unit 7 pengaruh sosial kerja edit -...
TRANSCRIPT
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 7 24
]UNIT 7
Kandungan: Topik 1: Pengenalan Topik 2: Konsep pengaruh sosial Topik 3: Jenis pengaruh sosial Topik 4: Bentuk pengaruh sosial Topik 5: Penutup
Dalam hidup sehari-‐hari tingkah laku, pemikiran, perasaan adalah dipengaruhi oleh kehadiran (adanya) orang lain dan persekitaran di sekeliling kita. Dengan demikian manusia adalah tidak bebas daripada pengaruh orang lain dan juga persekitaran. Kita dipengaruhi misalnya melalui arahan, permintaan, dan malahan hanya melalui percontohan yang mudah. Kadang kala kita terpengaruh kerana akur kepada norma sosial. Kehidupan kita adalah tidak bebas, dan sebaliknya ditentu dan arahkan oleh anasir-‐anasir yang datang daripada luar diri kita. Dalam Topik ini kita akan cuba meneliti jenis dan bentuk pengaruh sosial.
Secara khusus, pengaruh sosial merujuk kepada sebarang tindakan yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan orang untuk mengubah sikap, tingkah laku,
PENGARUH SOSIAL
Objektif unit: Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat: 1. Menerangkan konsep pengaruh sosial. 2. Membezakan jenis-‐jenis pengaruh sosial 3. Menghuraikan bentuk-‐bentuk pengaruh sosial 4. Membezakan bentuk-‐bentuk pengaruh sosial
Topik 1: Pengenalan
Topik 2 : Konsep Pengaruh Sosial
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 7 25
pemikiran atau perasaan orang lain. Ia juga merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku, niat, kepercayaan, dan/atau nilai seseorang akibat daripada campur tangan orang lain. Pengaruh sosial tidak semestinya berlaku secara sehala, sebaliknya dua hala, iaitu saling pengaruh mempengaruhi. Pengaruh-‐mempengaruhi dalam kalangan manusia lazimnya terjadi melalui kontak sosial antara mereka. Misalnya, bukan sahaja ibu-‐bapa mengenakan pengaruh besar kepada anak-‐anak mereka, tetapi anak-‐anak juga berupaya mempengaruhi kehidupan mereka.
Jenis-‐jenis pengaruh sosial ditentukan oleh cara bagaimana manusia mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku orang lain. Sekiranya anda merujuk kepada kumpulan atau komuniti yang tertutup, misalnya komuniti yang dikategorikan sebagai kumpulan ajaran sesat (yang terdapat di kebanyakan negara), cuba anda teliti mengapa pengikut-‐pengikutnya begitu patuh (terpengaruh) kepada ketuanya? Bagaimana keadaan sedemikian dapat dipastikan? Berdasarkan kepada keadaan ini maka jenis-‐jenis pengaruh sosial dapat ditentukan Terdapat tiga jenis pengaruh sosial yang berkaitan dengan cara mengawal tingkah laku manusia, iaitu kawalan terhadap ekologi, terhadap peneguhan, terhadap kawalan dan terhadap maklumat.
Untuk menpengaruhi tingkah laku dan pemikiran manusia, salah satu caranya ianya dengan mengawal persekitaran di mana manusia berada. Ia merujuk kepada manipulasi-‐seseorang terhadap persekitaran fizikal yang dapat menghasilkan perubahan-‐perubahan dalam pemikiran dan tingkah laku. Adalah dimaklumi bahawa keadaan persekitaran, cuaca, persekitaran fizikal (hutan, padang pasir); cahaya lampu dan seumpamanya mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tingkah laku manusia. Penjara, hospital sakit jiwa, sekolah tentera, masjid dan gereja, dan institusi-‐institusi lain disusun untuk memberi kesan pada pemikiran dan tingkah laku dan nilai umum manu\sia. Dengan
Topik 3: Jenis Pengaruh Sosial
Sub topik 3.1: Kawalan Keatas Persekitaran (Ekologi)
Fikirkan: Hidup seharian kita adalah tidak terlepas daripada dipengaruhi oleh peraturan hidup yang telah diterima oleh masyarakat (norma). Maksudnya, kita adalah akur kepada norma sosial. Sejauhmanakah kita berani untuk berbeza dengan orang lain, dan bebas daripada dipengaruhi oleh norma sosial? Bukankah kebanyakan perubahan itu adalah dicetuskan oleh mereka yang berani untuk berbeza daripada orang lain?
