universiti teknologi malaysia borang pengesahan …€¦ · psz 19:16 (pind. 1/07) universiti...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
Nama Penulis : SHAHELIZA BINTI AMRAN
Tarikh Lahir : 18 NOVEMBER 1982
Judul : SOMATOTAIP, PERATUSAN LEMAK DAN KETANGKASAN DI KALANGAN
ATLET KARATE PERINGKAT UNIVERSITI
Sesi Pengajian : 2007/2008
Saya dengan ini mengakui bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai:
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan
Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Saya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi.
Disahkan oleh:
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
821118-08-6486 EN SYAHRUL RIDHWAN MORAZUKI
(NO. KAD PENGENALAN) (NAMA PENYELIA)
Tarikh : 29 April 2008 Tarikh : 29 April 2008
�
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda”
Tandatangan :
Nama Penyelia : EN. SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI
Tarikh : 29 APRIL 2008
SOMATOTAIP, PERATUSAN LEMAK DAN KETANGKASAN DI
KALANGAN ATLET KARATE PERINGKAT UNIVERSITI
SHAHELIZA BINTI AMRAN
Tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui bahawa karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ______ ______
Nama Pelajar : SHAHELIZA BINTI AMRAN
Tarikh : 29 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
“Alhamdulillah kepadaMU Ilahi kupanjatkan kesyukuran”
Buat ibu Siti Aishah Abu Bakar dan ayah Hj Amran Hj Osman yang disayangi
dan sentiasa diingati ”segala jasa dan pengorbanan selama ini amat kuhargai, hanya
doa kepada yang ESA yang mampu kuhadiahkan sebagai balasan untukmu berdua
yang sangat kukasihi”
KHAS BUAT ADIK-BERADIK TERSAYANG
Mohd Shahrizan
Shaha’alia
Mohd Shahzerin
Mohd Shahril Shafri
Terima kasih atas segalanya....
Khas buat teman-teman seperjuangan kerjasama yang diberikan tidak akan
dilupakan.
Semoga kalian sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan....
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
kurniaNya dapat juga saya menyempurnakan penulisan kajian ilmiah ini. Saya
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada En Syahrul
Ridhwan Bin Morazuki selaku pensyarah Penyelia Projek Sarjana muda yang
banyak berkorban masa dalam memberi segala tunjuk ajar, cadangan dan bimbingan
ke arah menyempurnakan penulisan kajian ilmiah ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas galakkan, sokongan
dan dorongan ahli keluarga sepanjang menjalani penyelidikan tesis ini sehingga
penyelidikan tesis ini berjaya disiapkan.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada para subjek yang sudi
membantu dan memberi kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang memberi bantuan dan sokongan
secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek penyelidikan ini.
Wassalam…
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri somatotaip atlet-
atlet karate peringkat universiti dan melihat perkaitan di antara peratusan lemak
dengan tahap ketangkasan mengikut kumpulan somatotaip. Seramai 8 orang atlet
karate iaitu (5 lelaki dan 3 perempuan) terlibat di dalam kajian ini. Subjek menjalani
2 sesi pengujian iaitu ujian klasifikasi somatotaip (Heath and Carter) dan ujian tahap
ketangkasan. Ujian yang dijalankan ialah ujian lipatan kulit (triceps, subscapula,
suprailiac dan calf), pengukuran lilitan lengan (biceps dan calf) pengukuran lebar
tulang (humerus dan femur) dan ujian ‘Hexagon Drill’ untuk ujian ketangkasan.
