti yang bertujuan untuk mengenali kekuatan dan kelemahan

diri sendiri.Kemahiran lain yang diajar kepada pelajar adalah mengurus diri,membina

matlamat diri,mengenal pasti sumber belajar dan kemahiran belajar sokongan.

Kemahiran belajar seperti kemahiran membaca,membuat rujukan ,pengurusan

masa,mencatat nota,memberikan konsentrasi,mendengar,mengingat,mengulang

kaji,kumpulan belajar,dan teknik menjawab soalan peperiksaan serta peluang untuk

menyambung pelajaran ataupun latihan.

Pengumpulan maklumat pelajaran dan latihan iaitu peluang pelajar bagi

melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi/institusi, latihan kemahiran Institusi

pengajian tinggi awam dan swasta,Institusi latihan kemahiran awam dan

swasta.Pengumpulan bahan ini amat perlu utnuk kegunaan kaunselor bagi

menerangkan peluang yang bakal diperolehi oleh pelajar selepas tamat

persekolahan menengah.Selain daripada itu kaunselor juga bertanggungjawab untuk

menerangkan pembiayaan pendidikan iaitu sama ada biasiswa atau pinjaman serta

penajaan oleh syarikat atau badan berkanun tertentu yang boleh diperolehi pelajar

sekiranya mereka berjaya dengan keputusan yang cemerlang.

Kerjaya

Bidang kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu murid dalam

membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya pilihan secara pendedahan melalui

Page 12: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

pengumpulan maklumat kerjaya yang dilakukan oleh murid .Beberapa pertandingan

yang diadakan di peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan berkaitan

kerjaya turut diadakan bagi membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat

berkaitan kerjaya pilihan.Antara pertandingan yang melibatkan kerjaya adalah

Eksplorsai Alam Kerjaya,kain rentang kerjaya, dan poster kerjaya.Dengan dibimbing

oleh kaunselor maka para pelajar akan berusaha untuk mendapatkan bahan bagi

kegunaan mereka.

Psikososial dan kesejahteraan mental

Kaunselor bertanggung jawab untuk membantu pelajar bagi meningkatkan

self esteem ,kerohanian,pengurusan tekanan, kemahiran komunikasi,kemahiran

asertif yang boleh dilakukan melalui bimbingan kerjaya,penyertaan pelajar dalam

kem bina insan, kem motivasi,perkhemahan ibadah dan kaunseling keluarga.Semua

aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk meningkatkan psikososial pelajar serta

meningkatkan tahap kesejahteraan mental pelajar agar para pelajar dapat

menyeimbangkan antara tuntutan kehidupan dan tuntutan untuk meneruskan

pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi kelak.

Kaunseling keibubapaan

Tugasan ini memerlukan kaunselor untuk membantu ibu bapa dan keluarga

dalam menyelesaikan masalah ponteng,kenakalan anak melalui lawatan ke rumah

serta bimbingan individu.Melalui kaunseling keibubapaan ini kaunselor akan dapat

mengetahui latar belakang keluarga kliennya serta dapat menyelidiki masalah klien

dengan lebih dekat dan menyeluruh.Ini akan membantu kaunselor mendapatkan

pandangan dan membantu ibu bapa untuk menyelesaikan masalah yang

bersangkutan dengan anak mereka yang bermasalah.

Tugas membantu pelajar yang bermasalah bukanlah suatu tugas yang mudah

kerana kebanyakan pelajar yang bermasalah datang dari keluarga yang

bermasalah.Oleh itu,kaunselor perlu berhati-hati ketika menjalankan kaunseling

keibubapaan agar ia tidak menyentuh isu-isu yang terlalu sensitif hingga boleh

menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan ibu bapa.Justeru itu,tugas sebagai

kaunseling keibubapaan merupakan suatu tugas yang sangat mencabar kerana

Page 13: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

kaunselor bukan sahaja berhadapan dengan pelajar tetapi ibu bapa dan seluruh ahli

keluarga yang bermasalah.