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 7 26
menyedia dan menyusun cahaya lampu yang malap dan muzik yang indah mungkin dapat menghasilkan perasaan romantik di kalangan pasangan kekasih. Cuba anda kaji peranan pakar seni bena, pereka bentuk dalamam rumah dan taman, kurator muzium dan seumpamanya adalah untuk mempengaruhi perasaan, pemikiran dan tingkah laku melalui persekitaran yang mereka bentuk. Mengambil contoh kumpulan ajaran sesat biasanya membentuk komuniti tempat tinggal di kawasan terasing daripada masyarakat lain (terpencil), dan dengan demikian mudah untuk ketua mempengaruhi hidup pengikutnya
Kawalan ke atas sistem peneguhan merujuk kepada penggunaan ganjaran dan hukuman oleh seseorang individu untuk mempengaruhi individu-‐individu lain. Individu tersebut boleh menggunakan ganjaran-‐ganjaran dan hukuman-‐hukuman secara langsung, atau menggunakan insentif-‐insentif untuk memperolehi pengakuran daripada manusia sasaran pengaruh. Sekiranya kita mempunyai wang (ganjaran) dan kuasa, sebagai contoh, maka kita mudah untuk mempengaruhi orang lain menuruti kehendak kita. Mengambil contoh kumpulan ajaran sesat, biasanya ketua kumpulan mempunyai kuasa untuk memberikan ganjaran dan hukuman kepada pengikutnya agar mereka mematuhi perintah atau arahannya. Manusia mungkin menggunakan komunikasi untuk menyatakan ganjaran atau hukuman. Bentuk-‐bentuk komunikasi sedemikian yang begitu penting ialah ancaman dan janji. i. Ancaman -‐ Ancaman merupakan pengaruh sosial yang disampaikan melalui
komunikasi (secara lisan atau tanpa lisan) dengan tujuan untuk mewujudkan rasa takut atau khuatir pada orang lain. Terdapat dua bentuk ancaman yang dinyatakan secara lisan.. a. Ancaman tergantung, yang merujuk kepada cara mana seseorang itu
meminta manusia sasaran pengaruh dengan menyatakan bahawa hukuman akan dikenakan sekiranya (bergantung kepada) manusia sasaran itu gagal untuk akur. Ianya pula dibahagi kepada dua, iaitu: • Ancaman pencegahan. Komunikasi yang menyatakan tentang ancaman
seperti "Jangan buat, sekiranya buat...", yang bertujuan untuk mencegah.
• Ancaman paksaan. Dengan ancaman, paksaan seseorang itu meminta manusia sasaran pengaruh melakukan tingkah laku khusus, atau sekiranya tidak akan menerima hukuman daripadanya..
b. Ancaman tidak tergantung, yang seseorang nyatakan bahawa sesuatu hukuman akan dikenakan. Hukuman tidak bergantung kepada sebarang tingkah laku manusia sasaran pengaruh.
ii. Janji -‐ Melalui janji, seseorang itu mengkomunikasikan sesuatu niat untuk
menyediakan ganjaran kepada orang lain. Seperti juga ancaman, sesuatu janji mungkin boleh berbentuk lisan atau juga tanpa hsan; dan bergantung atau tidak
Sub topik3.2: Kawalan Keatas Sistem Peneguhan
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 7 27
bergantung. Satu janji bergantung adalah menawarkan satu pertukaran. Contohnya, "sekiranya awak buat X untuk saya, maka saya akan buat Y untuk awak”.
Dengan mengawal dan mempunyai maklumat manusia juga boleh mempengaruhi pemikiran dan tingkahlaku orang lain. Maklumat berperanan penting dalam mengubah psikologi manusia; dengan mengawal maklumat, maka kita boleh mempengaruhi orang lain. Mengapakah kumpulan ajaran sesat biasanya terletak di kawasan pendalaman? Ini bagi memastikan maklumat-‐maklumat daripada luar sukar untuk memasuki komuniti berkenaan, dengan demikian tingkah laku pengikut mudah dikawal.