Daripada hasil kajian, didapati bahawa 4 daripada subjek lelaki dan 2 subjek
perempuan berada dalam kumpulan endormorphic/mesomorf manakala 2 orang lagi
subjek ( seorang lelaki dan seorang perempuan) berada dalam kumpulan
mesomorf/endomorph. Hasil ujian korelasi mendapati terdapat perkaitan yang positif
tinggi di antara peratusan lemak dengan ketangkasan (r=0.884) bagi kumpulan
endomorphic/mesomorf manakala terdapat perkaitan negatif yang sangat tinggi bagi
kumpulan mesomorf/endomorf (r=1.000). Ini menunjukkan terdapat perkaitan yang
signifikan antara peratusan lemak dengan tahap ketangkasan di kalangan atlet karate
mengikut kumpulan somatotaip.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to identify the characteristics of somatotype
among university level karate athlete and to correlate the percentage of fat and
agility according to somatotype groups. Eight athletes (5 males and 3 females) were
involved in this study. Two sessions of measurement have been carried out which
were classification somatotype test (Heath and Carter) and agility test. Skinfold
measurement involved of triceps, subscapula, suprailiac and calf, girth measurement
of biceps and calf, two bone breadths of femur and humerus and Hexagon Drill tests
for agility. Results of this study revealed that 4 males and 2 females subject were
categorized in endomorphic/mesomorp group whereas another two subjects (one
male and one female) were found to be in mesomorp/endomorph group. There was a
high positive correlation between fat percentage and agility (r=0.884) in
endomorphic/mesomorp group whereas a very high negative correlation (r=1.000)
was found between mesomorp/endomorph group. This is turn indicates that there
was a correlation between percentage of fat and agility among karate athletes
according to their somatotype group.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Hipotesis Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Limitasi Kajian 6
1.8 Definisi Istilah 7
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Somatotaip 8
2.2 Komposisi Tubuh Badan dan Lemak 10
2.3 Ujian-Ujian Yang Dijalankan 13
2.3.1 Pengukuran Lipatan Kulit 13
2.3.2 Pengukuran Panjang Anggota 15
2.3.3 Pengukuran Pergelangan 15
2.4 Ketangkasan 16
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Rekabentuk Kajian 19
3.2 Subjek Kajian 19
3.3 Tempat Kajian 19
3.4 Instrumen Kajian 20
3.5 Kebolehpercayaan Ujian 20
3.6 Prosedur Kajian 20
3.6.1 Pengukuran Lipatan Kulit 21
3.6.2 Pengukuran Lebar Tulang
Femur dan Humerus 23
3.6.3 Pengukuran Pergelangan 25
3.6.4 Kaedah Menentukan Somatotaip
Heath & Carter 26
3.6.5 Pemplotan Nilai Somatotaip
Ke dalam Somatocarta 27
3.6.6 Pengukuran Peratusan Lemak 27
3.7 Ujian Ketangkasan : ’Hexagon Drill’ 29
3.8 Kaedah Pengumpulan Data 31
3.9 Kaedah Penganalisaan Data 31
ix
BAB 4 PENGANALISAAN DATA
4.1 Analisis Diskriptif 32
4.2 Analisis Inferensi 40
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Perbincangan 42
5.2 Rumusan 46
5.3 Cadangan 47
5.3.1 Bilangan Subjek 47
5.3.2 Ujian Kecergasan Dipelbagaikan 48
RUJUKAN 49
LAMPIRAN 52-66
x
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Rumus kumpulan Somatotaip 26
3.2 Formula Pengiraan Peratusan Lemak 28
3.3 Skala Bacaan Peratusan Lemak Bagi Lelaki 28
3.4 Skala Bacaan Peratusan Lemak Bagi Perempuan 29
3.5 Norma Ujian ketangkasan ‘ Hexagon Drill’ 30
4.1 Data Mentah Latar Belakang Sukan bagi Subjek Lelaki 32
4.2 Data Mentah Latar Belakang Sukan bagi
Subjek Perempuan 33
4.3 Umur, Ketinggian dan Berat Badan
bagi Sampel Lelaki dan Perempuan 34
4.4 Somatotaip Subjek Lelaki dan perempuan 35
4.5 Peratusan Lemak dan Tahap ketangkasan
Subjek Lelaki dan Perempuan 38
4.6 Peratusan Lemak dan tahap
Ketangkasan Mengikut Kumpulan Somatotaip 39
4.7 Purata Jumlah 4 Bahagian Lipatan Kulit
(4 Skinfolds) bagi subjek lelaki dan perempuan. 39
xi
4.8 Korelasi Ketangkasan terhadap Peratus lemak
mengikut kumpulan Somatotaip endomorphic/mesomorf. 40
4.9 Korelasi Ketangkasan terhadap Peratus lemak
mengikut kumpulan Somatotaip mesomorf/endomorf. 41
xii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pengambilan Ukuran Triceps Skinfold 21
3.2 Pengambilan Ukuran Subscapula Skinfold 22
3.3 Pengambilan Ukuran Suprailiac Skinfold 22
3.4 Pengambilan Ukuran Calf Skinfold 23
3.5 Pengambilan Lebar Tulang Humerus 24
3.6 Pengambilan Lebar Tulang Femur 24
3.7 Pengambilan Ukuran Lilitan Biceps 25
3.8 Pengambilan Ukuran Lilitan Calf 26
3.9 ‘Hexagon Drill’ 30
4.1 Somatocarta Lelaki dan Perempuan
Mengikut Kumpulan Somatotaip 36
4.2 Somatocarta Purata Subjek Lelaki dan Perempuan 37
5.1 Perbezaan Carta Kumpulan Somatotaip Antara
Atlet Karate dan Judo 43
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Alat Ujian Klasifikasi Somatotaip
(Heath & Carter) 52
B1 Contoh Teknik Dan Prosedur
Mengambil Ukuran Lipatan Kulit 53
B2 Contoh Teknik Dan Prosedur
Mengambil Ukuran Lipatan Kulit 54
C1 Gambarajah ’Hexagon Drill’ 55
C2 Gambar Lakuan Ujian ’Hexagon Drill’ 56
D1 Dua dimensi somatocarta dengan
koordinasi x dan y 57
D2 Somatocarta yang kosong 58
D3 Somatocarta yang dilabelkan dengan kategori
somatotaip 59
E Skor korelasi pearson bagi kumpulan
endomorphic/mesomorf dan
mesomorf/endomorf 60
F1 Borang maklumat peribadi subjek 61
xiv
G Borang ukuran badan 63
H Borang Ujian ’Hexagon Drill’ 64
I Surat lepasan tanggungjawab 65
J Surat perlantikan subjek 66
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada masa kini, sukan memainkan peranan penting dalam membangunkan
negara. Sukan telah menjadi salah satu bidang yang penting dalam setiap negara.
