undang-undang an pewaris-amended 4 ros 2010

Upload: dato-seri-jaafar-shaari

Post on 10-Apr-2018

309 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    1/46

    PERTUBUHAN KEBANGSAAN WARISAN KETUANAN MELAYU MALAYSIA(MALAYSIAN NASIONAL MALAY SUPREMACY LEGACY ASSOCIATION)PEWARIS MALAYSIA(PPM-PRK-1194-09)

    Kandungan

    UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN.. 1

    FASAL 1 NAMA.. 2

    FASAL 2 TEMPAT URUSAN.. 2

    FASAL 3 BENDERA, LAMBANG, LOGO DAN LENCANA.. 2

    FASAL 4 TUJUAN/MATLAMAT.. 3

    FASAL 5 KEAHLIAN, PENAUNG DAN PENASIHAT.. 4

    FASAL 6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN.. 6FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI. 9

    FASAL 8 MESYUARAT AGUNG PUSAT.. 10

    FASAL 8A MAJLIS PENASIHAT TERTINGGI. 14

    FASAL 9 LANTIKAN JAWATANKUASA TERTINGGI PUSAT.. 15

    FASAL 9A PENUBUHAN EXCO BERPORTFOLIO TETAP. 18

    FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN JAWATANKUASA TERTINGGI PUSAT.. 20FASAL 11 KEWANGAN.. 22

    FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA.. 24

    FASAL 13 PENGAMANAH.. 24

    FASAL 14 PEMBUBARAN.. 25FASAL 15 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN.. 25

    FASAL 16 MESYUARAT AGUNG CAWANGAN DIPERINGKAT NEGERI DAN

    DAERAH.. 27

    FASAL 16A MAJLIS PENASIHAT NEGERI. 31

    FASAL 17 LANTIKAN JAWATANKUASA NEGERI DAN DAERAH.. 32

    FASAL 18 TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA NEGERI DAN DAERAH.. 36

    FASAL 19 KEWANGAN CAWANGAN.. 39FASAL 20 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN.. 40

    FASAL 21 PINDAAN UNDANG-UNDANG.. 41

    FASAL 22 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG.. 41FASAL 23 PENASIHAT/PENAUNG.. 42

    FASAL 24 LARANGAN.. 42Jadual 1: Warna, Rupabentuk dan Tafsiran Logo dan Bendera Pewaris. 44

    Jadual 2: Carta Organisasi dan Struktur Pertubuhan. 44

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    2/46

    UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN

    PERTUBUHAN KEBANGSAAN WARISAN KETUANAN MELAYU MALAYSIA

    (MALAYSIAN NASIONAL MALAY SUPREMACY LEGACY ASSOCIATION)

    PEWARIS MALAYSIA

    FASAL 1 NAMA

    (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Kebangsaan Warisan KetuananMelayu Malaysia atau secara ringkasnya disebut sebagai PEWARIS MALAYSIA. Selepas

    ini dirujuk sebagai pertubuhan.

    FASAL 2 TEMPAT URUSAN

    (1) Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah No 91A, Medan Gopeng 4,Jalan Gopeng, 31350 Ipoh, Perak.

    atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa

    ke semasa oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat; dan alamat untuk surat menyurat No 19C,

    Town Park One, Jalan Suarasa 8/3, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor.

    Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidakboleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

    FASAL 3 BENDERA, LAMBANG, LOGO DAN LENCANA

    3.1 Logo pertubuhan ini adalah dalam bentuk tulisan perkataan PEWARIS MALAYSIA

    tersebut di dalam tulisan seni khat jawi yang secara keseluruhannya membayangkan

    rupabentuk Tengkolok Melayu.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    3/46

    3.2 Warna tulisan seni khat jawi PEWARIS MALAYSIA adalah hitam atau putih sahaja.

    3.3 Warna Bendera latarbelakang tulisan seni khat jawi PEWARIS MALAYSIA yang ditulis

    dengan warna putih adalah hitam, putih dan merah sahaja yang bermaksud seperti dibawah;

    3.3.1 Warna kelabu bermaksud kerahsiaan dan jati diri bangsa Melayu yang kukuh,

    3.3.2 Warna putih bermaksud keikhlasan dan kesucian perjuangan bangsa Melayu dan

    pertubuhan ini dalam memperjuangkan tujuan dan matlamat pertubuhan,

    3.3.3 Warna merah bermaksud keberanian bangsa Melayu dan pertubuhan ini dalam

    memperjuangkan tujuan dan matlamat pertubuhan.

    3.3.4 Warna kuning bermaksud kedaulatan Raja-Raja Melayu dan pertubuhan ini akan

    memperjuangkan ketaatan kepada DYMM Raja-raja Melayu. dan

    3.3.5 Warna hijau bermaksud berlandaskan agama Islam dalam melaksanakan sebarang

    matlamat dan arahtuju pertubuhan.

    3.4 Maksud tulisan seni khat jawi PEWARIS MALAYSIA tersebut adalah ringkasan kepada

    nama pertubuhan seperti di fasal 1

    3.5 Contoh simbol, logo dan bendera itu yang berwarna dilampirkan di Jadual 1.

    3.6 Tidak ada mana-mana pihak dibenarkan untuk mengguna pakai, mempamer, mencetak,menayang, berkongsi atau sebagainya samada bagi tujuan yang dianggap sah di sisi undang-

    undang, moral, peradaban Melayu atau tidak; simbol, logo dan bendera pertubuhan ini

    melainkan orang itu adalah ahli berdaftar pertubuhan ini atau pihak-pihak yang dengansahnya dibenarkan oleh Setiausaha Agung atau Majlis Penasihat Tertinggi pertubuhan ini.

    FASAL 4 TUJUAN/MATLAMAT

    Tujuan dan matlamat pertubuhan ini adalah:-

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    4/46

    4.1 Menjaga dan memelihara lain-lain hal berkaitan kepentingan agama Islam bangsa

    Melayu tanpa menjejaskan keharmonian antara agama-agama yang diamal di Malaysia.

    4.2 Menjaga kepentingan dan menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan agama Islam,pendidikkan, politik, sosial dan ekonomi dan hak bangsa Melayu di Malaysia tanpamenjejaskan hak kaum lain.

    4.3 Menjaga adat resam dan peradaban bangsa Melayu selagi ianya tidak bertentangan

    dengan agama Islam.

    4.4 Menjaga dan memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia.

    4.5 Menjaga dan memelihara tulisan-tulisan jawi dan kesenian, tradisi, kesenian, kraftangan

    dan lain-lain berhubungkait dengan bangsa dan adat Melayu.

    4.6 Mengumpul dan mengerat hubungan silaturahim di antara ahli khususnya dan bangsa

    Melayu amnya melalui aktiviti-aktiviti suaimanfaat.

    4.7 Mewujud dan memupuk kesedaran, mempertahan, memberi ketaatan tidak berbelahbahagi dan memperkasakan institusi Kesultanan dan Raja-Raja Melayu.

    FASAL 5 KEAHLIAN, PENAUNG DAN PENASIHAT

    5.1 Keahlian PEWARIS MALAYSIA terbuka kepada;

    5.1.1 Semua orang melayu dan bukan Melayu yang beragama Islam berumur 18 tahun

    dan ke atas, warganegara Malaysia yang taat dan patuh kepada ajaran-ajaran Islam tertakluk

    kepada syarat-syarat di bawah;

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    5/46

    5.1.2 Semua orang bukan warganegara Malaysia yang beragama Islam berumur 18 tahun

    dan ke atas yang taat dan patuh kepada ajaran-ajaran Islam tertakluk kepada syarat-syarat di

    bawah;

    5.1.3 Ahli Biasa

    Keahlian ini tidak boleh mewakilkan hak mengundinya kepada mana-mana ahli dan mestilah

    hadir semasa nama dicalunkan.

    5.1.4 Ahli Seumur Hidup

    Tertakluk kepada fasal 5.1.1 dan fasal 5.1.2 mana-mana ahli yang menjelaskan yurannya

    mengikut Fasal 6.1.2.

    5.1.5 Ahli Bersekutu

    Keahlian bagi mana-mana orang bukan berbangsa Melayu atau bukan warganegara Malaysia

    tetapi beragama Islam, keahlian ini boleh mengikuti apa apa aktiviti pertubuhan tetapi tidak

    boleh memegang apa-apa jawatan atau mengundi.

    5.1.6 Ahli Kehormat

    Yang DiPertua Majlis Penasihat Tertinggi dengan persetujuan majoriti Ahli Majlis Penasihat

    Tertinggi dengan mengambilkira cadangan Majlis Penasihat Negeri, jika ada, boleh melantik

    mana-mana orang yang difikirkan boleh memberi sumbangan atau yang boleh memberi

    manfaat kepada pertubuhan.

    Ahli kehormat layak menikmati keistimewaan seperti ahli biasa dan ahli seumur hidup, juga

    dibenarkan hadir ke Mesyuarat Agung Pusat dan memberi pendapat, fikiran, syor dan

    cadangan, tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi, memilih, dipilih, atau memegang

    sebarang jawatan di dalam pertubuhan.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    6/46

    Tertakluk kepada persetujuan majoriti Ahli Majlis Penasihat Tertinggi, Yang DiPertua Majlis

    Penasihat Tertinggi boleh melantik seseorang ahli kehormat ke Jawatankuasa Tadbir dan

    mana-mana Jawatankuasa Kecil mahupun badan-badan lain yang ditubuhkan oleh mesyuarat

    agung pusat dibawah perlembagaan ini dari masa ke semasa.

    5.2 Tiap-tiap orang yang berhasrat untuk menjadi ahli di bawah fasal 5 ini hendaklah

    mengaku untuk menurut sepenuhnya syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan

    mematuhi Perlembagaan dan dasar-dasar rasmi PEWARIS MALAYSIA.

    5.3 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah mengisi borang yang dikeluarkan secararasminya oleh ibupejabat pertubuhan mengandungi akujanji dan dihantar kepada Setiausaha

    Jawatankuasa Negeri yang kemudiannya hendaklah mengemukakan permohonan itu secepat

    mungkin ke ibu pejabat pertubuhan untuk diluluskan.