Selain daripada tiga bentuk kawalan di atas, pujukan juga merupakan cara bagaimana untuk mempengaruhi orang lain. Pujukan merujuk kepada penggunaan alasan, fakta, ramalan, dan pernyataan nilai untuk mengubah pemikiran, sikap, nilai, atau tingkah laku manusia sasaran pengaruh. Terdapat tiga bentuk utama pujukan: mendation, amaran, dan pengaktifan komitmen. a. Mendation. Merujuk kepada komunikasi pujukan yang di dalamnya dinyatakan
perkara-‐perkara positif sekiranya seseorang itu mengikuti kehendak pujukan tersebut. Contohnya, "sebiji epal akan menjauhkan diri dari doktor". Pujukan ini bermaksud sekiranya kita makan epal maka kita tidak akan berjumpa doktor gigi kerana dengan memakan epal gigi kita menjadi sihat.
b. Amaran. Melalui amaran, pernyataan-‐pernyataan adalah mengenai kesan-‐kesan negatif yang mungkin diterima sekiranya manusia sasaran pengaruh tidak menuruti pengaruh seseorang itu., "Kuncilah kereta anda untuk mengelakkan daripada dicuri!"
c. Pengaktifan komitmen. Merujuk kepada cara mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku orang dengan menanamkan rasa moraliti yang tinggi yang seterusnya dapat meningkatkan komitmen untuk berbuat sesutu. Dengan menyatakan bahawa seseorang itu adalah manusia yang baik, pemurah dan alim, maka akan meningkatkan komitmennya untuk menderma.
Sub topik 3.3: Kawalan Ke atas Sistem Maklumat
Sub topik 3.4: Pujukan
Fikirkan: Setelah mengikuti dan memahami kandungan Topik 3 ini, anda seharusnya dapat menjawab persoalan ini: Mengapakah pada kebiasaannya kumpulan ajaran sesat membina komunitinya di kawasan pendalaman, terasing daripada komuniti-‐komuniti lain?
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 7 28
Pengaruh sosial boleh mengambil berbagai-‐bagai bentuk. Namun, antara bentuk-‐bentuk yang penting ialah pengakuran, penurutan, dan pematuhan. Sebelum dibincangkan dengan terperinci setiap bentuk pengaruh sosial, elok kita lihat definisiya.
• Pengakuran terjadi dalam situasi individu-‐individu mengubah tingkah laku mereka demi untuk mengikut (akur kepada) kepercayaan-‐kepercayaan atau piawaian-‐piawaian yang telah diterima umum (norma sosial)
• Penurutan berlaku apabila individu-‐individu mengubah tingkah laku mereka dalam bermaklum balas (menurut) pada permintaan langsung daripada orang lain.
• Pematuhan merujuk kepada individu mengubah tingkah laku mereka dalam bermaklum balas terhdap perintah langsung daripada orang lain (patuh).
Pengakuran merupakan satu penurutan pada norma sosial sesuatu kelompok apabila tidak ada arahan terus dibuat. Hidup kita sehari-‐hari adalah diatur oleh norma sosial (peraturan hidup) dan kadang kala tanpa soaljawab kita akur kepda peraturan tersebut. Dengan adanya norma sosial menyebabkan tingkah laku manusia, dalam keadaan tertentu, boleh diramalkan. Dalam banyak situasi terdapat peraturan-‐peraturan sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menyatakan bagaimana kita harus bertingkah laku dalam situasi-‐situasi tertentu. Antara kata lain, hidup kita sehari-‐hari adalah dipengaruhi oleh norma sosial yang kita akur dengannya. Mengapakah manusia akur? Individu-‐individu akur demi untuk diterima oleh orang lain, yakni untuk mengelakkan daripada penolakan. Kita akan disukai oleh ahli kelompok sekiranya kita akur dengan norma kelompok. Kajian Solomon Asch menunjukkan bahawa manusia akur kerana mereka terasa adanya tekanan daripada kelompok. Dalam mesyuarat, sebagai contoh, kita biasanya turut bersetuju dengan pandangan ahli-‐ahli lain, walaupun pada sebenarnya kita tidak bersetuju. Sekiranya adanya undian secara tertutup maka manusia adalah bebas untuk menyatakan pandangan; sebaliknya sekiranya undian secara terbuka, misalnya dengan mengangkat tangan, maka manusia cenderung untuk sama-‐sama bersetuju dengan ahli-‐ahli lain.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengakuran. Berdasarkan kajian, faktornya dapat diringkaskan seperti berikut:
• Saiz kelompok – semakin besar saiz kelompok semakin tinggi kecenderungan untuk akur.
