universiti malaysia sa bahmenyiapkan projek penyelidikan ini. setinggi-tinggi penghargaan diucapkan...
TRANSCRIPT
KEFAHAMAN PENGGUNA TERHADAP PENSIJILAN HALAL PADA MAKANAN SEGERA
NORAQILAH OMAR
TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHIIJAZAH SARJANA MUDA
SAINS MAKANAN DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN
PERPUSTAKAM UNIYERSITI MALAYSIA S~ABAI
SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2007
~'. UMS ;;:...::
UNIVERSITI MALAYSIA SA BAH
PUMS 99:1 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
DAZAH: .Jo.fjM.D.. ~ J'cu"M ~.}::/JJvJJ\ IJ ~(JJ) /~vy/ttn (~M ~ tJ CLn /J~aN~J
SESJ PENGAJlAN: ;}.oolj- ( d-CJq
Saya N oRA G) L A+/ oM.ftft (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (LPSI Satjanal Doktor Falsafah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi . 4. ** Sila tandakan ( I )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
SULIT dalam AKT A RAHSIA RASMl 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukakan TERHAD oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(T ANDA T ANGAN PUST AKA W AN)
Alamat Tetap: No. 5f6~, 70JN)..11 R.J~ ~ ,
I Nama Penyelia
Tarikh: ag- /(J"S /07-I. I
::::A T A TAN: * Potong yang tidak berkenaan. * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampiran surat daripada pihak berkuasa/organsasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Srujana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara ketja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM).
UM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PENGAKUAN
Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali segala nukilan. ringkasan. dan rujukan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya.
08 MEl 2007 (NO QILAH OMAR)
(HN2004-3767)
u s UNIVERSIll MALAYSIA SABAH
PENGESAHAN
DlPERAKUKAN OLEH
PENYELIA PROJEK
(EN. SHARIFUDIN MD. SHAARANI)
PEMERIKSA 1
(elK ADILA MD RAMlI)
PEMERIKSA2
(PN. RAMLAH GEORGE @ MOHO ROSlI)
DEKAN
(PROF. MADYA DR. MOHO ISMAIL ABDULLAH) ---!ld- .
PENGHARGAAN
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas ke~asama semua pihak samada terlibat secara langsung atau tidak lang sung dalam menyiapkan projek penyelidikan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada En. Sharifudin Md. Shaarani, yang bertindak sebagai penyelia projek sepanjang saya menyiapkan projek penyelidikan ini kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan kajian ini.
Terima kasih juga ditujukan buat ibu bapa dan keluarga saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan sepanjang saya menyiapkan projek penyelidikan. Terima kasih atas segalanya dan penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu dan berkongsi idea.
Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada mana-mana individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyempumakan kajian ini.
IV
'UMS UNIVERSITI MAlAYSIA SABAH
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pendapat serta pengetahuan pengguna beragama Islam dan bukan Islam di sekitar bandar Kota Kinabalu mengenai pensijilan halal dalam industri makanan segera. Kajian dijalankan di beberapa tempat yang menjadi tumpuan orang awam seperti kompleks beli-belah. Seramai 200 orang responden dipilih secara rawak berusia di antara 15 hingga 60 tahun. Survei ini menggunakan borang kaji selidik yang mengandungi 5 bahagian. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 13.0. Hasil kajian menunjukkan tahap pemahaman responden bukan Islam mengenai konsep makanan halal adalah tinggi iaitu 60.9% tetapi hanya 22.4% responden beragama Islam tahu konsep makanan halal. Tahap pendidikan menunjukkan hubungan yang signifikan dengan fahaman dan konsep makanan halal. Semakin tinggi tahap pendidikan responden, semakin tinggi fahaman dan konsep responden terhadap makanan halal. T erda pat hubungan yang signifikan antara umur dengan pemilihan premis makanan. Faktor makanan kegemaran (40.4%), tanda halal dipamerkan (22.7%), dan bersih (17.7%) merupakan faktor-faktor utama pemilihan restoran makanan segera. Manakala logo halal (61.7%), bahan-bahan yang digunakan (17.9%), kandungan nutrien yang baik (8.2%) pula kriteria-kriteria yang diutamakan semasa membeli produk makanan. 55.2% responden berpendapat pensijilan halal dapat membantu dalam pemilihan makanan dan perancangan pembelian makanan kerana pengguna tidak lagi ragu tentang kandungan produk makanan tersebut. 47.8% responden menyatakan tujuan pensijilan halal kepada pengguna adalah supaya pengguna dapat mengetahui kandungan sesuatu produk makanan adalah suci dan bersih, dan 56.2% responden menyatakan bahawa pensijilan halal dikuatkuasakan untuk memastikan sumber bahan mentah dan bahan-bahan yang digunakan adalah mengikut hukum syarak. Secara keseluruhan, responden berpendapat bahawa pensijilan halal adalah penting dalam industri makanan segera dan membawa kebaikan kepada negara dengan adanya sijil halal dapat menyakinkan pengguna Islam makanan tersebut bukan sekadar tidak mengandungi bahan yang dilarang agama malah meyakinkan pengguna bukan Islam tentang kualiti serta kebersihan makanan tersebut.