    5.4 Jawatankuasa Peringkat Negeri boleh menolak permohonan keahlian mengikutbudibicaranya tetapi hendaklah memberi alasan bertulis kepada Setiausaha Agung Persatuan

    apabila atau jika terdapat rayuan bertulis dikemukakan oleh pemohon yang ditolak tersebutkepadanya atau kepada Jawatankuasa Tertinggi Pusat. Jawatankuasa Tertinggi Pusat boleh

    menerima alasan penolakan tersebut atau menolak alasan penolakan tersebut dan menerima

    keahlian pemohon tersebut.

    5.5 Jawatankuasa Tertinggi Pusat boleh menolak permohonan keahlian mengikut

    budibicaranya mana-mana permohonan keahlian tanpa perlu memberi alasan atau sebab-

    sebab. Pemohon yang ditolak boleh membuat permohonan suatu pertimbangan semula dan

    hendaklah dihantar melalui setiausaha Jawatankuasa Negeri atau terus ke Setiausaha

    Jawatankuasa Tertinggi Pusat.

    5.6 Sebarang rayuan bagi maksud fasal 5.4 dan pertimbangan semula bagi maksud 5.5;hendaklah dibuat secara bertulis dan disokong oleh mana-mana 2 orang ahli pertubuhan yang

    dihormati bagi maksud fasal 5.4 dan 2 orang ahli pertubuhan yang dihormati dan Pengerusi

    atau Setiausaha Jawatankuasa Negeri bagi maksud fasal 5.5

    5.7 Permohonan menjadi ahli di mana cawangan kawasan, daerah atau negeri belum

    ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut fasal 5.1 oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa

    Tertinggi Pusat.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    7/46

    5.8 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas,

    hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan seperti yang ditetapkan

    diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.

    5.9 Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahliPertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor

    Universiti yang berkenaan.

    FASAL 6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

    Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

    6.1 Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu:

    Bayaran Yuran Pendaftaran: RM 20-00

    (Ringgit Malaysia Duapuluh Sahaja)

    Yuran tahunan: RM 60-00

    (Ringgit Malaysia Enam Puluh Sahaja)

    6.2 Ahli Seumur Hidup:

    Bayaran Yuran Seumur Hidup: RM 500-00

    (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja)

    Sahaja mesti dijelaskan sekaligus.

    6.3 Ahli Kehormat:

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    8/46

    Tidak dikenakan apa-apa bayaran bagi penyertaan beliau didalam

    pertubuhan

    6.4 Kad Ahli:

    Bayaran adalah sebanyak RM 20-00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja)

    6.5 Buku Perlembagaan:

    Bayaran sebanyak RM 15-00 (Ringgit Malaysia Lima Belas Sahaja)

    senaskah

    6.6 Kecuali fasal 6.3, yuran-yuran di bawah fasal 6.1 sehingga 6.5 hendaklah

    dijelaskan kepada Bendahari Jawatankuasa Daerah atau wakilnya yang dilantik secara sahmenerusi mesyuarat Jawatankuasa Negeri terlebih dahulu dalam tempoh 15 hari dari awal

    Januari tiap-tiap tahun. Jika Dearah, atau Negeri masih belum mempunyai cawangan

    pertubuhan maka yuran tersebut hendaklah diserahkan kepada Bendaharai Negeri atau Pusatyang mana berkenaan. Suatu resit sementara hendaklah dikeluarkan kepada pemohon baru

    tersebut.

    6.7 Semua kutipan yuran di bawah fasal 6.6 hendaklah dihantar serah kepada

    Bendahari Agung Jawatankuasa Tertinggi Pusat dalam tempoh 30 hari daripada tarikh

    kutipan dibuat.

    6.8 Bendahari Agung Jawatankuasa Tertinggi Pusat setelah menerima bayaran

    hendaklah mengeluarkan atau menyebabkan pengeluaran resit rasmi, kad ahli dan buku

    perlembagaan kepada ahli tersebut.

    6.9 Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 6 bulan akan menerima

    surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha Agung, dan hilanglah hak-

    hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    9/46

    6.10 Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi 12 bulan

    dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh

    memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka

    berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

    6.11 Jawatankuasa Tertinggi Pusat mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula

    bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

    6.12 Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh

    dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli diperingkat pusat. Sekiranya ada ahliyang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka

    wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

    6.13 Lanjutan kepada fasal 6.7 dan 6.8 di atas, lain-lain pendapatan selain daripada yuran-

    yuran tahunan yang diperolehi oleh Daerah dan Negeri perlu diistiharkan dan diserah simpandi dalam akaun pusat menurut fasal 6.14 kepada Jawatankuasa Tertinggi Pusat, manakala

    jumlah hak terimaan dan kadar agihan yang perlu dikembalikan oleh Bendahari AgungJawatankuasa Tertinggi Pusat hasil daripada kutipan yuran-yuran kecuali mana-mana yuran

    pendaftaran di bawah fasal 6.1 sehingga 6.5 kepada Jawatankuasa Daerah dan Negeri

    menurut fasal 6.14 di bawah adalah seperti berikut:-

    6.13.1 Hak Jawatankuasa Daerah 10 %

    6.13.2 Hak Jawatankuasa Negeri 10 %

    6.13.3 Hak Jawantankuasa Tertinggi pusat 80 %

    Nota: Semua yuran pendaftaran adalah hakmilik penuh Jawatankuasa Tertinggi Pusat dantidak dikembalikan menurut agihan di bawah fasal ini kepada Jawatankuasa Daerah dan

    Negeri

    6.14 Peratusan yang perlu dikembalikan kepada Jawatankuasa daerah dan negeri

    berkenaan mengikut fasal 6.13 di atas setelah ditolak perbelanjaan di bawah fasal 6.16 danlain-lain pendapatan daerah dan negeri selain daripada kutipan yuran-yuran di bawah fasal

    6.1 hingga 6.5 yang mana menjadi hak sepenuhnya daerah dan negeri berkenaan, hendaklah

    apabila diterima semua kumpulan wang-wang ini oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat daripada

    daerah dan negeri; dengan serta merta membuat suatu pengasingan akaun-akaun khas ataukira-kira khas bagi daerah-daerah dan negeri-negeri berkenaan dipegang atas amanah oleh

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    10/46

    Jawatankuasa Tertinggi Pusat di dalam akaun pusat. Sebarang pembayaran terus atau tuntutan

    pembayaran atau keperluan kewangan menggunapakai hak wang tersebut oleh mana-mana

    daerah dan negeri hendaklah dijelaskan oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat dalam tempoh 7

    hari kepada dearah atau negeri yang mana berkenaan atau pihak-pihak lain yang diarahkan

    oleh daerah atau negeri bagi tuntutan bayaran pihak ketiga yang sah. Tidak ada mana-mana

    pihak samada Majlis Penasihat Tertinggi atau Majlis Penasihat Negeri atau JawatankuasaTertinggi Pusat atau Jawatankuasa Negeri atau Daerah lain selain daripada daerah atau negeri

    yang berhak boleh menggunapakai wang-wang simpanan amanah tersebut atas apa jua alasan

    sekalipun melainkan telah dipersetujui oleh daerah atau negeri berkenaan di dalam mesyuarat

    agung diperingkat masing-masing.

    6.15 Sebarang pembayaran yang dibuat kepada pertubuhan tidak dikembalikan kecuali

    atas budibicara Jawatankuasa Tertinggi Pusat.

    6.16 Cawangan-cawangan di peringkat negeri dan daerah boleh memohon bantuan

    kewangan tambahan kepada hak mereka di bawah fasal 6.13 dan 6.14 daripada Jawatankuasa

    Tertinggi Pusat bagi menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan bagi mencapai tujuan dan

    matlamatnya.

    6.17 Adalah menjadi kewajipan kepada Jawatankuasa Tertinggi Pusat setelah mendapat

    nasihat Majlis Penasihat Tertinggi memberi bantuan kewangan mengikut kemampuannya

    kepada cawangan-cawangan apabila diminta berbuat demikian di bawah fasal 6.16.

    FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

    7.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi

    kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Daerah masing-masing dan

    menjelaskan segala hutangnya.

    7.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan

    cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantungkeahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa

    Tertinggi Pusat atau Jawatankuasa Negeri atau Majlis Penasihat Tertinggi atau Majlis

    Penasihat Negeri. Sebelum salah satu Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian

    ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau

    penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk

    memberi penjelasan dan membela dirinya.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    11/46

    7.3 Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan:-

    7.3.1 Rayuan dikemukakan kepada Majlis Penasihat Tertinggi oleh ahli tersebut dalam

    tempoh 14 hari daripada notis pemecatannya atau mana-mana tempoh yang dibenarkan danrayuan tersebut diterima oleh Majlis Penasihat Tertinggi.

    7.4 Bagi seseorang yang dipecat kelayakan untuk memohon kembali keahlian hendaklah

    setelah tamat tempoh setahun daripada tarikh notis pemecatannya atau notis penolakan

    rayuannya dibawah fasal 7.3.1.

    7.5 Walau apapun terkandung di bawah fasal ini, tidak ada seorang pun ahli Majlis Penasihat

    Tertinggi pertubuhan ini boleh dipecat atau digantung keahliannya melainkan:-

    7.5.1 mendapat undian melalui suatu petition pemecatan atau penggantungan daripada ahli

    biasa dan/atau bersekutu pertubuhan ini tidak termasuk ahli kehormat, atau

    7.5.2 satu persetujuan khas 2/3 ahli-ahli Majlis Penasihat Tertinggi Pusat

    7.6 Peruntukan fasal 7.5 berkenaan dengan tatacara pemecatan Ahli Majlis PenasihatTertinggi Pusat tidak terpakai kepada ahli-ahli Majlis Penasihat Negeri yang tidak

    menggangotai Majlis Penasihat Tertinggi Pusat, Jawatankuasa Tertinggi Pusat selain yang

    dilantik dibawah fasal 9.1 atau Jawatankuasa Negeri dan Daerah yang tidak menggangotai

    Ahli Majlis Penasihat Tertinggi.

