ulasan sunnah vs bid'ah

24
1.0 Pengenalan Akidah merupakan asas kepada pembinaan sahsiah Islamiah dalam diri seseorang. Penerapan pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan Muslim, agar mereka dapat mempertahankan iman dan agama Islam terutamanya pada zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru. Matlamat utama pendidikan akidah Islamiah ialah mendidik manusia supaya patuh dan mengakui keesaan serta keunggulan Allah sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Anbiya’ ayat 25: Maksudnya : Dan kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang rasul pun melainkan kami wahyukan kepadanya : “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku. Oleh itu, beribadatlah kamu kepadaku.” Pada hari ini timbul pelbagai persoalan-persoalan akidah, gejala ajaran sesat dan kepincangan akidah yang berlaku dalam kalangan umat Islam khususnya golongan muda. Dalam kalangan umat Islam itu sendiri terdapat perbahasan dan perselisihan pendapat berkenaan soal keislaman, iman, tauhid, khurafat, bid’ah dan sebagainya sehingga dijadikan 1

Upload: wan-syafawati

Post on 08-Jan-2017

236 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: ulasan sunnah vs bid'ah

1.0 Pengenalan

Akidah merupakan asas kepada pembinaan sahsiah Islamiah dalam diri

seseorang. Penerapan pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap

insan Muslim, agar mereka dapat mempertahankan iman dan agama Islam

terutamanya pada zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam

segenap penjuru.

Matlamat utama pendidikan akidah Islamiah ialah mendidik manusia

supaya patuh dan mengakui keesaan serta keunggulan Allah sebagaimana

firman Allah S.W.T dalam surah al-Anbiya’ ayat 25:

Maksudnya : Dan kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad)

seseorang rasul pun melainkan kami wahyukan kepadanya : “Bahawa

sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku. Oleh itu,

beribadatlah kamu kepadaku.”

Pada hari ini timbul pelbagai persoalan-persoalan akidah, gejala ajaran

sesat dan kepincangan akidah yang berlaku dalam kalangan umat Islam

khususnya golongan muda. Dalam kalangan umat Islam itu sendiri terdapat

perbahasan dan perselisihan pendapat berkenaan soal keislaman, iman,

tauhid, khurafat, bid’ah dan sebagainya sehingga dijadikan sebagai isu

perdebatan oleh golongan orientalis dan non-Muslim

Tugasan ini memfokuskan pada penyediaan ulasan bagi buku akidah

Sunnah vs Bid’ah karya Dr. Yusof Al-Qaradhawi dan hubungannya dengan

isu-isu semasa yang timbul serta persepsi non-Muslim terhadap Islam.

2.0 Ulasan Buku

1

Page 2: ulasan sunnah vs bid'ah

2.1 Pengenalan

Buku Sunnah vs Bid’ah adalah karya terjemahan hasil tulisan Dr. Yusof

Al-Qaradhawi telah dicetak sebanyak tiga kali selepas terbitan pertama

kalinya pada tahun 2013. Buku ini adalah terjemahan yang sah

daripada buku Sunnah wa Bid’ah terbitan Maktabah Wahbah, Kaherah,

Mesir. Hasil karya Dr. Yusof Al-Qaradharawi ini telah diterjemahkan

oleh Fauwaz Fadzil Noor setebal 100 muka surat dan diterbitkan oleh

PTS Islamika Sdn.Bhd.

Buku Sunnah vs Bid’ah ini adalah perbincangan berkaitan sunnah dan

bid’ah bagi menjawab penyelewengan dalam sebuah artikel yang

bertajuk ‘Ingkar Terhadap Bid’ah, Benci kepada Perkara Baru (tajdid),

Adakah Ianya Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?’. Syeikh Dr. Yusuf Al-

Qaradhawi menjawab perselisihan berkenaan bid’ah ini dengan

membahagikannya kepada beberapa topik iaitu :

Definisi sunnah dan bid’ah menurut perspektif Al-Quran daan

sunnah.