v
UMS UNIVERSIiI MALAYSIA SA BAH
ABSTRACT
CONSUMER'S UNDERSTANDING OF HALAL CERTIFICA TE IN FAST FOOD INDUSTRY
This survey was conducted in order to investigate on the opinion and knowledge in the implementation of halal certificate in fast food industry between non-muslim and muslim. Survey was done at the public place such as shopping complex. About 200 respondents aged from 15 to 60 years old were selected randomly and were asked to answer the questionaire. Data col/ected were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 13.0 to get the frequency and relation between factors using correlation and chi-square. The results of the analysis showed that non-muslim consumers had a high percentage of understanding in halal concept (60.9%) while 22.4% of Muslim consumer understand the halal concept. Level of education showed a significant association with consumer's understanding and concept of halal (>f= 119.01, P = 0.000). Consumer with high level of education have high understanding the concept of halal. There also had a significant association between age and in choosing fast food restaurant ( >f = 43.83, P = 0.029). Availability for favorite food (40.4%), halal marked been showed (22.7%), and clean (17.7%) are ranked as the most important criterias affecting in choosing fast food restaurant. While halal marked (61.7%), food ingredients (17.9%) and contains good nutrients (8.2%) are the important criterias when buy food products. 55.2% respondents think that halal certificate can help them in choosing food product because consumers no longer doubt about the food ingredients. 47.8% respondents says that reason for implement halal certificate is to help consumer to know about the food ingredient is clean and 56.2% respondents says that implementation of halal certificate is to ensure the raw material and ingredients is according to syarak. Overall, respondents think implementation of ha/al certificate are important in fast food industry and bring profrt to country because halal certificate can assure consumer about the quality and cleanliness of the food.
Vl
~lLMA~
HAlAMAN JUDUl
PENGAKUAN
PENGESAHAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
SENARAIKANDUNGAN
SENARAIRAJAH
SENARAI JADUAl
lSI KANDUNGAN
SENARAI SIMBOl DAN SINGKA TAN
SENARAI lAMPIRAN
BAB 1: PENDAHUlUAN
1.1 PENGENALAN
1.2 OBJEKTIF
BAB 2: ULASAN PERPUSTAKAAN
2.1 INOUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN
2.2 TAKRIFAN HALAL
2.3 HALA TUJU PASARAN HALAL
HALAMAN
ii
iii
iv
v
vi
vii
x
xi
xii
xiii
1
1
3
4
4
5
6
2.3.1 PENGELUARAN MAKANAN HALAL 01 MALAYSIA 7
2.4 MALAYSIA SEBAGAI HUB SERANTAU BAGI PROOUK HALAL 8
2.4.1 PENSIJILAN ATAU LOGO 8
2.4.2 STANDARD DAN AKREDITASI 11
2.4.3 INISIATIF DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI MAKANAN HALAL 12
Vll
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SA BAH
2.4.4 INSENTIF 13
2.4.5 STATUS PENSIJILAN HALAL 13
2.4.6 AKTIVITI PROMOSI 14
2.4.7 KERJASAMA ANTARABANGSA 14
2.5 KEISTIMEWAAN MEMILIKI SIJIL PENGESAHAN HALAL DAN LOGO HALAL 15
2.5.1 MENAMBAH KEYAKINAN PENGGUNA 15
2.5.2 SATU SUMBANGAN SOSIAL 15
2.5.3 MEMUDAHKANPEMANTAUAN 15
2.5.4 PENINGKA TAN PRODUKTIVITI DAN LABA KEUNTUNGAN 16
2.6 PROSEDUR PEMERIKSAAN - KEPERLUAN 16 PREMIS MAKAN
2.7 BAHAN TAMBAH MAKANAN 17
2.7.1 GELATIN 18
2.7.2 RENET 19
2.7.3 WEI (WHEY) 20
2.7.4 ENZIM 20
2.8 ANALISIS MAKANAN HALAL SECARA SAINTIFIK 20
2.9 JAMINAN HALAL KFC HOLDINGS (MALAYSIA) SDN BHD 22
BAB 3: BAHAN DAN KAEDAH 23
3.1 LA TAR BELAKANG KAJIAN 23
3.2 BORANG SOAL SELIDIK 23
3.3 PERSAMPELAN 24
3.4 KAJIANAWAL 24
3.5 KAJIAN SEBENAR 24
3.6 ANALISIS DATA 25
viii