    7.7 Walau apapun terkandung di bawah fasal ini, pemecatan atau penarikan balik keahlian

    seorang Ahli Kehormat di bawah fasal 5.1.6 hanya boleh dibuat oleh Majlis PenasihatTertinggi pertubuhan.

    FASAL 8 MESYUARAT AGUNG PUSAT

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    12/46

    8.1 Mesyuarat Agung diperingkat Pusat akan dihadiri oleh;

    8.1.1 Wakil-wakil ahli yang dipilih di dalam Mesyuarat Agung Daerah dan Negeri yang

    mana selepas ini disebut sebagai perwakilan,

    8.1.2 Ahli Jawatankuasa Negeri dan Daerah,

    8.1.3 Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat,

    8.1.4 Ahli-Ahli Majlis Penasihat Tertinggi,

    8.1.5 Ahli-Ahli Majlis Penasihat Negeri,

    8.1.6 Penaung dan Penasihat pertubuhan dan

    8.1.7 Ahli Kehormat

    8.2 Ahli-ahli lain boleh dan berhak hadir sebagai pemerhati di dalam Mesyuarat AgungPusat tersebut.

    8.3 Hanya Ahli-ahli di bawah fasal 8.1.1, 8.1.2, 8.1.3, 8.1.4 dan 8.1.5 layak dan berhakmembuat sebarang undian jika diperlukan.

    8.4 Jumlah perwakilan di bawah fasal 8.1.1 yang akan dipilih diperingkat Daerah dan Negeri

    akan ditentukan dari masa kesemasa oleh Majlis Penasihat Tertinggi pertubuhan tetapihendaklah tidak kurang daripada jumlah ahli di fasal 8.1.2 hingga 8.1.7 atau 1 % daripada

    jumlah keseluruhan ahli-ahli pertubuhan yang mana lebih banyak. Majlis Penasihat Tertinggiwalau bagaimanapun bebas menetapkan dari masa ke semasa jumlah keseluruhan perwakilan

    ini mengikut kesesuaian dan demi kebaikan ahli-ahli pertubuhan.

    8.5 Ahli Kehormat, walaupun telah dilantik sebagai perwakilan tidak layak membuat

    sebarang undian menurut fasal 5.1.6.

    8.6 Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung pusat dan yang

    mengandungi ahli-ahli Jawatankuasa Daerah, Negeri dan Jawantankuasa Tertinggi Pusat,

    Majlis Penasihat Negeri dan Majlis Penasihat Tertinggi.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    13/46

    8.7 Sekurang-kurangnya satu perdua (1/3) daripada jumlah ahli di bawah fasal 8.3 yang

    berhak mengundi, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan

    mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

    8.8 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untukmesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih

    daripada 60 hari) yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Tertinggi; dan jika korum tidak

    cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang

    ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi

    tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan

    yang melibatkan semua ahli.

    8.9 Mesyuarat Agung Pusat bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkinsetelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa

    dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung pusat ialah:

    8.9.1 Bagi setiap 3 tahun atau tahun yang mempunyai perlantikan baru di bawah fasal 9,maka Mesyuarat Agung akan menerima pengistiharan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat baru

    yang telah dipilih menurut fasal 9 yang akan dibuat oleh Ahli Lembaga Pengasas atau wakil

    Majlis Penasihat Tertinggi;

    8.9.2 Bagi setiap 3 tahun atau tahun yang mempunyai perlantikan baru di bawah fasal 9,

    penyerahan perjalanan mesyuarat kepada Presiden baru oleh Ahli Lembaga Pengasas atau

    Wakil Majlis Penasihat Tertinggi bagi tugas mempengerusikan mesyuarat;

    8.9.3 Menerima laporan Jawatankuasa Tertinggi Pusat berkenaan perjalanan pertubuhan

    di dalam tahun lalu;

    8.9.4 Menerima laporan Bendahari Agung dan penyata kewangan yang telah diaudit bagitahun yang lalu;

    8.9.5 Tertakluk kepada fasal 9, tiada memilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat dan

    Pemeriksa Kira-Kira diperingkat pusat.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    14/46

    8.9.6 Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

    8.10 Pengumuman awal mengenai Mesyuarat Agung Pusat yang menyatakan tarikh,

    waktu dan tempat serta panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan, cadanganuntuk meminda perlembagaan dan pencalonan untuk pemilihan ahli-ahli JawatankuasaTertinggi Pusat jika berkenaan, hendaklah dikirimkan oleh setiausaha agung kepada

    setiausaha-setiausaha negeri dan daerah tidak lewat daripada 90 hari sebelum tarikh yang

    ditetapkan untuk mesyuarat, dan pengumuman ini hendaklah ditunjukkan di tempat yang

    jelas kelihatan di pejabat berdaftar pertubuhan.

    8.11 Tiap-tiap cawangan pertubuhan diperingkat daerah dan negeri hendaklah

    mengadakan mesyuarat agung;

    8.11.1 Bagi peringkat daerah:- tidak lewat daripada 30 hari; dan

    8.11.2 Bagi peringkat negeri:- selepas 60 hari atau selepas kesemua daerah di dalam

    sesebuah negeri mengadakan mesyuarat agung daerah yang mana terdahulu mengikutbudibicara Jawatankuasa Negeri

    setelah menerima pengumuman awal itu.

    8.12 Nama-nama perwakilan, 2 orang lantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa-Jawatankuasa

    dari setiap Negeri menurut fasal 9.3.1 dan cadangan atau usul untuk dibincangkan di dalam

    mesyuarat agung pusat itu hendaklah dihantar oleh setiausaha negeri tidak kurang daripada30 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pusat.

    8.13 Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya

    15 hari sebelum Mesyuarat Agung Pusat diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan

    peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang

    telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di

    alamat tempat urusan Pertubuhan. Salinan surat-surat ini boleh dibuat secara bertulis,hebahan melalui laman web, email atau sebagainya yang mana difikirkan sesuai oleh

    Jawatankuasa Tertinggi Pusat.

    8.14 Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    15/46

    8.14.1 bila difikirkan mustahak oleh Majlis Penasihat Tertinggi; atau

    8.14.2 bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat setelah mendapat

    kebenaran dan kelulusan Majlis Penasihat Tertinggi; atau

    8.14.3 atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima

    (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab

    mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung pertubuhan.

    8.15 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu

    tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

    8.16 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan

    oleh Setiausaha Agung kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang

    telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

    8.17 Fasal 8.7 dan fasal 8.8 di dalam undang-undang ini berkenaan korum danpenangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas,

    tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah

    ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat

    tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas

    atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

    8.18 Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf

    peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa

    segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

    FASAL 8A MAJLIS PENASIHAT TERTINGGI

    8A.1 Satu badan yang dinamakan Majlis Penasihat Tertinggi pertubuhan ini

    hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada ahli-ahli di bawah fasal 5.1.3 dan 5.1.4 sahaja.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    16/46

    8A.2 Ahli-ahli Majlis Penasihat Tertinggi hendaklah seperti berikut;

    8A.2.1 Tertakluk kepada fasal 8A.1, seorang wakil iaitu Pengerusi Am

    Negeri di bawah fasal 16A.3 daripada setiap Majlis Penasihat Negeri,

    8A.2.2 Tertakluk kepada fasal 8A.1, mana-mana ahli yang dilantik

    oleh majoriti ahli-ahli Majlis Penasihat Tertinggi sedia ada, dan

    8A.2.3 Mana-mana ahli kerhormat yang dilantik khas oleh ahli-ahli

    Majlis Lembaga Pengasas sedia ada iaitu:

    YDP Pengasas Utama-YBhg. Dato' Seri Jaafar bin Haji

    Shaari,

    YDP Pengasas Am-Tuan Haji Abd Malek bin Omar dan

    YDP Pengasas Muda-YBhg. Dato' Paduka Haji Ab Malek bin

    Haji Ranting.

    8A.3 Ahli-ahli Majlis Penasihat Tertinggi hendaklah mempunyai dan

    melantik dikalangan mereka seorang Pengerusi Am yang bertindak mempergerusikan setiap

    perjalanan, mesyuarat dan syura Majlis Penasihat Tertinggi membuat apa-apa keputusan dan

    tindakan di bawah undang-undang pertubuhan ini seandainya setelah ketiadaan lagi ahli-

    ahli Majlis Lembaga Pengasas.

    8A.4 Ahli-ahli Majlis Penasihat Tertinggi hendaklah mempunyai dan

    melantik dikalangan mereka seorang Setiausaha Am yang bertindak menjalankan tugas-tugas

    kesetiausahaan setiap perjalanan, mesyuarat dan syura Majlis Penasihat Tertinggi membuatapa-apa keputusan dan tindakan di bawah undang-undang pertubuhan ini.

    8A.5 Ahli-ahli Majlis Penasihat Tertinggi hendaklah kekal memegang

    Jawatan tersebut sehinggalah;

    8A.5.1 dipecat mengikut fasal 7.5, atau

    8A.5.2 telah meninggal dunia, atau

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    17/46

    8A.5.3 telah tergolong dalam mana-mana kategori di bawah

    peruntukkan undang-undang Seksyen 9A, Akta Pertubuhan 1966 (Semakan 1987) atau mana

    undang-undang Malaysia semasa yang berkuatkuasa.

    8A.6 Melainkan keputusan di bawah fasal 16A.5.2, setiap keputusanyang dibuat oleh Majlis Penasihat Tertinggi hendaklah dibuat melalui persetujuan mesyuarat

    dan syura, keputusan hendaklah dibuat setelah mengambilkira pandangan ahli Majlis oleh

    Pengerusi Am Majlis Penasihat Tertinggi.

