universiti putra malaysia pembangunan sebuah instrumen
TRANSCRIPT
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PEMBANGUNAN SEBUAH INSTRUMEN BERAUTOMATIK UNTUK
MENGUKUR KEBERGUNAAN PERISIAN KURSUS TUTORIAL MATEMATIK
NORAIDAH BINTI SAHARI @ ASHAARI
FSKTM 2007 15
PEMBANGUNAN SEBUAH INSTRUMEN BERAUTOMATIK UNTUK
MENGUKUR KEBERGUNAAN PERISIAN KURSUS TUTORIAL
MATEMATIK
NORAIDAH BINTI SAHARI @ ASHAARI
DOKTOR FALSAFAH
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
2007
PEMBANGUNAN SEBUAH INSTRUMEN BERAUTOMATIK UNTUK
MENGUKUR KEBERGUNAAN PERISIAN KURSUS TUTORIAL
MATEMATIK
Oleh
NORAIDAH SAHARI @ ASHAARI
Tesis Ini Dikemukakan Kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra
Malaysia Sebagai Memenuhi Keperluan Untuk Ijazah Doktor Falsafah
Julai 2007
ii
Absrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai
memenuhi keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah
PEMBANGUNAN SEBUAH INSTRUMEN BERAUTOMATIK UNTUK
MENGUKUR KEBERGUNAAN PERISIAN KURSUS TUTORIAL
MATEMATIK
Oleh
NORAIDAH SAHARI @ ASHAARI
Julai 2007
Pengerusi: Profesor Madya Abdul Azim b. Abdul Ghani, PhD
Fakulti: Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Pemilihan perisian kursus matematik (PKM) oleh guru adalah penting agar PKM
yang digunakan oleh pelajar benar-benar berguna. Tujuan utama penyelidikan ini
adalah untuk membangunkan satu instrumen pengukuran atribut kualiti kebergunaan
suatu perisian kursus matematik (IPKpkm) dan menyediakan bukti psikometrik bagi
kesahan dan kebolehpercayaannya. Di sepanjang empat fasa penyelidikan ini jumlah
peserta kajian adalah 714 orang dan enam jenis PKM digunakan. Setiap peserta
perlu melakukan pemeriksaan heuristik terhadap PKM dan melengkapkan IPKpkm.
Pertama, berdasarkan pandangan secara teori satu model hipotesis dengan tiga faktor
iaitu kebolehgunaan, kefungsian dan kecekapan, lima sub-faktor dan tujuh kriteria
dicadangkan. Kajian awal menghasilkan 85 metrik senarai semak (IPKpkm_1).
Kedua, kesahan kandungan dilakukan bagi memeriksa ketepatan dan kesesuaian
metrik oleh panel pakar yang terdiri daripada lapan orang pensyarah dan dua orang
Penolong Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum. Berdasarkan pandangan panel
penilai, sebanyak 67 metrik dipilih bagi membentuk satu set soal selidik dengan
skala jenis-Likert-lima-mata (IPKpkm_2). IPKpkm_2 ditadbir ke atas 35 orang guru
matematik sekolah menengah. Analisis metrik iaitu ujian diskriminasi dan
iii
kebolehpercayaan metrik dilakukan dan tiga metrik disingkir. Ketiga, IPKpkm_3
dengan 64 metrik ditadbir ke atas 626 orang guru matematik daripada lima zon di
Malaysia. Analisis menggunakan SPSS 12 dijalankan bagi menentukan pemboleh
ubah yang memberi kesan kepada skor kebergunaan PKM. Didapati tiga
pembeolehubah iaitu, bidang pengkhususan guru, pengalaman menggunakan
komputer dan ralat penilaian menyumbang kepada skor kebergunaan. Dapatan
analisis ini membentuk rumus min skor kebergunaan. Analisis faktor penjelajahan
(AFJ) dan analisis faktor pengesahan (AFP) mendedahkan penyelesaian tiga faktor
sebagaimana model hipotesis. AFJ mencadangkan lapan kriteria dan mengurangkan
metrik kepada 57 (IPKpkm_4). Keputusan AFP awal, peringkat pertama, kedua dan
ketiga menunjukkan model mempunyai padanan yang baik dengan 34 metrik
(IPKpkm_5). Analisis kebagusan-padanan menyokong model hipotesis dan kesahan
konstruk bagi IPKpkm_5. Kesahan konvegen dan diskriminan yang ditunjukkan
menguatkan bukti kesahan konstruk. Keempat, IPKpkm_5 dibandingkan dengan
satu lagi instrumen yang setara iaitu Instrument for Evaluating Chinese Educational
Software (IECES). Kedua-dua instrumen ditadbir ke atas 26 orang pelajar
Pendidikan Matematik Tahun 3, UKM. Korelasi positif kedua-dua instrumen
tersebut menyokong kesahan kriteria dan seterusnya melengkapkan ujian kesahan.