'UMS UNIVERSITI MALAYSIA SA BAH
BAB 4: HASIL DAN PERBINCANGAN 26
4.1 DEMOGRAFI RESPONDEN 26
4.2 KONSEP HALAL 29
4.2.1 KEFAHAMAN PENGGUNA BUKAN ISLAM MENGENAI KONSEP HALAL 29
4.2.2 KEFAHAMAN PENGGUNA ISLAM MENGENAI KONSEP HALAL 31
4.3 FAKTOR PEMILIHAN PREMIS MAKANAN SEGERA DAN PRODUK MAKANAN 34
4.3.1 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMILIHAN PREMIS MAKANAN SEGERA 35
4.3.2 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMILIHAN PRODUK MAKANAN 37
4.4 PENSIJILAN HALAL DALAM INDUSTRI MAKANAN SEGERA 38
4.5 PENDEDAHAN MENGENAI PENSIJILAN HALAL 41
4.6 TAHAP KESEDARAN MENGENAI PRODUK HALAL 43
4.7 PENGETAHUAN MENGENAI PENSIJILAN HALAL 44
4.8 PENDAPAT, PERSEPSI DAN SIKAP TERHADAP PENSIJILAN HALAL 45
4.8.1 KEPENTINGAN PENSIJILAN HALAL
4.8.2 KEBAIKAN PENSIJILAN HALAL
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 KESIMPULAN
5.2 CADANGAN
RUJUKAN
LAMPIRAN
46
46
48
48
50
51
54
u s UNIVERSITI MALAYSIA SA BAH
SENARAIRAJAH
RAJAH HALAMAN
Rajah 4.1 Restoran makanan segera pilihan responden 36 mengikut keutamaan
Rajah 4.2 Faktor pemilihan premis makanan segera megikut umur 37
Rajah 4.3 Faktor-faktor mengapa pensijilan halal penting dalam 40 industri makanan segera
Rajah 4.4 Faktor-faktor mengapa pensijilan halal tidak penting 41 dalam industri makanan segera
Rajah 4.5 Pendapat responden mengenai pendedahan pengguna 44 terhadap pensijilan halal berdasarkan tahap pendidikan
SENARAI JADUAL
JADUAL HALAMAN
Jadual2.1 Bayaran yang dikenakan untuk permohonan sijil halal berdasarkan kategori 9
Jadual2.2 Ciri-ciri Industri 10
Jadual2.3 Kadar Caj Rumah Sembelih 10
Jadual2.4 Saiz Premis Rumah Sembelih 10
Jadual2.S Kadar Caj Premis Makanan/Restoran/Katering dan Hotel 11
Jadual2.6 Jumlah sijil halal yang telah dikeluarkan berdasarkan tahun dan kategori 13
Jadual4.1 T aburan frekuensi responden berdasarkan maklumat demografi 28
Jadual4.2 Fahaman pengguna bukan Islam tentang konsep halal berdasarkan umur 31
Jadual4.3 Fahaman pengguna Islam tentang konsep halal berdasarkan umur 33
Jadual4.4 Pemilihan premis makanan segera berdasarkan agama 38
Jadual4.S Faktor pemilihan produk makanan mengikut agama 39
Jadual4.6 Pendapat responden mengenai pendedahan mengenai 43 sijil halal kepada setiap pengguna
Xl
~llM.~
%
AFCB
DSC
DSM
FTIR
GAP
IKS
IMP
JAIN
JAKIM
KDNK
KFCH
MAIN
MITI
MS
NAP
RM
SMIDP
SENARAI SIMBOl DAN SINGKA TAN
peratusan
Ayamas Food Production Bhd
Differential Scanning Calorimetry
Department of Standard Malaysia
Fourier Trasforrn Infrared Spektrokopi
Good Agriculture Practices
Industri Kecil dan Sederhana
Industrial Master Plan
Jabatan Agama Islam Negeri
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Keluaran Dalam Negara Kasar
Kentucky Fried Chicken Holdings
Majlis Agama Islam Negeri
Malaysia International Trade and Industrial
Malaysian Standard
National Agricultural Policy
Ringgit Malaysia
Small and Medium Industries Development Plan
~ 1!ITIM'~YSI'~
A
B
C
D
E
F
G
H
SENARAI LAMPIRAN
Borang Kaji Selidik
Taburan Frekuensi Mengikut Demografi
Faktor Pemilihan Produk Dan Premis Makanan Segera
Faktor Pemilihan Restoran Makanan Segera Mengikut Agama
Hubungan antara tahap pendidikan dan fahaman konsep makanan segera
Pensjijilan Halal Dalam Makanan Segera Mengikut Umur
Korelasi Antara Fahaman Dan Konsep Makanan Halal
Pendapatan responden berdasarkan pekerjaan
Fahaman tentang makanan halal bagi pengguna bukan Islam berdasarkan umur
u s UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BAB1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Restoran makanan segera tumbuh bagaikan cendawan kerana beberapa faktor. Antara