    8A.7 Majlis Penasihat Tertinggi berhak menasihati dan mencadangsegala perjalanan dan pergerakan pentadbiran dan keputusan yang dibuat oleh pertubuhan ini

    di peringkat pusat, negeri dan daerah dan Jawatan Kuasa Tertinggi Pusat, Jawatankuasa

    Negeri, Jawatankuasa Daerah dan Majlis Penasihat Negeri mesti mengambil mengambilkiranasihat dan cadangan tersebut.

    FASAL 9 LANTIKAN JAWATANKUASA TERTINGGI PUSAT

    9.1 Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Jawatankuasa Tertinggi Pusat

    hendaklah dilantik oleh Majlis Penasihat Tertinggi di atas budibicara penuhnya dandiumumkan pada Mesyuarat Agung Tahunan, perlantikan ini adalah untuk tempoh 3 tahun

    dan perlantikan semula boleh dibuat setelah tamat tempoh:

    9.1.1 Seorang Presiden

    9.1.2 Seorang Timbalan Presiden

    9.1.3 Tiga orang Naib Presiden

    9.2 Jawatankuasa-Jawatankuasa tambahan kepada Jawatankuasa di bawah fasal 9.1 di

    bawah hendaklah dilantik atau boleh dipecat setelah lantikan dibuat oleh Presiden dengan

    persetujuan Majlis Penasihat Tertinggi Pusat bagi tempoh 3 tahun:

    9.2.1 Seorang Setiausaha Agung

    9.2.2 Seorang Penolong Setiausaha Agung

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    18/46

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    19/46

    ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan

    mencukupkan korum mesyuarat.

    9.8 Setiap keputusan dan minit mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat hendaklahdihantarserah salinannya kepada Majlis Penasihat Tertinggi melalui Setiausaha Am MajlisPenasihat Tertinggi.

    9.9 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa

    Tertinggi Pusat dan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat tidak dapat diadakan, maka

    Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaransurat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum

    keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pusat boleh dianggap sebagai telah diterima:

    9.9.1 Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat

    pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat;

    9.9.2 Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusatmestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan

    9.9.3 Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.

    Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah

    dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat berikutnya dan

    Majlis Penasihat Tertinggi untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

    9.10 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat di bawah fasal 9.2 yang mungkir menghadiri

    mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang

    memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.

    9.11 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat di bawah fasal 9.1 dan 9.2 yang mungkir

    menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang

    memuaskan akan disifatkan sebagai telah melanggar amanah Majlis Tertinggi Pusat dan

    suatu laporan tentang kegagalannya hendaklah dibuat kepada Majlis Penasihat Tertinggi yangmana Majlis Penasihat Tertinggi akan membuat keputusan mengenainya samada memberi

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    20/46

    amaran, mengantikan dengan yang lain sebagai pemangku sehingga Mesyuarat Agung

    Tahunan akan datang atau apa-apa tindakan lain yang difikirkan patut dan suaimanfaat oleh

    Majlis Penasihat tertinggi.

    9.12 Jika seorang ahli Jawatankuasa di bawah fasal 9.3 meninggal dunia atau meletakkanjawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah

    dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau

    menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa Tertinggi Pusat setelah mendapat

    persetujuan Majlis Tertinggi Pusat melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu

    sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

    9.13 Jika seorang ahli Jawatankuasa di bawah fasal 9.1 dan 9.2 meninggal dunia atau

    meletakkan jawatan atau melakukan pelanggaran di bawah fasal 9.10 dan Majlis PenasihatTertinggi mengambil keputusan kepada kesan pengosongan jawatan, maka Majlis Penasihat

    tertinggi hendaklah dengan seberapa segera yang munasabah melantik seorang ahli lain yang

    layak memangku jawatan yang dikosongkan sehinggalah perlantikan sempurna dibuat di

    bawah fasal 9.1 dan 9.2 dan diistiharkan pada Mesyuarat Agung Tahunan terdekat yang akan

    diadakan.

    9.14 Jawatankuasa Tertinggi Pusat boleh memberi arahan kepada Setiausaha Agung dan

    ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan

    melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau

    melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan,

    curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab

    yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

    9.15 Tertakluk kepada fasal 9A, Jawatankuasa Tertinggi Pusat boleh menubuhkanJawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada

    sebarang ahli Jawatankuasa di bawah fasal 9.1 atau 9.2 atau 9.3.

    FASAL 9A PENUBUHAN EXCO BERPORTFOLIO TETAP

    9A.1 Di setiap peringkat samada Daerah, Negeri atau Pusat hendaklah

    ditubuhkan 5 Ahli Jawatankuasa Exco dengan Portfolio Khas iaitu:-

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    21/46

    9A.1.1 Portfolio yang menjaga kepentingan dan nilai asas kehidupan

    dan diri manusia,

    - Jabatan Modal Insan

    9A.1.2 Portfolio yang menjaga kepentingan dan nilai asas agama,

    - Jabatan Dakwah dan Khairat

    9A.1.3 Portfolio yang menjaga kepentingan dan nilai asas aqal danpengetahuan,

    - Jabatan Komunikasi Korporat

    9A.1.4 Portfolio yang menjaga kepentingan dan nilai asas nasab dan

    keturunan, dan

    - Jabatan Perundangan dan Warisan

    9A.1.5 Portfolio yang menjaga kepentingan dan nilai asas harta dan

    kebendaan

    - Jabatan Ekonomi, Perniagaan dan Pelaburan

    Jawatankuasa-Jawatankuasa Exco berportfolio ini bolehlah dinamakandengan apa sahaja nama dan bidang tugas yang sesuai mengikut budibicara Jawatankuasa

    diperingkat masing-masing asal sahaja tidak lari daripada maksud dan tujuannya.

    Jika terdapat sebarang kemusykilan tentang nama, fungsi dan bidang tugasportfolio tetap ini atau atas inisiatif Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau Majlis Penasihat

    Tertinggi sendiri, maka satu panel penasihat undang-undang dan perlembagaan pertubuhan

    ini daripada Jawatankuasa Tertinggi Pusat boleh dihantar ke mana-mana cawangan bagi

    membantu penubuhan portfolio-portfolio ini dari segi struktur, konsep, fungsi, bidang tugas

    dan perjalanan portfolio. Mana-mana cawangan yang dihantar panel ini hendaklah patut dansedia menerima nasihat tersebut.

    9A.2 Jawatankuasa di setiap peringkat Daerah, Negeri atau Pusat boleh

    membuat apa-apa tambahan portfolio yang difikirkan sesuai.

    9A.3 Ahli Jawatankuasa yang dilantik memegang mana porfolio di bawah fasal

    9A boleh melantik ahli jawatankuasa kecil masing-masing bagi membantu beliaumenjalankan tugas dengan baik dan sempurna.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    22/46

    9A.4 Sebarang perlantikan ahli jawatankuasa kecil di bawah fasal 9A.3

    hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau Jawatankuasa Negeri yang

    mana berkenaan.

    9A.5 Senarai portfolio-portfolio di bawah fasal 9A.1 dan 9A.2 termasuklahnama-nama Exco dan Jawatankuasa Kecil masing-masing hendaklah dihantarserah kepada

    Setiausaha Agung Jawatankuasa Tertinggi pusat dan Setiuasaha Am Majlis Penasihat

    Tertinggi.

    9A.6 Majlis Penasihat Tertinggi berhak membubar, meminda, menasihati ataumenubuh mana-mana portfolio di bawah fasal 9A.2 termasuklah membatalkan perlantikan

    mana ahli jawatankuasa kecil portfolio atas budibicara penuhnya tanpa perlu memberi apa-

    apa alasan.

    FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN JAWATANKUASA TERTINGGI PUSAT

    10.1 Presiden, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah;

    10.1.1 menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa,

    10.1.2 bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat,

    10.1.3 Melainkan dibatalkan oleh Majlis Penasihat Tertinggi kemudiannya, beliau

    mempunyai undi pemutus dan hendaklah beliau

    menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan,

    10.1.4 Beliau hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama denganSetiausaha Agung dan Bendahari Agung, dan

    10.1.5 Lain-lain tugas dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Penasihat Tertinggi.

    10.2 Timbalan Presiden hendaklah bertanggungjawab;

    10.2.1 memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya,

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    23/46

    10.2.2 membantu tugas-tugas Presiden,

    10.2.3 mempengerusikan Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat semasa ketiadaan

    Presiden, dan

    10.2.4 Lain-lain tugas dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Penasihat Tertinggi.

    10.3 Naib Presiden hendaklah bertanggungjawab;

    10.3.1 Memangku jawatan Pengerusi dan Timbalan Presiden semasa ketiadaan mereka,

    10.3.2 Membantu tugas-tugas Presiden dan Timbalan Presiden,

    10.3.3 Mempengerusikan Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat semasa ketiadaanPresiden dan Timbalan Presiden, dan

    10.3.4 Lain-lain tugas dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Penasihat Tertinggi.

    10.4 Setiausaha Agung hendaklah;

    10.4.1 menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang,

    10.4.2 menjalankan perintah mesyuarat agung, Jawatankuasa Tertinggi Pusat dan Majlis

    Penasihat Tertinggi,

    10.4.3 bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua

    buku, surat dan kertas kecuali akaun dan

    buku-buku kewangan,

    10.4.4 menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dantarikh lahir, nombor kad pengenalan,

    pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli,

    10.4.5 hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat,

    10.4.6 hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi

    dan Bendahari,

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    24/46

    10.4.7 dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan

    penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar

    Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta

    Pertubuhan, 1966, dan

    10.4.8 Lain-lain tugas dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Penasihat Tertinggi.

    10.5 Penolong Setiausaha Agung hendaklah;

    10.5.1 menolong Setiausaha Agung menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu

    semasa ketiadaan Setiausaha, dan

    10.5.2 Lain-lain tugas dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Penasihat Tertinggi.

    10.6 Bendahari Agung hendaklah bertanggungjawab;

    10.6.1 berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan,

    10.6.2 membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan

    bertanggungjawab di atas ketepatannya,

    10.6.3 menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Yang

    Dipertua/Pengerusi dan Setiausaha, dan

    10.6.4 Lain-lain tugas dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Penasihat Tertinggi.

    10.7 Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat lain termasukKetuaKomunikasi/Penerangan dan Juruaudit hendaklah;

    10.7.1 Menjalankan apa-apa tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh Presiden bagi

    Ketua Komunikasi/Penerangan dan Juruaudit,

    10.7.2 membantu Jawatankuasa Tertinggi Pusat di bawah fasal 9.1 dan fasal 9.2 dalam

    menjalankan tugas yang diarahkan olehnya,

    10.7.3 menjalankan tanggungjawab dan tugas di bawah portfolio masing-masing mengikutfasal 9A, dan

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    25/46

    10.7.4 Lain-lain tugas dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Penasihat Tertinggi.

    FASAL 11 KEWANGAN

    11.1Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang

    Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-

    tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan

    Jawatankuasa-Jawatankuasa dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira

    termasuklah membayar yuran professional mana pihak atau badan yang diminta memberi

    perkhidmatannya kepada pertubuhan ini. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh

    digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

    11.2Bendahari Agung dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 500-00

    (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah

    itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusatdengan persetujuan Majlis Penasihat Tertinggi. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama

    Pertubuhan.