Keputusan pengiraan kebolehpercayaan konstruk bagi tiga faktor dan lapan kriteria
mendapati kebolehpercayaan yang baik hingga sangat baik ditunjukkan. Selanjutnya
satu sistem penilaian kebergunaan PKM berasaskan Web (SPKpkm) telah
dibangunkan dan diuji. Sistem ini memudahkan proses penilaian dan dapat menjana
min skor kebergunaan secara automatik.
iv
Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfilment
of the requirement for the Degree of Doctor Philosophy
DEVELOPMENT OF AN AUTOMATED INSTRUMENT FOR MEASURING
THE USEFULNESS OF MATHEMATICS TUTORIAL COURSEWARE
By
NORAIDAH SAHARI @ ASHAARI
July 2007
Chairman: Associate Professor Abdul Azim b. Abdul Ghani, PhD
Faculty: Computer Science and Information Technology
Selecting mathematics courseware (PKM) by teachers is essential in order to get the
most useful courseware for students. Empirical research is hindered by the lack of
standard instruments with valid and reliable factor, criteria and metrics. Therefore
the primary purpose of this study was to develop an instrument for evaluating the
usefulness of mathematics courseware called IPKpkm and to provide psychometric
evidence of validity and reliability. Through out four phases of this study, 696
participants were involved and six types of PKM were used. Each participant was
required to evaluate the courseware heuristically and complete the IPKpkm form.
First, based on the theoretical perspective, a hypothesize model with three factors
which were usability, functionality and efficiency, five sub-factors and seven criteria
were proposed. Preliminary study produced initial instrument (IPKpkm_1)
consisting of 85 checklist metrics. Second, each metric was reviewed for clarity and
appropriateness of metrics content by an expert panel consisting of eight lecturers
from four local universities and two Assistant Directors from the Curriculum
Development Center. Based on the experts’ judgments, 67 metrics were selected to
form the first version of the questionnaire with a five-point-Likert-type scale
(IPKpkm_2). IPKpkm_2 was administered to 35 secondary mathematics teachers.
v
Metrics analysis was conducted and three metrics were eliminated. Third,
IPKpkm_3 with 64 metrics were administered to 626 mathematics teachers in five
zones through out Malaysia. Analysis using SPSS 12 was conducted to find the
variable that showed significant contribution to the PKM usefulness score. Findings
suggested that three variables, which were teacher’s academic background, computer
usage experience and evaluation error, had significant impact to PKM usefulness
score. From these findings PKM usefulness mean score formula were constructed.
Exploratory and confirmatory analysis revealed a three factors solution similar to the
hypothesized model. Exploratory factor analysis suggested eight criteria and reduced
the metrics to 57 (IPKpkm_4). Results from the initial, first, second and third
confirmatory factor analysis using AMOS 5, produced 34 metrics instrument
(IPKpkm_5) that provided good fit models. Goodness-of-fit analysis had supported
the hypothesized models and construct validity of IPKpkm_5. Convergent and
divergent validity were supported hence added strong evidence of construct validity.
Fourth, IPKpkm_5 were compared to similar instrument called Instrument for
Evaluating Chinese Educational Software (IECES). Both instruments were
administered to 26 Third Year Mathematics Education, UKM students. Positive
correlation of both scores supported the criterion validity of IPKpkm_5 and thus
completed validity tests. Results from construct reliability showed there was good to
very good reliability for the three factors and eight criteria. Finally, a web-based
evaluation system to measure the usefulness of PKM (SPKpkm) was developed and
tested. The system makes the evaluation process more efficient and can generate the
mean score automatically.
vi
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdullilah kehadrat Allah SWT tesis ini dapat disempurnakan. Sekalung
penghargaan untuk penyelia-penyelia Prof. Madya Dr. Abdul Azim Abdul Ghani,
Prof. Madya Hj. Hasan Selamat dan Prof. Madya Dr. Aida Suraya Hj. Md Yunus
serta mantan penyelia Dr. Hj. Ismail Abdullah, di atas pandangan, bimbingan dan
nasihat sepanjang perjalanan penyelidikan ini. Semoga semuanya sentiasa
diberkatiNya. Jutaan terima kasih kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia dan
dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat di atas peluang dan pembiayaan yang
diberi bagi melanjutkan pengajian ini. Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-
rakan pensyarah terutama Ain, Hazura, Aishah, Haslina, Faezah, Kam, Ummul, Ita
dan Kak Pah yang banyak memberi galakan dan nasihat dalam menghadapi cabaran
menyiapkan tesis ini..
