ungku omar

6
educated at Malay Schools, Kluang, Segamat, Pontian and Tangkak; Sekolah Kebangsaan Agama, Johor; Malay College Kuala Kangsar, and Univ. of Malaya, Singapore (MBBS 1957), Sch. of Medicine, Royal Free Hospital, and th Sch. of Tropical Medicine, London (Ph.D. 1965). Research Ofcr. Inst. for Medical Research (IMR) in Kuala Lumpur 1957-1961, Registrar of the Pathology Dept. of Royal Free Hospital Sch. of Medecine 1962-1965, Part-time Lecturer at the Inst. of Biological Sciences of the Univ. of Malaya 1965-1966, Dir. Inst. for Medical Research 1966-1968, Dir. National Blood Transfusion Services, and Dir. Medical Laboratories & Health. Prof. Univ. of Indonesia 1968-1969. A famous medical doctor, educationist and scientist after whom the Polytechnic Ungku Omar, in Ipoh, was named. Chair. Islamic Coll. Cncl., Anti-Malaria Taskforce, Standards Institute of Malaysia, Biological & Medicinal Industry Standards Cncl., and the Medical Terminology Cttee. Director of Yayasan Tunku Abdul Rahman, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Inst. of Standrads (Malaysia), etc. MRCP (1962), MRCS (1962), Mbr. College of Pathologists (Lond. 1962), Inst. of Biology (Lond. 1965), American Inst. of Pathologists (1967),

Upload: willson-lim

Post on 14-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Ungku Omar

TRANSCRIPT

Page 1: Ungku Omar

• educated at Malay Schools, Kluang, Segamat, Pontian and Tangkak; Sekolah Kebangsaan Agama, Johor; Malay College Kuala Kangsar, and

• Univ. of Malaya, Singapore (MBBS 1957),

• Sch. of Medicine, Royal Free Hospital,

• and th Sch. of Tropical Medicine, London (Ph.D. 1965).

• Research Ofcr. Inst. for Medical Research (IMR) in Kuala Lumpur 1957-1961,

• Registrar of the Pathology Dept. of Royal Free Hospital Sch. of Medecine 1962-1965,

• Part-time Lecturer at the Inst. of Biological Sciences of the Univ. of Malaya 1965-1966,

• Dir. Inst. for Medical Research 1966-1968,

• Dir. National Blood Transfusion Services, and

• Dir. Medical Laboratories & Health. Prof. Univ. of Indonesia 1968-1969.

• A famous medical doctor, educationist and scientist after whom the Polytechnic Ungku Omar, in Ipoh, was named.

• Chair. Islamic Coll. Cncl., Anti-Malaria Taskforce, Standards Institute of Malaysia, Biological & Medicinal Industry Standards Cncl., and the Medical Terminology Cttee.

• Director of Yayasan Tunku Abdul Rahman,

• Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Inst. of Standrads (Malaysia), etc. MRCP (1962), MRCS (1962),

• Mbr. College of Pathologists (Lond. 1962),

• Inst. of Biology (Lond. 1965),

• American Inst. of Pathologists (1967),

• Whitley Cncl., Ministry of Health Specialists' Cttee, National Leprosy Cttee., Southeast Asian Medical & Educational Cooperation (SEAMEC) for Tropical Medicine, UNESCO Social Science Cttee., Higher Educ. Cncl., National Admin. Dvpt. Cttee., UKM Foundation Cttee., etc. Rcvd: DK (28.10.1967), PSM (x.6.1967),

Page 2: Ungku Omar

Profesor Dato’ (Dr.) Ungku Omar bin Ahmad dilahirkan di Johor Bahru pada 18 Januari

1931 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Kluang, Segamat Pontian,

Tangkak di samping Sekolah Agama sehingga darjah enam. Beliau kemudiannya

melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum meneruskan pelajaran

di Universiti Malaya Singapura dan lulus dengan ijazah Perubatan dan Bedah pada

tahun 1957.

