unit 1 kbs 3063 pdf

18
1 Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas UNIT 1 KURIKULUM MURID PEMULIHAN KHAS HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menjelaskan prinsip-prinsip yang terdapat dalam kurikulum pemulihan khas 2. Menjelaskan model-model yang menjadi teras dan kurikulum pemulihan khas 3. Membezakan prinsip bagi setiap model yang terdapat dalam kurikulum pemulihan khas. PENGENALAN Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak- kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat. Murid pemulihan khas yang menghadapi masalah 3M memerlukan model kurikulum yang sesuai dengan keupayaan mereka. Kurikulum kebangsaan dapat memenuhi keperluan murid-murid pemulihan khas sekiranya dilakukan pengubahsuaian aspek kemahiran 3M. Ini adalah kerana tahap pencapaian pendidikan murid-murid pemulihan khas secara amnya amat rendah dan peningkatan pencapaian adalah perlahan dan minimum. Objektif yang terdapat dalam kurikulum sedia ada pula terlalu tinggi untuk murid pemulihan khas menguasai kemahiran yang sesuai dengan tahap keupayaan masing-masing. Oleh itu terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid pemulihan khas. Perancangan dan penggubalan kurikulum pemulihan khas mengambil kira kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan

Upload: izzall8062

Post on 09-Nov-2015

136 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

KBS 3063

TRANSCRIPT

  • 1

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    UNIT 1

    KURIKULUM MURID PEMULIHAN KHAS

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menjelaskan prinsip-prinsip yang terdapat dalam kurikulum pemulihan khas

    2. Menjelaskan model-model yang menjadi teras dan kurikulum pemulihan khas

    3. Membezakan prinsip bagi setiap model yang terdapat dalam kurikulum pemulihan

    khas.

    PENGENALAN

    Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi

    pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek

    kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-

    kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam

    masyarakat. Murid pemulihan khas yang menghadapi masalah 3M memerlukan

    model kurikulum yang sesuai dengan keupayaan mereka. Kurikulum kebangsaan

    dapat memenuhi keperluan murid-murid pemulihan khas sekiranya dilakukan

    pengubahsuaian aspek kemahiran 3M. Ini adalah kerana tahap pencapaian

    pendidikan murid-murid pemulihan khas secara amnya amat rendah dan

    peningkatan pencapaian adalah perlahan dan minimum. Objektif yang terdapat

    dalam kurikulum sedia ada pula terlalu tinggi untuk murid pemulihan khas

    menguasai kemahiran yang sesuai dengan tahap keupayaan masing-masing.

    Oleh itu terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat

    menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel,

    menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid

    pemulihan khas. Perancangan dan penggubalan kurikulum pemulihan khas

    mengambil kira kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan

  • 2

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    1996, Peraturan-peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas ) 1997 Bahagian II 3 (2)

    yang menyatakan: Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan

    pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-peraturan

    Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menytakan guru-guru boleh

    mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti

    dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai

    tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

    KURIKULUM PEMULIHAN KHAS

    Prinsip yang terdapat dalam kurikulum pemulihan khas adalah pengubahsuaian

    daripada kurikulum biasa. Namun begitu bagi menampakkan program pemulihan

    khas sebahagian daripada sistem yang berada dalam pendidikan khas, sudah pasti

    modul ini akan membincangkan model kurikulum pemulihan khas berkaitan dengan

    model kurikulum pendidikan khas. Menurut Rachel Talmor dan Zohar Dayan Romem

    (2009) model yang sesuai dalam pendidikan khas ialah Model Integrative

    Immerging. Model ini terdiri daripada lima unsur yang saling membantu dan di

    gabungkan bersama-sama dalam menyediakan rangka yang sesuai dan

    membentuk sebuah proses yang berjaya. Lima unsur yang di perkenalkan iaitu

    murid (umur, jantina dan pengalaman sedia ada); pengajaran

    (sekolah,guru,pentadbir dan sistem sokongan program pendidikan); Kurikulum

    (pengubahsuaian kurikulum); Tingkahlaku (murid,guru dan rakan sebaya dalam

    kelas) dan kesan (prestasi dan kemahiran sosial).