Penghargaan yang tiada batasan kepada Cikgu Ramlan, Pn Nuriza, Pn. Nor Rizan,
Pn. Azyyati, Pn Salmi, Harida, Shima, Min, Ahho, dan Zurita di atas bantuan secara
langsung dalam melancarkan pengurusan penyelidikan ini. Kepada guru matematik
di sekolah menengah di negeri Selangor, Perak, Johor, Terengganu, Kedah dan
Sarawak serta pelajar-pelajar Pendidikan Matematik, Fakulti Pendidikan, UKM,
ribuan terima kasih di atas kesudian anda semua mengambil bahagian dalam kajian
ini.
Untuk yang dikasihi, mak, abah, suami, Kamarzuman Abd Rahman dan anak-anak,
Azhan dan Aina serta keluarga, doa, pengorbanan, kesabaran, sokongan, dan nasihat
semua amat dihargai. Semoga kita sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT.
vii
Saya mengesahkan bahawa Jawatankuasa Pemeriksa bagi Noraidah Sahari @
Ashaari telah mengadakan peperiksaan akhir pada 4 Julai 2007 untuk menilai tesis
Doktor Falsafah beliau bertajuk “Pembangunan Sebuah Instrumen Berautomatik
untuk Mengukur Kebergunaan Perisian Kursus Tutorial Matematik” mengikut Akta
Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1980 dan Peraturan-peraturan
Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1981. Jawatankuasa Pemeriksa
memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahi Ijazah tersebut. Anggota
Jawatankuasa Pemeriksa adalah seperti berikut:
Pengerusi, PhD
Professor
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia
(Pengerusi)
Pemeriksa 1, PhD
Professor
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia
(Pemeriksa Dalam)
Pemeriksa 2, PhD
Professor
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia
(Pemeriksa Dalam)
Pemeriksa Luar, PhD
Professor
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia
(Pemeriksa Luar)
_______________________________
HASANAH MOHD GHAZALI,
PhD
Profesor/Timbalan Dekan
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia
Tarikh:
viii
Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Univesiti Putra Malaysia dan telah
diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah. Ahli
Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:
Abdul Azim Abdul Ghani, PhD
Profesor Madya
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Universiti Putra Malaysia
(Pengerusi)
Hj. Mohd, Hasan Selamat, M.Sc.
Profesor Madya
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Universiti Putra Malaysia
(Ahli)
Aida Suraya Hj. Md. Yunus, PhD
Profesor Madya
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
(Ahli)
______________________
AINI IDERIS, PhD
Profesor/Dekan
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia
Tarikh: 9 Ogos 2007
ix
PERAKUAN
Saya mengaku bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan
dan sedutan yang telah diberi penghargaan dalam tesis. Saya juga mengaku bahawa
tesis ini tidak dimajukan untuk ijazah-ijazah yang lain di Universiti Putra Malaysia
atau di institusi-institusi lain.
