undang-undang dan peraturan am

2
KEJOHANAN BOLA TAMPAR ANTARA JABATAN TAHUN 2014 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM. 1. PENGELOLA. Pertandingan ini dikelolakan oleh Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKC) IPG Kampus Raja Melewar. 2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN. Undang-undang permainan hendaklah mengikut undang-undang berkuatkuasa sebagaimana yang diluluskan oleh Persatuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan Peraturan Am yang ditetapkan oleh MAVA 3. JENIS PERTANDINGAN. Pertandingan berpasukan antara unit IPGKRM. 4. PENDAFTARAN PEMAIN. Setiap pasukan hendaklah menyerahkan borang pendaftaran pemain yang ditandatangani oleh pensyarah pembimbing masing-masing. Pemain yang tidak didaftarkan dalam borang pendaftaran pemain tidak dibenarkan menyertai pertandingan. 5. PEMBENTUKAN PEMAIN. Setiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 8 orang pemain. Borang pertandingan yang lengkap hendaklah dikemukakan 15 minit sebelum perlawanan bermula yang mengandungi 6 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan. 6. SISTEM PERTANDINGAN. 6.1 Pusingan Pertama. 6.1.1 Pertandingan ini dimainkan secara kalah mati. 6.1.2 Terdapat 7 pasukan bagi pasukan perempuan yang bertanding, 1 pasukan jadi ‘bye’ 6.1.3 Terdapat 8 pasukan yang bertanding bagi pasukan lelaki. 6.2 Peringkat Separuh Akhir dan akhir 6.2.1 Dijalankan secara kalah mati. 6.2.2 Pemenang bagi setiap perlawanan layak mara ke peringkat akhir. 7. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN.

Upload: evelyn-leona

Post on 19-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bola baling

TRANSCRIPT

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN 2003

KEJOHANAN BOLA TAMPAR ANTARA JABATAN TAHUN 2014UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM.

1. PENGELOLA.

Pertandingan ini dikelolakan oleh Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKC) IPG Kampus Raja Melewar.2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN.

Undang-undang permainan hendaklah mengikut undang-undang berkuatkuasa sebagaimana yang diluluskan oleh Persatuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan Peraturan Am yang ditetapkan oleh MAVA3. JENIS PERTANDINGAN.

Pertandingan berpasukan antara unit IPGKRM.4. PENDAFTARAN PEMAIN.

Setiap pasukan hendaklah menyerahkan borang pendaftaran pemain yang ditandatangani oleh pensyarah pembimbing masing-masing.Pemain yang tidak didaftarkan dalam borang pendaftaran pemain tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

5. PEMBENTUKAN PEMAIN.

Setiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 8 orang pemain.Borang pertandingan yang lengkap hendaklah dikemukakan 15 minit sebelum perlawanan bermula yang mengandungi 6 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan.6. SISTEM PERTANDINGAN.

6.1Pusingan Pertama.

6.1.1 Pertandingan ini dimainkan secara kalah mati.6.1.2 Terdapat 7 pasukan bagi pasukan perempuan yang bertanding, 1 pasukan jadi bye 6.1.3 Terdapat 8 pasukan yang bertanding bagi pasukan lelaki.

6.2 Peringkat Separuh Akhir dan akhir6.2.1 Dijalankan secara kalah mati.

6.2.2 Pemenang bagi setiap perlawanan layak mara ke peringkat akhir.7. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN.

7.1 Sesuatu set (kecuali set penentuan set ketiga atau set kelima) akan dimenangi oleh pasukan yang mendapat 25 mata terdahulu dengan kelebihan minima 2 mata. Jika berlaku seri 24-24, permainan diteruskan sehingga kelebihan dua mata diperolehi (26 - 24, 27 - 25 )

7.2 Sekiranya berlakunya seri 1-1 atau 2-2 , set penentuan (set ketiga dan kelima) akan dimainkan sehingga mata ke 15 sahaja dengan kelebihan 2 mata tercapai.

7.3 Undang-undang lain adalah mengikut Undang-undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia ( MAVA).

7.4 Keputusan pengadil pertandingan adalah muktamad.8. PAKAIAN SERAGAM :

8.1 Semua pasukan mesti berpakaian jersi seragam dan mempunyai nombor di bahagian hadapan dan belakang jersi.

8.2 Pasukan yang tidak berpakaian seragam tidak akan dibenarkan bertanding.

6 BILANGAN PENGGANTI.

Pertukaran/Penambahan pemain boleh dilakukan di urusetia satu jam sebelum perlawanan pertama dimulakan. Selepas itu, segala pertukaran/penambahan tidak akan dibenarkan.7. PEMBATALAN (WALKOVER) :7.1 Tiap-tiap pasukan mesti berada di gelanggang setengah jam sebelum masa yang ditetapkan untuk perlawanan. Pasukan yang lewat 15 minit selepas masa yang dijadualkan tanpa sebab yang munasabah akan dianggap sebagai telah memberi kemenangan percuma kepada lawannya.

7.2 Pasukan yang memberi kemenangan percuma dianggap telah menarik diri dari kejohanan dan tidak dibenarkan menyertai perlawanan-perlawanan seterusnya dan semua keputusan pertandingan diperolehi oleh pasukan itu akan dibatalkan.8. PENGANTUNGAN :

8.1 Pemain yang disingkirkan dalam sesuatu perlawanan akan dengan automatik digantung bermain dalam satu perlawanan yang berikut sehingga Jawatankuasa Tatatertib telah membuat keputusan.

9. BANTAHAN/RAYUAN :

9.1 Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan berjalan, mesti memberitahu pengadil secara lisan. Walau bagaimanapun perlawanan akan diteruskan Under Protest.

Hanya Pengurus dan Ketua pasukan dibenarkan membuat bantahan.

10. JURI RAYUAN :

Juri Rayuan akan diketuai oleh Pengerusi J/K Pengelola atau wakilnya. Ahli-ahli Juri Rayuan akan terdiri daripada Ketua Pengadil Kejohanan dan 2 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dalam

rayuan itu. Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 1 jam sebaik sahaja menerima bantahan bertulis.11. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN.

Segala hal yang tidak diperuntukkan oleh bawah perkara-perkara ini dan segala tafsiran peraturan ini hendaklah diselenggarakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusannya adalah muktamad.