ulasan jurnal 1.doc

12
TAJUK: KESAN PERSAMAAN KESUKAAN: PERSEPSI PERSAMAAN SEBAGAI FUNGSI KESUKAAN 1.0 PENGENALAN Kajian ini telah dibuat oleh Brian Collison daripada Marian University dan Jennifer L. Howell daripada University of Florida. Mereka berdua menjalankan kajian ini untuk mengenal pasti interpretasi yang dibuat oleh seseorang individu mengenai perkara yang disukai dan tidak disukai berdasarkan kepada teori keseimbangan Heider. Mereka membuat hipotesis dengan menyatakan seseorang individu akan menunjukkan kesan persamaan minat dengan memberi penekanan kepada persamaan yang banyak dengan orang yang mereka sukai berbanding dengan orang yang tidak disukai. Bagi menguji hipotesis tersebut, pengkaji telah memanipulasikan keramahan peserta dan menilai persepsi peserta tersebut mengenai persamaan. Menurut Ames,2004 seseorang individu boleh membuat kesimpulan dengan cepat dan mudah terhadap apa yang orang lain fikir, niat, ingin dan rasakan. Individu yang boleh menyelami perasaan orang lain akan memudahkan mereka mengharungi situasi sosial (Epley & Waytz, 2010) dan memenuhi keperluan asas dalam memahami dunia sosial. Kajian menunjukkan hampir setiap hari manusia cuba memahami dan menyelami perasaan orang lain (Ickes, 1997, 2003). Ketepatan menyelami perasaan orang lain bergantung pada kepuasan dan jangka masa hubungan erat antara seseorang individu (Simpson, Ickles, & Blackstone, 1995). 1

Upload: bujeeganu

Post on 03-Oct-2015

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TAJUK: KESAN PERSAMAAN KESUKAAN: PERSEPSI PERSAMAAN SEBAGAI FUNGSI KESUKAAN

1.0 PENGENALANKajian ini telah dibuat oleh Brian Collison daripada Marian University dan Jennifer L. Howell daripada University of Florida. Mereka berdua menjalankan kajian ini untuk mengenal pasti interpretasi yang dibuat oleh seseorang individu mengenai perkara yang disukai dan tidak disukai berdasarkan kepada teori keseimbangan Heider. Mereka membuat hipotesis dengan menyatakan seseorang individu akan menunjukkan kesan persamaan minat dengan memberi penekanan kepada persamaan yang banyak dengan orang yang mereka sukai berbanding dengan orang yang tidak disukai. Bagi menguji hipotesis tersebut, pengkaji telah memanipulasikan keramahan peserta dan menilai persepsi peserta tersebut mengenai persamaan.

Menurut Ames,2004 seseorang individu boleh membuat kesimpulan dengan cepat dan mudah terhadap apa yang orang lain fikir, niat, ingin dan rasakan. Individu yang boleh menyelami perasaan orang lain akan memudahkan mereka mengharungi situasi sosial (Epley & Waytz, 2010) dan memenuhi keperluan asas dalam memahami dunia sosial. Kajian menunjukkan hampir setiap hari manusia cuba memahami dan menyelami perasaan orang lain (Ickes, 1997, 2003). Ketepatan menyelami perasaan orang lain bergantung pada kepuasan dan jangka masa hubungan erat antara seseorang individu (Simpson, Ickles, & Blackstone, 1995).