Sebaik sahaja tamat pengajian (selepas menjalani ‘housemanship’ di Johor Bahru)

beliau terus berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan dan Penyelidikan di Pusat

Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur. Pada tahun 1961 beliau telah melanjutkan

pelajaran di London dan berjaya memperolehi Diploma dalam bahagian Patologi (iaitu

ilmu perubatan yang mengkaji sebab-sebab, tanda-tanda dan cara-cara mengubati

penyakit) dari Royal College of Physician London dan Royal College of Surgeons

England pada tahun 1962.

Dalam tahun yang sama beliau berkhidmat sebagai Pendaftar di Jabatan Patologi di

Royal Free Hospital, School of Medicine, London. Dua tahun kemudian (1964), beliau

berkhidmat sebagai Pendaftar Kanan di jabatan yang sama dan diterima menjadi ahli

College of Pathologist, London.

Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai selama ini tidak terhenti di situ sahaja malah

beliau telah menunjukkan keupayaan yang begitu gigih pada tahun 1965 apabila beliau

telah berjaya mendapat Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam ‘Clinical Chemistry’ dengan

tesis beliau yang bertajuk ‘Electrolytes In Isolated Human Leucocytes’. Pada tahun yang

sama beliau diterima menjadi ahli Institute of Biology, London dan dua tahun kemudian

(1967) College of American Pathologist Amerika Syarikat menerima beliau sebagai Ahli

Kehormat Kolej tersebut.

Dengan itu selesailah pengkajian beliau dalam bidang ilmiah untuk muncul sebagai anak

Melayu mempunyai kelulusan yang tinggi dalam bidang penyelidikan dan perubatan.

Kecerdasan Profesor Dato’ (Dr.) Ungku Omar Ahmad terserlah sejak beliau berada di

bangku sekolah lagi. Semasa di Maktab Melayu Kuala Kangsar, beliau pernah menjadi

Ketua Murid dan pada tahun 1948, beliau sudah menghadiri Jambori Pengakap-

pengakap di Melbourne, Australia. Begitu juga semasa melanjutkan pelajaran beliau ke

Universiti Malaya, beliau terus diterima ke tahun kedua. Oleh kerana kejayaan beliau

yang cemerlang dalam mata pelajaran ‘Anatomi’ (Kajibina tubuh), beliau telah dipilih

sebagai ‘Student demonstrator’ dalam mata pelajaran ini pada tahun 1954.

Kepintaran dan kecerdasan yang dimiliki oleh Prof. Dato’ (Dr) Ungku Omar Ahmad ini

terus digunakan semasa beliau dilantik menjadi Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan

sekembalinya beliau ke tanah air pada tahun 1965. Beliau merupakan anak Melayu

pertama memegang jawatan tersebut.

Di bawah pucuk pimpinan beliau yang tidak mengenal penat dan lelah itu, Pusat

Penyelidikan Perubatan menjadi terkenal dan penting tidak sahaja kepada negara-

Page 3: Ungku Omar

negara di Asia Tenggara, bahkan menjadi tumpuan negara-negara di seluruh dunia. Ini

terbukti apabila segala hasil penyelidikan mengenai kesihatan dan perubatan yang

diusahakan oleh beliau disiarkan dan diterbitkan oleh makalah-makalah penyelidikan dan

kesihatan di peringkat kebangsaan.

Dalam menjalankan tugasnya sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan, beliau

pernah menggemparkan negara dengan hasil penyelidikan beliau mengenai taraf

kesihatan penduduk-penduduk di lua bandar yang telah diabaikan. Kadar kematian di

luar bandar yang enam kali ganda lebih tinggi dari di bandar, kadar kemiskinan yang

berkait rapat dengan penyakit-penyakit malaria, kepialu, untut dan berbagai penyakit lagi

telah menimbulkan kesedaran yang mendalam kepada semua pihak. Perjuangan beliau

ini bukan sahaja disanjung oleh rakyat jelata bahkan mendapat perhatian di peringkat

dunia.

