ulasan jurnal financail[1]

17
Financial and Physical Management In Education SGDU6083 1.0 SENARAI TIGA (3) JURNAL YANG BERKAITAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH Saya telah memilih tiga jurnal dalam tugasan ini. Penghuraian jurnal akan menjurus kepada dapatan kajian tentang Pengurusan Kewangan Sekolah di Sekolah dan Institusi Pendidikan. 1.1 Senarai Jurnal yang dipilih 1.1.1 JURNAL 1 Tajuk : Tinjauan Terhadap Keterlibatan dan Efikasi Guru Besar dalam Pengurusan kewangan Sekolah Penulis : Sazali Yusoff. PhD(2008). Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Kementerian Pelajaran Malaysia. Jurnal : . Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan 18(2). 1.1.2 JURNAL 2 Tajuk : Kepimpinan dan Proses Kawalan Terhadap Peruntukan Kewangan Sekolah : Perspektif Malaysia Penulis : Muhammad Faizal A. Ghani, Nurfariza Mohd Radzi, Saedah Siraj Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Jurnal : Jurnal Internasional 1.1.3 JURNAL 3 1

Upload: leslie-luna

Post on 06-Nov-2015

69 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

...............

TRANSCRIPT

Financial and Physical Management In Education

Financial and Physical Management In EducationSGDU6083

1.0SENARAI TIGA (3) JURNAL YANG BERKAITAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH Saya telah memilih tiga jurnal dalam tugasan ini. Penghuraian jurnal akan menjurus kepada dapatan kajian tentang Pengurusan Kewangan Sekolah di Sekolah dan Institusi Pendidikan.1.1 Senarai Jurnal yang dipilih 1.1.1 JURNAL 1 Tajuk : Tinjauan Terhadap Keterlibatan dan Efikasi Guru Besar dalam Pengurusan kewangan Sekolah Penulis : Sazali Yusoff. PhD(2008). Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Kementerian Pelajaran Malaysia.Jurnal : . Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan 18(2).

1.1.2 JURNAL 2

Tajuk : Kepimpinan dan Proses Kawalan Terhadap Peruntukan Kewangan Sekolah : Perspektif Malaysia

Penulis : Muhammad Faizal A. Ghani, Nurfariza Mohd Radzi, Saedah Siraj Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Jurnal : Jurnal Internasional 1.1.3 JURNAL 3

Tajuk : Keberkesanan Pengurusan Kewangan Ke Arah Membangunkan Modal Insan: Satu Panduan

Penulis : Maszuria Adam, Institut Perguruan Temenggong Ibrahim Jurnal: Jurnal Masalah Pendidikan ,31(1) 2.0 PENGENALAN

Kewangan merupakan nadi bagi setiap individu dan organisasi untuk meneruskan kelangsungan dan fungsi kehidupannya. Demikian juga dengan peranan kewangan di institusi pendidikan di peringkat sekolah. Maka pengurusan kewangan perlu ditadbir dengan cekap dan berkesan. Pengurusan kewangan perlu dibelanja dan diuruskan dengan mengikut tatacara yang betul serta dapat memenuhi matlamat organisasi.Berdasarkan sistem yang ada sekarang, pengetua merupakan individu yang bertanggungjawab untuk merancang, mengurus, mengawal serta menetukan pengurusan kewangan di sekolahnya dengan cekao dan berkesan Peraturan Akaun dan Audit dakam Akta Pelajaran 1961, menetapkan supaya pengetua menyimpan rekod-rekod kewangan secara teratur dan semua akaun sekolah bagi tahun semasa mesti dihantar untuk diaudit sebelum tahun berikutnya.Aspek pengurusan kewangan sekolah adalah sesuatu yang sangat penting yang perlu diuruskan dengan sistematik dan berkesan. Wan Mohd. Zahid (1994), dalam buku garis panduan Perakaunan dan Kewangan Sekolah menyatakan pengetua selaku pengurus pendidikan bukan sahaja dikehendaki mahir dalam bidang pendidikan tetapi juga mahir dalam bidang pengurusan khususnya pengurusan kewangan sekolah perlu dipertingkatkan supaya mencapai kemenangan. Pengurusan kewangan merupakan satu konsep yang merangkumi prinsip-prinsip pengurusan masa yang melibatkan kegiatan merancang, mengatur, mengurus, mengarah, melaksana, mendorong, mengawal dan melapor. (Mahashim Bajuri :1994)