    11.3Majlis Penasihat Negeri, Jawatankuasa Negeri dan Daerah dan mana-mana

    cawangan pertubuhan ini tidak dibenarkan membuka apa-apa akaun bank dan hanya

    satu atau lebih akaun dibenarkan dibuka oleh pertubuhan ini oleh Jawatankuasa

    Tertinggi Pusat atas kebenaran khas bertulis Majlis Penasihat Tertinggi.

    11.4Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklahditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. Semasa

    ketiadaan Presiden,Setiausaha Agung dan Bendahari Agung maka bolehlah Majlis PenasihatTertinggi Pusat melantik sesiapa di antara ahli Majlis Penasihat Tertinggi Pusat sebagai

    pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.

    11.5Perbelanjaan yang lebih daripada RM 2, 000-00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu sahaja) bagi

    sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa

    Tertinggi Pusat.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    26/46

    11.6Perbelanjaan yang lebih daripada RM 50, 000-00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu

    sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran khas dan spesifik

    Majlis Penasihat Tertinggi terlebih dahulu.

    11.7Perbelanjaan yang kurang daripada RM 2, 000-00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu sahaja)bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha Agung dan Bendahari

    Agung.

    11.8Sebarang perbelanjaan yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Tertinggi yang dianggap

    tidak membawa faedah atau memudaratkan pertubuhan boleh dicabar oleh ahli pertubuhanmelalui suatu petition yang ditandatangani oleh sekurang-kurang 50 % jumlah ahli semasa

    dan dihantar kepada Setiausaha Am Majlis Penasihat Tertinggi atau melalui usul di dalam

    Mesyuarat Agung Tahunan.

    11.9Dalam menerima petition atau usul pencabaran di bawah fasal 11.8 tersebut, MajlisTertinggi Pusat hendaklah memperincikan dan merasionalkan keputusannya meluluskan

    perbelanjaan tersebut kepada semua ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau MesyuaratAgung Khas yang mana berkenaan. Melainkan terdapat unsur-unsur jenayah atau

    perlanggaran mana-mana undang-undang Malaysia yang berkuatkuasa, penjelasan rasional

    keputusan Majlis Penasihat Tertinggi tersebut hendaklah dianggap memadai dan muktamat.

    11.10 Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun

    hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruadudit di bawah fasal 9.2.5 atau

    Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa

    segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah

    dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya

    hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.

    11.11 Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb

    Disember tiap-tiap tahun.

    FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    27/46

    12.1Mana-mana satu badan, syarikat atau firma professional juruaudit ATAU dua orang ahli

    berkelayakan yang bukannya Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat samada di bawah fasal 9.1

    atau fasal 9.2 boleh dilantik oleh Presiden di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai

    Pemeriksa Kira-kira.

    12.2Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.

    12.3Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun

    dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga

    dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi atau Majlis Penasihat Tertinggi mengauditkira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan

    membuat laporan kepada Jawatankuasa Tertinggi Pusat dan Majlis Penasihat Tertinggi.

    FASAL 13 PENGAMANAH

    13.1Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik oleh

    Majlis Penasihat Tertinggi dan diumum di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akanberkhidmat selama yang dikehendaki oleh Majlis Penasihat Tertinggi bagi pihak Pertubuhan.

    Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan diamanahkan kepada mereka denganmenandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).

    13.2Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta

    kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh

    mesyuarat agung Pertubuhan dan Majlis Penasihat Tertinggi.

    13.3Seseorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Majlis PenasihatTertinggi dan diumumkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan oleh sebab uzur kerana

    penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang

    mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan.

    13.4Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanahmaka kekosongan itu hendaklah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru yang dilantik oleh

    Majlis Penasihat Tertinggi dan diumumkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    28/46

    FASAL 14 PEMBUBARAN

    14.1Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang

    daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuaratagung yang dipanggil khas kerananya.

    14.2Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala

    hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan

    dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam

    mesyuarat agung berkenaan.

    14.3Kenyataan bersabit dengan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar

    Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

    FASAL 15 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN

    15.1Jawatankuasa Tertinggi Pusat setelah mendapat perkenan Majlis Penasihat Tertinggi

    boleh membenarkan penubuhan cawangan yang mempunyai sekurang-kurang 150 ahli

    pertubuhan. Penubuhan cawangan hendaklah dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar

    Pertubuhan terlebih dahulu.

    15.2Jawatankuasa Tertinggi Pusat boleh memberi cadangan kepada Majlis Penasihat

    Tertinggi untuk membubarkan cawangan, jika diterima maka Jawatankuasa Tertinggi Pusat

    boleh membubarkan cawangan:

    15.2.1 Jika bilangan ahli-ahli di dalam tempoh enam bulan berturut-turut kurang daripada50 orang; atau

    15.2.2 Jika cawangan tidak mematuhi undang-undang pertubuhan atau keputusan

    Mesyuarat Agung Tahunan atau Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau Majlis Penasihat

    Tertinggi; atau

    15.2.3 Jika Jawatankuasa Tertinggi Pusat dan/atau Majlis Penasihat Tertinggi mendapatinyabersalah kerana perbuatannya mencemarkan pertubuhan.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    29/46

    15.3Walau apapun peruntukkan fasal 15.1, kecuali kebenaran bertulis daripada Pendaftar

    Pertubuhan dan 15.2, Majlis Penasihat Tertinggi boleh membenarkan penubuhan cawangan

    baru dan membubarkan mana-mana cawangan atas budibicara penuhya.

    15.4Keputusan mencadangkan membubarkan cawangan di bawah mana-mana fasal 15.2 olehJawatankuasa Tertinggi Pusat hendaklah;

    15.4.1 dengan undi terbanyak di dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat dan

    15.4.2 kebenaran oleh Majlis Penasihat Tertinggi hendaklah juga melalui undi terbanyak

    mesyuarat syura Majlis Penasihat Tertinggi, dan

    15.4.3 dengan syarat sebelum keputusan diambil oleh Majlis Penasihat Tertinggi untukmembubarkan cawangan tersebut di dalam fasal 15.2.2 dan 15.2.3 di atas, cawangan yang

    berkenaan hendaklah diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan tersebut.

    15.5Keputusan Majlis Penasihat Tertinggi setelah mendengar penjelasan atau jawapan di

    dalam fasal 15.4 samada menerima atau menolak adalah muktamad.

    15.6Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung. Cawangan tidak

    boleh bergerak mulai dari tarikh penerimaan perintah tersebut kecuali untuk urusan

    penyelesaian. Sebarang cawangan yang musykil atas perintah pembubaran boleh, dengan

    kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agung di dalam tempoh 30 hari daripada tarikh

    penerimaan perintah tersebut, membuat rayuan kepada Majlis Penasihat Tertinggi. Walaupun

    rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berkuatkuasa sehingga dibatalkan

    tetapi di dalam keadaan yang sedemikian Jawatankuasa Tertinggi Pusat atas nasihat MajlisPenasihat Tertinggi boleh melantik satu jawatankuasa penjaga daripada ahli-ahli untuk

    menguruskan hal ehwal cawangan itu sementara rayuan tersebut dipertimbangkan.

    15.7Jika sesuatu cawangan ditutup kerana sebab yang disebut dalam fasal 15.2.1 di atas,

    maka Jawatankuasa Tertinggi Pusat hendaklah memindahkan ahli-ahli yang ada kepadacawangan yang hampir sekali, dan jika cawangan ditutup kerana sebab di dalam fasal 15.2.2

    dan 15.2.3 di atas maka ahli akan terhenti menjadi ahli pertubuhan.

    15.8Adalah menjadi kewajipan Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari

    Cawangan bagi cawangan itu menyerahkan kepada Setiausaha Agung dan salinan-salinannya

    kepada Setiausaha Negeri dan Setiausaha Am Majlis Penasihat Tertinggi segala buku, rekod,

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    30/46

    wang dan harta-harta dengan penyata kira-kira cawangan itu daripada tarikh akhir

    pengemukaan penyata kira-kira itu dibentangkan sehingga tarikh perintah pembubaran.

    15.9Jika ahli-ahli sesuatu cawangan memutuskan hendak keluar daripada pertubuhan, makajawatankuasa cawangan itu dengan serta merta mestilah menyerahkan kepada SetiausahaAgung Jawatankuasa Tertinggi Pusat dan Setiausaha Am Majlis Penasihat Tertinggi segala

    buku, rekod, wang dan harta-harta lain pertubuhan dan seterusnya menyedia dan

    menyerahkan pernyata kira-kira kepada Setiausaha Agung dan Setiausaha Am seperti di

    dalam fasal 15.8.