Pembangunan diri

Membantu dan membimbing murid dalam menyelesaikan masalah diri sendiri

dengan cara dan kaedah sendiri mengikut panduan yang telah

diperbincangkan.Dalam hal ini ,para pelajar dibantu serta dibimbing bagaimana

untuk menyelasaikan masalah diri sama ada yang berpunca dari diri sendiri atau pun

persekitaran.Dalam hal memberi bantuan dan bimbingan ini, kaedah tertentu yang

difikirkan perlu akan diberikan kepada pelajar agar ia dapat membebaskan dirinya

daripada belenggu maslah yang dihadapinya.Kaedah yang diberikan tersebut pada

dasarnya adalah mengikut kehendak dan keperluan pelajar yang memerlukannya

kerana segala tindakan yang bakal dilakukan adalah tanggungjawab pelajar sendiri.

Pendidikan pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS

Membantu murid agar berupaya berkata tidak serta mengenal dan menjauhi

kepada rokok dan dadah.Dalam hal ini,pelajar akan diberikan info berkaitan dengan

dadah,rokok,inhalan dan HIV AIDS.Maklumat yang diberikan akan menggambarkan

perkara yang buruk jika pelajar mendekatinya.Kaunselor juga akan memberikan

maklumat kepada pelajar mengenai kegiatan dadah di Malaysia serta akibat buruk

daripada mengedar ataupun menghisap dadah.

Kaunselor akan menjadi orang perantara dengan agensi luar yang berkaitan

dengan aktiviti pencegahan dadah,rokok,inhalan dan HIV AIDS.Melalui kerjasama

dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) pelajar akan didedahkan dengan

bahaya pengambilan dadah dan pengujian air kencing boleh dilakukan oleh AADK.

Perkongsian maklumat dengan badan pencegahan dadah yang lain seperti

PEMADAM ,Kementerian Kesihatan dan lain-lain agensi yang berkaitan adalah di

bawah tanggungjawab kaunselor.

Kaunselor juga boleh melibatkan pelajar dengan program-program anjuran

Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri serta Kementerian dengan

mengambil bahagiann dalam acara-acara yang dipertandingkan di setiap peringkat

seperti pertandingan melukis poster,melukis kain rentang dan lain-lain lagi.

Page 14: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

Peranan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Menangani Masalah Disiplin Pelajar Di Sekolah.

Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah

berlandaskan ilmu pengetahuan berkenaan bimbingan dan kaunseling yang tepat

supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan

fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American

School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab

profesional kaunselor sekolah seperti berikut.

Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia

sosial dan psikologi di tempat dia berada.Ia juga membawa maksud seseorang

kaunselor berperanan membantu pelajar agar pelajar mampu mengenali siapa

dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan yang bermakna dengan dunia

sekelilngnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia berada.Tugas kaunselor

yang terpenting ialah membantu klien mencari dan memahami sikap,minat ,bakat

serta kebolehan yang ada pada diri klien untuk berkembang dengan baik,memahami

serta peluang-peluang yang dimiliki oleh klien hasil daripada perbincangannya

dengan kaunselor untuk proses ke arah mencapai kesempurnaan kendiri serta

hubungan antara kesemua unsur yang telah dinyatakan semata-mata untuk mencari

keseimbangan kendiri sebagaimana yang diingini selaras dengan tuntutan agama

dan masyarakat.

Menolong pelajar untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat,minat, sikap,

kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri. Kaunselor juga berperanan

untuk membantu pelajar agar dapat membuat persediaan yang bersesuaian dengan

minat dan bakat serta kebolehan yang dipunyai.Ini penting agar segala tidakan yang

bakal dilakukan oleh murid adalah selaras dengan apa yang diingininya agar ia

berpeluang untuk mencapai matlamat hidupnya miaitu ke arah penyempurnaan

kendiri.Contoh jika kita ambil dari sudut minat dan cita-cita seseorang pelajar yang

inginkan dan mempunyai kecenderungan ke arah menjadi seorang saintis,maka

kaunselor berperanan untuk memberikan panduan dan beberapa cadangan yang

bersesuaian dengan minat dan memberikan panduan tentang mata pelajaran yang

pentng yang wajib dikuasai oleh seseorang pelajar jika pelajar tersebut ingin

Page 15: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

mencapai cita-citanya.Maka,kaunselor harus berperanan untuk membantu dan

membimbing murid ke arah penyempurnaan kendiri berdasarkan apa yang diingini

oleh pelajar.

Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan

keupayaan membuat keputusan sendiri. Dalam perkara ini,seseorang kaunselor

perlu membimbing pelajar untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan

mengambil risiko dan sanggup bertanggungjawab terhadapa apa yang difikirkannya

dan apa sahaja keputusan yang bakal diambilnya.Perkara ii akan menjadikan

seseorang pelajar itu tidak akan teragak-agak dalam membuat keputusan yang

peting dalam hidupnya sendiri.

Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang

perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan

bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang pelajar. Seseorang

kaunselor berperanan membantu bukan sahaj pelajar tetapi melibatkan keseluruhan

organisasi sekolah untuk mereka memahami akan keperluan terhadap keperluan

persendirian dan hak-hak yang dipunyai oleh seseorang pelajar untuk dihormati.Ini

merupakan suatu perkara penting agar pihak sekolah terutamanya pentadbir dan

guru-guru serta kakitangan sekolah yang lain mengetahui bahawa para pelajar

mempunyai hak untuk mendapat khidmat bimbingan dan kaunseling daripada

kaunselor sekiranya mereka ingin berbuat demikian dan juga kaunselor juga

mempunyai hak untuk memanggil pelajar yang bermasalah untuk mendapatkan

khidmat kepakaran kaunsleling.

Menentukan atau memastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran

perkembangan psikososial pelajar dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan

lain.Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap

program sekolah yang dilaksanakan mendatangkan faedah yang besar kepada

pelajar dari sudut perkembangan psikososial.Ini menunjukkan bahawa setiap

program yang dijalankan perlukan penelitian yang bersungguh-sungguh daripada

kaunselor bermula dari tahap perancangan hinggalah ke tahap perlaksanaan

Page 16: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

program.Dan penelitian ini tidak terhenti di sini sahaja malahan pemantauan

terhadap perkembangan pelajar perlu diajalnakn dari semasa ke semasa bagi

memastika para pelajar menadapat faedah daripada program yang telah

dilaksanakan sama ada di peringkat sekolah,daerah,negeri atau kebangsaan.

Memberitahu pihak pentadbiran tentang perubahan-¬perubahan yang

signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang

berkaitan. Selain memastikan dan menentukan perubahan pelajar berjaya kaunselor

juga perlu melaporkan kepada pihak sekolah akan perkembangan yang diperolehi

hasil daripada program yang telah dijalankan.Laporan ini perlu dimaklumkan

terutamanya kepada pihak pentadbiran agar mereka maklum akan situasi pelajar di

sekolah berkenaan.

Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya,

keperluan¬-keperluannya dan peluang¬-peluang lain di persekitarannya dengan

tujuan untuk menambahkan kebolehan,memberikan sumbangan kepada

perkembangan anak mereka sendiri. Kaunselor berperanan besar utnuk membantu

ibu bapa untuk mereka mengetahui kemajuan perkembangan anaknya terutama dari

segi sikap dan akademik,keperluan-keperluan yang diperlukan oleh anak-anak

mereka untuk mencapai kejayaan yang bermakna serta membantu ibu bapa

mendapatkan gambaran akan peluanyang -pelunag yang bakal diperolehi sekiranya

anak mereka berjaya kelak.Memahami kemajuan perkembangan anak,keperluan

dan peluang perlu diperjelaskan kepada ibu bapa agar mereka tahu akan perihal

anak mereka secara lebih dekat dan dengan ini mereka akan lebih berminat untuk

membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dari

segi kejayaan dalam peperiksaan atau perubahan sikap .

Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk

individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah.

Kaunselor perlu membuat interpretasi terutama kepada komuniti perihal pentingnya

sikap bertimbang rasa untuk inividu agar ia dapat memberikan sumbangan kepada

program kaunseling yang dijalankan di sekolah.Dalam hal ini, komuniti perlu

dimaklumkan bahawa sikap bertimbang rasa yang wujud dalam diri individu

Page 17: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

merupakan perkara terpenting untuk merealisasikan dan memrikan sumbangan

kepada kaunsleing di sekolah.

Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu untuk

perkembangan pelajar.Seseorang kaunsleor perlu memperjelaskan kepada

masyarakat berkenaan peluang-peluang yang perlu diperolehi oleh seseorang

pelajar.Ia juga berperanan untuk melancarkan peluang-peluang yang perlu dimilik

oleh pelajar untuk mereka mencapai kejayaan yang cemerlang.Karnival

kerjaya,karnival sains dan pelbagai lagi karnival anjuran pihak luar seharusnya

dijadikan tempat untuk pelajar mendapatkan maklumat berkenaan minat dan

kecenderungan masing-masing.Melalui karnival ini,para pelajar sebenarnya

didedahkan secara tidak langsung berkenaan apa yang bakal mereka perolehi

sekiranya mereka berjaya dalam pelajaran nanti.Selain daripada itu,program ajuran

pihak luar ini pada kebiasaannya melibatkan umum,jadi kaunselor berperanan untuk

mengumumkan bahan tersebut kepada para ibu bapa dan masyarakat agar merek

afaham dan seterusnya dapat membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan.

Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber¬-sumber masyarakat

bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta

luar tanggungjawab sekolah.

Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, Jabatan-

¬jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat LPPKN, Pejabat Agama

Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga dan lain¬-lain.Hubungan yang baik dengan

agensi luar sebenarnya memudahkan lagi kaunselor utnuk mendapatkan maklumat

berkenaan bukan sahaja peluang-peluang yang bakal diperolehi pelajar tetapi juga

dapat menjaminkan para pelajar mendapatkan maklumat terkini berkenaan sesuatu

agensi.Mendedahkan pelajar tentang peranan yang boleh dimainkan oleh sesuatu

agensi membolehkan pelajar merebut peluang yang ditawarkan oleh sesuatu agensi

tersebut.Perlu diingat,dengan mengadakan hubungan yang baik dengan pelbagai

agensi akan memudahkan lagi tugas kaunselor kerana kauselor dan pihak

sekolahtidak akan mampu untuk menangani segala permasalahan secara

bersendrian.

Page 18: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

Kehadiran kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani masalah

pelajar kerana mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajar.

Sebelum ini guru ‘biasa’ ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak langsung. Beban

tugas mengajar tidak dapat memberi peluang kepada guru untuk memberi perhatian

yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah. Kehadiran kaunselor di sekolah

amat penting kerana selain daripada menyelesaikan setiap permasalahan pelajar

malah beritndak membentuk generasi yang berketrampilan dalam apa jua bidang

yang diceburi di samping mengenali hakikat diri mereka.(Dipetik daripada

http://www.sabah.edu.my/smk.tfuads.klu/bimbingankaunseling.htm)

Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian pendidikan

tidak berdiam diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk

mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan tiap-tiap

buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar yang

bermasalah. Menurut menteri Pendidikan , Dato’ Seri Najib Tun Razak (1996), pada

awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah sekolah

di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh masa

bagi menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut akademik malah termasuk

masalah peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap

masalah pelajar.

Dasar kerajaan meletakkan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sebagai Guru

Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa membuktikan bahawa kerajaan menaruh

harapan yang tinggi kepada institusi persekolahan amnya dan Unit Bimbingan Dan

Kaunsleing di sekolah khususnya agar memainkan peranan yang besar terutama

dalam menangani kegawatan sosial yang begitu ketara dewasa ini.