Keinginan seseorang dalam membuat kesimpulan sosial adalah sangat kuat sehinggakan mereka sanggup meramalkan sikap orang lain sama ada yang mereka kenal atau tidak. Seseorang individu membuat tanggapan yang pelbagai tanpa mengira keadaan sosial contohnya pelajar membuat kesimpulan mengenai keseluruhan kursus pada hari pertama mereka menghadiri kelas dan pengundi membuat kesimpulan menyeluruh mengenai nilai seseorang ahli politik selepas mendengar satu ucapan. Kajian yang telah dilakukan oleh Fast & Funder, 2008 mendapati penilaian-penilaian yang dibuat oleh seseorang individu ini berkemungkinan tepat. 2.0 DEFINISI KONSEPkonsep utama dalam kajian ini adalah ramalan sosial. Epley & Waytz berpendapat apabila seseorang individu mempunyai sedikit maklumat mengenai individu lain, mereka akan membuat ramalan sosial untuk melengkapkan maklumat tersebut. Manusia selalu menganggap orang lain adalah sama seperti mereka, justeru itu mereka menyamakan sikap dan cara orang lain berfikir seperti mereka. Ini bermakna, manusia akan menonjolkan sikap, perilaku, kepercayaan, nilai dan personaliti mereka kepada orang lain (Ross, Greene & House, 1997). Sebagai contoh, seseorang individu cenderung untuk menganggap orang yang tidak dikenali mempunyai ciri-ciri yang sama seperti diri mereka sendiri (Human & Biesanz, 2011), terutamanya jika mereka melihat diri mereka sama dengan orang asing itu. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan di mana seseorang individu lebih cenderung untuk menonjolkan keutamaan dan sifat-sifat mereka kepada kumpulan mereka sendiri iaitu sesama bangsa, agama dan negara melebihi yang bukan daripada kumpulannya (Clement & Krueger, 2002). Penemuan ini menunjukkan bahawa persepsi orang lain boleh memberi kesan kepada sejauh mana seseorang individu akan menonjolkan sifat dan sikap yang sama. Konsep yang kedua adalah persamaan melahirkan perasaan suka. Seseorang individu cenderung untuk menyukai seseorang yang berkongsi n sikap, keperibadian, status ekonomi, dan juga nama serta tarikh lahir yang sama dengan mereka. Walaupun kesan persamaan kesukaan masih belum dikaji dari sudut literasi psikologi, beberapa kajian secara tidak langsung telah berjaya membuktikan kewujudannya. Contohnya dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Weller & Watson 2009, responden telah menyatakan tahap persamaan peribadi mereka terhadap kawan baik dan juga musuh ketat mereka. Seperti yang dijangkakan, responden memperlihatkan lebih banyak persamaan sikap dengan kawan baik berbanding musuh mereka. Dalam kajian yang dilakukan oleh Horowitz dan rakan-rakannya 1951 terhadap satu kumpulan bahawa ahli kumpulan yang disenangi mempunyai lebih banyak persamaan dengan mereka berbanding dengan ahli kumpulan yang tidak disenangi.3.0 KERANGKA TEORITIKAL

Tujuan utama pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengkaji sama ada seseorang individu merasai persamaan yang lebih banyak dengan orang yang mereka sukai berbanding dengan orang yang tidak disukai. Hipotesis kajian ini bermula apabila pengkaji menyatakan bahawa seseorang individu menyukai seseorang individu lain sehinggakan mereka beranggapan bahawa individu tersebut adalah sama seperti diri mereka sendiri (Montoya, Horton & Kirchner, 2008). Kesan persamaan dan ketaksamaan terhadap perasaan suka adalah salah satu daripada penemuan yang paling mantap dan konsisten dalam psikologi sosial (Bryne,1997: Montoya, Horton & Kirchner, 2008 ).

Salah satu teori yang terkemuka menjelaskan kenapa seseorang individu suka kepada persamaan dan benci ketaksamaan adalah teori keseimbangan Heider. Teori ini menerangkan bahawa manusia mempunyai keinginan untuk membiarkan pemikiran mereka dalam keadaan seimbang dengan mengawal sikap mereka. Keseimbangan akan dicapai apabila manusia tidak merasa tertekan untuk mengubah sikap mereka. Untuk memperlihatkan prinsip utama dalam teori keseimbangan ini, pengkaji telah menjalankan demonstrasi di mana jika seseorang mempunyai sikap yang baik kepada sesuatu objek dan menyedari bahawa orang kedua juga mempunyai sikap yang sama pada objek tersebut, maka ia akan menghasilkan keseimbangan kognitif dengan menyukai orang tersebut. Dalam situasi ini menunjukkan persamaan boleh melahirkan rasa suka.