    Di Malaysia Kurikulum Pendidikan Khas yang digubal berasaskan

    kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima

    manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Murid-murid yang berada

    dalam program pendidikan khas terdiri daripada kumpulan murid dalam spectrum

    ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan teruk dengan pelbagai tahap

    kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah. Oleh itu rekabentuk model yang

    dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru mengembangkan bakat dan

    potensi sedia ada murid. Oleh itu terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang

    dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih

    fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan

    murid PKBP. Perancangan dan penggubalan kurikulum PKBP mengambil kira

  • 3

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-

    peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas ) 1997 Bahagian II 3 ( 2 ) yang menyatakan

    bahawa;

    Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu

    mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel

    yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan

    Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya

    mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program

    pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut :

    KEPELBAGAIAN KEUPAYAAN INDIVIDU

    MENYELURUH DAN BERSEPADU PEMBELAJARAN YANG MENGGEMBIRAKAN DAN BERMAKNA

    PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

    BIDANG PEMBELAJARAN

    PENDEKATAN

    P&P

    PENILAIAN

    BERDIKARI BERDISIPLIN DAN BERSIKAP POSITIF BERMORAL DAN BERETIKA BERKEMAHIRAN DAN BERKETERAMPILAN PRODUKTIF DAN BOLEH MENYUMBANG KEPADA KELUARGA,

    MASYARAKAT DAN NEGARA

    KEHIDUPAN BERMAKNA

    KEPERLUAN

    INDIVIDU

  • 4

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    Kurikulum ialah sekumpulan idea yang menjadi panduan dalam pengembangan

    kurikulum berikutnya.

    ..curriculum it self is a construct or concept, a verbalization of an extremely

    complex idea or set of idea. (Olivia, 1977)

    Perancangan dan cara mentadbir matlamat, isi, bahan dan cara yang

    digunakan untuk menyelenggarakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk

    mencapai tujuan tertentu.

    .. A curriculum is a plan for learning: therefore, what is known about learning

    process and the development of the invidual has bearing on the shaping of

    curriculum

    (Taba, 1962)mPerancangan dan cara mentadbir matlamat, isi, bahan dan cara yang

    digunakan untuk menyelenggarakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk

    mencapai tujuan tertentu

    Kurikulum Pemulihan Khas ini digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan

    individu agar dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus perdana.

    Murid-murid yang berada dalam program pemulihan terdiri daripada kumpulan murid

    dalam spectrum ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan teruk dengan pelbagai

    tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah. Oleh itu rekabentuk model

    yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru mengembangkan bakat

    dan potensi sedia ada murid. Untuk memenuhi keperluan di atas, kurikulum ini

    berlandaskan kepada 3 prinsip utama :

    a. Pendidikan menyeluruh dan bersepadu bertujuan memberi focus kepada

    potensi individu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

    Potensi ini hendaklah dipertingkatkan melalui penglibatan kumpulan pelbagai

    disiplin secara kolaboratif dan bersepadu.

    b. Pembelajaran yang menggembirakan merujuk kepada proses pengajaran

    dan pembelajaran yang meransang dan mengekalkan minat murid pemulihan

    khas kepada pembelajaran. Suasana pembelajaran yang kondusif perlu diberi

    penekanan agar murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang

    boleh digunakan untuk keperluan diri dan kehidupan bermasyarakat. Ini dapat

    melahirkan murid yang berkeyakinan dan berfikiran terbuka.

  • 5

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    c. Pendidikan sepanjang hayat merupakan pemerolehan ilmu pengetahuan

    dan kemahiran di alam persekolahan yang dapat menjana perluasan ilmu

    secara berterusan untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

    Prinsip-prinsip di atas perlu dilaksanakan melalui satu proses yang

    melibatkan tiga aspek iaitu bidang pembelajaran, pendekatan pengajaran dan

    pembelajaran, dan penilaian yang berteraskan kepada keperluan individu. Untuk

    menentukan keperluan setiap individu, penilaian awala perlu dijalankan berdasarkan

    laporan pakar. Guru perlu menjalankan ujian pengesanan untuk menentukan murid

    layak berada dalam program pendidikan khas. Setelah murid ditempatkan di dalam

    program pemulihan khas, ujian diagnostik seperti temu bual, senarai semak dan

    pemerhatian perlu dijalankan untuk menetukan tahap kefungsian murid, dan

    seterusnya merancang program pendidikan berdasarkan keperluan individu.