Ruang lingkup permasalahan bid’ah.

Adakah perkara baru hanya dalam urusan dunia sahaja?.

Benarkah bid’ah itu bermaksud berlebih-lebihan dalam ibadah.

Mengapa Islam tegas dalam isu bid’ah.

2.2 Latar belakang penulis buku

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi seorang tokoh ulama yang terkenal

dalam abad ini. Beliau merupakan seorang pemikir, sarjana dan intelek

kontemporari yang tidak asing lagi di dunia Islam. Beliau merupakan

ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for

Fatwa and Research) dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam

Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars). Beliau

adalah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan dipilih sebagai Tokoh

Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah

1431/2009 Malaysia.

2

Page 3: ulasan sunnah vs bid'ah

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dilahirkan pada 9 September 1926 di

sebuah daerah kecil di mesir bernama Shafth Turab. Beliau

menamatkan pendidikan awal hingga peringkat tertinggi di Maahad

Thantha. Beliau kemudiannya berjaya melanjutkan pengajian ke Fakulti

Usuluddin di Universiti Al-Azhar dan menamatkan pengajiannya pada

tahun 1952 dan memperoleh gelaran doctor pada tahun 1972.

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menubuhkan sebuah Fakulti Syariah di

Universiti Qatar dan mendirikan pusat kajian sejarah dan sunnah nabi

Muhammad s.a.w. Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib,

guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar. Beliau telah menerbitkan

lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam,

kesusasteraan dan puisi. Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal

dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa

Akan Datang.

Banyak ilmuwan menyifatkan beliau sebagai seorang mujtahid pada

Era Moden. Beliau aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam untuk

tempoh lebih daripada separuh abad. Yusuf sangat terpengaruh

dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim.

Dalam kebanyakan tulisannya, beliau sering mengambil pendapat tiga

tokoh ini.

Pemikiran dan dakwah Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi relevan dengan

pergerakan Islam masa kini. Beliau banyak membincang dan

merungkaikan pelbagai permasalahan umat Islam di pelbagai negara.

Beliau mudah diterima dalam kalangan dunia barat sebagai seorang

pemikir yang selalu menampilkan Islam secara hikmah, santun dan

seimbang. Kredibiliti beliau yang hebat menyebabkan Syeikh Dr. Yusuf

Al-Qaradhawi sering dijemput menghadiri pertemuan antarabangsa

bersama pemimpin agama Eropah mahupun di Amerika sebagai wakil

daripada kelompok umat Islam.

2.3 Tema-tema penting buku

3

Page 4: ulasan sunnah vs bid'ah

Buku Sunnah vs Bid’ah karya Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

mengandungi beberapa pecahan tajuk-tajuk kecil sebanyak sepuluh

bab yang menjelaskan isu berkenaan sunnah dan bid’ah.

Antara tema-tema penting yang terdapat dalam buku Sunnah vs

Bid’ah pertamanya adalah berkenaan definisi sunnah dan bid’ah.

Sunnah menurut ahli fiqh adalah sunat ataupun perkara yang

digalakkan, iaitu perkara yang dituntut oleh syarak contohnya hukum

solat dua rakaat sebelum solat subuh adalah sunat. Menurut ulama

usul fiqh, sunnah adalah ungkapan, perbuatan ataupun pengakuan

Nabi Muhammad s.a.w. dan ia adalah sumber pensyariatan hukum.

Pandangan ahli hadis pula adalah menyandarkan sunnah kepada

ungkapan, perbuatan, pengakuan ataupun sifat dari segi ciptaan

ataupun akhlak dan perjalanan sirah Nabi Muhammad s.a.w.

Pemahaman berkenaan definisi sunnah daripada pelbagai

pandangan adalah penting untuk memahami apa yang dimaksudkan

dengan bid’ah. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memberi definisi bid’ah

berdasarkan pandangan Imam Asy-Syatibi iaitu ; bid’ah adalah suatu

rekaan dalam agama yang menyerupai syarak dan diniatkan bagi

berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah s.w.t.