Teori keseimbangan Heider juga meramalkan bahawa keseimbangan kognitif boleh dicapai melalui kesimpulan yang dibuat terhadap orang yang disukai. Apabila seseorang individu tidak sedar akan sikap orang yang disukai, mereka mungkin akan merasakan persamaan dengan orang tersebut untuk membantu berlakunya keseimbangan (Amodio & Showers, 2005: Sampson & Insko, 1964: Wyer, 1974).

Sesetengah orang yang bermotivasi akan berfikir dan berkelakuan secara konsisten dalam usaha untuk mengurangkan tekanan, ketegangan dan ketidakselesaan. Ini kerana individu yang bermotivasi secara konsisten berkeutamaan untuk mencapai keseimbangan kognitif. Pengkaji menjangkakan bahawa individu yang konsisten akan mempamerkan kesan keinginan persamaan yang lebih kukuh.

Selain itu, pengkaji juga menjangkakan individu yang mempunyai harga diri yang tinggi akan menunjukkan kesan persamaan kesukaan dengan orang yang disukai. Ini selaras dengan pendapat Fritz Heider mengenai teori keseimbangan di mana harga diri seseorang boleh memberi kesan kepada prinsip imbangan. Kejelasan konsep kendiri adalah salah satu moderator kesan persamaan kesukaan. Ia mewakili sejauh mana seseorang individu mempunyai kekuatan dan kestabilan perasaan mereka sebagai seorang manusia. Seseorang individu perlu mempunyai kefahaman dan pengetahuan yang jelas tentang diri mereka sendiri sebelum menonjolkan sifat dan sikap mereka kepada orang lain.4.0 METADOLOGI

Dalam kajian 1, pengkaji menggunakan 99 orang responden yang terdiri daripada 57 orang perempuan dan 42 orang lelaki. Pada mulanya, respoden diminta menjawab soal selidik tentang penilaian kendiri masing-masing. Selepas itu, responden perlu melihat video tanpa suara tentang peserta sasaran dan responden diminta membuat kesimpulan mengenai peserta sasaran sama ada menyukai atau tidak berdasarkan tingkah laku bukan lisan yang dipaparkan oleh pelakon dalam video klip tersebut. Selepas melihat video pertama, sekali lagi responden menerima soal selidik kosong yang mengandungi nilai dan sifat personaliti yang sama seperti mereka. Selepas itu, responden sekali lagi perlu melihat video yang mana peserta perlu nyatakan apa persamaan yang ada pada pelakon tersebut yang menyebabkan mereka menyukai pelakon tersebut.

Kajian kedua dijalankan untuk melihat kesan peneguhan persamaan kesukaan dengan mengkaji satu lagi manipulasi kesukaan iaitu penilaian rakan sebaya. Kajian kedua ini dilakukan kerana pengkaji ingin mencari faktor-faktor perbezaan individu dari sudut kejelasan konsep kendiri, sukakan sesuatu yang konsisten dan harga dalam memberi kesan kepada persamaan kesukaan. Seramai 92 responden lelaki dan 144 orang responden perempuan diambil daripada atas talian telah digunakan untuk kajian kedua. Responden ini telah membaca kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji dan mereka ingin menjadi responden dengan menjawab soalan ujian personaliti yang telah disediakan. Berdasarkan markah ujian yang diperolehi, 2 orang responden telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Mereka yang terpilih ini terdiri daripada seorang yang disukai dan seorang lagi kurang disukai. Pengkaji menggunakan profil korelasi untuk memeriksa persepsi persamaan responden dengan sasaran yang disukai dan tidak disukai.Secara keseluruhannya, pengkaji membezakan responden dalam kajian satu dari aspek perlakuan bukan lisan seperti tersenyum dan kelihatan berminat untuk menunjukkan penampilan sama ada individu itu disukai ataupun tidak. Dalam kajian dua pula, responden telah menerima pandangan daripada pihak kedua, bahawa peserta sasaran itu disukai atau tidak tanpa mengambil kira penilaian peserta sasaran terhadap responden.