faktor yang menggalakkan pertumbuhan restoran segera adalah seperti layanan
perkhidmatan segera yang ditawarkan, lokasi yang menyenangkan, persekitaran yang
bersih dan nyaman serta harga yang berpatutan membentuk ciri-ciri restoran makanan
segera yang menjadi pilihan orang ramai. Kini terdapat lebih setengah juta restoran
makanan segera di dunia dan daripada jumlah itu lebih separuh iaitu anggaran 300,000
buah adalah di Amerika Syarikat. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Nielson
Online Consumer Survey (2005) pada oktober 2004, di antara 28 buah negara termasuk
Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Syarikat, Asia muncul sebagai negara yang
mempunyai ramai pengemar makanan segera. 59% rakyat Malaysia menjamu selera di
restoran makanan segera sekali seminggu atau lebih, berbanding 35% di kalangan
rakyat Amerika dan 10% penduduk Eropah, menurut kaji selidik 'Keyakinan dan
Pendapat Pengguna' yang dilakukan oleh AC Nielsen; ia menyatakan bahawa 98%
rakyat Malaysia makan di restoran-restoran makanan segera.
Nilai pasaran restoran makanan segera kini be~umlah RM 1.6 bilion. Pasaran itu
dijangka akan berkembang sekitar 5 peratus setahun dengan perubahan dalam aliran
semasa dan gaya hidup. Oi Malaysia, restoran makanan segera seperti A & W,
McDonalds, Kentucky Fried Chicken (KFC) , dan Burger King telah bertapak selama 30
tahun dan sekarang berlaku perubahan corak pemakanan yang mengemari makanan
segera. Makanan segera menawarkan produk seperti pizza, ayam goreng, burger,
~ llITlM'~YSIA~
daging dan sebagainya. Disebabkan kemajuan yang dinikmati sekarang, masyarakat
lebih gemar memilih makanan segera kerana ketidakcukupan masa untuk menikmati
makan tengahari kerana cenderung untuk bergerak pantas setiap masa (Hanson, 2002).
Jumlah restoran makanan segera meningkat dua kali ganda dari tahun 1972 sehingga
1995 dan sekarang dianggarkan 247,113 seluruh negara (Wainwright, 2002).
Isu halal haram merupakan isu yang amat sensitif bagi umat Islam. Masyarakat
Islam dikejutkan dengan banyak pendedahan produk terutama makanan yang selama
ini dianggap halal tetapi sebaliknya berlaku penipuan dengan mencampurkan makanan
tersebut dengan bahan haram atau menggunakan bahan pembungkus, penyalahgunaan
logo halal dan sebagainya. Masyarakat Islam sekali lagi berada dalam dilema kerana
mereka tidak ada keupayaan untuk memastikan makanan atau produk barangan yang
ada di pasaran adalah halal.
Sijil Pengesahan halal dan logo halal merupakan satu pengiktirafan yang
menunjukkan kehalalan sesuatu hasil makanan, minuman, dan bahan gunaan untuk
orang Islam berasaskan kepada hukum syarak. la bertujuan untuk mengatasi kekeliruan
dan keraguan yang timbul di kalangan pengguna Islam berkaitan dengan kehalalan atau
kesucian sesuatu makanan, minuman dan bahan gunaan yang dikeluarkan.
Sebahagian besar pengguna Islam mempunyai kesedaran mengenai
kepentingan makanan halal, bukan sahaja membabitkan pembelian daging ayam dan
temakan lain tetapi juga pelbagai jenis makanan. Ini berikutan pemeriksaan yang
dilakukan oleh Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) ke atas beberapa pusat
penyembelihan ayam yang mendapati kebersihan di premis itu masih tidak memuaskan.
Terdapat juga kes orang yang kurang arif mengenai penyembelihan mengikut hukum
syarak yang akhimya membangkitkan keraguan serta kurang yakin di kalangan
u s UNIVERSITI MALAYSIA SA BAH
pengguna Islam. Isu halal bukan hanya mengenai pemakaian logo tetapi meliputi
jangkauan makna yang lebih menyeluruh. melibatkan pelbagai proses penyediaan
makanan tersebut termasuklah kebersihan penyediaan dan kesucian makanan.