___________________________________
NORAIDAH BT. SAHARI @ ASHAARI
Tarikh: 13 Julai 2007
x
JADUAL KANDUNGAN
Halaman
ABSTRAK ii
ABSTRACT iv
PENGHARGAAN vi
PENGESAHAN vii
PENRAKUAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvii
BAB
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.1.1 Teknologi Komputer Dalam Pendidikan 2
1.1.2 Guru Sebagai penilai 4
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Persoalan Kajian 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Kepentingan Kajian 9
1.6 Batasan Kajian 10
1.7 Definisi Operasi 11
1.8 Rangka Kandungan Tesis 16
2 SOROTAN SUSASTERA
2.1 Pengenalan 19
2.2 Perkembangan Komputer dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
20
2.2.1 Sekolah Bestari 22
2.2.2 Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris
24
2.2.3 Penggunaan Perisian Kursus Di Sekolah 26
2.3 Jenis Pakej Perisian Kursus 27
2.3.1 Perisian Kursus Latih Tubi 29
2.3.2 Perisian Kursus Permainan Berarahan 29
2.3.3 Perisian Kursus Simulasi 30
2.3.4 Perisian Kursus Tutorial 30
2.4 Penggunaan Perisian Kursus Dalam Pembelajaran
Matematik
34
2.5 Model Kualiti Perisian 40
2.5.1 Model McCall 42
2.5.2 Model Boehm 44
2.5.3 Model FURPS 45
2.5.4 Model Kualiti ISO 9126 46
2.5.5 Model Penerimaan Nielsen 49
2.5.6 Model Dromey 51
2.6 Penilaian Perisian 52
2.6.1 Soal Selidik 53
xi
2.6.2 Kebolehpercayaan dan Kesahan Instrumen 56
2.6.3 Skor Penilaian 72
2.7 Analisis Instrumen Penilaian Perisian 75
2.7.1 Instrumen Penilaian Produk Perisian 75
2.7.2 Instrumen Penilaian Perisian Kursus 79
2.7.3 Instrumen Penilaian Perisian Kursus Matematik 82
2.8 Faktor Penilaian Perisian Kursus Matematik 84
2.81 Faktor Kebolehgunaan 84
2.8.2 Faktor Keperluan Pendidikan 88
2.8.3 Faktor Mengikat Minat Pelajar 93
2.9 Rumusan 97
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 98
3.2 Reka Bentuk Pembangunan dan Pengesahan Instrumen 98
3.2.1 Fasa I: Pembangunan Metrik Senarai Semak 100
3.2.2 Fasa II: Kesahan Kandungan 102
3.2.3 Fasa III: Kesahan Konstruk dan Pembentukan
Rumus Kebergunaan
106
3.2.4 Fasa IV: Kesahan Kriteria 109
3.2.5 Fasa V: Pembangunan Sistem Penilaian
Kebergunaan PKM
110
3.3 Subjek Kajian 110
3.4 Prosedur Pengumpulan Data 114
3.4.1 Kebenaran Menjalankan Kajian 114
3.4.2 Pemeriksaan Heuristik 115
3.4.3 Pemilihan Perisian Kursus Matematik 116
3.5 Rumusan 117
4 PEMBANGUNAN METRIK INSTRUMEN
4.1 Pengenalan 119
4.2 Faktor Kebergunaan Perisian Kursus Matematik 119
4.2.1 Model Penerimaan Perisian Kursus Matematik 119
4.2.2 Model Penilaian Kebergunaan Perisian Kursus
Matematik
123
4.3 Pengumpulan Metrik 124
4.3.1 Maklum Balas Soal Selidik Soalan Terbuka 124
4.3.2 Ulasan Penilaian daripada Sorotan Susastera 125
4.3.3 Analisis Data Ulasan Penilai 127
4.4 Pemadanan Metrik-Kriteria 130
4.4.1 Faktor Kefungsian 130
4.4.2 Faktor Kecekapan 133
4.4.3 Faktor kebolehgunaan 134
4.5 Pembentukan Soal Selidik 136
4.5.1 Analisis Pengesahan Metrik 137
4.5.2 Analisis Semakan Metrik 142
4.5.3 Analisis Metrik 144
4.6 Rumusan 148
xii
5 KESAHAN DAN PEMBENTUKAN MODEL PADANAN
TERBAIK
5.1 Pengenalan 150
5.2 Analisis Dapatan Pemeriksaan Heuristik 150