    Perhubungan antara bidang pembelajaran, pendekatan pengajaran dan

    pembelajaran, dan penilaian adalah bersifat interaktif. Untuk memenuhi keperluan

    individu, interaksi antara ketiga-tiga aspek di atas boleh berlaku dalam keadaan

    fleksibel. Proses ini boleh bermula daripada mana-mana aspek dengan berpaksikan

    kepada keperluan murid. Kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran

    yang tidak terikat

    MODEL KURIKULUM PEMULIHAN KHAS

    Terdapat beberapa model yang diadaptasi dalam kurikulum pemulihan

    MODEL PERUBATAN

    Model perubatan iaitu Medical Model dan Model Sosial memainkan peranan dalam

    Pendidikan murid pemulihan khas. Prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak

    seperti ibu bapa, pakar perubatan, sekolah, kerajaan dan masyarakat kepada

    Bincangkan makna kepelbagaian keupayaan individu dalam konsep Murid Pemulihan Khas.

  • 6

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    program pemulihan khas adalah penting sebagai intervensi awal terhadap terhadap

    murid pemulihan khas. Kolaborasi merupakan kerjasama yang diberikan oleh

    beberapa pihak dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun untuk mencapai

    suatu matlamat.

    Ciri-ciri murid pemulihan khas memerlukan model perubatan

    dilaksanakan.Intervensi awal yang melibatkan pasukan pakar atau pelbagai disiplin

    akan membantu perkembangan kemahiran motor,kemahiran interaksi dan

    sokongan keluarga. Pakar yang terlibat kepada murid pemulihan khas termasuklah

    jurupulih pertuturan, jurupulih bahasa, pakar psikiatri,psikologis dan guru pemulihan

    khas itu sendiri berperanan. Proses penilaian murid pemulihan dalam model ini

    melibatkan pediatrik dan psikologi. Ibu bapa perlu diberikan penerangan mengenai

    keadaan anak merekayang lewat membaca dan proses pemulihan bahasa yang

    akan dilakukan oleh pakar-pakar. Kerjasama antara pakar akan membantu murid

    pemulihan khas mengupayakan diri mereka. Peranan dan pakar yang terlibat

    kepada murid pemulihan dinyatakan dalam jadual di bawah;

    Pakar Peranan

    Jurupulih bahasa adalah seorang profesional bertauliah yang

    mahir dalam mengenalpasti, menilai dan merawat masalah komunikasi di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

    Merawat kelambatan perkembangan pertuturan

    dan bahasa. a. Gangguan / bermasalah pendengaran. b. Bibir-lelangit bercelah (sumbing)

    c. Gagap d. Kecelaruan artikulasi e. Kecelaruan bahasa spesifik

    f. Kecelaruan neurologi perolehan; - Penyakit Parkinsons - Kecederaan otak akibat trauma

    - Strok (angin akhmar) g. Masalah suara h. Gangguan intelektual

    i. Ketidakmampuan fizikal (cth: palsi serebral) k. (masalah makan, menelan dan minum

    Jurupulih pertuturan Patologis pertuturan dan bahasa merupakan pakar yang berkelayakan untuk memberikan

    perkhidmatan yang berhubung dengan pencegahan, penilaian, pengenalpastian dan

  • 7

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    rehabilitasi masalah pertuturan dan bahasa

    (komunikasi).

    - Bahasa Reseptive dan

    - Bahasa Ekpresif - Merancang dan melaksanakan program

    intervensi/ rehabilitasi termasuk merujuk

    kepada profesional lain, penempatan pelajar dan lain-lain.

    Memberi khidmat kaunseling kepada individu yang bermasalah dalam komunikasi dan keluarganya.

    - Menjalankan program pendidikan dan

    pemulihan untuk mencegah masalah komunikasi.

    - Menjalankan penyelidikan dan

    pembangunan

    MODEL EKOLOGI

    Model kurikulum pemulihan khas juga berasaskan interaksi antara alam dan kanak-

    kanak. Sehubungan dengan itu Teori Ekologi Bronfenbrenner. (1979,1989)

    menjelaskan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak sebagai hasil interaksi

    antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut kajian,

    perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan

    juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Menurut beliau, persekitaran

    perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu:Mikrosistem : Persekitaran

    yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksisecara langsung dan

    menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu bapa, adik beradik,rakan, jiran dan

    guru.Mesosistem : Perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu

    mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya

    keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh:

    rumah-sekolah, rumah-jiran,sekolah-jiran. Eksosistem Misalnya keadaan di rumah

    boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh: rumah-sekolah,

    rumah-jiran,sekolah-jiran. Eksosistem : Pengalaman dengan persekitaran yang tidak

    melibatkan murid secaralangsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran

    tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan

    kanak-kanak. Contoh: sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan

    peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak

    langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut

  • 8

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    Makrosistem :

    Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan

    amalanmasyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina

    dititikberatkan(Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peluang

    pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.Kronosistem : Perubahan keadaan

    dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada

    permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak dua atau tiga

    puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

    Mesosistem:

    Perhubungan antara mikrosistem. Iaitu apa yang berlaku dalam satu mikrosistem

    boleh mempengaruhi onteraksi dengan mikrosistem yang lain. Contohnya keadaan

    yang berlaku dirumah boleh mempengaruhi tingkah laku di sekolah.

    Eksosistem:

    Pengalaman dan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi

    keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-

    kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contohnya

    situasi sekolah dan pasar raya iaitu kemudahan dan peraturan yang dikuatkuasakan

    di tempat membeli belah mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak.

    Makrosistem :

    Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan

    masyarakat. Contonhya perbezaan peranan antara jantina lelaki dan perempuan.

    Kronosistem:

    Perubahan keadaan dalam satu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak masa kini

    lebih berminat kepada permainan komputer berbanding kanak-kanak zaman dahulu

    yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

  • 9

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    MODEL KOGNITIF

    Kemampuan membaca adalah kemahiran yang memerlukan kanak-kanak

    mengucapkan kata-kata daripada tulisan dan memahami makna perkataan dalam

    teks. Kemampuan membaca merupakan keupayaan yang dipelajari biasanya pada

    peringkat awal-awal kanak-kanak lagi sudah mampu membaca. Menurut

    pendekatan kognitif (Chomsky), mempelajari bahasa ialah satu proses menguasai

    dengan cara sedar akan pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal satu-satu bahasa

    itu. Teori ini menekankan kepentingan pemahaman murid akan struktur bahasa

    asing. Kesenangan mempelajari bahasa tersebut akan dapat berkembang secara

    mudah sekiranya murid-murid mempunyai penguasaan kognitif terhadap struktur-

    struktur bahasa tersebut. Terdapat lima prinsip utama dalam model kognitif yang

    berkaitan dengan membaca iaitu;

    a. Penguasaan Bahasa Kemahiran Bahasa

    Dalam bahasa pertama, penguasaan sesuatu kemahiran bahasa di kalangan

    kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur. Mula-mula mereka mengeluarkan

    bunyi-bunyi, kemudian mencantumkan unit-unit bunyi itu menjadi perkataan dan

    selepas itu mencantumkan pula perkataan-perkataan itu menjadi ungkapan atau

    ayat. Kanak-kanak memerhati dan menangkap sebarang kemahiran bahasa itu

    daripada penutur-penutur lain. Lama-kelamaan mereka akan menjadi mahir dengan

    sendirinya. Proses kefahaman boleh wujud lebih awal daripada proses melahirkan

    ucapan. Manakala pembelajaran bahasa kedua adalah merupakan satu proses

    mekanis yang membentuk lakuan baru, iaitu lakuan kemahiran bahasa. Latihan-

    latihan yang diteguhkan dilakukan untuk membina habit bahasa yang dipelajari itu.

    b. Penguasaan Aspek Bahasa

    Lazimnya dalam penguasaan bahasa pertama setiap kemahiran bahasa dikuasai

    dengan cara yang perlahan dan ini membolehkan beberapa aspek bahasa itu dapat

    dikuasai secara sekaligus. Sebagaimana yang diketahui, bahasa mempunyai

    banyak rumus dan peraturan dan semua ini dikuasai secara serentak. Kanak-kanak

    umpamanya dapat menguasai bunyi, perkataan, pengimbuhan, makna dan

    penggunaannya dalam ayat secara sekaligus. ini berbeza dengan pengajaran

    bahasa kedua yang mesti didahulukan dengan aktiviti lisan. Ini bermakna aktiviti

  • 10

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    pengajaran harus bermula daripada kemahiran mendengar, kemudian bertutur dan

    seterusnya kepada membaca serta menulis. Kanak-kanak diajar menyebut sesuatu

    kata itu dahulu sebelum bentuk-bentuk tulisan diajarkan. Cara ini akan menghasilkan

    satu pengajaran bahasa kedua yang berkesan.