5.0 PERBINCANGAN

5.1 Dapatan kajianhasil dapatan daripada kedua-dua kajian menunjukkan perbezaan individu boleh memberi kesan kepada persamaan kesukaan. Dalam kajian 1, responden mencapai keseimbangan kognitif dengan membuat persamaan seseorang yang digambarkan sebagai disukai melalui tanggapan pertama. Dalam kajian 2 pula kesan persamaan kesukaan diperolehi dengan menggunakan penilaian yang telah diberikan tentang sifat-sifat orang yang disukai atau tidak disukai.Dapatan Kajian 2 menunjukkan perbezaan individu boleh mengubah kesan persamaan kesukaan. Secara khususnya, mereka yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi lebih cenderung untuk menunjukkan kesan persamaan kesukaan. Hasil kedua-dua kajian ini menunjukkan seseorang menilai individu yang mereka sukai berdasarkan persamaan yang dimiliki.5.2 Kekuatan dan kelemahan

Kajian ini adalah terhad kerana pengkaji hanya melihat kesan pada masa kini sahaja. Ini kerana pengkaji ingin mengkaji secara khusus sama ada seseorang individu itu menonjolkan persamaan kepada orang yang disukai atau tidak disukai. Pengkaji ingin melihat bagaimana seseorang individu menonjolkan sikap, pemikiran dan tingkah laku kepada orang yang mereka sukai atau sebaliknya. Oleh itu, pengkaji memberi ujian yang lebih sensitif dan bertepatan dengan hipotesis.

Dalam kajian ini, pengkaji hanya menyenaraikan tiga faktor perbezaan individu. Mungkin terdapat lebih banyak perbezaan individu yang boleh digunakan untuk menilai kesan persamaan kesukaan selain daripada tiga faktor tersebut. Kajian pada masa akan datang sangat perlu untuk mengkaji faktor-faktor peneguhan lain dalam perbezaan individu yang boleh memberi kesan kepada persamaan kesukaan. Sebagai contoh, pengkaji akan datang mungkin boleh menggunakan faktor perbezaan individu yang berkaitan dengan struktur kognitif, pemantauan kendiri atau keperluan untuk bergabung. 5.3 Implikasi kajian

Walaupun kajian ini mempunyai beberapa batasan, namun hasil kajian ini telah memberikan beberapa implikasi yang boleh digunakan oleh pengkaji yang lain pada masa akan datang. Kajian ini adalah yang pertama menggunakan teori keseimbangan Heider dalam menilai persamaan kesukaan. Sebahagian besar responden kajian menilai bahawa orang yang mereka sukai adalah sama seperti mereka. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kesukaan boleh membina persepsi persamaan.

Selain itu, dapatan kajian ini juga boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar seperti dalam bidang psikologi industri, organisasi dan juga dalam bidang sains politik. Contohnya, ahli sains politik boleh menasihati calonnya untuk memaparkan ciri-ciri personaliti yang disukai oleh pengundinya untuk meraih undi. 6.0 KESIMPULAN

Kesan persamaan kesukaan adalah satu fenomena yang boleh diramal dan dipercayai. Manusia percaya bahawa mereka mempunyai persamaan yang jelas dengan individu yang mereka sukai. Ini dapat dibuktikan dalam kajian satu di mana individu akan mencapai keseimbangan kognitif apabila membuat persamaan dengan seseorang yang digambarkan disukai daripada tanggapan pertama. Kajian kedua pula menunjukkan bahawa individu yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi akan memaparkan kesan persamaan kesukaan. Kedua-dua dapatan kajian ini bertepatan dengan kajian klasik yang pernah dijalankan oleh Heider yang mana beliau mencadangkan bahawa persamaan kesukaan akan mewujudkan keseimbangan kognitif.7.0 RUJUKANBrian Collisson & Jennifer L. Howel (2014). The Liking Similarity Effect: Perceptions of Similarity as a Function of Liking. Mortimer Street, London. Routledge Publisher. Dimuat turun pada 20 september 2014 daripada http://dx.doi.org/10.1080/00224545.2014.914882 8.0 LAMPIRAN

9