    FASAL 16 MESYUARAT AGUNG CAWANGAN DIPERINGKAT NEGERI DANDAERAH

    16.1 Mesyuarat Agung diperingkat Daerah akan diadakan diperingkat Daerah tidak lewat

    daripada 30 hari selepas menerima pemberitahuan awal mengenai Mesyuarat Agung Pusat,supaya pemberitahu mengenai masa, tarikh dan tempat Mesyuarat Agung Daerah akan

    dikeluarkan dengan sewajarnya. Jika mana-mana daerah telah terlepas tempoh masa yangditetapkan untuk bermesyuarat, Mesyuarat Agung Daerah hendaklah juga diadakan tetapi

    daerah tersebut telah kehilangan hak untuk memilih dan mencalon di bawah fasal 16.4.2 dan

    16.4.4 dan tanggungjawab lain-lain di bawah fasal 16 selagi bersesuaian masih berkuatkuasa

    dan perlu dipatuhi oleh daerah tersebut.

    16.2 Mesyuarat Agung Daerah akan dihadiri oleh semua ahli berdaftar yang layak menurut

    fasal 5 di kawasan lokaliti daerah masing-masing.

    16.3 Semua ahli-ahli pertubuhan layak hadir diperingkat Daerah masing-masing tetapitertakluk kepada hak-hak mengundi di bawah fasal 5.

    16.4 Kerja-kerja Mesyuarat Agung Daerah ialah untuk:

    16.4.1 Menerima laporan Bendahari Daerah dan kira-kira Daerah yang telah diaudit bagi

    tahun lepas,

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    31/46

    16.4.2 Memilih wakil-wakil Mesyuarat Agung Negeri dan Mesyuarat Agung Pusat untuk

    tahun hadapan,

    16.4.3 Tertakluk kepada fasal 16A, memilih Ahli Jawatankuasa Daerah dan Juruaudit

    Daerah untuk tahun hadapan,

    16.4.4 Tertakluk kepada fasal 16A, mencalon Ahli Jawatankuasa Negeri untuk tahunhadapan, dan

    16.4.5 Membincangkan perkara-perkara lain yang akan dibentangkan

    16.5 Mesyuarat Agung diperingkat Negeri akan diadakan diperingkat Daerah selepas 60 hari

    atau selepas kesemua daerah di dalam sesebuah negeri mengadakan mesyuarat agung daerah

    yang mana terdahulu mengikut budibicara Jawatankuasa Negeri selepas menerima

    pemberitahuan awal mengenai Mesyuarat Agung Pusat, supaya pemberitahu mengenai masa,tarikh dan tempat Mesyuarat Agung Negeri akan dikeluarkan dengan sewajarnya. Mesyuarat

    Agung Negeri boleh diteruskan tanpa kesemua atau mana-mana daerah selesai bermesyuarat

    selepas tamat tempoh 60 hari tersebut.

    16.6 Ahli-ahli yang layak hadir dan mengundi di mesyuarat agung negeri adalah:-

    16.6.1 Semua perwakilan yang dipilih diperingkat daerah masing-masing,

    16.6.2 Semua ahli jawatankuasa daerah sedia ada,

    16.6.3 Ahli Jawatankuasa Negeri sedia ada, dan

    16.6.4 Ahli Majlis Penasihat Negeri

    Ahli-ahli lain yang boleh dan berhak hadir sebagai pemerhati adalah:-

    16.6.5 Lain-lain ahli di dalam sesebuah negeri tersebut,

    16.6.6 Ahli Majlis Penasihat Tertinggi,

    16.6.7 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat, dan

    16.6.8 Penaung dan/atau Penasihat pertubuhan

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    32/46

    16.7 Kerja-kerja Mesyuarat Agung Negeri ialah untuk:

    16.7.1 Menerima laporan Bendahari Negeri dan kira-kira Negeri yang diaudit bagi tahun

    lepas,

    16.7.2 Memilih wakil-wakil Mesyuarat Agung Pusat untuk tahun hadapan,

    16.7.3 Tertakluk kepada fasal 16A, memilih Ahli Jawatankuasa Negeri dan Juruaudit

    Negeri untuk tahun hadapan,

    16.7.4 Tertakluk kepada fasal 16A, milih pencalonan daripada peringkat Daerah dan

    memilih 2 orang wakil Ahli Jawatankuasa pusat bagi negeri tersebut untuk jawatan di bawah

    fasal 9.3 untuk tahun berikut, jika tamat tempoh 3 tahun perjawatan di bawah fasal 9, dan

    16.7.5 Membincangkan perkara-perkara lain yang akan dibentangkan

    16.8 Setiausaha Daerah atau Negeri masing-masing hendaklah menghantar kepada tiap-tiap

    ahli sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung

    Daerah atau Negeri pemberitahuan awal yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat

    mesyuarat, panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan dan pencalonan

    tertakluk kepada fasal 16A untuk pemilihan Jawatankuasa Daerah atau Negeri.

    16.9 Tertakluk kepada fasal 16A, pencalonan untuk pemilihan ahli-ahli jawatankuasa di

    bawah fasal 16.8 di atas dan cadangan usul untuk perbincangan di dalam mesyuarat-

    mesyuarat tersebut hendaklah disampaikan kepada Setiausaha negeri atau Daerah yang mana

    berkenaan tidak lewat daripada 7 hari selepas pemberitahuan awal mesyuarat.

    16.10 Setiausaha Daerah atau Negeri yang mana berkenaan hendaklah

    menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Daerah atau

    Negeri yang mana berkenaan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatanmesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira daerah atau negeri yang mana berkenaan bagi

    tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca

    oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan cawangan Pertubuhan. Salinan surat-surat ini bolehdibuat secara bertulis, hebahan melalui laman web, email atau sebagainya yang mana

    difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat.

    16.11 Bagi peringkat daerah; sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada

    jumlah ahli-ahli cawangan berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa

    daerah, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat Agung Daerahbagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi kuorum untuk mesyuarat.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    33/46

    16.12 Bagi peringkat negeri; sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada

    jumlah perwakilan daripada daerah atau tiga kali ganda jumlah ahli jawatankuasa Negeri,

    mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat Agung Daerah bagi

    mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi kuorum untuk mesyuarat.

    16.13 Samada diperingkat daerah atau negeri, jika kuorum tidak mencukupi

    selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu

    hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak melebihi daripada 7 hari yang akan

    ditetapkan oleh Jawatankuasa Daerah atau Negeri, dan jika kuorum juga tidak mencukupi

    pada mesyuarat yang ditangguhkan itu maka ahli-ahli mengikut fasal 16.3 dan 16.6 masing-

    masing yang berkenaan berkuatkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa

    membuat keputusan-keputusan yang melibatkan kepentingan semua ahli.

    16.14 Suatu Mesyuarat Agung Khas di peringkat daerah atau negeri hendaklah

    diadakan:

    16.14.1Atas arahan Jawatankuasa Tertinggi Pusat setelah mendapat kebenaran MajlisPenasihat Tertinggi; atau

    16.14.2Atas arahan Majlis Penasihat Negeri setelah mendapat kebenaran Majlis Penasihat

    Tertinggi; atau

    16.14.3Apabila Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana berkenaan setelah mendapat

    kebenaran Majlis Penasihat Negeri dan Majlis Penasihat Tertinggi memikirkannya mustahak;

    atau

    16.14.4Atas permintaan bertulis melalui petition tidak kirang daripada 1/3 daripada jumlah

    ahli-ahli di dalam sesebuah negeri dengan menyatakan tujuan dan sebab untuk mengadakan

    mesyuarat tersebut.

    16.15 Mesyuarat Agung Khas Daerah atau Negeri atas permintaan ahli di bawah fasal

    16.14.4 hendaklah diadakan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan permintaan

    mesyuarat tersebut.

    16.16 Fasal 16.11, 16.12 dan 16.13 di dalam undang-undang ini berkenaan kuorum dan

    penangguhan Mesyuarat Agung Daerah dan Negeri masing-masing boleh digunakan untuk

    mesyuarat agung khas negeri dan daerah, tetapi dengan syarat jika kuorum tidak mencukupi

    selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan bagi mesyuarat agung khas di bawah

    16.14.4 iaitu atas permintaan ahli-ahli, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalak

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    34/46

    tempoh 6 bulan daripada tarikh ini mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli dengan

    tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

    16.17 Setiausaha Daerah hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli, Setiausaha Negeridan Majlis Penasihat Negeri satu salinan deraf catatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Daerahdengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

    16.18 Setiausaha Negeri hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli, Setiausaha Agung,

    Majlis Penasihat Negeri dan Majlis Mesyuarat Tertinggi satu salinan deraf catatan tiap-tiap

    Mesyuarat Agung Negeri dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuaratitu.

    FASAL 16A MAJLIS PENASIHAT NEGERI

    16A.1 Satu badan yang dinamakan Majlis Penasihat Negeri pertubuhan ini

    hendaklah ditubuhkan oleh Majlis Penasihat Tertinggi di setiap negeri yang mempunyai

    cawangan yang terdiri daripada ahli-ahli di bawah fasal 5.1.3 dan 5.1.4 sahaja.

    16A.2 Ahli-ahli Majlis Penasihat Negeri hendaklah seperti berikut;

    16A.2.1 Tertakluk kepada fasal 16A.1, seorang wakil

    dicalonkan daripada setiap Daerah yang paling dihormati dan berkelayakan dan dipersetujui

    oleh Majlis Penasihat Tertinggi,

    16A.2.2 Tertakluk kepada fasal 16A.1, mana-mana ahli yang

    dilantik oleh majoriti ahli-ahli Majlis Penasihat Negeri sedia ada dengan kebenaran MajlisPenasihat Tertinggi,

    16A.2.3 Tertakluk kepada fasal 16A.1, mana-mana ahli yang

    dilantik oleh Majlis Penasihat Tertinggi dan

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    35/46

    16A.2.4 Mana-mana ahli kerhormat yang dilantik khas oleh

    ahli-ahli Majlis Penasihat Tertinggi sedia ada.