Selain itu, isu yang timbul adalah mengenai penggunaan sijil dan logo halal.
Dewasa ini. tiada Akta Halal untuk menangani isu-isu berhubung produk halal kerana
sijil pengesahan dan logo halal bukan sesuatu yang diwajibkan kepada pengusaha. la
bergantung kepada pengusaha dan Akta Perihal Dagangan 1972 membenarkan kepada
semua pengusaha menggunakan logo halal mereka sendiri (Muhammad Hisyam, 2004).
Hal ini menimbulkan sedikit kegusaran di kalangan pengguna yang prihatin terhadap
halal atau haram produk makanan yang mereka beli.
Memandangkan isu pensijilan dan pemakaian logo halal ini masih baru dan
kurang kajian yang dijalankan di Malaysia berbanding dengan negara - negara lain,
maka kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan sijil halal dalam industri
makanan segera.
1.2 OBJEKTIF
1. Untuk mengetahui pendapat antara pengguna Islam dan pengguna bukan Islam
mengenai pensijilan halal dalam industri makanan segera.
2. Untuk mengetahui pemahaman pengguna Islam dan bukan Islam mengenai
konsep makanan halal.
(!) !),Sln MA~VSIA ~
BAB2
ULASANPERPUSTAKAAN
2.1 Industri Pemprosesan Makanan
Industri pemprosesan makanan akan digalakkan untuk mengambil peluang daripada
kedudukan Malaysia yang kukuh dari segi pensijilan halal bagi meneroka pasaran halal
global yang semakin berkembang. Sehubungan ini, usaha akan dipergiat untuk
membangunkan Malaysia sebagai hub serantau untuk standard hala!. Oi samping
menaik taraf infrastruktur dan kemudahan yang sedia ada untuk pengeluaran makanan
halal, beberapa taman makanan halal yang baru akan ditubuhkan. Selain itu,
pengeluaran produk makanan halal akan terus digalakkan untuk merebut peluang
daripada potensi pasaran eksport halal yang luas. Langkah ini termasuk pemprosesan
dan pembungkusan keluaran daging, ikan, dan keluaran berasaskan makanan yang lain
(Fatimah,2006). Permintaan terhadap produk makanan halal dijangka terus meningkat
berikutan bertambahnya kesedaran masyarakat Islam terhadap tuntutan peraturan
makanan Islam.
Penekanan yang lebih juga akan diberikan untuk meningkatkan imej negara
sebagai sumber makanan halal yang berkualiti dan selamat serta menonjolkan piawai
pensijilan halal negara MS1500:2004 Garis Panduan Am dalam Pengeluaran,
Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan Makanan Halal sebagai piawai premium
untuk makanan hala!. Oi samping itu, Malaysia akan dibangunkan sebagai pusat
pensijilan produk halal dan pensijilan halal JAKIM akan dipromosi ke seluruh dunia.
4
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABA"
2.2 Takrifan Halal
Mengikut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia terbitan JAKIM, Halal berasal
daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum
Syarak. Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan
"Halal") 1975 adalah seperti berikut:
• apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk
dalam perjalanan perdagangan atau pemiagaan sebagai suatu perihal dagangan
atau sebagai sebahagian suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu,
perbahasaan-perbahasaan 'Halal', apa perbahasaan lain yang menunjukkan
atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam
adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka
perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang
berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
a. bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda
dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya
atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
b. tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut
Hukum Syarak;
c. tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang
tidak bebas dari benda-bend a najis mengikut Hukum Syarak; dan
d. tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu
bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak
memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa
benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.
5
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2.3 Hala Tuju Pasaran Halal
Makanan halal telah dihasilkan sekian lama tetapi lima tahun kebelakangan ini dengan
pertambahan penduduk yang pelbagai budaya dan agama, isu halal yang timbul
menyebabkan perlabelan dan penjenamaan terhadap produk halal semakin
berkembang. Malaysia sangat berpotensi menjadi hub untuk industri makanan halal di
peringkat global. Dianggarkan nilai perdagangan daripada kewujudan hub itu mencecah
RM 1.5 trilion. Untuk pasaran domestik, nilainya cukup besar iaitu RM 5 bilion (Saipul
Adli,2005).
Berdasarkan Laporan Ekonomi 2004/2005, usaha itu direalisasikan
menggunakan pelbagai strategi, seperti Pelan Induk Perindustrian Kedua (IMP2) 1996 -
2005 (AI-Abror, 2005). Di bawah IMP2, salah satu hala tuju strategik yang digubal ialah
usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub halal antarabangsa. Beberapa sektor
yang berpotensi dalam pemprosesan makanan telah dikenalpasti, termasuk ternakan
dan pemprosesan daging halal. Pelan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
(SMIDP) 2001-2005 dan Dasar Pertanian Negara Ketiga (NAP3) 1998-2010 turut
menyediakan hala tuju tambahan kepada industri ini. Sasarannya adalah memasarkan
produk halal kepada 1.8 bilion pengguna Islam di seluruh dunia.