3.0 Dapatan Kajian Jurnal 13.1Sampel Kajian (Responden)Kajian ini melibatkan seramai 67 orang guru besar daripada Zon Utara yang dipilih secara rawak. Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah Zon Utara Semenanjung Malaysia kerana kursus-kursus yang dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki hanya melibatkan lima negeri Zon Utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan.3.2Instrumen KajianPengkaji menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dengan pendekatan tinjauan. Pengkaji telah mentadbirkan soal selidik di setiap sekolah yang terlibat dan memungutnya pada hari yang sama. Masa yang diberikan untuk menjawab soal selidik ini hanya 10 minit sahaja. Tujuan pengkaji berbuat demikian adalah untuk memastikan semua soal selidik dapat dikembalikan dan memastikan semua guru besar dapat memahami hasrat kajian dilakukan dan memberi peluang kepada pengkaji untuk menerangkan item-item soal selidik yang berkemungkinan kabur bagi guru besar.Instrumen yang digunakan oleh pengkaji adalah Keterlibatan Guru Besar dalam Pengurusan Kewangan, KGBPK (Sazali, 2006) dan Efikasi Pengurusan Kewangan Sekolah, EPKS (Sazali,2007). Pembinaan instrumen KGBPK adalah berasaskan kepada inventori pemeriksaan sekolah oleh Jabatan Audit, perbincangan dengan pensyarah-pensyarah dan pegawai-pegawai latihan kewangan IAB.Selain daripada itu, pengkaji turut mendapatkan pandangan daripada tiga orang pengetua bagi memastikan instrumen mempunyai kesahan kandungan yang mencukupi. Pengkaji memilih dua jenis instrumen iaitu instrumen EPKS dan KGBPK. Instrumen EPKS merupakan adaptasi daripada instrumen Skala Efikasi Pengurusan Sekolah Rendah, SEPSeR (Sazali, Zurida, & Mustafa, 2004). Instrumen EPKS adalah jenis Skala Likert dengan enam mata respons dan mempunyai lima item. Manakala instrumen KGBPK adalah jenis Skala Likert dengan empat mata respons dan mempunyai 10 item.3.3Analisis DataPenulis menggunakan perisian SPSS versi 16.0 untuk menganalisa data. Melalui analisis deskriptif, Jadual 1 menunjukkan profil guru besar yang memberi responden,Jadual 2 menunujukkan kehadiran guru besar dalam kursus dan Jadual 3 menunjukkan min, sisihan piawai keterlibatan guru besar dan efikasi pengurusan kewangan dan peratusan guru besar yang mengamalkan keterlibatan dalam pengurusan kewangan dan tahap efikasi pengurusan kewangan mereka.Penulis turut menggunakan analisis inferensi melalui Ujian Anova Sehala bagi mengkaji perbezaan min antara kehadiran guru besar di dalam kursus berkaitan pengurusan kewangan. Melaui ujian ini, didapati penglibatan guru besar dalam pengurusan kewangan sekolah tidak ada perkaitan dengan kehadiran mereka dalam mana-mana kursus. Manakala melalui Ujian Post Hoc Scheffe, didapati guru besar yang pernah hadir ketiga-tiga kursus mempunyai perbezaan min yang signifikan dengan mereka yang belum hadir.3.4 Keputusan KajianBerdasarkan Jadual 3, seramai 49 orang guru besar iaitu 73.1% terlibat secara aktif dalam pengurusan kewangan sekolah manakala selebihnya melibatkan diri pada aras sedikit sahaja. Ini menunjukkan amalan penglibatan guru besar dalam pengurusan kewangan agak baik. Penulis membincangkan hampir separuh guru besar yang terlibat dalam kajian ini mempunyai tahap efikasi pengurusan kewangan pada tahap sederhana dan rendah.Penulis menyatakan kebimbangan berkaitan situasi ini kerana ketidakyakinan guru besar mengurus kewangan sekolah boleh menimbulkan isu manipulasi daripada pelbagai pihak sama ada dari dalam sekolah sendiri atau dari pembekal yang berurusan dengan sekolah.3.5Kesimpulan Jurnal 1Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa kajian jurnal 1 adalah membincangkan hubungan penglibatan guru besar dan tahap efikasi mereka terhadap pengurusan kewangan sekolah dengan kehadiran kursus. Namun hasil kajian mendapati tiada perkaitan di antara penglibatan dan tahap efikasi guru besar dengan kehadiran kursus terhadap ytanggungjawab dan komitmen guru besar dalam menguruskan kewangan sekolah.4.0Dapatan Kajian Jurnal 24.1Pengenalan Sebagai pengenalan, penulis merujuk kepada Laporan Delors (1995) kepada UNESCO yang menegaskan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat iaitu kunci untuk kehidupan yang lebih baik. Penulis menjelaskan trend pengurusan kewangan di Malaysia fokus kepada penyediaan pendidikan adalah tanggungjawab utama kerajaan persekutuan. Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan mengaitkannya dengan pembiayaan atau peruntukkan yang dibentangkan di dalam Rancangan Malaysia pada setiap tahun. (Kerajaan Malaysia, 2006). Peranan ini dimainkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Penulis menegaskan tanggungjawab utama pengurus pembiayaan kewangan adalah pengetua sekolah seperti yang dijelaskan dalam Akta Acara Kewangan 1957. Penulis menyatakan tujuan kajian beliau adalah untuk mengkaji dan membincangkan faktor penyumbang lain bagi memastikan urusan kawalan peruntukan , organisasi dapat dilaksanakan secara berhemah, cekap dan berkesan.