Setiap negara juga berusaha untuk menghasilkan atlet yang elit untuk bertanding di
peringkat antarabangsa.
Dalam usaha memajukan sukan, banyak negara telah mempromosikan dan
mempertingkatkan nama sukan. Keadaan ini secara tidak langsung telah
mengakibatkan semakin banyak acara yang suatu masa dahulu tidak popular serta
terkenal turut menjadi semakin digemari. Salah satu acara yang semakin popular
dipertandingkan pada masa ini ialah karate. Ini terbukti dengan kejayaan atlet-atlet
karate negara yang memenangi pelbagai kejohanan di peringkat tempatan dan
antarabangsa.
Karate atau karate-do merupakan salah satu seni bela diri timur. Pada
umumnya, karate lebih digambarkan dengan gerakan serangan dan belaan kaki dan
tangan secara menyeluruh. Konsep yang diamalkan adalah berdasarkan kepada
kefahaman umum adalah serangan-serangan lurus dan mendatar. Variasi belaan
juga
2
adalah lebih kepada kaedah mudah yang mana apabila difikir secara mudah, karate
adalah satu seni yang ringkas dan lebih berpandukan kepada konsep ‘tinju’ teratur.
Asas latihan karate dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu kihon, kata dan
kumite. Kihon adalah latihan teknik asas karate sepeti menumbuk, menendang,
menangkis dan mengelak. Kata pula adalah latihan jurus atau bunga karate dan
terakhir kumite adalah latihan bela diri atau seni tempur. Dalam sukan karate di
Malaysia dua kategori di pertandingkan iaitu kata dan kumite.
Seperti sukan-sukan lain, untuk mempersembahkan pencapaian yang
cemerlang dalam acara seni mempertahankan diri, seseorang atlet memerlukan
kekuatan otot dan kekuatan mental yang tinggi. Terdapat kenyataan yang
menyatakan bahawa bentuk tubuh badan merupakan salah satu faktor yang penting
dalam usaha mencapai prestasi yang tinggi (Thorland et al. 1981).
Menurut Sheldon (1940), anthropometri adalah sangat berkait rapat dengan
teori somatotaip yang terdiri daripada tiga kategori iaitu ektomorf, mesomorf dan
endomorf. Sharkey, B. J. (1990) dan Baumgartner dan Jackson (1991)
mengklasifikasikan komposisi badan sebagai lemak dan kandungan tidak berlemak
adalah terdiri daripada otot, tendon, air, tulang, organ dan tisu-tisu penghubung
(connective tissue).
Setiap atlet yang berjaya boleh dikenal pasti bakatnya daripada pemerhatian
faktor bentuk tubuh badan mereka. Kebanyakkan bentuk tubuh badan
mencerminkan prestasi yang akan dipamerkan ketika pertandingan. Atas faktor
inilah penentuan aktiviti sukan yang akan diceburi dilakukan mengikut kesesuaian
ciri-ciri fizikal bentuk tubuh badan mereka (Carter 1990). Dalam permainan bola,
seni mempertahankan diri dan olahraga, bentuk tubuh badan mesomorf
menunjukkan perkaitan yang positif dengan prestasi. Ini akan memudahkan
jurulatih membuat pemilihan awal berdasarkan faktor bentuk tubuh badan (Gualdi-
Russo dan Graziani, 1993). Hazeldine (1992), menyatakan paras kandungan lemak
yang tinggi mempengaruhi kecergasan kardio-respiratori dan perlakuan motor.
3
Corbin dan Lindsey (1988), berpendapat, ketangkasan adalah kebolehan
untuk menukar arah keseluruhan badan atau sebahagiannya dalam ruang dengan
tepat dan pantas. Berkenaan dengan tahap ketangkasan ia amat penting kepada atlet
terutama bagi sukan seni mempertahankan diri seperti sukan karate.