Sijil halal JAKIM dibahagi kepada tiga kategori iaitu: produk makanan, prems
makan, dan rumah sembelih. Pad a masa kini, JAKIM telah memperakui hampir 300
rumah sembelih di seluruh dunia. Angka ini memperkukuhkan imej Malaysia sebagai
badan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan halal. Pengiktirafan halal telah
bermula pada tahun 1971 dan sijil halal diperkenalkan pad a 1994. sistem pensijilan ini
adalah asas kepada Codex Alimentarius Commission untuk penggunaan istilah halal.
Berdasarkan kepada penyataan Datuk Mustafa Abdul Rahman, pengarah bahagian
6
UMS UNIVEASITI MALAYSIA SA BAH
JAKIM, Malaysia telah diperakui mempunyai piawaian halal yang terbaik di peringkat
global (Che Mamat, 2005).
2.3.1 Pengeluaran Makanan Halal Oi Malaysia
Pengeluaran makanan halal di Malaysia agak kecil sebagaimana dicerminkan oleh nilai
tambah keluaran pembuatan makanan (termasuk minyak masak dan minuman)
sebanyak RM10,876 juta atau 2.8% daripada KONK dalam nilai semasa pada tahun
2003. walau bagaimanapun, berdasarkan kepada peningkatan nilai tambah tahunan
yang kukuh sebanyak 7.3% dalam tempoh sedekad yang lalu (1994-2003), potensi
industri ini untuk terus berkembang adalah menggalakkan. Oi samping itu, subsektor
pertanian bagi perikanan, ternakan dan pelbagai (sayur-sayuran dan buah-buahan)
yang sebahagiannya mempunyai kaitan dengan industri makanan halal menyumbang
RM10,376 juta atau 2.6% kepada KONK pada tahun 2003, meningkat 6.6% setahun
dalam tempoh yang sama. Pengeluaran prod uk ternakan ayam-itik terutamanya,
mempunyai prospek yang terbaik untuk memperkembangkan lagi pasaran eksport. Ini
memandangkan ketika ini Malaysia berada pad a kedudukan ke-12 tertinggi di kalangan
negara pengeksport ayam-itik dan menyumbang 1.5% kepada bahagian pasaran global.
Bagi daging lembu dan kambing pula, langkah sedang diambil untuk mempergiatkan lagi
pengeluaran tempatan memandangkan industri ini menyumbang hanya kira-kira satu
per empat kepada jumlah permintaan kapasiti.
Pad a masa ini juga, malaysia merupakan negara pengimport bersih makanan.
Pada tahun 2003, jumlah perdagangan negara bagi produk makanan bemilai RM21, 188
juta dengan RM 12,745 juta atau 60.2% daripadanya merupakan import. Dari segi
destinasi eksport, Singapura merupakan pasaran terbesar dengan menyumbang
RM2,146 juta atau 25.4% daripada jumlah eksportl
diikuti oleh negara ASEAN lain
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
(kecuali Singapura) sebagai satu kumpulan (RM1,712 juta;6%), Kesatuan Eropah
(RM1,359 juta;16.1%), China/Hong Kong (RM569 juta;6.7%), Amerika Syarikat (RM504
juta;6%) dan Jepun (RM4.5 juta;4.9%). Walaupun nilai eksport ke pasaran Asia Barat
agak kecil (RM513 juta;6.1%), namun begitu, pasaran ni berpotensi untuk terus
berkembang memandangkan bilangan pengguna Muslim yang ramai di rantau
berkenaan.
2.4 Malaysia Sebagai Hub Serantau Bagi Produk Halal
Dalam tahun. 2004, kerajaan meneruskan usaha untuk membangunkan Malaysia
sebagai hub serantau bagi pengeluaran produk dan perkhidmatan hala!. Kerajaan telah
menyediakan infrastruktur perlu dan mekanisma sokongan pentadbiran bagi
menggalakkan pertumbuhan pelaburan dalam industri produk halal serta membantu
pengilang di Malaysia memperolehi kelebihan daya saing.
Pembangunan hub halal melibatkan usaha bersepadu di peringkat persekutuan
dan kerajaan negeri. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
merupakan agensi penyelaras dan bertanggungjawab, antara lain, merangka dasar dan
strategi, mendapatkan maklum balas industri, mengenal pasti dan menyelesaikan isu-
isu berbangkit, serta menggalakkan ke~asama antarabangsa.