4.2Definisi KonsepDi dalam kajian ini, penulis menjelaskan tentang dua konsep iaitu kawalan dan berbelanja secara berhemah. Kawalan merupakan satu proses yang melibatkan pemuafakatan dalam kalangan warga organisasi yang memastikan objektif tercapai. Manakala maksud berbelanja secara berhemah adalah dirujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2008, dikaitkan dengan tanggungjawab pegawai untuk memastikan segala dasar perbelanjaan kementerian atau jabatan dilakukan dengan teliti, cekap dan berkesan, mempunyai value for money berjimat dan berpegang kepada amalan terbaik supaya pengurusan kewangan berada pada tahap terkawal dan telus. Penulis merumuskan berbelanja secara berhemah bererti tindakan mengeluarkan wang atau harta awam secara berhemah , cekap dan berkesan agar hasilannya diterima oleh majoriti individu.4.3 Perbincangan Kajian4.3.1Faktor Penyumbang Bagi Pelaksanaan Urusan Kawalan Organisasi Secara Berhemah Cekap dan Berkesan.Penulis membincangkan beberapa faktor penyumbang bagi pelaksanaan urusan kawalan peruntukkan organisasi pada awal tahun 1980-an. Gerakan Sekolah Berkesan menekankan kepentingan keberkesanan dalam pelbagai aspek pengurusan di sekolah. Di Malaysia, menurut penulis, antara aspek yang dititikberatkan adalah pengurusan kewangan. Di Malaysia, Gerakan Sekolah Berkesan bermula pada tahun 1995 dengan perasmian Seminar Sekolah Berkesan di IAB ( Chan, 1999: Muhammad Faizal A. Ghani, 2008).(a) Kepimpinan Pengetua Yang ProfesionalKepimpinan pengetua merupakan faktor utama bagi penulis dalam menguruskan kewangan sekolah. Ini adalah kerana pengetua mempunyai kuasa dan autoriti untuk mengurus sekolah. Di samping itu, pengetua juga perlu bersikap kebertanggungjawaban dengan kuasa dan autoriti yang dimiliki. Penulis menyenaraikan beberapa contoh tindakan pengetua untuk mengelakkan penyelewengan terhadap kutipan tunai dalam bentuk wang ataupun cek. Tindakan yang dinyatakan dalam kajian ini ialah :(i) Penurunan kuasa(ii) Penulisan Buku Resit(iii) Pengemaskinian Buku TunaiPenulis juga menjelaskan pengetua perlu mempunyai ilmu untuk bersikap kebertanggungjawaban dengan kuasa dan autoriti dalam menguruskan kewangan di sekolah. Berkaitan perkara ini, Muhammad Faizal A. Ghani (2008) menerusi kajiannya berbentuk Teknik Delphi mendapati majoriti pakar dalam bidang kepimpinan sekolah sepakat untuk menyetujui faktor penyumbang kepada keberkesanan pengurusan kewangan sekolah adalah inmu berkaitan ketuhanan.(b) Pengurusan Kewangan Berdasarkan Sistem Kawalan DalamanPenulis membincangkan perlunya ada satu sistem atau prosedur sebagai garis panduan untuk melaksanakan tugas dengan berhemah. Maka pihak sekolah perlu menyediakan Sistem Kawalan Dalaman (SKD) yang bermaksud sebagai tatacara, prosedur dan polisi yang digunakan dalam sesebuah sekolah. SKD diwujudkan untuk menghindari sebarang kesilapan, penyalahgunaan kuasa dan penipuanPenulis menyenaraikan lima langkah yang dihuraikan oleh Townsend (2008). Namun langkah-langkah tersebut amat dipengaruhi oleh tiga aspek iaitu struktur organisasi, penyeliaan pihak kepimpinan sekolah dan personel, yang perlu diambilkira oleh pihak kepimpinan sekolah (Maszuria Adam et. Al.,2008: Rooger, 2001:.Townsend, 2008). Penulis merumuskan bahawa pihak sekolah boleh melaksanakan SKD berdasarkan dua kaedah iaitu kawalan pentadbiran dan kawalan perakaunan. Penulis turut menyenaraikan tiga contoh alat kawalan yang dinyatakan oleh Jabatan Akauntan Negara (2008) iaitu kawalan dalaman untuk mengelakkan penipuan, Juruaudit Dalaman untuk menilai SKD, dan kawalan perakauna lain untuk memastikan rekod sentiasa dikemaskini.(c) Peningkatan Peranan Unit Audit DalamanPenulis menjelaskan kepentingan audit dan pengauditan dalam pengurusan sesebuah organisasi. Bidang paling penting dalam pengurusan sekolah adalah bidang kewangan. Pengurusan kewangan berkait rapat dengan akauntabiliti. Maka audit dan pengauditan amat penting untuk mengekalkan proses akauntabiliti. Penulis menerangkan peranan Unit Audit Dalaman untuk menyediakan Laporan Audit yang berkualiti untuk meningkatkan akauntabiliti bagi pengurusan Sumber Wang Kerajaan. Di Malaysia, guru memainkan peranan sebagai Juruaudit Dalaman atas lantikan pengetua.Penulis menyenaraikan beberapa kelemahan proses pangauditan di sekolah seperti kajian oleh Wan Azman Wan Idris (2002). Antaranya ialah :(i) Bilangan staf tidak mencukupi(ii) Masa tidak mencukupi(iii) Kurang kepakaran(iv) Penilaian hanya berasaskan dokumenSehubungan dengan itu, penulis menjelaskan penyelesaian kepada perbincangan tentang pengauditan, menurut Shahril@Charil Marzuki (2005) pengetua perlu berperanan seperti berikut:(i) Memperkemaskan sistem pengauditan di sekolah(ii) Mengadakan program latihan bagi meningkatkan prestasi kerja(iii) Meningkatkan penggunaan komputer dan sistem perisian lebih mantap dan canggih(iv) Kemaskini peraturan dan prosedur serta memastikan ia dipatuhi