Saya amat tertarik dengan kisah Ibnu Umar yang dinukilkan

dalam buku ini. Ibnu Umar adalah seorang yang begitu terkesan

dengan perbuatan Rasulullah s.a.w. dan sering melakukan segala

perbuatan baginda tanpa mengetahui sama ada ia adalah perkara yang

mendatangkan taqarrub ataupun dituntut bagi dijadikan sebagai ikutan.

Contohnya, Ibnu Umar suka meletakkan untanya seperti Nabi

Muhammad s.a.w. meletakkan untanya supaya berehat.

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berpendapat bahawa perbuatan

ini tidak dituntut dan ia adalah perbuatan yang menzahirkan rasa cinta

yang mendalam kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kita sewajarnya

mengetahui tidak semua perbuatan dan sikap Nabi Muhammad s.a.w.

4

Page 5: ulasan sunnah vs bid'ah

dilakukan oleh kebanyakan masyarakat dan bukan suatu kefardhuan ke

atas diri mereka.

Antara topik penting yang diperkatakan selepas definisi sunnah

dan bid’ah adalah berkaitan bid’ah dan skopnya terhadap Islam.

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan skop bid’ah hanya terbatas

menurut definisinya, iaitu skop bid’ah dari sudut agama bukannya

dilihat dari sudut dunia iaitu mereka-reka dengan menggunakan

pendekatan agama. Ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad

s.a.w. mafhumnya :

“Sesiapa yang mengada-adakan dalam agama kami perkara yang tidak

ada perintah daripadanya, maka perkara itu tertolak”.

Maka menurut beliau, sebelum menerima sesuatu perbuatan, ia

perlu memenuhi dua perkara berikut :

1. Ia perlu diniatkan semata-mata kerana Allah s.w.t.

2. Perbuatan itu mesti mengikut kehendak syarak.

Perbuatan yang direka perlu berteraskan agama. Ia menjadi

suatu kesilapan apabila ramai yang beranggapan perbuatan bid’ah

termasuk dalam perkara yang berteraskan adat dan tradisi. Perkara

yang bersangkutan dengan adat dan tradisi tidak termasuk dalam

perkara yang diada-adakan.

Apakah yang dimaksudkan bid’ah disisi Islam? Sebahagian

ulama membahagikan bid’ah kepada dua iaitu :

1. Bid’ah hasanah (baik)

2. Bid’ah sayyi’ah (buruk)

Sebahagian ulama yang lain membahagikan bid’ah kepada lima

bahagian selari dengan lima cabang hukum iaitu :

1. Bid’ah wajibah (wajib)

2. Bid’ah mustabahah (sunat)

5

Page 6: ulasan sunnah vs bid'ah

3. Bid’ah makruhah (makruh)

4. Bid’ah muharramah (haram)

5. Bid’ah mubahah (harus)

Kesimpulannya, para ulama menggabungkan penulisan Al-

Quran dan pengumpulannya dalam satu mashaf, penyusunan ilmu

nahu, ilmu usul fiqh dan ilmu Islam yang lain termasuk dalam kategori

bid’ah berbentuk wajib dan fardhu kifayah.

Namun menurut Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi pentingnya kita

berpegang dengan pengertian bid’ah yang digunakan dalam hadis

syarif kerana ia dating dengan lafaz yang jelas dan nyata iaitu :

“Setiap bid’ah adalah sesat”.

Sekiranya hadis ini tidak menghalang daripada menyatakan

sesungguhnya bid’ah ada yang baik dan ada yang buruk serta

seumpamanya, maka ini tidak menjadi permasalahan kerana maksud

bid’ah yang ditekankan adalah seperti yang didefinisikan oleh Imam

Asy-Syatibi iaitu, ia suatu perkara yang dicipta selari dengan

pendekatan agama tetapi tidak bertunjangkan syarak, tidak mempunyai

asas daripada sumber Al-Quran, sunnah, ijmak, qiyas dan dalil

terhadap perkara bid’ah sebagaimana yang dinyatakan oleh para

fuqaha kepada umat Islam.