2.4.1 Pensijilan atau Logo
Pada 15 Januari 2004 logo "Halal Malaysia" telah didaftarkan sebagai tanda
pengesahan di bawah Akta Cap Dagangan 1976, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) merupakan pemilik logo halal tersebut. Sijil halal JAKIM mempunyai ciri-ciri
keselamatan dan logo halal JAKIM juga telah didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan
8
~ 1!ITIM'~YSI'~
di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu di
bawah Akta Perihal Dagangan 1972.
Bagi produk yang dikilangkan di luar Malaysia untuk dipasarkan sarna ada di
Malaysia atau di lain-lain negara, JAKIM tidak lagi mengeluarkan sijil dan logo halal.
Pihak syarikat boleh menggunakan sijil dan logo halal yang dikeluarkan oleh Badan
Islam di negara berkenaan yang diiktiraf oleh JAKIM. Sijil pengesahan halal dan logo
halal akan dikeluarkan setelah barang, premis dan tempat makanan yang berkaitan
didapati memenuhi kehendak peraturan halal mengikut hukum syarak. Bayaran
dikenakan berdasarkan kategori seperti jadual 2.1.
Jadual 2.1: Bayaran yang dikenakan untuk permohonan sijil halal berdasarkan kategori
JENIS PENGESAHAN BAYARAN
INDUSTRI MAKANAN
• Produk Kilang RM 1,500
• Industri Keeil dan Sederhana RM400
• Premis Restoran I Hotel (berangkai) RM300
• Premis Restoran I Katering I Kedai I Gerai RM300
• Premis Rumah Sembelih I Pasar RM 150
• Produk Industri Kampung RM200
INDUSTRI KOSMETIK
• Produk Kilang RM500
INDUSTRI MAKANAN KESIHATAN
• Produk Kilang RM200
Sumber: Jabatan KemaJuan Islam MalaysIa, 2005
Kadar caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pemohon adalah mengikut
kategori yang telah ditetapkan dan tertakluk kepada perubahan seperti jadual 2.2, jadual
u s UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2.3, jadual 2.4 dan jadual 2.5. bayaran pensijilan halal yang dikenakan adalah untuk
tempoh dua (2) tahun.
Jadual 2.2: Ciri-ciri Industri
Industri Ciri-ciri
Industri Kecil Nilai jualan tahunan s RM 500,000 peke~a
s 50 orang
Contoh: Industri kampung
Industri Kecil & Sederhana (IKS) Nilai jualan tahunan ~ RM 500,000 hingga
RM 25 juta
peke~a s 150 orang
Industri Nasional Secara global & mempunyai rangkaian di
beberapa negara
Nilai jualan tahunan ~ RM 25 juta
Peke~a ~ 150 orang
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2005
Jadual 2.3: Kadar Caj Rumah Sembelih
Premis Kecil Premis Sederhana Premis Besar
(RM) (RM) (RM)
100 400 700
Sumber: Jabatan KemaJuan Islam Malaysia, 2005
Jadual 2.4: Saiz Premis Rumah Sembelih
BiI.Kambing Bil. Lembu
Saiz Premis Bil. Ayam {danlatau
(dan/atau (dan/atau sejenisnya)/hari
sejenisnya)/ hari sejenisnya)/ hari
Kecil <2000 <500 <50
Sederhana 2000-3000 500 -700 50 -100
Besar >3000 >700 >100
Sumber: Jabatan KemaJuan Islam Malaysia, 2005
u s UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
RUJUKAN
Akbay, C., Tiryaki, G. Y., Gul, A. 2006. Cosumer Characteristic Influencing Fast Food Consumption In Turkey. Journal of Food Control www.sciencedirect.com
AI-Abror Mohd. Yusuf. 2005. "Umat Islam Nadi Makanan Halal" (atas talian) http://www.jphpk.gov.my/Malay/Sept04%2021d.htm
Azlinariah Abdullah. 2006. "Laba Industri Halal" (atas talian) http://www.jphpk.gov.my/Malay/berita/Jan07%2023.htm
Azran Jaafar. 2006. Akta Makanan Halal Perlu Disegera: Kuasa Perundangan Mampu Tingkat Kredibiliti Negara Sebagai Hub. Berita Harian, 13 Jun: 14.
Berita Harian. 2004. Masih Ada Umat Islam Tidak Faham Konsep Halal. Berita Harian. 30 Julai.
Che Mamat, C. H. P. 2005. "Get Certified". The Ha/al Journal Jan/Feb, 2005. (31)
David B. Fankhauser. "Rennet For Making Cheese" (atas talian) http://www.biology.clc.uc.edu/fankhauser/cheese/renneUrennet.html
Fatimah Mohamed Arshad. 2006. Cabaran Pelan Industri. Utusan Online. 21 Ogos.