    c. Mempelajari Penggunaan Bahasa

    Dalam bahasa pertama, prinsip ini menerangkan bahawa kanak-kanak tidak cuba

    mengkaji jalan bahasa dalam proses menguasai bahasa tersebut. Mereka belajar

    menggunakannya. Kanak-kanak tidak diminta menjelaskan kenapa sesuatu ayat itu

    betul atau salah tetapi mereka perlu tahu betul salahnya. Dalam aspek tatabahasa

    misalnya, kanak-kanak tidak diminta mengkaji rumus-rumusnya tetapi cukup

    sekadar menggunakannya dalam ayat-ayat yang betul. Sebaliknya dalam

    pembelajaran bahasa kedua, pelajar belajar dengan melakukan analogi.

    Pembelajaran cara ini membolehkan pelajar-pelajar menerima pelajaran dengan

    cara melihat persamaan dan perkaitan di antara bentuk-bentuk yang diajar. Mereka

    dilatihtubi dalam pola-pola yang diajar. Analogi digunakan untuk menghasilkan

    penguasaan struktur bahasa tanpa menghabiskan masa dan tenaga untuk

    menjelaskan konsep-konsep tatabahasa.

    d. Penggunaan Bahasa

    Dalam bahasa pertama, kanak-kanak belajar menggunakan bahasa itu dengan

    memerhati atau mendengar dan kemudiannya menggunakan unsur yang sama

    dalam keadaan yang serupa bagi memberikan maknanya. Walaupun tidak

    memahami sistem tatabahasa, tetapi mereka amat mengetahui hubungan perkataan

    dengan perkataan dalam ayat dan antara ayat dengan ayat yang lain. Mereka

    menggunakan sesuatu perkataan itu dalam konteks makna, bukannya dalam

    konteks tatabahasa. Semasa mengajar, guru perlulah mencari konteks makna bagi

    menjelaskan makna peralatan itu. Pelajar diberi latihan dan latih tubi penggunaan

    perkataan yang betul. Sebaliknya dalam pembelajaran bahasa kedua, makna

    haruslah dipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna itu sendiri.

    Misalnya makna perkataan perlulah di ajar dalam konteks kebudayaan yang penuh.

    Ini adalah cara yang difikirkan berkesan dalam memberikan makna.

  • 11

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    e. Kebiasaan Mempelajari Bahasa

    Dalam penguasaan bahasa pertama, kanak-kanak mempelajari pertuturan menurut

    kebiasaan tertentu. Kebiasaan ini mungkin kebiasaan seseorang individu atau

    kelompok penutur. Mereka mempunyai kumpulan sendiri dan mempunyai habit

    dalam cara bertutur yang tersendiri. Jadi kanak-kanak tidak perlu dihalang

    mengembangkan kebolehan mereka berbahasa secara tersendiri. Ini berbeza

    dengan pembelajaran bahasa kedua di mana pembelajaran berlaku adalah secara

    formal dan kanak-kanak hanya mempunyai seorang guru sahaja iaitu di sekolah.

    Jadi peluang pembelajaran hanya dapat diikuti di sekolah sahaja.

    MODEL HUMINITI

    Pendekatan ini menanam dignity dan self esteem pelajar dengan menolong setiap

    individu untuk mencapai potensi yang termampu. Teori Hirarki Keperluan Maslow

    (Rajah 2.1) menunjukkan bahawa sebelum pembelajaran boleh berlaku dengan

    berkesan, keperluan asas pelajar seperti keperluan fisiologi, keselamatan, kasih

    sayang dan keperluan, penghargaan diri, kognitif, estatik dan kesempurnaan kendiri

    perlu dipenuhi. Semasa proses pembelajaran, pendekatan humanistik ini lebih

    berpusatkan kepada murid dan murid diibaratkan sebagai seorang klien.

    Humanist ik berpendapat pembelajaran manusiabergantung kepada emosi

    dan perasaannya. Mereka menegaskan,setiap individu mempunyai cara belajar yang

    berbeza dengan individu yang lain. Strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah

    diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar sendiri.

    Teori ini juga menerangkan segala keperluan dianggap sebagai semula jadi

    yang diperolehi secara biologi mempengaruhi tingkahlaku.Susunan keperluan

    disusun atur mengikut keperluan iaitu keperluan yang kuat dan besar berada di

    bawah yang mesti dipenuhi sebelum keperluan peringkat yang lebih tinggi

    diperolehi.