Buku Sunnah vs Bid’ah karya Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini

turut membincangkan sebab Islam berkeras terhadap isu Bid’ah.

Berikut adalah sebab-sebab yang dinyatakan dalam buku ini antaranya:

1. Pembuat bid’ah melihat dirinya sebagai orang yang meletakkan

syariat setanding Allah s.w.t.

2. Pembuat bid’ah melihat undang-undang agama mempunyai

kekurangan dan perlu disempurnakan

3. Perkara yang direka menyukarkan agama dan terkeluar daripada

tabiat agama yang bersifat toleransi

4. Bid’ah dalam agama menghapuskan perkara sunnah.

6

Page 7: ulasan sunnah vs bid'ah

5. Bid’ah dalam agama mengundang manusia meninggalkan reka

cipta dalam urusan duniawi.

6. Bid’ah dalam urusan agama memecahbelahkan dan

menghancurkan kesatuan umat

Buku Sunnah vs Bid’ah ini dinukilkan oleh Syeikh Dr. Yusuf Al-

Qaradhawi khusus bagi menjawab penyelewengan dalam sebuah

artikel yang bertajuk ‘Ingkar Terhadap Bid’ah, Benci kepada Perkara

Baru (tajdid), Adakah Ianya Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?’.

Menurut Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi penulis artikel

mempunyai agenda tersembunyi apabila menisbahkan larangan

melakukan perkara bid’ah sebagai benci kepada pembaharuan. Ada

manusia yang mengikut sunnah, tetapi masih menaiki kenderaan,

menggunakan telefon dan menaiki kapal terbang. Tidak ada seorang

pun menyatakan menaiki kapal terbang adalah bid’ah dan kita

sewajarnya menunggang unta sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi

Muhammad s.a.w.

Beliau berpendapat individu yang menulis ungkapan ‘Ingkar

Terhadap Bid’ah, Benci kepada Perkara Baru (tajdid), Adakah Ianya

Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?’ menyatakan, Islam sendiri adalah

satu perkara bid’ah yang dinisbahkan kepada jahiliah,iaitu Islam adalah

perkara baru. Apabila diperhatikan kenyataan artikel tersebut, ingkar

kepada perkara bid’ah, nescaya kita pasti ingkar terhadap Islam

sebagaimana golongan jahiliah ingkar terhadap Islam. Hal ini kerana,

Islam adalah perkara baru.

Jahiliah sendiri adalah perkara bid’ah, iaitu yang dicipta oleh

masyarakat jahiliah. Mereka terpesong jauh daripada agama Nabi

Ibrahim a.s kerana menambah perkara bid’ah ke dalam agama Hanif.

Tujuannya adalah menjadikan ia sebagai tanda mereka kuat beribadah,

dengan cara menyembah berhala. Mengapakah mereka menyembah

berhala? Mereka mengatakan seperti dalam surah Az-Zumar ayat 3 :

........

7

Page 8: ulasan sunnah vs bid'ah

Maksudnya : Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan

supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sehampir-

hampirnya.

Menurut Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi urusan duniawi boleh ditambah

dan dikembangkan. Namun dalam urusan agama tidak seharusnya

berlaku penambahan ataupun pengurangan. Ini kerana, membetulkan

undang-undang Allah s.w.t. dan mengkritik agam Islam itu bermakna

kita mengkritik Allah s.w.t. serta menganggap agama Islam tidak

lengkap.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 3 :

Maksudnya : pada hari ini, Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu,

dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan aku redhakan Islam itu

menjadi agama kamu.

2.4 Kesimpulan buku

Secara keseluruhannya buku Sunnah vz Bid’ah ini merupakan jawapan

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi terhadap penyelewengan dalam sebuah

artikel yang bertajuk ‘Ingkar Terhadap Bid’ah, Benci kepada Perkara

Baru (tajdid), Adakah Ianya Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?’.