Justeru itulah, guru Bimbingan dan Kaunseling berkewajipan untuk melaksanakan

hasrat ini dengan penuh rasa bertanggungjawab.Dengan ini juga membuktikan

bahawa peranan guru kaunseling sebagai struktur sokongan sekolah tidak boleh

diabaikan.Antara peranan yang boleh dimainkan ialah Guru Bimbingan Dan

Kaunseling atau Kaunselor ialah seseorang kaunselor perlu mengadakan sesi

kaunseling dengan sebaik mungkin semata-mata untuk membantu pelajar

Page 19: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

menangani masalah yang dihadapi.Ini penting kerana dengan membantu pelajar

mengurangkan masalahnya maka pelajar tersebut akan menjadi lebih stabil

terutama dari segi emosinya.Apabila kestabilan emosi wujud maka tingkahlaku yang

sepatutnya akan dapat dilihat.

Sebagai seorang kaunselor sepenuh masa ,maka ia berperanan penting dalam

mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling dengan para pelajar yang

menghadapai masalah.Di dalam sesi tersebut seseorang kaunselor itu akan

membincangkan keperluan murid dari pelbagai segi seperti kemahiran

sosial,kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran membuat keputusan dan

pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh pelajar.(Nazmi Hj Mohd Noor,1998).

Sesi bimbingan dan Kaunseling tidak seharusnya dihadkan kepada pelajar sahaja

kerana ia meliputi keseluruhan sistem persekolahan.Ini juga bermakna klien yang

diterima bukan sekadar pelajar tetapi ia juga merangkumi keseluruhan warga

sekolah termasuk juga guru-guru dan staf sokongan sekolah selain daripada ibu

bapa.Untuk itu,seseorang kaunselor perlu peka akan sebarang permasalahan yang

timbul adakah ia berpunca daripada pelajar sendiri atau pun dari punca yang

lain.Sekiranya ada guru atau kakitangan sekolah yang memerlukan khidmat

kaunsleing maka kaunselor perlau menerima dan berusaha membantu

menyelesaikan masalah klien tersebut.Ini amat penting kerana permasalahan yang

wujud di kalangan guru-guru atau kakitangan sekolah sedikit sebayak akan

mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah

sekolah.Permasalahan ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan pelajar menjadi

mangsa guru.Apabila pelajar menjadi mangsa ,maka akan wujud perasaan tidak

puas hati di kalangan pelajar terhadap guru yang seterusnya akan mewujudkan

kekecohan dalam sistem persekolahan tersebut.Maka atas dasar inilah ,maka

kaunselor harus berperanan membantu guru-guru dan kakitangan sekolah untuk

memnyelesaikan permasalahan diri mereka terlebih dahulu.

Kaunselor perlu mengadakan pelbagai program untuk memenuhi masa ruang para

pelajar terutama pada waktu cuti penggal dan setelah tamat peperiksaan awam

seperti Ujian Penilaian Ssekolah Rendah,Penilaian Menengah Rendah ,Sijil

Page 20: Tutorial m14

Tutorial Minggu 14

Peperiksaan Malaysia dan Sijil Tinggi Perekolahan Malaysia . Perkara ini amat

penting kerana pada kebiasannya para pelajar yang agak lemah tidak mempunyai

apa-apa program.Mereka lebih suka merayau dan melepak bersama rakan-

rakan.Dan sudah tentulah akan timbul gejala-gejala negatif di kalangan

mereka.Justeru itu,kaunselor harus memainkan peranan dalam mengisi ruang masa

yang wujud di kalangan pelajar dengan mengadakan pelbagai program seperti

perkhemahan ,kem motivasi ,bengkel-bengkel dan lain-lain yang difikirkan perlu.Ini

penting agar masa yang terluang di kalangan pelajar tersebut dapat dimanfaatkan

sepenuhnya mengikut nilai-nilai yang diterima oleh agama dan masyarakatnya.