    Peringkat Penerangan

    Peringkat 1:

    Keperluan Fis iologi

    Keperluan asas yang merupakan

    keperluan biologi diperlukan oleh

  • 12

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    individu seperti makanan,tempat

    t inggal,rehat. dan sebagainya.

    Peringkat 2:

    Keselamatan

    Keperluan kestabilan dan perlindungan

    dan rasa bebas.

    Peringkat 3:

    Kasih Sayang

    Keperluan rasa dihargai dan mendapat

    kasih sayang dari orang sekeli l ing

    termasuklah ibu bapa dan guru

    Peringkat 4:

    Penghargaan Dir i

    Keperluan penghargaan dan pujian dari

    orang lain dengan cara pujian dan kata-

    kata semangat.

    Peringkat 5:

    Kesempurnaan Kendir i

    Keperluan menggunakan kebolehan

    potensi dan keupayaan yang dimiliki.

    Dalam situasi kelas pemulihan khas guru haruslah menggunakan strategi dan teknik

    pengajaran yang berasaskan kepada kebolehan dan keupayaan murid. Kandungan

    dan aras kemahiran yang diajar haruslah mengambil kira kebolehan semasa murid.

    Bagi mempertingkatkan motivasi murid pemulihan khas guru seharusnya

    menghargai kejayaan yang diperolehi sungguhpun. Teknik penguhan akan

    meningkatkan perubahan tingkah laku positif. Model Humaniti dalam kurikulum

    pemulihan khas memerlukan pihak guru memastikan keperluan asas murid dipenuhi

    dan menjadikan bilik darjah yang kondusif. Guru pemulihan khas haruslahbersifat

    penyayang dan sentiasa membari ganjaran dan penuguhan yang sesuai kepada

    murid. Perancangan pengajaran yang berasaskan kepada keupayaan murid mampu

    meningkatkan pencapaian dan memberi motivasi kepada murid pemulihan khan

    untuk memperbaiki kelemahan mereka khususnya dalam masalam 3M

    (membaca,menulis dan mengira).

    MODEL PERKEMBANGAN

    Teori perkembangan adalah teras model perkembangan yang juga sebahagian

    daripada teori asas kurikulum murid pemulihan khas. Kurikulum melibatkan

    pengalaman yang dirancang dan tidak dirancang. Pengalaman kurikulum perlu

    berasakan kepada minat dan penglibatan murid dalam pengalaman yang aktif.

    Kurikulum yang sesuai adalah kurikulum yang dapat membina kemahiran

  • 13

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    bersesuaian dengan tahap perkembangan murid pemulihan khas. Model

    perkembangan murid pemulihan khas dikaitkan dengan perkembangan kognitif,

    emosi dan sosial. Beberapa teori perkembangan yang menjadi teras kepada model

    perkembangan seperti dinyatakan dalam jadual di bawah;

    Teori Penerangan

    Teori Perkembangan Kognitif Piaget Minda memainkan peranan penting

    dalam semua aspek perkembangan yang

    dilalui oleh manusia. Percaya bahawa

    manusia sentiasa aktif, bersedia,

    berupaya dan berpotensi besar untuk

    menggunakan kebolehan mental yang

    ada.Manusia sentiasa memproses

    maklumat , berpegang kepada prinsip

    bahawa individu merupakan ahli fikir

    yang dapat membentuk dan mencipta

    sesuatu berdasarkan relatif kebolehan

    yang dipunyai.Manusia sentiasa

    meneroka dan merubah persekitaran

    berdasarkan apa yang diperolehi

    daripada interaksi sosial dan psikologikal

    yang berlaku.

