universiti kebangsaan malaysia · web viewrumusan keberkesanan relatif dasar fiskal dan dasar...

12
EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 9: Analisis Keseimbangan IS-LM dan Keberkesananan Dasar Pengenalan Keseimbangan IS-LM, Kesimbangan Stabil Dan Tak Stabil Faktor Mempengaruhi Keseimbangan Pendapatan Dan Kadar Bunga Keberkesanan Relatif Dasar Fiskal Dan Dasar Kewangan Rumusan Keberkesanan Relatif Dasar Fiskal Dan Dasar Monetari 1

Upload: others

Post on 19-Jan-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EPPD1023: Makroekonomi

Kuliah 9: Analisis Keseimbangan IS-LM dan Keberkesananan Dasar

Pengenalan

Keseimbangan IS-LM, Kesimbangan Stabil Dan Tak Stabil

Faktor Mempengaruhi Keseimbangan Pendapatan Dan Kadar Bunga

Keberkesanan Relatif Dasar Fiskal Dan Dasar Kewangan

Rumusan Keberkesanan Relatif Dasar Fiskal Dan Dasar Monetari

Pengenalan

Keseimbangan IS-LM, Kesimbangan Stabil Dan Tak Stabil

-Rajah menunjukkan gabungan keluk LM dan IS. Keluk LM menunjukkan keadaan keseimbangan pasaran wang, sementara keluk IS menunjukkan keadaan keseimbangan pasaran barangan. Titik E di mana kedua-dua keluk bersilang dinamakan sebagai keseimbangan IS-LM atau keseimbangan umum. Pada titik keseimbangan r0 dan Y0 adalah nilai yang menghasilkan keseimbangan serentak dalam pasaran wang (termasuk pasaran bon) dan pasaran barangan. Titik lain bukan merupakan titik keseimbangan umum.

-Proses pelarasan kepada keseimbangan model IS-LM

Faktor Mempengaruhi Keseimbangan Pendapatan Dan Kadar Bunga

-Kesan dasar monetari mengembang

-Kesan dasar fiskal dan kesan dasar benar lain

-Pertambahan perbelanjaan kerajaan dan kesan asakan keluar

-Pertambahan dalam hasil cukai

-Dasar belanjawan terimbang

-Perubahan pelaburan autonomous

Keberkesanan Relatif Dasar Fiskal Dan Dasar Kewangan

-Keberkesanan dasar kewangan dan kecerunan keluk IS

-Keberkesanan dasar kewangan dan kecerunan keluk LM

-Keberkesanan dasar fiskal dan kecerunan keluk LM

-Keberkesanan dasar fiskal, kecerunan keluk LM dan kesan asakan keluar

-Keberkesanan dasar fiskal pada pelbagai kecerunan keluk LM boleh dikaitkan dengan konsep kesan asakan ke luar. Kesan ini bermaksud bahawa apabila perbelanjaan kerajaan bertambah, pelaburan swasta akan berkurang. Kesan ini terjadi kerana peningkatan perbelanjaan kerajaan akan meningkatkan pendapatan Negara, yang mana seterusnya meningkatkan permintaan terhadap wang untuk tujuan urusniaga. Oleh kerana penawaran wang tetap, masyarakat akan menjual bon untuk memiliki wang tunai. Tindakan ini akan menyebabkan harga bon akan turun, yang bererti kadar bunga akan meningkat, dan seterusnya pelaburan swasta akan menurun. Kesan asakan keluar akan semakin besar jika kecerunan keluk LM semakin curam. Ini kerana peningkatan kadar bunga adalah semakin tinggi apabila keluk LM semakin curam atau semakin tidak anjal.

G( ( Y( ( Md( ( r( ( I( ( Y(

-Keberkesanan dasar fiskal dan kecerunan keluk IS

Rumusan Keberkesanan Relatif Dasar Fiskal Dan Dasar Monetari

-Pada kecerunan IS yang diberi

-Keberkesanan dasar kewangan (monetari) semakin meningkat apabila kecerunan keluk LM semakin curam atau keanjalan permintaan wang terhadap kadar bunga semakin tidak anjal (rendah atau kecil).

-Keberkesanan dasar fiskal semakin meningkat apabila kecerunan keluk LM semakin landai atau keanjalan permintaan wang terhadap kadar bunga semakin anjal (tinggi atau besar).

-Pada kecerunan LM yang diberi

-Keberkesanan dasar kewangan (monetari) semakin meningkat apabila kecerunan keluk IS semakin landai atau semakin anjal (tinggi atau besar).

-Keberkesanan dasar fiskal semakin meningkat apabila kecerunan keluk IS curam atau semakin tak anjal (rendah atau kecil).

1