5.2.1 Demografi Subjek Kajian 151
5.2.2 Analisis Hipotesis Kajian 153
5.2.3 Analisis Ralat Penilaian 154
5.2.4 Rumus Kebergunaan 156
5.3 Analisis Faktor Penjelajahan 158
5.4 Analisis Faktor Pengesahan 162
5.4.1 Analisis Faktor Pengesahan Peringkat Pertama
Awal
164
5.4.2 Padanan Model Pengesahan Peringkat Pertama 169
5.4.3 Analisis Faktor Pengesahan Peringkat Kedua 172
5.4.4 Analisis Faktor Pengesahan Peringkat Ketiga 176
5.4.5 Analisis Faktor Pengesahan mengikut Kategori 180
5.5 Kebolehpercayaan Konstruk 186
5.6 Kesahan Konvergen dan Kesahan Diskriminan 187
5.7 Kesahan Kriteria 190
5.8 Rumusan 191
6 PEMBANGUNAN SISTEM PENILAIAN KEBERGUNAAN
PKM
6.1 Pengenalan 193
6.2 Spesifikasi Sistem 194
6.2.1 Spesifikasi Persekitaran Pembangunan 195
6.2.2 Spesifikasi Fungsian 196
6.3 Reka Bentuk Sistem 199
6.3.1 Seni Bina Sistem 200
6.3.2 Pemodelan Proses 201
6.3.3 Reka Bentuk Antara Muka Sistem 207
6.4 Implementasi dan Pengujian SPKpkm 210
6.4.1 Pengujian Unit 211
6.4.2 Pengujian Penerimaan 222
6.5 Rumusan 223
7 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN
7.1 Pengenalan 225
7.2 Rumusan Dapatan 225
7.3 Perbincangan Dapatan Kajian 231
7.4 Cadangan Kajian Lanjutan 234
RUJUKAN 236
LAMPIRAN 256
BIODATA PENULIS 353
SENARAI PENERBITAN 354
xiii
SENARAI JADUAL
Jadual Halaman
2.1 Perkaitan PK dengan Sembilan Perisitiwa Pengajaran Gagne
28
2.2 Ciri Dan Sub-ciri ISO 9126 47
2.3 Aplikasi Atribut ISO 9126 48
2.4 Indeks Diskriminasi Item 61
2.5 Instrumen Penilaian Produk Perisian 76
2.6 Instrumen Penilaian Perisian Kursus 80
2.7 Insrumen Penilaian Perisian Kursus Matematik 83
3.1 Ringkasan Sampel Kajian 113
3.2 Perisian Kursus Matematik yang Digunakan 116
3.3 Ringkasan Metodologi Kajian 117
4.1 Maklum Balas Soal Selidik Soalan Terbuka 124
4.2 Ulasan Penilaian PKM 125
4.3 Kod Kriteria Penilaian 127
4.4 Kod Metrik Mengikut Kriteria 128
4.5 Metrik Kriteria Kesesuaian 131
4.6 Metrik Kriteria Ketepatan 132
4.7 Metrik Kriteria Kecekapan 133
4.8 Metrik Kriteria Kemudahoperasian 135
4.9 Metrik Kriteria Menyenangkan 135
4.10 Ringkasan Bilangan Metrik IPKpkm_1 136
4.11 Analisis Penilai Pakar 137
4.12 Analisis Metrik Berdasarkan Maklum Balas Penilai Pakar 138
4.13 Pilihan Respon Penilai 141
xiv
4.14 Ringkasan Bilangan Metrik IPKpkm_2 142
4.15 Ringkasan Bilangan Metrik IPKpkm_3 144
4.16 Kebolehpercayaan Metrik IPKpkm_3 145
4.17 Diskriminasi Metrik IPKpkm_3 147
4.18 Ringkasan Bilangan Metrik IPKpkm_4 148
5.1 Frekuensi Pembolehubah Demografi Dan Min Skor
Kebergunaan
152
5.2 Crosstab Antara Ralat dan Jantina 156
5.3 Ralat Penilaian Dengan Min Skor 156
5.4 Skor Pengalaman Penilai 157
5.5 Analisis Faktor Penjelajahan 160
5.6 Analisis Semakan Metrik 167
5.7 Metrik Kebergunaan Dengan 8 Faktor 168
5.8 Pemberat Regresi dan R2 Model 8 faktor. 171
5.9 Perbandingan Indeks Padanan 178
5.10 Kebolehpercayaan Konstruk 186
5.11 Kesahan Konvergen dan Kesahan Diskriminan 188
5.12 Korelasi Minskor IPKpkm dan IECES 190
6.1 Keperluan Minimum Perkakasan 195
6.2 Perbandingan Had Capaian Penilai dan Pentadbir 199
6.3 Senarai Jadual 207