    Perkembangan Sosio-budaya Vygotsky Menurut Vygotsky, kanak-kanak telah menguasai pertuturan luaran dengan mula menggunakan satu perkataan,

    kemudian menggabungkan dua atau tiga perkataan dalam pertuturannya. Kanak-kanak akan menggunakan ayat-ayat

    yang mudah dan beransur-ansur kepada penggunaan ayat yang kompleks. Akhirnya mereka akan bertutur dengan

    jelas menggunakan ayat-ayat tersebut. Ini telah bertutur daripada satu bahagian (perkataan), kepada seluruh (ayat

    lengkap). Daripada aspek semantik kanak-kanak bermula daripada keseluruhan makna sepenuh yang

    kompleks. Kenudian menguasai unit-unit

  • 14

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    semantik yang berasingan seperti makna perkataan dan pemikiran yang

    menyeluruh kepada unit-unit. Aspek semantik dan pertuturan luaran berkembang mengikut arah yang

    berlawanan. Vygotsky menyatakan manusi bergerak balas kepada ransangan di persekitaran dan juga

    bergerak aktif terhadap persekitarannya untuk mencipta ransangan-ransangan yang baru. Satu jenis ransangan yang

    utama dicipta oleh manusia ialah isyarat komunikasi yang boleh mengubahsuai gerak balasnya sendiri dan juga gerak

    balas orang lain terhadap berbagai-bagai ransangan di persekitarannya. Sepanjang perkembangan hidup insan,

    isyarat-isyarat komunikasi luaran kian dibatinkan dan menjadi sistem pengaliran yang tertinggi bagi mengawal

    tingkah laku.

    Perkembangan Sosial Bandura Mengikut teori Bandura, pembelajaran

    melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkahlaku manusia. Melalui pemerhatian terhadap proses

    dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu, secara tidak lansung, mempelajari pula perubahan tingkah laku

    tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model, dan proses pembelajaran melalui pemerhatian

    tingkah laku model sebagai permodelan. Bandura berpendapat bahawa perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor

    dalam dalam diri (kognitif) dan persekitaran. Bandura cenderung kepada persekitaran. Dia sangat tertarik

    membayangkan kanak-kanak membuat penerokaan sendiri dan membina idea-idea sendiri. Bagaimanapun, secara

    nyatanya, pemikiran kanak-kanak dibentuk oleh persekitaran dengan model-model yang diikuti serta latihan-

    latihan sosial di persekitarannya

    BENTUK PROGRAM PEMULIHAN KHAS DI MALAYSIA

    a. Sistem Withdrawal

  • 15

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    Sistem withdrawal yang diamalkan menuntut guru-guru pendidikan pemulihan khas

    melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan rajin, tekun, bertenaga dengan

    bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai, berasaskan model pengajaran

    tertentu sehingga murid-murid yang ditempatkan di kelas pemulihan khas ini mampu

    menguasai kemahiran-kemahiran yang gagal dikuasai di kelas biasa dan

    ditempatkan semula di kelas biasa. Murid-murid yang terpilih ini akan hadir di kelas

    pemulihan khas pada waktu tertentu untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran

    berkaitan pemulihan Bahasa Melayu (membaca dan menulis) dan Matematik

    (mengira). Pada waktu mata pelajaran lain murid-murid ini akan mengikuti

    pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.

    b. Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR

    Guru mata pelajaran di kelas KBSR menilai pencapaian murid pada setiap sesi

    pengjaran dan pembelajaran. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut

    guru membuat analisis terhadap pencapaian murid dan seterusnya menentukan

    adakah terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang diajar. Sekiranya

    terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang telah diajar, maka guru mata

    pelajaran tersebut perlu melaksanakan pendidikan pemulihan dalam darjah dengan

    segera agar murid tersebut tidak ketinggalan dan jika dibiarkan, kemungkinan murid

    akan mengumpul kemahiran-kemahiran yang gagal dikuasainya. Bantuan khusus

    dan tindakan segera daripada pihak guru akan memudahkan pengesanan murid

    diperingkat awal.

    c. Program Literasi dan Numerasi (LINUS)

    Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga

    2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid

    Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi)

    dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan

    program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran

    Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012.

    d. Program Pendidikan Pemulihan Khas Murid Orang Asli (PKMOA)

  • 16

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    Program Khas Murid Orang Asli dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan untuk

    memenuhi keperluan pendidikan murid Orang Asli yang tidak dapat menguasai

    kemahiran asas lisan, membaca dan menulis. Mereka akan menjalani program

    Tahun Pemulihan selepas Tahun 2. Pusat Perkembangan Kurikulum telah

    menyediakan bahan kurikulum Bahasa Melayu Tahun Pemulihan iaitu Huraian

    Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Pemulihan dan Modul Buku Aktiviti 3 serta