• Darjah kerahsiaan – sekiranya keputusan dibuat secara berahsia (tertutup) maka semakin manusia tidak akur (sebab itulah pengundian dalam pilihan raya dibuat secara tertutup / rahsia).
Topik 4: Bentuk Pengaruh Sosial
Sub topik 4.1: Pengakuran
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 7 29
• Kehadiran orang lain yang tidak akur – apabila terapat orang lain yang tidak akur maka kecenderungan untuk akur adalah rendah, dan sebaliknya.
• Tarikan untuk akur – seseorang akur kerana ada kumpulan (misalnya kelompok rujukan) atau manusia yang kita sukai atau cintai adalah akur; mereka menarik kita untuk akur.
• Peranan maklumat – manusia akur kerana tidak mempunyai maklumat dan pengetahuan dan dengan demikian akur kepada apa yang dilakukan oleh orang lain yang ada maklumat dan pengetahuan.
• Peranan norma sosial -‐ biasanya manusia akur terhadap sesuatu norma sosial dengan tujuan mengelakkan daripada penolakan sosial (untuk diterima oleh sosial).
• Perbandingan sosial – manusia akur setelah membuat perbandingan sosial, iaitu agar tingkah lakunya sama dengan orang lain.
• Pengakuran sebagai taktik pengurusan impresi – mengikut teori pengurusan impresi, manusia ingin kelihatan menaraik pada mata orang lain; dengan demikian manusia akur pada norma kerana tidak manusia kelihatan “buruk” pada mata orang lain.
• Persamaan latar belakang dan nilai – manusia cenderung untuk akur kerana orang lain atau kelompok mempunyai latar belakang dan nilai yang sama dengannya (mungkin untuk tidak kelihatan berbeza atau untuk menjaga keharmonian kelompok
• Penghayatan – manusia akur kerana telah menghayati norma sosial dan bukan kerana tekanan kelompok atau/dan tekanan norma, sebaliknya kerana beliau berprinsip. Tidk terpengaruh untuk mengambil wang dihadapannya walaupun tidak ad orang lain berada ketika itu.
Penurutan secara lebih khusus, merujuk kepada perubahan tingkah laku akibat permintaan daripada orang lain. Berbeza dengan pengakuran yang merupakan maklum balas terhadap tekanan tidak langsung, penurutan adalah satu maklum balas terhadap tekanan langsung untuk akur terhadap permintaan. Penurutan untuk memenuhi kehendak seseorang sering kita hadapi dalam hidup kita sehari-‐hari. Misalnya, seorang pensyarah mungkin meminta anda berjumpa dengannya selepas kuliah; seorang jurujual meminta anda membeli barangan jualannya.
Sub topik 4.2: Penurutan
Fikirkan: Dalam sesuatu upacara, semua orang berdiri ketika lagu Negaraku dinyanyikan. Walaupun anda sebenarnya tidak mahu berdiri, tetapi akhir memaksa diri untuk berdiri juga (secara tidak ikhlas). Mengapa demikian?