8

Page 9: ulasan sunnah vs bid'ah

Buku ini memberi penjelasan yang jelas berkenaan bid’ah dan

skopnya terhadap agama Islam. Melalui buku ini tidak dapat dinafikan

bahawa pandangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi adalah mudah dan

dapat dipraktikkan oleh semua golongan kerana menurutnya, segala

amalan yang termaktub dalam sunnah boleh diamalkan manakala

segala amalan yang tidak termaktub dalam sunnah dikategorikan

sebagai bid’ah.

Sekiranya umat Islam dibiarkan melakukan perkara bid’ah

nescaya mereka tidak akan berupaya bersatu dalam satu barisan.

Namun sekiranya mereka bersatu, ia adalah hasil daripada teladan

Rasulullah s.a.w. dan mengikut hukum yang ditetapkan daripada Al-

Quran dan sunnah rasul-Nya.

Oleh yang demikian, penting bagi kita membezakan kedudukan

dan martabat sesuatu perbuatan sama ada ia perkara sunnah yang

sebenar atau ia adalah perkara bid’ah. Kita wajar mengetahui maksud

sunnah, bid’ah dan pendirian Islam berkenaan isu bid’ah.

2.5 Pandangan terhadap buku

Buku Sunnah vs Bid’ah karya Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

merupakan sebuah buku yang bagus dalam menerangkan tentang

permasalahan bid’ah. Buku ini amat membantu umat Islam yang tidak

dinafikan terdapat kekeliruan dalam memahami konsep bid’ah dan

skopnya dalam Islam.

9

Page 10: ulasan sunnah vs bid'ah

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memberi penerangan yang

mudah dan ringkas dengan menjelaskan bid’ah itu berdasarkan

pandangan Imam Asy-Syatibi Syatibi iaitu ; bid’ah adalah suatu rekaan

dalam agama yang menyerupai syarak dan diniatkan bagi berlebih-

lebihan dalam beribadah kepada Allah s.w.t.

Definisi sunnah dan bid’ah daripada pelbagai pandangan

memudahkan pembaca untuk membezakan kedudukan dan martabat

sesuatu perbuatan sama ada ia perkara sunnah yang sebenar atau ia

adalah perkara bid’ah dengan berpandukan definisi tersebut.

Selain itu, terdapat beberapa contoh dan kisah seperti kisah Ibnu

Umar yang dikongsikan dalam buku ini menjadikan isi-isi penting

berkenaan sunnah dan bid’ah dapat disampaikan dengan menarik dan

ada gaya penyampaian yang bervariasi serta dapat difahami oleh

pembaca dengan mudah.

Seperti yang dinyatakan di atas, buku ini adalah maklum balas

terhadap penyelewengan dalam sebuah artikel yang bertajuk ‘Ingkar

Terhadap Bid’ah, Benci kepada Perkara Baru (tajdid), Adakah Ianya

Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?’.

Tindakan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini menunjukkan

pentingnya kita cakna dengan hasil penulisan berbentuk artikel, berita

dan sebagainya menyampaikan sesuatu dengan benar serta

sumbernya boleh dipercayai terutamanya dalam isu agama.

Namun begitu, terdapat kekurangan yang saya dapati dalam

buku ini antaranya artikel yang bertajuk ‘Ingkar Terhadap Bid’ah, Benci

kepada Perkara Baru (tajdid), Adakah Ianya Pendirian Islam ataupun

Jahiliyah?’ yang dibincangkan dalam buku ini tidak dilampirkan

artikelnya dalam buku ini. Hal ini menyebabkan pembaca menjadi

tertanya-tanya apakah penyelewengan yang dilakukan oleh penulis

dalam artikel tersebut dan boleh membuatkan pembaca sukar untuk

memahami bab yang membincangkan artikel ini.

10

Page 11: ulasan sunnah vs bid'ah

Terdapat bab yang membicarakan tentang pembahagian bid’ah

menurut pandangan ulama. Saya mendapat pengetahuan baru apabila

membaca terdapat ulama membahagikan bid’ah kepada lima bahagian

berdasarkan cabang hukum. Ia merupakan suatu perkongsian yang

menarik namun begitu penulis tidak menjelaskan pembahagian tersebut

dengan penerangan yang lebih terperinci.