Menurut Harman et al. (2000), ketangkasan adalah kemampuan untuk
berhenti, bergerak dan menukar arah pergerakan badan atau bahagian badan dengan
pantas dalam pelbagai gaya lakuan. Dalam hal ini, sekiranya seseorang pemain itu
kurang tangkas, mungkin disebabkan oleh sistem biomekanik dan pergerakan badan
yang kurang lancar. Menurut Thomas (2005) ketangkasan ialah kunci kepada sukan
yang memerlukan ketangkasan. Ia bukan hanya salah satu dari komponen kepada
peningkatan prestasi, tetapi ia memberi sumbangan yang amat besar di dalam
pencegahan kecederaan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Secara umumnya, bentuk fizikal seseorang atlet karate berpotensi dalam
memainkan peranan sekaligus mempengaruhi prestasi dan pencapaian atlet ketika
bertanding. Komposisi badan merujuk kepada peratusan lemak badan berbanding
dengan isi kandungan otot, lemak, tulang dan tisu badan yang lain. Lebihan
peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah kegemukan (obesiti).
Terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa bentuk tubuh badan
merupakan salah satu faktor yang penting dalam usaha mencapai prestasi yang
tinggi (Thorland et al. 1981). Secara umum ciri-ciri komposisi badan atlet, didapati
berbeza mengikut sukan masing-masing.
Menurut Vhi Healthcare Editorial Team (2005), somatotaip seseorang atlet
memberi kesan kepada potensi terhadap sesuatu sukan yang diceburi. Dengan ini,
jika fizikal seseorang atlet, iaitu bentuk tubuh badannya mempunyai perkaitan yang
rapat dengan prestasinya, maka, jurulatih dapat memilih atlet yang lebih baik. Ini
4
kerana jangkaan awal tentang prestasi atlet dapat dibuat berdasarkan bentuk tubuh
badan.
Namun, mengikut ukuran yang diberi oleh Battery of Physical and
Physiological Tests and Measurements dalam Mohoni (2005), somatotaip hanya
merupakan suatu elemen dalam analisis sesuatu keperluan sukan. Seseorang atlet
yang mempunyai bentuk tubuh badan yang unggul dan tepat dengan kemampuan
sukan, tidak bermakna dia akan berjaya dalam sukan tersebut, tetapi mempunyai
peluang yang lebih tinggi.
Menurut Chelladurai dan Yuhasz (1977), prestasi ketangkasan bergantung
khusus kepada tugasan yang dilakukan. Komponen-komponen seperti kuasa,
kelenturan, imbangan dan koordinasi memainkan peranan penting dalam
membentuk prestasi ketangkasan. Di samping itu, ketangkasan merupakan aspek
utama yang perlu dititik beratkan dalam sukan karate. Kebolehan untuk bergerak
dengan pantas, berhenti dengan tiba-tiba dan kemudiannya bertukar arah dan
pergerakan adalah penting di dalam permainan. Oleh itu, penyelidik ingin membuat
perkaitan di antara peratusan lemak dengan tahap ketangkasan atlet karate mengikut
kumpulan somatotaip. Ujian ketangkasan yang digunakan ialah ‘Hexagon Drill’.
1.3 Pernyataan Masalah
Acara seni mempertahankan diri iaitu karate dibahagikan kepada dua
kategori, iaitu acara kata dan kumite. Dalam dua acara itu terdapat ciri-ciri yang
berbeza berdasarkan acara yang disertai.
Mengikut ujian potensi penglibatan sukan yang dijalankan oleh Mohoni
(2005), sehingga ini, sudah terdapat kajian yang mengkaji perkaitan tubuh badan
dengan potensi penglibatan sukan. Mengikut Safrit (1981), ketangkasan hanya boleh
ditingkatkan dengan beberapa latihan spesifik yang dijalankan secara teratur. Ia
juga melibatkan aspek kemahiran terbuka dan kemahiran tertutup yang ada pada
5
seseorang atlet. Semua ini adalah berkait rapat antara satu sama lain. Latihan yang
dijalankan ini mestilah bermula dengan gerakan kaki yang baik dan gerakan ini
banyak mempengaruhi ketangkasan atlet.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri
somatotaip dikalangan atlet karate lelaki dan perempuan serta membandingkan tahap
ketangkasan dengan peratusan lemak atlet karate mengikut kumpulan somatotaip.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1.4.2 mengenalpasti ciri-ciri somatotaip atlet-atlet karate lelaki dan perempuan
peringkat universiti
1.4.1 melihat perkaitan di antara peratusan lemak dengan tahap ketangkasan atlet
karate peringkat universiti mengikut kumpulan somatotaip