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 7 30
Mengapa manusia menurut permintaan daripada oran lain? Diantara sebab-‐sebabnya ialah tanpa fikir dan tekanan daripada kuasa sosial.
a. Tanpa fikir – kadangkala manusia menurut permintaan daripada orang lain tanpa memikirkannya. Tanpa fikir bermaksud kita bermaklum balas terhadap sesuatu permintaan tanpa sebarang sebab-‐sebab yang jelas; atau lebih umum lagi, bertingkah laku tanpa berfikir mengenai sebabnya.
b. Tekanan kuasa sosial – kita menurut permintaan orang lain kerana orang berkenaan memiliki kuasa sosial. Terdapat enam asas kuasa sosial, iaitu enam jenis sebab yang berlainan mengapa seseorang mungkin menuruti permintaan orang lain. . i. Kuasa paksaan-‐ keupayaan untuk menghukum / mencederakan orang lain
sekiranya mereka tidak menuruti permintaan. ii. Kuasa ganjaran -‐ keupayaan untuk memberi peneguhan kepada orang lain
apabila mereka menuruti permintaan. iii. Kuasa kepakaran -‐ keupayaan untuk memberi nasihat atau pertolongan
kepada orang lain sekiranya orang lain itu mahu menurut kehendaknya. iv. Kuasa maklumat -‐ keupayaan untuk menguasai maklumat yang diingini oleh
orang lain, yang boleh mendorong orang lain menuruti permintaannya. v. Kuasa rujukan – keupayaan untuk menjadi rujukan kepada orang lain. vi. Kuasa sah (legal) -‐ kuasa yang diiktiraf sama ada oleh sosial mahu pun oleh
undang-‐undang atau kedua-‐duanya sekali.
Dalam hidup sehari-‐hari kita berhadapan dengan penjual baragan yang meminta kta membeli barangan, sukarelawan yang mengutip derma dan situasi-‐situasi lain yang mahukan penurutan daripada kita. Dengan demikian, bagaimana teknik untuk menghasilkan penurutan? a. Teknik permintaan-‐kecil (foot-‐in-‐the door) -‐ teknik ini bermaksud, kita meminta yang
kecil dahulu, (biasanya akan dikabulkan), setelah mendapat yang kecil kita mohon yang besar (yang sebenarnya kita mahukan). Ianya biasa digunakan oleh jurujual, yang mahukan kita untuk membenarkannya memberikan masa sedikit (atau buka pintu rumah untuk benarkan masuk dan lama kelamaan beliau mahukan kita untuk membeli barangan mereka.
b. Teknik permintaan-‐besar (door-‐in-‐the face) -‐ teknik ini bermaksud kita meminta sesuatu yang besar atau banyak (misalnya minta wang), dan apabila permintaan itu tidak ditunaikan kita meminta dalam jumlah yang kecil (jumlah yang sebenarnya kita mahukan). Ini biasa digunakan untuk memohon bajet.
c. Teknik "low-‐ball" – teknik ini bermaksud, manusia bersetuju untuk mengikuti permintaan daripada orang lain untuk sesuatu yang menarik (misalnya, membeli kereta baru) kerana adanya ganjaran yang disertakan sama (misalnya, kereta lamanya boleh dijual dengan harga tinggi untuk down-‐payment). Namun, setelah bersetuju mendapatkan sesuatu yang menarik itu (kereta baru), ganjaran tersebut dikurangkan atau ditarik balik (harga tinggi untuk kereta terpakainya dikurangkan). Walaupun ganjaran ditarik balik, manusia biasanya terus mengikuti permintaan tersebut(membeli kereta baru) kerana telah ada komintmen dengan sesuatu itu (suka pada kereta baru). Sering digunakan oleh jurujual kenderaan.
d. Biar sedikit tetap dapat membantu – teknik ini bermaksud sekiranya kita ingin
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 7 31
meminta orang lain untuk menderma maka nyatakan kepada mereka untuk menderma secara ikhlas, walaupun sedikit, dan tidak menetapkan jumlah derma dengan nilai yang banyak. Teknik ini akan lebih berkesan.
e. Menanamkan rasa bersalah – teknik ini bermaksud untuk mempengaruhi orang lain, misalnya untuk meminta tolong daripada mereka, adalah dengan cara menanamkan rasa bersalah pada diri mereka sekiranya tidak memberikan pertolongan.
f. Sentuhan – teknik ini bermaksud untuk meminta sesuatu pada seseorang, kita menggunakan sentuhan fizikal (misalnya sentuh bahunya);boleh juga menggunakan sentuhan emosi, misalnya dengan memuji atau menyebut nama.
g. Mencadangkan atribusi. Teknik ini bermaksud untuk meminta orang lain berbuat sesuatu adalah dengan mencadangkan ciri-‐ciri (atribusi) positif atau negatif. Misalnya, daripada menulis kenyataan “Jangan buang sampah merata-‐rata”, sebaliknya tulislah “ “Anda seorang yang pembersih, yang tidak buang sampah merata-‐rata”.