Hal ini menyebabkan pembaca tertanya-tanya apakah yang

dimaksudkan dengan bid’ah wajibah, bid’ah mustabahah dan

seterusnya dengan jelas di samping tiadanya contoh yang dinyatakan

bagi menjelaskan setiap bahagian bid’ah yang lima itu.

Oleh kerana buku Sunnah vz Bid’ah ini merupakan karya

terjemahan maka, saya berpendapat buku ini kurang menekankan nilai

budaya pelbagai negara. Contoh-contoh yang diberikan adalah

berkisar budaya masyarakat Arab khususnya semasa zaman Nabi

Muhammad s.a.w. dan tidak banyak contoh perbuatan bid’ah yang

dinyatakan oleh penulis.

3.0 Persepsi Non-Muslim Terhadap Islam

Bagi tugasan ‘Persepsi Non-Muslim Terhadap Islam’, saya mendapat 4 orang

responden iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan. Kesemua

responden adalah berbangsa Cina dan menganut agama Buddha.

11

Page 12: ulasan sunnah vs bid'ah

Responden pertama saya adalah saudara Woo Chee Yoong

merupakan seorang penuntut diploma yang berusia 20 tahun. Responden

kedua saya adalah seorang sales associate yang bernama Nancy Wong

berusia 23 tahun. Responden ketiga adalah pekerja sambilan bernama Tan

Wai Yi berusia 20 tahun dan responden yang terakhir merupakan seorang ‘pt

retail associate’ bernama Ng Kah Mun berusia 20 tahun.

Antara soalan yang ditanyakan kepada responden adalah berkaitan

kefahaman mereka tentang Islam di Malaysia. Responden pertama

berpendapat Islam adalah satu agama dan ia merupakan agama Malaysia

yang majoriti rakyat Malaysia menganut agama tersebut. Responden kedua

pula menyatakan Islam adalah agama yang mementingkan moral dan sifat

ihsan. Responden ketiga mengkhususkan pemahaman Islam di Malaysia

dengan kaum Melayu. Menurutnya, kaum Melayu akan menjadi Muslim sejak

lahir dan tidak boleh memeluk agama lain sepanjang hidup serta mesti

mematuhi ajaran yang diberi. Responden keempat menyatakan bahawa dia

memahami Islam di Malaysia melalui mata pelajaran Sejarah SPM yang mana

Islam adalah agama yang diamalkan oleh orang Melayu.

Soalan seterusnya adalah berkaitan perkara positif yang disukai

tentang Islam. Responden pertama menyatakan Islam medidik individu

menjadi seorang yang berakhlak mulia. Responden kedua pula menyatakan

beliau menyukai Islam kerana mementingkan moral. Pandangan responden

ketiga tentang apa yang disukai dalam Islam adalah kepercayaan yang positif

seperti melarang merokok, minum alcohol dan kepercayaan berpuasa yang

mana ia menunjukkan kepentingan makanan terhadap individu serta

menghargainya bukan sahaja untuk golongan Muslim bahkan untuk golongan

non Muslim juga. Responden terakhir memberi pendapat yang sama dengan

responden yang kedua iaitubeliau menyukai sikap dan nilai yang diajarkan

dalam Islam.

Saya turut menanyakan soalan tentang perkara negatif yang mereka

tidak suka terhadap Islam. Responden pertama menjawab beliau tidak suka

dengan peperangan dan pergaduhan yang sering berlaku di negara Islam

seperti Palestin, Iraq dan sebagainya. Beliau berpendapat Islam

12

Page 13: ulasan sunnah vs bid'ah

menggunakan keganasan sebagai cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Responden kedua pula tidak menyukai tentang isu poligami. Responden

ketiga hanya memberi pendapat bahawa setiap agama mesti ada kebaikan

dan keburukan dan beliau mengatakan pentingnya menjauhkan tanggapan

buruk daripada menganggu pemikiran. Responden keempat menyatakan

Islam mempunyai peraturan-peraturan yang ketat.