6.4 Min Respon Kebolehgunaan SPKpkm 223
xv
SENARAI RAJAH
Rajah Halaman
2.1 Pendekatan Kualiti Produk Perisian 41
2.2 Model McCall 43
2.3 Model Boehm 45
2.4 Model Penerimaan Sistem Nielsen 50
2.5 Graf Pengalaman dan Tahun Menggunakan Produk Perisian 73
3.1 Reka Bentuk Pembangunan IPKpkm 99
4.1 Model Penerimaan Perisian Kursus Matematik 121
4.2 Model Penilaian Kebergunaan Perisian Kursus Matematik 123
4.3 Carta Alir Pembentukan Metrik Instrumen 149
5.1 Model Hipotesis 164
5.2 Model Ukuran Kebergunaan 8-Faktor Pendam 57 Metrik 166
5.3 Model Ukuran Kebergunaan 8-Faktor Pendam 34 Metrik 170
5.4 Model Padanan Peringkat Kedua I 174
5.5 Model Padanan Peringkat Kedua II 175
5.6 Model Padanan Peringkat Ketiga 176
5.7 Graf Metrik dengan Pemberat Mengikut Keutamaan 179
5.8 Model Padanan Peringkat Ketiga Bidang Matematik 182
5.9 Model Padanan Peringkat 3 Bidang Bukan Matematik 183
5.10 Model Padanan Peringkat 3 Kategori Tanpa Ralat 184
5.11 Model Padanan Peringkat 3 Kategori Dengan Ralat 185
6.1 Seni Bina SPKpkm 200
6.2 Rajah Konteks SPKpkm 202
xvi
6.3 Rajah Dekomposisi SPKpkm 203
6.4 DFD Paras 0 SPKpkm 204
6.5 Rajah Hubungan Entiti 206
6.6 Reka Bentuk Antara Muka Log Masuk Penilai 208
6.7 Reka Bentuk Antara Muka Laman Masuk Penilai 209
6.8 Reka Bentuk Antara Muka Laman Soal Selidik 209
6.9 Reka Bentuk Antara Muka Laman Pentadbir 210
6.10 Antara Muka Log Masuk Penilai 212
6.11 Antara Muka Pengenalan dan Kata Laluan Tidak Sah 212
6.12 Antara Muka Maklumat Penilaian 213
6.13 Antara Muka Bahagian A Soal Selidik 214
6.14 Antara Muka Paparan Jawapan Tidak lengkap 214
6.15 Antara Muka Bahagian B Soal Selidik 215
6.16 Antara Muka Bahagian C Soal Selidik 216
6.17 Antara Muka Skrin Keluar 216
6.18 Antara Muka Menu Pilihan Pentadbir 217
6.19 Antara Muka Tambah Penilai Baru 218
6.20 Antara Muka Maklumat Penilai 218
6.21 Antara Muka Senggara Safeguard 219
6.22 Antara Muka Senggara Pemberat Metrik 220
6.23 Antara Muka Min Skor 221
6.24 Antara Muka Laporan Penilaian 221
xvii
SENARAI SINGKATAN
AFJ Analisis Faktor Penjelajahan
AFP Analisis Faktor Pengesahan
AMOS Structural Equation Modeling Software
BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
CD-ROM Compact Disc Read Only Memory
CFI Indeks Bandingan Padanan (Comparative Fit Indexs)
COCOMO Constructive Cost Model
DFD
Data Flow Diagram
EQS Structural Equation Modeling Software
ERD
Entity Relation Diagram
FURPS Functionality, Usability, Reliability, Performance, Suitability
GFI Indeks Kebagusan Padanan (Goodness-of-fit Indexs)
HTML
Hypertext Markup Language
HTTP
Hypertext Transfer Protocol
IBM International Bussiness Machines
ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and
Communication Technology)
IECES Instrument for Evaluating Educational Chinese Software
IPKpkm
Instrumen Penilaian Kebergunaan PKM
ISO International Organization for Standadization
IT Teknologi Maklumat (Information Technology)
JDBC
Java Data Base Connectivity
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
xviii
LISREL Structural Equation Modeling Software
MIMOS Malaysian Institut of Microelectronic System.