Ghafani Awang Teh. 2003. "Sijil Halal Bertaraf Global" (atas talian) http://www.jphpk.gov.my/Malay?Dis03%2026f.htm
Hanson, R. (2002). Turkey HRI food service sector report 2002. USDA Foreign Agricultural Service Gain Report #TU2012. (atas talian) http://fas.usda.gov.
"Isu Pensijilan dan Pemakaian Logo Halal" (atas talian) http://www.abim.org.my/portal/modules/news/article . php?storyid=512. 28 Mac 2005.
Jabatan Perkhidmatan Haiwan. 2005. Analisis Makanan Halal Cara Saintifik. (atas talian) http://www.jphpk.gov.my/malay/mac05%2026.c.htm.
"KFC Holdings (Malaysia) Bhd - Halal Guaranteed. Anywhere. Anytime: KFC Dijamin Halal" (atas talian) www.kfc.com.my/2005
Laporan Ekonomi 2004/2005. Prestasi dan Prospek Ekonomi 200412005. 37-39 (atas talian) http://www.pks-anz.org/modules.php
Laporan Ekonomi 200212003. Kementerian Kewangan Malaysia. 67-68.
Laporan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia 2004. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia.
"Makanan Segera: Adakah Pilihan BijakT (atas talian) http://www.ikim.com.my Dicetak 28 Julai 2006.
Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. 2005. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 1-2.
McSwane, D., Rue, N., Linton, R. Prentice Hall:Essentia/s of Food Safety and Sanitation. 3rd Edition. 2003. USA
MEMPERKASAKAN PERTANIAN DAN INDUSTRI BERASASKAN PER TANIA N. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. a.(95)
MEMPERKASAKAN PERTANIAN DAN INDUSTRI BERASASKAN PER TANIA N. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. b.(103)
Muhammad Hisyam Mohamad. 2006. Pengesahan Halal Seri Kelebihan Peringkat Global. Berita Harian, 28 Mei (atas talian) http://www.institut kefahaman islam malaysia IKIM/2004 Dicetak pad a 09 Disember 2004.
Nielsen, AC, 2005. Consumer in Asia Pacific - Our Fast Foodffake Away Consumption Habits. (2005). Retrieved April 13, 2005, (atas talian) http://www2.acnielsen.com/reports/documents/2004 ap fastfood.pdf/.
"Nombor E - Bahan Tambah Makanan" Buletin Pengguna Bil. 5/2004 (atas talian) www.kpdnhep.gov.my Dicetak pad a Mei 2004.
"Pembentangan Usul Mengenai Kajian Separuh Penggal RMK-8" (atas talian) www.pms.gov.my/webnotesApp/PastPM. nsf/acfe
52
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SA BAH
Radzee. 2006. "Gelatin Ha/a/:Kisah ha/a/?tak kisahT (atas talian) http://www.ha/a/ge/atine.com/Artike/satu.htm/
Rancangan Ma/aysia Ke-/apan (2001-2005) Bab 09: Pembangunan Perindustrian. (atas talian)http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan 1. nsfN AIIOo4EO 1 024c 3055
Remi Yahya-Ishmael. 2005. The Halal Journal- Journal of The Global Halal Market. May/June 2005: 30-31
Riaz, M. N., Chaudry, M. M. Ha/al Food Production. 2004. CRC Press LLC. United States Of America.
Saipul Ad Ii Mohamad. 2005. "Angkara Nila Setitik" http://www.jphpk.gov.my/Malay/Jun05%204.htm
Siti Ainiza Kamsari. 2007. "Halagel Pelopor Gelatin Halal Malaysia" (atas talian) http://www.utusan .com.my/utusan/achieve . asp?y=2006&dt=0616&pub=utusan. m alaysia&sec=b
Syed Rasheeduddin Ahmed. 2004. "Halal Food News: Not All Whey Is Made The Same Way" (atas talian) http://www.halaI2u.com/modules/news/article.php?storyid=7
Utusan Malaysia. 2002. Pilih Makanan Segera Dengan Betul. Utusan Malaysia, 25 Oktober.
Wainwright, M. 2002. US Food Service Industry Forecast. Chicago: Technomic Inc.
Yaakob Che Man. Halal Gadget - New Product and Technologies. The Halal Journa/Journal of The Global Ha/al Market. March/April 2005:28
Zuarida Mohyin. 2006. "UPM Bangunkan Teknik Kesan Khinzir Dalam Makanan" (atas talian) http://www.jphpk.gov.my/Malay/Mac06%2014.htm
53
UMS UNIV£RSITI MALAYSIA SABAH