(d) Pelaksanaan Aktiviti Selaras Dengan Kelulusan PeruntukanPenulis menjelaskan peranan pihak kepimpinan sekolah untuk memastikan perbelanjaan awam dibuat dengan berhemah dan cekap. Ini bermakna perbelanjaan hendaklah dibuat perancangan dengan teliti supaya tidak melebihi peruntukan yang disediakan dan mengelakkan pembaziran. Penulis seterusnya menjelaskan beberapa perkara yang perlu diambil tindakan oleh pihak kepimpinan sekolah dalam menguruskan kewangan sekolah dengan berhemah dan cekap. Antaranya ialah:(i) Tuntutan elaun lebih masa(ii) Tambang percuma balik wilayah asal(iii) Tuntutan perjalanan dan sara hidup tugas rasmi(iv) Tuntuan peruntukan dan perpindahan guru(v) Penggunaan utiliti(vi) Penyelenggaraan bangunan dan alatan(vii) Program sukan, kokurikulum dan seniPenulis menegaskan pihak kepimpinan sekolah perlu mengendali dan mengawal setiap aktiviti sekolah agar perbelanjaan seperti yang diluluskan.(e) Pembangunan dan peruntukan bajet yang diluluskan berdasarkan Pelan TindakanPenulis menyatakan pelan tindakan digunakan sebagai pendekatan untuk membuat perubahan dalam bidang pendidikan. Pelan tindakan boleh dibentuk berasakan Model Pelan Tindakan Pembangunan Pengurusan Sekolah oleh Bryson (2003). Model tersebut menyenaraikan beberapa peringkat seperti mana berikut dan perlu dipatuhi oleh pemimpin sekolah.(i) Pra-perancangan(ii) Halatuju sekolah(iii) Analisis persekitaran(iv) Penyediaan Pelan Tindakan(v) Pelaksanaan Tindakan(vi) Penilaian PrestasiModel Pelan Tindakan Pembangunan Pengurusan Sekolah SumberPenilaian PrestasiPelaksanaan Tindakan Penyediaan Pelan TindakanAnalisis PersekitaranHalatuju OrganisasiPra-perancangan