MSC Multimedia Super Corridor
NCTM National Council of Teachers of Mathematics
OS
Operating System
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PK Perisian Kursus
PKM Perisian Kursus Matematik
PPB Pemodelan Persamaan Berstruktur
PPBK
Pakej P&P Berbantukan Komputer
PPSMI Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris
RMR Punca Min Kuasadua Reja (Root Mean Square Residual)
RMSEA Anggaran Punca Min Kuasadua Ralat (Root Mean Square Error
Approximation)
SPKpkm
Sistem Penilaian Kebergunaan PKM
SQL
Structural Query Language
SSKS
Soal Selidik Kebolehgunaan Sistem
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan teknologi kini memainkan peranan penting di dalam industri
pendidikan. Penggunaan perisian multimedia atau hipermedia juga disebut pakej
pengajaran pembelajaran berbantukan komputer atau perisian kursus (PK) di
sekolah dan di kalangan pelajar kini semakin bertambah. Aplikasi komputer
menjanjikan pembelajaran berarahan dan penentuan kualiti pembelajaran (Jafari,
1999). Pakej PK dapat mendorong keinginan untuk belajar jika digunakan dengan
berkesan. Kajian susastera oleh Ellisavet dan Economides (2003) telah menunjukkan
bahawa pakej PK memberi sumbangan yang kecil tetapi signifikan terhadap
pencapaian kursus pelajar di semua aras. Kajian mendapati pelajar menunjukkan
sikap positif terhadap komputer apabila penggunaan komputer memberi kemudahan
di dalam urusan pembelajaran (Liao, 1998) dan terhadap penggunaan PK (French,
1997; Renaud, 1997). PK interaktif terbukti berkesan dalam membentuk serta
mengekalkan maklumat dan boleh dicapai semula dengan pantas berbanding kaedah
pengajaran traditional (Ng dan Komiya, 2000; Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Oleh
itu kebanyakan negara yang sedang membangun tidak melepaskan peluang untuk
menggunakan teknologi komputer di dalam sistem pendidikan mereka termasuklah
Malaysia.
2
1.1.1 Teknologi Komputer dalam Pendidikan
Di Malaysia penggunaan PK masih lagi dianggap baru berbanding dengan negara
maju yang lain. Namun begitu usaha ke arah memajukan industri pendidikan selari
dengan kemajuan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memberi
peluang kepada sistem pendidikan mencuba kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang telah terbukti berkesan. Bagi tujuan itu, pada tahun 1994, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan Projek Rintis Pengajaran Pembelajaran
Berbantu Komputer bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Matematik (Yusup, 1998). Pada tahun 1999 Program Sekolah Bestari telah
dilancarkan yang mana subjek yang diberi tumpuan dalam penggunaan PK di
Sekolah Bestari adalah empat subjek iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Bagi subjek ini bahan P&P yang menyeluruh berasaskan rangkaian
dan PK disediakan bagi meningkatkan strategi P&P (Ministry of Education,
Malaysia, 1997). Di samping itu program tambahan seperti School-net, e-Buku,
Partner in Learning, Primary English Literature dan penggunaan Computing Tablet
telah diperkenalkan bagi memperkayakan penggunaan ICT di sekolah (Hishamuddin,
2004).
Bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, satu program yang menggunakan
ICT sebagai medium dalam P&P telah dilancarkan pada tahun 2002 iaitu, Program
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Sepanjang tahun 2004, sebanyak
RM359.9 juta telah diperuntukkan bagi PPSMI. Daripada peruntukan tersebut,
sebanyak RM60 juta telah diagihkan untuk menghasilkan alat bantuan mengajar bagi
3
pelaksanaan PPSMI di sekolah dan pembangunan PK pendidikan bestari
(Hishamuddin, 2004). Program pembangunan ICT yang dilancarkan oleh KPM
bertujuan bukan sahaja untuk meningkatkan penggunaan ICT itu sendiri tetapi
meningkatkan penguasaan kemahiran dalam subjek Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik dengan kaedah P&P yang menarik dan berkesan. Pelajar boleh
memperolehi maklumat mengenai perkembangan terkini dalam bidang sains dan
matematik di samping mengakses maklumat dari pelbagai sumber (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2002). Ini adalah untuk melahirkan seramai mungkin pekerja
ilmu atau K-workers yang mampu bersaing dengan mana-mana bangsa di dunia
seterusnya mampu mengangkat negara menjadi lebih cemerlang.
Bersama-sama menjayakan hasrat kerajaan ini, industri perisian dan penyelidik
berarahan (instructional) berlumba-lumba membangunkan perisian kursus yang
berteraskan nilai murni masyarakat Malaysia bagi subjek kritikal termasuklah subjek
Matematik. Banyak kajian lepas telah menunjukkan penggunaan PK bagi subjek
matematik (PKM), meningkatkan keberkesanan pembelajaran matematik dan
menarik minat pelajar terhadap subjek itu (Collins, 1996; King, 2004, Yushau et al.,
2004; Atkins, 2005). Oleh itu kecenderungan dan minat di dalam membangunkan
pakej PKM meningkat.