Sementara itu beberapa startegi untuk mendapatkan penurutan digunakan untuk mempengaruhi tingkah laku orang lain. a. Meminta (sama ada secara langsung atau tidak langsung). Contoh: "Bolehkah anda " b. Menyatakan kepakaran peribadi. Contoh: "Saya baca di Laporan Pengguna
bahawa...." c. Menawarkan satu sebab peribadi. Contoh: "Saya perlukan....kerana” d. Menyatakan satu perhubungan peranan. Contoh: "Sekiranya anda benar-‐benar
kawan saya, anda akan...." e. Menawarkan janji untuk menolong. Contoh: "Sekiranya anda berbuat ini untuk saya,
saya berjanji saya akan...." f. Menyatakan satu norma. Contoh: "Setiap orang melakukannya." g. Menyatakan satu prinsip moral. Contoh: "Adalah satu yang baik untuk
melakukannya." h. Menyatakan altruisme. Contoh: "Kesihatan orang lain bergantung kepada anda." i. Memuji. Contoh: "Anda kelihatan amat menarik hari ini." j. Menawarkan untuk satu objek (atau rasuah). Contoh: "Saya akan beri anda $100
sekiranya anda......" k. Merayu untuk mempengaruhi perasaan mereka. Contoh: "Saya akan menangis
sekiranya anda tidak....” l. Menawarkan satu kritikan peribadi. Contoh: "Anda begitu kedekut, sehingga anda
tidak akan...." m. Membuat satu penipuan. Contoh: "Bos menyuruh saya memberitahu saudara"
(apabila bos sebenarnya tidak pernah berkata apa-‐apa mengenainya). n. Membuat ancaman. Contoh: "Saya akan beritahu ayah sekiranya awak tidak..." o. Menggunakan paksaan. Contoh: "Buat sekarang juga" (disertai dengan pergerakan
fizikal).
Fikirkan: Kita menuruti kehendak orang lain kerana adanya norma sosial yang menyatakan bahawa “Hari ini hari awak, besuk hari saya pula”; Hidup ini adalah “saling memberi dan menerima.” Norma inilah yang menjadikan hidup bermasyarakat menjadi kukuh.
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 7 32
Pematuhan adalah merujuk kepada perubahan tingkah laku akibat daripada patuh kepada arahan daripada seseorang yang mempunyai autoriti (kuasa). Seorang askar patuh kepada perintah yang diberikan oleh pegawai atasannya. Kita biasanya patuh kepada arahan atau perintah daripada ibu-‐bapa kita. Namun demikian kepatuhan seperti ini adalah biasa; apa yang mendapat tumpuan dalam psikologi sosial ialah kepatuhan yang ekstrim atau melampau, misalnya seseorang yang sanggup mencederakan atau membunuh orang lain, atau sanggup membunuh diri sendiri atas dasar menurut perintah daripada seseorang (misalnya daripada ketua). Kajian atau eksperimen oleh Stanley Milgram telah dijalankan sekitar tahun 1960an yang bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana manusia itu patuh kepada perintah untuk mencederakan orang lain. Eksperimen yang dibentuknya menyerupai situasi apabila seseorang mengarahkan seseorang lain melakukan tindakan ganas terhadap orang lain. Subjek-‐subjek eksperimen terdiri daripada lelaki yang berumur antara 20 tahun hingga 50 tahun. Mereka telah diberitahu bahawa eksperimen berkenaan adalah mengenai hukuman dalam proses pembelajaran. Pelajaran yang akan "diajarkan" oleh subjek adalah pelajaran lisan. Subjek-‐subjek telah diberitahu bahawa "pelajar" juga terdiri daripada subjek kajian, tetapi pada hakikatnya "pelajar" tersebut adalah sekutu pengkaji. Subjek-‐subjek sebenar kajian akan bertindak sebagai "guru", dan menjadi tugas