4.4 Kesimpulan Jurnal 2Berdasarkan perbincangan di atas, penulis merumuskan bahawa faktor utama pengurusan kewangan sekolah adalah terletak pada kejayaan kepimpinan pengetua itu sendiri. Faktor-faktor yang dinyatakan dengan jelas dalam kajian ini menunjukkan peranan pengetua dalam membuat keputusan untuk memastikan kejayaan pengurusan kewangan sekolah sangat penting terutamanya untuk memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. Akhir sekali, penulis membincangkan tindakan yang dapat memastikan pengetua dapat melaksanakan sebaik mungkin pengurusan kewangan sekolah iaitu Pelan Tindakan Pengurusan Sumber Sekolah.5.0Dapatan Kajian Jurnal 35.1PengenalanPenulis menyatakan tujuan kajian dijalankan adalah untuk membincangkan dua aspek utama iaitu peranan pendidikan untuk membangunkan modal insan dan peranan pengetua dalam menguruskan kewangan sekolah bagi membangunkan modal insan. Berdasarkan jadual 1 yang dilatunjukkan didapati pihak persekutuan telah memperuntukkan sejumlah pembiayaan yang semakin meningkat untuk tujuan pendidikan. Seterusnya diharap dapat meningkatkan pembangunan modal insan.5.2 Pelaburan Pendidkan Untuk Membangunkan Modal InsanPenuliskan membincangkan pelaburan pihak kerajaan dalam bidang pendidikan semakin meningkat dengan tujuan dapat meningkatkan pembangunan modal insan. Penulis juga menyenaraikan beberapa kajian penting berkaitan modal insan dan kenyataan peruntukkan yang bertambah di mana dapat dilihat di dalam Jadual 2, Di dalam Jadual 2, penulis menerangkan pembiayaan pendidikan Malaysia adalah sama berbanding dengan negara maju.Di dalam Jadual 3 , penulis menerangkan bahawa sektor pendidikan merupakan sektor yang menerima paling banyak bantuan berbanding sektor-sektor lain.Hal ini terjadi disebabkan sektor pendidikan merupakan bidang utama ke arah membangunkan modal insan.