    16A.3 Ahli-ahli Majlis Penasihat Negeri hendaklah mempunyaidan melantik dikalangan mereka seorang Pengerusi Am Negeri yang bertindakmempergerusikan setiap perjalanan, mesyuarat dan syura Majlis Penasihat Negeri membuat

    apa-apa keputusan dan tindakan di bawah undang-undang pertubuhan ini.

    16A.4 Ahli-ahli Majlis Penasihat Negeri hendaklah mempunyai

    dan melantik dikalangan mereka seorang Setiausaha Am Negeri yang bertindak menjalankantugas-tugas kesetiausahaan setiap perjalanan, mesyuarat dan syura Majlis Penasihat Negeri

    membuat apa-apa keputusan dan tindakan di bawah undang-undang pertubuhan ini.

    16A.5 Ahli-ahli Majlis Penasihat Negeri hendaklah kekal memegang

    Jawatan tersebut sehinggalah;

    16A.5.1 dipecat mengikut fasal 7.5, atau

    16A.5.2 dipecat oleh keputusan 2/3 ahli-ahli MajlisPenasihat Tertinggi, atau

    16A.5.2 telah meninggal dunia, atau

    16A.5.3 telah tergolong dalam mana-mana kategori di bawah

    peruntukkan undang-undang Seksyen 9A, Akta Pertubuhan 1966 (Semakan 1987) atau mana

    undang-undang Malaysia semasa yang berkuatkuasa.

    16A.6 Setiap keputusan yang dibuat oleh Majlis PenasihatNegeri hendaklah dibuat melalui persetujuan mesyuarat dan syura, keputusan hendaklah

    dibuat setelah mendapat undian terbanyak ahli Majlis.

    16A.7 Majlis Penasihat Negeri selagi tidak bertentangan dengan

    nasihat dan cadangan Majlis Penasihat Tertinggi di bawah fasal 8A.7 berhak menasihati

    segala perjalanan dan pergerakan pentadbiran dan keputusan yang dibuat oleh pertubuhan ini

    di peringkat negeri dan daerah dan Jawatan Kuasa Negeri dan Jawatankuasa Daerah mesti

    mengambil mengambilkira nasihat dan cadangan tersebut.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    36/46

    FASAL 17 LANTIKAN JAWATANKUASA NEGERI DAN DAERAH

    17.1 Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Jawatankuasa Negeri

    dan Jawatankuasa Daerah hendaklah dilantik oleh Majlis Penasihat Negeri di atas budibicara

    penuhnya dan diumumkan pada Mesyuarat Agung Negeri atau Daerah yang mana berkenaan

    di bawah fasal 16, perlantikan ini adalah untuk tempoh 3 tahun dan perlantikan semula bolehdibuat setelah tamat tempoh:

    17.1.1 Seorang Pengerusi Negeri atau Pengerusi Daerah yang mana berkenaan

    17.1.2 Seorang Timbalan Pengerusi Negeri atau Daerah yang mana berkenaan

    17.1.3 Tiga orang Naib Pengerusi Negeri atau Daerah yang mana berkenaan

    Pengerusi Negeri atau Daerah boleh melantik Jawatankuasa-Jawatankuasa di bawah sebagai

    Jawatankuasa tambahan setelah mendapat persetujuan Majlis Penasihat Negeri

    17.1.4 Seorang Setiausaha Negeri atau Daerah yang mana berkenaan

    17.1.5 Seorang Penolong Setiausaha Negeri atau Daerah yang mana berkenaan

    17.1.6 Seorang Bendahari Negeri atau Daerah yang mana berkenaan

    17.1.7 Ketua Penerangan Negeri dilantik oleh Pengerusi Negeri (tidak ada jawatan ketua

    penerangan di peringkat daerah)

    17.2 Satu Jawatankuasa tambahan kepada Jawatankuasa Negeri atau Daerah

    yang mana berkenaan di fasal 17.1 di atas hendaklah dilantik oleh ahli-ahli di dalam

    Mesyuarat Agung Negeri atau Daerah yang mana berkenaan bagi tempoh 3 tahun:

    17.2.1 Ahli-Ahli Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana berkenaan bagi memenuhi

    kehendak fasal 9A.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    37/46

    17.3 Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap ahli Jawatankuasa Negeri

    atau Daerah yang mana berkenaan yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini

    hendaklah tertakluk dan terdiri daripada keahlian di bawah fasal 5.

    17.4 Nama-nama untuk jawatan-jawatan di fasal 17.2 di atas hendaklah dicadangkan sertadisokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam

    Mesyuarat Agung Negeri atau Daerah yang mana berkenaan setiap 3 tahun. Semua pegawai

    kecuali Bendahari Negeri atau Daerah yang mana berkenaan boleh dipilih semula tiap-tiap

    kali pemilihan.

    17.5 Fungsi Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana berkenaan ialah mengelola dan

    mengaturkan kerja-kerja harian cawangan diperingkat Negeri atau Daerah yang mana

    berkenaan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhanmengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung dan undang-undang

    pertubuhan ini. Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana berkenaan seharusnya tidaklah

    boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung atau Majlis

    Penasihat Tertinggi atau Majlis Penasihat Negeri dengan tidak terlebih dahulu berhubung

    dengannya dan Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana berkenaan mestilah sentiasamematuhi keputusan mesyuarat agung, Majlis Penasihat Tertinggi dan Majlis Penasihat

    Negeri. Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana berkenaan hendaklah mengemukakanlaporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan

    Negeri atau Daerah yang mana berkenaan dan Majlis Penasihat Negeri.

    17.6 Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana berkenaan hendaklah bermesyuarat

    sekurang-kurangnya sekali dalam 2 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah

    diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi Negeri atau Daerah yang mana

    berkenaan dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa

    bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa Negeri atau

    Daerah yang mana berkenaan pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah ()

    daripada bilangan ahli Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana berkenaan hendaklah

    hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan kuorum mesyuarat.

    17.7 Setiap keputusan dan minit mesyuarat Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana

    berkenaan hendaklah dihantarserah salinannya kepada Majlis Penasihat Negeri melalui

    Setiausaha Am Negeri Majlis Penasihat Negeri. Majlis Penasihat Tertinggi berhak jika perlu

    mendapatkan satu salinan keputusan dan minit mesyuarat Jawatankuasa Negeri atau Daerah

    tersebut daripada Setiausaha Am Negeri.

    17.8 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Negeriatau Daerah yang mana berkenaan dan mesyuarat Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    38/46

    mana berkenaan tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Negeri atau Daerah yang mana

    berkenaan bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran

    surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum

    keputusan Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana berkenaan boleh dianggap sebagai

    telah diterima:

    17.8.1 Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat

    pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana

    berkenaan;

    17.8.2 Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa Negeri atau

    Daerah yang mana berkenaan mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka

    terhadap cadangan itu; dan

    17.8.3 Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.

    Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklahdilaporkan oleh Setiausaha Negeri atau Daerah yang mana berkenaan kepada mesyuarat

    Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana berkenaan berikutnya untuk disahkan dandicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

    17.9 Ahli Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana berkenaan di bawah fasal 17.2

    yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat tiga kali berturut-turut

    tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalamJawatankuasa.

    17.10 Ahli Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana berkenaan di bawah fasal 17.1 yang

    mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat tiga kali berturut-turut tanpa

    alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah melanggar amanah Majlis PenasihatNegeri dan suatu laporan tentang kegagalanya hendaklah dibuat kepada Majlis Penasihat

    Negeri yang mana Majlis Penasihat Negeri akan membuat keputusan mengenainya samadamemberi amaran, mengantikan dengan yang lain sebagai pemangku sehingga Mesyuarat

    Agung Negeri atau Daerah yang mana berkenaan akan datang atau apa-apa tindakan lain

    yang difikirkan patut dan suaimanfaat oleh Majlis Penasihat Negeri.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    39/46

    17.11 Jika seorang ahli Jawatankuasa di bawah fasal 17.2 meninggal dunia atau meletakkan

    jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah

    dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau

    menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana

    berkenaan setelah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi Negeri melantik ahli yang lain

    memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Negeri atau Daerah yang manaberkenaan diadakan.

    17.12 Jika seorang ahli Jawatankuasa di bawah fasal 17.1 meninggal dunia atau meletakkan

    jawatan atau melakukan pelanggaran di bawah fasal 9.10 dan Majlis Penasihat Negeri

    mengambil keputusan kepada kesan pengosongan jawatan, maka Majlis Penasihat Negeri

    hendaklah dengan seberapa segera yang munasabah melantik seorang ahli lain yang layak

    memangku jawatan yang dikosongkan sehinggalah perlantikan sempurna dibuat di bawah

    fasal 17.1 pada Mesyuarat Agung Negeri atau Daerah yang mana berkenaan terdekat yang

    akan diadakan.

    17.13 Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana berkenaan boleh memberi arahan

    kepada Setiausaha Negeri atau Daerah yang mana berkenaan dan ahli-ahli Jawatankuasa lainuntuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang

    difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurusatau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan

    keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkankepentingan Pertubuhan.