mereka untuk memberikan kejutan elektrik kepada pelajar setiap kali pelajar membuat kesilapan dalam proses pembelajaran tersebut. Hasilnya adalah memeranjatkan dimana sebilangan besar subjek sanggup mengenakan kejutan elektrik di peringkat tertinggi iaitu 450 volt kepada pelajar. (Sebenarnya, kejutan elektrik itu tidak ada, tetapi "guru" percaya bahawa ianya ada, dan "pelajar" berlakon dengan menjerit-‐jerit apabila "kejutan elektrik" itu dikenakan kepada mereka). Kesimpulan kajian ialah manusia sanggup mencwderakan orang lainatas dasar patuh kepada perintah. Daripada kajian tersebut dan kajian-‐kajian lain yang mengikutinya, telah dicadangkan pelbagai sebab yang menerangkan mengapa orang-‐orang biasa Amerika membenarkan diri mereka dipujuk melakukan tingkah laku kejam. Rumusannya ialah: • Subjek-‐subjek digalakkan oleh pengkaji untuk patuh. • Siri-‐siri kejutan yang diberikan adalah secara berperingkat-‐peringkat
yangmembolehkan mereka menambah tingkat hukuman dalam pertambahan yang kecil, bermula daripada peringkat yang rendah dan tidak ada maklum balas yang negatif daripada pelajar.
• Tidak adanya hukuman terhadap tingkah laku "ganas" tersebut. Kepatuhan terhadap arahan-‐arahan lebih cenderung terjadi apabila autoriti yang mengeluarkan arahan-‐arahan tersebut dihormati dan rasmi.
Sub topik 4.3: Pematuhan
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 7 33
Hidup kita adalah terdedah dengan pengaruh orang lain dan persekitaran. Namun, mudah atau tidaknya kita dipengaruhi, bergantung kepada beberapa faktor, termasuk faktor diri kita sendiri. Dalam keadaan tertentu, kita seharusnya perlu juga mempunyai kemahiran dalam mempengaruhi orang lain. Begitu juga, kita perlu mengakuri norma-‐norma masyarakat demi untuk kesejahteraan kita dan juga masyarakat. Kita mungkin menuruti pengaruh orang-‐orang yang berwibawa seperti ibu-‐bapa kita dan undang-‐undang, namun di pihak lain kita tidak sepatutnya begitu mudah dipengaruhi oleh mereka yang memerlukan pematuhan kita untuk merosakkan orang lain. Sejarah menunjukkan bahawa kepatuhan yang ekstrim berakhir dengan kehancuran seperti yang ditunjukkan oleh kelompok-‐kelompok pemuja (ajaran sesat). Daripada perbincangan dalam bab ini sekurang-‐kurangnya kita mendapat pengajaran bahawa kita seharusnya dapat mentafsir terlebih dahulu sesuatu pengaruh sosial yang dikenakan oleh orang lain terhadap diri kita sebelum mengikuti pengaruh tersebut.
Topik 5: Penutup
Fikirkan: Manusia nampaknya berkecenderungan untuk menyertai kumpulan-‐kumpulan tertentu (misalnya kumpulan ajaran sesat, kumpulan agama dan seumpamanya) sebaik sahaja selepas berlaku peristiwa tertentu dalam hidup mreka, misalnya selepas bercerai, atau baru berpindah rumah ke kawasan bandar. Mengapa berlaku sedemikian?
1. Definisikan pengaruh sosial dan bagaimana konsep-‐konsep kuasa sosial, pengakuran, penurutan dan pengakuran dapat dibezakan antara satu dengan lain.
2. Jelaskan tentang teknik-‐teknik dalam mendapatkan penurutan daripada orang lain. 3. Jelaskan tentang penyataan yang menyatakan bahawa manusia yang normal pun
sanggup untuk membunuh orang lain atas dasar menurut menurut perintah. 4. Mengapakah ketua ajaran sesat pada kebiasaan mempunyai pengaruh yang kuat
keatas pengikutnya?