    Bahan Bantu Mengajar (kad imbasan, papan magnetik dan magnet). Huraian

    Sukatan Pelajaran Tahun Pemulihan Bahasa Melayu memuatkan senarai kemahiran

    asas iaitu kemahiran mendengar dan bertutur (lisan), membaca, dan menulis yang

    perlu dikuasai oleh murid dalam Tahun Pemulihan. Huraian Sukatan Pelajaran ini

    berasaskan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang sedia ada.

    e. Program Tiga M (PROTIM)

    PROTIM Bahasa Melayu sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalami

    kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di samping

    mengira, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR. Objektif pengajaran

    pemulihan pula adalah seperti berikut : Program pemulihan pula dilaksanakan

    setelah murid dicalonkan, melalui ujian saringan dan diagnostik. Biasanya murid

    yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namun demikian, untuk murid tahun 4 dan 5,

    bergantung kepada budi bicara guru pemulihan dan rundingan dengan semua pihak

    dalam organisasi. PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga

    menghadapi masalah 3M dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini

    adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya akan terlibat dalam program

    PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai

    menduduki peperiksaan UPSR. Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan ke

    atas hendaklah mengikuti PROTIM.

    f. IPP3M (Instrumen Penentu Penguasaan 3M)

    IPP3M diperkenalkan bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid

    dalam kemahiran asas 3M. Hasil analisa maklum balas dari murid yang

    menggunakan istrumen IPP3M ini dapat menentukan kumpulan murid yang perlu

    meneruskan program pemulihan. Instrumen ini juga dapat memberi maklumat

    tentang tindakan yang patut diambil untuk membantu murid yang berkenaan.

  • 17

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    g. Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M)

    Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu

    program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai

    kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa

    yang sama program ini adalah bertujuan untuk membantu murid yang belum

    menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun

    satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum

    menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri

    daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan

    pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai

    kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan sepenuh

    masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa

    Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan

    strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan,

    Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-

    kemahiran dalam Bahasa Melayu. Secara keseluruhannya program ini dijalankan

    selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh

    sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan.

    Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak

    menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa

    Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal,

    mereka akan ditempatkan dalam program ini.

    RUMUSAN

    Prinsip yang terdapat dalam kurikulum pemulihan khas adalah

    pengubahsuaian daripada kurikulum biasa. Namun begitu bagi menampakkan

    program pemulihan khas sebahagian daripada sistem yang berada dalam

    pendidikan khas, sudah pasti modul ini akan membincangkan model

    kurikulum pemulihan khas berkaitan dengan model kurikulum pendidikan

    khas.

  • 18

    Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

    Beberapa model digunakan dalam merangkan kurikulum pemulihan khas

    termasuklah model kognitif,ekologi,humanistik dan perubatan.

    Teori perkembangan adalah teras model perkembangan yang juga

    sebahagian daripada teori asas kurikulum murid pemulihan khas. Kurikulum

    melibatkan pengalaman yang dirancang dan tidak dirancang. Pengalaman

    kurikulum perlu berasakan kepada minat dan penglibatan murid dalam

    pengalaman yang aktif

    Rujukan

    Crystal Joan Peter, Emeliana binti Elias, Mohd Sofi bin Nasri Perkembangan Kurikulum Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional http://eprints.utm.my/14941/1/Perkembangan_Kurikulum_Pendidikan_Khas_Teknik_dan_Vokasional.pdf

    Rachel Talmor dan Zohar Dayan Romem (2009). An Integrative Model For Including

    Children With Autistic Spectrum Disorder In General Education Settings A Practical Lesson In Israel. Wingate Institute: Israel

    Zainudin Mohd. Isa(2008). Analisis Keperluan Kurikulum Pendidikan Vokasional Pelajar Bermasalah Pembelajaran (LD) di Malaysia. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan : Universiti Kebangsaan Malaysia

    Bhasah Abu Bakar. 2012. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Quantum Books.Tanjong Malim.

    Jabatan Pendidikan Khas. 2000. Instrumen Penentu Penguasaan 3M.Pencetakan Nasional

    Berhad. Kuala Lumpur

    Gargnilo, R.M (2006) Special Education in Contemporary Society. USA: Watsworth

    Cole, P & Chan, L (1990) Methods and Strategies for Special Education. Sydney : Prentice

    Hall

    Bachor, D. & Crealock, C. (1986) Instructional for Students with Special Needs. Ontario:

    Prentice Hall

    Polloway, E. & Patton, J. (1997). Strategies for Teaching Learners with Special Needs. Ohio:

    Merrill