Banyak produk PKM telah dibangun dan dikomersialkan dengan usaha syarikat
pembangunan perisian dan penyelidik di institusi pendidikan. Dengan permintaan
yang tinggi terhadap PKM, pembangun PKM perlu berhati-hati dalam mereka bentuk
kandungan dan aktiviti pembelajaran PK, agar satu perisian yang benar-benar
berguna dihasilkan. Beberapa kajian (Dick dan Carey, 1996; Morrison et al., 2001)
4
mencadangkan yang bahan pengajaran mesti dipilih dengan berhati-hati agar
kandungannya sesuai dan penggunaannya berkesan. Guru pula perlu mempunyai
satu instrumen yang sah dan boleh dipercayai, agar bahan yang bermutu dapat dipilih
untuk kegunaan pelajar mereka.
1.1.2 Guru Sebagai Penilai
Kualiti PK merupakan elemen yang perlu diberi penekanan oleh semua pihak
terutama pentadbir institusi pendidikan, pendidik, ibu bapa dan pelajar itu sendiri
(Oliver, 1998). Dengan pertumbuhan PK, sukar bagi guru untuk memilih PK yang
baik (Gerdt et al., 2002; Yushau et al., 2004, Herring et al., 2005). Bahan PK yang
tidak baik memberi impak negatif kepada pelajar terhadap penggunaan PK.
Ginsberg dan McCormick (1998) mendapati pendidik merasa bimbang menggunakan
PK. Ini adalah kerana PK yang dibekalkan tidak menepati kurikulum dan tiada garis
panduan piawai untuk memilih PK bagi pelajar mereka. Menurut Keegan (2001),
pendidik perlu diberi latihan penilaian agar PK yang dipilih menepati kurikulum dan
mudah digunakan.
PK berkualiti hanya dikesan oleh seseorang yang dapat mengenal pasti ciri PK yang
baik. PK yang dibangunkan oleh pembangun PK komersial, mungkin tidak menepati
cara persembahan pengajaran yang sepatutnya (Bonekamp, 1994). Adakalanya
objektif penggunaan PK tidak tercapai hanya diketahui setelah beberapa lama ia
digunakan. Menurut Cotton (1992), tidak semua PK yang dianggap baik, telah
digunakan sebaik mungkin. Walaupun digunakan, objektif penggunaannya masih
tidak tercapai. Oleh itu pemilihan PK perlu dilakukan bagi menjamin keberkesanan
5
penggunaannya. Seorang pendidik adalah orang yang layak menjelaskan kepada
pihak sekolah dan ibu bapa yang perisian pembelajaran yang dicadangkan boleh
digunakan pelajar dengan berkesan (Squires dan Preece, 1999). Mereka boleh
menentukan perisian itu mempunyai reka bentuk pengajaran yang sesuai dan mudah
digunakan. Menurut Hawley et al. (1997) guru boleh memilih PK yang boleh
menghasilkan pembelajaran yang positif dan boleh menilai sama ada PK memenuhi
keperluan pembelajaran pelajar. Guru juga boleh menentukan yang isi kandungan
bahan PK dirancang dan diadun dengan baik agar dapat membantu pelajar
memahami keseluruhan isi kandungan yang disediakan berbanding nota guru, buku
teks dan buku rujukan. Wilson (1998) tidak setuju bahawa pelajar boleh menjadi
penilai PK. Pelajar hanya dapat memberi maklum balas sama ada PK yang mereka
gunakan itu berkesan atau tidak.
Kajian oleh Parlangeli et al. (1999) menunjukkan masalah kebolehgunaan
menghalang kelancaran pembelajaran di persekitaran PK multimedia. Kajian oleh
Desurvire (1994) dan Parlangeli et al. (1999) mendapati pengguna boleh mengenal
pasti masalah kebolehgunaan walaupun mereka menjumpai kurang masalah
berbanding dengan pakar interaksi manusia-komputer. Oleh itu sebagai pengguna
aplikasi komputer guru juga boleh menilai kebolehgunaan antara muka dalam suatu
bahan PK dan navigasi keseluruhannya, dan sedar akan kesungguhan yang
diperlukan oleh pelajar mempelajari cara menggunakan PK. Mereka juga boleh
menentukan yang PK mesra pengguna bagi pelajar yang kurang mahir menggunakan
komputer, dan boleh menentukan yang suatu PK itu bebas daripada masalah
teknikal. Bagi melakukan tugas penilaian ini, satu instrumen penilaian diperlukan.