Bagi soalan terakhir adalah berkaitan respon mereka sekiranya diajak

memeluk agama Islam. Kesemua responden memberi jawapan menolak untuk

menerima ajakan memeluk agama Islam tetapi responden keempat

menyatakan bahawa beliau akan mendapatkan pendapat daripada ibu bapa

dan ahli keluarga terlebih dahulu.

Hasil daripada temubual yang saya lakukan kesemua responden

adalah berbangsa Cina dan mereka boleh saya kategorikan sebagai golongan

belia. Kesemua responden ini memberikan jawapan yang menurut saya

adalah berbentuk jawapan selamat dan mereka berusaha memberi jawapan

yang menunjukkan mereka menghormati agama Islam.

Berdasarkan soalan-soalan yang saya tanyakan, saya mendapati

kesemua responden mempunyai pemahaman yang kurang tentang agama

Islam dan terdapat pendapat yang sama diberikan oleh mereka. Kesemua

responden memahami Islam sebagai agama yang mementingkan nilai, sikap,

dan moral. Namun begitu, saya berpendapat bahawa responden ketiga

mempunyai pengetahuan berkenaan Islam lebih daripada responden lain. Ini

adalah berdasarkan jawapan yang diberikan olehnya.

Apabila disoal tentang perkara negatif yang tidak disukai oleh

responden tentang Islam saya mendapat jawapan yang sering diberikan oleh

golongan non Muslim iaitu isu poligami dan Islam sebagai satu agama yang

suka pada peperangan dan keganasan. Kedua-dua isu ini sering dibahaskan

oleh golongan non Muslim dan ia memberi persepsi buruk bahawa Islam

adalah sebuah agama yang menindas wanita dan mencabuli hak asasi

manusia.

13

Page 14: ulasan sunnah vs bid'ah

Refleksi

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana dengan izin-Nya saya dapat

menyiapkan tugasan projek PIM 3123 Pengajian Aqidah mengikut masa yang

telah ditetapkan.

Bagi tugasan projek ini saya perlu menyediakan ulasan bagi buku

Aqidah pilihan dan menghubungkait dengan isu-isu semasa serta mengumpul

14

Page 15: ulasan sunnah vs bid'ah

maklumat tentang persepsi non Muslim terhadap Islam menggunakan kaedah

temubual.

Buku Aqidah yang saya pilih untuk disediakan ulasan adalah buku

Sunnah vs Bid’ah karya Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Saya menghadapi

masalah untuk memperolehi buku ini sebagai rujukan tugasan. Saya perlu

pergi ke beberapa buah kedai buku untuk mencari buku Sunnah vs Bid’ah

yang mana akhirnya saya berjaya menemui buku ini di MPH Bookstore, Shah

Alam.

Saya menghadapi kesukaran untuk mengulas buku yang dipilih. Bagi

mengatasi masalah ini, saya membaca buku ini sebanyak 5 kali dan

menggariskan isi-isi penting yang saya fikirkan perlu untuk diulas. Selain itu,

saya turut merujuk beberapa buku lain dan berbincang dengan rakan-rakan

semasa menyiapkan tugasan ini.

Daripada pembacaan buku ini saya amat tertarik dengan kata-kata

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi iaitu “menjadi satu kesalahan sekiranya kita

mahu orang lain turut melakukannya serta memarahi dan menghina sesiapa

yang tidak melakukannya. Mempercayai perbuatan tersebuat adalah tunjang

agama dan sesiapa yang meninggalkannya seumpama meninggalkan perkara

sunnah”.

Jika kita lihat fenomena masyarakat Islam di Malaysia terdapat banyak

perkara bid’ah yang diamalkan antaranya kenduri tahlil arwah, membaca

surah Yaasin pada malam Jumaat dan sebagainya sehingga menjadi suatu

tuntutan kepada masyarakat Islam malah, jika tidak dilakukan ia akan

memberi persepsi negatif terhadap individu terbabit.