Sebagai seorang intelektual, Profesor Dato’ (Dr.) Ungku Omar Ahmad telah

menghasilkan lebih dari 40 kertas kerja yang meliputi karya-karya sains dalam bidang

pengkhususan beliau, kertas-kertas ceramah mengenai keadaan kesihatan di luar

bandar terutama sekali mengenai masalah pembasmian malaria hinggalah kepada tajuk-

tajuk semasa ketika itu seperti seperti penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia,

konsep universiti Islam, peranan belia di negara membangun dan usaha-usaha untuk

membentuk istilah perubatan dalam Bahasa Malaysia.

Kesedaran serta perjuangan beliau tidak sahaja diluahkan melalui kertas-kertas kerja

atau pidato umum bahkan beliau turut memberi ceramah-ceramah mengenai kesihatan

dan sains menerusi Radio Malaysia dan kerana ini beliau juga dikenali sebagai ‘ Doktor

Radio’.

Di dalam bidang perubatan, beliau bergiat cergas dan memegang jawatan-jawatan

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan

dengan kesihatan seperti pembasmian malaria, Makmal perubatan dan Kesihatan,

Tabung Darah Kebangsaan serta mengambil bahagian cergas dalam Persatuan

Perubatan Alumni, Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Parasitologi Malaysia.

Beliau juga menganggotai Jawatankuasa Kebangsaan Khas Kementerian Kesihatan,

Jawatankuasa Kebangsaan Penyakit Kusta, Ahli Lembaga Jawatankuasa Istilah Kimia

dan Perubatan Dewan Bahasa dan Pustaka dan ahli Standards Institute of Malaysia.

Di samping itu, beliau adalah ahli rasmi ‘Mahkamah’ Universiti Malaya, Pengerusi Majlis

Kolej Islam sejak tahun 1967 dan bertanggungjawab di dalam penubuhan Jabatan

Pengajian Islam di Universiti Malaya serta tidak kurang penting tenaga yang dicurahkan

dalam Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tidak ketinggalan Prof. Dato’ (Dr.) Ungku Omar turut bergiat di bidang Bahasa Sastera

dan Budaya dan merupakan salah seorang anggota ASAS 50 dan tidak ketinggalan

menghadiri perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh angkatan ini semasa

Page 4: Ungku Omar

kemuncak kegiatan-kegiatan mereka. Banyak daripada rencana-rencana kreatif beliau

termuat dalam majalah-majalah Mastika dan Dewan Masyarakat.

Di peringkat antarabangsa pula, Prof. Dato’ (Dr.) Ungku Omar telah mewakili Malaysia ke

pelbagai persidangan di Australia, Indonesia, Jepun, Rusia, Amerika Syarikat, Filipina,

Republik Rakyat China dan Singapura terutama dalam bidang-bidang penyelidikan

perubatan, Lembaga Penyelarasan Kerjasama Serantau dalam Perubatan Tropika

(SEAMES) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Di atas sumbangan dan jasa-jasanya yang begitu banyak dalam pelbagai bidang, beliau

telah dikurniakan Darjah Setia Mahkota oleh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang

Dipertuan Agong pada Jun 1967 dan pada bulan Oktober, Sultan Johor pula

mengurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati manakala pada tahun 1968 beliau

dianugerahkan gelaran Profesor oleh pihak Universiti Indonesia.

Profesor Dato’ (Dr.) Ungku Omar berkahwin dengan sepupunya Tengku Khatijah

Sulaiman pada tahun 1952 dan dikurniakan enam orang anak, lima orang perempuan

dan seorang lelaki.

Di saat-saat negara bangsa dan keluarganya masih dahagakan kepimpinan beliau,

Profesor  Dato’ (Dr.) Ungku Omar kembali ke rahmatullah pada 15 Februari 1969 dalam

usia 38 tahun. Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Semoga Allah

melimpahi rahmat ke atas rohnya dan meletakkan Allahyarham di kalangan mereka yang

dikasihinya.

Sumber daripada Arkib Negara Malaysia.

http://www.yadim.com.my/v2/?p=24202