    17.14 Tertakluk kepada fasal 9A, Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana berkenaan

    boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan

    khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

    FASAL 18 TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA NEGERI DAN DAERAH

    18.1 Pengerusi Negeri atau Daerah yang mana berkenaan, dalam tempoh menyandang

    jawatannya, hendaklah;

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    40/46

    18.1.1 menjadi Pengerusi semua mesyuarat Negeri atau Daerah yang mana berkenaan dan

    semua mesyuarat Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana berkenaan,

    18.1.2 bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat,

    18.1.3 Melainkan dibatalkan oleh Majlis Penasihat Negeri kemudiannya, beliau mempunyaiundi pemutus dan hendaklah beliau menandatangani peringatan mesyuarat bila telahdiluluskan,

    18.1.4 Lain-lain tugas dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Penasihat Negeri.

    18.2 Timbalan Pengerusi Negeri atau Daerah yang mana berkenaan hendaklah

    bertanggungjawab;

    18.2.1 memangku jawatan Pengerusi Negeri atau Daerah yang mana berkenaan semasa

    ketiadaannya,

    18.2.2 membantu tugas-tugas Pengerusi Negeri atau Daerah yang mana berkenaan,

    18.2.3 mempengerusikan Mesyuarat Negeri atau Daerah yang mana berkenaan dan semua

    mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi Negeri atau Daerah yang mana berkenaan, dan

    18.2.4 Lain-lain tugas dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Penasihat Negeri.

    18.3 Naib Pengerusi Negeri atau Daerah yang mana berkenaan hendaklahbertanggungjawab;

    18.3.1 Memangku jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Negeri atau Daerah yang

    mana berkenaan semasa ketiadaan mereka,

    18.3.2 Membantu tugas-tugas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Negeri atau Daerah yang

    mana berkenaan,

    18.3.3 Mempengerusikan Mesyuarat Negeri atau Daerah yang mana berkenaan dan semuamesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Negeri atau Daerah yang

    mana berkenaan, dan

    18.3.4 Lain-lain tugas dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Penasihat Negeri.

    18.4Setiausaha Negeri atau Daerah yang mana berkenaan hendaklah;

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    41/46

    18.4.1 menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang,

    18.4.2 menjalankan perintah mesyuarat agung, Jawatankuasa Tertinggi Pusat, Jawatankusa

    Negeri (bagi peringkat daerah), Majlis Penasihat Negeri dan Majlis Penasihat Tertinggi,

    18.4.3 bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semuabuku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan,

    18.4.4 menyimpan buku daftar ahli Negeri atau Daerah yang mana berkenaan yang

    mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan,pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli,

    18.4.5 hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat,

    18.4.6 dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan

    penyata tahunan cawangan diperingkat Negeri atau Daerah yang mana berkenaan kepada

    Setiausaha Agung pusat dan

    18.4.7 Lain-lain tugas dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Penasihat Negeri.

    18.5 Penolong Setiausaha Negeri atau Daerah yang mana berkenaan

    hendaklah;

    18.5.1 menolong Setiausaha Negeri atau Daerah yang mana berkenaan menjalankan kerja-

    kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha tersebut, dan

    18.5.2 Lain-lain tugas dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Penasihat Negeri.

    18.6 Bendahari Negeri atau Daerah yang mana berkenaan hendaklah

    bertanggungjawab;

    18.6.1 berkenaan semua hal kewangan cawangan Negeri atau Daerah yang manaberkenaan,

    18.6.2 membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan

    bertanggungjawab di atas ketepatannya, dan

    18.6.3 Lain-lain tugas dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Penasihat Negeri.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    42/46

    18.7 Ahli-ahli Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana berkenaan lain

    termasuk Ketua Penerangan Negeri hendaklah;

    18.7.1 Bagi Ketua Penerangan Negeri, menjalankan tanggungjawab dantugas yang diberioleh Pengerusi Negeri,

    18.7.2 membantu Jawatankuasa Negeri atau Daerah yang mana berkenaan di bawah fasal

    17.1 dan fasal 17.2 dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya,

    18.7.3 menjalankan tanggungjawab dan tugas di bawah portfolio masing-masing mengikut

    fasal 9A, dan

    18.7.4 Lain-lain tugas dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Penasihat Negeri.

    FASAL 19 KEWANGAN CAWANGAN

    19.1 Tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan-peruntukan undang-undang di

    bawah fasal 11 dan fasal 6, semua wang yang dikutip di Ibu Pejabat dan cawangan-cawangan

    diperingkat daerah dan negeri akan menjadi aset bersama pertubuhan dan hendaklah ditadbir

    mengikut tatacara fasal 6.13 dan 6.14 undang-undang ini.

    19.2 Mesyuarat Agung Pusat boleh dan akan menentukan dari masa ke semasa

    peratusan kadar yuran di bawah fasal 6.13 selain daripada wang kutipan lain di bawah fasal 6

    umumnya yang akan menjadi hak cawangan-cawangan sebagai kumpulan wang cawangan

    dan akan menetapkan jenis-jenis perbelajaan yang akan menggunakan wang cawangan.

    19.3 Tiap-tiap Bendahari Daerah dan Negeri akan menyampaikan kepada

    Bendahari Agung sebelum 15hb tiap-tiap bulan yuran-yuran dan segala bentuk kutipan yangditerima oleh cawangan dan boleh memohon kembali peruntukkan perbelanjaan mengikut

    peruntukkan fasal 6.14 undang-undang ini.

    19.4 Bendahari Daerah dan Negeri akan menyampaikan kepada Bendahari

    Agung sebelum 15hb tiap-tiap bulan suatu penyata pendapatan dan perbelanjaan cawangan

    masing-masing bagi bulan lepas.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    43/46

    19.5 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan fasal 11 dan berikut dalam

    undang-undang ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi

    menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran cawangan, bayaran

    gaji di peringkat cawangan, biayaan dan perbelanjaan Jawatankuasa-Jawatankuasa Negeri

    atau Daerah yang mana berkenaan dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-

    kira termasuklah membayar yuran professional mana pihak atau badan yang diminta memberiperkhidmatannya kepada pertubuhan ini setelah mendapat kebenaran Majlis Penasihat

    Negeri. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda

    ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

    19.6 Bendahari Negeri atau Daerah yang mana berkenaan dibenarkan

    menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 1000-00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus

    sahaja) bagi Negeri dan RM500-00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja) bagi Daerah pada

    sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank

    pusat yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat dengan persetujuan MajlisPenasihat Tertinggi di bawah fasal 6 dan 11.

    19.7 Peruntukkan-peruntukkan lain di fasal 6 dan 11 undang-undang iniadalah terpakai bagi dan berkuatkuasa bagi cawangan-cawangan di peringkat Daerah dan

    Negeri.

    19.8 Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-

    kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Daerah dan Negeri dan diperiksa oleh

    Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa

    segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah

    dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Negeri yang berikut dan salinannya

    hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan serta diserahkan

    kepada Bendahari Agung 15 hari sebelum Mesyuarat Agung Pusat diadakan.

    FASAL 20 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN

    20.1 Di mana peruntukan khas tiada disebut di dalam undang-undang ini bagi perkara-

    perkara berhubung dengan pentadbiran cawangan-cawangan diperingkat Daerah dan Negeri,

    undang-undang yang berkenaan mengenai pentadbiran Ibu Pejabat Pertubuhan akan diikuti

    sejauh mana yang sesuai.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    44/46

    20.2 Mesyuarat Agung Pusat dan Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau Majlis Penasihat

    Tertinggi secara bersendirian boleh dan akan memberi arahan kepada Mesyuarat Agung

    Daerah atau Negeri, atau Jawatankuasa Daerah atau Negeri mengenai pentadbiran masing-

    masing.

    FASAL 21 PINDAAN UNDANG-UNDANG

    21.1 Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali terdapat suatu usul

    pindaan undang-undang dicadangkan untuk dibawa oleh ahli-ahli ke Mesyuarat Agung Pusat

    atau Mesyuarat Agung Khas selepas:-

    21.1.1 Kelulusan undian majoriti ahli Majlis-Majlis Penasihat Negeri yang dikira dengan

    seberapa banyaknya Negeri-Negeri yang menyokong atau menolak usul pindaan tersebut, dan

    setelah itu

    21.1.2 Kelulusan undian majoriti ahli Majlis Penasihat Tertinggi menyokong atau menolak

    usul pindaan tersebut, dan setelah itu

    21.1.3 3/5 undian perwakilan di dalam Mesyuarat Agung Pusat atau Mesyuarat AgungKhas tersebut bersetuju, dan

    21.1.4 Permohonan untuk perubahan dan pindaan undang-undang hendaklah dibuat kepada

    Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 28 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat di fasal 21.1.3

    meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh berkuatkuasa mulai daripada tarikh

    perubahan-perubahan dan pendaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan.

    FASAL 22 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

    22.1 Di antara berlangsungnya mesyuarat agung pusat, Jawatankuasa Tertinggi

    Pusat melalui suatu panel penasihat undang-undang yang dilantik oleh Jawatankuasa

    Tertinggi Pusat atau Majlis Penasihat Pusat, boleh memberikan tafsirannya kepada undang-

    undang ini dan Jawatankuasa Tertinggi Pusat atas nasihat Majlis Penasihat Tertinggi, jika

    mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-

    undang ini.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    45/46

    22.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan

    dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung pusat, keputusan Jawatankuasa Tertinggi

    Pusat terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung

    atau Majlis Penasihat Tertinggi.

    FASAL 23 PENASIHAT/PENAUNG

    23.1 Jawatankuasa Tertinggi Pusat atas nasihat Majlis Penasihat Tertinggi

    boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung

    bagi Pertubuhan ini diperingkat pusat dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakanpersetujuannya secara bertulis.

    23.2 Jawatankuasa Negeri atas nasihat Majlis Penasihat Negeri boleh, jika

    difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi

    Pertubuhan ini diperingkat negeri dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakanpersetujuannya secara bertulis.

    FASAL 24 LARANGAN

    24.1 Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam

    rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau,

    Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan

    Setengah, semua permainan dadu, bankers game dan semuanya permainan yang bergantung

    semata-mata kepada nasib.

    24.2 Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau denganapa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di

    dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

    24.3 Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada

    ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli.

    24.4 Faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

  • 8/8/2019 Undang-undang an Pewaris-Amended 4 Ros 2010

    46/46

    24.5 Apa sahaja aktiviti yang bertentangan dengan ajaran agama Islam dan

    undang-undang Malaysia yang berkuatkuasa tidak boleh sama sekali dijalankan atau

    bersangkutan dengan pertubuhan ini sama ada oleh ahlinya atau jawatankuasa-

    jawatankuasanya atas nama pertubuhan.

    LOGO RASMI

    PEWARIS MALAYSIA

    MOHOR RASMI

    PEWARIS MALAYSIA

    STICKER RASMI

    PEWARIS MALAYSIA

    CREST RASMI