Terdapat banyak perselisihan pandangan yang mana ada pendapat

membenarkan amalan bid’ah dengan alasan untuk mendekatkan diri kepada

Allah s.w.t dan larangan melakukan perkara bid’ah.

Di Malaysia, masyarakat Islam akan mengadakan majlis cukur jambul

bagi bayi yang baru lahir. Ia biasanya dilakukan pada hari ke-40 selepas

kelahiran bayi tersebut dan amalan ini bercanggah dengan sunnah Nabi SAW

15

Page 16: ulasan sunnah vs bid'ah

yang mana amalan yang bertepatan dengan sunnah baginda adalah

melakukan aqiqah pada hari yang ke-7. Apatah lagi terdapat sedikit sebanyak

upacara yang boleh membawa kepada syirik jika salah iqtiqad seperti upacara

memasukkan rambut ke dalam kelapa. Jika seseorang itu beriqtiqad

perbuatan tersebut boleh membawa berkat dan seumpamanya, dikhuatiri ia

akan membawa kepada perbuatan mensyirikkan Allah s.w.t.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan

dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur

jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat

segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti

ini. Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan

kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan

buah kelapa. Ini menimbulkan persoalan apakah relevan amalan sebegini

dengan masyarakat Islam. Mengambil kata-kata daripada Dr. ‘Abd al-Karim

Zaidan iaitu :

“Amalan soleh ialah apa yang sahih dan ikhlas kepada Allah. Apa yang sahih

itu ialah yang menepati syarak, maka membuat bid‘ah dalam agama dengan

menambah atau mengurangkannya adalah sesuatu yang tidak dibolehkan dan

tiada pahala bagi pengamalnya sekalipun dengan niat beribadah kepada

Allah.”

Selain itu, bagi mengumpul maklumat tentang persepsi non Muslim

tindakan pertama yang saya lakukan adalah menyediakan borang temubual

terlebih dahulu. Saya perlu mencari empat orang responden bagi memenuhi

syarat tugasan ini dan sekalung penghargaan buat bapa saudara saya yang

sudi membantu saya bersama-sama mencari responden untuk ditemubual

oleh saya.

Tugasan untuk menemubual non Muslim tentang persepsi mereka

terhadap Islam di Malaysia merupakan satu pengalaman yang berharga bagi

diri saya. Bukan mudah untuk saya bertanyakan golongan non Muslim tentang

persepsi mereka terhadap Islam terutamanya soalan terakhir yang

menanyakan pendapat mereka sekiranya diajak memeluk agama Islam.

16

Page 17: ulasan sunnah vs bid'ah

Hal ini bukan mudah dilakukan dan saya perlu mengubah bentuk

soalan yang hendak ditanyakan kepada responden supaya mereka tidak

berasa tersinggung. Tugasan ini banyak membantu saya memperbaiki

kemahiran komunikasi saya dengan orang awam terutamanya golongan non

Muslim.

Akhir kata, tugasan ini amat membantu saya dalam melatih diri

memperkukuhkan lagi ilmu dalam membentuk jiwa saya sebagai seorang

murabbi. Saya berharap semoga tugasan ini dapat memberi manfaat kepada

diri saya dan sebagai pendedahan awal untuk saya menghadapai dunia

keguruan yang sebenar nanti.

Bibliografi

Al- Quran.

Ahmad Amri Zainal Adnan dan Nurasyikin Ahmad. (2009). 50 Tokoh Islam Yang

Mengubah Dunia. Batu Caves. PTS Millennia.

Nik Abdul Rahim (2008). Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Akidah. Kuala Lumpur.

Telaga Biru.

17

Page 18: ulasan sunnah vs bid'ah

Yusuf Al-Qaradhawi (2013). Sunnah vs Bid’ah. Batu Caves. PTS Islamika.

. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0911&sec=Bicara_Agama&

g=ba_02.htm . Diakses pada 4 Ogos 2014.

18