5.3Peranan Kepemimpinan Sekolah Dalam Keberkesanan Pengurusan KewanganMenurut Reynolds et al, (2001),pengurusan kewangan perlu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan jika sesebuah sekolah ingin mencapai tahap kecemerlangan.Penulis membincangkan secara mendalam peranan pengetua selaku pemimpin pengurusan kewangan sekolah. Pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan dapat menghasilkan manfaat yang banyak kepada murid. Maka dengan itu, pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan adalah bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin sekolah untuk merancang sebelum perbelanjaan dilakukan. Kepimpinan pengetua yang bertanggungjawab pastinya dapat menjamin pengurusan kewangan awam dengan cermat, amanah dan akauntabilti. Maka aspek-aspek tersebut perlu dilaksanakan. Antaranya :(i) Semua rancangan dan akviti mendapat persetujuan untuk mencapai visi dan misi yang telah di tetapkan.(ii) Kuasa yang diberikan digunakan dengan sempurna.(iii) Semua urusniaga dikendalikan mengikut apa yang dituntut.Penulis menerangkan tentang tiga aspek yang perlu diberi perhatian oleh kepemimpinan sekolah seperti yang ditegaskan oleh Kogan (1986) iaitu:(a) Tahap Penglibatan Pengetua Dalam Hal Ehwal Pengurusan KewanganPengetua merupakan orang penting kerana mereka mempunyai kuasa, autoriti dan tanggungjawab untuk melaksanakan peraturan yang telah digubal oleh kerajaan bagi melicinkan pengurusan kewangan sekolah selaras dengan visi dan misi pendidikan. Pengetua sebagai pegawai pengawal perlu melibatkan diri secara langsung dalam semua hal ehwal berkaitan kewangan. Berdasarkan kajian-kajian yang dibaca, penulis menyatakan penglibatan staf dalam menbantu pengetua adalah penting untuk memudahkan tindakan pengetua di samping meringankan beban tugas pengetua yang terlalu banyak. Jelas beliau lagi, Jawatankuasa Kewangan dan Perakaunan Sekolah perlulah dilantik bagi melicinkan pengurusan kewangan sekolah.Omardin Ashaari (1996) menyokong usaha kepemimpinan sekolah untuk melibatkan staf sekolah yang lain dalam menguruskan kewangan sekolah dengan menyenaraikan lima impak positif antaranya:(i) Kerja dalam satu pasukan mengakibatkan peningkatan dari aspek moral, motivasi dan kepuasan.(ii) Hasil yang lebih baik(iii) Melibatkan semua peringkat pengurusan menggambarkan minat untuk mencapai objektif(iv) Meningkat kerjasama(v) Penglibatan aktif senior menjadikan diri mereka model untuk junior(b) Kemahiran dan Kecekapan Untuk Mengenal Pasti dan Memperbaiki Kelemahan-kelemahan dalam Menguruskan Kewangan Sekolah Kecekapan pengetua untuk mengenlapasti kelemahan dalam menguruskan wang dinyatakan dengan jelas untuk membantu menyelesaikan masalah terumanya bila terdapat Laporan Audit Bersyarat. Penulis turut menyenaraikan faktor utama yang menghalang keberkesanan pihak sekolah untuk menguruskan wang. Jadual 4 disediakan untuk menunjukkan kedudukan Laporan Audit Bersyarat Bagi Tahun 2000.Penulis turut menjelaskan kenyataan Zaidatul Akmaliah (2000) yang menjelaskan bahawa kepemimpinan sekolah yang dilantik tanpa sebarang pendedahan mengenai pengurusan kewangan telah menyebabkan mereka mentadbirkan sekolah secara trial and error. Jelasnya di sini, menurut Ahmad Zaki Hussain (2001) telah merumuskan indikator utama wujudnya kelemahan dalam pengurusan kewangan adalah berpunca daripada kelemahan diri individu, kelemahan organisasi dan sistem kawalan serta kelemahan kepimpinan dan keadaan persekitaran.(c) Pendekatan dan Mekanisme Pengurusan KewanganPenulis menyenaraikan tiga elemen utama bagi seorang pengetua yang bertindak sebagai pengurus kewangan sekolah iaitu:(i) Mempunyai pengetahuan dalam Arahan Perbendaharaan , undang-undang, peraturan dan prosedur kewangan, prinsip terbaik, strategi untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan.(ii) Memiliki nilai profesional seperti integriti, akauntabiliti, menghargai harta awam dan nilai-nilai keusahawanan(iii) Melakukan malan terbaik seperti mematuhi arahan, menggunakan teknologi terkini dan memastikan penyimpanan aset kemas dan terkini.Pendekatan dan mekanisme pengurusan dijelaskan oleh penulis sebagai strategi-strategi berdasarkan peraturan yang digubal dan pandangan-pandangan pengkaji dalam bidang kewangan sebagai panduan untuk menguruskan kewangan dengan cekap dan berkesan di samping bertindak sebagai kawalan terhadap pengetua untuk menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka secara akauntabiliti.5.4 Kesimpulan Jurnal 3Penulis merumuskan bahawa bajet dan pengurusan kewangan sekolah mempunyai fungsi yang pelbagai yang akhirnya menjurus kepada pembangunan modal insan. Maka pengetua selaku pemimpin sekolah sehaursnya menyedari dan memahami hasrat kerajaan sesuai dengan visi dan misi pendidikan serta mengutamakan kepatuhan kepada undang-undang.6.0 Hasil Dapatan Ketiga-tiga JurnalBerdasarkan ketiga-tiga jurnal, saya dapati peranan pengetua amatlah penting untuk memastikan pengurusan kewangan tidak menyeweng daripada hasrat asal peruntukan yang diberikan. Ketiga-tiga jurnal menghuraikan dengan jelas kepentingan peranan pengetua dan perlunya pendedahan tentang pengurusan kewangan kepada setiap pengetua. Di samping itu, penulis turut menghuraikan kelemahan dan langkah mengatasi kepada pengetua sebagai pemimpin pengurusan kewangan sekolah. Hasil dapatan kajian beberapa pengkaji turut dijelaskan dengan rapi sebagai panduan untuk kepemimpinan kewangan sekolah.

BIBLIOGRAFI1. Kementerian Pendidikan (1991), Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Rendah. Kuala Lumpur.2. Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah, Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia.3. Mahashim Bajuri (1994). Pengurusan Kewangan Satu Pengenalan, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.4. Omardin Ashaari (1996). Pengurusan Sekolah Satu Panduan Lengkap, Kuala Lumpur, Utusan Publications Distributor Sdn. Bhd.5. Zaidatul Akmaliah Lope Pihie (2001). Pentadbiran Pendidikan, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

8